• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan hakim

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 41-55)

2.3.2. Tidak sepakat

2.3.2.1. Pengetahuan hakim

Kekuatan „Ilm al-Qadi untuk mensabitkan sesuatu hukuman tidak dipertikaikan, ini kerana qadi sebenar yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai qadi sudah dianggap sebagai alat bukti kuat, juga kerana disokong oleh hadis yang diriwayatkan Abi Daud yang menyatakan idha „alima al-Hakim sidqa syahadah al-Wahid yajuzu lahu an

yaqdiya bihi.162

a. Takrif

Mencari takrif pengetahuan hakim, „Ilm al-Qadi, adalah tidak mudah. Ini kerana kitab-kiab fiqah yang memperkatakan tentangnya tidak membuat satu takrif tertentu sebagaimana keterangan lain. Sepanjang kitab yang telah di baca mendapati bahawa rujukan-rujukan tersebut tidak ada takrif khas yang menerangkan tentang ma„lumat al-Qadi. Tetapi kebiasaan para ulama memberikan takrifnya dengan membuat perumpamaan dan contoh tertentu. Seperti pengarang kitab Taraiq al-Hukm al-Muttafaq

162 Salih bin „Abd „Aziz bin Muhammad (2000), Mawsu„ah Hadith Syarif Kutub Sittah, c. 3, Sa„udiyyah: Dar al-Salam, m.s.1490

92

„alayha wa al-Mukhtalif fiha fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, 163

membuat satu perbandingan seperti berikut:

Adapun yang dimaksud dengan ilmu qadi di sini adalah beberapa kemungkinan seperti bahawa hakim mendengar seseorang membuat pengakuan bahawa dia punya hutang kepada seseorang, atau dia mendengar seseorang menceraikan isterinya, atau dia melihat langsung si polan membunuh seseorang dan lain-lain. Dalam situasi dan contoh di atas dengan menggunakan pengetahuan qadi sahaja tanpa bukti lain seperti pengakuan dan keterangan lain, bolehkah hakim membuat keputusan dengan maklumat hakim sahaja? Juga DR. Muhammad Mustafa al-Zuhayliy164 membuat takrif maklumat hakim ini dengan membuat perumpamaan seperti berikut:

„Seorang hakim sebelum mendengar perbicararaan harus mempunyai beberapa syarat iaitu mengetahui dan mahir akan hukum syarak yang merupakan asas penting. Yang kedua maklumat sesuatu yang di dapat melalui beberapa kemungkinan seperti dia berusaha untuk mendapatkannya sendiri, atau mendengar dan melihat langsung peristiwa tersebut sebelum di bawa kepadanya. Juga maklumat tersebut kemungkinan dia boleh dapatkan kadangkala melalui kesaksian seseorang, pengakuan, tulisan ataupun qarinah. Maka apakah seorang hakim dapat mengasaskan keputusan dengan hanya maklumat di atas tanpa ada keterangan lain‟.

Keratan tulisan di atas merupakan contoh bagaimana penulis membuat dan memperkenalkan maklumat hakim sebagai salah satu keterangan. Tetapi selain metod di atas, satu takrif yang diperkenalkan oleh imam al-Ramli dalam kitab beliau dengan mengatakan yang bermaksud: Anggapan kuat yang boleh disandarkan kesaksian

(shahadah) kepadanya. 165

163Sa„id bin Darwish al-Zahraniy (1994), Taraiq al-Hukm al-Muttafaq „alayha wa al-Mukhtalif fiha fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, Jeddah: Maktabah Sahabah, m.s. 263

164

Sila lihat Mustafa Zuhayliy (1982), Wasail Ithbat fi Shari„ah Islamiyyah fi Mu„amalat Madaniyyah wa Ahwal

al-Shar„iyyah, Beirut: Maktabah Dar al-Bayan, m.s. 563. 165

Shams al-Din Muhammad bin Abi al-„Abbas Ahmad bin Hamzah bin Shihab al-Din al-Ramliy (1992), Nihayah al-muhtaj ila

