Bahasa Tamil Bahasa Campuran Bahasa Melayu dan Inggeris N F % F % F % Penggunaan bahasa semasa berbual dengan: pasangan 95 67 70.5 9 9.5 19 20.0 adik-beradik 241 149 61.8 34 14.1 58 24.1 mentua 107 100 93.5 2 1.9 5 4.7 anak/anak saudara 106 65 61.3 28 26.4 13 12.3 cucu/cicit 70 63 90.0 3 4.3 4 5.7 bapa 224 171 76.4 18 8.0 35 15.6 ibu 215 149 69.3 - - 66 30.7 bapa saudara 177 114 64.4 16 9.0 47 26.6
makcik /pak cik 184 128 69.6 13 7.1 43 23.4
sepupu 170 88 51.8 30 17.6 52 30.6 datuk 183 133 72.7 13 7.1 37 20.2 nenek 182 136 74.7 13 7.1 33 18.1 Penggunaan bahasa semasa memberi arahan 254 153 60.5 28 11.1 72 28.5 Marah 254 129 50.8 - - 125 49.2 memberi nasihat 254 142 55.9 35 13.8 77 30.3 memberi informasi 254 123 48.4 40 15.7 91 35.8 menenangkan hati 254 160 63.0 32 12.6 62 24.4 berjenaka 254 164 64.6 46 18.1 44 17.3 bersembahyang di umah 254 190 74.8 25 9.8 39 15.4 (N= bilangan; F = kekerapan)
Berdasarkan jadual di atas, kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam hubungan persaudaraan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu hubungan generasi sebaya, generasi tua dan generasi muda. Bahagian seterusnya akan membincangkan kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam setiap kategori generasi masing-masing.
4.3.1.1.1 Penggunaan bahasa Tamil dalam generasi sebaya
Penggunaan bahasa Tamil dalam kumpulan generasi sebaya terdiri daripada pasangan, adik-beradik dan sepupu. Jumlah responden yang mempunyai pasangan ialah seramai 95 orang. Peratus penggunaan bahasa Tamil bersama pasangan ialah sebanyak 70.5% (n=67) daripada jumlah keseluruhan bilangan responden. Peratusan penggunaan ini adalah yang paling tinggi berbanding dengan hubungan persaudaraan yang lain. Bacaan tersebut diikuti pula dengan kumpulan adik-beradik yang mencatatkan peratusan sebanyak 61.8% (n=149) daripada bilangan responden seramai 241 orang dan seterusnya sepupu sebanyak 51.8% (n=88) daripada bilangan responden seramai 170 orang. Catatan peratusan jelas sekali menunjukkan penggunaan bahasa Tamil adalah berbeza-beza. Walau bagaimanapun, secara umumnya purata peratusan penggunaan bahasa Tamil dalam generasi sebaya ialah sebanyak 61.4%, iaitu pada tahap tinggi.
4.3.1.1.2 Penggunaan bahasa Tamil dalam generasi tua
Penggunaan bahasa Tamil dalam generasi tua pula terdiri daripada tujuh hubungan persaudaraan iaitu mentua, bapa, ibu, bapa saudara, mak cik dan pak cik, datuk, dan diakhiri dengan nenek. Dalam interaksi bersama mentua, peratusan penggunaannya ialah sebanyak 93.5% (n=100) daripada jumlah responden seramai 107 orang. Interaksi bersama mentuaini mencatatkan peratusan yang paling tinggi berbanding dengan hubungan persaudaraan yang lain. Peratusan ini diikuti dengan bapa sebanyak 76.4% (n=171) daripada jumlah bilangan responden seramai 224 orang, nenek sebanyak 74.7% (n=136) daripada jumlah bilangan responden seramai 182 orang dan seterusnya datuk sebanyak 72.7% (n=133) daripada jumlah bilangan responden seramai 183 orang. Bagi penggunaan bahasa Tamil bersama mak cik dan pak cik pula, data mencatatkan bacaan sebanyak 69.6% (n=128) daripada jumlah bilangan responden seramai 184 orang.
