• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendapat pakar

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 55-64)

2.3.2. Tidak sepakat

2.3.2.4. Pendapat pakar

Selalunya seorang hakim tidak selalu faham dengan terperinci tentang yang di dakwakan kepadanya. Ini terjadi kerana banyaknya permasalahan dan juga perubahan semasa yang diakibatkan oleh ilmu pengetahuan dan sains yang semakin maju. Sekiranya ini berlaku maka seorang hakim tidak mengambil jalan pintas dengan membuat keputusan sendiri ataupun menolak dakwaan tersebut dengan alasan tidak faham.

Banyak cara yang boleh diambil oleh seorang hakim untuk mengetahui dan memberikan keadilan kepada yang bertikai sekiranya terjadi apa yang disebutkan di atas. Di antaranya adalah dengan memberikan arahan kepada seseorang (pakar) untuk memberikan pendapatnya tentang sesuatu perkara yang sedang dipertikaikan itu.

204

Ibrahim bin „Ali bin Muhammad Ibn Farhun (1986), Tabsirah al-hukkam fi usul al-aqdiyyah wa manahij al-ahkam, j.2, Qaherah: Matba„ah al-Kulliyah al-Azhariyyah,m.s.115. Lihat juga Sila lihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1986), al-Firasah, Tahqiq: Salah Ahmad al-Samraiy/I, Baghdad: Matba„ah Izman m.s.29-30.

205 Menurut Abu al-Wafa‟ Ibn „Uqayl ketika ditanya bagaimana menurut beliau tentang ilmu firasat, kata beliau: sebenarnya hukum itu disabitkan dengan al-amarat bukanlah dengan firasat. Sila lihat Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1986), al-Firasah, Tahqiq: Salah Ahmad al-Samraiy/I, Baghdad: Matba„ah Izman m.s.5-6

206

Ibrahim al-Samiriy (1992), al-Sayyid Mahmud Shukri al-Alusi wa Bulugh al-Arab, (t.t.p.), al-Muassasah al-Jami„ah li al-Dirasat wa al-Nashr wa al-Tawzi„, m.s.127

106 Dengan bantuan pakar ini maka boleh seorang hakim membuat keputusan berdasarkan pendapat mereka ini.

a. Pengenalan

Pakar207 pada bahasa adalah al-Mutatabbi„ al-Athar iaitu pengikut jejak, al-Ikhtibar ertinya al-„Ilm bi al-Shay‟.208 Menurut istilah ialah seorang yang mahir mengkaitkan nasab seseorang dengan orang lain kerana ada persamaan antara keduanya yang didapat sebagai anugerah daripada Allah.209Ibn Qudamah mengatakan al-Qafah qawm ya„rifun

al-Insan bi al-Shibh.210 al-Qaif pada istilah ulama mutaakhkhirin ialah:

Yang bermaksud:

“Pemberitahuan tentang hakikat sesuatu yang sedang dipertikaikan

dengan arahan hakim”.211

Definisi lain menyatakan:

Yang bermaksud:

“Mengenal (mencari) persamaan diantara anak dengan bapanya untuk menamakan (menasabkannya) kepada salah satu bapa atau ibunya apabila (keduanya) saling menafikan kerana banyak persamaan dengan

sala satu (orang tua) dan mengenal kesan-kesan tapak kaki”.212

207 Istilah-istilah yang digunakan oleh ulama dalam mengertikan pakar berbebeza-beza diantaranya al-qaif, al-khabir (al-khibrah),

al-basirah,al-mu„arrifah, dan Ibn Farhun memberikan lafaz ahl al-ma„rifah

208Sila lihat Isma‘il bin Hammad al-Jawhariy (1956), al-Sihhah Taj al-Lughah wa Sihhah al-„Arabiyyah, j.2, Tahqiq: Ahmad „Abd al-Ghafur „Attar, Beirut: Dar al-„Ilm li al-Malayin, m.s.641. juga Sayyid Muhammad Murtada al-Husayni al-Zabidiy (1972),Taj

al-„Arus min Jawahir al-Qamus,j.11, Tahqiq: ‘Abd al-Karim al-„Izbawi, al-Kuwayt: Matba„ah Hukumah al-Kuwayt, m.s.125. 209 Shams al-Din Muhammad bin al-Khatib al-Sharbayni (1997), Mughni al-Muhtaj ila Ma„rifah al-Ma„ani al-Fazi al-Minhaj, j.4,

