• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ilmu-ilmu yang menyokong kehakiman dan keterangan

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 64-69)

Setelah menerangkan alat-alat pembuktian, satu lagi bidang ilmu yang tidak boleh ditinggalkan oleh sarjana undang-undang khasnya hakim dan qadi iaitu usul fiqh. Ianya merupakan dalil-dalil untuk membangun fiqah. Menurut Shaikh al-Zarkashiy ilmu ini adalah kumpulan dalil-dalil fiqah dan kaedah pengambilan dalil-dalilnya yang dibuat secara ringkas (ijmal).245 Ianya juga merupakan syarat wajib bagi seorang mujtahid yang mahu mengeluarkan sesebuah hukum dari nas-nasnya.246 Tuntutan itu tidak hanya bagi seorang Hakim247 yang mahu mendengar aduan orang yang bertikai sahaja tetapi juga kepada orang-orang yang hendak memberikan fatwa dan hukum kepada masyarakat, ianya adalah fardu „ain untuk mempelajarinya.248

Sebagai ilmu yang berkaitan langsung dengan sumber-sumber hukum al-Qur‟an dan al-hadith, usul fiqh

243

Shaikh al-Islam Abi Bakr bin „Ali bin Muhammad al-Haddad al-Yamaniy (T.T.), Op., Cit., m.s. 146-147.

244

Abi Bakr Muhammad bin „Abd Allah al-Ma„ruf Ibn „Arabiy (1977), Ahkam al-Qur‟an, j.3, Takhrij: Muhammad „Abd al-Qadir „Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s. 356-358.

245Muhammad bin Bahadir bin „Abd Allah, Badr al-Din al-Zarkashiy (1992), al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh,c. 2, juzu‟ 1, Kuwait: Dar al-Sufuwwah, m.s. 24

246 Kitab yang pertama ditulis dalam hal ini adalah kitab al-Risalah yang ditulis oleh imam Syafi„i. Dalam kitab ini beliau mengasaskan method istinbat hukum dari nas-nasnya, juga sumber-sumber hukum Islam iaitu al-Qur‟an, al-Hadith, ijma„, qias, istihsan. Menurut Ibn Taimiyah sumber hukum dalam Islam ada dua bahagian iaitu dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati. Dalil yang disepakati ialah al-Qur‟an, al-Hadith dan Ijma„ Ulama sedangkan yang tidak disepakati ialah qias, istishab, masalih al-mursalah, sad al-zarai„, ibtal al-hayl, perkataan sahabat, istihsan, ‘uruf dan syariat Nabi-nabi dahulu. Lihat Muhammad Idris al-Syafi„ie (t.t.), al-Risalah, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah. Ibn Taymiyah Abi al-„Abbas Taqiyy al-Din Ah mad bin „Abd al-Halim (2000), Op. Cit., m.s. 9.

247Dinamakan hakim itu qadi kerana yumdi al-ahkam wa yuhakkimuha ertinya melaksanakan hukum-hakam dan mengadili dan memutuskannya, ataupun li ijabihi al-hukm „ala man yajibu „alaihi. Sedangkan di namakan ia hakim kerana li man„ihi al-zalim

min al-zulm ertinya mencegah orang zalim daripada berbuat zalim. Sila lihat Muhyi al-Din Yahya bin Syarif bin Mari bin Hasan

bin Husain bin Hizam al-Nawawi (1929), Sahih Muslim bi Syarh al-Nawawi, juzu‟ 12, Misr: Matba„ah Misriyyah, m.s. 3. Syihab al-Din Ahmad bin Muhammad al-Khatib al-„Asqalani (1323), op.cit, m.s. 256.

248Ahmad Ibn Taimiyyah (1418 H.), al-Mustadrak ‘ala Majmu‘ Fatawa, Muhammad bin „Abd al-Rahman bin Muhammad bin Qasim,j.2, m.s.5.

115 merupakan satu metodologi (al-Manhaj) penting yang wajib dimiliki dan difahami oleh

al-Faqih untuk menghindarkan daripada tersalah dalam mengeluarkan hukum.249

2.4.1. Sumber hukum yang disepakati

Islam adalah agama yang mulia dan agama paling sempurna di antara agama-agama yang diturunkan Allah sebelumnya. Ia merupakan panduan hidup baik di dunia mahupun untuk kebahagian di akhirat. Oleh itu, untuk menegakkan agama besar ini maka penyokong, asas dan sumber hukumnyapun mestilah sangat kuat. Menurut imam al-Tufiy, seorang ulama terkenal dalam mazhab Hanbali, mengatakan ada 19 sumber hukum Islam.250 Malahan ada yang menambahkan bahawa dalil-dalil hukum syarak mencapai empat puluh lima. Semua sumber hukum Islam itu secara garis besarnya dapat dibahagi kepada dua bahagian iaitu sumber hukum yang disepakati dan tidak disepakati.251

