Prolematika guru merupakan topik yang tidak henti-henti menjadi pembahasan dalam pelbagai keadaan, baik dalam seminar, perbincangan, mahupun workshop dan sebagainya dalam rangka untuk mencari berbagai alternatif yang dianggap penting untuk mencari penyelesaian terhadap pelbagai persoalan yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pelayanan yang maksimum kepada pelajar di sekolah.
Di antara persoalan yang dihadapi oleh guru pendidikan tersebut, antara lain berkisar tentang masalah kurangnya kemampuan untuk menerangkan kurikulum yang akan diberikan kepada pelajar, kualiti SDM yang rendah, kurangnya penguasaan pembelajaran, kurangnya kecekapan (seperti kecekapan pedagogi, keperibadian, sosial, dan profesional), komitmen, moral, rohani, kecerdasan, intelektual, keupayaan pendidikan, serta visi keguruan.
Beberapa persoalan yang dihadapi oleh guru ini, menunjukkan kepada perlunya dilakukan inovasi dalam pelbagai perkara untuk memberikan kecekapan kepada profesional guru dalam memasuki era global yang penuh dengan pelbagai persaingan dan persoalan. Oleh yang demikian, inovasi keguruan dilakukan untuk menjawab keperluan tempatan dan memenuhi cabaran global yang semakin rumit. Melihat kepada keadaan ini, maka inovasi yang diperlukan adalah untuk menghadapi cabaran yang ada, iaitu cabaran dari luar dan dalam.
Bagi menjawab keadaan yang demikian kita perlu memahami bahawa di dalam Islam, tugas seorang pendidik dipandang sebagai sesuatu yang sangat mulia.
Kedudukan ini menyebabkan mengapa Islam menempatkan orang-orang yang beriman dan berilmu pengetahuan lebih tinggi darjatnya bila dibandingkan dengan manusia lainnya. Seperti Firman Allah dalam surat Al-Mujadalah ayat 11:
...
....
Ertinya: “..., niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat....”
(Surat Al-Mujadalah: 11)
Secara umumnya, tugas pendidik adalah mendidik.76 Dalam perlaksanaannya, mendidik merupakan rangkaian proses mengajar, memberikan dorongan, memuji, menghukum, memberi contoh dan sebagainya. Perkara ini memberi maksud bahawa tugas pendidik bukan hanya sekadar mengajar sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Di samping itu, pendidik juga bertugas sebagai motivator dan fasilitator dalam proses pembelajaran sehingga seluruh pelajar dapat direalisasikan secara baik dan menyeluruh.77
Menurut Ahmad D. Marimba, tugas pendidik dalam pendidikan Islam adalah membimbing dan mengenal keperluan dan kesanggupan pelajar dalam menciptakan situasi yang kondusif bagi berlangsungnya proses pendidikan, menambah dan mengembangkan pengetahuan yang dimiliki dan dipindahkan kepada pelajar serta sentiasa membuka diri terhadap seluruh kelemahan atau kekurangannya.78 Sementara dalam perkara lain, tugas pendidik dapat diterangkan dalam beberapa pandangan pemikiran, iaitu:
76
Ibid., h. 78.
77 Hasan Langgulung (1988), Pendidikan Islam Menghadapi Abad Ke-21, Jakarta: Pustaka Al-Husna, h. 86-87.
78
a. Sebagai pengajar (instruksional) yang bertugas merancang program pengajaran, melaksanakan program yang disusun dan akhirnya dengan melaksanakan penilaian setelah program tersebut dilaksanakan.
b. Sebagai pendidik (edukator) yang mengarahkan pelajar pada tingkat keperibadian yang sempurna (insan kamil), seiring dengan tujuan penciptaan-Nya.
c. Sebagai pemimpin (managerial) yang memimpin, mengendalikan diri (baik diri sendiri, pelajar, mahupun masyarakat), usaha pengarahan, pengawasan, pengorganisasian, pengawalan dan penglibatan ke atas program yang dilakukan.
Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali mengemukakan bahawa tugas pendidik yang utama adalah menyempurnakan, membersihkan, mensucikan, serta membuka hati manusia untuk taqarrub ila Allah. Para pendidik hendaklah mengarahkan pelajar untuk mengenal Allah dengan lebih dekat melalui seluruh ciptaan-Nya. Para pendidik dituntut supaya dapat mensucikan jiwa pelajarnya. Hanya dengan melalui jiwa-jiwa yang suci manusia akan dapat mendekatkan diri dengan Khaliq-Nya. Berkenaan dengan konsep ini, An-Nahlawi menyimpulkan bahawa selain bertugas mengalihkan pelbagai ilmu pengetahuan dan keterampilan kepada pelajar, tugas utama yang perlu dilakukan pendidik adalah tazkiyat an-nafs, iaitu mengembangkan, membersihkan, mengangkat jiwa pelajar kepada Khaliq-Nya, menjauhkannya dari kejahatan, dan menjaganya agar tetap berada pada fitrah-Nya yang hanif.79
79
2.7.1 Kecekapan Guru Agama
Penglibatan guru termasuk guru agama dalam proses pembelajaran atau pengajaran masih tetap memegang peranan yang amat penting. Peranan guru dalam proses pengajaran ini belum dapat digantikan dengan mesin, radio, tape recorder ataupun oleh komputer yang paling moden sekalipun, ini kerana masih terlalu banyak unsur-unsur kemanusiaan seperti sikap, sistem nilai, perasaan, motivasi, kebiasaan dan lain-lain yang diharapkan merupakan hasil daripada proses pengajaran tidak dapat dicapai dalam Pendidikan Agama Islam melalui alat-alat tersebut.80
Oleh kerana itu, guru merupakan insan yang berada pada kedudukan utama dalam menyediakan pelajar dengan pelbagai kecekapan. Profesionalisme guru diisyaratkan dengan keberkesanan kerjaya seorang guru yang berprestasi dalam mengajar81 akan memindahkan pelajar pada usaha membekalkan kecekapan asas yang harus dimiliki pada tahap masing-masing.
