• Tidak ada hasil yang ditemukan

Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah metodologi analisis dokumen (perpustakaan) dan lapangan (borang selidik). Pelbagai upaya akan dilakukan dalam usaha menjalankan penyelidikan ini sehingga akan memudahkan proses pengumpulan bahan. Maka metodologi yang akan digunakan oleh penulis ialah mengumpulkan pelbagai maklumat daripada dokumen-dokumen yang dikenal pasti dengan menggunakan dasar metode pengumpulan data.

Pengumpulan data merupakan antara metode yang paling banyak digunakan oleh penulis bagi mencari data-data atau fakta yang berhubungkait dengan tajuk kajian melalui sumber pertama iaitu kitab-kitab yang ditulis sendiri oleh Shaykh Naw Banten mahupun sumber kedua seperti buku-buku, jurnal, majalah dan bahan-bahan bertulis lainnya yang bersesuaian dan berkaitan dengan tema yang menjadi tumpuan penelitian. Metode ini amat penting untuk melihat secara keseluruhan hal-hal yang berkaitan dengan kajian ini, melalui metode pengumpulan inilah beberapa landasan teori akan diperolehi penulis. Metode ini akan dilakukan dengan cara mengadakan penyelidikan perpustakaan (library research) di beberapa perpustakaan di Malaysia dan Indonesia dengan mengumpul berbagai maklumat yang berkenaan dengan tajuk kajian ini. Selain itu digunakan juga metodologi lapangan (borang selidik) untuk membuktikan

University

16

kesan dan pengaruh hadith-hadith dalam kitab ini terhadap masyarakat Islam di Sumatera Indonesia.

Metodologi mentakhrij hadith yang digunakan di dalam tesis ini ialah metodologi ulama abad ke 20 seperti Amad Shkir, Muammad Fu’ad ‘Abd al-B, al-Ghum, Shu’ayb al-Arna’, al-Alb dan yang lainnya. Meskipun cara mereka adalah merupakan pengembangan daripada cara dan gaya ulama terdahulu, seperti al-Khab al-Baghdd, al-Sakh, al-Suy, al-Naw, Ibn ajar dan yang lainnya.

Menurut pandangan penulis bahawa metodologi yang digunakan oleh ulama

Muta’akhirin lebih sesuai pada masa kini kerana sebuah hadith itu lebih mudah didapati

di dalam kitab-kitab sumber hadith dibanding dengan cara ulama Mutaqaddimin, kerana cara mereka mentakhrij sebuah hadith terlalu ringkas. Ulama Mutaqaddimin mentakkhrij hadith hanya meyebutkan ulama hadith yang meriwayatkan sebuah hadith itu. Seperti al-Bukh, Muslim dan yang lain tanpa menyebut kitab, bab dan jilid atau juzuk sebuah kitab. Manakala cara ulama Muta’akhirin dalam mentakhrij hadith lebih terperinci kerana mereka menyebut nama perawi, kitab, nombor kitab jika ada, bab, nombor hadith jika ada, jilid dan muka surat atau jilid dan muka surat sahaja. Rujukan utama dalam takhrij hadith ialah kitab Mawsu’ah Araf adth Rasulullah s.a.w,

al-Mu’jam al-Mufahrash li Alf al-adth dan lain-lainnya.

Cara menghukum sebuah hadith, jika hadith itu diriwayatkan oleh al-Bukh dan Muslim atau salah satu daripadanya dalam al-aayn, maka hadith itu diberi hukum a tanpa komen terhadap perawi atau sanadnya, kerana ulama hadith telah sepakat menganggap bahawa semua hadith yang terdapat dalam al-aayn adalah a. Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ulama selain al-Bukh atau Muslim

University

17

hukum hadithnya tergantung kepada kredibiliti perawi atau sanadnya dan matan hadith itu sendiri.