Peratusan bersama ibu ialah sebanyak 69.3% (n=149) daripada jumlah bilangan seramai 215 orang dan bapa saudara pula ialah sebanyak 64.4% (n=114) daripada jumlah bilangan responden seramai 177 orang. Secara khususnya, hubungan persaudaraan ini dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu generasi tua pertama yang terdiri daripada mentua, bapa, ibu, serta bapa dan ibu saudara diikuti dengangenerasi tua kedua yang hanya melibatkandatuk dan nenek sahaja. Tiada sebarang perbezaan signifikan yang terdapat antara generasi tua pertama dengan generasi tua kedua kerana kesemua hubungan persaudaraan mempunyai peratusan penggunaan bahasa Tamil yang hampir sama kecuali mentua. Walaupun nilai peratusan ini berbeza-beza, tetapi purata peratusan penggunaannya ialah sebanyak 74.4%. Dapatan ini membuktikan bahawa tahap penggunaan bahasa Tamil di Kuching berada pada tahap yang tinggi.
Jika dilihat tahap penggunaan bahasa Tamil mengikut kumpulan generasi, terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan generasi sebaya dengan kumpulan generasi tua dan generasi muda. Hal ini demikian kerana,purata peratusan penggunaan bahasa Tamil dalam generasi sebaya ialah sebanyak 61.4% manakala generasi tua pula ialah sebanyak 74.4% diikuti dengan generasi muda yang mencatatkan jumlah peratusan sebanyak 75.7%. Oleh itu, interaksi yang melibatkan generasi sebaya yang jauh berbeza akan memberikan kesan kepada amalan penggunaan bahasa Tamil di Kuching. Bahagian seterusnya pula akan membincangkan kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam ketujuh-tujuh situasi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2.
4.3.1.1.3 Penggunaan bahasa Tamil dalam situasi
Dalam bahagian ini terdapat tujuh situasi lazim yang berlaku dalam domain keluarga. Situasi tersebut merujuk kepada situasi memberi arahan, marah, memberi nasihat, memberi informasi, menenangkan hati, berjenaka, dan bersembahyang di rumah.
Penggunaan bahasa dalam situasi-situasi ini akan mencerminkan tahap penggunaan bahasa oleh sesuatu kumpulan penutur (Nambiar, 2007). Dalam usaha untuk melihat tahap penggunaan bahasa Tamil di Kuching, ketujuh-tujuh situasi ini telah dilihat dalam domain keluarga. Bilangan responden yang menjawab kesemua tujuh situasi dalam subdomain ini ialah seramai 254 (n=254). Berdasarkan dapatan, kekerapan penggunaan bahasa Tamil yang banyak digunakan dalam interaksi mereka ialah situasi bersembahyang di rumah iaitu sebanyak 74.8% (n=190). Dapatan tersebutdiikuti dengan situasi berjenaka sebanyak 64.6% (n=164), bagi menenangkan hati pula, bacaan telah mencatatkan peratusan sebanyak 63.0% (n=160) dan seterusnya situasi memberi arahan dengan peratusan sebanyak 60.5% (n=154). Penggunaan bahasa Tamil dalam situasi memberi nasihat pula ialah sebanyak 55.9% (n=142) dan situasi ketika marah ialah sebanyak 50.8% (n=129). Situasi memberi informasi pula menunjukkan kadar penggunaan yang paling sedikit dengan catatan peratusan sebanyak 48.4% (n=123).
Daripada peratusan kekerapan penggunaan bahasa Tamil yang dicatatkan, dapat dilihat bahawa penggunaan bahasa Tamil berada pada tahap sederhana bagi situasi interaksi serius seperti marah, memberi nasihat dan memberi informasi. Namun begitu, secara keseluruhannya purata penggunaan bahasa Tamil dalam subdomain keluarga ialah sebanyak 59.7% iaitu berada pada tahap sederhana.
4.3.2 Penggunaan Bahasa Dalam Domain Sosiobudaya
Domain sosiobudayamerupakan aktiviti harian yang melibatkan amalan sosiobudaya. Amalan sosiobudaya mempunyai kepentingan yang sama seperti domain keluarga. Hal ini demikian kerana, ia merupakan amalan hidup dalam kehidupan harian mereka. Bahagian berikutnya akan menganalisis kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam domain sosiobudaya.
