KAJIAN TERDAHULU (LITERATURE REVIEW)
2.1.5 Hasil karya beliau
daripada murid-muridnya. Bertujuan untuk melatih mereka supaya berani menyatakan pendapat mahupun ide yang bagus dan cemerlang.22
2.1.5 Hasil karya beliau
Shaykh Nawa telah menulis 9 bidang disiplin ilmu pengetahuan, iaitu tafsir, fiqh, tajwid, ilmu tauhid, tasawuf, kehidupan Nabi, tata bahasa Arab, hadith dan akhlak.23 Menurut satu sumber, Shaykh Nawa telah berjaya menghasilkan 99 buah karya tulis, manakala menurut sumber lain menyatakan bahawa hasil karya beliau mencapai 115 buah yang mencakupi pelbagai bidang disiplin ilmu,24 seperti ilmu tafsir, hadith, bahasa, tauhid, fiqh, tajwid, sirah, dan tasawwuf. Majoriti karya beliau merupakan syarahan bagi kitab-kitab ulama terkenal dengan keterangan dan gaya bahasa yang mudah dipahami.25
Berdasarkan penelusuran terhadap pelbagai literatur yang ada, karya penulisan Shaykh Nawayang telah terbit dan tersebar berjumlah 41 buah. Karya-karya tersebut adalah :
1.Al-Thimr al-Yni’ah Shar ‘al Riy al-Bad’ah. Kitab fiqh ini merupakan komentar terhadap karya Shaykh Muammad asbullah.
2.Tanqh al-Qawl al-athth Shar ‘al Lubb al-adth. Kitab yang membahas empat puluh hadith tentang perilaku utama ini merupakan ulasan terhadap karya Imam al-Suy.
22 Ibid, hlm, 92-93.
23
C. Brockelmann, 1960 M, ‘Al-Nawawi’ Dlm. Encyclopedia of Islam,hlm. 1040-1041, Leiden : tpt.
24
Ensiklopedia Islam, 1994M, cetakan ke-3, juz. 4, hlm ,24 Jakarta : PT, Ichtiar Baru Van Hoeve.
25 Bruinesen, Martin Van, 1415H/1995M, Kitab Kuning (Pesantren dan Tarekat), hlm. 143, terjemahan,
Bandung : Mizan.
University
29
3. Al-Tawsh Shar ‘al Fat al-Qarb al-Mujb. Kitab fiqh ini merupakan komentar terhadap karya Ibn Qsim al-Ghaz.
4.Nr al-alm Shar ‘al Manmah bi ‘Aqdah al-‘Awwm. Kitab tauhid ini merupakan komentar terhadap karya Sayyid Amad Marzqi al-Makki.
5. Tafsr al-Munr li Ma’am al-Tanzl Murah al-Labd li Kashf Ma’n Qur’n al-Majd. Kitab ini adalah kitab tafsir al-Qur’an 30 juzuk yang terdiri dari 2 jilid besar. Jilid pertama terdiri dari 510 halaman, sedangkan jilid kedua terdiri dari 476 halaman. Kitab ini merupakan karya terbesar Shaykh Nawaw dan lantaran kitab ini pula beliau mendapat gelar Sayyid Ulama Hijaz (penghulu ulama Hijaz).
6.Madrij al-u’d Shar ‘al Mawld al-Nabaw. (Kitab Maulid al-Barzanji). Kitab ini tentang sejarah kehidupan Nabi S.A.W ini merupakan ulasan terhadap karya Imam Sayyid Ja’far al-Barzanj.
7. Fat al-Majd Shar ‘al al-Dr al-Fard Fi al-Tawid. Kitab tauhid ini merupakan ulasan terhadap karya Imam Ahmad al-Nahraw, gurunya.
8. Fat al-amad Shar ‘al Mawld al-Nabaw. Kitab tentang sejarah kehidupan Nabi S.A.W ini merupakan komentar terhadap karya Amad Qsim al-Maliki.
9. Nihyah al-Zayn Sharh ‘al Qurrah al-‘Ayn bi Muhimmah al-Dn. Kitab fiqh dalam mazhab Shafi’setebal 407 halaman ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Zainuddn al-Malabar, seorang ulama dari Malabar, Hindia.
10.Sullam al-Fual Sharh ‘al Manmt al-Adhkiy. Kitab tentang akhlak dan tasawuf ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Imam Fadhil Zainuddn.
University
30
11.Mar al-‘Ubdiyyah Sharh ‘ala Bidayah al-Hidayah. Kitab tentang akhlak dan tasawuf ini merupakan komentar terhadap karya Hujjatul Islam, Imam al-Ghaz. 12.Sullm al-Munjah Shar Kitb Safnah al-alt. Kitab tentang fiqh solat ini merupakan ulasan terhadap karya Sayyid Abd Allh bin Umar al-Haram.