Sharh al-Minhaj, j,8, Beirut: Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, m.s.259. Takrif ini kumudian telah dimbil oleh satu ensiklopedia

yang disusun oleh Kementerian Wakaf Kuwait. Sila lihat Wazarah al-Awqaf wa al-Shu‟un al-Islamiyyah (1983), al-Mawsu„ah

93

b. Pandangan Ulama terhadap pengetahuan hakim

Melihat perbezaan ulama dalam mengamalkan maklumat hakim, ianya dapat di bahagi kepada beberapa pendapat sebagai berikut:

b.a. Sepakat

Sekalipun ulama ada yang berbeza pendapat menggunapakai dan mengamalkan pengetahuan hakim dalam mensabitkan hukum tetapi dalam kes-kes tertentu mereka sepakat mengamalkannya seperti:

i- Ulama bersepakat bahawa hakim boleh memutuskan hukum dengan ilmunya khasnya dalam al-Ta„dil wa al-Tajrih.166

ii- Menghukum berdasarkan ilmunya akan temuan-temuan yang di dapat di majlis perbicaraan. Menurut Abd al-Karim Zaydan, tidak ada khilaf di kalangan para ulama bahawa dengan di hadiri oleh khalayak ramai maka semua maklumat yang diperoleh pada masa perbicaraan adalah diterima dan boleh diasaskan hukum dengan maklumat tersebut.167

iii- Semua sepakat dengan ijma„ bahawa hakim tidak boleh memutuskan hukum apabila menyalahi ilmunya.168

iv- Memberikan keputusan berdasarkan hujjah salah seorang yang bertikai lebih kuat daripada yang satu lagi dengan syarat tidak ada khilaf padanya.169

b.b. Tidak sepakat

Para ulama berbeza pendapat apakah sabit hukum dengan maklumat yang didapat di luar mahkamah dalam semua kes sama ada maklumat tersebut di dapat sebelum atau selepas pelantikannya menjadi hakim sebagai berikut:

166Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd Qurtubiy (1982), Bidayah Mujtahid wa Nihayah

al-Muqtasid, c.6, j.2, (t.t.p.), Dar al-Ma„rifah, m.s. 470 167

„Abdal-Karim Zaydan (1984), Nizam al-Qada‟ fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, Baghdad: Matba„ah al-„Ani, m.s. 210.

168Sila lihat Shams Din Muhammad bin Khatib Sharbayniy (1997), Mughni Muhtaj ilaMa„rifah Ma„ani Fazi

al-Minhaj, j.4, Beirut: Dar al-Ma„rifah, m.s.531. Zakariya bin Muhammad bin Zakariya al-Ansariy (1313 h.), Asnay al-Matalib fi Sharh Rawd al-Talib, (t.t.p.), (t.p.), m.s.3166

169

94 i- Mazhab Zahiri berpendapat lebih advance bahawa hakim boleh mensabitkan dalam semua kes baik yang berhubungan dengan qisas, hudud, kehartaan dan lain-lain dengan ilmunya. Keharusan ini tanpa syarat baik sebelum dilantik sebagai hakim ataupun selepas. Mereka berpegang bahawa pada zahirnya maklumat hakim itu adalah haqq al-Yaqin lagi menurut urutan kekuatan pembuktian adalah lebih dahulu maklumat hakim kemudian pengakuan dan

al-Bayyinah.170

ii- Maklumat hakim di luar mahkamah menurut mazhab Shafi„iy terbahagi dua: 1- Hak manusia

a. Tidak diterima maklumat hakim dalam kes-kes yang ada kaitannya dengan manusia, ini berdasarkan sabda Nabi SAW shahidaka aw yaminuh laysa laka illa dhalika.