4.3.2.1 Kekerapan Penggunaan Bahasa Tamil Dalam Domain Sosiobudaya
Domain sosiobudaya merangkumi tujuh aktiviti masyarakat Tamil di Kuching iaitu sambutan hari jadi, majlis penamaan atau kelahiran, perkahwinan, kematian, seni pementasan, perayaan Ponggal atau Deepavali dan sukaneka. Jadual 4.3, menunjukkan kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam domain sosiobudaya.
Jadual 4.3: Kekerapan Penggunaan Bahasa Tamil Dalam Domain Sosiobudaya
Bahasa Tamil Bahasa Campuran Bahasa Melayu dan Inggeris N F % F % F %
Bahasa Tamil digunakan dalam majlis/aktiviti
sambutan hari jadi 254 118 46.5 65 25.6 71 28.0
kelahiran/majlis penamaan 254 126 49.6 58 22.8 70 27.6
perkahwinan 254 127 50.0 41 16.1 86 33.9
kematian 254 135 53.1 38 15.0 81 31.9
seni pementasan/malam kesenian 254 84 33.1 82 32.3 88 34.6
perayaan Ponggal/Deepavali 254 103 40.6 89 35.0 62 24.9
Sukaneka 254 97 38.2 86 33.9 71 28.0
Kesemua responden (n=254) telah menjawab ketujuh-tujuh akvititi dalam domain sosiobudaya. Berdasarkan dapatan, peratusan penggunaan bahasa Tamil yang terbanyak adalah pada upacara kematian dengan catatan peratusan sebanyak 53.1% (n=135) diikuti dengan majlis perkahwinan sebanyak 50% (n=127). Seterusnya ialah majlis penamaan atau kelahiran yang mencatatkan kekerapan penggunaan sebanyak 49.6% (n=126), sambutan hari jadi sebanyak 46.5% (n=118) dan perayaan Ponggal pula sebanyak 40.6% (n=103). Kesemua aktiviti yang disenaraikan di atas ini mempunyai tahap penggunaan sederhana manakala hanya dua aktiviti sahaja yang mempunyai tahap penggunaan rendah
iaitu aktiviti sukaneka dan seni pementasan atau malam kesenian. Kedua-dua aktiviti ini masing-masing sekadar mencapai peratusan sebanyak 38.2% dan 33.1%.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, terdapat dua kategori aktiviti di bawah naungan domain sosiobudaya ini. Aktiviti-aktiviti ini dibahagikan sosial dan budaya. Aktiviti berupa sosial merujuk kepada sambutan hari jadi, seni pementasan, dan sukaneka manakala aktiviti budaya pulamelibatkan upacara-upacara yang lebih ke arah adat dan kepercayaan. Penggunaan bahasa Tamil dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti sukaneka dan seni pementasan masing-masing berada pada tahap yang rendah iaitu sebanyak 38.2% dan 33.1%. Berdasarkan dapatan, dapat dikatakan bahawa aktiviti-aktiviti budaya berperanan sebagai penyumbang kepada pengekalan bahasa Tamil dalam kalangan masyarakat Tamil di Kuching jika dibandingkan dengan aktiviti-aktiviti yang berupa sosial. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan purata peratus penggunaan bahasa Tamil dalam ketujuh-tujuh aktiviti tersebut ialah sebanyak 44.4% iaitu berada dalam tahap sederhana.
4.3.3 Penggunaan Bahasa Tamil Dalam Domain Agama
Domain agama merupakan domain yang amat penting selain daripada domain keluarga. Menurut para pengkaji dalam bidang kajian peralihan bahasa dan pengekalan bahasa, salah satu domain yang menjadi pencetus dalam pengekalan bahasa ibunda sesebuah komuniti imigran atau minoriti ialah domain agama (Gogonas, 2011).
4.3.3.1 Kekerapan Penggunaan Bahasa Tamil Dalam Domain Agama
Kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam domain agama dapat dilihat pada penggunaan bahasa Tamil dalam agama. Terdapat tujuh elemen penggunaan bahasa Tamil dalam kitab iaitu penggunaan bersama aiyar, semasa sembahyang, semasa berdoa,
semasa menyanyikan lagu-lagu suci, ceramah agama dan juga pengumuman yang dibuat di kuil. Jadual 4.4 merupakan kekerapan penggunaan bahasa Tamil dalam tujuh elemen domain agama.