• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 2 Te

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 2 Te"

Copied!
51
0
0

Teks penuh

(1)

5.9 Hubungan Langsung Pemboleh ubah Persekitaran yang Ditanggap dengan Prestasi dan Kesan Interaksi Persekitaran yang Ditanggap Ke atas Hubungan Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi

Hubungan langsung di antara persekitaran yang ditanggap dengan prestasi

dikesan dalam langkah 3 analisis regresi. Pekali penentuan dan pekali beta dalam

langkah 3 menunjukkan dimensi persekitaran yang ditanggap berhubung dengan

prestasi secara signifikan atau sebaliknya.

Kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi

keusahawanan dengan prestasi menjadi asas untuk ujian H4a – H18d. Kesan interaksi ini dikesan dalam langkah 4 analisis regresi. Sebanyak 60 hipotesis diuji terhadap

kesan interaksi.

Kesan interaksi ini dibuktikan dengan merujuk kepada pekali penentuan dan

pekali beta yang signifikan dalam langkah 4 yang dipamerkan dalam Jadual 5.11,

5.12 dan 5.13. Seterusnya, pekali beta yang signifikan akan di pastikan dengan

menggunakan pemeriksaan post-hoc. Pemeriksaan post-hoc dilakukan dalam dua peringkat.

Dalam peringkat pertama, setiap dimensi orientasi keusahawanan dan

persekitaran yang ditanggap dibentuk semula dengan membahagikannya kepada

(2)

menolak satu sisihan piawai daripada nilai min dan diberikan kod “0”, manakala

kumpulan tinggi dibentuk dengan mencampurkan satu sisihan piawai daripada nilai

min diberikan kod “1” (Aiken & West, 1991; Cohen & Cohen, 1983; Cohen et al.,

2003; Sharma et al., 1981).

Peringkat kedua, rajah interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas

hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi diplotkan menggunakan operasi

GRAPHS line multiple dalam perisian SPSS. Dua keluk persekitaran yang ditanggap rendah dan tinggi dibentuk dalam rajah menunjukkan interaksinya ke atas dimensi

orientasi keusahawanan di atas paksi-x dan prestasi di atas paksi-y. Kedudukan

kedua-dua keluk persekitaran yang ditanggap rendah dan tinggi di atas rajah

tersebut dijadikan landasan untuk membuat keputusan samada menerima atau

menolak hipotesis (Aiken & West, 1991; Cohen, et al., 2003).

5.9.1 Hubungan langsung persekitaran yang ditanggap dengan pulangan jualan dan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan pulangan jualan

Persamaan untuk hubungan langsung antara persekitaran yang ditanggap

dengan pulangan jualan adalah signifikan (nilai F = 11.22, p < .01) ditunjukkan dalam langkah 3 analisis regresi seperti dalam Jadual 5.11. Model ini membuktikan

wujudnya hubungan di antara persekitaran yang ditanggap dengan pulangan jualan

(3)

perubahan dalam pulangan jualan pada tahap variasi 49% seperti yang ditunjukkan

oleh R2 dan 43% R2 terlaras. Ini bermakna 49% perubahan dalam pulangan jualan diterangkan oleh persekitaran yang ditanggap secara gabungan, manakala

hubungan setiap dimensi persekitaran yang ditanggap secara berasingan pula

menerangkan 43% perubahan dalam pulangan jualan. Empat dari lima dimensi

persekitaran yang ditanggap iaitu persekitaran bergolak, persaingan, kedinamikan

pasaran dan persekitaran terbatas didapati berhubung secara signifikan dengan

pulangan jualan, manakala hubungan persekitaran membantu dengan pulangan

jualan adalah tidak signifikan.

Persekitaran bergolak berhubung secara positif dengan pulangan jualan (Beta

= .40, p < .01). Persekitaran persaingan berhubung secara negatif (Beta = -.30, p < . 01). Kedinamikan pasaran berhubung secara positif dengan pulangan jualan (Beta

= .14, p < .05). Persekitaran terbatas berhubung secara positif dengan pulangan jualan (Beta = .28, p < .01). Hubungan ini membuktikan persekitaran bergolak, persaingan dan kedinamikan pasaran adalah peramal yang boleh berfungsi untuk

meningkatkan pulangan jualan di kalangan PKS Bumiputera. Manakala persekitaran

terbatas menjangka pulangan jualan yang lebih rendah. Hubungan langsung

persekitaran membantu dengan pulangan jualan tidak dapat dibuktikan dalam kajian

(4)

Kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi

keusahawanan dengan pulangan jualan menghasilkan persamaan yang signifikan (F = 4.14, p < .01) dalam langkah 4 analisis regresi. Model ini menunjukkan wujudnya kesan interaksi persekitaran yang ditanggap secara signifikan ke atas hubungan

orientasi keusahawanan dengan prestasi dengan keyakinan 99%. Sebanyak dua

puluh terma interaksi (4 dimensi orientasi keusahawanan x 5 dimensi persekitaran

yang ditanggap) menerangkan varians dalam pulangan jualan oleh semua terma

interaksi secara gabungan pada tahap 73% ditunjukkan oleh R2. Manakala varians dalam pulangan jualan diterangkan oleh setiap terma interaksi secara berasingan

pada kadar 64% ditunjukkan oleh R2 terlaras. Sembilan pekali terma interaksi didapati berhubung secara signifikan dengan pulangan jualan.

Persekitaran membantu berinteraksi secara negatif ke atas hubungan antara

inovatif dengan pulangan jualan (Beta = -.48, p < .01). Keadaan ini menandakan hubungan sikap inovatif PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan yang

lebih rendah dalam persekitaran membantu.

Manakala, persekitaran bergolak berhubung secara positif ke atas hubungan

sikap mengambil risiko (Beta = .31, p < .01) dengan pulangan jualan. Ini bermakna sikap mengambil risiko PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan yang

(5)

Seterusnya, persekitaran persaingan didapati berinteraksi ke atas hubungan

inovatif-pulangan jualan (Beta = .48, p < .01), proaktif-pulangan jualan (Beta = .21, p < .01) dan mengambil risiko-pulangan jualan (Beta = -.38, p < .05). Dalam persekitaran persaingan, sikap inovatif dan proaktif menerangkan pulangan jualan

yang lebih tinggi tetapi sikap mengambil risiko menerangkan pulangan jualan yang

lebih rendah di kalangan PKS Bumiputera.