b. Pendapat yang disandarkan kepada imam al-Mazini (dikutip dari Kitab al-Majmu„ Sharh al-Muhadhdhab li al-Shiraziy) yang mengatakan hakim boleh menerima maklumat di luar mahkamah kerana hadis Nabi SAW yang ertinya: “Jangan sekali-sekali takut seseorang kepada sesiapapun

untuk mengatakan yang hak apabila dia melihatnya atau

menyaksikannya ataupun mendengarnnya”.171

2- Hak Allah

a- Adapun kes-kes yang berhubungkait dengan hak-hak Allah maka ada dua pendapat. Pendapat yang paling dominan adalah Mazhab Shafi„iy/i tidak menerima maklumat hakim sebagai keterangan.172

iii- Menurt imam Abu Hanifah, tidak sabit hukum dengan ilmu hakim dalam kes-kes yang berkaitan dengan hak Allah.173 Sedangkan dalam kes-kes yang

170

Sila lihat „Abd al-Ghaffar Sulaiman al-Bandari (1988), al-Muhalla bi al-Athar, j. 9, Tahqiq: Muhammad Munir al-Damshiqiy, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s. 427-428

171al-Imam Ahmad bin Hanbaliy (1995), Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, j. 17, Tahqiq: Shu„ayb al-Arnaut, Suriya: Muassasah al-Risalaah, m.s. 61. Muhammad Najib al-Muti„iy (T.T.), Kitab al-Majmu„ Sharh al-Muhadhdhab li al-Shiraziy, j.22, Jeddah: Maktabah al-Irsyad, m.s.399.

172

95 membabitkan hak manusia dibolehkan, dengan syarat ianya masih menjawat sebagai hakim dan diwilayah batas kekuasaanya.174

iv- Adapun mazhab Hanbaliy berkenaan maklumat hakim, berdasarkan sabda Nabi SAW iaitu innama ana basher wa annakum takhtasimun ilayya…175 mereka tidak menerimanya sebagai asas hukum.

v- Kebanyakan ulama dari mazhab Malikiy/ berpendapat bahawa tidak sabit hukum dengan pengetahuan hakim sama ada maklumat tersebut diperoleh sebelum pelantikannya ataupun sesudah menjadi hakim.176

2.3.2.2. al-Qarinah

Sudah merupakan sifat semulajadi makhluk bahawa sejak lahir ia mempunyai tanda dan ciri-ciri tertentu yang dapat membawa seseorang kepadanya sekalipun ia berusaha untuk tidak dikenal. Seseorang yang mahu mencari sesuatu, ia dapat mencarinya melalui kesan yang diakibatkan oleh yang dicari itu mungkin semenjak sebelum sesuatu itu terjadi hinggalah selepas ianya berlaku. Hanya sahaja tanda-tanda yang ditinggalkan ada kalanya jelas dan kuat tetapi kadangkala hanya petunjuk lemah sahaja yang boleh tersalah. Semua petunjuk tersebut baik yang berlaku di awal kejadian hinggalah di akhir, adalah dinamakan al-Qarinah.

Di bawah ini beberapa pendapat ulama diperkenalkan untuk memudahkan memahami dan mengenal petunjuk. Mustafa Ahmad al-Zarqa mendefinisikannya sebagai berikut:

173Abu Bakr Muhammad bin Abi Sahl Sarakhsiy (T.T), Kitab Mabsut li Shams Din Sarakhsiy, j,9, Beirut: Dar

al-Ma„rifah, m.s. 124. Lihat juga Zayn al-Din bin Ibrahim, al- ma„ruf bi Ibn Nujaym (1983), al-Ashbah wa al-Nazair, Tahqiq Muhammad Muti„ al-Hafiz, Suriyyah: Dar al-Fikr, m.s. 262.

174„Alau al-Din Abi Bakr bin Mas„ud al-Kassani al-Hanafiy (1986), Kitab Bada’I„ al-Sanna’i„ fi Tartib al-Syara‟i„, c.3, j.7, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s. 52. Lihat juga „Abdal-Karim Zaydan (1984), Op., Cit., m.s. 213.

