2.8 Penguasaan Agama Melalui Alternatif Pendidikan Agama
Menurut Undang-Undang Sistem Pendidikan Nasional Bernombor 20 tahun 2003, mengisyaratkan bahawa dari dua jenis pendidikan, iaitu pendidikan sekolah dan luar sekolah. Dalam realitinya, ternyata pendidikan formal seperti sekolah tidak semuanya mampu menyediakan keperluan pelajar, seperti keperluan mental rohani
dan keagamaan. Kekurangan ini tidak terlepas dari keterbatasan waktu, kelengkapan dan SDM guru dalam proses memindahkan pengetahuan agama di sekolah.
Perkara ini tidak termasuk lagi dengan proses pembelajaran di sekolah, lebih didominasi dengan aspek kognitif. Salah satu alasan yang sering dilontarkan oleh para guru adalah terbatasnya masa pelajaran, di mana bidang pembelajaran Pendidikan Agama Islam biasanya hanya diberikan dua jam seminggu dan perkara ini tentunya dirasakan oleh guru, tidak mungkin untuk memberikan kesan terhadap aspek afektif apatah lagi psikomotornya .
Implikasinya, pendidikan tidak dapat berfungsi untuk mengembangkan keperibadian pelajar sejak dulu, bahkan lebih teruk lagi dengan meluasnya pengaruh budaya yang diserapkan melalui pelbagai media telekomunikasi, kebudayaan dari negara maju, antara lain berasaskan kepada benda seperti gaya hidup, makanan, dan hiburan kesenian.
Masih banyak faktor lain yang dijangka turut terlibat kepada kegagalan fungsi pendidikan ini, baik dari sudut pelajar, pendidik, orang tua, sekolah, masyarakat, dan pelbagai faktor yang selainnya. Misalnya, media, lingkungan dan berbagai iklim yang tidak kondusif dan budaya sekolah yang kurang baik untuk melaksanakan pendidikan.
Bahkan pendidikan formal seperti sekolah tidak diharapkan dapat menanggung perpindahan misi keseluruhan kebudayaan bangsa (dalam hal ini juga termasuk bidang agama dan moral). Namun masyarakat masih tetap memegang peranan yang penting dalam proses memindahkan misi kebudayaan. Pendidikan
iaitu prinsip, sikap, adat istiadat, dan pelbagai keterampilan sosial banyak diperolehi dalam keluarga masing-masing dan kesan pergaulan anak tersebut di dalam lingkungan masyarakatnya.
Memahami bahawa pendidikan merupakan prinsip-prinsip, sikap, adat istiadat dan pelbagai keterampilan sosial yang banyak diperolehi dalam lingkungan keluarga masing-masing, maka penguasaan agama dapat dilakukan antara lain melalui alternatif pendidikan agama seperti pengajian maghrib dan isya’ atau pengajian di rumah guru ngaji.
Dalam konteks inilah pendidikan luar sekolah yang dikelolakan oleh masyarakat dapat mengambil peranan yang penting dan strategi. Menjadi perkara penting dengan mengingatkan bahawa pendidikan agama selain menjadi keperluan kepada anak, juga dapat menjadi kekuatan dalam membangun moraliti masyarakat. Secara strategiknya, masa anak-anak merupakan masa persemaian, pembinaan dan pengembangan, selain mereka lebih banyak berada di rumah dan masyarakat, sedangkan keseluruhan waktu mereka dihabiskan di sekolah.
Pendidikan luar sekolah yang diselenggarakan oleh masyarakat, di antaranya termasuk pendidikan agama yang diselenggarakan melalui strategi pembelajaran di antara maghrib dan isya‟. Strategi pembelajaran agama melalui pengajian maghrib dan isya‟, dapat menjadi sebuah gagasan alternatif pendidikan agama untuk memenuhi kekurangan atau keterbatasan dalam pembelajaran agama di sekolah. Pengajian di antara maghrib dan isya‟ sebagai alternatif pendidikan agama yang
sangat ideal dan dipandang mampu memenuhi keperluan pelajar sebagai kemunculan dan kewujudan peradaban agama yang lebih baik .