Kedinamikan pasaran berinteraksi ke atas hubungan proaktif-pulangan jualan

(Beta = -.30, p < .01), manakala hubungan mengambil risiko-pulangan jualan adalah secara positif (Beta = .43, p < .01). Keadaan ini menunjukkan pulangan jualan adalah lebih rendah apabila sikap proaktif digunakan dalam kedinamikan pasaran yang

tinggi di kalangan PKS Bumiputera. Manakala sikap mengambil risiko PKS

Bumiputera menerangkan peningkatan pulangan jualan dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi.

Persekitaran terbatas pula berinteraksi ke atas hubungan sikap proaktif

dengan pulangan jualan (Beta = .22, p < .05). Ini menunjukkan sikap proaktif dapat meningkatkan pulangan jualan dalam persekitaran terbatas yang tinggi.

Sebelas terma interaksi persekitaran yang ditanggap didapati gagal

membuktikan impak ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan pulangan

(6)

sikap autonomi, proaktif dan mengambil risiko dengan pulangan jualan. Persekitaran

bergolak tidak membuktikan interaksinya ke atas hubungan sikap autonomi, inovatif

dan proaktif dengan pulangan jualan. Persekitaran persaingan tidak membuktikan

kesan interaksinya ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.

Kedinamikan pasaran tidak membuktikan kesan interaksi ke atas hubungan sikap

autonomi dan inovatif dengan pulangan jualan. Begitu juga persekitaran terbatas

yang tidak menunjukkan interaksinya ke atas hubungan sikap autonomi, inovatif, dan

mengambil risiko dengan pulangan jualan.

Penemuan dalam kajian ini mendapati semua dimensi persekitaran yang

ditanggap mempengaruhi hubungan di antara setiap dimensi orientasi

keusahawanan dengan pulangan jualan dengan cara yang berbeza-beza.

5.9.2 Hubungan langsung persekitaran yang ditanggap dengan pulangan harta dan kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan pulangan harta

Proses yang sama dilakukan untuk mengesan interaksi pembolehubah

persekitaran yang ditanggap dalam hubungan antara orientasi keusahawanan

dengan pulangan harta. Dalam langkah 3 Jadual 5.12, persamaan regresi adalah

tidak signifikan (nilai F = 1.85, p < .11). Ini bermakna wujudnya hubungan langsung antara persekitaran yang ditanggap dengan pulangan harta pada paras keyakinan

(7)

Namun demikian, persamaan bagi kesan interaksi dalam langkah 4 adalah

signifikan (nilai F = 4.62, p < .01). Dua puluh terma interaksi secara gabungan menerangkan varians dalam pulangan harta pada tahap 57% yang ditunjukkan oleh

R2. Manakala varians dalam pulangan harta diterangkan oleh setiap terma interaksi

secara berasingan adalah pada kadar 43% ditunjukkan oleh R2 terlaras.

Sebanyak sepuluh pekali beta terma interaksi menunjukkan kesan

persekitaran yang ditanggap yang signifikan ke atas hubungan di antara orientasi

keusahawanan dengan pulangan harta.

Persekitaran membantu menunjukkan interaksi yang signifikan ke atas

hubungan di antara sikap proaktif dengan pulangan harta (Beta = .20, p < .05). Ini bermakna dalam persekitaran membantu, sikap proaktif di kalangan PKS Bumiputera

adalah berhubung dengan pulangan harta yang lebih tinggi.

Manakala persekitaran bergolak menunjukkan interaksi ke atas hubungan di

antara sikap proaktif (Beta = -.40, p < .01) dan sikap mengambil risiko (Beta = .26, p < .01) dengan pulangan harta. Keadaan ini menandakan sikap proaktif menerangkan

pulangan harta yang lebih rendah dalam persekitaran bergolak. Tetapi persekitaran

bergolak menyokong sikap mengambil risiko di kalangan PKS bumiputera untuk

(8)

Seterusnya, persekitaran persaingan pula menunjukkan interaksinya secara

signifikan ke atas hubungan di antara sikap autonomi (Beta = .26, p < .05) dan sikap mengambil risiko (Beta = -.23, p < .01) dengan pulangan harta. Dalam persekitaran persaingan sikap autonomi adalah sesuai untuk meningkatkan pulangan harta. Tetapi

sebaliknya, sikap mengambil risiko di kalangan PKS Bumiputera berkaitan dengan

pulangan harta yang lebih rendah.

Manakala, kedinamikan pasaran didapati berinteraksi secara signifikan ke

atas hubungan di antara sikap autonomi (Beta = -.70, p < .01), sikap inovatif (Beta = . 46, p < .01), dan sikap proaktif (Beta = -.33, p < .05) dengan prestasi pulangan harta. Dalam kedinamikan pasaran sikap autonomi dan mengambil risiko berhubung

dengan pulangan harta yang lebih rendah. Manakala sikap inovatif berhubung

dengan pulangan harta yang lebih tinggi di kalangan PKS Bumiputera.

Persaingan terbatas juga didapati berinteraksi secara signifikan ke atas

hubungan di antara sikap autonomi (Beta = .18, p < .05) dan sikap proaktif (Beta = . 30, p < .01) dengan pulangan harta. Persekitaran terbatas adalah sesuai untuk PKS Bumiputera mengamalkan sikap autonomi dan proaktif untuk meningkatkan

pulangan harta (rujuk Jadual 5.12).

Sebanyak 10 terma interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan

(9)

Penemuan ini gagal membuktikan kesan interaksi persekitaran membantu ke atas

hubungan sikap autonomi, inovatif dan mengambil risiko dengan pulangan harta.

Persekitaran bergolak juga tidak membuktikan wujudnya kesan interaksi ke atas

hubungan di antara sikap autonomi dan inovatif dengan pulangan harta. Persekitaran

persaingan juga tidak membuktikan kesan interaksi ke atas hubungan di antara sikap

proaktif dengan pulangan harta. Manakala kedinamikan pasaran dan persekitaran

terbatas pula tidak membuktikan kesan interaksi ke atas hubungan di antara sikap

mengambil risiko dengan pulangan harta.

Penemuan ini menunjukkan setiap dimensi persekitaran yang ditanggap

menyederhanakan secara berbeza-beza ke atas hubungan di antara orientasi

keusahawanan dengan pulangan harta.

