Pernyataan hipotesis H13a dan H13b adalah mengenai sikap autonomi dan sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam
kedinamikan pasaran yang tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi tersebut menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan tidak dapat membuktikan wujudnya interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan di antara sikap autonomi dan inovatif dengan pulangan jualan di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu H13a dan H13b tidak disokong.
H13c merupakan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta = -.30, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan yang tinggi menerangkan bahawa sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Manakala dalam kedinamikan pasaran yang rendah sikap proaktif yang tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif menerangkan pulangan jualan bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H13c adalah tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H13d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.43, p < .01). Rajah 5.8 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk
kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan jualan yang semakin tinggi apabila sikap mengambil risiko PKS Bumiputera semakin tinggi. Manakala dalam kedinamikan pasaran yang rendah sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap mengambil risiko PKS Bumiputera meningkatkan pulangan jualannya selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H13d disokong.
MENGAMBIL RISIKO Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 31 30 29 28 27 26 25 24 23 DINAMIK PASARAN Rendah Tinggi
Rajah 5.8 Interaksi kedinamikan pasaran ke atas sikap proaktif dengan pulangan jualan.
Pernyataan hipotesis H14a adalah mengenai sikap autonomi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta = -.70, p < .01). Keadaan ini menandakan sikap autonomi yang tinggi menerangkan
pulangan harta yang rendah dalam kedinamikan pasaran. Pemeriksaan post-hoc mengesahkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan yang tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin rendah apabila sikap autonomi PKS Bumiputera tinggi. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi. Dalam kedinamikan yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H14a adalah tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H14b adalah mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = 0.46, p < .01). Ini bererti dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif menerangkan pulangan harta yang tinggi. Rajah 5.9 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Walaupun kedua-dua keluk kedinamikan pasaran menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi apabila tahap sikap inovatif tinggi, tetapi keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan perubahan yang lebih besar dalam sikap inovatif berhubung dengan pulangan harta yang tinggi berbanding keluk kedinamikan pasaran yang rendah. Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi juga lebih cerun berbanding keluk kedinamikan pasaran rendah. Keadaan ini menyebabkan sikap inovatif yang
semakin tinggi meningkatkan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang tinggi mengatasi peningkatan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang rendah. Kedinamikan pasaran yang tinggi menunjukkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan harta selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H14b disokong.
INOVATIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N H A R TA 50 40 30 20 DINAMIK PASARAN Rendah Tinggi
Rajah 5.9 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan harta.
Pernyataan hipotesis H14c adalah mengenai sikap proaktif berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi apabila kedinamikan pasaran juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.33, p < .01). Ini bermakna dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang tinggi menerangkan pulangan harta yang rendah. Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk
berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran yang rendah menerangkan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif berhubung dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H14c tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H14d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Hubungan ini menunjukkan kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta tidak dapat dibuktikan oleh kajian ini. Keadaan ini juga berkaitan dengan tumpuan PKS Bumiputera terhadap kepentingan kedinamikan pasaran dan sikap mengambil risiko untuk meningkatkan prestasi adalah kurang berbanding dengan kepentingan terhadap pemboleh ubah lain. Oleh sebab itu, H14d tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H15a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.35, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk kedinamikan yang
berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Kedua-dua keluk kedinamikan pasaran membuktikan pulangan modal menjadi semakin rendah apabila sikap autonomi PKS Bumiputera adalah semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H15a tidak disokong.
H15b merupakan pernyataan hipotesis bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .44, p < .01). Pekali beta interaksi menunjukkan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, semakin tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera menjadikan pulangan modal juga semakin tinggi. Namun demikian pemeriksaan post-hoc seperti dalam Rajah 5.10 menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin tinggi apabila sikap inovatif yang tinggi digunakan oleh PKS Bumiputera. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif berhubung dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H15b disokong.
INOVATIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N M O D A L 70 60 50 40 30 20 DINAMIK PASARAN Rendah Tinggi
Rajah 5.10 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal.
Pernyataan hipotesis H15c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.40, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk kedinamikan pasaran berinteraksi secara bersilang (Aiken dan West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin rendah apabila sikap proaktif semakin tinggi. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif
berhubung dengan pulangan modal bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H15c adalah tidak disokong.
H15d merupakan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi apabila kedinamikan pasaran juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan kajian tidak dapat membuktikan PKS Bumiputera dipengaruhi kedinamikan pasaran dalam hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan pulangan modal. Oleh sebab itu, H15d adalah tidak disokong.
5.10.5 Interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan orientasi