• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN TERDAHULU (LITERATURE REVIEW)

2.2.2 Isi Kandungan Kitab

University

38

Kitab Na’ih al-‘Ibd ini mengandungi 10 Bab ditambah dengan muqaddimah tanpa menyebutkan khatimahnya. Berikut ini akan dihuraikan secara terperinci :

i. Muqaddimah

Ketika memulakan penulisan kitab ini, Shaykh Nawa memulakan penulisan dengan Basmalah, selepas itu diteruskan dengan ucapan pujian kepada Allah dan mengucapkan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Tajuk kitab, Na’i al-‘Ibd diletakkan sebelum muqaddimah, makna tajuk telah disesuaikan dengan topik-topik asas yang akan dibincangkan pada setiap babnya. Dalam muqaddimah, Shaykh Nawa cuba untuk memahamkan kepada pembaca ide pemikiran beliau dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menarik sehingga kitab ini mudah dikaji dan dipahami.

ii. Bab Pertama

Pada bab pertama, Shaykh Nawa menyebutkan dua hadith sahaja seolah-olah merupakan pembuka bagi kitab ini, dan dua hadith tersebut tidaklah terdapat dalam kitab al-Isti’dd li Yawm al-Ma’d oleh Ibn ajar. Namun beliau menyebutkannya untuk tabarruk dengan dua hadith tersebut yang beliau dapatkan secara ijazah35 daripada gurunya Syaikh Muammad Khb al-Sh al-anbal dan al-‘Allamah al-Sayyid Muammad al-Marsaf al-Ma, sebagaimana beliau terangkan dalam pembukaan kitabnya.

iii. Bab Kedua

Pada bab kedua, Shaykh Nawa menjelaskan nasihat-nasihat tentang dua perkara yang terdiri daripada 30 nasihat. Dimulai dengan fasal Iman dan kepentingan membantu masyarakat kemudian diakhiri dengan fasal nikmatnya mendekatkan diri kepada Allah

35Ijazah bererti membenarkan seseorang meriwayatkan hadith atau kitab, atas kuasa yang diberi oleh

seseorang alim atau ulama yang mengizinkannya.

University

39

S.W.T dan pahitnya menjauhkan diri dari-Nya. Dalam bab ini banyak nasihat-nasihat tentang dua perkara yang perlu diambil kira oleh si hamba. Contohnya pada fasal 24 bertajuk (punca segala kesalahan dan semua fitnah), dalam fasal tersebut dinyatakan bahawa punca segala kesalahan adalah cinta dunia, sedangkan sebab utama semua fitnah adalah enggan membayar zakat. Dalam bab ini banyak nasihat tentang dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain.

iv. Bab Ketiga

Pada Bab ketiga, Shaykh Nawamenjelaskan nasihat-nasihat tentang tiga perkara yang terdiri daripada 55 nasihat. Misalnya pada fasal 2 bertajuk (tiga perkara yang tidak

dapat diperolehi dengan tiga perkara), dalam fasal ini dinyatakan bahawa, tiga perkara

tidak dapat dicapai dengan tiga cara iaitu kekayaan tidak dapat diperolehi dengan berangan-angan, usia muda tidak dapat diperolehi dengan mewarna rambut dan sihat tidak dapat dicapai dengan ubat-ubatan. Begitulah seterusnya metode yang beliau gunakan dalam bab ke tiga ini.

v. Bab Keempat

Dalam bab keempat, Shaykh Nawa menjelaskan nasihat-nasihat tentang empat perkara yang terdiri daripada 37 nasihat. Dimulai dengan fasal (empat nasihat Nabi

S.A.W kepada Ab Zr al-Ghif) dan disudahi dengan fasal (empat amalan yang

menjadi pemangkin segala ibadah). Dalam bab ini, semua nasihat mengandungi empat

perkara dan pelbagai macam bentuknya ada yang berkaitan dengan ibadah, tentang syurga dan neraka, tentang dosa dan syahwat dan sebagainya. Dalam bab ini pengarang mengajarkan kita untuk sentiasa berhati-hati dengan empat perkara dan memberi ganjaran amal dengan empat perkara.

