• Tidak ada hasil yang ditemukan

Intervensi yang dijalankan

Dalam dokumen PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANT (Halaman 37-48)

CARTA PAI KESILAPAN MURID

2.3.4 Intervensi yang dijalankan

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, saya dapat membuat kesimpulan bahawa saya perlu menyediakan suatu suasana pembelajaran yang aktif dan bermakna. Oleh sebab itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan satu kaedah yang merangkumi ketiga-tiga peringkat pembelajaran iaitu peringkat konkrit, separa konkrit dan abstrak. Saya juga telah mengambil idea dari kajian- kajian lepas dan menambahbaik pada alat bantu mengajar. Jadi, melalui pembacaan saya, saya telah mengguna satu teknik yang dinamakan sebagai teknik kuasa 10. Teknik ini dinamakan teknik kuasa 10 kerana operasi penambahan yang melibatkan pengumpulan semula ini menekankan perubahan sepuluh sa menjadi satu puluh. Teknik yang saya perkenalkan ini mempunyai aturan perkembangan yang sesuai

38 dengan kanak-kanak. Intervensi ini akan bermula dengan bahan konkrit terlebih dahulu, kemudian perserta kajian saya akan didedahkan dengan bahagian separa konkrit dan akhir sekali bahagian abstrak. Berdasarkan kajian “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) dan teknik “jari dan kertas warna” (Chua, 2005) sangat menekankan akan penggunaan bahan maujud. Manakala bagi kajian yang menggunakan kaedah “step ladder addition” ( Aniza & Mazlan, 2012) dan “partial sums” lebih menekankan bagaimana murid akan menyelesaikan masalah ke dalam bentuk lazim. Dalam teknik “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) juga mendedahkan murid dari perkara yang konkrit kepada yang abstrak. Namun begitu, menurut Bruner (1996) murid akan lebih mendapat pengajaran bermakna jika pengajaran bermula dengan fasa konkrit, fasa separa konkrit dan fasa abstrak. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuat intervensi ini dengan melakukan ketiga- tiga fasa tersebut.

39 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya adalah untuk :

3.1 meninjau sama ada teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula

3.2 meninjau respons murid apabila menggunakan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula

40 4.0 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian saya ialah :

4.1 Adakah teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?

4.2 Apakah respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?

41 5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Setelah melakukan tinjauan masalah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih lima orang dari pelajar saya untuk menjadi peserta kajian. Semuanya berbangsa Melayu. Peserta kajian dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan semasa fasa tinjauan masalah. Kelima-lima peserta kajian saya adalah antara murid yang mendapat markah 50% ke bawah dan dipilih berdasarkan ciri-ciri murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Matematik. Berdasarkan borang senarai semak pemerhatian, kesemua mereka merupakan pelajar yang menunjukkan respons negatif ketika tinjauan masalah dilaksanakan.

Kelima-lima peserta kajian saya merupakan pelajar lelaki. Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati pelajar lelaki lebih mempunyai masalah berbanding pelajar perempuan. Hal ini disokong lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Maccoby (1966). Menurut Maccoby (1966), pelajar perempuan lebih awal belajar untuk mengira berbanding pelajar lelaki. Hal ini merupakan salah satu sebab mengapa pelajar perempuan lebih menunjukkan kejayaan di sekolah rendah.

42 Selain itu, saya dapati semua peserta kajian yang terlibat berasal dari keluarga yang tidak begitu stabil ekonominya. Saya juga merasakan bahawa salah satu sebab peserta kajian tidak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran adalah disebabkan oleh masa ibu bapa yang hanya digunakan untuk bekerja sahaja tanpa memikirkan kebajikan anak-anak. Rajah 15 menunjukkan latar belakang peserta kajian.

Rajah 15 . Maklumat peserta kajian

BIL PESERTA KAJIAN JANTINA PEKERJAAN IBU / BAPA 1 D L Berniaga 2 I L Berniaga 3 J L Kilang 4 K L Sendiri 5 S L Kilang

43 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Langkah - langkah tindakan

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah membahagikan intervensi saya kepada tiga fasa iaitu fasa konkrit, fasa separa konkrit dan fasa abstrak. Saya menyelesaikan intervensi ini dalam masa dua minggu. Setiap minggu saya akan berjumpa peserta kajian saya selama enam jam. Jadi, dalam masa dua belas jam saya akan menghabiskan ketiga-tiga fasa intervensi ini.

Rajah 16 . Perincian aktivti bagi setiap fasa

BIL FASA WAKTU AKTIVITI

1 FASA

KONKRIT

Jam yang pertama dan

ke-dua

Peserta kajian didedahkan tentang penggunaan bahan konkrit. Pada waktu ini, murid menjawab soalan penambahan tidak melibatkan pengumpulan semula.