Sumber hukum yang disepakati antaranya adalah al-Qur‟an, iaitu sumber hukum Islam yang pertama252 dan yang paling diutamakan dalam merujuk sebelum merujuk sumber hukum yang lain. al-Qur‟an adalah Kalam mu„jizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis dalam mushaf yang sampai kepada umat manusia secara mutawatir dan berpahala bagi orang yang membacanya.253

Mengambil al-Qur‟an sahaja tanpa merujuk al-Hadith adalah tidak cukup malahan salah. Ini kerana sunnah Rasul SAW disamping sebagai sumber perundangan

249

Wizarah al-Awqaf wa Syu‟un al-Islamiyyah (1983), al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah, c. 2, Juzu‟ 1, Kuwait:Taba„at dhat al-Salasil, m.s. 33.

250Sulaiman bin „Abd al-Qawi bin ‘Abd al-Karim bin Sa„ad, Imam al-Tufiy (1993), Risalah fi Ri„ayah al-Maslahah,t.t.p. Tahqiq: Ahmad Abd al-Rahim, (t.t.p.), al-Dar al-Misriyyah al-Bananiyyah, m.s. 13. Malahan ada yang menambahkan bahawa dalil-dalil hukum syara„ mencapai empat puluh lima.

251 Khalid Ramadan Hasan (1998), Mu„jam Usul al-Fiqh,Misr: al-Rawdah, m.s. 132-133. Juga Muhammad bin Husayn bin Hasan al- Jizani (1996), Ma„alim Usul al-Fiqh „inda Ahli al-Sunnah wa al-Jama„ah, al-Riyad: Dar Ibn al-Jawzi, m.s. 70.

252

Lihat al-Qur‟an surah al-An„am ayat 19, surah al-Furqan ayat 1. Lihat juga al-Nisa‟ ayat 136.

253

Muhammad Zafzaf (T.T.), Ta„rif bi Qur‟an wa Hadith, Beirut: Maktabah „Ilmiyyah, m.s. 4-5. Juga Sabariyy al-Asywah (1998), I„jaz al-Qiraat al-Qur‟aniyyah: Dirasah fi Tarikh al-Qiraat wa ittijahat al-Qurra‟, Qaherah: Maktabah Wahbah, m.s. 14. Muhammad Musa al-Syarif (T.T.), I„jaz al-Qur‟an al-Karim bayna al-Imam al-Suyuti wa al-„Ulama‟, Jeddah: Dar al-Andas al-khadra‟, m.s. 51-52. Juga Khalid „Abd al-Rahman al-„Akk (T.T.), Tarikh Tawthiq Nass al-Qur‟an al-Karim, (t.t.p), (t.p), m.s. 29. Ahmad al-Bayla (1988), al-Ikhtilaf bayna al-Qiraat, Beirut: Dar al-Jayl, m.s. 29.

116 Islam kedua254 ia juga berfungsi sebagai penafsir juga al-Bayan.255 Para Ulama hadis membuat ta„rifnya iaitu apa saja yang disandarkan kepada Nabi SAW samada ucapan, perbuatan, sifat (kemanusiaan) khalqiyyah atau khuluqiyyah, dan juga apa saja yang dikaitkan dengan kerasulan daripada tindakan mulia beliau yang terjadi sebelum diangkat jadi Rasul.256

Sumber hukum yang ketiga adalah al-Ijma„ Ulama. Adapun ijma„ pada bahasa adalah al-„Azm iaitu cita-cita, berniat untuk melakukan sesuatu atau berazam, ini sesuai dengan firman Allah dalam surah Yunus ayat 71 iaitu … faajma„u amrakum. Masih dalam pengertiannya dalam bahasa, seperti hadis Nabi SAW iaitu la siyam li man lam yujmi„ al-Siyam min al-layl iaitu (tidak sah puasa orang bagi orang yang tidak berniat pada malamnya). Ada juga yang mengertikan ijma„ tersebut dengan al-Ittifaq.257

Adapun menurut istilah, ijma„ adalah kesepakatan orang-orang Islam

(mujtahid)258 dalam hukum syara„ berkenaan satu perkara baik berupa masalah iktikad,

perbuatan atau perkataan. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa ijmak adalah satu ungkapan iaitu kesepakatan umat Muhammad SAW terhadap satu masalah daripada masalah-masalah agama. 259 Tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mustahil dicapai kesepakatan terhadap sesuatu. Ibn Taimiyyah menjawab bahawa „tidak mungkin umat secara berjamaah bersepakat untuk membuat kesalahan‟.260

