• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANT"

Copied!
110
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG

MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

NAMA PELAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

(2)

PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG

MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

Oleh :

NAMA PELAJAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

(Matematik Pendidikan Rendah)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

(3)

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian

(Matematik Pendidikan Rendah)”

Tandatangan : …...

Nama Penyelia : ………

(4)

PENGAKUAN

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tanda tangan : ……….

Nama penulis : Nama Pelajar

(5)

DEDIKASI

Buat ayah dan ibu tersayang

Bahaman bin Awang dan Anaterah binti Wi

Terima kasih untuk segala curahan ilmu dan kasih sayang

Sungguh, jasa kalian tidak dapat dibalas..

Buat adik tersayang,

Mohd Zaim Bahaman, Nur Izzah Bahaman dan Nada Nazurah Bahaman

Tuntutlah ilmu, kerana ilmu penyuluh kehidupan.

Buat rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih tidak terhingga atas semua tunjuk ajar

Jangan dilupa,

semua pengalaman terindah selama lima tahun persahabatan ini

(6)

6 PENGHARGAAN

Pertama, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Tambahan pula dengan berbekalkan semangat dan usaha gigih yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa dan letih.

Ribuan terima kasih juga buat para pensyarah terutamanya pensyarah pembimbing, Dr. Lee Wai Heng yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau juga turut memberi penerangan yang sepatutnya berkaitan kerja kursus ini. Terima kasih juga buat penyelia saya iaitu Cik Teoh Sooi Kim yang sentiasa sabar dalam menegur kesilapan yang dilakukan sepanjang pembikinan kertas cadangan ini. Terima kasih juga buat semua sahabat saya yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus. Harapan saya agar kerja kursus ini dapat dijadikan sebagai suatu inspirasi terutamanya kepada diri sendiri dan rakan - rakan lain dalam usaha mengorak langkah untuk menjadi seorang guru.

Pelbagai ilmu yang dapat dirungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai ilmu dalam membentuk kanak-kanak kelak. Kesedaran akan peri pentingnya untuk bertindak setelah mengetahui masalah murid perlu ada dalam diri setiap insan yang bergelar guru. Hal ini demikian kerana melalui kesedaran inilah masalah-masalah pembelajaran yang membelenggu diri murid dapat dirungkaikan.

(7)

7 PENGGUNAAN TEKNIK KUASA 10 UNTUK MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT

DALAM KEMAHIRAN MENAMBAH NOMBOR YANG MELIBATKAN PENGUMPULAN SEMULA

Abstrak

(8)

8 USAGE OF “KUASA 10” TECHNIQUE TO HELP YEAR FOUR STUDENTS IN

ADDING NUMBERS WITH REGROUPING

Abstract

This action research was conducted to improve the mastery of addition skills involving regrouping using

“kuasa 10” technique. Through this technique,

participants need to master the skill through the concrete phase, then the semi concrete and finally the a bstract phase. Five participants comprising Year Four students were chosen. Data was collected through document analysis, observations, interviews, questionnaires as well as tests before and after the intervention. Results in the tests before and after the intervention showed that there was an increase in the performance of participants, while the results of observations, interviews and questionnaires showed that there were positive changes in the responses of students at the end of the study. This action research helped to improve my teaching practice as a teacher, as well as to help the students in addition problems involving regrouping.

Keywords : “kuasa 10” technique ; addition with

(9)

9

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

1 1 3 2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu/masalah kajian

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah

2.3 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

8 8 10 17

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 25

4.0 SOALAN KAJIAN 26

5.0 KUMPULAN SASARAN 27

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 29

(10)

10 8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

8.1 Soalan kajian Satu 8.2 Soalan kajian dua

37 37 42 9.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

9.1 Soalan kajian satu 9.2 Soalan kajian dua

55 55 59

10.0RUMUSAN DAN REFLEKSI 67

11.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 72

SENARAI RUJUKAN 74

(11)

11 SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka surat

Lampiran A Borang senarai semak (tinjauan masalah) 76 Lampiran B Lembaran kerja (tinjauan masalah) 77

Lampiran C Ujian diagnostik 78

Lampiran D Soalan fasa konkrit 80

Lampiran E Soalan fasa separa konkrit 81

Lampiran F Soalan fasa abstrak 83

Lampiran G Soalan temu bual 84

Lampiran H Soal selidik 86

Lampiran I Borang senarai semak respons negatif dan positif 87 Lampiran J Soalan sebelum intervensi dan selepas intervensi 88

Lampiran K Soalan lembaran I 90

Lampiran L Soalan lembaran II 92

(12)

12 SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

Jadual 1 Jadual markah ujian sebelum dan selepas intervensi 37

Jadual 2 Markah peserta kajian 41

Jadual 3 Kekerapan respons negatif murid sebelum dan selepas intervensi

51

Jadual 4 Kekerapan reaksi positif murid sebelum dan selepas intervensi

52

(13)

13 SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

Rajah 1 Pola kesalahan pembundaran 3

Rajah 2 Pola kesalahan pembundaran 4

Rajah 3 Contoh kesalahan jenis kecuaian 5

Rajah 4 Contoh kesalahan pengumpulan semula 6

Rajah 5 Kesalahan pendaraban 7

Rajah 6 Kekerapan punca masalah penambahan berlaku 11

Rajah 7 Contoh jawapan murid 12

Rajah 8 Kekerapan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid 4 Ilham

14

Rajah 9 Carta pai kesilapan pengumpulan semula 15 Rajah 10 Markah murid 4 Ilham dalam ujian diagnostik 16

Rajah 11 Kaedah “step ladder addition” 18

Rajah 12 Pengiraan bagi teknik jari dan kertas warna 19 Rajah 13 Pengiraan “partial sums” dengan menggunakan kaedah

cerakin

20

Rajah 14 Menambah dalam bentuk lazim 20

Rajah 15 Maklumat peserta kajian 28

Rajah 16 Perincian aktiviti bagi setiap fasa 29 Rajah 17 Bahan bantu mengajar yang digunakan semasa fasa

konkrit

30

Rajah 18 Langkah pelaksanaan fasa separa konkrit 32

Rajah 19 Contoh pengiraan 33

Rajah 20 Graf perubahan markah ujian sebelum dan selepas intervensi

39

Rajah 21 Potongan transkrip 42

(14)

14 Rajah 23 Transkrip perbualan dengan peserta kajian D dan J 43 Rajah 24 Antara transkrip yang berkaitan dengan minat peserta

kajian

44

Rajah 25 Transkrip temu bual 46

Rajah 26 Item yang termasuk dalam kod minat 47 Rajah 27 Item yang termasuk dalam kod perasaan 49 Rajah 28 Graf perubahan respons negatif peserta kajian 52 Rajah 29 Graf perubahan respons positif peserta kajian 53

Rajah 30 Catatan nota lapangan 54

Rajah 31 Graf peratus perubahan ujian 56

Rajah 32 Graf peningkatan markah peserta kajian dalam lembaran 58 Rajah 33 Item 1 dan 2 dalam soal selidik 60 Rajah 34 Item 4 dan 7 dalam soal selidik 61

Rajah 35 Item 10 dalam soal selidik 62

Rajah 36 Item 3 dalam soal selidik 62

Rajah 37 Item 5 dalam soal selidik 63

Rajah 38 Item 6 dalam soal selidik 63

(15)

15 1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji mengenai corak, seni, hubungan dan bahasa. Matematik juga merupakan satu cara berfikir dan alat yang digunakan oleh semua orang sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Secara umumnya, Matematik merupakan satu bidang ilmu atau mata pelajaran yang boleh diinterpretasikan dalam pelbagai makna. Ilmu matematik banyak digunakan dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti Sains, Fizik, Astronomi dan banyak lagi.

(16)

16 Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang baru sahaja diperkenalkan, tajuk operasi asas merupakan antara tajuk yang terawal dalam sukatan pendidikan matematik. Ini bermakna murid-murid perlu menguasai ilmu operasi asas dengan kukuh terlebih dahulu sebelum mempelajari tajuk-tajuk yang lain. Operasi penambahan merupakan salah satu operasi yang sangat penting untuk dikuasai. Terdapat dua belas elemen keupayaan yang perlu dicapai oleh murid dalam mata pelajaran Matematik. Salah satu elemennya ialah elemen yang ke-tujuh iaitu memastikan murid berupaya mengendalikan operasi asas kira-kira. Salah satu operasi asas yang penting untuk dikuasai ialah operasi tambah. Terdapat banyak kajian yang dibuat mengenai operasi asas. Kebanyakan kajian yang dibuat sama dengan masalah yang saya hadapi iaitu penambahan yang melibatkan pengumpulan semula seperti kajian Aniza dan Mazlan (2012) dan kajian Chua (2005).