175

Sila rujuk hadis yang telah disebutkan di atas iaitu dalil-dalil yang menolak maklumat hakim.

176

Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ahmad bin Rushd al-Qurtubiy (1982), Op., Cit., m.s. 470. Sila lihat Muhammad bin „Ali al-Shawkani (1427 h.), Nayl al-Awtar min Asrar Muntaqa al-Akhbar, j. 15, Tahqiq: Muhammad Subhi bin Hasan Hallaq, al-Mamlakah al-„Arabiyyah al-Sa„udiyyah: Dar Ibn al-Jawzi, m.s. 485. Sila lihat perbezaan ulama dalam hal maklumat hakim dalam kitab Jalal al-Din „Abd Allah Ibn Najm bin Shas (1995), „Iqd al-Jawahir al-Stamaniyyah fi Madhhab „Alam al-Madinah, j.3,Tahqiq: Muhammad bin Abi al-Ajfan dan „Abd al-Hafiz Mansur, (t.t.p.): Dar al-Gharb al-Islami, m.s. 120

96 Yang bermaksud:

“Setiap tanda-tanda yang nyata lagi jelas yang dapat mengkaitkannya dengan dengan sesuatu yang samar kerana ada

petunjuk kepadanya”.177

Kemudian untuk menyempurnakan takrif di atas Ali Haydar lebih memberikan penekanan kepada kekuatan al-Qarinah di mana „petunjuk‟ yang kuat itu sekiranya ia sampai ke tahap had yakin. Beliau berkata:

Yang bermaksud:

“Qarinah mutlak yang sebenar adalah petanda-petanda yang kuat

yang melampaui batas batas yakin”.178

Dari kedua-dua takrif di atas di dapati perkataan penting iaitu al-Amarah yang bermakna petunjuk. Di mana petunjuk yang di dapat tersebut akan membawa kepada pembawa petunjuk tersebut (al-Matlub). Ini disokong dengan pendapat al-Jurjani yang mengatakan al-Qarinah adalah:

Yang bermaksud:

“Satu kejadian atau tanda yang menunjukkan kepada sesuatu yang dicari”.179

Dengan adanya maklumat tersebut iaitu berupa petunjuk sekalipun ia hanya sampai peringkat zan, tetapi sudah dapat disimpulkan kepada satu kejadian yang akan berlaku. Sebagaimana Mustafa al-Zuhayli menyebutkan sebagai berikut:

Yang bermaksud:

177 Lihat Mustafa Ahmad al-Zarqa (1998), al-Madkhal al-Fiqhi al-„Am, j.2, Damshik: Dar al-Qalam, m.s. 936

178 „Ali Haydar (2003), Durar al-Hukkam Sharh Majallah al-Ahkam, j.4, Beirut: Dar „Alam al-Kutub, m.s.484

179 Sila lihat al-„Allamah „Ali bin Muhammad al-Sayyid al-Sharif al-Jurjani (T.T.), Mu„jam al-Ta„rifat, Tahqiq: Muhammad Siddiq al-Minshawi, Qaherah: Dar al-Fadilah, m.s.146.

97 “Suatu maklumat yang didapat sebatas zan yang dapat menghasilkan

maklumat disebabkan adanya al-madlul atau petunjuk seperti adanya

awan pertanda turunnya hujan…”.180

Dari beberapa takrif di atas al-Qarinah merupakan petunjuk yang bukan seratus peratus membawa kepada maklumat yang sebenar. Ia hanya berupa satu petunjuk yang dirangkai antara satu sama lain sehinggalah diambil menjadi satu kesimpulan. Oleh kerana keterangan yang lain tidak ada maka harus di ambil satu keputusan yang dapat membawa penyelesaian satu pertikaian. Dengan erti kata al-Qarinah hanya diambil apabila keterangan yang lain tidak ada.

a. Syarat Qarinah

Para ulama yang bersetuju dengan pensyariatan maklumat hakim telah menetapkan syarat yang agak ketat supaya keputusan yang dibuat tidak tersasar daripada tujuan sebenar penghakiman. Di antara syarat-syarat al-Qarinah dapat diterima untuk mensabitkan hukum sebagai berikut:

1- Seperti yang disebutkan oleh pengarang kitab Mawsu„ah Kashshaf Istilahat bahawa yang dimaksud dengan al-„Alamah iaitu al-Qarinah menurut pendapat yang masyhur adalah satu tanda (yang menunjukkan) adanya sesesuatu tanpa wajib bergantung dengannya.181 Merujuk kepada takrif di atas syarat penting untuk diterima sebagai al-Qarinah di antaranya adalah adanya yang mengkaitkan tanda tersebut kepada al-Matlub. Kemudian ditambah dengan takrif yang diperkenalkan oleh Mustafa Ahmad al-Zarqa yang telah disebutkan sebelumnya bahawa ianya harus melampaui batas yakin. Seperti yang telah dicontohkan oleh Muhammad „Ali al-Tahanawa kata beliau „Dengan adanya

180 Sila lihat Mustafa Zuhayli (1982), Wasail Ithbat fi Shari„ah Islamiyyah fi Mu‘amalat Madaniyyah wa Ahwal

al-Shar„iyyah, Beirut: Maktabah Dar al-Bayan, m.s.488-489 181

98 takbir di dalam solat menunjukkan perpindahan di antara satu rukun kepada rukun yang lain (sekalipun imam tidak nampak oleh ma‟mum)‟.182

2- Sabit lagi zahir dengan ma„ruf (dikenal) sesuatu yang boleh jadi asas dan pegangan kepada satu peristiwa kerana adanya sifat-sifat (yang datang bersamaan) baik berupa al-„alamat mahupun al-amarat.183

b. Pandangan Ulama terhadap al-Qarinah

Disebabkan tidak ada dalil yang kuat yang mengatakan wajib mengamalkan al-Qarinah, maka ulamapun berbeza pendapat sejauhmanakah al-Qarinah dijadikan sebagai salah satu keterangan yang dapat mensabitkan hukum.

b.a. Menggunapakai al-Qarinah

1- Mazhab Maliki dan satu riwayat daripada imam Ahmad berpendapat sabit kes zina dengan qarinah (hamil) dan kes minum arak dengan qarinah (mulut berbau arak).184

2- Mazhab Hanafiy, Malikiy, Shafi„iy dan Hanbali mengamalkan al-Qarinah.185 3- Sepakat ulama bahawa kes-kes yang tidak ada bayyinah atau keterangan boleh

menggunakan qarinah, ataupun qarinah yang di dapati lebih kuat daripada keterangan lain. Dalam hal ini Ibn al-Qayyim berkata: sekiranya empat orang lelaki bersaksi bahawa mereka melihat seseorang berzina dengan seorang

182

Ibid. 183

Imam al-Jurjani membezakan antara al-„alamat dan al-amarat. Beliau mengatakan al-„alamat adalah sesuatu yang tidak boleh dipasahkan seperti kewujudan huruf alif dan lam kepada al-ism. Sedangkan al-amarat adalah sesuatu yang boleh dipisahkan seperti awan hitam (tebal) menandakan hujan hendak turun. Sila lihat „Allamah „Ali bin Muhammad Sayyid Sharif al-Jurjani (T.T.), Op., Cit., m.s. 33.

184 Imam „Ala‟ Din Abi Bakr bin Mas„ud Kasani Hanafiy (1986), Kitab Badai„ Sana‟i„, j.7, c.2, Beirut: Dar Kutub al-„Ilmiyyah, m.s. 40. Sila lihat Abu al-Barakat Sayd Ahmad bin Muhammasd al-shahir bi al-Dardir (T.T.), al-Sharh al-Kabir, j.4, Beirut: Dar al-Fikr, m.s.319. Abu al-Barakat „Abd Allah bin Ahmad bin Mahmud al-Ma„ruf Hafiz al-Din al-Nasafiy (T.T.),

