• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ringkasan Penemuan Kajian

Dalam dokumen Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 2 Te (Halaman 47-51)

Kajian ini berjaya mengutip data dari 210 PKS Bumiputera di kawasan utara Malaysia. Sebanyak 160 PKS Bumiputera digolongkan sebagai responden yang memberikan maklum balas awal dan 50 PKS Bumiputera digolongkan sebagai responden yang memberikan maklum balas lewat. Ujian bias maklum balas mendapati tiga pemboleh ubah yang menunjukkan perbezaan yang signifikan dan dikeluarkan dari analisis berikutnya untuk memastikan semua pemboleh ubah yang digunakan bebas dari sebarang ralat.

Ketepatan pengukuran dianalisa menggunakan analisis faktor terhadap pemboleh ubah orientasi keusahawanan menghasilkan empat faktor. Manakala persekitaran yang ditanggap menghasilkan lima faktor. Setiap faktor dilakukan analisis kebolehpercayaan dan keputusannya menunjukkan kebolehpercayaan Cronbach’s alpha melebihi .50 sesuai untuk analisis seterusnya.

Hipotesis dinyatakan semula apabila bilangan pemboleh ubah yang dianalisa berbeza dengan bilangan pemboleh ubah yang dicadangkan dalam kerangka

penyelidikan. Sebanyak 72 hipotesis dinyatakan semula merangkumi 12 hipotesis hubungan langsung di antara orientasi keusahawanan dengan prestasi dan 60 hipotesis hubungan interaksi persekitaran yang ditanggap ke atas hubungan orientasi keusahawanan dengan prestasi.

Untuk ujian hipotesis hubungan langsung, 3 hipotesis diterima, 9 hipotesis ditolak. Walaupun 6 hipotesis menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi 3 darinya ditolak kerana pekali beta menunjukkan arah yang bertentangan dengan pernyataan hipotesis, dan 6 hipotesis lagi menunjukkan hubungan langsung yang gagal dibuktikan.

Dalam ujian hipotesis interaksi, sebanyak 60 hipotesis diuji. Sebanyak 33 pekali beta terma interaksi adalah signifikan, hanya 12 hipotesis diterima setelah dilakukan pemeriksaan post-hoc dengan membahagikan pemboleh ubah orientasi keusahawanan dan persekitaran yang ditanggap kepada dua sampel. Sebanyak 48 hipotesis ditolak, walaupun 33 hipotesis menunjukkan pekali beta yang signifikan. Jadual 5.14 meringkaskan keputusan ujian hipotesis seperti berikut:

Jadual 5.14

Ringkasan Keputusan Ujian Hipotesis

Pernyataan Hipotesis Disokong/Tidak disokong

H1a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PJ H1b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PJ H1c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PJ H1d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PJ H2a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PH H2b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PH H2c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PH H2d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PH H3a: Sikap berautonomi berhubung secara positif dengan PM H3b: Sikap berinovatif berhubung secara positif dengan PM H3c: Sikap proaktif berhubung secara positif dengan PM H3d: Sikap mengambil risiko berhubung secara positif dgn PM H4a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H4d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu juga tinggi

H5b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H5d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H6d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran membantu yang tinggi

H7a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H7d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi

Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong

Jadual 5.14... sambungan

Pernyataan Hipotesis Disokong/Tidak disokong

H8a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H8d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9a: Sikap berautonomi berhubung dengan pulangan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H9d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran bergolak yang tinggi

H10a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H10b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H10c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H10d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H11a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persaingan yang tinggi

H11b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H11d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H12d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran persaingan yang tinggi

H13a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H13b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong

Jadual 5.14... sambungan

Pernyataan Hipotesis Disokong/Tidak disokong

H13c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H13d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H14d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H15d:Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam kedinamikan pasaran yang tinggi

H16a: Sikap berautonomi berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16b: Sikap berinovatif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16c: Sikap proaktif berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H16d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PJ yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17a: Sikap berautonomi berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17b: Sikap berinovatif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17c: Sikap proaktif berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H17d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PH yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18a: Sikap berautonomi berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18b: Sikap berinovatif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18c: Sikap proaktif berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

H18d: Sikap mengambil risiko berhubung dengan PM yang tinggi dalam persekitaran terbatas yang tinggi

Tidak disokong Disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Tidak disokong Disokong Tidak disokong

Dalam dokumen Bab Lima Penemuan Kajian Bahagian 2 Te (Halaman 47-51)

Dokumen terkait