5.9.3 Hubungan langsung persekitaran yang ditanggap dengan pulangan modal dan kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan pulangan modal

Hubungan langsung persekitaran yang ditanggap dengan pulangan modal

didapati signifikan dengan nilai F = 3.44, p < .01. Penemuan membuktikan wujud hubungan yang signifikan di antara persekitaran yang ditanggap dengan pulangan

modal pada paras keyakinan 99%. Langkah 3 analisis regresi dalam Jadual 5.13

menunjukkan gabungan dimensi persekitaran yang ditanggap menerangkan

(10)

setiap dimensi persekitaran yang ditanggap secara berasingan menerangkan

perubahan dalam pulangan modal sebanyak 27% ditunjukkan oleh R2 terlaras. Dua dimensi persekitaran yang ditanggap didapati berhubung secara signifikan dengan

pulangan modal manakala tiga dimensi menunjukkan hubungan yang tidak

signifikan.

Kedinamikan pasaran (Beta = .27, p < .01) dan persekitaran terbatas (Beta = . 25, p < .05) menunjukkan hubungan langsung dengan pulangan modal. Ini bermakna kedinamikan pasaran dan persekitaran terbatas adalah peramal yang boleh

meningkatkan pulangan modal. Manakala persekitaran membantu, bergolak dan

persaingan gagal membuktikan hubungan langsung yang signifikan dengan

pulangan modal.

Persamaan regresi di dalam langkah 4 Jadual 5.13 adalah signifikan

ditunjukkan oleh nilai F = 10.82, p < .01. Penemuan membuktikan wujud kesan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas orientasi keusahawanan dengan

pulangan modal pada paras keyakinan 99%. Model ini juga menunjukkan 20 terma

interaksi secara gabungan menghasilkan perubahan dalam pulangan modal pada

tahap 86% ditunjukkan oleh R2. Manakala perubahan dalam pulangan modal diterangkan oleh setiap terma interaksi secara berasingan pada kadar 79%

(11)

Empat belas pekali beta terma interaksi yang signifikan menunjukkan

kelima-lima penyederhana persekitaran yang ditanggap memberi kesan ke atas hubungan

di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

Persekitaran membantu mempengaruhi hubungan sikap autonomi (Beta =

-16, p < .05) dan sikap proaktif (Beta = .16, p < .05) dengan pulangan modal secara signifikan. Ini bermakna dalam persekitaran membantu, sikap autonomi adalah

berhubung dengan pulangan modal yang lebih rendah. Manakala PKS Bumiputera

dengan sikap proaktif adalah berkaitan dengan pulangan modal yang lebih tinggi.

Manakala, persekitaran bergolak berinteraksi ke atas hubungan sikap

autonomi (Beta = .17, p < .05), sikap inovatif (Beta = .19, p < .05) dan sikap proaktif (Beta = -.70, p < .01) dengan pulangan modal secara signifikan. Persekitaran bergolak menyokong sikap autonomi dan inovatif untuk menjangka pulangan modal

yang lebih tinggi. Tetapi sikap proaktif berhubung dengan pulangan modal yang lebih

rendah.

Persekitaran persaingan menunjukkan interaksi ke atas hubungan di antara

sikap autonomi (Beta = .52, p < .01) dan mengambil risiko (Beta = -.24, p < .05) dengan pulangan modal di kalangan PKS Bumiputera. Ini bermakna persekitaran

(12)

sikap mengambil risiko dalam persekitaran persaingan akan mengurangkan

pulangan modal.

Seterusnya, kedinamikan pasaran juga berinteraksi di dalam hubungan ini

apabila PKS Bumiputera bersikap secara autonomi (Beta = -.35, p < .01), inovatif (Beta = .44, p < .01) dan proaktif (Beta = -.40, p < .01) menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pulangan modal. Ini bermakna dalam kedinamikan pasaran, sikap

autonomi dan proaktif PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan modal yang

lebih rendah. Tetapi sikap inovatif berhubung dengan pulangan modal yang lebih

tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Persekitaran terbatas menunjukkan interaksinya terhadap hubungan di antara

sikap autonomi (Beta = -.16, p < .05), inovatif (Beta = -.40, p < .01), proaktif (Beta = . 69, p < .01) dan menanggung risiko (Beta = -.21, p < .05) dengan pulangan modal secara signifikan. Dalam persekitaran terbatas, sikap proaktif PKS Bumiputera

adalah sesuai untuk meningkatkan pulangan modal, manakala autonomi, inovatif dan

mengambil risiko berhubung dengan pulangan modal yang lebih rendah di kalangan

PKS Bumiputera.

Kesan interaksi persekitaran yang ditanggap gagal membuktikan

pengaruhnya ke atas 6 hubungan orientasi keusahawanan dengan pulangan modal.

(13)

inovatif, proaktif dan mengambil risiko dengan pulangan modal. Persekitaran

bergolak tidak membuktikan kesan interaksinya ke atas hubungan sikap mengambil

risiko dengan pulangan modal. Persekitaran persaingan juga tidak membuktikan

wujudnya kesan interaksi ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal.

Manakala kedinamikan pasaran pula gagal membuktikan kesan interaksinya ke atas

hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan modal di kalangan PKS

Bumiputera.

Sebanyak 33 kesan interaksi yang signifikan ke atas hubungan orientasi

keusahawanan dengan prestasi terdiri daripada 9 terma interaksi persekitaran yang

ditanggap ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan dengan pulangan

jualan, 10 terma interaksi ke atas hubungan di antara orientasi keusahawanan

dengan pulangan harta dan 14 terma interaksi ke atas hubungan di antara orientasi

keusahawanan dengan pulangan modal. Semua terma interaksi yang signifikan

dilakukan pemeriksaan post-hoc selepas dimensi orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap dikod semula menjadi dua kumpulan (Aiken & West,

(14)

5.10 Ujian Hipotesis Kesan Interaksi Persekitaran yang Ditanggap Ke atas Hubungan Orientasi Keusahawanan dengan Prestasi PKS Bumiputera

Ujian hipotesis kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan orientasi

keusahawanan dengan prestasi melibatkan ujian terhadap hipotesis H4a hingga hipotesis H18d yang telah dinyatakan semula seperti yang dicatatkan dalam bahagian 5.7. Pengujian ini dilakukan berdasarkan kesan interaksi penyederhana yang

menunjukkan hubungan yang positif di antara orientasi keusahawanan dengan

prestasi yang terhasil dalam pemeriksaan post-hoc. Ujian ini dibentangkan berdasarkan urutan hipotesis kesan interaksi penyederhana ke atas hubungan di

antara orientasi keusahawanan dengan prestasi seperti berikut; pertama, kesan

interaksi persekitaran membantu, kedua, kesan interaksi persekitaran bergolak,

ketiga, kesan interaksi persekitaran persaingan, keempat, kesan interaksi

kedinamikan pasaran, dan kelima, kesan interaksi persekitaran terbatas.