Penambahan dengan pengumpulan semula merupakan satu kemahiran abstrak yang sukar untuk difahami oleh murid. Penggunaan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu guru bagi meningkatkan kefahaman murid tentang sesuatu perkara. Menurut Sabri dan Tengku Zawawi (2006), pembelajaran Matematik bermula dengan bahan konkrit yang boleh membuatkan pelajar terlibat dengan aktif dalam memanipulasikan bahan tersebut. Dienes (1960) berpendapat bahawa sesuatu konsep Matematik menjadi lebih mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan melalui contoh konkrit.

(17)

17 kesukaran-kesukaran kemahiran lain yang akan diterapkan oleh para guru kepada mereka.

1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Kajian tindakan ini dilaksanakan selama sebulan di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Pada praktikum kali ini, saya telah diberi amanah untuk mengajar tahun 4 Ilham. Kurikulum yang digunakan oleh murid tahun empat ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah tahun empat.

Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai guru praktikum di sekolah ini, saya telah menemui tiga isu atau masalah yang kritikal dari kelas yang sama iaitu 4 Ilham.

1.2.1 Isu pertama : pembundaran

Isu pertama ialah isu yang terdapat dalam tajuk pembundaran. Setelah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid, murid-murid bermasalah dalam membundar nombor sehingga nilai tempat puluh ribu. Pola kesalahan yang dilakukan oleh murid dapat dilihat seperti dalam rajah 1.

(18)

18 Rajah 1 menunjukkan pola kesalahan murid dalam tajuk pembundaran. Masalah yang dihadapi oleh murid ialah murid keliru sama ada ingin mengekalkan angka yang ingin dibundar atau perlu menambah nilai satu terhadap angka tersebut.

Rajah 2 . Pola kesalahan pembundaran

(19)

19 1.2.2 Isu kedua : penambahan dengan pengumpulan semula

Isu kedua yang ditemui ialah dalam tajuk penambahan. Setelah membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid, saya mendapati murid-murid sangat bermasalah dalam penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Berdasarkan ujian yang dibuat, hanya 7 orang sahaja daripada 34 orang yang menjawab soalan ujian berjaya mendapat markah penuh. Setelah menyemak dan membuat penelitian terhadap jalan kerja murid-murid, saya membahagikan kesalahan murid kepada dua jenis iaitu kesalahan kecuaian dan kesalahan pengumpulan semula. Rajah 3 menunjukkan contoh kesalahan jenis kecuaian. Antara pola kesalahan kecuaian yang dilakukan oleh murid ialah murid membuat kesilapan semasa menambah dua nombor bulat, murid tidak menyalin soalan yang tepat ke dalam bentuk lazim dan murid tidak menulis nombor pada nilai tempat yang betul.

(20)

20

Rajah 4 . Contoh kesalahan pengumpulan semula

Rajah 4 menunjukkan contoh kesalahan pengumpulan semula yang dilakukan oleh murid-murid. Antara pola kesalahan yang mereka lakukan ialah murid tidak membuat pengumpulan semula dari ribu ke puluh ribu, murid tidak menulis angka satu pada rumah puluh untuk mewakilkan proses pengumpulan semula dan murid melakukan proses pengumpulan semula dari sa ke sa.

1.2.3 Isu ketiga : pendaraban

Isu yang ke-tiga yang saya temui ialah murid bermasalah dalam proses pendaraban terutamanya apabila mendarabkan sebarang nombor dengan angka dua digit. Bagi membantu mereka, saya sudah mendedahkan kepada murid cara yang biasa digunakan iaitu cara tradisional dan cara “lattice” atau kekisi. Menurut

(21)

21 mengambil kira nilai tempat yang ada. Rajah 5 menunjukkan kesalahan yang ditemui semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Rajah 5 . Kesalahan pendaraban

Bagi mengatasi permasalahan ini, saya telah menggunakan teknik “lattice”.

Pada mulanya, mereka tetap tidak faham kerana teknik ini mula diperkenalkan untuk pelajar tahun empat. Jadi, bagi membaiki amalan kendiri saya sendiri, saya telah mengubah sedikit teknik “lattice” itu menjadi lattice berwarna.

(22)

22 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu / masalah kajian

Berdasarkan ketiga-tiga masalah yang saya temui, saya telah menjadikan isu yang kedua sebagai fokus kajian. Tajuk yang dipilih untuk dibuat kajian tindakan ialah penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Tajuk penambahan merupakan salah satu operasi asas yang terpenting. Keempat-empat operasi tambah, tolak, darab dan bahagi ini merupakan asas yang boleh dijadikan sebagai rintis kepada kejayaan dalam mata pelajaran Matematik. Sebagai seorang guru, saya amat mengharapkan semua murid saya boleh melakukan operasi ini dengan mudah. Namun begitu, ternyata ini bukanlah suatu perkara yang mudah dicapai. Setelah dikaji, barulah saya mengetahui keadaan yang sebenar.

(23)

23 dengan mengatakan bahawa kemahiran asas dalam Matematik merupakan kemahiran pembelajaran yang terpenting untuk menyediakan seseorang murid itu menghadapi cabaran masa hadapan.

Kemahiran menambah akan sentiasa digunakan dalam tajuk-tajuk yang seterusnya. Sebagai contoh, tajuk perpuluhan, pecahan, wang dan masa. Walaupun tajuk yang berbeza, namun kemahiran menambah masih lagi digunakan dalam tajuk-tajuk tersebut. Jika murid tidak mempunyai asas dalam melakukan penambahan maka murid akan mengalami kesukaran untuk menyelesaikan masalah dalam tajuk-tajuk yang seterusnya.

(24)

24 2.2 Tinjauan dan analisis masalah

Kajian ini dijalankan selama sebulan di kelas 4 Ilham di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Setelah tinjauan awal dilakukan, saya sudah dapat mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid kelas ini. Namun begitu, saya telah fokuskan kepada satu masalah sahaja iaitu penambahan dengan pengumpulan semula. Kajian ini dijalankan setelah saya dapat mengenalpasti lima orang murid dari kelas 4 Ilham yang mengalami kesukaran untuk menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Sebelum mengenalpasti murid yang mengalami masalah penambahan ini, saya telah melakukan tinjauan awal dengan beberapa cara seperti berikut :

2.2.1 Pemerhatian di dalam kelas

(25)

25 andaian ini betul atau pun tidak, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti aktiviti berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan untuk menarik minat murid 4 Ilham untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Setelah aktiviti tamat, saya memantau hasil kerja kumpulan murid. Kebanyakan kumpulan gagal untuk memberi jawapan yang betul. Semasa murid melakukan aktiviti berkumpulan ini, saya menyediakan satu borang senarai semak (lampiran 1) untuk mengenalpasti punca murid kelas ini tidak menguasai penambahan dengan pengumpulan semula.

Rajah 6 . Rajah kekerapan punca masalah penambahan berlaku

Berdasarkan pemerhatian saya dan data yang dipamerkan dalam rajah 6, saya dapati bahawa kebanyakan murid kelas 4 Ilham kelihatan bosan dengan pengajaran dan pembelajaran saya. Jadi, ini memberi sedikit maklumat kepada saya supaya memikirkan satu tindakan yang berunsur bahan konkrit dan pembelajaran aktif supaya murid tidak bosan.

BIL KRITERIA JUMLAH

1 Tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

3

2 Tidak memberi kerjasama ketika guru menyuruh menyelesaikan masalah di hadapan kelas.

5

3 Tidak bekerjasama dalam kumpulan.

8

4 Murid kelihatan bosan ketika sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

18

5 Murid kelihatan bersemangat

(26)

26 Kesimpulannya, setelah pemerhatian dibuat saya telah memilih lima orang pelajar lelaki sebagai peserta kajian saya. Kelima-lima murid ini sering memberi jawapan yang salah walaupun peluang untuk menjawab telah diberi berkali-kali.

