• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN HADITH DAN METODOLOGI KAJIAN BORANG SELIDIK

3.1 Metodologi Kajian Hadith

Satu perkara yang besar di dalam mengkaji hadith ini ialah soal mentakhrj hadith-hadith yang terdapat di dalam kitab Na’i al-‘Ibd. Ia merupakan sebuah kajian perpustakaan yang menggunakan cara dan disiplin ilmu yang telah digariskan oleh para

Muaddithn di dalam mentakhrj hadith Nabi S.A.W. Metodologi kajian hadith yang digunakan dalam tesis ini adalah seperti di bawah ini :

Pertama :

Penulis sedaya upaya berusaha untuk melengkapkan maklumat-maklumat sesebuah hadith yang ditakhrjkan dengan mencatat nama buku, pengarangnya, nama kitab, nama bab, nombor hadith, jilid, halaman, penerbit dan tahqiq hadith jika ada. Mana-mana hadith yang ditulis terjemahannya sahaja, maka dikembalikan matannya terlebih dahulu.

Kedua :

Setiap hadith yang terdapat dalam kajian ini adalah dibariskan atau diberi harakat, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa melayu.

Ketiga :

Metode dalam memaparkan hadith ialah, pertama : penomboran hadith, kedua : lafaz hadith, ketiga : takhrj hadith, keempat : perbahasan ulama tentang kedudukan hadith dan terakhir adalah hukum hadith.

Keempat :

Dalam mencari hadith-hadith, penulis menggunakan kitab-kitab panduan mencari hadith seperti kitab Maws’at Araf al-adth al-Nabawi al-Sharf oleh Muhammad al-Sa‟d Zaghll, al-Mu’jam al-Mufahras li Alf al-adth dan Mift Kunz al-Sunnah oleh

University

49

A.J. Wensinck serta Taysir Manfa’ah bi Kitabay Mift Kunz Sunnah wa

al-Mu’jam al-Mufahras li Alfadth Nabawi oleh Muhammad Fu‟ad „Abd al-Baqi. Penulis juga menggunakan CD hadith seperti Maktabah al-Alfiyyah li al-Sunnah

al-Mutahharah, Maktabah al-Shamilah dan website pencarian hadith seperti

www.dorar.net. CD dan website ini digunakan di peringkat awal sahaja untuk

memastikan kewujudan satu-satu hadith. Ini adalah kerana rujukan yang muktabar ialah rujukan berbentuk kitab dan bukannya CD, website atau komputer yang terdedah kepada kekurangan dan kelemahan.

Kelima :

Untuk menghukum hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Na’i al-‘Ibd, penulis membahagikannya kepada enam kategori seperti berikut :

1).Hadith-hadith yang disepakati oleh Bukh dan Muslim atau diriwayatkan oleh al-Bukh atau Muslim dengan sanad yang besambung lagi marf’, penulis terus memakai hukum tersebut kerana ulama hadith telah sepakat menerima periwayatan keduanya. Hukum hadith akan ditulis a tanpa menerangkan sebab-sebabnya.

2).Mana-mana hadith yang tidak ada di dalam a al-Bukh dan a Muslim sedangkan ia terdapat di dalam kitab hadith lain, penulis berusaha mengetahui hukum melalui sanad hadith (jika ada), walaupun ada ulama-ulama hadith yang telah memberi hukumnya. Hukum melalui sanad hadith ini ada ketika dikaji keseluruhan perawinya dan ada ketika disebut perawi-perawi tertentu sahaja iaitu ketika jelas bagi penulis sebab-sebab hadith itu ditolak (mardd) dan ada pandangan lain yang sama dengan pandangan penulis. Dalam memberi hukum hadith-hadith berkenaan penulis akan merujuk kepada kitab-kitab ‘Ulm al-adth dan al-Jar wa al-Ta’dl. Penulis memberi

University

50

hukum a kepada satu-satu hadith apabila cukup syarat-syaratnya iaitu ia diriwayatkan oleh seorang perawi yang ‘dil, sempurna ingatan, sanadnya bersambung, tidak terdapat ‘Illah dan tidak Shdh.1

Jika syarat-syarat a semuanya ada kecuali ingatannya kurang sempurna, maka penulis menghukumnya asan li Dhatih.2

Walau bagaimanapun sekiranya turuq hadith itu banyak serta ia boleh diterima, maka penulis menghukumnya a li Ghayrih.3