Beirut: Dar al-Ma„rifah, m.s.646

210Abi Muhammad „Abd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Hanbaliy (1997), al-Mughniy, j.8, c. 3, Tahqiq: „Abd Allah bin „Abd al-Muhsin al-Turkiy/i dan „Abd al-Fattah Muhammad al-Halwi, Sa„udi: Dar „Alam al-Kutub, m.s.375

211 Mustafa al-Zuhayliy (1982), Wasail al-Ithbat fi Shari„ah al-Islamiyyah fi al-Mu„amalat al-Madaniyyah wa Ahwal al-Shar„iyyah, Beirut: Maktabah Dar al-Bayan, m.s.594

212Sa„id bin Darwish al-Zahrani (1994), Taraiq al-Hukm al-Muttafaq „alayha wa al-Mukhtalif fiha fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, Jeddah: Maktabah Sahabah, m.s. 229.

107

b. Pandangan ulama

Ulama berbeza pendapat apakah pendapat pakar diterima sebagai hujah untuk mensabitkan hukum atau tidak.Perbicangan ulama-ulama salaf tentangnya biasanya adalah tentang pensabitan nasab seorang anak dengan menggunakan hikmat pakar. Di zaman Rasulullah SAW kaum yang terkenal dengan kepakaran ilmu ini iaitu Banu madlaj. Kepakaran kaum ini dalam menentukan nasab seseorang melalui tapak kakinya menurut beberapa sejarah diterima dan diiktiraf oleh Baginda SAW.213Para ulama kemudian berbebeza pendapat sejauhmana ianya diterima sebagai alat bukti untuk mensabitkan satu hukum sebagai berikut:

b.a. Menerima

Kelompok pertama ini iaitu mazhab Maliki, Syafi„iy214

dan Hanbaliy menerima dan mengiktiraf penggunaan pendapat pakar dalam mensabitkan sesuatu hukum.215Imam al-Qarafiy menambahkan dalam kitabnya bahawa imam Malik menerima al-Qafih hanya dalam kes Walad al-Amah iaitu seorang hamba perempuan yang melahirkan anak di setubuhi oleh dua orang lelaki dalam keadaan satu suci atau tohr wahid dan kanak-kanak tersebut menyerupai kedua-dua pelaku tersebut.216 Ibn al-Qayyim menambahkan, Rasulullah SAW dan Khulafa‟ al-Rashidin217 mengamalkan dan mengambil al-Qafah untuk mensabitkan nasab.

213 Rasulullah SAW dalam satu riwayat menerima pendapat pakar dalam menentukan nasab Usamah bin Zayd. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Siti „Aishah r.a. menceritakan bahawa suatu hari Baginda Rasul SAW datang kepada beliau dengan penuh rasa gembira dan bersabda: Kenal tak Mujazziz dari Bani Madlaj! Tadi telah membuat satu ramalan di antara Zayd bin Harithah dengan Usamah bin Zayd. Mujazziz berkata: hadhihi al-aqdam ba„duha min ba„d. Disebutkan bahawa Usamah adalah berkulit hitam sedangkan Zayd bin Harithah adalah berkulit putih dengan bantuan Mujazziz maka Rasulullah menerima pendapat Mujazziz yang menasabkan Usamah kepada Zayd r.a. Sila lihat Ibn al-Hajar al-Asqalani (2006), Subul al-Salam Sharh

Bulugh Maram, j.4, Ta„liq: Shaykh Muhammad Nasir Din Albaniy, Riyad:Maktabah Ma„arif li Nashar wa

al-Tawzi„, m.s.424. Lihat juga Fakhr al-Din „Uthman bin „Ali al-Zila„iy/i al-Hanafiy (1315 h.), Tabyin al-Haqaiq Sharh Kanz

