• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Jaga hubungan baik dengan pelanggan

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 66-79)

Rahsia Orang Cina Berjaya

Tip 31 : Jaga hubungan baik dengan pelanggan

Hubungan baik dengan pelanggan dan bakal pelanggan adalah sangat penting. mereka yang telah pernah menggunakan produk kita adalah duta kita untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kita kepada rakan lain. Mereke juga pastinya akan terus menggunakan perkhidmatan kita jika selesa.

Pemasaran melalui 'mulut ke mulut' adalah sangat berkesan kepada bisnes baru dan bisnes kecil. Hubungan baik ini boleh dilakukan dengan banyak cara sebagai

contohnya melalui perjumpaan, e-mail, facebook, telifon dan lain-lain. Paling kurang hantarlah kad hari lahir atau kad selamat hari raya kepada pelanggan anda tanda ingatan anda pada mereka.

lebih-lebih lagi anda adalah pemilik perniagaan anda sekarang, mereka mahukan layanan anda. Selalunya berjayanya suatu barang itu dijual bukan kerana

Page 67

Tip 32 :: Mulakan sahaja

Saya banyak dapat SMS dan masej dari pelbagai pihak tentang mahu memulakan bisnes mereka. soalan mereka kenapa mereka tidak boleh bermula sedangkan....

- dah baca buku motivasi bisnes yang banyak, dah baca dua tiga kali dah. - dah pergi seminar semua usahawan yang buat, siap nanggis - nanggis lagi bila dalam seminar.

tapi tak tahu

- nak berniaga apa?

- nak berniaga kat mana? - macam mana nak mula?

- dan paling masalah nya tak ada modal.

ada tak yang jadi macam keadaan diatas ni...

Page 68

Jual lah apa sahaja, asal barang boleh dipakai orang...barang boleh

dimakan orang pasti laku dengan cara yang betul. dimalaysia senang jual barang..

soalan kedua.

nak jual kat mana?

buatlah dari yang kecil, jual lah dimana -mana asal laku. betul ni....asal jangan ada malu. kat mana ada orang berkumpul kat situ banyak duit..jual je lah

macam mana nak mula?

kalau lambat bertindak maka lambatlah result nya. mulakan sekarang. buatlah dengan apa yang ada ditangan.

modal ?

gunalah duit yang ada dalam poket. memang lah berniaga perlukan modal tapi kenapa nak memilih menggunakan modal yang tinggi untuk

memulakan bisnes pertama anda. pilihlah bisnes yang hanya menggunakan modal yang rendah. modal terbesar adalah idea dari anda dan jati diri yang tinggi untuk berjaya.

Page 69

--- CERITA ======

di kampung saya suruh anak muda bekerja sendiri , mencipta kerja sendiri dan menjadi bos kepada diri sendiri.

saya minta mereka tanam serai, ditanya saya "boleh untung ke dengan menanam serai je". saya cerita kan...

ditanya lagi "kat mana nak dapat benih", saya katakan "ambil lah dari tanah saya"

ditanya lagi "siapa nak tolong usahakan, dimana nak dijual"

saya menyampuk , "jika begitu lebih baik saya beri sahaja duit pada awak dan awak tak perlu buat apa-apa"

Page 70

Tip 33 :: Usah berhenti mencari rangkaian bisnes baru.

Lebih ramai orang yang anda jumpa berkemungkinan lebih ramai anda berjumpa bakal pelanggan baru anda. Saya percara dari rakan boleh

mendatangkan bisnes baru, saya mendapat banyak bisnes dari rakan-rakan saya membantu.

Anda jumpa seorang dari mereka, mereka akan kenalkan 5 orang baru yang anda belum kenal sebelum ini. Ambil masa dengan mereka dengan sesekali minum kopi bersama mereka di warong dan sampaikan kepakaran anda, berkawan dengan ikhlas.