vi. Bab Kelima

University

40

Dalam bab kelima, Shaykh Nawa memberikan penjelasan nasihat-nasihat tentang lima perkara yang terdiri daripada 27 nasihat. Dimulai dengan nasihat bahaya mengabaikan ulama, pemerintah, jiran, kerabat dan isteri dan disudahi dengan nasihat tiada lima keindahan tanpa lima perkara.

vii. Bab Keenam

Dalam bab keenam, Shaykh Nawa memberi penjelasan tentang nasihat-nasihat enam perkara, semuanya terdiri daripada 17 nasihat. Contohnya enam perkara ganjil yang ada pada enam tempat, dan enam macam kurnia yang paling baik. Semua nasihat pada bab enam ini beragam-ragam ada perkara hati, perkara dunia, tipu daya dan sebagainya. viii. Bab Ketujuh

Dalam bab ketujuh, Shaykh Nawa menjelaskan tentang nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tujuh perkara, yang terdiri daripada 10 nasihat. Di antaranya ialah 7 golongan yang akan mendapat naungan Arasy Allah S.W,T, dan tujuh perkara yang mesti dipilih oleh orang yang berakal.

ix. Bab Kelapan

Pada bab kelapan, Shaykh Nawamenjelaskan nasihat-nasihat tentang lapan perkara, yang terdiri daripada 5 nasihat. Misalnya lapan perkara yang tidak pernah merasa puas dari lapan hal, lapan tanda orang yang makrifat. Semua isi bab ini adalah nasihat-nasihat yang berkaitan dengan lapan perkara. Isinya mengandungi tentang hiasan dunia, ketamakan, kebaikan dan sebagainya.

x. Bab Kesembilan

Pada bab kesembilan, Shaykh Nawa menjelaskan nasihat-nasihat tentang sembilan perkara, terdiri daripada 5 nasihat. Isinya mengandungi perkara tentang ibadah, dosa

University

41

dan penyesalan. Misalnya sembilan kemuliaan bagi orang yang menjaga solat dan contoh-contoh yang lain.

xi. Bab Kesepuluh

Pada bab kesepuluh, Shaykh Nawa menjelaskan nasihat-nasihat tentang sepuluh perkara, terdiri daripada 29 nasihat. Isi kandungannya beragam, ada tentang keutamaan ibadah, perkara dosa, kebencian Allah, nasihat para Nabi, ujian, ubat hati dan sebagainya.

2.2.3 Metodologi Kitab Na’i al-‘Ibd

Metodologi kitab Na’i al-‘Ibd ini dapat kita bahagikan kepada dua iaitu secara Am dan Khas.

Metodologi Am

Maksud penulis dengan metodologi am ialah metodologi yang digunakan oleh Shaykh Nawa dalam pembahagian fasal atau bab serta kaedah beliau dalam memulakan bab, kaedah dalam menyebutkan hadith, menerangkan athar dan menyebutkan nasihat-nasihat.

Metodologi kitab Na’i al-‘Ibd secara amnya dapat disifatkan sebagai berikut : i. Pembahagiaan bab yang semuanya berjumlah 10 (bab).

Dalam membahagikan bab, kitab ini mengikut kepada kitab asalnya iaitu al-Isti’dd liyawm al-Ma’d karangan Ibn ajar al-‘Asqal. Ibn ajar membahagikan bab bersesuaian dengan isi kandungan hadith. Contohnya dalam bab 3 iaitu (Nasihat-nasihat tetang tiga perkara), maka beliau menyebutkan beberapa hadith Nabi S.A.W tentang tiga perkara yang menyelamatkan

University

42

manusia dan tiga perkara yang merosakkan manusia. Begitu juga untuk bab-bab yang lain.

ii. Dalam memulakan bab, Shaykh Nawaw menyebut jumlah bilangan nasihat, bilangan Khabar dan bilangan Athar yang terkandung dalam bab yang berkenaan dan antara satu bab dengan bab lainnya berbeza jumlah bilangan nasihat, Khabar dan Atharnya.

iii. Setelah menyebutkan hadith, beliau akan menerangkan maksud hadith tersebut, kemudian menyebutkan beberapa hadith dan perkataan para Sahabat dan

Tabi’in yang berhubung kait dengan isi kandungan hadith, dan kadang kala

beliau menerangkan isi kandungan hadith dengan sedikit tafsiran ayat al-Qur'an. iv. Dalam menerangkan athar (perkataan Sahabat dan Tabi’in), beliau juga menggunakan metode di atas tetapi majoriti athar ini digunakan sebagai pelengkap bagi keterangan hadith-hadith Nabi yang diutarakannya dan kadang kala beliau menerangkan perkataan Sahabat, Tabi’in, atau ulama sesudahnya dengan menghubung kaitkannya dengan hadith.

v. Setelah menyebutkan hadith dan athar beliau juga menyebutkan nasihat-nasihat yang berhubung kait dengan hadith dan athar tersebut, yang banyak diambil daripada perkataan ulama dan kadang-kadang beliau mengemukakan pandangannya sendiri.