Bahr Raiq Sharh Kanz Daqaiq, j.7, Takhrij: Zakariya „Amirat, Beirut: Dar Kutub Ilmiyyah, m.s. 205. Shams

al-Din Muhammad bin al-Khatib al-Sharbayniy (1997), Mughni al-Muhtaj ila Ma„rifah al-Ma„ani al-Fazi al-Minhaj, j.4, Beirut: Dar Ma„rifah, m.s.196-197. Abi Muhammad „Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah Hanbaliy (1997),

al-Mughniy, j.10, c. 3, Tahqiq: „Abd Allah bin „Abd al-Muhsin al-Turkiy/i dan „Abd al-Fattah Muhammad al-Halwi, Sa„udi: Dar

„Alam al-Kutub, m.s.193.

185 Lihat Muhammad Mustafa al-Zuhayliy (1982), Wasail al-Ithbat fi Shari„ah al-Islamiyyah fi al-Mu‘amalat al-Madaniyyah wa

Ahwal al-Shar„iyyah, Beirut: Maktabah Dar al-Bayan, m.s. 501. „Abd al-Karim Zaydan (1984), Nizam al-Qada‟ fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, Baghdad: Matba„ah al-„Ani,m.s. 222.

99 perempuan. Dengan kesaksian ini maka lelaki berkenaan akan direjam tetapi setelah diperiksa ternyata perempuan tersebut masih dara ataupun empat orang saksi tersebut menampakkan bahawa mereka adalah berbohong. Dari penjelasan ini maka orang yang kena dakwa akan dilepaskan dengan alasan adanya qarinah yang kuat yang melepaskan yang kena dakwa dari semua tuduhan.186

4- Ibn al-Qayyim dan Ibn al-Faris berpendapat boleh digunapakai qarinah dalam semua kes.

5- Jumhur ulama tidak membolehkan menggunapakai qarinah dalam kes-kes hudud dan qisas.

b.b. Menolak al-Qarinah

Sebahagian ulama ada yang menolak dan tidak menjadikannya sebagai asas dalam penghakiman.Mereka tidak menerimanya sebagai keterangan adalah kerana hadis Nabi SAW al-bayyinah „ala al-Mudda„i wa al-Yamin man ankara. Menurut mereka dalam hadis tersebut jelas bahawa syarat atau diterima suatu dakwaan hanya dengan membawa keterangan al-Bayyinah. Tanpa keterangan segala dakwaan tidak akan didengar atau ditolak oleh hakim.187 Adapun ulama yang menolak pemakain al-Qarinah di antaranya adalah imam al-Ramli, Ibn al-Nujaym dan pengarang kitab Takmilah al-Bahr al-Raiq

Sharh Kanz Daqaiq.188

2.3.2.3. al-Farasah

Setelah di bahas berkenaan al-Qarinah, maka di bawah ini akan di bincangkan baberapa keterangan yang sebahagian ulama mengkategorikannya di bawah tajuk al-Qarinah. Ini

186Syams Din Abi „Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr Ibn Qayyim Jawziyah (1995), Turuq Hukmiyyah fi Siyasah

al-Syar„iyyah, Tahqiq: Muhammad Jamil GhaziBeirut: Matba„ah al-Madani m.s.83-84. 187

Abu al-Barakat „Abd Allah bin Ahmad bin Mahmud al-Ma„ruf Hafiz al-Din al-Nasafiy (1997), al-Bahr al-Raiq Sharh Kanz

Daqaiq, j.4, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s. 456.

188 Sila lihat Mustafa al-Zuhayliy (1982), Op., Cit., m.s. 501. Lihat juga Sa„id bin Darwish al-Zahraniy (1994), Op., Cit., m.s.329. Sila lihat „Abdal-Karim Zaydan (1984), Op., Cit., m.s. 222.