Oleh itu, menurut beliau al-Ijma„ Ulama merupakan hujah. Juga Imam Shafi„i mengatakan „hendaklah kamu selalu berjama‟ah kerana sesungguhnya Syaitan suka pada yang bersifat sendiri-sendiri‟.261

254Lihat al-Qur‟an surah al-Najm ayat 3 dan 4 juga al-Nisa‟ ayat 59. Juga lihat surah Ali „Imran ayat 32

255

Muhammad bin Husayn bin Hasan al- Jizaniy (1996), Op. Cit., m.s. 140

256 Muhammad Sulaiman Asyqar (T.T), Ap„al Rasul Salla Allah „alayhi wa sallama wa Dilalatuha „ala Ahkam

al-Syar„iyyah, j. 1, al-Kuwait: Maktabah al-Manar al-Islamiyyah, m.s. 3-5. Juga Abi Bakr „Abd Allah bin Zubayr al-Hamidi

(1997), Usul al-Sunnah, al-Kuwayt: Dar Ibn al-Athir, m.s. 35.

257 Imam „Allamah „Ali bin Muhammad Amidiy (2003), Ahkam fi Usul Ahkam, Tahqiq: „Abd Razzaq „Afifi, j.1, al-Riyad: Dar al-Sami„i li al-Nashar wa al-Tawzi„,m.s. 261

258

Muhammad bin Bahadir bin „Abd Allah, Badr al-Din al-zarkasyiy (1992), Op., Cit.,j. 2, 436.

259

Abi Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (t.t.), al-Mustasfa min „Ilm al-Usul, j. 2, Tahqiq: Hamzah bin Zahir Hafiz, Madinah al-Munawwarah: Jami„ah al-Islamiyyah, m.s. 293

260Sila lihat Muhammad bin „Abd al-Rahman, (1418 H.), al-Mustadrak ‘ala Majmu‘ Fatawa Syeikh al-Islami Ahmad Ibn Taimiyyah, j.2, m.s.113

261

117 Adapun ijmak sebagai salah satu sumber hukum Islam adalah merupakan kesepakatan semua ahli ilmu Islam, ianya berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke alam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk

tempat kembali”262.

Sumber hukum yang seterusnya adalah al-Qiyas. Kekuatan qiyas sebagai salah satu sumber hukum adalah ijmak ulama dan tidak dipertikaikan lagi kesahihannya terutama oleh majoriti Sahabat, Tabi„in dan Fuqaha‟.263

Imam Syafi„i berkata: kami akan membuat keputusan (menghukum) dengan ijmak kemudian barulah qiyas, sekalipun qiyas adalah lemah tetapi ianya digunapakai pada masa darurah. Ini kerana qiyas tidak boleh digunapakai sekiranya al-Khabar (nas-nas yang lebih kuat, seperti ijmak) masih ada.264 Juga menurut pengarang kitab Bahr al-Madhhab (seorang ulama dari mazhab Imam Shafi„i) berkata, “wajib beramal dengan qias diketika tidak ada nas-nas daripada ijma„.265

al-Qiyas adalah Ilhaq ma lam yarid fih nass „ala hukmihi bima warada fih nass

‘ala hukmihi fi al-hukm li ishtirakihima fi „illah dhalika al-Hukm.266

Yang bermaksud: Menyamakan satu hukum yang tidak ada nasnya dengan hukum yang ada nasnya kerana ada persamaan „illat di antara keduanya. Ibn Taymiyah mentakrifkan qiyas sebagai berikut:

262

Al-Nisa‟ (5) ayat 115

263Muhammad bin „Ali al-Shawkaniy (2000), Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haqq min „Ilm al-Usul, j.2, Tahqiq: Abi Hafs Sami ibn al-„Arabi al-Ashari,al-Riyad: Dar al-Fadil, m.s. 843

264 Muhammad bin Husayn bin Hasan al- Jizaniy (1996), Ma„alim Usul al-Fiqh „inda Ahli al-Sunnah wa al-Jama„ah, al-Riyad: Dar Ibn Jawzi, m.s. 191-192. Sila lihat Muhammad bin „Abd Rahman, (1418 H.), Mustadrak ‘ala Majmu‘ Fatawa Syeikh

al-Islami Ahmad Ibn Taimiyyah, j.2, m.s. 201

265al-Shaikh al-Imam Abi al-Mahasin „Abd al-Wahid bin Isma„il al-Ruyani (2002), Bahr al-Madhhab, Tahqiq: Ahmad „Izzw „Inayah al-Damshiqi, j. 11, Beirut: Dar Ihya‟ al-Turab al-„Arabiy/i, m.s. 241.

