• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah-kaedah fiqah

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 69-72)

Satu cara yang mudah memahami dan mengetahui permasalahan yang timbul di masyarakat khasnya pertikaian yang dibawa ke mahkamah adalah dengan menguasai kaedah-kaedah perundangan Islam. Situasi ini penting kerana tidak semua hukum yang berbangkit di masyarakat difahami dengan mudah oleh pengamal undang-undang. Dalam hal ini, sarjana-sarjana Islam khasnya para ulama telahpun mencuba membuat solusi yang baik dengan membuat kajian yang mendalam terhadap al-Qur‟an dan Hadis sehingga dapat membuat kesimpulan-kesimpulan yang boleh digunakan dan dikiaskan kepada masalah-masalah fiqah yang tidak terhingga banyaknya. Misal yang mudah diberikan di sini, apabila orang yang berhutang dan pemberi utang berbeza pendapat

271

Abi Ishaq Ibrahim bin Musa bin Muhammad al-Syatibiy (t.t.), al-Muwafaqat, (T.T.P.) Dar Ibn „Affan, m.s. 66-67. Lihat juga Muhammad Siddiqiy bin Ahmad al-Burnu (1997), Mawsu„ah al-Qawa„id al-Fiqhiyyah, j. 2, al-Riyad: Maktabah al-Tawbah, m.s. 24

120 tentang sesuatu nilai maka perkataan yang berhutang yang akan dimenangkan kecuali dibuktikan sebaliknya. Contoh lain apabila berkumpul di antara sebab, Furur (bersegera, bergegas) dan Mubasyarah maka yang didahulukan adalah al-Mubasyarah. Apabila berkumpul antara yang halal dan yang haram maka menang yang haram272 dan apabila sama antara yang halal dengan yang haram maka yang haram mengalahkan yang halal.273Contoh terakhir misalnya apabila berkumpul antara hak Allah dan hak hamba maka yang didahulukan adalah hak hamba.274

Semua kaedah-kaedah di atas hanya sebahagian daripada kaedah-kaedah fiqah yang perlu di ketahui oleh para hakim khasnya. Qaedah-qaedah yang terhasil dari pengkajian ulama terhadap sumber-sumber hukum Islam ini disebut Qawa„id

al-Fiqhiyyah.275 Oleh sebab itu, orang yang arif dengan ilmu usul al-fiqh akan menjadi dan

disebut dengan mujtahid, sedangkan orang yang pakar dengan qawa„id al-Fiqhiyyah akan menjadi al-Faqih.276

Di antara kaedah-kaedah penting yang menjadi asas kepada penghakiman sebagai berikut:

1- al-Aslu baraatu dhimmah277ertinya pada asalnya seseorang adalah bebas dari pelbagai tanggugan atau kewajiban.278 Misalnya apabila suami memberikan sesuatu kepada isterinya kemudian di belakang hari keduanya berselisih pendapat dan isteri berkata barang yang diberikan suami adalah hadiah sedangkan suami mendakwa bahawa barang yang dikasinya itu adalah mahar.

272

Sila lihat al-Imam Jalal al-Din bin Abi Bakr al-Suyutiy (1997), al-Ashbah wa al-Nazair, j.1, Tahqiq: Mustafa al-Baz, al-Riyad: Markaz al-Dirasat wa al-Buhuth bi Maktabah Nazar al-Baz, m.s. 174

273

Shams al-Din Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahal al-Sarakhsiy (1989), al-Mabsut, j.3, Tahqiq : Khalil Muhyi al-Din al-Mays, Beirut: Dar al-Ma„rifah, m.s. 157.

274

Contoh-contoh sederhana yang demikian itu seharusnya seorang hakim dan qadi mesti tahu, ini kerana permasalahan-permasalahan ini adalah biasa di dapati di masyarakat. Muhammad Siddiqi bin Ahmad al-Burnu (1997), Mawsu„ah al-Qawa„id

al-Fiqhiyyah, j. 1, al-Riyad: Maktabah al-Tawbah, m.s. 219

275Al-Qawa„id bentuk jama‟ dari al-Qa„idah iaitu al-Asl al-ladhi yatafarra„ „anhu masailu kathirah aw furu„ kathirah (asas yang

dicabangkan kepadanya masalah-masalah yang banyak atau cabang-cabang yang banyak). Pendapat lain ianya adalah asas

al-Shai‟. 276

Abi Bakr bin Muhammad bin „Abd Allah al-Mu‟min al-ma„ruf bi Taqiyy al-Din al- Hisni (1997), Kitabul al-Qawa„id, Juzu‟ 1, al-Riyad: Maktabah al-Rusyd, m.s. 25

277 „Izzat „Ubayd al-Daas (1989), al-Qawa„id al-Fiqhiyyah ma„a al-Syarh al-Mawjaz, c.3, Damsyiq: Dar al-Tarmidhi, m.s. 20