Daqaiq, j.3, Misr: Matba„ah al-Kubra al-Amiriyyah, m.s.105 214

Imam Shafi„i memberikan alasan tentang kekuatan pendapat al-Qafah dalam mensabitkan kes nasab beliau berkata: tidak dicipta seseorang itu daripada dua air mani lelaki. . Lihat juga Fakhr al-Din „Uthman bin „Ali al-Zila„iy/i al-Hanafiy (1315 H.), Tabyin

al-Haqaiq Sharh Kanz Daqaiq, j.3, Misr: Matba„ah al-Kubra al-Amiriyyah, m.s.105

215 Sila lihat Imam Shihab al-Din Abi al-„Abbas Ahmad bin Idris bin „Abd al-Rahman al-Sanhajiy al-ma„ruf al-Qarafiy (2001),

Kitab al-Furuq Anwar al-Buruq fi Anwa‟ al-Furuq, j. 4, Tahqiq Muhammad Ahmad Sarraj dan „Ali Jumu„ah Muhammad,

Qaherah: Dar al-Salam li al-Taba„ah wa al-Nashr wa al-Tawzi„ wa al-Tarjamah, m.s. 1254. Abd al-Rahman bin Muhammad bin Sulayman al-Kalibuli (1998), Majma„ al-Anhar fi Sharh Multaqa al-Abhar, j.2, Tahqiq: Khalil „Imran al-Mansur, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s.256.

216 Imam Shihab al-Din Abi al-„Abbas Ahmad bin Idris bin „Abd al-Rahman al-Sanhajiy al-ma„ruf al-Qarafiy/i, Ibid, m.s. 1255

217

108

b.b. Menolak

Mazhab Abu Hanifah218 berdasarkan hadis al-Walad li al-Firash219menolak mengambil pendapat pakar sebagai wasail al-ithbat dalam mensabitkan nasab. Malahan Imam Abi Ja„faral-Tahawiy220 mengatakan tidak hanya dalam kes nasab kanak-kanak sahaja tetapi juga dalam kes yang lain, beliau mengatakan:

2.3.2.5. Undian (al-Qar‘ah)

al-Qur„ah atau undian adalah masdar dari qara„a yang bererti al-sahmah (anak panah atau dadu) al-Muqara„ah (mencabut undi, tikam-menikam) dan al-musahamah (mengambil bahagian dalam undi).221Muhammad „Ali al-Tahanawi dalam kitabnya mentakrifkan al-Qur„ah sebagai berikut:

Yang bermaksud:

“Tanah atau tepung yang dipusing yang dimasukkan ke dalamnya secarik kertas yang ditulis di dalamnya nama yang bertikai yang bertujuan untuk membahagi sesuatu dan kemudian diserahkan kepada seorang anak selanjutnya diberikan kepada masing-masing satu

kertas”.222

Abd al-Karim Zaydan melihat al-Qur„ah sebagai berikut:

218 Sila lihat Imam Muhammad bin Isma„il al-Amir al-Yamaniy (1995), Subul al-Salam Sharh Bulugh al-Maram min Jam„ Adillah

al-Ahkam, j.3, Takhrij: Khalil Ma‟mun Shiha, Beirut: Dar al-Ma„rifah, m.s.330

219 Sila lihat Imam Hafiz Abu Husayn Muslim bin Hajjaj Qushayriy Naysaburiy (2006) Sahih Muslimmusama

Musnad Sahih Mukhtasar min Sunan bi naqli „Adl „an „Adl ila Rasul Salla Allah „Alayh wa Sallam, j.1, Kitab

al-Rida„, Bab al-Walad li al-Farash, (1457) al-Riyad: Dar Taybah, m.s.666

220Sila lihat Imam Abi Ja„far Ahmad bin Muhammad bin Salamah bin „Abd Malik ibn Salamah Azadiy Hajariy Misriy Tahawiy Hanafiy (1994), Sharh Ma„ani Athar, j.4, Tahqiq: Muhammad Zahri Najjar dan Muhammad Sayyud Jad al-Haqq, (t.t.p.), Alam al-Kutub, m.s.160

221

Ibn Manzur (t.t.) Lisan „Arab, Qaherah: Dar Ma„arif, m.s.3582. Mujamma„ Lughah „Arabiyyah (2004), Mu„jam

al-Wasit, al-Taba„ah al-Rabi„ah, Jumhuriyyah Misr al-„Arabiyyah: Maktabah al-Syuruq al-Dawliyah, ms.3598. Sila lihat (T.P),

(T.T.), al-Misbah al-Munir, j.2, (t.t.p.), (t.p.) m.s. 684-685.