Metodologi Khas

Metodologi khas yang dimaksudkan di sini adalah metodologi Shaykh Nawa dalam penulisan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Na’ih al-‘Ibd ini, sebab ia merupakan unsur terpenting dalam pembahasan kitab. Oleh itu kajian tesis ini ditumpukan untuk membahasnya.

University

43

Metodologinya adalah :

i. Menukil hadith daripada kitab-kitab hadith.

Dalam menulis hadith, Shaykh Nawa menukilnya daripada kitab-kitab hadith asas seperti al-Kutub al-Sittah, Musnad Amad, Mu’jam al-abar dan kitab-kitab hadith lainnya. Beliau juga mengambil daripada kitab-kitab hadith yang bukan asas seperti :

Kitab al-Du’ karangan abar, Firdaws bi Ma’thr Khib karangan al-Daylam, al-‘Azmah karangan Ab Shaykh dan masih banyak lagi.

ii. Tidak menyebutkan sanad.

Dalam menyebutkan hadith, Shaykh Nawa tidak menyebutkan sanad daripada kitab-kitab hadith yang beliau nukil.

iii. Tidak menyebutkan nama perawi hadith di peringkat Sahabat walaupun ada tetapi tidak semua.

Shaykh Nawatidak menyebutkan nama perawi hadith diperingkat Sahabat pada setiap hadith yang dinukilnya dan biasanya beliau memulakan hadith dengan perkataan : Rasulullah S.A.W berkata atau diriwayatkan daripada Nabi S.A.W kemudian setelah itu beliau terus menuliskan matan hadithnya. Tetapi terdapat juga beberapa hadith yang didahului dengan Raw al-A’l dan majoriti tidak disebutkan. Kadang kala beliau hanya menuliskan makna hadith itu sahaja tanpa diketahui sanad dan rawinya dan contoh seperti ini tidak terlalu banyak.

iv. Menyebutkan nama ulama yang mengeluarkan hadith tersebut dalam kitabnya. Shaykh Nawa menyebutkan nama ulama yang mengeluarkan hadith, seperti Ibn ibbn, Ibn Mjah, a-abar, al-Daylam dan lain-lain. Tetapi adakalanya beliau tidak menyebutkannya.

University

44

v. Pengambilan hadith pula tidak hanya tertumpu pada ulama terkenal sahaja. Beliau tidak mengambil hadith daripada ulama hadith yang terkenal sahaja, tetapi juga mengambil daripada ulama hadith yang kurang terkenal seperti : al-Qu, Ab Shaykh dan yang lain.

vi. Menjelaskan hadith dengan ayat al-Qur'an.

Dalam menerangkan makna hadith, beliau menyebutkan beberapa ayat al-Quran sebagai penjelas, penafsir, penguat dan penambah tulisan sekalipun ianya tidak banyak.

ix. Tidak mensyaratkan hadith-hadith yang ditulis sama ada dapat dijadikan hujah ataupun tidak.

Kitab Na’i al-‘Ibd ini tidak mensyaratkan hanya menulis hadith-hadith yang dapat dijadikan hujah seperti a dan asan tetapi beliau juga menukil hadith a’f, amat a’f bahkan ada yang Maw’. Hal ini nampak jelas daripada beberapa hadith yang beliau sebutkan, sebagaimana akan dijelaskan pada bab selanjutnya.

x. Tidak memberi penjelasan tentang hukum hadith ataupun mengkritiknya.

Shaykh Nawa tidak menyatakan hukum bagi hadith-hadith yang beliau nukil dalam kitab Na’i al-‘Ibd ini, sama ada a, asan, a’f ataupun Maw’ dan beliau juga tidak melakukan kritik terhadap hadith-hadith yang dinukilnya.

Dokumen terkait