5.10.1 Kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H4a, H4c, dan H4d adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap autonomi, sikap proaktif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan

jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta untuk

ketiga-tiga interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan ini

(15)

mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan jualan dalam persekitaran

membantu. Oleh sebab itu, H4a, H4c, dan H4d adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H4b adalah sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -0.48, p < . 01), pemeriksaan post-hoc mendapati keluk persekitaran membantu yang tinggi dengan persekitaran membantu yang rendah menerangkan hubungan sikap inovatif

dengan pulangan jualan secara bersilang (Cohen et al., 2003). Ini bermakna keluk

persekitaran membantu yang tinggi dan keluk persekitaran membantu yang rendah

menerangkan hubungan sikap inovatif dengan pulangan jualan secara bertentangan.

Hubungan ini menunjukkan dalam persekitaran membantu yang tinggi, sikap inovatif

PKS Bumiputera yang semakin tinggi menerangkan pulangan jualan yang semakin

rendah. Sebaliknya PKS Bumiputera lebih cenderung untuk mengamalkan sikap

inovatif dalam persekitaran membantu yang rendah untuk mencapai pulangan jualan

yang semakin tinggi. Keluk persekitaran membantu yang tinggi menerangkan

hubungan yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H2a4 tidak disokong.

Hipotesis H5a, H5b, dan H5d adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko berhubung dengan pulangan

harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi

(16)

Penemuan ini menunjukkan PKS Bumiputera gagal membuktikan keutamaan sikap

autonomi, inovatif dan mengambil risiko sebagai berkaitan dengan pulangan harta

dalam persekitaran membantu. Oleh sebab itu, H5a, H5b, dan H5d tidak disokong.

H5c ialah pernyataan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran membantu yang

tinggi. Pekali beta menunjukkan hubungan interaksi yang signifikan (Beta = 0.20, p < .05) dan pemeriksaan post-hoc menunjukkan persekitaran membantu yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan harta secara

bersilang (Cohen et al., 2003). Dalam persekitaran membantu yang tinggi, sikap

proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi menerangkan pulangan harta yang

semakin rendah. Manakala dalam persekitaran membantu yang rendah, sikap

proaktif PKS Bumiputera menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi. Keluk

persekitaran yang tinggi menunjukkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan

jualan yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H5c tidak disokong.

H6a adalah pernyataan bahawa sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -.16, p < . 05). Kedua-dua keluk persekitaran membantu menerangkan hubungan sikap

autonomi dengan pulangan modal secara bersilang (Cohen, et al., 2003). Rajah 5.1

(17)

autonomi PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal

yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran membantu yang rendah

menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung

dengan pulangan modal yang semakin rendah. Penemuan ini selaras dengan

hipotesis. Oleh sebab itu H6a disokong.

AUTONOMI Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N M O D A L 220 200 180 160 140 120 100 80 60 MEMBANTU Rendah Tinggi

Rajah 5.1 Kesan interaksi persekitaran membantu ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal.

H6b dan H6d menyatakan bahawa sikap inovatif dan mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran

membantu yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak

(18)

mengambil risiko sebagai berkaitan dengan pulangan modal dalam persekitaran

membantu. Oleh sebab itu, H6b dan H6d tidak disokong.

H6c merupakan penyataan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran membantu yang

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.16,

p < .05). Keluk persekitaran membantu yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal adalah secara bersilang (Cohen et

al., 2003). Dalam pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk membantu yang tinggi mempengaruhi sikap proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi berkait dengan

pulangan modal yang semakin rendah. Sebaliknya, dalam persekitaran membantu

yang rendah, sikap proaktif PKS Bumiputera yang semakin tinggi berhubung dengan

pulangan modal yang semakin tinggi. Keluk persekitaran membantu menerangkan

hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal yang bertentangan dengan

hipotesis ini. Oleh sebab itu, H6c tidak disokong.

5.10.2 Interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H7a, H7b, dan H7c adalah pernyataan bahawa sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi

dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Ketiga-tiga pekali beta interaksi ini

(19)

PKS Bumiputera memberikan keutamaan terhadap sikap autonomi, inovatif dan

proaktif sebagai berkaitan dengan pulangan jualan dalam persekitaran bergolak.

Oleh sebab itu H7a, H7b, dan H7c tidak disokong.

H7d adalah pernyataan mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran bergolak

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .

31, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menghasilkan kesan interaksi persekitaran bergolak secara bersilang antara keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan

rendah. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi memberi kesan kepada hubungan

sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang

semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran bergolak yang rendah sikap

mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin

rendah. Rajah 5.2 menunjukkan bahawa dalam persekitaran bergolak yang tinggi,

sikap mengambil risiko PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan jualan yang

(20)

MENGAMBIL RISIKO Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 31 30 29 28 27 26 25 24 PER. BERGOLAK Rendah Tinggi

Rajah 5.2 Kesan interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan.

H8a dan H8b adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap autonomi dan inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran

bergolak yang tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan

yang tidak signifikan. Keadaan ini membuktikan PKS Bumiputera gagal mengaitkan

kepentingan sikap autonomi dan inovatif dengan pulangan harta dalam persekitaran

bergolak. Oleh sebab itu H8a dan H8b tidak disokong.

H8c adalah pernyataan mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta

(21)

rendah adalah secara bersilang. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi

menerangkan sikap proaktif PKS Bumiputera yang tinggi berhubung dengan

pulangan harta yang semakin rendah. Manakala dalam persekitaran bergolak yang

rendah sikap proaktif PKS Bumiputera berkait dengan pulangan harta yang semakin

tinggi. Keluk persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan hubungan sikap proaktif

dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H8c tidak disokong.