13.Na’i al-‘Ibd Shar ‘al Munabbiht al-Isi’dd li Yawm al-Ma’d. Kitab berisi petua kepada manusia terkait dengan hari kiamat ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Sihabuddn Amad bin Amad al-Asqal.
14.Al-‘Aqd al-Samn Shar ‘al Mant al-Sittn Mas’alatan al-Musamm bi al-Fat
al-Mubn. Kitab yang membahas enam puluh masalah yang berkaitan dengan tauhid dan fiqh ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Muaf bin Uthmn J al-Qarut, seorang ulama dari Garut.
15.Bahjat al-Was’il Shar ‘al al-Rislah al-Jmi’ah Bayna Ul al-Dn wa al-Fiqh
wa al-Taawuf. Kitab yang membahas masalah tauhid, fiqh dan tasawuf ini merupakan komentar terhadap karya Shaykh Amad ibn Zayd al-Habsy.
16.Targhb al-Mustaqm Shar ‘al Manzt Sayyid al-Barzanj Zayn al-‘bidn f
Mawlid Sayyid al-Awwan. Kitab yang membahas sejarah kehidupan Nabi ini merupakan ulasan terhadap karya al-Barzanj.
17.Tjn Durar Shar’al ‘lim ‘Allmah Shaykh Ibrhm Bajfi
al-Tawd. Kitab yang membahas masalah tauhid ini merupakan ulasan karya Shaykh Ibrhm al-Baj
University
31
Fat al-Mujb Shar ‘al al-Sharbin fi ‘Ilm al-Mansik. Kitab yang membahas masalah manasik haji ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Sharbin.
19.Mirqt u’d al-Tadq Shar ‘al Sullam al-Tawfq. Kitab yang membahas masalah tauhid, fiqh dan tasawuf ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Abdullh bin usayn Ba’alaw.
20.Kshifah al-Saj Shar ‘al Safnah al-Naj. Kitab yang membahas masalah keimanan dan peribadatan (fiqh) ini merupakan ulasan terhadap karya Shaykh Slim ibn Samr al-Haram.
21.Qmi’ al-ughyn Shar ‘ala Mant Shu’b al-‘n. Kitab yang membahas masalah cabang-cabang iman ini merupakan penjelasan terhadap kitab Shaykh Zainuddn al-Kusayni al-Malabar.
22.Al-Futht al-Madaniyyah Shar ‘al Shu’b al-‘niyyah. Kitab yang dinukil daripada karya al-Suy dan Muammad Ibn ‘Arabi ini membahas masalah cabang-cabang iman.
23.’Uqd al-Lujayn f uqq al-Zaujayn. Kitab ini membahas hak dan kewajiban suami-isteri.
24.Fat Ghafr Khaiyyah Shar ‘al Nam Jurmiyyah Musamm bi
al-Kawkab al-Jaliyyah. Kitab yang membahas masalah ilmu tata bahasa Arab ini
merupakan ulasan terhadap karya Imam Abd al-Salm bin Mujhid al-Nahr.
25.Qar al-Ghayth Shar ‘al Mas’il Ab Layth. Kitab ini membahas masalah keagamaan Islam dan merupakan ulasan terhadap karya Imam Ab Layth.
University
32
26.Al-Fuss al-Yaqtiyyah Shar ‘ala Rawah al-Bahiyyah f Abwb al-Tafiyyah. Kitab ini membahas masalah ilmu Saraf.
27.Al-Riy al-Fawliyyah.
28.Sulk al-Jaddah Shar ‘al Rislah al-Muhimmah bi Lam’ah al-Mafdah f Bayn
al-Jum’ah wa al-Mu’addah. Kitab ini membahas masalah fiqh mazhab Shafi’. Dicetak
oleh Maba’ah Wahabiyah, Mekah, pada tahun 1300 H.
29.Al-Nahjah al-Jayyidah li Halli Naqt al-‘Aqdah. Kitab ini merupakan ulasan terhadap kitab Manmah. Dicetak oleh penerbit Abd al-Razzq, Mekah, pada tahun 1303 H.
30.ilyat al-Sibyn ‘al Fat al-Raman. Kitab yang membahas masalah tauhid ini merupakan ulasan terhadap kitab Fat al-Ran.
31.Mih al-alm ‘al al-ikam. Sebuah komentar terhadap kitab al-Hikam karya ‘Ali bin Hasanuddin al-Hindi. Kitab ini membahas masalah tasawuf. Diterbitkan di Mekah pada tahun 1314 H.
32.Dhar’ah al-Yaqn ‘al Umm al-Barhn. Sebuah komentar terhadap kitab Umm al-
al-Barhn. Kitab ini membahas masalah tasawuf. Diterbitkan di Mekah pada tahun 1314 H.