Dilihat dari sudut kecekapan, bagi meningkatkan kecekapan Guru Agama melalui Program Pendidikan Teknikal dan Masyarakat bertumpu kepada dua perkara: Pertama, Legal Competence. Kedua, Performance Competence.
Legal Competence, menunjukkan kepada kepantasan dan kelayakan seorang mahasiswa untuk dibentuk menjadi guru profesional yang perlu dengan adanya ijazah S1. Dengan sijil yang dimiliki, diharapkan dapat menjadi bukti kualiti keilmuan dan kecekapan, sehingga benar-benar dapat memperlihatkan dirinya
80 Nana Sudjana (1989), Dasar-dasar Proses Belajar Mengajar, Bandung: Sinar Baru, h. 12.
81 Richard J. Stiggin (1994), Student Centered Classroom Assessment, New York: McMillan College Publishing Company, Inc, h. 187.
sebagai seorang guru yang diperlukan sesuai dengan bidang jurusan yang dipelajarinya.
Sedangkan Performance Competence menunjukkan kepada layaknya seseorang mahasiswa untuk menjadi seorang guru yang berdasarkan kepada kecekapan, kemampuan dan profesional. Seorang yang profesional, adalah seorang yang arif dalam sesuatu ilmu dan berani untuk tampil. Dengan performance itulah yang membolehkan mereka layak untuk menyandang profesion guru agama yang profesional. Meskipun demikian, mahasiswa juga perlu mempersiapkan diri mereka untuk menjadi sesuatu yang bukan berada pada kedudukannya iaitu menjadi calon pentadbiran, penyelia, ahli falsafah pendidikan, perancang bahkan pengurus pendidikan yang semestinya perlu dipersiapkan dengan kecekapan yang sama.
2.7.2 Penglibatan Guru
Jabatan Perguruan merupakan pelaksanaan tugas profesionalisme dan jabatan tersebut terikat kepada orangnya, sehingga di dalam masyarakat seorang guru mahupun seorang guru agama akan sentiasa diberi panggilan Pak Guru, Pak Guru Agama atau Pak Ustaz walau dimana mereka berada.82
Secara amnya, pekerjaan yang bersifat profesional ini adalah pekerjaan yang hanya dapat dilakukan oleh mereka yang secara khusus disiapkan untuk itu dan bukan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka yang disebabkan tidak memperolehi pekerjaan yang selain daripadanya. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa
82 Abdul Rachman Shaleh (2000), Pendidikan Agama Dan Keagamaan, Visi, Misi dan Aksi, Jakarta: Gemawindu Pancaperkasa, h. 99.
profesion guru agama adalah pekerjaan yang dipersiapkan melalui proses pendidikan dan latihan.
Permasalahan yang asas dalam jabatan bidang keguruan adalah pelaksanaan dan keberkesanan jabatan guru tersebut terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Dalam hubungan ini setidak-tidaknya terdapat tiga tugas dan tanggungjawab guru, iaitu: 1) tugas dan tanggungjawab guru sebagai pengajar, 2) tugas dan tanggungjawab guru sebagai pendidik dan pembimbing, dan 3) tugas dan tanggungjawab guru sebagai pentadbir kelas.
Ketiga-tiga tugas tersebut merupakan tugas utama profesion keguruan. Guru sebagai pengajar lebih menekankan kepada tugas dalam merancangkan dan melaksanakan pengajaran. Dalam tugas ini guru dituntut supaya memiliki pengetahuan dan keterampilan teknik mengajar, di samping menguasai ilmu atau bahan pengajaran yang akan diajarkannya. Guru sebagai pendidik memberi penekanan yang berkaitan dengan pengembangan keperibadian dan memberikan bantuan terhadap penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar. Sedangkan tugas guru sebagai pentadbir kelas, pada hakikatnya merupakan jalinan antara perlaksanaan bidang pengajaran dan perlaksanaan pada umumnya.83
2.7.3 Prospek Guru Agama pada masa hadapan
Masa hadapan pembinaan agama sangat bergantung kepada adanya kesedaran, perhatian, dan tanggungjawab guru selaku pendidik, di samping adanya kesungguhan dan kemampuan pemerintah dalam memposisikan guru agama sebagai
83
sebahagian yang penting dalam menanam nilai-nilai agama dalam kehidupan masyarakat.
Perlu diakui bahawa guru agama selama ini telah memberikan penglibatan besar dalam menanamkan nilai-nilai agama bagi perkembangan peribadi anak, akan tetapi besarnya tanggungjawab guru agama tersebut tidak sebanding dengan pantasnya arus globalisasi. Guru agama dituntut untuk berperanan dengan lebih jauh, padahal di satu sudut pembaikan kualiti dan status guru tidak diperhatikan.
Keberhasilan pembangunan khususnya di bidang pendidikan agama baik berskala nasional mahupun tempatan akan ditentukan oleh keberhasilan kita dalam mengelolakan pendidikan agama. Di mana di dalamnya terdapat guru agama menduduki posisi utama dan penting. Memang harus diakui dan tidak dapat disangkal, selama ini peranan guru agama diperlakukan kurang adil dalam erti kata dinyatakan sebagai sesuatu yang teramat penting, namun tanpa disertai dengan persediaan untuk menghargai mereka sebagaimana yang sepatutnya. Dengan erti kata lain, keinginan untuk memprofesionalkan jabatan (profesion) guru agama masih belum memiliki asas yang memadai.