100 mungkin kerana ianya masih berasaskan petunjuk-petunjuk. Hanya sahaja kerana pembahasannya agak panjang juga maka sebahagian ulama ada yang membahasnya secara terpisah. Kerja-kerja yang akan di bahas ini diusahakan untuk di ulas secara terpisah.

a. Pengenalan

„Ilm al-Firasah merupakan ilmu lama yang turun temurun diwarisi sejak dahulu dan sudah wujud sebelum datangnya Islam iaitu pada zaman Yunani. Ilmu ini dari masa ke masa mengalami perubahan dan berkembang sehingga abad keempat sebelum Masehi, ia kemudian diikhtiraf sebagai satu ilmu. Aristotel kemudian telah menulis dan mengkodifikasi ilmu ini dan menjadi satu ilmu yang memperkatakan tentang perawakan, warna, bentuk rambut anggota badan, suara dan lain-lain.

Di zaman Arab Jahiliyyah, ilmu ini berkembang dan dikenal seperti ilmu-ilmu warisan lain seperti al-Qiyafah, al-„Iyafah dan al-Riyafah. Kemudian setelah kedatangan Islam ilmu ini telah mengalami perubahan dan pengislaman. Ilmu ini di zaman seperti Ibn Sina telah dimasukkan ke dalam salah satu topik dalam ilmu kedokteran.189

Ibn Farhun memberikan contoh sekiranya seseorang yang tidak dikenal mati di wilayah negara Islam yang memakai ikat pinggang atau al-Zunar190 dan didapati dia tidak dikhitan maka orang tersebut tidaklah dikubur di perkuburun orang Islam. Ini merupakan qarinah dan firasat yang kuat menandakan bahawa orang tersebut tidak beragama Islam sekalipun matinya di wilayah Islam.

189Jarji Zaydan (1987), „Ilm al-Firasah al-Hadith, c.2, Beirut: Dar al-Jil, m.s. 7

190

al-Zunnar adalah ikat pinggang yang selalu dipakai oleh orang-orang Nasrani dan ini adalah salah satu qarinah bahawa si mati

berkenaan adalah bukan orang Islam sekalipun dia mati di wilayah Negara Islam. Sila lihat Mujamma„ al-Lughah al-„Arabiyyah (1994), Mu„jam Wajiz, Jumhuriyyah Misr „Arabiyyah: Wizarah Tarbiyyah wa Ta„lim, m.s. 293. Mujamma„ Lughah „Arabiyyah (2004), Mu„jam Wasit, Taba„ah Rabi„ah, Jumhuriyyah Misr „Arabiyyah: Maktabah al-Syuruq al-Dawliyah,m.s.403. Ibrahim bin „Ali bin Muhammad Ibn Farhun (1986), Tabsirah al-hukkam fi usul al-aqdiyyah wa

101 Pada bahasa al-Firasah dikenal dengan al-Tastabbut dan al-Nazar ertinya pasti dan pandangan akal.kemudian menurut ahli hakikat al-Jurjani mengatakan: ilmu firasat pada istilah ialah mukashafah al-yaqin wa mu„ayanah al-ghayb ertinya membuka keyakinan dan melihat yang ghaib.191

Merujuk beberapa kitab dan ensiklopedia, Muhammad „Ali al-Tahanawi192 mentakrifkan ilmu ini sebagai berikut:

Yang bermaksud:

“Pengetahuan tentang tatacara yang memberi tahu akan perkara-perkara yang tersembunyi dengan melihat wujud yang zahir”.

Melihat definisi di atas maka ilmu ini adalah ilmu yang mempelajari perubahan sifat zahiriyah seseorang yang diakibatkan oleh kejadian-kejadian yang dibuat sebelumnya. Perubahan zahiriah ini akan petanda yang dapat dibaca mana-mana orang terutama yang pakar dalam hal ini.

Ilmu ini juga bukan melihat perubahan akibat perbuatan yang dibuat sebelum ini yang menjadi qarinah kepada hakim sahaja tetapi juga bentuk badan dan warna kulit

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 41-55)

Dokumen terkait