Beritahu plan bisnes anda dan masa depan anda dan kenapa bisnes anda terbaik. Mereka akan cadangkan nama anda kepada bisnes-bisnes baru mereka. insyaallah. Database pelanggan lah antara perkara penting untuk anda urus dengan baik.

Page 71

Tip 34 :: Anda perlu KELUAR dari kedai

Anda seorang usahawan jangan hanya menumpukan pelanggan datang ke kedai anda. Sekarang masanya sudah berubah, anda perlu keluar mencari pelanggan melalui media baru seperti media on-line seperti facebook, website dan blog, ada 13 juta pengguna facebook di Malaysia dan

meningkat setiap hari. Lebih ramai orang berbicara tentang perkara yang lebih serious melalui on-line termasuk bisnes. Anda perlu mempunyai website atau facebook walaupun anda mempunyai kedai. menggunakan on-line membolehkan pelanggan terus berinteraksi dengan anda dan anda boelh bertemu potensi pelanggan anda disini. Update selalu informasi, gambar dan informal interaksi antara pelanggan dengan peniaga.

Page 72

T

IP

35 ::Buat perkara yang perlu

- Sebagai Usahawan/business owner, kita jangan terbeban dengan kerja-kerja yang tak perlu. Kerja operasi harian yang rutin. Contohnya, kerja kena check barang mentah cukup atau tidak. paip bocor siapa nak baiki, pengeluaran cukup atau tidak dan pelbagai perkara lagi yang mana ia boleh di selesaikan oleh orang lain. Kita sebagai pemilik perniagaan mestilah bebas, fikiran bebas, bebas dari rutin kerja seharian yang mana setiap bahagian sudah ada orang yang sesuai berfikir untuk kita.

Bagaimana kita mahu tenang dan mencari idea untuk kembangkan

perniagaan jika selalu dibebani oleh kerja-kerja remeh temeh? Walaupun remeh temeh, ia tetap memerlukan kudrat dan masa emas kita. Tapi, bagaimana mahu bebas? ok, kita ke point no.2,

- Jangan takut gajikan orang yang mahir dan pandai. Nak tunggu

lubang jadi dulu, baru nak cari cangkul? Tak boleh bang, kena cari cangkul, baru boleh buat kerja (gali lubang). Sememangnya kebanyakan dari kita takut dengan tanggungan gaji atau dengan kata lain, takut nak bayar gaji lebih dari kemampuan kita. Saya setuju sebab saya pun begitu. Cuma selepas satu masa, saya buat kerja gila. Duit tak ada tapi staff berbelas orang. Tapi dengan adanya staff barulah saya boleh buat duit. Duit itu dibayarnya gaji berbelas orang itu. Apa yang nak saya katakan disini adalah, KEBERANIAN. Dan perkataan itulah yang membezakan antara usahawan berjaya atau tidak. Berani mengambil risiko. Kebanyakan

usahawan yang bersenang lenang hari ini adalah usahawan yang BERANI. Tapi bukan juga yang berani membuta tuli. Berani bukan sebarang berani, berani mereka, BERANI BERILMU. Buat apa ambik staff jika tak ada kerja. Nak besarkan pasaran pun kena ada staff tambahan. Dan satu lagi, setiap tindakan kita mestilah di mulakan dengan doa. Allah akan memberikan kita ketepatan, kekuatan dan keberanian dalam membuat keputusan yang berisiko jika kita „tanya Allah‟ dulu.

Page 73

- Jika anda sudah jumpa sesuatu perniagaan yang bernilai dan sesuai dengan anda, JANGAN MENOLEH KEBELAKANG LAGI, teruskan, go ahead, jalan terus dan jangan pikIr panjang lagi. Gomo ia sampai ia jadi mesin duit kita. Dengan istilah lain, FOKUS. Sebab kesemua orang berjaya adalah orang yang fokus. Orang yang baru nak stabil pun boleh collapse jika tak FOKUS, apatah lagi kita yang belum lagi. Ada masanya untuk kita diversify business kita. Dan kita sendiri yang akan ketahuinya nanti. Bagaimana? “ Surround your management team with staff better than you”

- Jangan takut beriklan. Iklan, Iklan, Iklan. Teruskan beriklan. Teruskan memberitahu umum apa kita buat, apa produk kita, apa

kelebihan kita, kelebihan produk kita dan apa-apa saja. Kita akan berjaya jika kita memiliki „brand‟ yang bagus dan dikenali. Brand ini yang

memudahkan kerja kita jadi kaya, „hari-hari hari raya‟..

