GRAF PERATUS PERUBAHAN UJIAN
ITEM SOALAN
9 Dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula.
10.2 Refleksi terhadap dir
Sepanjang melaksanakan kajian ini saya telah menyedari satu perkara bahawa keupayaan intelek setiap pelajar adalah tidak sama. Meskipun mereka berada dalam kelas yang sama, tetapi mereka tetap mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Sebagai seorang bakal guru yang menginginkan kejayaan kepada murid-murid, saya perlu menyediakan satu kaedah atau teknik yang sangat membantu murid-murid dalam pelajaran. Hal ini bukan hanya tertumpu kepada satu tajuk sahaja. Malah, setiap tajuk yang dirasakan bermasalah, guru perlulah memikirkan cara yang berkesan, kreatif dan inovatif untuk memastikan murid-murid meraih kejayaan. Selain itu, melalui kajian ini juga saya menyedari bahawa sebagai seorang bakal guru saya perlu bersungguh- sungguh membantu murid yang bermasalah dan tidak hanya membantu separuh jalan sahaja.
83 Saya perlu menyediakan teknik yang sangat mudah untuk murid dan memberi murid pengalaman bermakna ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pengalaman yang bermakna akan menyebabkan murid lebih mengingati pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.
Kajian ini juga membolehkan saya menambahbaik amalan kendiri saya sebagai seorang guru Matematik. Hal ini demikian kerana setelah menyedari akan masalah yang dihadapi oleh murid, saya mula membuat pembacaan dan kajian terhadap tajuk penambahan yang melibatkan pengumpulan semula. Saya mula mencari kajian-kajian yang pernah dijalankan sebelum ini dan mencuba mencari inspirasi dari setiap kajian lepas. Kemudian, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa tinjauan masalah dilakukan, saya dapati murid kelas saya tidak berminat dengan mata pelajaran Matematik. Jadi, saya mula membaca mengenai punca yang menyebabkan Matematik tidak disukai oleh kebanyakan pelajar. Saya juga berusaha mencari kaedah untuk membuatkan murid saya minat dengan mata pelajaran ini. Berdasarkan pemerhatian saya di dalam kelas, saya dapati murid-murid saya sangat aktif semasa saya menjalankan aktiviti berkumpulan dan bermain dengan bahan-bahan maujud. Jadi, dari situlah saya mula mendapat idea bahawa kaedah yang saya perkenalkan mesti melibatkan penggunaan bahan maujud. Oleh sebab itulah terhasilnya teknik kuasa 10 ini.
84 10.3 Refleksi terhadap pembelajaran Matematik
Seterusnya, hasil dari kajian ini saya dapat mempelajari tentang kaedah sebenar yang perlu dilakukan untuk mengajar topik penambahan. Saya menyedari bahawa penggunaan alat bantu mengajar sangat diperlukan untuk mengajar topik yang sangat sukar dijelaskan. Hal ini telah disarankan oleh Clements, 1999 (dipetik dari Cogginds, et al, 2007) yang menyatakan bahawa penggunaan bahan konkrit dan maujud dalam pengajaran mampu memberi pelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak Selain itu, saya menyedari akan kepentingan pembelajaran aktif. Pemebelajaran aktif ini sangat penting utnuk diamalkan supaya murid tidak berasa bosan ketika belajar. Melalui kajian ini juga saya mulai sedar mengapa Kementerian Pelajaran sangat menekankan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini demikian kerana jika murid tidak berfikir, murid tidak akan dapat memahami konsep matematik.
Akhir sekali, sepanjang kajian ini dijalankan pelbagai pengalaman yang telah saya perolehi. Pengalaman-pengalaman yang saya kutip pada hari ini berguna untuk saya yang bergelar seorang bakal guru dan sudah pastinya pengalaman membuat kajian tindakan ini berguna untuk saya ketika saya ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.
Di akhir kajian ini, saya sangat berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai oleh peserta-peserta kajian saya. Saya juga berasa bangga kerana saya sendiri mampu untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dan
menyediakan satu teknik yang dapat membantu mereka. Jika saya sendiri tidak berusaha untuk mengenalpasti masalah mereka, maka murid-murid saya masih lagi
85 berhadapan dengan masalah ini. Hal ini seterusnya akan menjejaskan pembelajaran
86 11.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tindakan ini telah berakhir dengan jayanya. Berdasarkan triangulasi pengumpulan data, jelas menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini dapat membantu meningkatkan penguasaan murid tahun empat dalam menambah nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, hasil kutipan data menunjukkan semua peserta kajian memberi respons yang sangat positif terhadap teknik kuasa 10 ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk kajian yang seterusnya.
