Pernyataan hipotesis H16a, H16b, dan H16d adalah mengenai sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Ketiga-tiga pekali beta interaksi persekitaran terbatas yang tinggi ke atas hubungan di antara setiap sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini juga membuktikan interaksi persekitaran terbatas terhadap sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan jualan. Oleh sebab itu, H16a, H16b, dan H16d tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H16c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan kesan interaksi persekitaran terbatas yang tinggi ke atas hubungan yang signifikan dan positif antara sikap proaktif yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi (Beta = .22, p < .05). Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.11 menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Penemuan ini selaras dengan hipotesis kerana dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan peningkatan dalam pulangan jualan. Oleh sebab itu H16c disokong.
PROAKTIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 30 28 26 24 22 20 PER. TERBATAS Rendah Tinggi
Rajah 5.11 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.
Pernyataan hipotesis H17a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .18, p < .05). Pekali beta interaksi ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan harta yang tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas
yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H17a adalah tidak disokong.
H17b dan H17d merupakan hipotesis mengenai sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Keadaan ini menunjukkan kajian gagal mengaitkan sikap inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan harta dalam persekitaran terbatas di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu, H17b dan H17d adalah tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H17c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = 0.30, p < .01). Pekali beta hubungan ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan harta yang semakin tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Ini bermakna keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan pulangan harta yang semakin rendah apabila sikap proaktif semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi
sikap proaktif berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H17c adalah tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H18a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = .16, p < .05). Pekali beta ini menunjukkan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal yang semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18a adalah tidak disokong.
H18b adalah hipotesis yang menyatakan bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.40, p < .01). Pekali beta ini menunjukkan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap inovatif yang semakin meningkat berhubung dengan
pulangan modal yang semakin berkurangan. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18b adalah tidak disokong.
Pernyataan hipotesis H18c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif (Beta = .69, p < .01). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa dalam persekitaran terbatas yang tinggi, sikap proaktif yang semakin tinggi akan meningkatkan pulangan modal. Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.12 menghasilkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif
berhubung dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18c disokong. PROAKTIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N M O D A L 200 180 160 140 120 100 PER. TERBATAS Rendah Tinggi
Rajah 5.12 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal.
Pernyataan hipotesis H18d adalah berkaitan dengan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -0.21, p < .05). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah menerangkan sikap mengambil risiko PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Penemuan
ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap mengambil risiko berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18d tidak disokong.