Penulis menghukumnya a’f apabila hilang satu syarat atau lebih syarat-syarat hadith a dan asan di atas.4

Walau bagaimana pun penulis menghukumnya asan li Ghayrih apabila turuqnya banyak dan ia tidak a’f

Jiddn.5 Jika salah seorang daripada perawi hadith itu Matrk, banyak meriwayatkan hadith-hadith Munkar atau dituduh pernah berdusta dalam percakapannya, meskipun dia tidak pernah dusta dalam periwayatan hadith, maka hadith itu dihukum amat a’f. Manakala hadith yang dianggap oleh ulama l ala lah, terdapat salah seorang daripada perawinya pembohong atau mereka-reka hadith, maka hadith itu dihukum Maw’. Di dalam menilai seorang perawi, penulis lebih mengutamakan pandangan Ibn ajar al-„Asqal kerana ilmunya yang luas tentang hadith dan Rijl al-adth. Menurut Ibn ajar al-„Asqal perawi-perawi hadith terdiri dari dua belas martabat. Pertama : ahabah, kedua : Awthq al-Ns, Thiqah-thiqah, Thiqah fi dan seumpamanya,

1 Ibn ajar „Asqal, Amad Ibn ajar „Asqal, 1990, Shar Nukhbat Fikr f Mual Ahl

al-Athr, hlm. 30, Dimashq : Maktabah al-Ghaz.

2 Ibid, hlm. 42.

3 Ibid, hlm.42.

4

Suy, Jall Dn bin Ab Bakar Suy, 2002, Alfiyyt Suy fi „Ilm adth, hlm. 26, al-Qhirah : Dr al-Salm.

5 al-Suy, Jall al-Dn bin AbBakar al-Suy, 1959, Tadrb al-Raw Fi Shar Taqrb al-Nawaw, hlm.

103, al-Madinah al-Munawwarah : Maktabah al-„Ilmiyyah.

University

51

ketiga : Thiqah, Mutqn, Thabt, ‘Adl dan seumpamanya, keempat : adq, adq

rubbam akh’, L ba’sa bih dan Laysa bihi ba’sa, kelima : adq sayyi’ al-if, adq Yahim, adq lahu Awham, adq yukhti’ dan adq taghayyar bi akharah,

Man rumiya bi naw’ min al-Bid’ah katashayyu’ wa al-Qadr wa al-Nasb wa al-‘Irj’ wa

al-Tajahhum, keenam : Maqbl dan Layyin adth, ketujuh : Mastr dan Majhl l, kelapan : a’f, kesembilan : Majhl, kesepuluh : Matrk adth, Wahin al-adth dan Saqi, kesebelas : Man uttuhim bi al-Kadhib dan kedua belas : Man utliq

‘alayh ism al-Kadhib wa al-Wa’u.6

Hadith-hadith yang perawinya terdiri daripada martabat pertama kedua dan ketiga, penulis memberi hukum a, jika ada antaranya perawi dari martabat keempat, penulis memberi hukum asan.7

Sedangkan jika ada perawinya dari martabat kelima dan keenam, maka penulis memberi hukumnya a’f kecuali Maqbl yang dihukum asan oleh penulis.8

Apabila terdapat dikalangan perawinya dari martabat ketujuh, maka penulis Tawaqquf iaitu penulis menyebut perawi berkenaan Mastr atau Majhl al-l9

atau pun dihukum a’f jika ada pendapat yang menyebut demikian. Sekiranya ada perawi dari martabat kelapan, maka penulis terus

6

Ibn ajar al-„Asqal, Amad Ibn ajar al-„Asqal, 1411/1991, Taqrb al-Tahdhb, hlm. 74-75, Bayrt : Dr al-Qalam.

7

Ab Dawd al-Mawil, Muammad Ibrhim Dawd al-Mawil, 1995, Isrhd al-Adib ila uruq Takhrj al-adth, hlm. 28, Bayrut : Mu‟assasat al-Rayyn.

8 Ibid, hlm. 28, al-Khumays, „Abd al-Raman bin Ibrhim al-Khumays, 2000, Mu‟jam „Ulm al-adth

al-Nabaw, hlm. 108, Bayrt : Dr Ibn azm, al-„Uthaymin, Muammad Ibn li al-„Uthaymin, 1984, Mual al-adth, hlm. 29, al-Riy : Dr ibah.

9 Muammad Ab al-Layth al-Khayr Abadi, 1999, Takhrj al-adth Nash‟atuh wa Manhajiyyatuh, hlm.

218, Selanjur : Dar al-Shakir.