2.2.2 Analisis dokumen

Saya juga meninjau masalah ini melalui analisis lembaran kerja (lampiran 2) yang diberikan kepada murid-murid setelah pengajaran tamat.

Hasil analisis saya terhadap lembaran kerja yang diberi saya dapati mereka melakukan pola dan jenis kesalahan yang sama. Sebagai contoh, dalam topik penambahan, hampir semua murid kelas 4 Ilham melakukan kesilapan dan tidak tahu untuk membuat proses pengumpulan semula.

Rajah 6 . Contoh jawapan murid

(27)

27 sama di semua soalan yang ada. Jadi, dari situlah saya dapat mengenalpasti pelajar berkenaan mempunyai masalah dalam topik tersebut. Hasil analisis saya terhadap lembaran kerja semua murid kelas 4 Ilham, saya menyedari bahawa masalah ini perlu di pandang serius. Tindakan susulan juga perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah ini terus berlarutan dalam diri murid-murid.

2.2.3 Ujian diagnostik

Setelah saya melakukan pemerhatian dan menyemak lembaran kerja murid-murid, saya dapati memang terdapat murid yang benar-benar mengalami masalah dengan topik penambahan nombor melibatkan pengumpulan semula. Bagi mengukuhkan lagi anggapan ini, saya telah mentadbir ujian diagnostik (lampiran 3). Menurut Nabila (2013) ujian diagnostik merupakan satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk mengenalpasti punca ketidakupayaan mereka. Melalui ujian diagnostik, saya boleh mengetahui apa masalah seseorang murid, punca sesuatu masalah itu berlaku dan cara yang terbaik yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut.

(28)

28 minit. Berdasarkan ujian ini juga saya dapat mengenalpasti kekerapan dan pola kesalahan yang dilakukan oleh murid. Saya telah merekodkan kekerapan kesalahan yang dilakukan seperti dalam jadual 2.

Rajah 8. Kekerapan pola kesilapan yang dilakukan oleh murid 4 Ilham

Berdasarkan rajah 8, bilangan murid yang melakukan kesalahan mengumpul semula adalah sebanyak 21 orang pelajar dan hanya 9 orang pelajar sahaja yang cuai ketika menyelesaikan masalah. Namun begitu, dalam kajian tindakan ini saya akan memberi fokus dan perhatian terhadap masalah penambahan melibatkan pengumpulan semula. Semua murid tersebut merupakan murid yang mendapat markah yang paling rendah.

BIL JENIS KESILAPAN

POLA KESILAPAN KOD KEKERAPAN

1 Kesalahan mengumpul

semula

Murid tidak membuat

pengumpulan semula dari sa ke puluh

S1 4

Murid tidak menulis angka 1 pada rumah puluh untuk

mewakilkan proses pengumpulan semula

S2 12

Murid melakukan proses pengumpulan semula dari sa ke sa yang tepat ke dalam bentuk lazim

S5 3

Murid tidak menulis nombor pada nilai tempat yang betul.

(29)

29

Rajah 9 . Carta pai kesilapan pengumpulan semula

Rajah 9 merupakan carta pai yang dibina berdasarkan kesalahan pengumpulan semula yang dilakukan oleh murid 4 Ilham. S1 ialah murid tidak membuat pengumpulan semula dari sa ke puluh. S2 ialah murid tidak menulis angka 1 pada rumah seterusnya untuk menunjukkan pengumpulan semula dan S3 ialah murid melakukan proses pengumpulan dari sa ke sa. Kesilapan S2 merupakan kesilapan yang sering dilakukan dalam kalangan murid tahun 4 Ilham iaitu dengan 57%. Manakala S3 pula sebanyak 24% dan S1 sebanyak 19%. Jadual 2.3 di bawah pula menunjukkan markah yang diperolehi dari 21 orang murid yang melakukan kesilapan dalam pengumpulan semula.

19%

57% 24%

CARTA PAI KESILAPAN MURID

(30)

30

Rajah 10 . Markah murid 4 Ilham dalam ujian diagnostik

Berdasarkan rajah 10, saya dapati masalah penambahan nombor dengan melibatkan pengumpulan semula merupakan masalah yang besar dalam kalangan murid tahun 4 Ilham. Saya berpendapat bahawa masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku bagi murid tahun 4. Berdasarkan rajah, saya mengambil keputusan untuk memilih lima orang yang mendapat markah terndah sebagai peserta kajian saya. Lima orang murid tersebut ialah D, I ,J, K dan S (yang telah dibulatkan).

0 1 2 3 4 5 6 7

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U

MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK

(31)

31 2.3 Tinjauan literatur

Bagi mendapatkan idea untuk tindakan yang akan dilaksanakan, saya telah membuat pembacaan mengenai beberapa faktor yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

2.3.1 Kajian-kajian lepas

Kajian Siti Aminah (2012) yang memperkenalkan teknik “kenapa tambah 1?” menekankan tentang pembinaan idea murid melalui bahan konkrit. Dalam

teknik ini, beliau menggunakan bekas telur yang diisi dengan batu yang berwarna bagi membezakan nilai tempat yang terlibat dalam satu-satu soalan. Penggunaan warna yang berbeza pada alat bantu mengajar dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran. Kenyataan ini turut digunakan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Hajijah (2008). Hasil kajiannya menunjukkan bahawa kaedah mesra warna yang diperkenalkan beserta dengan aktiviti bermain dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

Aniza dan Mazlan (2012), telah memperkenalkan satu teknik yang dinamakan sebagai “step ladder addition”. Teknik ini lebih kepada teknik yang

(32)

32 pengiraan yang diajar dengan menggunakan teknik “step ladder addition” adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 11.

Rajah 11 .Kaedah “step ladder addition”

(33)

33 dibantu oleh kertas yang berwarna. Rajah 12 dibawah menunjukkan langkah pengiraan yang digunakan bagi teknik ini.

Rajah 12 . Pengiraan bagi teknik jari dan kertas warna

Seterusnya, kajian lepas yang berkaitan dengan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula ialah teknik “partial sum”. Teknik ini memerlukan

murid untuk memahami nilai tempat dan nilai digit bagi sesuatu nombor. Menurut Fierro (2013), penambahan yang melibatkan pengumpulan semula memerlukan murid untuk melalui proses memecahkan nombor mengikut nilai tempat. Beliau juga mengatakan bahawa terdapat dua cara melakukan pengiraan dalam teknik “partial sum”. Rajah 13 menunjukkan cara pengiraan dengan menggunakan kaedah

(34)

34

Rajah 13 .Pengiraan “partial sums” dengan menggunakan kaedah cerakin

Rajah 14 . Menambah dalam bentuk lazim

(35)

35 2.3.2 Penggunaan bahan maujud

Menurut Clements, 1999 (dipetik dari Cogginds, et al, 2007) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan konkrit dan maujud dalam pengajaran mampu memberi pelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan satu kajian yang telah dijalankan oleh Yagci (2010). Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang ketara kepada peserta kajian beliau apabila beliau menggunakan bahan konkrit dalam eksperimen tersebut.

(36)

36 2.3.3 Minat terhadap pelajaran

Berdasarkan tinjauan masalah yang dilakukan, saya dapati peserta kajian saya tidak bersemangat setiap kali saya ingin memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamaruddin (dipetik dari Kae, 2010) menyatakan bahawa minat merupakan faktor yang penting dalam mempelajari semua mata pelajaran di sekolah. Hal ini disokong lagi oleh Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) yang menyatakan bahawa sebenarnya kekurangan motivasi atau minat merupakan perkara utama yang menjadi masalah dalam sesebuah kelas dan hal ini telah menjadi perhatian bagi ramai pengkaji akademik. Kejayaan seseorang murid dalam mata pelajaran Matematik juga adalah bergantung dengan minat kerana menurut Tong (dipetik dari Norma, 2004) pelajar yang minat kepada matematik akan mempunyai pencapaian yang lebih tinggi.

(37)

37 apabila adanya unsur “practice by doing” atau murid melakukan sendiri apa-apa

aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran pada hari itu.