Hadith yang mempunyai syarat-syarat hadith a, iaitu sanadnya bersambung daripada awal hingga kepada Rasulullah S.A.W, semua perawinya Thiqah (‘Adil dan abi) atau setiap perawi yang disifatkan oleh Ibn ajar al-‘Asqal sebagai perawi yang aq (boleh dipercaya), tidak ada ‘Illah sama ada dalam sanad atau matan hadith itu tidak Shdh, maka hadith itu dihukum a. Untuk memastikan kesahihan sanad sebuah hadith, penulis memastikan nama setiap perawi dan pandangan ulama terhadap kredibiliti setiap perawi. Selain daripada itu penulis juga mengambil kira pendapat pengarang kitab sumber hadith itu sendiri dan pendapat ulama terhadap sebuah hadith, setelah penulis memastikan kredibiliti setiap perawi yang terdapat dalam sanad sebuah hadith, bermula daripada guru pengarang kitab sumber hadith hingga perawi sebelum Sahabat. Jika perawi tersebut dihukum ‘dil6

maka tidak disebutkan lagi, dan jika ianya

jar

maka penulis jelaskan kedudukannya.

Penulis tidak membincangkan peribadi sahabat kerana semuanya ‘dil. Sebuah hadith itu dihukum asan8

jika syarat-syarat hadith asan terdapat dalam sebuah hadith iaitu sanadnya bersambung daripada awal hingga akhir, semua perawinya ‘dil tetapi kurang abi

sehingga ulama mempertikaikan tentang peribadinya atau perawi

itu disifatkan oleh Ibn ajar sebagai perawi Maqbl, tidak ada ‘Illah10

sama ada dalam

6 Seorang muslim, balgh, berakal dan selamat daripada sebab-sebab fasik dan menjejaskan maruah.

7 Cacat perawi yang boleh mendedahkan sifat ‘dil dan hafazannya.

8 Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang kukuh dan teliti hafazannya tetapi dibawah syarat hadith

a.

9 Perawi yang hafazannya kuat dan teliti dalam penulisannya.

10 Kecacatan yang terdapat dalam sanad atau matan hadith yang menjejaskan sesebuah hadith.

University

18

sanad atau matan dan tidak Shdh11

. Hadith asan yang mempunyai penyokong (mutbi’)12 atau Shhid13

daripada hadith asan apatah lagi hadith a maka ia menjadi hadith a Lighayrih14

. Hadith yang terputus sanadnya salah seorang daripada perawinya a’f, sanadnya terdapat ‘Illah atau matannya Shdh, maka hadith itu dihukum a’f.

Hadith yang tidak terlalu a’f boleh menjadi hadith asan Lighayrih15

jika terdapat perawi a’f atau perawi lebih kuat darinya yang menyokong. Jika salah seorang daripada perawi hadith itu Matrk16

, banyak meriwayatkan hadith-hadith

Munkar17 atau dituduh pernah berdusta dalam percakapannya, meskipun dia tidak pernah dusta dalam periwayatan hadith, maka hadith itu dihukum amat a’f. Manakala hadith yang dianggap oleh ulama l ala lah18

, terdapat salah seorang daripada perawinya pembohong atau mereka-reka hadith, maka hadith itu dihukum Maw’. Membincangkan kredibiliti seorang perawi dari segi ‘dil dan Jar, penulis banyak menggunakan isitilah bahasa arab kerana sukar diterjemahkan dalam bahasa melayu. Akan tetapi penulis jelaskan maksudnya di bawah nota kaki dengan bahasa melayu.

11 Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi berlainan dengan hadith yang diriwayatkan

oleh perawi yang lebih thiqah darinya.

12 Hadith yang sanadnya menguatkan sanad yang lain daripada hadith yang sama dan Sahabat yang

meriyatkannya adalah satu.

13 Hadith yang sama lafaz dan makna atau maknanya sahaja tetapi sahabat yang meriwayatkannya

berlainan.

14 Hadith asan yang diriwayatkan oleh beberapa riwayat hingga sanad menjadi kuat.

15 Hadith a’if yang statusnya menjadi kuat kerana ada beberapa riwayat serta bukan kerana ada perawi

fasiq atau berbohong.

16 Hadith yang ditinggalkan kerana perawinya dituduh berdusta, kesilapannya lebih banyak daripada

keaannya atau hadith yang diriwayatkan itu tidak dikenal oleh perawi-perawi yang terkenal.

17 Hadith yang sanadnya terdapat perawi yang amat pelupa atau sering silap dan dikenal fasiq, berselisih

faham dengan riwayat thiqah.

18 Tiada sumber asalnya.

University

19

Dokumen terkait