Pengajian di antara maghrib dan isya‟ merupakan bentuk pendidikan dan pengajaran Islam bagi anak-anak berusia sekitar antara 7–12 tahun, yang ideanya adalah menjadikan anak-anak memiliki kemampuan dalam membaca Al-Qur’an serta memiliki pengalaman keIslaman dengan benar-benar sesuai dengan ajaran-ajaran Islam seperti ibadah kemahiran, tauhid, hukum, akhlak dan kesenian.
Untuk memenuhi keperluan ini, maka ciri-ciri pembelajaran di antara maghrib dan isya‟ seharusnya dibangunkan di atas landasan falsafah yang berfikiran agama. Hal ini kerana, pembentukan ciri-ciri pelajar dapat dilakukan melalui pendidikan, agar terjadi kematangan berfikir dan bertindak. Kaedah berfikir seperti ini harus didekatkan kepada nilai-nilai tarbawiyah di dalam Qur’an dan Al-Hadith, agar memiliki dasar yang kuat dalam mewujudkan pendidikan yang lebih bersifat Islami.
Adapun visi atau wawasan masa hadapan yang seharusnya dimiliki oleh pengajian di antara maghrib dan isya‟ ini adalah sebagai usaha dalam rangka mempersiapkan generasi Qur‟ani dalam menghadapi masa hadapan yang gemilang. Yang dimaksudkan dengan generasi Qur’ani adalah generasi yang beriman dan bertaqwa, yang menjadikan Al-Qur’an sebagai bacaan utama dan sebagai pedoman hidupnya, berakhlak mulia, cerdas, terampil, sihat, serta mempunyai rasa tanggungjawab moral dan sosial demi masa hadapan yang gemilang.
Bagi mencapai visi tersebut, maka pengajian di antara maghrib dan isya‟ hendaklah mempunyai dwi-misi yang bersifat tunggal, iaitu misi pendidikan dan misi dakwah Islamiyah bagi masyarakat di mana sesebuah pengajian diselenggarakan. Selaku pembawa misi pendidikan, pengajian maghrib dan isya‟ tampil sebagai peneraju pendidikan formal, iaitu dalam memberikan alternatif keagamaan , yang dianggap dapat memperkuatkan pembelajaran agama anak-anak di sekolah, yang dipandang masih sangat minimum iaitu hanya dua jam dalam seminggu. Pengajian maghrib-isya, dipandang sangat membantu peranan orang tua dalam pendidikan keagamaan di rumah dan di masyarakat, terutamanya usaha melahirkan lingkungan pengaruh yang bersifat negatif.
Sebagai pembawa misi dakwah, pengajian maghrib dan isya‟ merupakan sebahagian daripada gerakan dakwah Islamiyah. Dalam hal ini, pengajian maghrib dan isya‟ mempunyai hubungan yang erat dengan masjid, surau, langgar, musolla, rumah masyarakat dan balai-balai pendidikan masyarakat.
Di Propinsi Jambi, sejak tahun 1997, pengajian maghrib dan isya‟, telah dilaksanakan oleh pemerintah daerah dan menjadi salah satu program pendidikan serta pembangunan mental spiritual di Propinsi Jambi. Hingga kini program ini masih terus ditadbir oleh pemerintah bagi menghidupkan atau menggalakkan penyelenggaraannya di dalam masyarakat. Idea kepada dasar pengembangan program ini, selain sebagai acuan perkembangan budaya dan masyarakat yang akan memasuki era globalisasi juga mengangkat kenyataan masyarakat Jambi yang majoritinya beragama Islam. Selain itu, gerakan pengajian ini juga tidak terlepas dengan gerakan budaya masyarakat yang dikenali sebagai “Budaya Mengaji”.
Terlebih dahulu masyarakat Jambi, telah mengetengahkan falsafah budayanya iaitu “adat bersendi syara, syara‟ bersendi kitabullah”.