H8d adalah pernyataan hipotesis bahawa sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran bergolak

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta =

0.26, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran yang tinggi berkait dengan hubungan positif di antara sikap mengambil risiko PKS Bumiputera

dengan pulangan harta yang tinggi. Manakala dalam persekitaran bergolak yang

rendah sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan harta

yang semakin tinggi juga, tetapi kedudukan keluk persekitaran bergolak yang rendah

ini berada diparas lebih rendah berbanding dengan keluk persekitaran bergolak yang

tinggi. Justeru kedua-dua keluk persekitaran bergolak tinggi dan rendah

menerangkan hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta secara selari

atau ordinal. Aiken dan West (1991) dan Cohen et al. (2003) menyarankan supaya tahap kecerunan setiap keluk diperhatikan atau diuji. Keluk yang lebih cerun

(22)

tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar berbanding keluk yang kurang

cerun (Aiken & West, 1991). Keluk dalam Rajah 5.3 membuktikan kecerunan keluk

persekitaran bergolak tinggi lebih cerun berbanding keluk persekitaran bergolak

rendah. Oleh sebab itu H8d disokong.

MENGAMBIL RISIKO Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N H A R TA 150 140 130 120 110 100 90 80 PER. BERGOLAK Rendah Tinggi

Rajah 5.3 Interaksi persekitaran bergolak ke atas sikap mengambil risiko dengan pulangan harta.

H9a adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.17,

p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua dua keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera berhubung

dengan pulangan modal yang semakin rendah. Kedua-dua keluk persekitaran

(23)

West, 1991), masing-masing menerangkan pulangan modal yang semakin rendah.

Persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan sikap inovatif PKS Bumiputera

berkaitan dengan pulangan modal yang bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab

itu, H9a adalah tidak disokong.

H9b adalah penyataan hipotesis mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali

beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .19, p < .05). Rajah

5.4 menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran bergolak yang tinggi dan rendah

berinteraksi secara selari (Aiken dan West, 1991). Walaupun kedua-dua keluk

persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah menerangkan hubungan sikap inovatif

dengan pulangan modal yang tinggi, tetapi keluk persekitaran bergolak yang tinggi

adalah lebih cerun menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung

dengan pulangan modal yang lebih tinggi berbanding keluk persekitaran bergolak

rendah. Dalam persekitaran bergolak yang tinggi, sikap inovatif PKS Bumiputera

berkait dengan pulangan modal yang semakin meningkat maka hubungan tersebut

(24)

INOVATIF

Tinggi Rendah

M

IN

P

U

L

A

N

G

A

N

M

O

D

A

L

70

60

50

40

30

20

PER. BERGOLAK

Rendah Tinggi

Rajah 5.4 Kesan interaksi persekitaran bergolak ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal.

H9c adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap proaktif berhubung dengan pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi. Pekali beta

interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = -.70, p < .01). Pemeriksaan post-hoc yang menunjukkan keluk persekitaran bergolak yang bersilang. Persekitaran bergolak yang tinggi menerangkan sikap proaktif yang

semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala

keluk persekitaran bergolak yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin

tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin tinggi. Persekitaran bergolak

yang tinggi menerangkan hubungan yang bertentangan dengan hipotesis di antara

(25)

H9d adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran bergolak

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan.

Penemuan ini menunjukkan PKS Bumiputera gagal membuktikan wujudnya

hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan modal dalam persekitaran

bergolak. Oleh sebab itu, H9d adalah tidak disokong.

5.10.3 Interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

H10a adalah pernyataan hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran

persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang

signifikan (Beta = .23, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken &

West, 1991). Keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah menerangkan

sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

semakin rendah. Penemuan ini menunjukkan dalam persekitaran persaingan yang

tinggi, sikap autonomi PKS Bumiputera mengurangkan pulangan jualannya

bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10a tidak disokong.

(26)

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.48, p < . 01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan memberikan kesan interaksi ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan jualan secara

bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persaingan yang tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin rendah apabila sikap inovatif PKS Bumiputera

semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran persaingan yang rendah sikap inovatif

PKS Bumiputera yang semakin tinggi berkait dengan pulangan jualan yang semakin

tinggi. Penemuan ini bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10b adalah tidak disokong.

H10c merupakan pernyataan bahawa sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .21, p < .01). Pemeriksaan post-hoc dilakarkan dalam Rajah 5.5 menunjukkan keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang. Persekitaran persaingan yang tinggi

menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan

yang semakin tinggi. Manakala dalam persekitaran yang rendah sikap proaktif yang

semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Dalam

persekitaran persaingan yang tinggi sikap proaktif PKS Bumiputera menyokong

sedikit peningkatan dalam pulangan jualannya selaras dengan hipotesis. Oleh sebab

(27)

PROAKTIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 31 30 29 28 27 26 25 PERSAINGAN Rendah Tinggi

Rajah 5.5 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.

H10d adalah pernyataan mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran

persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang

signifikan (Beta = -0.38, p < .01). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran persaingan yang berinteraksi ke atas hubungan tersebut adalah secara

bersilang (Aiken & West, 1991). Dalam persekitaran persaingan yang tinggi sikap

mengambil risiko yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang

semakin rendah. Manakala dalam persekitaran persaingan yang rendah sikap

mengambil risiko berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah.

(28)

menerangkan hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan jualan

bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H10d tidak disokong.

H11a merupakan pernyataan hipotesis sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .26, p < .05). Sehubungan dengan itu, pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persaingan berinteraksi ke atas hubungan tersebut secara bersilang (Aiken &

West, 1991). Dalam persekitaran persaingan yang tinggi, sikap autonomi PKS

Bumiputera berkait dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala dalam

persekitaran persaingan yang rendah sikap autonomi PKS Bumiputera berhubung

dengan pulangan harta yang semakin tinggi. Penemuan ini menunjukkan keluk

persekitaran yang tinggi menerangkan hubungan sikap autonomi dengan pulangan

harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu H11a tidak disokong.

Pernyataan hipotesis sikap inovatif (H11b) dan sikap proaktif (H11c) yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang

juga tinggi. Pekali beta kedua-dua interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak

signifikan. Penemuan ini tidak dapat membuktikan wujudnya pengaruh persaingan

ke atas hubungan di antara sikap proaktif dengan pulangan harta di kalangan PKS

(29)

H11d merupakan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran

persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang

signifikan (Beta = -0.23, p < .05). Rajah 5.6 melakarkan pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persaingan berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991).