University

52

memberi hukumnya a’f.10

Jika ada antara perawinya dari martabat kesembilan sehingga ke dua belas, maka penulis memberi hukumnya berdasarkan darjat-darjat a’f iaitu berakhir dengan Maw’.11

Hukum hadith-hadith seperti ini merupakan pandangan penulis sendiri. Jika terdapat pandangan ulama yang sama atau hampir sama dengan hukum yang diberi oleh penulis, maka penulis akan menyertakan pendapat mereka itu sebagai sokongan.

3).Dalam menghukum hadith yang diriwayatkan oleh selain al-Bukh dan Muslim, penulis akan berusaha mencari pendapat-pendapat ulama hadith ke atas hukum hadith itu sendiri, sama ada ulama terdahulu (Mutaqaddimn) seperti al-Tirmidh, Ibn ibbn, al-kim, al-Bayh, Ibn Jawz, mahupun ulama yang datang setelahnya (Muta’akhirn) seperti al-Dhahab, al-Zayla‟, al-„Ir, Ibn ajar, al-Sakh, al-Suy dan al-Mun, serta pendapat ulama yang hidup pada akhir-akhir abad ini (Mu’airn) seperti Amad Shkir, al-Alb, al-Arna‟ dan lain-lain. Hal ini tanpa meninggalkan usaha penulis untuk mengkritik sanad dan matan hadith itu sendiri sesuai dengan kaedah ilmu hadith.

4).Jika pendapat para ulama hadith bercanggah, sama ada dalam menghukum mahupun dalam al-Jar wa al-Ta‟dl, maka penulis akan mengambil kira kedudukan dan klasifikasi ulama itu sendiri mengikut kaedah yang digunakan oleh ulama hadith, seperti

Mutashaddd (keras), Mu’tadl (seimbang) dan Mutasahl (memudahkan). Penulis akan lebih mengambil kira pendapat golongan ulama yang dikelompokkan sebagai Mu’tadl

10 Ab Dawd al-Mawil, Muammad Ibrhim Dawd al-Mawi, 1995, Isrhd al-Adib ila uruq Takhrj

al-adth, hlm. 29, Bayrt : Mu‟assasat al-Rayyn.

11 Ibid.

University

53

seperti al-Bukh, Amad, Ibn ajar dan al-Dhahab dalam al-Jar wa al-Ta‟dl, serta Ibn ajar, al-Sakh dan al-Mun dalam menghukumkan hadith.

5).Hadith-hadith yang tidak didapati sumber asal dan sanadnya, penulis menghukumkan hadith tersebut dengan hukum yang telah diberikan oleh para ulama hadith, sekiranya ada. Jika tidak, penulis akan melihat kepada makna hadith dan mana-mana hadith lain yang terkandung maknanya di dalam hadith-hadith tersebut. Hadith-hadith seperti ini jika sudah ada hukum yang diberikan, ia tidak lagi dihukum sanad oleh penulis kecuali apabila hukumnya belum dikeluarkan. Berdasarkan makna hadith yang dibincangkan dan maklumat-maklumat lain seperti yang dinyatakan di atas, maka penulis akan memberi hukum dengan ungkapan “maknanya sama dengan hadith a’f” dan seumpamanya.

6).Sekiranya maknanya itu boleh diterima atau sebahagiaannya boleh diterima berdasarkan ayat-ayat al-Qur‟an, hadith-hadith lain atau ajaran Islam, maka penulis akan menyebut “maknanya boleh diterima, maknanya adan seumpamanya”

7).Sekiranya dari segi maknanya juga tidak jelas, maka penulis akan menyebut “belum dapat diketahui hukum” dan ulasan selanjutnya tidak dapat diberikan.

8).Bagi hadith-hadith yang tidak ada asalnya, penulis akan menukil pandangan ulama-ulama yang muktabar dalam ilmu hadith serta mengguna pakai pandangan mereka dengan menyebut “l ala lah, dan dihukum Maw’.

Keenam :

Di dalam membincangkan perihal perawi-perawi hadith, penulis menggunakan istilah-istilah hadith dalam bahasa Arab yang dirumikan dan dijelaskan maksudnya dalam nota kaki. Ini bertujuan untuk mengekalkan keasliannya dan memendekkan tesis.

University

54

3.2 Metodologi Kajian Borang Selidik

Dokumen terkait