33.Al-Ibrz al-D f Mawlid Sayyidin Muammad Sayyid al-‘Adn.
34.Bughyah al-Anm f Shar Mawlid Sayyid al-Anm. Komentar terhadap kitab Mawlid Ibn Jawzi. Dicetak di Mesir pada tahun 1297 H.
University
33
35.Al-Durar al-Bahiyyah f Shar al-Kha’i al-Nabawiyyah. Ulasan terhadap kitab Qissah al-Mi’rj karya Imam al-Barzanj. Kitab ini membahas masalah Isr’ dan
Mi’rNabi S.A.W.
36.Kashf al-Martiyyah ‘an Sattr al-Jurmiyyah. Komentar terhadap kitab al- Jurmiyyah. Kitab ini membahas masalah ilmu nahu (tata bahasa Arab) dan diterbitkan oleh penerbit Saraf pada tahun 1298 H.
37.Lubb al-Bayn. komentar terhadap karya Shaykh Husayn al-Maliki. Kitab ini membahas ilmu balaghah dan sastera Arab. Diterbitkan oleh penerbit Muammad Musa, Mekah.
38.Qt al-abb al-Gharb shiyah ‘al Fat al-Qarb al-Mujb. Merupakan penjelasn terhadap kitab al-Taqrb karya Ab Suj. Kitab ini membahas masalah fiqh.
39.Shar al-Allmah al-Kabr ‘al Mant al-‘Alm al-‘mil wa al-Khabr al-Kaml
al-Shaykh Muammad Masyhr bi Dimy Lat Allafah fi Tawassul bi
al-Asm’ al-usn wa bi adrat al-Nab Sallallhu ‘Alayhi wa Sallama wa bi Ghayrihi
min al-A’immah al-Akbar wa f Mad Ahli Baitihi al-Abrr. Kitab ini merupakan komentar terhadap karya Shaykh al-Dimy yang membahas masalah tawasul dan keimanan.
40. Fat al-‘rifn.
University
34
41.Shar Burdah. Merupakan komentar terhadap syair-syair Burdah karya al-Bushir.26
Karya-karya yang disebutkan di atas adalah karya Shaykh Nawawi yang sudah dicetak dan diterbitkan oleh pelbagai penerbit. Kitab-kitab tersebut tersebar hamper diseluruh wilayah dunia Islam. Di Indonesia, karya-karya Shaykh Nawawi boleh didapati dipelbagai kedai buku yang ada di Bandar-bandar.27 Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan oleh Martin Van Bruinessen ke beberapa pesantren di Indonesia, ternyata karya-karya Shaykh Nawa masih banyak diguna pakai sebagai materi pembelajaran di pesantren Indonesia.28 Di samping itu, tidak kurang daripada 22 buah hasil karya Nawa masih tersebar secara meluas, manakala 11 buah kitab karyanya adalah termasuk dalam kumpulan 100 kitab yang paling banyak digunakan di pesantren.29 A.H Johns mendapati bahawa kesemua hasil karya beliau adalah dalam bahasa Arab yang sederhana. Hal ini mungkin kerana ia sesuai dengan tahap kemampuan masyarakat Nusantara dalam memahami bahasa Arab, tambahan pula sememangnya kitab-kitab beliau banyak digunakan di Nusantara.30
Karya-karya Shaykh Naw bukan hanya dikaji dan dipelajari di pesantren pulau Jawa sahaja tetapi juga diseluruh wilayah Asia Tenggara. Karya Shaykh Nawa juga di pelajari disekolah-sekolah agama mindanou (Filipina selatan) dan Thailand selatan. Menurut Ray salam T. Mangondaan, peneliti di Institute Studi Islam University of Philipines, karya Shaykh Nawa banyak dipelajari di sekolah agama Filipina
26
Samsul Munir Amin, 2011, Sayyid Ulama Hijaz: Biografi Syeikh Nawawi al-Bantani, hlm. 59-65, Jogjakarta : Pustaka Pesantren.
27 Ibid, hlm. 59-65.
28
Bruinesen, Martin Van, 1415H/1995M, Kitab Kuning (Pesantren dan Tarekat), hlm. 239, terjemahan, Bandung : Mizan.
29 Ibid, hlm 38.
30 Johns, A.H Qur’anic Exegesis in the Malay Word, t.pt, t.tp, .t.th, hlm.3.
University
35
Selatan yang masih menggunakan sistim pembelajaran Tradisional.31 Keistimewaan yang ditemui dalam karya-karyanya adalah kemampuan beliau dalam menghidupkan isi karangan dengan memuat kisah-kisah yang mengandungi hikmah dan pengajaran sehingga dapat dijiwai oleh pembaca. Menggunakan bahasa Arab yang sederhana sehinga mudah dipahami, oleh itu karya-karyanya disukai ramai pelajar dan pembaca.