Kedua-dua keluk persekitaran persaingan yang tinggi dan rendah menerangkan

sikap mengambil risiko yang semakin tinggi berkait dengan pulangan harta yang

semakin tinggi. Justeru kedua-dua keluk menerangkan hubungan di antara sikap

mengambil risiko dengan pulangan harta adalah secara selari, Aiken dan West

(1991) mencadangkan supaya tahap kecerunan kedua-dua keluk diperiksa. Keluk

yang lebih cerun menandakan perbezaan yang lebih jelas dalam menerangkan

hubungan antara sikap mengambil risiko dengan pulangan harta. Keluk persekitaran

persaingan yang tinggi menunjukkan tahap kecerunan yang lebih tinggi berbanding

keluk persekitaran persaingan yang rendah. Dalam persekitaran persaingan yang

tinggi, sikap mengambil risiko PKS Bumiputera berhubung dengan pulangan harta

(30)

MENGAMBIL RISIKO

Tinggi Rendah

M

IN

P

U

L

A

N

G

A

N

H

A

R

TA

160

140

120

100

80

60

PERSAINGAN

Rendah Tinggi

Rajah 5.6 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap mengambil risiko dengan pulangan harta.

persekitaran persaingan yang rendah. Penemuan ini didapati selaras dengan

hipotesis. Oleh sebab itu H11d adalah disokong.

H12a adalah hipotesis mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = .52, p < .01). Rajah 5.7 melakarkan pemeriksaan post-hoc yang menunjukkan keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persaingan

yang tinggi menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan

pulangan modal yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran persaingan yang

(31)

mempengaruhi sikap autonomi yang tinggi dikalangan PKS Bumiputera

menerangkan pulangan modal yang semakin tinggi. Persekitaran persaingan yang

tinggi menerangkan hubungan di antara sikap autonomi dengan pulangan modal

selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H12a disokong.

AUTONOMI

Tinggi Rendah

M

IN

P

U

L

A

N

G

A

N

M

O

D

A

L

70

60

50

40

30

20

PERSAINGAN

Rendah

Tinggi

Rajah 5.7 Kesan interaksi persekitaran persaingan ke atas hubungan sikap autonomi dengan pulangan modal.

H12b dan H12c merupakan pernyataan hipotesis bahawa sikap inovatif dan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi apabila

persekitaran persaingan tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi ini menunjukkan

(32)

dengan pulangan modal di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu H12b dan H12c tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H12d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran

persaingan yang tinggi. Pekali beta interaksi ini didapati signifikan secara negatif

(Beta = -.24, p < .05). Keadaan ini menunjukkan kesan persekitaran persaingan yang tinggi ke atas hubungan sikap mengambil risiko yang tinggi adalah berkaitan dengan

pulangan modal yang rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran persaingan berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk

persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan sikap mengambil risiko yang

semakin tinggi adalah berkaitan dengan pulangan modal yang semakin rendah.

Manakala keluk persekitaran yang rendah menerangkan sikap mengambil risiko

yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi di kalangan PKS

Bumiputera. Persekitaran persaingan yang tinggi menerangkan hubungan di antara

sikap mengambil risiko PKS Bumiputera dengan pulangan modal bertentangan

dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H12d tidak disokong.

5.10.4 Interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

(33)

kedinamikan pasaran yang tinggi. Kedua-dua pekali beta interaksi tersebut

menunjukkan hubungan yang tidak signifikan. Penemuan tidak dapat membuktikan

wujudnya interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan di antara sikap autonomi

dan inovatif dengan pulangan jualan di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu

H13a dan H13b tidak disokong.

H13c merupakan hipotesis mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta

= -.30, p < .05). Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk

kedinamikan yang tinggi menerangkan bahawa sikap proaktif yang semakin tinggi

berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Manakala dalam

kedinamikan pasaran yang rendah sikap proaktif yang tinggi berkait dengan

pulangan jualan yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap

proaktif menerangkan pulangan jualan bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab

itu, H13c adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H13d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan (Beta = 0.43,

(34)

kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken &

West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi menerangkan pulangan jualan

yang semakin tinggi apabila sikap mengambil risiko PKS Bumiputera semakin tinggi.

Manakala dalam kedinamikan pasaran yang rendah sikap mengambil risiko yang

tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Dalam kedinamikan

pasaran yang tinggi sikap mengambil risiko PKS Bumiputera meningkatkan pulangan

jualannya selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H13d disokong.

MENGAMBIL RISIKO Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 31 30 29 28 27 26 25 24 23 DINAMIK PASARAN Rendah Tinggi

Rajah 5.8 Interaksi kedinamikan pasaran ke atas sikap proaktif dengan pulangan jualan.

Pernyataan hipotesis H14a adalah mengenai sikap autonomi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi.

Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan secara negatif (Beta

(35)

pulangan harta yang rendah dalam kedinamikan pasaran. Pemeriksaan post-hoc mengesahkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi

secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan yang tinggi menerangkan

pulangan harta yang semakin rendah apabila sikap autonomi PKS Bumiputera tinggi.

Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah menerangkan sikap autonomi

berhubung dengan pulangan harta yang tinggi. Dalam kedinamikan yang tinggi sikap

autonomi berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan hipotesis.

Oleh sebab itu, H14a adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H14b adalah mengenai sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif (Beta = 0.46, p < .01). Ini bererti dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif menerangkan pulangan harta yang tinggi. Rajah 5.9 melakarkan

pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Walaupun kedua-dua keluk

kedinamikan pasaran menerangkan pulangan harta yang semakin tinggi apabila

tahap sikap inovatif tinggi, tetapi keluk kedinamikan pasaran yang tinggi

menerangkan perubahan yang lebih besar dalam sikap inovatif berhubung dengan

pulangan harta yang tinggi berbanding keluk kedinamikan pasaran yang rendah.

Keluk kedinamikan pasaran yang tinggi juga lebih cerun berbanding keluk

(36)

semakin tinggi meningkatkan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

mengatasi peningkatan pulangan harta dalam kedinamikan pasaran yang rendah.

Kedinamikan pasaran yang tinggi menunjukkan hubungan sikap inovatif dengan

pulangan harta selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu H14b disokong.

INOVATIF

Tinggi Rendah

M

IN

P

U

L

A

N

G

A

N

H

A

R

TA

50

40

30

20

DINAMIK PASARAN

Rendah Tinggi

Rajah 5.9 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan harta.