Menurut Eggen dan Kauchak (dipetik dari Kae, 2010) guru perlu menggunakan teknik mengajar yang bervariasi sesuai dengan tujuan pengajaran. Dapat disimpulkan bahawa tugas guru bukan sahaja mendidik dan memberi ilmu, malah guru berperanan untuk berfikir secara kreatif dan inovatif untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna supaya murid lebih berminat untuk belajar sesuatu. Hal ini demikian kerana menurut Rohani (dipetik dari Kae, 2008) yang menyatakan bahawa ketidakselarasan strategi dan pendekatan yang digunakan oleh seorang guru untuk pelajarnya, akan menyebabkan pelajar tidak dapat melalui pengalaman belajar yang berkesan dan efektif.

2.3.4 Intervensi yang dijalankan

(38)

38 dengan kanak-kanak. Intervensi ini akan bermula dengan bahan konkrit terlebih dahulu, kemudian perserta kajian saya akan didedahkan dengan bahagian separa konkrit dan akhir sekali bahagian abstrak. Berdasarkan kajian “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) dan teknik “jari dan kertas warna” (Chua, 2005) sangat menekankan akan penggunaan bahan maujud. Manakala bagi kajian yang menggunakan kaedah “step ladder addition” ( Aniza & Mazlan, 2012) dan “partial sums” lebih menekankan bagaimana murid akan menyelesaikan masalah ke dalam bentuk lazim. Dalam teknik “kenapa tambah 1” (Siti Aminah, 2012) juga

(39)

39 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian saya adalah untuk :

3.1 meninjau sama ada teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula

(40)

40 4.0 SOALAN KAJIAN

Soalan kajian saya ialah :

4.1 Adakah teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?

(41)

41 5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan di salah sebuah sekolah di Sungai Petani. Setelah melakukan tinjauan masalah, saya telah mengambil keputusan untuk memilih lima orang dari pelajar saya untuk menjadi peserta kajian. Semuanya berbangsa Melayu. Peserta kajian dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang dijalankan semasa fasa tinjauan masalah. Kelima-lima peserta kajian saya adalah antara murid yang mendapat markah 50% ke bawah dan dipilih berdasarkan ciri-ciri murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Matematik. Berdasarkan borang senarai semak pemerhatian, kesemua mereka merupakan pelajar yang menunjukkan respons negatif ketika tinjauan masalah dilaksanakan.

(42)

42 Selain itu, saya dapati semua peserta kajian yang terlibat berasal dari keluarga yang tidak begitu stabil ekonominya. Saya juga merasakan bahawa salah satu sebab peserta kajian tidak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran adalah disebabkan oleh masa ibu bapa yang hanya digunakan untuk bekerja sahaja tanpa memikirkan kebajikan anak-anak. Rajah 15 menunjukkan latar belakang peserta kajian.

Rajah 15 . Maklumat peserta kajian

BIL PESERTA

KAJIAN

JANTINA PEKERJAAN

IBU / BAPA

1 D L Berniaga

2 I L Berniaga

3 J L Kilang

4 K L Sendiri

(43)

43 6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Langkah - langkah tindakan

Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah membahagikan intervensi saya kepada tiga fasa iaitu fasa konkrit, fasa separa konkrit dan fasa abstrak. Saya menyelesaikan intervensi ini dalam masa dua minggu. Setiap minggu saya akan berjumpa peserta kajian saya selama enam jam. Jadi, dalam masa dua belas jam saya akan menghabiskan ketiga-tiga fasa intervensi ini.

Rajah 16 . Perincian aktivti bagi setiap fasa

(44)

44 Rajah 16 menunjukkan perincian aktiviti yang dilakukan bagi setiap fasa. Pelaksanaan bagi teknik ini telah dijalankan selama dua belas jam dan saya telah memperkenalkan teknik kuasa 10 kepada peserta kajian mengikut rancangan yang telah disediakan.

6.1.1 Fasa konkrit

Fasa konkrit ini telah dilaksanakan selama empat jam yang pertama perjumpaan saya dengan peserta kajian. Pada fasa ini, peserta kajian akan diberi peluang untuk memanipulasi bahan konkrit. Bahan yang saya gunakan ialah batang ais krim yang berwarna, bekas biskut dan kertas. Bagi satu set alat bantu mengajar ini, saya memerlukan 3 bekas biskut. Rajah 17 menunjukkan bahan bantu mengajar yang telah dibina.

(45)

45 Dalam fasa ini, saya telah memberi peserta kajian saya dengan soalan-soalan yang melibatkan pengumpulan semula. (lampiran 4). Selain itu, dalam fasa ini saya memastikan supaya peserta kajian saya ingat akan perwakilan setiap warna. Merujuk kepada rajah 17, setiap lantai rumah sudah diletakkan dengan warna masing-masing. Rumah sa berwarna biru, rumah puluh berwarna ungu, rumah ratus berwarna kuning, rumah ribu berwarna hijau dan rumah puluh ribu berwarna oren. Setiap batang ais krim yang berwarna akan diletakkan berdasarkan warna rumah.

6.1.2 Fasa separa konkrit

Dalam fasa yang kedua ini, saya sudah tidak menggunakan bahan seperti dalam fasa konkrit. Bahan yang saya gunakan adalah beberapa helai kertas berzaiz A4 dan juga “sticky note”. Pada fasa ini, peserta kajian menyelesaikan

masalah penambahan (lampiran 5) yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan bentuk lazim. Namun begitu, bagi intervensi ini, saya mengubahsuai teknik “partial sums”. Pada asalnya, pengkaji memulakan proses

(46)

46

GAMBAR PERISTIWA

LANGKAH 1 :

Soalan di tulis di atas “sticky note” yang berbeza warna. Pastikan satu

kotak, hanya ada satu nombor.

LANGKAH 2 :

Tambah nilai di rumah sa terlebih dahulu. Contoh : tambahkan nombor

pada kertas berwarna merah jambu.

LANGKAH 3 :

Buangkan kertas yang sudah ditambah. Tambahkan nilai kosong yang ada.

Letakkan jawapan pada baris yang sama. Tambahkan nombor di rumah

puluh.

LANGKAH 4 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambahkan nombor dan jawapan diletakkan dalam lajur yang sama. Tambah nombor di rumah ratus.

LANGKAH 5 :

Buangkan nombor (kertas) yang sudah ditambah. Tambah nombor di rumah

ribu pula.

LANGKAH 6 :

Jumlahkan semua nombor mengikut lajur masing-masing. Nombor di baris

akhir merupakan jawapan.

(47)

47 6.1.3 Fasa abstrak

Pada empat jam yang terakhir, saya teruskan kepada fasa abstrak. Pada fasa ini, peserta kajian saya tidak dibantu oleh sebarang alat bantu mengajar. Mereka hanya menggunakan kertas dan pensel sahaja. Pada waktu ini, mereka akan menjawab soalan berdasarkan apa yang telah mereka lalui 8 jam sebelumnya. Pada waktu ini, saya juga telah memberi soalan latihan (lampiran 6) untuk menilai sama ada intervensi yang saya laksanakan ini berjaya ataupun tidak.

Contoh jalan pengiraan yang akan diajar pada fasa abstrak adalah seperti rajah 19.

4 1 8

+ 2 5 6

1 4

+ 6 0

6 0 0

6 7 4

(48)

48 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat kaedah untuk mengumpul data iaitu ujian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

7.1 Ujian

7.1.1 Ujian sebelum intervensi

Saya telah menjalankan ujian sebelum intervensi kepada peserta-peserta kajian saya. Ujian sebelum intervensi (lampiran 10) ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan peserta kajian mengenai tajuk ini sebelum intervensi dilaksanakan. Soalan dalam ujian ini terdiri dari 10 soalan dan wajarannya ialah 100%.

7.1.2 Ujian selepas intervensi

(49)

49 7.2 Analisis dokumen

Dokumen yang terlibat dalam usaha saya untuk menilai keberkesanan teknik kuasa 10 ini ialah lembaran kerja yang diberi kepada peserta kajian sepanjang teknik kuasa 10 ini dilaksanakan. Saya telah memberi tiga lembaran kerja. (lampiran 11, 12 dan 13). Saya membuat perbandingan pencapaian berdasarkan hasil markah dalam ketiga-tiga lembaran kerja tersebut.

Memandangkan peserta kajian saya berasal dari kelas yang sederhana pencapaiannya, saya telah membuat pemeringkatan aras pada setiap lembaran. Dalam lembaran pertama, (lampiran 11) nombor yang terlibat merupakan nombor hingga rumah ratus sahaja. Dalam lembaran yang ke-dua pula, (lampiran 12) nombor yang terlibat merupakan nombor hingga rumah ribu dan lembaran ke-tiga (lampiran 13) melibatkan nombor hingga rumah puluh ribu, Hal ini bertujuan untuk memastikan peserta kajian tidak mengalami kejutan, sebaliknya merasakan bahawa mereka mempelajari penambahan dari nombor-nombor yang senang terlebih dahulu.

7.3 Temu bual

(50)

50 Antara soalan temu bual yang ditanya kepada peserta kajian boleh dirujuk dalam lampiran 7.

7.4 Soal selidik

Borang soal selidik yang telah disediakan terdiri daripada 10 soalan dan setiap soalan dibahagikan kepada dua kod iaitu kod minat dan kod perasaan. (Lampiran lapan). Soal selidik ini bertujuan untuk menyokong hasil temu bual yang telah dilaksanakan.

7.5 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah pengumpulan data yang dilakukan secara berterusan. Bagi menjawab soalan kajian yang ke-dua, borang senarai semak respons positif dan respons negatif telah digunakan.

(51)

51 8.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI KAJIAN

8.1 Soalan kajian 1

“Adakah teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid

tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?”

Soalan kajian ini dijawab dengan dua kaedah pengumpulan data iaitu ujian dan analisis dokumen.

8.1.1 Kaedah pengumpulan data : ujian

(52)

52 Jadual 1

Jadual markah ujian sebelum dan selepas intervensi

PESERTA

Berdasarkan jadual 1, markah ujian sebelum intervensi bagi kelima-lima peserta kajian 10% sahaja. Masing-masing hanya betul pada soalan yang pertama. Soalan yang pertama ialah soalan penambahan tanpa melibatkan pengumpulan semula.

(53)

53

Rajah 20 . Graf perubahan markah ujian sebelum dan selepas intervensi

Rajah 20 menunjukkan graf peratus perubahan ujian. Perubahan yang paling tinggi ialah peserta kajian D dan peserta kajian I dengan perubahannya sebanyak 90%. Kemudian, diikuti pula dengan peserta kajian S iaitu dengan peratus perubahan sebanyak 80%. Seterusnya, perubahan peratus oleh peserta kajian K sebanyak 70% dan perubahan yang paling rendah ialah peserta kajian J dengan perubahan sebanyak 60%.

Namun begitu, perubahan ke arah yang lebih baik tetap wujud. Hal ini juga telah menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini boleh membantu mereka untuk menguasai penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

(54)

54 8.1.2 Kaedah pengumpulan data : analisis dokumen

Bagi menyokong kaedah pengumpulan data ujian, saya telah memberi lembaran kerja kepada peserta-peserta kajian saya. Lembaran kerja ini diberi setelah tamat setiap fasa intervensi saya. Hal ini untuk memastikan peserta kajian saya menguasai terlebih dahulu fasa tertentu sebelum ke fasa yang seterusnya. Pada fasa yang pertama, semua peserta kajian saya boleh menjawab soalan yang diberi dengan betul. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian saya, salah seorang dari mereka iaitu peserta J memerlukan masa yang agak lama berbanding rakan-rakan yang lain. Sebelum saya meneruskan ke fasa yang seterusnya, saya telah memberi penerangan semula supaya peserta kajian J mempunyai kefahaman yang lebih terang dan jelas. Seterusnya, lembaran kerja juga diberi pada fasa yang terakhir iaitu fasa abstrak.

(55)

55

Jadual dua menunjukkan markah hasil lembaran kerja yang diberi sepanjang tindakan dilaksanakan. Lembaran kerja 1, 2 dan 3 boleh dirujuk pada lampiran 11, 12 dan 13. Berdasarkan Jadual dua, terdapat perubahan markah yang berlaku antara lembaran pertama, lembaran kedua dan lembaran kerja ketiga. Semua peserta kajian saya menunjukkan perubahan yang lebih positif. Markah yang diperolehi dalam lembaran kerja kedua lebih tinggi berbanding markah yang diperolehi dalam lembaran kerja yang pertama dan markah yang diperolehi dalam lembaran kerja ketiga lebih tinggi dari markah dalam lembaran kerja kedua. Jadi, saya dapat menyimpulkan bahawa peserta kajian saya boleh menerima dan boleh menggunakan intervensi yang saya perkenalkan dengan jayanya. Hal ini sebenarnya telah menyokong hasil analisis ujian yang telah dibuat. Jadi, jelas menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid dalam penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

(56)

56 8.2 Soalan kajian 2

“Apakah respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?”

8.2.1 Kaedah pengumpulan data : temu bual

Kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk menjawab soalan kedua ialah temu bual. Saya sudah pun membuat transkrip terhadap perbualan saya dan juga peserta kajian. Berdasarkan hasil transkrip tersebut, saya telah menetapkan dua tema yang akan menjadi rujukan bagi menjawab soalan saya yang kedua ini. Dua tema tersebut ialah perasaan dan minat.

8.2.1.1 Tema : perasaan

Menurut Kamus Dewan (2007), perasaan atau rasa membawa maksud perihal merasa dengan hati. Contoh perasaan atau rasa yang wujud di dalam hati ialah suka, sayang dan seronok. Setelah meneliti hasil temu bual yang dilaksanakan, saya dapat menyimpulkan bahawa semua peserta kajian saya berasa sangat seronok dengan teknik kuasa 10 yang telah diperkenalkan.

Rajah 21 . Potongan transkrip

Rajah 21 menunjukkan potongan transkrip temu bual saya dengan peserta kajian J. Peserta kajian tersebut menyatakan keseronokannya secara tidak langsung dengan

(57)

57 menyatakan bahawa dia berasa “best” atau seronok dengan teknik tersebut kerana alat

bantu mengajar yang digunakan. Perasaan seronok ini juga dilahirkan oleh peserta-peserta kajian yang lain. Rajah 22 menunjukkan beberapa potongan transkrip yang menunjukkan perasaan seronok mereka.

PESERTA KAJIAN TRANSKRIP

D ni senang la cikgu. Best nak main. Mana ada orang guna batang aiskrim.

K yang cikgu ajar ni tak susah. Takda yang pinjam-pinjam. Jadi sepuluh, lepas tu tambah pulak. Pening. I saya suka la cikgu ajar guna cara tu.

S baru syok belajar matematik!

Rajah 22 . Antara transkrip dengan peserta kajian

Secara keseluruhannya, berdasarkan potongan transkrip tersebut, saya dapat menyimpulkan bahawa peserta-peserta kajian saya berasa seronok dengan teknik kuasa 10. Setelah diteliti, saya dapat membuat rumusan bahawa elemen yang menyebabkan teknik kuasa 10 menjadi kaedah yang menyeronokkan adalah disebabkan oleh penggunaan alat bantu mengajar.

Rajah 23. Transkrip perbualan dengan peserta kajian D dan J

Guru Apakah perasaan kamu apabila kamu boleh menjawab soalan penambahan dengan menggunakan “sticky note”?

(58)

58 Berdasarkan rajah 23, saya bertanyakan tentang perasaan peserta kajian saya apabila melalui fasa yang ke-dua iaitu fasa separa konkrit. Kebanyakan peserta kajian saya memberi respon yang positif apabila persoalan ini dibangkitkan. Berdasarkan hasil transkrip temu bual antara saya dan peserta kajian, saya mendapati bahawa mereka sangat suka dengan aktiviti pada fasa ini. Hal ini demikian kerana mereka berasa seronok bermain dengan alat bantu mengajar yang dibuat. Kenyataan ini disokong oleh beberapa orang peserta kajian saya yang menyatakan bahawa alat bantu mengajar tersebut bersaiz besar, berwarna-warni dan mudah untuk memadam jawapan jika mereka melakukan kesalahan.

8.2.1.2 Tema : minat

Menurut Kamus Dewan (2007), minat membawa erti keinginan, kesukaan dan kecenderungan kepada sesuatu. Berdasarkan temu bual yang saya laksanakan, saya dapati bahawa peserta kajian saya lebih berminat untuk melakukan penambahan dengan pengumpulan semula.