Cadangan yang pertama, saya berpendapat bahawa teknik kuasa 10 ini perlu didedahkan kepada pelajar linus. Hal ini demikian kerana pelajar linus mempunyai keupayaan mengira yang rendah. Jadi, dengan bantuan teknik kuasa 10 ini, akan memudahkan pelajar-pelajar ini menguasai topik penambahan. Hal ini lebih menunjukkan pada fasa konkrit teknik kuasa 10. Dalam fasa konkrit, pelajar linus bukan sahaja boleh menguasai penambahan dengan pengumpulan sahaja, malah juga tajuk penambahan tanpa pengumpulan semula. Jadi, guru matematik yang terlibat dengan pelajar linus boleh menggunakan alat bantu mengajar dalam fasa konkrit untuk mengajar topik penambahan tanpa pengumpulan semula, kemudian barulah topik
87 semula. Saya yakin bahawa pelajar-pelajar linus akan lebih mempunyai rasa seronok dan bersemangat untuk belajar matematik.
Seterusnya, saya ingin mencadangkan supaya sasaran teknik ini akan lebih diluaskan. Hal ini bermakna teknik ini bukan sahaja didedahkan kepada peserta kajian yang telah dipilih sahaja, malah turut didedahkan kepada keseluruhan kelas. Menurut Meister (1998), seseorang murid mampu mencapai 75% apa yang dipelajari apabila adanya unsur “practice by doing” atau murid melakukan sendiri apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran pada hari itu. Jadi, apabila guru mendedahkan teknik ini kepada keseluruhan ahli kelas secara tidak langsung guru akan dapat membantu meningkatkan minat pelajar lain dan meingkatkan prestasi matematik bagi kelas itu.
Melalui dua cadangan kajian yang telah dicadangkan, saya yakin bahawa semua pelajar boleh mendapat ilmu yang sama. Mereka juga akan dapat pengalaman belajar secara seronok dan ini sudah tentu dapat mengubah persepsi mereka terhadap ilmu matematik. Selain itu, melalui cadangan kajian yang dicadangkan, saya yakin bahawa teknik kuasa 10 ini boleh ditambahbaik lagi oleh guru-guru yang menggunakannya. Hal ini demikian kerana teknik kuasa 10 ini boleh diubahsuai bila-bila masa sahaja asalkan sesuai dengan kumpulan sasaran seseorang guru. Saya juga berharap supaya teknik kuasa 10 ini akan terus digunakan oleh mana-mana pihak supaya dapat mebantu murid- murid sekolah rendah menguasai ilmu asas matematik ini.
88 SENARAI RUJUKAN
Ahmet, C. (2008). Attitudes, Motivation and Study Habits of English Language Learners. Diakses dari http://etd.lib.metu.edu.tr/upload/12609907/index.pdf Aniza Nordin & Mazlan Ibrahim (2012). “Step Ladder Addition” Sebagai Kaedah
Alternatif bagi Penambahan Melibatkan Pengumpulan Semula Nombor Empat Digit. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/123103223/m
Bruner J. (1996). The Culture of Education. Cambridge : Harvard University Press. Chua, L. I. (2005). Jari dan Kertas Warna untuk Membaiki Kemahiran Penambahan
Secara Kumpul Semula di Kalangan Murid Tahun 2 dalam Nombor Lingkungan 1000. Diakses dari
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005 %20C Coggins, D., Kravin, D., Coates, G.D. & Carrol, M.D. (2007). English Language
Learners in the Mathematics Classroom. California : Corwin Press.
Dienes, Z. (1960). Building Up Mathematics. Diakses dari www.building_up_mathematics.html?id=9DY6AAAAMAAJ&redir_esc y Fierro R.D (2013). Mathematics for Elementary School Teachers. United States
:Charlie Van Wagner.
Hajijah Hassan (2008). Kaedah Mesra Warna dalam Kalangan Murid Tingkatan Lima.
Diakses dari http://www.scribd.com/doc/177714198/Hajijah-Hasan-2
Hamizi Mahpop & Pumadevi Sivasubramaniam (2010). Addition of Whole Numbers with Regrouping Using the Soroban. Diakses dari http://ac.elscdn.com/S187 7042810021129/1s2.0S1877042810021129main.pdf?_tid=a3357176
bb9911e380900000aacb362&acdnat=1396575609_33084dbc821392e89e16017 fedc1a9
Kae, W.J. (2010). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembelajaran Matematik Tambahan dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Diperoleh Ogos 5, 2014,daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_201 _955 b45cd 326f584208a440085b8edc2fe0.pdf
Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Maccoby E.E (1966). The Development of Sex Differences. United States of America :Stanford University Press.
Meister, J.C. (1998). Lessons in Building a World-class Work Force. New York : Mc Graw Hill.
Muhyiddin Haji Yassin (2011). Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.
89 Nabila (2013). Maksud, tujuan dan kepentingan penilaian diagnostik. Diperoleh Jun
20, 2014,daripada http://notapendidikankhasku.blogspot.com/2013/0/maksud tujuan-dankepentingan-ujian.html
Norma Hassan (2004). Hubungan di antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan Minat Pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Kem Pengakalan
Chepa Kelantan. Diperoleh dari
http://www.slideshare.net/hudaliciouss/hubungan-di-antara-penggunaan baha bantu-mengajar-dengan-minat-pelajar-tahun-lima-di-sekolah kebangsaan kempengkalan-chepa-kelantan
Sabri Ahmad & Tengku Zawawi (2006). Isu-isu dalam Pendidikan Matematik.