Pernyataan hipotesis H14c adalah mengenai sikap proaktif berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi apabila kedinamikan pasaran juga tinggi. Pekali

beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif (Beta = -.33, p < .01). Ini bermakna dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang

tinggi menerangkan pulangan harta yang rendah. Keluk kedinamikan pasaran yang

(37)

berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk

persekitaran yang rendah menerangkan sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan

pulangan harta yang semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap

proaktif berhubung dengan pulangan harta bertentangan dengan hipotesis. Oleh

sebab itu H14c tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H14d adalah mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak signifikan.

Hubungan ini menunjukkan kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan

sikap mengambil risiko dengan pulangan harta tidak dapat dibuktikan oleh kajian ini.

Keadaan ini juga berkaitan dengan tumpuan PKS Bumiputera terhadap kepentingan

kedinamikan pasaran dan sikap mengambil risiko untuk meningkatkan prestasi

adalah kurang berbanding dengan kepentingan terhadap pemboleh ubah lain. Oleh

sebab itu, H14d tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H15a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

negatif (Beta = -.35, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan modal yang semakin

(38)

berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Kedua-dua keluk kedinamikan

pasaran membuktikan pulangan modal menjadi semakin rendah apabila sikap

autonomi PKS Bumiputera adalah semakin tinggi. Dalam kedinamikan pasaran yang

tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan

dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H15a tidak disokong.

H15b merupakan pernyataan hipotesis bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif (Beta = .44, p < .01). Pekali beta interaksi menunjukkan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi, semakin tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera menjadikan

pulangan modal juga semakin tinggi. Namun demikian pemeriksaan post-hoc seperti dalam Rajah 5.10 menunjukkan keluk kedinamikan pasaran yang tinggi dan rendah

berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran yang

tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin tinggi apabila sikap inovatif yang

tinggi digunakan oleh PKS Bumiputera. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang

rendah menerangkan sikap inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan

modal yang semakin rendah. Dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap inovatif

(39)

INOVATIF

Tinggi Rendah

M

IN

P

U

L

A

N

G

A

N

M

O

D

A

L

70

60

50

40

30

20

DINAMIK PASARAN

Rendah Tinggi

Rajah 5.10 Kesan interaksi kedinamikan pasaran ke atas hubungan sikap inovatif dengan pulangan modal.

Pernyataan hipotesis H15c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam kedinamikan pasaran

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

negatif (Beta = -.40, p < .01). Ini menandakan dalam kedinamikan pasaran yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal semakin

rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk kedinamikan pasaran berinteraksi secara bersilang (Aiken dan West, 1991). Keluk kedinamikan pasaran

yang tinggi menerangkan pulangan modal yang semakin rendah apabila sikap

proaktif semakin tinggi. Manakala keluk kedinamikan pasaran yang rendah

menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal

(40)

berhubung dengan pulangan modal bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu,

H15c adalah tidak disokong.

H15d merupakan hipotesis mengenai sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi apabila kedinamikan

pasaran juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang tidak

signifikan. Penemuan kajian tidak dapat membuktikan PKS Bumiputera dipengaruhi

kedinamikan pasaran dalam hubungan di antara sikap mengambil risiko dengan

pulangan modal. Oleh sebab itu, H15d adalah tidak disokong.

5.10.5 Interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi

Pernyataan hipotesis H16a, H16b, dan H16d adalah mengenai sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi

pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi. Ketiga-tiga

pekali beta interaksi persekitaran terbatas yang tinggi ke atas hubungan di antara

setiap sikap autonomi, sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi dengan

pulangan jualan yang tinggi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan.

Penemuan ini juga membuktikan interaksi persekitaran terbatas terhadap sikap

autonomi, inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan jualan. Oleh

(41)

Pernyataan hipotesis H16c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan jualan yang tinggi dalam persekitaran terbatas

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan kesan interaksi persekitaran

terbatas yang tinggi ke atas hubungan yang signifikan dan positif antara sikap

proaktif yang tinggi dengan pulangan jualan yang tinggi (Beta = .22, p < .05). Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.11 menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken &

West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap proaktif

yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin tinggi.

Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang

semakin tinggi berhubung dengan pulangan jualan yang semakin rendah. Penemuan

ini selaras dengan hipotesis kerana dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap

proaktif yang tinggi berhubung dengan peningkatan dalam pulangan jualan. Oleh

(42)

PROAKTIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N J U A L A N 30 28 26 24 22 20 PER. TERBATAS Rendah Tinggi

Rajah 5.11 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan jualan.

Pernyataan hipotesis H17a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan positif

(Beta = .18, p < .05). Pekali beta interaksi ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang tinggi berkait dengan pulangan harta yang

tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran

terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi PKS Bumiputera semakin tinggi

berhubung dengan pulangan harta yang semakin rendah. Manakala keluk

persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi

(43)

yang tinggi sikap autonomi berhubung dengan pulangan harta secara bertentangan

dengan hipotesis. Oleh sebab itu H17a adalah tidak disokong.

H17b dan H17d merupakan hipotesis mengenai sikap inovatif dan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi

apabila persekitaran terbatas juga tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan

hubungan yang tidak signifikan. Keadaan ini menunjukkan kajian gagal mengaitkan

sikap inovatif dan mengambil risiko untuk meningkatkan pulangan harta dalam

persekitaran terbatas di kalangan PKS Bumiputera. Oleh sebab itu, H17b dan H17d adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H17c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif (Beta = 0.30, p < .01). Pekali beta hubungan ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap proaktif yang semakin tinggi akan menjadikan

pulangan harta yang semakin tinggi. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Ini

bermakna keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan pulangan harta yang

semakin rendah apabila sikap proaktif semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran

terbatas yang rendah menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung

(44)

sikap proaktif berhubung dengan pulangan harta yang bertentangan dengan

hipotesis. Oleh sebab itu, H17c adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H18a adalah mengenai sikap autonomi yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang tinggi apabila persekitaran terbatas juga

tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan negatif

(Beta = .16, p < .05). Pekali beta ini menunjukkan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap autonomi yang semakin tinggi akan menjadikan pulangan modal yang

semakin rendah. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan kedua-dua keluk persekitaran terbatas berinteraksi secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran

terbatas yang tinggi menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung

dengan pulangan modal yang semakin rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas

yang rendah menerangkan sikap autonomi yang semakin tinggi berhubung dengan

pulangan modal yang semakin tinggi. Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap

autonomi berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis.

Oleh sebab itu, H18a adalah tidak disokong.

H18b adalah hipotesis yang menyatakan bahawa sikap inovatif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam persekitaran terbatas

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

(45)

pulangan modal yang semakin berkurangan. Pemeriksaan post-hoc menunjukkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara bersilang

(Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap

inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin

rendah. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah menerangkan sikap

inovatif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal yang semakin tinggi.

Dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap inovatif PKS Bumiputera berhubung

dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18b adalah tidak disokong.

Pernyataan hipotesis H18c adalah mengenai sikap proaktif yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan harta yang tinggi dalam persekitaran terbatas

yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif (Beta = .69, p < .01). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa dalam persekitaran terbatas yang tinggi, sikap proaktif yang semakin tinggi akan

meningkatkan pulangan modal. Pemeriksaan post-hoc yang dilakarkan dalam Rajah 5.12 menghasilkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi

secara bersilang (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas yang tinggi

menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal

yang semakin tinggi. Manakala keluk persekitaran terbatas yang rendah

menerangkan sikap proaktif yang semakin tinggi berhubung dengan pulangan modal

(46)

berhubung dengan pulangan modal selaras dengan hipotesis. Oleh sebab itu, H18c disokong. PROAKTIF Tinggi Rendah M IN P U L A N G A N M O D A L 200 180 160 140 120 100 PER. TERBATAS Rendah Tinggi

Rajah 5.12 Kesan interaksi persekitaran terbatas ke atas hubungan sikap proaktif dengan pulangan modal.

Pernyataan hipotesis H18d adalah berkaitan dengan sikap mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan prestasi pulangan modal yang tinggi dalam

persekitaran terbatas yang tinggi. Pekali beta interaksi ini menunjukkan hubungan

yang signifikan dan negatif (Beta = -0.21, p < .05). Pekali beta terma interaksi ini menunjukkan bahawa persekitaran terbatas yang tinggi menerangkan sikap

mengambil risiko yang tinggi berhubung dengan pulangan modal yang rendah.

Pemeriksaan post-hoc menunjukkkan keluk persekitaran terbatas yang tinggi dan rendah berinteraksi secara selari (Aiken & West, 1991). Keluk persekitaran terbatas

yang tinggi dan rendah menerangkan sikap mengambil risiko PKS Bumiputera yang

(47)

ini menandakan dalam persekitaran terbatas yang tinggi sikap mengambil risiko

berhubung dengan pulangan modal secara bertentangan dengan hipotesis. Oleh

sebab itu, H18d tidak disokong.

5.11 Ringkasan Penemuan Kajian

Kajian ini berjaya mengutip data dari 210 PKS Bumiputera di kawasan utara

Malaysia. Sebanyak 160 PKS Bumiputera digolongkan sebagai responden yang

memberikan maklum balas awal dan 50 PKS Bumiputera digolongkan sebagai

responden yang memberikan maklum balas lewat. Ujian bias maklum balas

mendapati tiga pemboleh ubah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dan

dikeluarkan dari analisis berikutnya untuk memastikan semua pemboleh ubah yang

digunakan bebas dari sebarang ralat.

Ketepatan pengukuran dianalisa menggunakan analisis faktor terhadap

pemboleh ubah orientasi keusahawanan menghasilkan empat faktor. Manakala

persekitaran yang ditanggap menghasilkan lima faktor. Setiap faktor dilakukan

analisis kebolehpercayaan dan keputusannya menunjukkan kebolehpercayaan

Cronbach’s alpha melebihi .50 sesuai untuk analisis seterusnya.

Hipotesis dinyatakan semula apabila bilangan pemboleh ubah yang dianalisa

(48)

penyelidikan. Sebanyak 72 hipotesis dinyatakan semula merangkumi 12 hipotesis

hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dan 60

hipotesis hubungan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan

orientasi keusahawanan dengan prestasi.

Untuk ujian hipotesis hubungan langsung, 3 hipotesis diterima, 9 hipotesis

ditolak. Walaupun 6 hipotesis menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi 3

darinya ditolak kerana pekali beta menunjukkan arah yang bertentangan dengan

pernyataan hipotesis, dan 6 hipotesis lagi menunjukkan hubungan langsung yang

gagal dibuktikan.

Dalam ujian hipotesis interaksi, sebanyak 60 hipotesis diuji. Sebanyak 33

pekali beta terma interaksi adalah signifikan, hanya 12 hipotesis diterima setelah

dilakukan pemeriksaan post-hoc dengan membahagikan pemboleh ubah orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap kepada dua sampel. Sebanyak 48

hipotesis ditolak, walaupun 33 hipotesis menunjukkan pekali beta yang signifikan.

(49)

Jadual 5.14

Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis

Pernyataan Hipotesis Disokong/Tidak disokong

H1a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PJ H1b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PJ H1c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PJ H1d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PJ H2a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PH H2b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PH H2c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PH H2d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PH H3a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PM H3b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PM H3c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PM H3d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PM H4a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu juga tinggi

H5b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H7a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

(50)

Jadual 5.14... sambungan

Pernyataan Hipotesis Disokong/Tidak disokong

H8a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9a: Sikap berautonomi berhubung dengan pulangan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H10a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H10b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H10c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H10d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H11a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H11b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran persain

Referensi

Dokumen terkait

Pada penggunaan alat evaluasi (penilaian) diperoleh angka sebesar 88% instruktur menggunakan alat penilaian dari lembaga untuk mengevaluasi proses dan hasil belajar

Sejalan dengan hal tersebut, uji-t menunjukkan hasil uji beda sebesar 14,20 lebih besar dari ttabel 2,092, sehingga dapat disimpulkan penerapan media video berpengaruh

Menurut peneliti fenomena bermain game online di Game Center Venom Manado yang dilakukan oleh remaja adalah kebanyakan remaja yang masih menggunakan baju

Berdasarkan paparan ciri dan karakteristik komunikasi massa di atas maka secara garis besar komunikasi massa dapat diartikan sebagai jenis komunikasi yang

Penelitian yang dilakukan oleh penulis pada PT TCH memiliki untuk mengetahui pendapatan pada laporan laba rugi komersial dan fiskal di PT TCH, mengetahui biaya-biaya

Pada bagian ListView1_DblClick() adalah listing kode dimana ketika kita mengeksekusi item ListView dengan double klik, akan muncul form Edit yang berguna bila kita ingin

MUHAMAD

Materi dalam buku teks terbitan Erlangga ini telah memuat uraian, contoh, tugas, pertanyaan, atau soal latihan yang mendorong siswa untuk secara runtut membuat