- Berfikir di luar kotak. Cari kaedah bagaimana orang lain yang buat duit untuk kita. Bagaimana kita boleh buat duit dengan tanpa adanya kita, duit masuk macam air pasang dalam. Tidak logic? Logikla.. Cuma kena fikir, study, baca buku dan yang paling penting, bergaul la dengan orang yang lebih hebat dari kita. Orang itu akan cara tak sengaja akan keluarkan idea bagaimana duit boleh bekerja untuk dengan sentuhan minimum dari kita.

- Gajikan „budak jahat‟ sebagai pengurus Quality Control kita. Sebab, apa? Sebab dia memang suka complain dan cari salah dan sememangnya itu tugas QC untuk mencari apa yang tidak sempurna.

- Gajikan orang yang bijak tapi malas bagi menjadi pengurus kerana ia takkan sibuk-sibuk nak cari kerja di tempat lain walaupun bertahun-tahun mereka bekerja dengan kita. Sebab apa? Sebab dia pun malas nak cari kerja. Hahahaha. Bunyi macam gila dan tak logic, tapi itu juga yang berlaku di syarikat saya. Yang kekal paling lama adalah yang paling pemalas

Page 74

BONUS :: Nasihat Bisnes

Jika anda baru memulakan kehidupan baru dengan berniaga , anda perlu mula memfokuskan dengan apa yang sedang anda usahakan. Anda hanya perlu buat apa yang perlu anda buat. Selain itu anda perlu tahu melakukan sesuatu mengikut keutamaan. Faham kan yang ini.

7 tabungan yg harus anda bahagikan keuntungan @ pendapatan anda setiap bulan. 1/7 bahagian simpanan yg dilupakan, 1/7 bahagian belanja utk diri sendiri, 2/7 bahagian utk keluarga, 1/7 bahagian utk bayar hutang, 1/7 bahagian utk

membesarkan perniagaan dan 1/7 utk zakat dan sumbangan. Dimana anda?

Kita tak perlu merebut semua peluang yg datang...kita tak perlu

mengerjakan semua perkara yg terfikir oleh kita...utk menjadi seorang yg berjaya dan kaya, cukup ceburi satu @ beberapa bidang shj...dan

Page 75

Terdapat 4 jenis sungai perniagaan yg sentiasa mengalir dan tak pernah surut: (1)Perniagaan makanan, (2) Perniagaan ubatan dan kesihatan (3)Perniagaan pakaian dan (4) Perniagaan pendidikan.

"Setiap hari kita berbelanja dgn membayar wang kpd org. Kenapakah org lain tidak membayar kpd kita setiap hari pula?"

Motivasi::"Saya membuka beratus syarikat. Mengikut 50 thn, saya dapati hanya ada 2 prasyarat bagi berjaya. (Pertama), kita tentukan apa yg kita mahu. Memang ramai yg tidak berbuat begitu. (Kedua),kita tentukan berapa harga yg perlu dibayar bg memperolehi perkara yg kita kehendaki itu. Selepas itu, bersedia

membayarnya." H.L. Hunt pernah menjadi manusia terkaya di dunia.

Motivasi::Dalam menjual, kita harus lebih kreatif (1)mencari prospek dan (2)mengenalpasti motif mengapa orang mahu membeli produk kita. Ia sebenarnya ujian sebenar kepintaran dan kekuatan fikiran kita dalam berniaga.