278 Kaedah ini berasal daripada Hadis Nabi SAW yang menyatakan: al-Bayyinati „ala al-Mudda„i wa al-Yamin „ala man Ankara …. Sila lihat Imam Jalal Din bin Abi Bakr Suyuti (2004), Jami„ Saghir fi Ahadith Bashir Nadhir, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, Hadis ke 3226, m.s. 193

121 Maka dalam kes ini kata-kata suami dengan sumpahnya yang diterima sekiranya isteri tidak berjaya membawa sebarang keterangan dan bukti. Ini kerana hadiah sebagaimana yang didakwa oleh isteri hanya perbuatan tabarru„ atau pemberian sukarela, sedangkan mahar adalah wajib. Contoh lain, Apabila A mendakwa B mempunyai utang kepadanya, maka A harus membuktikan dakwaannya. Ini kerana yang kena dakwa (B) adalah baraah al-Zimmah, maka perkataan B beserta sumpahnya yang akan diterima, apabila A tidak dapat memberikan keterangan yang menyokong dakwaannya.

2- al-Aslu baqau ma kana „ala ma kana,279ertinya pada asalnya sesuatu adalah berkekalan selama belum ada yang mengobahnya. Contohnya dalam kes seorang suami yeng meninggalkan isterinya selama bertahun-tahun lamanya dan tidak diketahui berita keberadaanya, tiba-tiba suatu hari muncul dan datang kembali kepada isterinya. Apakah keadaan ini boleh mengesahkan perceraian dan tidak lagi dikira sebagai suami-isteri? .Merujuk kepada kaedah ini, maka pada asalnya sesuatu itu adalah berkekalan iaitu tetap sebagaimana masa awal, maka dapat ditarik kesimpulan bahawa pernikahan mereka itu masih sah dan wujud seperti masa lalu, kecuali dapat dibuktikan sebaliknya. Kaedah ini sangat berhubung kait dengan Istishab sebagaimana diterangkan dalam kitabnya Irsyad

al-Fuhul oleh al-Syaukani.280

3- al-Aslu al-„Adum281 ertinya asal sesuatu adalah tidak ada. Sebagai contoh, pembeli (al-Mushtari) mendakwa terdapat kecacatan atau kerusakan pada barang yang dibelinya dari penjual, tetapi penjual menafikannya. Maka kata-kata al-Ba’i„ dan sumpahnya yang akan diterima kecuali dibuktikan sebaliknya. Ini

279

Muhammad bin Salih „Athimayn (T.P.), Qawa‘id Fiqhiyyah, Takhrij: Abu Malik Muhammad bin Hamid bin Abd al-Wahhab, al-Iskandariyyah: Dar al-Basirah, m.s. 76.

280 Muhammad bin „Ali al-Shawkaniy (2000), Irsyad al-Fuhul ila Tahqiq al-Haqq min „ilm al-Usul, j.2, Tahqiq: Abi Hafs Sami ibn al-„Arabi al-Ashari, al-Riyad: Dar al-Fadil, m.s. 975

281 Zayn al-Din bin Ibrahim, al- ma„ruf bi Ibn Nujaym (1983), al-Ashbah wa al-Nazair, Tahqiq: Muhammad Mutiy„ al-Hafiz, Suriyyah: Dar al-Fikr, m.s. 69.

122 kerana sesuai kaedah bahawa pada asalnya barang itu tidak rusak dan dakwaan rosak adalah sifat al-„Aridah.282

2.6. Kesimpulan

Dari bab 2 ini diambil kesimpulan bahawa Pengadilan adalah tempat melaksanakan qada‟. Iaitu menyelesaikan persengketaan diantara dua orang atau lebih dengan melalui perantaraan hakim yang menggunapakai prosiding dan keterangan. Sekalipun Ulama ada sedikit perbezaan pendapat tentang takrif dan bilangan jumlah keterangan tersebut tetapi pada umumnya perbezaan itu tidak terlalu mendasar ataupun berlawanan. Tetapi perbezaan itu malahan menghala kepada atau untuk menyempurnakan antara satu dengan yang lain.

Disampimg keterangan-keterangan yang sama ada disepakati atau tidak oleh Ulama, terdapat juga kaedah-kaedah pentig untuk menguatkan keyakinan hakim dalam memberikan keputusan. Kaedah-kaedah ini merupakan hasil pemahaman Ulama yang dijadikan menjadi satu teori atau formula yang diambil daripada sumber hukum al-Qur‟an dan Hadis. Bab ke dua ini juga merupakan pembahasan hukum keterangan menurut Islam yang dijadikan sebagai landasan teori kepada kajian ini untuk dapat menyusun dan mendapatkan satu maklumat yang lebih tepat berkenaan keterangan.

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 69-72)

Dokumen terkait