GRAF PERATUS PERUBAHAN UJIAN
ITEM SOALAN
9 Dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula.
9.2.1 Kaedah pengumpulan data : temu bual, soal selidik dan pemerhatian.
Bagi mengetahui respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10, saya telah melaksanakan temu bual. Soal selidik pula dilaksanakan untuk memastikan sama ada jawapan yang diberi dalam temu bual boleh digunapakai. Soalan yang diajukan dalam temu bual dan soal selidik juga adalah hampir serupa.
Menurut Kamus Dewan (2007) respons bermaksud sambutan, reaksi atau jawapan. Jadi, dalam soalan kajian yang ke-dua, saya ingin mengkaji tentang sambutan dan respons murid terhadap penggunaan teknik kuasa 10. Respons yang diberi oleh peserta kajian boleh dilihat dari segi perasaannya apabila menggunakan teknik kuasa 10. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan saya dapati peserta kajian saya sangat gembira menggunakan teknik kuasa 10 ini. Setelah ditanya dan menganalisis transkrip temu bual antara saya dan peserta kajian, saya dapati peserta kajian berasa gembira kerana dapat menggunakan alat bantu mengajar. Mereka mengatakan bahawa amat jarang sekali mereka menggunakan alat bantu mengajar dalam mata pelajaran Matematik. Dengan menggunakan teknik kuasa 10 ini, mereka dapat menyedari bahawa mata pelajaran Matematik juga dekat dengan kehidupan seharian mereka.
74 Selain itu, mereka sangat berminat dengan alat bantu mengajar yang saya gunakan. Mereka berasa seronok menggunakan alat bantu mengajar kerana alat tersebut mempunyai ciri fizikal yang mesra pelajar iaitu bersaiz besar, mudah dibilang dan berwarna-warni. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak berasa bosan dengan alat- alat bantu mengajar yang saya gunakan dalam teknik kuasa 10 ini.
Soal selidik pula dilaksanakan bertujuan untuk melihat sama ada jawapan yang diberi semasa temu bual mempunyai perbezaan atau tidak dengan jawapan kepada soalan dalam borang soal selidik. Berdasarkan borang soal selidik, saya sudah pun membahagikan soalan-soalan kepada dua kod yang utama iaitu minat dan perasaan. Soalan yang berada di bawah kod minat ialah item nombor 1, 2, 4, 7 dan 10.
Rajah 33 . Item 1 dan 2 dalam soal selidik
Rajah 33 menunjukkan item 1 dan 2 dalam borang soal selidik. Kelima-lima peserta kajian saya telah menjawab “ya” bagi soalan ini. Hal ini bermakna semua peserta kajian saya bersetuju bahawa teknik kuasa 10 yang beru diperkenalkan kepada mereka sangat menarik minat mereka untuk terus berusaha memahami tajuk penambahan nombor dengan pengumpulan semula. Pada item yang kedua, kelima-lima
ITEM 1 DAN 2 :
1. Adakah teknik kuasa 10 yang baru diperkenal menarik minat anda?
2. Jika ya, apakah perkara yang menyebabkan teknik tersebut menarik?
75 peserta kajian saya mengatakan bahawa mereka berminat dengan alat bantu mengajar ini kerana pembilangnya mudah untuk di bilang. Berdasarkan temu bual yang dilaksanakan, salah seorang peserta kajian saya menyatakan bahawa teknik kuasa 10 ini mudah kerana dia lihat akan nilai yang sebenar dan dia sudah faham akan proses pemindahan nilai kepada rumah yang seterusnya berlaku.
Rajah 34 . Item 4 dan 7 dalam soal selidik
Rajah 34 menunjukkan item 4 dan item 7. Semua peserta kajian saya menjawab “tidak” bagi kedua-dua item di atas. Hal ini bermakna peserta kajian saya merasakan bahawa mereka tidak berminat untuk menyelesaikan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan teknik lain. Berdasarkan hasil temu bual saya bersama peserta kajian, saya dapati mereka sebenarnya tahu masih ada lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula ini. Tetapi mereka tidak tahu menggunakan teknik itu walaupun telah diajar oleh guru matematik mereka. Hal ini demikian kerana apabila menggunakan teknik lain, mereka tidak jelas akan nilai yang dikumpul semula pada
ITEM 4 DAN 7 :
4. Ini bukan satu-satunya cara yang boleh saya gunakan untuk menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.
7. Saya juga boleh menjawab soalan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula dengan menggunakan cara lain.
76 rumah yang seterusnya. Melalui teknik kuasa 10 ini, peserta kajian sudah mula menyedari sebab berlakunya pengumpulan semula.
Rajah 35 . Item 10 dalam soal selidik
Rajah 35 menunjukkan item 10 yang terdapat dalam borang soal selidik. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item ini. Hal ini bermakna mereka bersetuju untuk menggunakan teknik kuasa 10 ini walaupun kajian ini telah berakhir. Semasa temu bual dijalankan, saya turut bertanyakan soalan yang sama seperti ini. Semua peserta kajian saya menjawab dengan begitu bersemangat sekali bahawa mereka tetap akan menggunakan teknik kuasa 10 ini walaupun kajian sudah tamat.