PESERTA KAJIAN TRANSKRIP

J mudah nak kira cikgu! Best sikit kalau ada barang macam tu. Baru semangat nak buat tambah tu.(sambil buat gaya sedang memindahkan batang aiskrim) D Guna batu cikgu! Tapi tak best la sebab berat. Kecil

pula tu. Batang ais krim tu ringan. Senang nak ambil lepas tu senang nak kira

(59)

59 Rajah 24 menunjukkan transkrip yang menunjukkan minat peserta kajian. Berdasarkan rajah, peserta kajian J lebih bersemangat untuk melakukan penambahan dengan pengumpulan semula. “Bersemangat” merupakan indikator utama yang saya

gunakan untuk menyatakan bahawa murid tersebut sudah minat dengan teknik kuasa 10 tersebut. Di samping itu, berdasarkan pemerhatian saya pelajar ini membuat gaya seperti sedang memindahkan batang aiskrim. Ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini sudah berada di ingatannya dan memindahkan batang aiskrim dari satu bekas ke dalam bekas yang lain merupakan kesukaannya dalam teknik kuasa 10 ini. Selain itu, berdasarkan kenyataan peserta kajian ini saya dapat menyimpulkan bahawa minatnya terhadap penyelesaian penambahan dengan pengumpulan semula ini semakin bertambah apabila menggunakan bahan bantu mengajar ini. Kenyataan peserta kajian ini semakin kukuh apabila di sokong oleh kenyataan peserta kajian D yang sudah membayangkan keadaan batang ais krim yang ringan, mudah dipindahkan dan kemudian boleh terus dikira. Secara tidak langsungnya, peserta kajian ini ada membuat perbandingan antara penggunaan batu dan juga penggunaan batang ais krim. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian saya lebih memilih batang ais krim kerana keadaannya yang ringan dan mudah dipindah. Ini menandakan bahawa alat bantu mengajar yang digunakan ini berada kuat di ingatan peserta kajian saya.

(60)

60 GURU Ok, hari ini kita buat cara yang lagi advance. Sama macam

yang kita buat hari itu, tetapi ini tak guna kad besar tu dah. D Ala cikgu. Kenapa tak guna kad besar tu?

I Haah la cikgu. Kan senang guna benda tu. J Kita guna kad tu je la cikgu.

Rajah 25 . Transkrip temu bual

(61)

61 8.2.2 Kaedah pengumpulan data : soal selidik

Kaedah pengumpulan data yang seterusnya ialah soal selidik. Soal selidik digunakan untuk menyokong maklumat yang diberi oleh murid semasa sesi temu bual berlangsung. Soal selidik yang telah diberi kepada murid boleh dirujuk dalam lampiran 14. Setiap soalan dalam soal selidik telah dibahagikan kepada dua kod. Kod yang pertama ialah minat dan kod ke-dua ialah perasaan. Soal selidik yang diberi kepada peserta kajian terdiri daripada 10 item. Lima item daripadanya dikategorikan kepada kod minat dan lima item lagi dikategorikan kepada kod perasaan. Kod 1 ialah minat dan kod 2 ialah perasaan.

8.2.2.1 Kod : minat

Terdapat lima soalan yang dikodkan sebagai kod minat. Rajah 26 menunjukkan item yang terlibat.

ITEM SOALAN

1 Adakah teknik kuasa 10 yang baru diperkenal menarik minat anda? 2 Jika ya, apakah perkara yang menyebabkan teknik tersebut menarik? 4 Ini bukan satu-satunya cara yang boleh saya gunakan untuk menjawab

soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

7 Saya juga boleh menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan cara lain.

10 Adakah anda akan terus menggunakan teknik ini pada masa akan datang?

(62)

62 Item 1 dan 2 saling berkait rapat. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi

kedua-dua item tersebut. Semua peserta kajian saya berpendapat bahawa teknik kuasa 10 ini dapat menarik minat mereka. Seterusnya, bagi item yang ke-dua, semua peserta kajian saya menyatakan bahawa alat bantu mengajar yang bersifat mudah dibilang dapat menarik minat mereka.

Item 4 dan 7 juga saling berkait rapat. Semua peserta kajian saya menjawab “tidak” bagi item 4 iaitu “ini bukan satu-satunya cara yang boleh saya gunakan untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.” Hal ini

bermakna 100% peserta kajian saya menyatakan bahawa ini merupakan satu-satunya cara yang boleh mereka gunakan untuk menjawab soalan penambahan dengan pengumpulan semula dengan betul. Setelah ditemubual, mereka menyatakan bahawa mereka tahu ada cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah penambahan dengan pengumpulan semula. Namun begitu, cara tersebut susah untuk difahami.

Bagi item 10, soalan ini juga ada ditanya ketika sesi temu bual sedang berlangsung. Semua peserta kajian saya menyatakan bahawa mereka akan menggunakan teknik ini pada masa akan datang walaupun kajian ini telah tamat. Kenyataan ini disokong lagi dengan jawapan kepada item ini dalam soal selidik. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item ini. Ini bermakna mereka benar-benar berminat untuk

(63)

63 Kesimpulannya, berdasarkan kelima-lima item yang dikategorikan sebagai kod minat menunjukkan hasil yang positif. Saya dapat menyimpulkan bahawa semua peserta kajian saya mempunyai minat yang tinggi untuk menggunakan teknik kuasa 10 ini.

8.2.2.2 Kod : perasaan

Kategori yang ke-dua ialah perasaan. Jadual menunjukkan item nombor 3, 5, 6, 8 dan 9 merupakan item yang dikategorikan dalam kod perasaan.

ITEM SOALAN

3 Saya berasa sangat seronok menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik kuasa 10.

5 Saya berasa sangat bosan apabila menggunakan teknik ini untuk menyelesaikan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. 6 Teknik lain yang dipelajari sebelum ini meyeronokkan

8 Teknik kuasa 10 ini lebih sukar dari teknik yang dipelajari sebelum ini.

9 Dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula.

Rajah 27 . Item yang termasuk dalam kod perasaan

Berdasarkan rajah 27, dapat dilihat soalan yang ke-tiga merupakan soalan yang jelas dan mudah difahami. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item nombor 3 ini iaitu, “saya berasa sangat seronok menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik kuasa 10.” Sudah jelas bahawa semua peserta kajian saya mempunyai perasaan

seronok apabila menggunakan teknik kuasa 10 yang baru diperkenal ini.

(64)

64 ini, saya dapat menyimpulkan bahawa peserta kajian saya berpendapat bahawa mereka mempunyai perasaan yang lebih seronok dan gembira apabila menggunakan teknik kuasa 10 berbanding teknik-teknik lain yang telah dipelajari sebelum ini. Hal ini demikian kerana teknik yang dipelajari sebelum ini sukar untuk difahami.

Item terakhir yang dikodkan sebagai kod perasaan ialah item 9 iaitu “saya gembira kerana dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan yang melibatkan pengumpulan semula”. Bagi item ini, 4 daripada 5 orang peserta kajian saya menjawab “ya” manakala lagi seorang menjawab “tidak”. Berdasarkan temu bual saya, murid ini memberikan alasan dengan mengatakan “saya gembira bila guna kaedah ini.

Tetapi saya rasa tidak gembira kerana kadang-kadang ada soalan yang bila saya buat, jawapannya salah. Kena buat lagi sekali”. Hal ini bermakna sebenarnya pelajar ini

(65)

65 8.2.3 Kaedah pengumpulan data : pemerhatian

Dua senarai semak telah pun disediakan iaitu senarai semak respons negatif dan senarai semak respons positif seperti yang terdapat dalam lampiran 9. Melalui kedua-dua senarai semak yang telah saya tanda, saya dapati peserta kajian lebih banyak memberikan respons yang negatif berbanding respons yang positif semasa sebelum intervensi. Jadual 3 menunjukkan kekerapan respons yang diberikan oleh murid sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

Jadual 3

Kekerapan respons negatif murid sebelum dan selepas intervensi

Bil Respons Bilangan peserta kajian Sebelum

(66)

66 Jadual 4

Kekerapan respons positif murid sebelum dan selepas intervensi

Bil Respons Bilangan peserta kajian

Sebelum intervensi Selepas intervensi

1 Yakin menjawab soalan 0 5

2 Tersenyum 0 4

3 Terus menjawab 2 4

4 Tidak bertanya rakan 0 5

Jadual 4 menunjukkan kekerapan respons positif sebelum dan selepas intervensi. Berdasarkan dua jadual, (jadual 3 dan jadual 4) saya dapat simpulkan bahawa peserta kajian saya lebih memberi respons yang positif terhadap teknik kuasa 10.