266Sila lihat „Abd al-Karim Zaydan (2011), al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, Damshiq: Muassasah al-Risalah Nashirun, m.s. 153. Khalid Ramadan Hasan (1998), Mu„jam Usul al-Fiqh, Misr: al-Rawdah al-Nashar wa al-Tawzi„, m.s. 226.

118 Yang bermaksud:

“Menyamakan hukum cabang kepada asalnya kerana persamaan

makna (illat) diantara keduanya”.267

2.4.2. Sumber hukum yang tidak disepakati

Setelah memperkatakan sumber hukum yang disepakati maka adapun sumber hukum yang tidak disepakati sebagai berikut: perkataan sahabat, syariat nabi-nabi terdahulu, isitihsan,268 „Uruf, Istishab, Sad al-dharai„, dan Maslahah al-Mursalah. Di sini, penyelidik tidak akan membincangkan sumber hukum ini kerana untuk menjimatkan waktu dan tempat, juga kerana tulisan ini bukan memfokuskan perbahasan tentangnya.269

Bagaimanapun di sini hanya diperkenalkan beberapa asas hukum sahaja yang dianggap penting juga popular dan biasa digunakan, diantaranya:

Istishab merupakan satu ilmu penting dan banyak diperkatakan dalam perundangan dan peradilan. Ini kerana ianya termasuk salah satu kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal dan menyelesaikan satu pertikaian.270 Dari segi bahasa ia bererti al-musahabah atau istimrar al-Suhbah yang bermaksud menemani atau kawan yang berterusan. Ada juga menyebutkan al-Mulazamah wa „adamu al-Mufaraqah. Sedangkan pada istilah, al-Syaukani mengatakan: baqau dhalika al-Amr ma lam yujadma yughaiyuruhu yang bermaksud “sesuatu perkara adalah kekal atau tetap selama tidak ada yang mengubahnya”. Di sini nampak persamaanya dengan salah satu kaedah al-Aslu baqau ma kana „ala ma kana.

267

Ibn Taymiiyah Abi „Abbas Taqiyy Din Ah mad bin „Abd Halim (2000), Maqasid Shari‘ah „inda Ibn Taymiyyah, al-Ardan: Dar al-Nafais, m.s. 334.

268

Istishan adalah huwa tark wajhin min wujuh al-Ijtihad ghair Syamil Syumulal-alfaz li wajh huwa aqwa min. Sila lihat Sa‘id Fayiz al-Dakhil (1989), Mawsu ‘ah Fiqh „Aisyah Umm al-Mu‟minin Hayatuha wafiqhuha, Beirut: Dar al-Nafais, m.s. 69

269

(T.P.) (1970), Nazariyah al-Maslahah fi al-Fiqh al-Islami, Qaherah: Dar al-Kutub, m.s. 316.

270

Bagaimanapun ada perbezaan ulama dalam menerima istishab sebagai hujah, kebanyakan ulama Hanafi dan ulama mutakallimin seperti al-Basri menolaknya. Sedangkan mazhab Syafi„iyyah menerimanya dan menjadikannya sebagai satu hujjah. Lihat Muhammad bin „Ali al-Shawkaniy (2000), Irsyad al-fuhul ila tahqiq al-haqq min „ilm al-usul, j.2, Tahqiq: Abi Hafs Sami ibn al-„Arabi al-Ashari,al-Riyad: Dar al-Fadil, m.s. 975. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazaliy (t.t.), al-Mustasfa min

119 Penggunaan Istishab dalam hukum dan amalan sehari-hari amatlah meluas, misalnya dari pemilikan harta, jual-beli, hibah, wasiat dan lain-lain.Kaedah ini sangat berhubung kait juga dengan kaedah al-Aslu fi syai‟ al-Ibahah. Dimana asal sesuatu itu adalah harus, dalam contoh yang mudah misalnya semua makanan adalah harus digunakan sehinggalah ada dalil yang mengharamkannya. Ini kerana makanan adalah memberi manfaat kepada manusia, maka asal yang bermanfaat adalah diharuskan atau diizinkan untuk mengambilnya. Dalam hal ini, Imam al-Syatibiy menyebutkan dalam kitabnya al-Muwafaqat, bahawa semua yang memberi manfaat (makanan) pada asalnya adalah izin dan sebaliknya semua yang memberi mudarat adalah dilarang.271

Walau bagaimanapun, beliau menambahkan maksud qaedah ini bukanlah secara mutlaq. Maksudnya bahawa bukan bererti semua yang bermanfaat itu boleh dan yang memudaratkan itu dilarang secara mutlaq. Beliau membuat contoh orang minum khamar mendakwa ianya dibolehkan kerana ianya memberi manfaat seperti dapat menjadi berani. Begitu juga ubat adalah dilarang kerana pahit dan lain-lain.

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 64-69)

Dokumen terkait