Berdasarkan semua contoh dan bukti yang diberi, jelas menunjukkan bahawa peserta kajian saya mempunyai minat terhadap teknik kuasa 10 ini. Saya yakin dan percaya, jika diberi masa yang lebih panjang pasti mereka akan mahir dalam tajuk penambahan nombor dengan melibatkan pengumpulan semula ini.
Soalan yang berada di bawah kod perasaan ialah item nombor 3, 5, 6, 8 dan 9.
Rajah 36 . Item 3 dalam soal selidik ITEM 10
10. Adakah anda akan terus menggunakan teknik ini pada masa akan datang?
ITEM 3
3. Saya berasa sangat seronok menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknik kuasa 10.
77 Rajah 36 menunjukkan item 3. Item 3 telah dikategorikan kepada kod perasaan. Item 3 merupakan soalan yang jelas. Item ini tidak memerlukan peserta kajian berfikir banyak kali untuk menjawabnya. Semua peserta kajian saya menjawab “ya” bagi item ini. Hal ini bermakna mereka sangat seronok menggunakan teknik kuasa 10 ini untuk menyelesaikan soalan penambahan nombor yang melibatkan pengumpulan semula. Kenyataan ini disokong lagi dengan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian untuk item 5.
Rajah 37 . Item 5 dalam soal selidik
Rajah 38 . Item 6 dalam soal selidik
Sebenarnya, item 3, (rajah 36) item 5 (rajah 37) dan item 6 (rajah 38) memberikan maksud yang sama. Namun begitu, item 3 lebih berbentuk positif dan item 5 dan ietm 6 berbentuk negatif. Tujuan soalan ini ditanya adalah untuk mengetahui
ITEM 5
5. Saya berasa sangat bosan apabila menggunakan teknik ini untuk menyelesaikan penambahan yang melibatkan pengumpulan semula.
ITEM 6
6. Teknik lain yang dipelajari sebelum ini lebih meyeronokkan.
78 tentang perasaan mereka ketika menggunakan teknik kuasa 10 ini. Pada item 3, semua peserta kajian saya menjawab “ya”. Secara logiknya, bagi item 5 dan item 6 pula semua peserta kajian saya akan menjawab “tidak”. Hal ini barulah boleh menyokong dengan kukuh bahawa sebenarnya mereka sangat seronok apabila menggunakan teknik kuasa 10 ini dan kejujuran mereka dalam menjawab soal selidik sangat boleh dipercayai. Berdasarkan hasil analisis soal selidik, saya dapati semua peserta kajian saya menjawab “tidak” bagi item 5 dan item 6. Ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 sangat menyeronokkan bagi mereka.
Rajah 39 . Item 8 dalam soal selidik
Rajah 39 menunjukkan item 8 dalam soal selidik. Soalan ini juga merupakan soalan yang telah dikategorikan dalam kod perasaan. Kesukaran sesuatu teknik akan menyebabkan hilangnya motivasi dalam diri murid untuk terus belajar. Hal ini dibuktikan oleh Dornyei (dipetik dari Ahmet, 2008) yang mengatakan bahawa kemungkinan ada lagi faktor lain yang menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dan salah satu faktornya ialah gaya pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, gaya pengajaran dan pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid berasa kurang motivasi untuk belajar mata pelajaran tersebut. Murid akan berasa mata pelajaran tersebut susah dan seterusnya, murid tersebut langsung tidak gembira untuk belajar.
ITEM 8
8. Teknik kuasa 10 ini lebih sukar dari teknik yang dipelajari sebelum ini.
79 Jadi, sesuatu mata pelajaran itu perlu dicari langkah mudahnya terlebih dahulu sebelum diajar kepada murid. Bagi item ini, semua peserta kajian saya telah menjawab “tidak” dan ini bermakna mereka semua bersetuju bahawa kaedah yang digunakan sebelum ini lebih sukar. Apabila lebih sukar, maka mereka tidak berasa gembira dan seronok dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Item yang terakhir iaitu item 9, “dengan cara ini saya dapat menguasai topik penambahan dengan pengumpulan semula”. Hanya 4 dari 5 peserta kajian saya yang menjawab “ya” bagi item ini. Saya telah membuat temu bual bersama sorang peserta kajian yang menjawab “tidak” bagi mengetahui masalah sebenar peserta tersebut. Sebenarnya, peserta tersebut ialah peserta J yang mana telah mengalami masalah sejak awal lagi. Setelah ditanya, sebenarnya dia berasa tidak gembira kerana dia tidak seperti rakan-rakannya yang berjaya mendapat jawapan dengan cepat dan berjaya mendapat jawapan betul pada pertama kali percubaan. Sebaliknya, dia harus mencuba sehingga kali ke dua dan ke-tiga untuk mendapat jawapan yang tepat.
Seperti yang telah dibincangkan pada tajuk yang lepas, peserta kajian ini sememangnya mempunyai keupayaan yang rendah berbanding rakan-rakannya yang lain. Saya berpendapat, jika peserta kajian ini dibimbing dengan masa yang lebih panjang, peserta kajian ini akan turut sama cekap seperti peserta-peserta kajian yang lain. Jadi, ini menunjukkan bahawa teknik kuasa 10 ini mendapat respons yang positif dalam kalangan peserta kajian.
Kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa teknik kuasa 10 dapat membantu penguasaan murid tahun empat untuk menambah nombor yang melibatkan
80 pengumpulan semula dan teknik ini mendapat respons yang positif dalam kalangan peserta kajian saya.
81 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI