• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.8 Analisis Data

Data kuantitatif yang dikumpul daripada borang kaji selidik dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS versi 21 untuk melihat bacaan deskriptif seperti kekerapan dan statistik deskriptif. Tahap penggunaan bahasa telah dikenalpasti melalui kekerapan penggunaan bahasa (skor min) manakala tahap penguasaan bahasa dikenalpasti melalui (peratus). Bagi melihat tahap penggunaan bahasa Tamil antara tiga kumpulan umur, tiga langkah telah diambil. Pertama, mencari skor min antara tiga kumpulan umur. Kedua, jika terdapat perbezaan antara tiga kumpulan umur maka dibuat Ujian Anova untuk mencari sama ada signifikan atau tidak. Ketiga, sekiranya signifikan maka akan diteruskan dengan Ujian Perbandingan Pelbagai Tukey untuk melihat kadar peralihan sama ada kadar cepat, perlahan ataupun sama antara tiga kumpulan umur tersebut.

Dari aspek kualitatif pula, data yang dikumpul daripada instrumen-instrumen lain adalah untuk menyokong dapatan kajian secara keseluruhan. Creswell (2007) menyarankan tiga langkah dalam penyelidikan kualitatif. Ketiga-tiga langkah tersebut adalah mengumpul data, mengecilkan data berdasarkan tema yang ditetapkan dan seterusnya menganalisis data. Data temu bual dan rakaman audio telah dirakam dan seterusnya ditranskripsi untuk dianalisis. Dalam proses menganalisis data, pengkaji telah membaca dengan teliti transkripsi data sebanyak beberapa kali. Seterusnya bahagian analisis ini dapat

Instrumen Bilangan

Borang kaji selidik 254

Temu bual 13

Rakaman audio 41

Pemerhatian 14

Penelitian dokumen 15 Landskap Linguistik 42

memberikan gambaran yang jelas kepada pengkaji untuk menentukan fenomena PaPkb. Setelah itu, pengkaji membuat pengekodan (coding) rakaman temu bual bagi mengupas maklumat yang diperlukan dalam usaha untuk melihat corak penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil Kuching.

Setiap instrumen yang digunakan tidak tertakluk kepada setiap persoalan kajian secara berasingan. Sememangnya data yang diperoleh daripada pelbagai instrumen seperti boring kaji selidik, temu bual, rakaman audio, pemerhatian dan penelitian dokumen telah banyak membantu pengkaji untuk menjawab ketiga-tiga persoalan kajian. Jelas dapat dilihat di sini bahawa data-data ini telah membantu pengkaji untuk melihat corak penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil Kuching. Walaupun data yang diperoleh daripada temu bual berstruktur ini tidak menepati sebarang persoalan kajian secara khusus, namun ia masih berguna untuk menjelaskan latar belakang dan sosiosejarah masyarakat Tamil Kuching yang mampu mempengaruhi amalan bahasa pada masa kini.

Seperti yang telah dijelaskan, kajian ini telah menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data-data yang dikumpul ini dianalisis berdasarkan kepada kepada gabungan Teori Vitaliti Etnolinguistik (Giles, et al., 1977) dan Teori Analisis Domain (Fishman, 1972). Fitur-fitur yang akan dilihat semasa interaksi ialah pilihan bahasa yang digunakan, bilangan perkataan yang dipinjam daripada bahasa lain dan kemahiran mereka dalam mengatur struktur ayat (Milroy, 1982). Sementara itu, faktor-faktor yang mendorong kepada PaPkb dalam kalangan masyarakat Tamil juga diberikan perhatian. Bagi menganalisis pendekatan kuantitatif pula borang kaji selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisian statistik iaitu, S.P.S.S versi 21.0. Dengan ini pengkaji dapat melihat kekerapan penggunaan bahasa atau pilihan bahasa dalam kajian ini.

3.9 Etika Kajian

Dalam sesuatu kajian, etika penyelidikan juga diambil kira sebagai aspek penting. Beberapa perkara yang telah disarankan oleh Creswell (2007) dijadikan sebagai garis panduan oleh pengkaji supaya tidak melepasi batasan yang ditetapkan. Berikut merupakan beberapa elemen yang dijadikan asas oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini:

i) Mendapatkan surat kebenaran daripada institusi pengajian untuk menjalankan kajian di kawasan yang dikehendaki beserta tempoh masa kajian dijalankan. Surat ini telah dikemukakan kepada pihak berkuasa seperti pemimpin NGO, pengerusi kuil dan arkib negara.

ii) Pengkaji menyimpan data yang dikumpul daripada responden secara sulit.

iii) Nama responden tidak ditulis dalam borang kaji selidik atas dasar privasi dan kerahsiaan.

iv) Pengkaji menjelaskan kepada responden tujuan kajian kajian dijalankan serta sebab mereka ditemu bual atau disoal selidik bagi mencapai objektif kajian.

v) Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada informan terlebih dahulu untuk membuat rakaman. Hanya dua rakaman sahaja tidak diberitahu kepada responden untuk mendapatkan perbualan natural. Walau bagaimanapun, pengkaji sudah mendapat kebenaran daripada pihak penganjur program setelah rakaman dibuat.

vi) Pengkaji bertindak sebagai pendengar dan bukannya berkongsi pengalaman atau pengetahuan kepada informan kerana perkara ini dapat mengurangkan perolehan maklumat daripada informan.

vii) Peranan pengkaji adalah sebagai fasilitator semasa temu bual dijalankan. Jadi beberapa isu sensitif seperti isu perkauman dan agama yang dibangkitkan oleh

informan telah diubah haluan pertuturannya dengan cara yang berhemah kerana ia tidak melibatkan objektif kajian.

3.10 Kesimpulan

Bab ini menjelaskan hala tuju kajian pada peringkat awal hingga akhir secara terperinci. Kesimpulannya, sebanyak lima jenis instrumen digunakan bagi pengumpulan data dan dua jenis pendekatan digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Borang kaji selidik membekalkan data kuantitatif untuk menentukan tahap penggunaan bahasa Tamil, penguasaan bahasa Tamil dan sikap terhadap bahasa. Sesi temu bual, rakaman, pemerhatian dan penelitian dokumen pula membekalkan data kualitatif untuk melihat corak penggunaan bahasa Tamil dan sikap terhadap bahasa Tamil. Di samping itu, data yang dipungut berdasarkan pendekatan sosiologi di bawah Teori Vitaliti Etnolinguistik juga memberi gambaran umum tentang corak penggunaan bahasa dan pengaruh faktor etnolinguistik dalam menentukan vitaliti bahasa Tamil di Kuching. Antaranya data yang dipungut ialah dokumen kerajaan, kertas seminar, laporan, bancian penduduk dan teks ucapan. Dapatan utama daripada data kualitatif dan kuantitatif ini akan dibincang dengan lebih terperinci dalam bab keempat dan kelima. Bab keempat akan membincangkan data sosiopsikologi manakala bab kelima akan membincangkan faktor sosiologi.

BAB 4 : TAHAP PENGGUNAAN BAHASA TAMIL

4.1 Pengenalan

Bab ini memberi fokus kepada jawapan untuk persoalan kajian pertama. Sehubungan dengan itu, bab ini dipecahkan kepada lapan bahagian iaitu pengenalan, analisis data, tahap penggunaan bahasa Tamil, penggunaan Bahasa Tamil merentasi generasi, tahap penguasaan bahasaTamil, sikap tergadap Bahasa Tamil, rumusan dan dapatan kajian dan seterusnya kesimpulan. Pada bahagian akhir, analisis yang mendalam akan dibincangkan bagi mengenal pasti sikap masyarakat Tamil di Kuching terhadap bahasa Tamil bagi menentukan fenomena peralihan atau pengekalan bahasa. Rajah 4.1 menggambarkan hala tuju bab keempat hingga bab ketujuh.

ANALISIS

Rajah 4.1: Peta Analisis Data

Persoalan Kajian2 Persoalan Kajian1

Bab 6: Bagaimanakah faktor

etnolinguistikmempengaruhifenomen aPaPkbdalamkalangan masyarakat Tamil Kuching?

Bab 4:

Apakah tahap penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil Kuching?

(i) Tahappenggunaan bahasadalam 5 domain? ii) Tahap penggunaan bahas merentasi tiga KU? iii) Tahap

penguasaan bahasa?

iv) Sikap terhadap bahasa. ▪ Jabatan statistik ▪ Majalah/jurnal muzium ▪ Laporan kerajaan ▪ Buku Seminar Bab:6 Etnolinguistik Objektif Etnolinguistik Subjektif Borang kaji selidik ▪ Temubual ▪ Rakaman ▪ Pemerhatian ▪ Penelitian dokumen Bab 5:Corak penggunaan

bahasa Tamil Rumusan

Persoalan Kajian 3

Bab 7:Bagaimanakah identiti etnik dan identiti linguistik

mempengaruhi fenomena

PaPkb?

Rumusan

Bab 8:Kesimpulan

Bab keempat dan kelima membincangkan dapatan dan hasil kajian daripada dua jenis data iaitu data kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua bab ini merupakan hasil dapatan yang menjawab persoalan kajian pertama. Seperti yang ditegaskan sebelum ini, persoalan kajian pertama ini merupakan bahagian yang amat penting bagi menentukan tahap dan corak penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching Sarawak.

Berikut merupakan persoalan kajian pertama yang akan dijawab dalam bab ini:

i) Apakah tahap penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil Kuching?

a) Apakah tahap penggunaan bahasa Tamil dalam domain-domain seperti keluarga, sosiobudaya, agama, media dan kawan?

b) Apakah tahap penggunaan bahasa Tamil merentasi tiga kumpulan umur? c) Apakah tahap penguasaan bahasa Tamil?

d) Apakah sikap terhadap bahasa Tamil oleh masyarakat Tamil di Kuching?

4.2 Analisis Data

Data yang dianalisis pada bahagian ini merupakan data kuantitatif. Data ini dikumpul melalui instrumen borang kaji selidik yang merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Data daripada borang kaji selidik ini dianalisis bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Tamil yang menjadi indikator kepada fenomena peralihan atau pengekalan bahasa Tamil melalui aspek penggunaan bahasa Tamil dalam lima domain, penggunaan bahasa Tamil merentasi tiga kumpulan umur, penguasaan bahasa Tamil dan sikap terhadap bahasa Tamil.

Berikutan itu, dalam kalangan kumpulan minoriti kecil, peluang untuk menggunakan bahasa ibunda adalah sangat terhad kerana tiada ruang untuk menggunakan bahasa ibunda

di luar domain keluarga (Canagarajah, 2008). Keadaan yang serupa berlaku pada masyarakat Tamil di Kuching. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat adalah terhad kepada ahli keluarga (domain keluarga), kawan (domain kawan) dan tempat beribadat (domain agama). Bersama domain yang dinyatakan di atas, domain media dan sosiobudaya juga dijadikan domain kajian dalam kajian ini. Jika tiada penggunaan bahasa ibunda dalam domain-domian ini dan sikap negatif mereka negatif terhadap bahasa ibunda, maka sudah pasti bahawa akan berlakunya peralihan bahasa dan sebaliknya (Huguet & Janés, 2008). Jadi, pada akhir bab ini, analisis data diharap dapat menentukan fenomena sebenar tentang amalan penggunaan bahasa Tamil di Kuching melalui data yang dikumpulkan daripada borang kaji selidik.

Seramai 254 orang responden daripada tiga kumpulan umur dijadikan sebagai sampel untuk kajian ini bagi menjawab borang kaji selidik. Responden-responden ini dibahagikan kepada generasi kumpulan umur 1 (KU1), kumpulan umur 2 (KU2) dan kumpulan umur 3 (KU3). Bagi memahami gambaran lengkap mengenai penggunaan bahasa Tamil, dapatan kajian dan perbincangan akan dibuat pada bahagian akhir analisis demi mengelakkan perulangan fakta atau maklumat yang ingin disampaikan dalam kajian ini.

Secara totalnya, komponen penggunaan bahasa Tamil dalam borang kaji selidik ini mengandungi lima domain. Oleh itu, konstruk analisis domain yang dikemukakan oleh Fishman (1969) telah digunakan untuk melihat bahasa yang digunakan oleh responden dalam kelima-lima domain yang berbeza iaitu keluarga, sosiobudaya, agama, media dan kawan. Semasa data dikumpul, para responden diminta untuk memilih bahasa yang digunakan dalam domain-domain yang disebut di atas. Para responden memilih bahasa Tamil, bahasa campuran (bahasa Tamil dengan bahasa lain dengan kadar yang seimbang) dan bahasa lain (sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu).

Tahap penggunaan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching pula ditentukan berdasarkan kepada ukuran yang ditetapkan oleh Mohd Majid (2005). Dalam kajian ini skor min yang rendah bermaksud tahap vitaliti adalah tinggi dan sebaliknya skor min yang tinggi pula merujuk kepada tahap vitaliti yang rendah. Secara umumnya, berdasarkan kepada skor min yang diperoleh, tahap penggunaan dapat ditentukan sama ada sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah dan sangat rendah. Tahap penggunaan bahasa Tamil dalam setiap domain ini dapat diteliti dengan lebih mendalam pada bahagian seterusnya

4.3 Penggunaan Bahasa Tamil Mengikut Domain

Berikut adalah analisis kuantitatif yang diperoleh daripada borang kaji selidik. Seperti yang dijelaskan, tahap penggunaan bahasa Tamil dilihat dalam lima domain utama iaitu domain keluarga, domain sosiobudaya, domain agama, domain media (media hiburan dan media internet) dan domain kawan. Dalam hal ini, pilihan yang dibuat oleh responden dapat menjelaskan corak penggunaan bahasa Tamil di Kuching melalui skor min (M). Bacaan skor min (M) ini dapat dikelaskan kepada lima tahap (Lihat jadual 3.4.) dengan skor minimum 1 dan skor maksimum 3. Skor min (M=1.01-1.40) merujuk kepada tahap sangat tinggi. Ini diikuti dengan bacaan skor min (M=1.41-1.80) merujuk kepada tahap tinggi, disusuli dengan bacaan skor min (M=1.81-2.20) sebagai tahap sederhana, manakala bacaan skor min (M=2.21-2.60) adalah rendah dan akhir sekali ialah bacaan skor min (M=2.61-3.00) yang merujuk kepada tahap yang sangat rendah.

Jadual 4.1 menunjukkan skor min mengikut domain. Bilangan responden yang digunakan untuk menjawab borang kaji selidik ialah seramai 254 orang (n=254).