Cheras, Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors.
Siti Aminah Jukim (2012). Penggunaan Strategi “Kenapa Tambah 1?” bagi
Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 2 dalam Penambahan Melibatkan
Pengumpulan Semula . Diakses dari
http://www.scribd.com/doc/112119571/Penulisan PenuhKajian Tindakan SitiAminah-Binti-Jukim
Swan P. & White G. (2013). Developing Mathematics with Base Ten. Western ` Australia : R.I.C Publications
Wenyuan Gu (2001). The Lattice Method Used in Teaching Multiplication with Whole Numbers and Decimals to Students with Learning Disabilities.
Massachusetts : Department of Special Education. Diakses daripada ERIC. (ED457000)
Yagci, F (2010). The Effect of Instruction with Concrete Models on Eighth Grade Students. Diakses dari http://etd.lib.metu.edu.tr/upload/12612615/index.pdf
90 LAMPIRAN A
BORANG SENARAI SEMAK (TINJAUAN MASALAH)
BIL KRITERIA SETUJU JUMLAH
1 Tidak menumpukan perhatian di dalam kelas
2 Tidak memberi kerjasama ketika guru menyuruh menyelesaikan masalah di hadapan kelas
3 Tidak bekerjasama dalam kumpulan 4 Murid kelihatan bosan ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung
5 Murid kelihatan bersemangat dalam aktivti berkumpulan
91 LAMPIRAN B
LEMBARAN KERJA ( TINJAUAN MASALAH )
2357 + 458 = 3488 + 475 =
6782 + 578 =
1877 + 765 =
92 LAMPIRAN C „UJIAN DIAGNOSTIK 42 303 + 95 = 41045 + 395 = 24 011 +3655 + 41 048 = 10 285 + 29 420 + 51 118 = 42 317 + 25 708+ 16 420 =
93 15 612 + 30 800 + 16 285 = 28 516 + 10 712 + 9435 =
32 599 + 2348 =
18 485 + 2 477 =
94 LAMPIRAN D JAWAB SEMUA SOALAN
1) 385 + 318 = 2) 275 + 857 = 3) 3 755 + 478 = 4) 3 911 + 459 = 5) 23 588 + 3735 =
95 LAMPIRAN E 1) 3 256 + 227 = 2) 17 253 + 11 147 = 3) 23 358 + 15 274 = 4) 40 581 + 17 371 = 5) 34 482 + 10 319 =
96 6) 41 354 + 12 547 = 7) 37 188 + 13 413 = 8) 54 237 + 32 384 = 9) 21 337 + 24 455 = 10) 43 251 + 121 229 =
97 LAMPIRAN F 1) 2 344 + 867 = 2) 10 632 + 23 893 = 3) 21 683 + 21 845 = 4) 53 925 + 10 245 = 5) 26 461 + 51 973 = 6) 43 257 + 12 723 =
98 LAMPIRAN G Berikut merupakan soalan yang ditanya ketika temu bual dilaksanakan
SOALAN JAWAPAN CATATAN
Adakah teknik kuasa 10 ini dapat membantu anda
dalam memahami
penambahan yang
melibatkan pengumpulan semula?
Bagaimanakah teknik ini dapat membantu anda? Apakah perasaan anda semasa menyelesaikan
masalah dengan
menggunakan teknik ini? Adakah anda pernah didedahkan dengan teknik seperti ini?
Adakah terdapat perbezaan antara teknik yang baru diperkenalkan ini dengan teknik yang pernah anda pelajari sebelum ini?
99 Apakah perbezaan yang ada
antara teknik kuasa 10 ini dengan teknik yang lain? Adakah anda akan terus menggunakan teknik ini selepas tamat kajian ini?
100 LAMPIRAN H
BIL SOALAN JAWAPAN
YA TIDAK
1 Adakah teknik kuasa 10 yang baru diperkenal menarik minat anda?
2 Jika ya, apakah perkara yang menyebabkan teknik tersebut menarik?
Menggunakan alat yang : berwarna-warni ( ) mudah di bilang ( ) saiz yang sesuai ( ) 3 Saya berasa sangat seronok menyelesaikan masalah
dengan menggunakan teknik kuasa 10.
4 Ini bukan satu-satunya cara yang boleh saya gunakan untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.
5 Saya berasa sangat bosan apabila menggunakan teknik ini untuk menyelesaikan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.
6 Teknik lain yang dipelajari sebelum ini meyeronokkan. 7 Saya juga boleh menjawab soalan penambahan yang
melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan cara lain.
8 Teknik kuasa 10 ini lebih sukar dari teknik yang dipelajari sebelum ini.
9 Dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula.
10 Adakah anda akan terus menggunakan teknik ini pada masa akan datang?
101 LAMPIRAN I BORANG SENARAI SEMAK RESPONS NEGATIF
Bil Respons Bilangan pesera
kajian
Peratus respons murid (%) RN 1 Menggaru kepala
RN 2 Terkial-kial menjawab soalan