(67)

67

Rajah 29 . Graf perubahan respons positif peserta kajian

Rajah 28 merupakan graf perubahan respons negatif manakala rajah 29 merupakan graf perubahan respons positif. Berdasarkan kedua-dua graf yang telah dibuat, dapat dilihat dengan jelas bahawa peserta kajian saya lebih banyak memberikan respon yang positif selepas intervensi dilaksanakan. Peserta kajian saya sudah berasa lebih yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Bagi menyokong lagi hasil yang diperoleh, nota lapangan telah dicatat pada setiap pemerhatian yang dirasakan boleh membantu untuk menyokong hasil senarai semak ini. Rajah 30 merupakan rajah catatan nota lapangan :

(68)

68 Masa : 10.15 pagi

Tempat : Bilik ICT

Masa pemerhatian : 30 minit Peristiwa / aktiviti yang berlaku :

Peserta kajian D ada mengatakan, “ala senang je ni..” Peserta kajian I kelihatan tenang sekali menyelesaikan masalah penambahan dengan pengumpulan semula.

Mengangkat tangan untuk menyatakan jawapan. Peserta kajian mengatakan “yeay” apabila saya memberi soalan lain untuk dicuba dan dijawab. Peserta kajian meminta soalan lain lagi untuk dijawab

Semasa fasa separa konkrit, peserta kajian kelihatan teruja dengan kaedah menggunakan “sticky note”.

Senang

Rajah 30 . Catatan nota lapangan

(69)

69 9.0 DAPATAN KAJIAN DAN PEBINCANGAN

9.1 Soalan kajian 1

“Adakah teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat

dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?”

Berdasarkan analisis data, saoalan kajian ini telah saya jawab dengan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu ujian dan analisis dokumen.

9.1.1 Kaedah pengumpulan data : ujian dan analisis data

(70)

70

Rajah 31 . Graf peratus perubahan ujian

Berdasarkan rajah 31, boleh dilihat dengan jelas peserta kajian D dan I mengalami perubahan yang ketara iaitu dengan 90% perubahan. Hal ini bermakna, dengan menggunakan soalan yang sama dalam ujian sebelum intervensi, kedua-dua peserta kajian ini berjaya mendapat markah penuh untuk ujian selepas intervensi. Diikiuti pula dengan peserta kajian S dan K yang berjaya mengalami peratus perubahan masing-masing sebanyak 80% dan 70%. Bagi peserta kajian J pula, peserta kajian ini berjaya membuat perubahan sebanyak 50%. Saya sudah menetapkan target saya sendiri iaitu semua peserta kajian saya mesti mempunyai peratus perubahan sekurang-kurangnya 60%. Peserta kajian J merupakan peserta kajian yang mempunyai peratus perubahan yang paling rendah.

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap peserta kajian ini, dia merupakan peserta kajian yang paling senyap berbanding peserta-peserta kajian lain. Sepanjang kajian dijalankan, saya dapati peserta kajian ini sering diperkecil-kecilkan oleh rakan-rakannya

(71)

71 yang lain. Namun begitu, dia tidak memberi sebarang respon. Sebagai guru, saya menegur sikap mereka supaya tidak memperlekehkan orang lain. Kejadian ini sering berulang dan saya yakin bahawa situasi seperti inilah yang menyebabkan peserta kajian ini tidak bersemangat untuk terus belajar. Menurut Kamaruddin Ali (dipetik dari Kae, 2010) menyatakan bahawa minat merupakan faktor yang penting dalam mempelajari semua mata pelajaran di sekolah. Jika perkara ini berterusan berlaku, maka ini akan memberi kesan kepada peserta kajian J.

Bagi peserta kajian D dan I pula, pencapaian mereka amat memberangsangkan. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati kedua-dua peserta kajian ini bersungguh-sungguh dalam usaha untuk memahami teknik kuasa 10 yang diperkenalkan. Selain itu, semasa sesi pertemuan bersama peserta kajian dilakasanakan, saya dapati mereka merupakan peserta kajian yang tidak malu untuk bertanya dan sering membantu rakan lain jika rakan lain menghadapi masalah.

(72)

72

Rajah 32 . Graf peningkatan markah peserta kajian dalam lembaran

Berdasarkan jadual 5 dan rajah 32, dapat dilihat dengan jelas bahawa semua peserta kajian saya melalui peningkatan sepanjang kajian dijalankan. Saya berasa sangat gembira dan hasil dalam pemantauan analisis dokumen ini sangat membantu dalam menyokong hasil dalam ujian sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini dapat membantu murid tahun empat menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula.

(73)

73 9.2 Soalan kajian 2

“Apakah respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10 dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula?”

Berdasarkan analisis data, soalan kajian ini telah saya jawab dengan menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

9.2.1 Kaedah pengumpulan data : temu bual, soal selidik dan pemerhatian.

Bagi mengetahui respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10, saya telah melaksanakan temu bual. Soal selidik pula dilaksanakan untuk memastikan sama ada jawapan yang diberi dalam temu bual boleh digunapakai. Soalan yang diajukan dalam temu bual dan soal selidik juga adalah hampir serupa.

(74)

74 Selain itu, mereka sangat berminat dengan alat bantu mengajar yang saya gunakan. Mereka berasa seronok menggunakan alat bantu mengajar kerana alat tersebut mempunyai ciri fizikal yang mesra pelajar iaitu bersaiz besar, mudah dibilang dan berwarna-warni. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berasa bosan dengan alat-alat bantu mengajar yang saya gunakan dalam teknik kuasa 10 ini.

Soal selidik pula dilaksanakan bertujuan untuk melihat sama ada jawapan yang diberi semasa temu bual mempunyai perbezaan atau tidak dengan jawapan kepada soalan dalam borang soal selidik. Berdasarkan borang soal selidik, saya sudah pun membahagikan soalan-soalan kepada dua kod yang utama iaitu minat dan perasaan. Soalan yang berada di bawah kod minat ialah item nombor 1, 2, 4, 7 dan 10.

Rajah 33 . Item 1 dan 2 dalam soal selidik

Rajah 33 menunjukkan item 1 dan 2 dalam borang soal selidik. Kelima-lima peserta kajian saya telah menjawab “ya” bagi soalan ini. Hal ini bermakna semua

peserta kajian saya bersetuju bahawa teknik kuasa 10 yang beru diperkenalkan kepada mereka sangat menarik minat mereka untuk terus berusaha memahami tajuk penambahan nombor dengan pengumpulan semula. Pada item yang kedua, kelima-lima

ITEM 1 DAN 2 :

1. Adakah teknik kuasa 10 yang baru diperkenal menarik minat anda?

2. Jika ya, apakah perkara yang menyebabkan teknik tersebut menarik?

(75)

75 peserta kajian saya mengatakan bahawa mereka berminat dengan alat bantu mengajar ini kerana pembilangnya mudah untuk di bilang. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, salah seorang peserta kajian saya menyatakan bahawa teknik kuasa 10 ini mudah kerana dia lihat akan nilai yang sebenar dan dia sudah faham akan proses pemindahan nilai kepada rumah yang seterusnya berlaku.

Rajah 34 . Item 4 dan 7 dalam soal selidik

Rajah 34 menunjukkan item 4 dan item 7. Semua peserta kajian saya menjawab “tidak” bagi kedua-dua item di atas. Hal ini bermakna peserta kajian saya merasakan

bahawa mereka tidak berminat untuk menyelesaikan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik lain. Berdasarkan hasil temu bual saya bersama peserta kajian, saya dapati mereka sebenarnya tahu masih ada lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula ini. Tetapi mereka tidak tahu menggunakan teknik itu walaupun telah diajar oleh guru matematik mereka. Hal ini demikian kerana apabila menggunakan teknik lain, mereka tidak jelas akan nilai yang dikumpul semula pada

ITEM 4 DAN 7 :

4. Ini bukan satu-satunya cara yang boleh saya gunakan untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

(76)

76 rumah yang seterusnya. Melalui teknik kuasa 10 ini, peserta kajian sudah mula menyedari sebab berlakunya pengumpulan semula.

Rajah 35 . Item 10 dalam soal selidik

Rajah 35 menunjukkan item 10 yang terdapat dalam borang soal selidik. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item ini. Hal ini bermakna mereka bersetuju

untuk menggunakan teknik kuasa 10 ini walaupun kajian ini telah berakhir. Semasa temu bual dijalankan, saya turut bertanyakan soalan yang sama seperti ini. Semua peserta kajian saya menjawab dengan begitu bersemangat sekali bahawa mereka tetap akan menggunakan teknik kuasa 10 ini walaupun kajian sudah tamat.

Berdasarkan semua contoh dan bukti yang diberi, jelas menunjukkan bahawa peserta kajian saya mempunyai minat terhadap teknik kuasa 10 ini. Saya yakin dan percaya, jika diberi masa yang lebih panjang pasti mereka akan mahir dalam tajuk penambahan nombor dengan melibatkan pengumpulan semula ini.

Soalan yang berada di bawah kod perasaan ialah item nombor 3, 5, 6, 8 dan 9.

Rajah 36 . Item 3 dalam soal selidik ITEM 10

10. Adakah anda akan terus menggunakan teknik ini pada masa akan datang?

ITEM 3

(77)

77 Rajah 36 menunjukkan item 3. Item 3 telah dikategorikan kepada kod perasaan. Item 3 merupakan soalan yang jelas. Item ini tidak memerlukan peserta kajian berfikir banyak kali untuk menjawabnya. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item

ini. Hal ini bermakna mereka sangat seronok menggunakan teknik kuasa 10 ini untuk menyelesaikan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Kenyataan ini disokong lagi dengan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian untuk item 5.

Rajah 37 . Item 5 dalam soal selidik

Rajah 38 . Item 6 dalam soal selidik

Sebenarnya, item 3, (rajah 36) item 5 (rajah 37) dan item 6 (rajah 38) memberikan maksud yang sama. Namun begitu, item 3 lebih berbentuk positif dan item 5 dan ietm 6 berbentuk negatif. Tujuan soalan ini ditanya adalah untuk mengetahui

ITEM 5

5. Saya berasa sangat bosan apabila menggunakan teknik ini untuk menyelesaikan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.

ITEM 6

(78)

78 tentang perasaan mereka ketika menggunakan teknik kuasa 10 ini. Pada item 3, semua peserta kajian saya menjawab “ya”. Secara logiknya, bagi item 5 dan item 6 pula semua peserta kajian saya akan menjawab “tidak”. Hal ini barulah boleh menyokong dengan

kukuh bahawa sebenarnya mereka sangat seronok apabila menggunakan teknik kuasa 10 ini dan kejujuran mereka dalam menjawab soal selidik sangat boleh dipercayai. Berdasarkan hasil analisis soal selidik, saya dapati semua peserta kajian saya menjawab “tidak” bagi item 5 dan item 6. Ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 sangat

menyeronokkan bagi mereka.

Rajah 39 . Item 8 dalam soal selidik

Rajah 39 menunjukkan item 8 dalam soal selidik. Soalan ini juga merupakan soalan yang telah dikategorikan dalam kod perasaan. Kesukaran sesuatu teknik akan menyebabkan hilangnya motivasi dalam diri murid untuk terus belajar. Hal ini dibuktikan oleh Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) yang mengatakan bahawa kemungkinan ada lagi faktor lain yang menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan salah satu faktornya ialah gaya pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, gaya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid berasa kurang motivasi untuk belajar mata pelajaran tersebut. Murid akan berasa mata pelajaran tersebut susah dan seterusnya, murid tersebut langsung tidak gembira untuk belajar.

ITEM 8

(79)

79 Jadi, sesuatu mata pelajaran itu perlu dicari langkah mudahnya terlebih dahulu sebelum diajar kepada murid. Bagi item ini, semua peserta kajian saya telah menjawab “tidak”

dan ini bermakna mereka semua bersetuju bahawa kaedah yang digunakan sebelum ini lebih sukar. Apabila lebih sukar, maka mereka tidak berasa gembira dan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.

Item yang terakhir iaitu item 9, “dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula”. Hanya 4 dari 5 peserta kajian saya yang

menjawab “ya” bagi item ini. Saya telah membuat temu bual bersama sorang peserta kajian yang menjawab “tidak” bagi mengetahui masalah sebenar peserta tersebut.

Sebenarnya, peserta tersebut ialah peserta J yang mana telah mengalami masalah sejak awal lagi. Setelah ditanya, sebenarnya dia berasa tidak gembira kerana dia tidak seperti rakan-rakannya yang berjaya mendapat jawapan dengan cepat dan berjaya mendapat jawapan betul pada pertama kali percubaan. Sebaliknya, dia harus mencuba sehingga kali ke dua dan ke-tiga untuk mendapat jawapan yang tepat.

Seperti yang telah dibincangkan pada tajuk yang lepas, peserta kajian ini sememangnya mempunyai keupayaan yang rendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Saya berpendapat, jika peserta kajian ini dibimbing dengan masa yang lebih panjang, peserta kajian ini akan turut sama cekap seperti peserta-peserta kajian yang lain. Jadi, ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini mendapat respons yang positif dalam kalangan peserta kajian.

(80)
(81)

81 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.1 Refleksi terhadap murid

Berdasarkan hasil kajian saya, saya dapati bahawa teknik kuasa 10 ini sangat membantu peserta kajian saya dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Teknik kuasa 10 ini mempunyai kelebihan yang tersendiri yang boleh membuatkan peserta kajian saya mencapai perubahan hingga tahap maksimum. Seperti yang telah diketahui, tajuk penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula merupakan tajuk yang sukar untuk digambarkan dengan bahan konkrit. Berdasarkan pengalaman saya, guru hanya mengajar saya dan rakan untuk menggunakan jari dan simpan nilai di kepala sahaja. Bagi murid yang tinggi tahap pencapaiannya, sudah tentu mereka boleh menerima kaedah tersebut dengan mudah. Namun begitu, bagi murid yang mempunyai tahap pencapaian yang rendah, kaedah tradisional seperti itu ini sukar untuk diterima.

(82)

82 ringan, bersaiz besar, berwarna-warni dan pembilangnya mudah untuk dibilang. Berdasarkan temu bual saya bersama peserta kajian saya, mereka menyatakan bahawa mereka berasa sangat seronok apabila menyelesaikan masalah menggunakan alat bantu mengajar ini. Selain itu, mereka juga berasa teruja dengan alat bantu mengajar pada peringkat ini kerana sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan dengan mana-mana kaedah seperti ini.

Secara keseluruhannya, saya yakin dan percaya bahawa penggunaan teknik kuasa 10 ini sangat membantu peserta kajian saya dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula.

10.2 Refleksi terhadap diri

(83)

83 Saya perlu menyediakan teknik yang sangat mudah untuk murid dan memberi murid pengalaman bermakna ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengalaman yang bermakna akan menyebabkan murid lebih mengingati pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.

Gambar

GAMBAR PERISTIWA

Referensi

Dokumen terkait

Setelah calon mahasiswa baru telah selesai melakukan simpan permanen pada isian SIPMABA ITS, proses selanjutnya adalah proses verifikasi, dimana data yang telah

Berkenaan dengan berakhirnya PPL yang telah di jalani selama kurang lebih 3 bulan di SMA Negeri 2 Semarang, praktikan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah

Berdasarkan data-data yang telah tersaji di atas, penelitian ini membuktikan bahwa penerapan metode pembelajaran value clarification technique (VCT) dapat

Pendekatan Urban Tourism Melalui Analisis Geografi.... Kemenarikan Urban Tourism

Bersama timnya, dihadapan para ulama tersebut Sutiman menyampaikan bahwa pihaknya Bersama timnya, dihadapan para ulama tersebut Sutiman menyampaikan bahwa pihaknya telah

Alamat Kuasa : K&K ADVOCATES - intellectual property KMO Building, Fl. Kyai Maja No.. Alamat Pemohon : 104-2, Goldenroot-ro, Juchon-myeon, Gimhae-si, Gyeongsangnam-do,

Bimbingan 4 3 2 1 Pengetahuan Peserta didik menunjukkan pemahaman materi yang sangat baik dalam tahapan pengamatan Peserta didik menunjukkan pemahaman materi yang baik

Tujuan dari pelaksanaan penelitian tindakan kelas ini adalah untuk mengetahui efektivitas suatu metode/model pembelajaran dan media pembelajaran yang digunakan dalam proses