222 Muhammad „Ali al-Tahanawa (1996), Mawsu„ah Kashshaf Istilahat al-Funun wa al-„Ulum, j.2, c.2,Tahqiq: „Ali Dahruj, Beirut: Maktabah Lubnan Nashirun, m.s. 1315

109 Yang bermaksud:

“menentukan orang yang berseronok dengan yang hak di antara

orang-orang yang sama dalam syaratnya”.223

a. Pensyariatan al-Qar‘ah

Kisah Nabi-nabi Allah yang terdahulu dimaklumkan oleh al-Qur‟an mereka mengamalkan al-qar„ah. Ini banyak diceritakan dalam al-Qur‟an seperti:

Allah SWT berfirman dalam surah Ali „Imran224 yang menceritakan ketika Bani Israil berlumba untuk mencuba nasib siapakah di antara mereka yang akan memelihara dan menjadi penjaga kepada Siti Maryam. Ini berlaku pada awalnya mereka berbeza pendapat siapakah di antara mereka yang paling berhak untuk menjaga Maryam. 225

Dalam surah lain,226 diceritakan bahawa nabi Yunus a.s. telah di utus kepada kaum Ninawa iaitu sebuah negeri di al-Mawsal yang banyak berbuat maksiat dan menyembah berhala. Tetapi setelah Allah SWT hampir menimpakan kepada mereka azab lalu mereka bertaubat. Pada masa mereka masih dalam kesesatan dan tidak mendengar arahan Rasul, Nabi Yunus a.s. telah meninggalkan mereka dengan keadaan marah.

Kisah Nabi Zakariya, Nabi Sulaiman dan juga Nabi Yunus yang diceritakan dalam ayat yang telah di sebutkan di atas menurut pengarang kitab tafsir Badai„

al-Tafsir di adalah mengamalkan al-qar‟ah.227 Ibn al-Qayyim menafsirkan ayat 139-141 di

223„Abd al-Karim Zaydan (1984), Nizam al-Qada‟ fi al-Shari„ah al-Islamiyyah, Baghdad: Matba„ah al-„Ani, m.s. 233

224 Sila rujuk al-Qur‟an surahAli „Imran ayat 44

225 Sila lihat Abu Bakr Muhammad bin „Abd Allah al-Ma„ruf Ibn „Arabiy (T.T.), Ahkam al-Qur‟an, j.1, Takhrij: „Abd al-Qadir „Ata, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s.359. Sila lihat Abi Ja„far Muhammad bin Jarir al-Tabaryy (2001), Tafsir al-Tabaryy

Jami„ al-Bayan „an Ta‟wil ayy al-Qur‟an,j.6, Tahqiq: Mahmud Muhammad Shakir, al-Qaherah: Maktabah Ibn Taymiyyah, m.s.

404-410.

226 Sila lihat Qur‟an surah Saffat ayat 139-141. Abu „Abd Allah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr Qurtubi (2006),

al-Jami„ li Ahkam al-Qur‟an wa al-Mubayyin li ma Tadammanahu min al-Sunnah wa Ayy al-Furqan, j.18, Tahqiq: „Abd Allah bin

Abi al-Muhsin al-Turki, Muassasah al-Risalah: m.s.92-93

227

110 atas berkata ulama mazhab yang empat menerima dan mengamalkan al-Qar„ah sebagai satu untuk mensabitkan hukum berdasarkan syariat para Nabi yang terdahulu.228

Pensyariatan Qar„ah tidak hanya disebutkan dalam Qur‟an tetapi juga al-Hadith.Dalam satu riwayat Sayyidah „Aishah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW sekiranya mahu membuat perjalanan maka baginda akan membuat undian diantara isteri-isteri beliau yang mana satu yang akan dibawa bersama nabi.229