Page 76

Motivasi::Tiga cara menjana daya "kreatif" seorang usahawan itu adalah matlamat perniagaan yg jelas, masalah yg mendesak dan persoalan yg fokus. Latih diri anda menjadi lebih kreatif. kreatif dlm berniaga, kreatif dlm membuat keputusan, kreatif dalam pemasaran...

Nasihat: Setiap matlamat yg anda impikan perlukan kesungguhan 100% dan kerja kuat. Sekiranya sekadar ala-kadar keputusan akan kurang baik @ perlukan masa yg lebih panjang @ 85% kemungkinan kegagalan anda perlu terima. Saya sedang berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat thn 2011, moga dipermudahkan.

Motivasi::Teorinya, ikan haruan suka berlindung pada tempat yg sejuk, mungkin kaedah meletakan air batu dalam PUKAT yg dipasang dlm kolam boleh

memerangkap ikan lebih banyak.Teorinya masih belum dibuktikan lagi. Tapi saya fikirkan dari semalam dan menarik, saya mahu kaitkan teori ini dgn dunia

perniagaan saya...bagaimana agaknya.

"Anda hanya boleh menang dangan melupakan kekalahan anda

semalam. Sebelum itu, buat persiapan hari ini bagi memastikan kemenangan anda hari esok." bertindak sekarang, bangun, bangun. ayuh bangun.

Page 77 Motivasi::"Seringkali apa yg anda rancangkan tidak menjadi kenyataan tetapi anda tetap mendapat pengalaman melaluinya."

Motivasi::"Bukanlah kekayaan itu harta yg melimpah ruah, akan tetapi kekayaan yg sebenarnya adalah kaya hati dan jiwa."

Motivasi::"Dalam perjalanan hidup anda akan bertemu simpang ke kiri @ ke kanan. Anda juga akan temui peluang & cabaran. Perkara yang lebih penting dalam memilih pilihan itu adalah harus anda memfokuskan pencapaian matlamat yg telah anda impikan." Sudahkah anda mempunyai matlamat itu? kalau belum lakukan sekarang.

Motivasi:: Anda banyak kerja yg hendak difikirkan, membebankan?, memeningkan?. jangan risau, senaraikan kerja anda mengikut yg lebih

mudah@senang diselesaikan terlebih dahulu, adalah lebih baik dari tak berbuat apa-apa kerja hari ni. Cubalah pasti berkesan.

Page 78

Motivasi::Berniaga satu perjuangan, juga satu pertarungan. Yang menang terus berlari, yg kalah tersungkur lesu. begitulah pusiangannya dua perniagaan dan seterusnya. Yg kalah hari ni tak perlu putus asa utk mengejar kejayaan esok. Yg menang berhati-hati, tak tentu nasib sentiasa menyelebahinya. "Berniaga bukan senang", pening kepala memikirkannya.

Motivasi::Gagal sekali cuba lagi, bukan dunia sudah berakhir semalam dgn kegagalan anda. bersikap positif dan tidak putus asa juga teruskan usaha utk berjaya. Jangan ada "ALASAN" utk mengejar berjaya. Dah berjaya nanti bersyukur dan belanja saya ...

Motivasi::Walau banyak kejayaan yg anda bawa dlm hidup anda. kegagalan juga menjadi ukuran orang. Oleh itu bekerjalah sepuluh kali ganda bagi memastikan anda tidak gagal lagi.

Motivasi::Di setengah-setengah keadaan. Kita boleh menasihatkan org, kita boleh mengatur org, kita boleh mengawal org dan kita boleh memarahi org utk

mengubah sesuatu dgn lebih baik. TETAPI perkara yg lebih susah kita sukar menasihatkan, mengatur, mengawal dan menyalahkan diri kita sendiri bagi

mengubah sesuatu utk lebih baik. betulkan, renung-renungkan lah. "Kempen Ubah Diri dan Senyum Selalu".

Page 79

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 66-79)

Dokumen terkait