Jam yang ke-tiga dan ke-empat

Soalan yang diberi sudah

melibatkan pengumpulan semula

2 FASA

SEPARA KONKRIT

Jam yang ke-lima hingga ke-lapan

Murid menyelesaikan masalah penambahan hanya dengan menggunakan “sticky note” berwarna.

3 FASA

ABSTRAK

Jam ke-sembilan hingga jam ke- dua belas

Murid menyelesaikan masalah dengan menggunakan bentuk lazim tanpa sebarang alat bantu mengajar

44 Rajah 16 menunjukkan perincian aktiviti yang dilakukan bagi setiap fasa. Pelaksanaan bagi teknik ini telah dijalankan selama dua belas jam dan saya telah memperkenalkan teknik kuasa 10 kepada peserta kajian mengikut rancangan yang telah disediakan.

6.1.1 Fasa konkrit

Fasa konkrit ini telah dilaksanakan selama empat jam yang pertama perjumpaan saya dengan peserta kajian. Pada fasa ini, peserta kajian akan diberi peluang untuk memanipulasi bahan konkrit. Bahan yang saya gunakan ialah batang ais krim yang berwarna, bekas biskut dan kertas. Bagi satu set alat bantu mengajar ini, saya memerlukan 3 bekas biskut. Rajah 17 menunjukkan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

45 Dalam fasa ini, saya telah memberi peserta kajian saya dengan soalan- soalan yang melibatkan pengumpulan semula. (lampiran 4). Selain itu, dalam fasa ini saya memastikan supaya peserta kajian saya ingat akan perwakilan setiap warna. Merujuk kepada rajah 17, setiap lantai rumah sudah diletakkan dengan warna masing-masing. Rumah sa berwarna biru, rumah puluh berwarna ungu, rumah ratus berwarna kuning, rumah ribu berwarna hijau dan rumah puluh ribu berwarna oren. Setiap batang ais krim yang berwarna akan diletakkan berdasarkan warna rumah.

6.1.2 Fasa separa konkrit

Dalam fasa yang kedua ini, saya sudah tidak menggunakan bahan seperti dalam fasa konkrit. Bahan yang saya gunakan adalah beberapa helai kertas berzaiz A4 dan juga “sticky note”. Pada fasa ini, peserta kajian menyelesaikan masalah penambahan (lampiran 5) yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan bentuk lazim. Namun begitu, bagi intervensi ini, saya mengubahsuai teknik “partial sums”. Pada asalnya, pengkaji memulakan proses penambahan dengan menambah angka pada rumah paling kiri sekali tetapi saya memulakan dari rumah paling kanan sekali. Selain itu, pada fasa ini saya juga telah mengubahsuai teknik “step ladder additon” (Aniza & Mazlan, 2012). Dalam teknik tersebut, pengkaji tidak menggunakan sebarang alat untuk menunjukkan nilai digit bagi setiap nilai tempat. Namun begitu, dalam intervensi saya, saya telah menunjukkan secara jelas nilai digit bagi setiap tempat atau rumah. Rajah 18 menunjukkan lagkah pelaksanaan fasa separa konkrit ini dengan lebih jelas.

46

GAMBAR PERISTIWA

LANGKAH 1 :

Soalan di tulis di atas “sticky note” yang berbeza warna. Pastikan satu

kotak, hanya ada satu nombor.

LANGKAH 2 :

Tambah nilai di rumah sa terlebih dahulu. Contoh : tambahkan nombor

pada kertas berwarna merah jambu.

LANGKAH 3 :

Buangkan kertas yang sudah ditambah. Tambahkan nilai kosong yang ada.

Letakkan jawapan pada baris yang sama. Tambahkan nombor di rumah

puluh. LANGKAH 4 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambahkan nombor dan jawapan diletakkan dalam lajur yang sama. Tambah nombor di rumah ratus.

LANGKAH 5 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambah nombor di rumah

ribu pula.

LANGKAH 6 :

Jumlahkan semua nombor mengikut lajur masing-masing. Nombor di baris

akhir merupakan jawapan.

47 6.1.3 Fasa abstrak

Pada empat jam yang terakhir, saya teruskan kepada fasa abstrak. Pada fasa ini, peserta kajian saya tidak dibantu oleh sebarang alat bantu mengajar. Mereka hanya menggunakan kertas dan pensel sahaja. Pada waktu ini, mereka akan menjawab soalan berdasarkan apa yang telah mereka lalui 8 jam sebelumnya. Pada waktu ini, saya juga telah memberi soalan latihan (lampiran 6) untuk menilai sama ada intervensi yang saya laksanakan ini berjaya ataupun tidak.

Contoh jalan pengiraan yang akan diajar pada fasa abstrak adalah seperti rajah 19. 4 1 8 + 2 5 6 1 4 + 6 0 6 0 0 6 7 4

48 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah untuk mengumpul data iaitu ujian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

7.1 Ujian

Dalam dokumen PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANT (Halaman 37-48)

Dokumen terkait