Dalil-dalil al-Qar„ah yang menjadi pensyariatan keterangan ini di lihat daripada petunjuk ayat-ayat al-Qur‟an di atas umumnya adalah kisah Nabi-Nabi yang terdahulu yang hidup sebelum zaman nabi Muhammad SAW. Bertolak daripada ayat-ayat itu bolehkah kita mengguna pakai syariat nabi-nabi yang terdahulu?

b. Pandangan ulama terhadap al-Qar‘ah

Bolehkah al-Qar„ah digunakan untuk mensabitkan suatu kes? Menurut Ibn al-Qayyim, mengamalkan syariat Nabi-Nabi yang terdahulu adalah dibolehkan sejauh ia dapat dipastikan daripada mereka.230 Apatah lagi ia bertujuan untuk menzahirkan keadilan kepada semua orang dan juga tidak berlawanan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah Muhammad SAW. Maka dalam hal ini bukan setakat boleh diambil malahan wajib diamalkan untuk menjamin kemaslahatan umat. Ibn Battal231 mengatakan orang yang hendak mengamalkan dan menegakkan keadilan dalam membahagi sesuatu yang sama maka sunat mengamalkan al-Qar„ah. Bagaimanapun menurut Isma„il al-Qadi

228Sila lihat Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah (1427 H.), Badai„ al-Tafsir, j.2, Takhrij: Yusri al-Sayyid Muhammad dan Salih Ahmad, Qaherah: Dar Ibn Jawzi, m.s.375. Lihat juga Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahl Sarakhsiy (1372 H.), Usul

al-Sarakhsiy, j.2, Tahqiq: Abu al-Wafa al-Afghani, India: „Unayt bi Nashrih Lujnah Ihya‟ al-Ma„arif al-Nu„maniyyah, m.s. 99.

Syams al-Din Abi „Abd Allah Muhammad bin Abi Bakr Ibn Qayyim al-Juwziyah (1995), al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah

al-Syar„iyyah, Tahqiq: Muhammad Jamil GhaziBeirut: Matba„ah al-Madani m.s.741

229Lihat juga Muhammad bin Isma„il bin Ibrahim bin al-Mughirah al-Bukhariy (1403 H.), al-Jami„ al-Sahih al-Musnad min Hadith

Rasul Salla Allah „alayh wa Sallam wa Sunanuhu wa Ayyamuhu (Sahih al-Bukhariy), j.2,Tahqiq: Muhibb al-Din al-Khattib et.Qaherah: Matba„a Salafiyyah, nombor hadith 2593, m.s.235. Lihat juga Abu Husayn Muslim bin Hajjaj

al-qusyairy al-Naysaburi (2006), Sahih Muslim, majallad 1, Tasyarruf Abu Qutaibah Muhammad, kitab al-aqdiyyah, Riyad: Dar al-Tayyibah, nombor Hadith 2770, m.s.1275

230Ulama telah memperkatakan dengan panjang lebar tentang syariah nabi-nabi yang terdahulu. Ini dapat dirujuk dalam kitab-kitab

Usul Fiqh seperti Badr Din Abu „Abd Allah Muhammad bin „Abd Allah Zarkashiy (1992), Bahr Muhit fi Usul al-Fiqh, j.6, c.2, Tahrir: Abdal-Sattar Abu Ghaddah, al-Kuwayt: Dar al-Safwah, m.s.39-41. Mahfuz bin Ahmad bin al-Hasan Abu

al-Khattab al-Kaludhani al-Hanbaliy (1985), al-Tamhid fi Usul al-Fiqh, Tahqiq: Mufid Muhammad Abu „Amshah, Jeddah: Dar al-Madani, m.s.411-425.

231 Badr al-Din Abi Muhammad Mahmud bin Ahmad al-„Aynay (2001), „Umdah al-Qari Sharh Sahih al-Bukhariy, j.13, Tashih: „Abd Allah Mahmud Muhammad „Amar, Beirut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyyah, m.s.79

111 mengatakan al-Qar„ah tidak boleh mengalahkan yang hak sekiranya ada keterangan yang menunjukkan yang demikian.232

Pengarang kitab Wasail al-ithbat berkata: imam Syafi„i telah mensyaratkan untuk mengamalkan al-Qar‟ah dengan syarat „darjat pembuktian keduanya adalah sama‟ (mustawina fi al-Haujjsh).233

Sedangkan menurut imam al-Qarafi mensyaratkan sekiranya kedua-dua pihak dalam keadaan sama hak dan maslahah (tasawut al-Huquq

wa al-Masali.)234

Sekalipun majoriti ulama bersetuju untuk membuat undian sebagai langkah untuk mensabitkan hukum tertentu tetapi kekuatannya untuk mencapai matlamat kehakiman dibandingkan dengan keterangan lain adalah sangat lemah dan termasuk urutan yang paling belakang.235

2.3.2.6. Keterangan Li‘an

Keterangan li„an walaupun tidak di amalkan Pengadilan Awam di Indonesia tetapi ia penting untuk diketengahkan di sini. Ini kerana ianya di amalkan di Pengadilan Agama dengan statut yang di gubal berasingan dengan statut-statut yang lain. Untuk lebih mengenal hukum li„an di bawah ini akan disenaraikan takrifnya menurut ulama.

a. Takrif li‘an

Li„an pada bahasa adalah al-Ib„ad, al-Tard, al-Muba„adah iaitu jauh, melempar dan berjauh-jauhan. Di namakan li„an dengan al-muba„adah, kerana pasangan suami-isteri

232 Ibid, m.s. 80.

233Lihat Abu Bakr Ahmad bin al-Husayn bin „Ali bin „Abd Allah bin Musa al-Bayhaqiy al-Naysaburiy (1990), Ahkam al-Qur‟an li

Imam Shafi„iy ,Tahqiq: „Abd Ghani „Abd KhaliqBeirut: Dar Ihya’ „Ulum, m.s.503. Muhammad Mustafa

al-Zuhayliy (1982), Wasail al-Ithbat fi al-Shari„ah al-Islamiyyah fi al-Mu„amalat al-Madaniyyah wa al-Ahwal al-Shakhsiyyah, Beirut: Maktabah Dar al-Bayan, m.s. 834.

234Imam Shihab al-Din Abi al-„Abbas Ahmad bin Idris bin „Abd al-Rahman al-Sanhajiy al-ma„ruf al-Qarafiy (2001), Kitab al-Furuq

Anwar Buruq fi Anwa‟ Furuq, Juzuk 4, Tahqiq Muhammad Ahmad Sarraj dan „Ali Jumu„ah Muhammad, Qaherah: Dar

al-Salam li al-Taba„ah wa al-Nashr wa al-Tawzi„ wa al-Tarjamah, m.s.1273

112 jauh daripada kebaikan dan rahmat Allah.236 Ulama berbeza pendapat memberikan takrif li„an sebagai berikut:

a.a. Mazhab Hanafiy

Mazhab Hanafi melihat dan mengkategorikan lian sebagai kesaksian. Ini terlihat dalam kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama dari kalangan ini, misalnya Abu al-Barakat „Abd Allah bin Ahmad al-Nasafiy237

dan Abi Bakr bin „Ali bin Muhammad al-Haddad memberikan definisinya sebagai berikut:

“Li„an menurut kami adalah kesaksian yang kuat yang dibuat melalui sumpah disertai dengan perkataan laknat yang berfungsi dan menempati had qazaf kepada suami dan isteri”.

a.b. Mazhab Malikiy

Berbeza dengan mazhab di atas kalangan ulama mazab Maliki seperti Ibn „Arafah238

memberikan takrifnya yang maksudnya adalah:

“Suami yang bersumpah (yang mengatakan) isterinya berzina ataupun menafikan anak dalam kandungannya sebagai anaknya kemudian isteri membalas dengan bersumpah bahawa suaminya adalah berdusta, sekiranya sang isteri enggan maka hakim wajib menghukum (isteri) dengan had”.

a.c. Mazhab Shafi‘iy

Agak bebeza dengan kedua-dua pendapat di atas Abu Yahya Zakariya al-Ansari dan Shams al-Din Muhammad bin al-Khatib al-Sharbiniy239 mendefinisikan li„an yang bermaksud:

“Kalimat tertentu yang dibuat sebagai dalil untuk memaksa kepada qazaf kerana tercemar rumahnya (firash) iaitu isterinya. (Juga

236

Ibn Manzur Muhammad bin Mukrim bin Manzur al-Ifriqiy (t.t.) Lisan al-„Arab, Qaherah: Dar al-Ma„arif, m.s.4044. Sila lihat juga Muhammad bin Abu Bakr bin „Abd al-Qadir al-Razi (T.T.), Mukhtar al-Sihhah, (t.p.),(t.t.p.), m.s. 250.

237

Shaikh Islam Abi Bakr bin „Ali bin Muhammad Haddad Yamaniy (T.T.), Jawharah Nayyirah „ala Mukhtasar

al-Quduri, j.2, Maktabah Haqqaniyyah: Pakistan, m.s. m.s.147. Juga Abu al-Barakat „Abd Allah bin Ahmad al-Nasafiy (T.T.), Kanz Daqaiq fi al-Fiqh al-Hanafi, Tahqiq: Said Bakdash, m.s.301

238Sila lihat Abu „Abd Allah Muhammad Ansari Rasa„ (1993), Sharh Hudud Ibn „Arfah Mawsum Hidayah Kafiyah

al-Shafiyah li Bayan Haqaiq al-Imam Ibn „Arfah al-Wafiyyah, Tahqiq: al-Tahir al-Ma„muri, Beirut: Dar al-Gharb al-Islamiy/i,

m.s. 301.

239

Sila lihat Shams Din Muhammad bin Khatib Sharbiniy (1997), Mughni Muhtaj ila Ma„rifah Ma„ani Fazi

Minhaj, j.3, Beirut: Dar Ma„rifah, m.s.481. Abu Yahya Zakariya Ansari (T.T.), Fath Wahhab bi SharhManhaj al-Tullab, j.2, (t.t.p.), (t.p.), m.s. 98

113 bertujuan untuk) membuat tuduhan terhadap orang yang telah berbuat

dosa atau untuk menafikan anak”.

a.d. Mazhab Hanbaliy

Imam Mansur bin Yunus bin Idris al-Bahuti memberikan takrifnya sebagai berikut yang bermaksud:

“Kesaksian yang kuat yang dibuat dengan melakukan sumpah dari dua pihak (suami-isteri) yang disertai dengan ucapan laknat dan kemarahan Allah (al-ghadab) sebagai hukuman qazaf jika ternyata isterinya bersih (muhsanah) ataupun hukuman ta‟zir jika ternyata dia tidak bersih (ghair muhsanah) juga sebagai hukuman had zina terhadap isteri apabila dia mengakuinya ataupun dia dipenjara sampai membuat

pengakuan atau juga saling berlaknat”.240

b. Penggunaan li‘an menurut ulama

Ulama berbeza pendapat apakah lian merupakan syahadah ataupun sumpah. Menurut imam Syafi„i dan Malik, li„an tidak hanya untuk suami isteri yang bertikai. Tetapi juga boleh dilakukan oleh hamba yang adil, bahkan dua orang yang fasik sama ada kedua-duanya sama-sama fasik ataupun hanya salah satunya. Ini kerana menurut kedua-dua imam tersebut li„an merupakan kategori sumpah.241

Pendapat yang lain iaitu Abu Hanifah dan dua riwayat daripada imam Ahmad bin Hanbal mengatakan li„an adalah termasuk shahadah. Ini dapat di lihat dalam definisi-definisi di atas yang diberikan oleh beberapa ulama dari mazhab tersebut. Oleh itu, ianya hanya dilakukan oleh suami dan isteri yang Islam dan merdeka sahaja.

Dalam dokumen BAB 2: KETERANGAN DARI SUDUT HUKUM ISLAM (Halaman 55-64)

Dokumen terkait