• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Perlukan Modal Yang Mencukupi Untuk Mengubah Dunia

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 41-50)

Bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan sendiri, saya sarankan agar mencuba model perniagaan yang lebih mudah untuk menghasilkan duit. Elakkan mencuba model perniagaan ya ng

terlalu sukar atau menelan kos yang tinggi untuk direalisasikan.

Sebagai contoh model bisnes yang lebih mudah ialah anda mengambil baju kurung dari Vietnam dan menjual kembali di pasaran tempatan, anda menghasilkan produk digital dan

menjualnya di pasaran internet, anda mengambil kasut daripada Brazil dan menjualnya melalui internet dan 1001 jenis perniagaan lagi.

Page 42 Model bisnes sebegini lebih mudah kerana anda akan mendapat aliran wang tunai yang cepat. Berbeza dengan model bisnes yang bersifat inovatif atau millennium yang sedikit sukar. Apabila kita menghasilkan sesuatu produk, maka kita tidak terus menjana pendapatan daripada produk tersebut tetapi kita akan menjana pendapatan daripada perkara-perkara lain yang menjadi

sampingan.

Contohnya bagaimana model bisnes Facebook? Facebook merupakan platform yang diberikan secara percuma kepada pengguna yang ingin bersosial di alam maya. Jadi bagaimana

Facebook buat duit? Facebook akan buat duit melalui pengikalanan yang mereka perkenalkan. Tetapi sebelum memperk enalkan

pengikalanan, mereka perlu menghidupkan platform percuma mereka terlebih dahulu.

Proses untuk menghidupkan platform tersebut menelan masa, kos dan komitmen yang sangat tinggi. Ini saya gelarkan model bisnes yang ingin mengubah dunia. Ia bersifat keuntungan jangka masa panjang. Rata-rata orang muda seperti saya lebih berminat model bisnes seperti ini tetapi tidak semua mampu untuk merealisasikan model bisnes ini kerana tiada modal yang mencukupi.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan

relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam

perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000

Page 43

Tip 15 :: Anda perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia

perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu membuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan

membantu kita bila membuka perniagaan.

Saya mulakan bisnes saya dari kosong, ya benar dari kosong. tetapi saya bawa dua perkara iaitu ilmu dan reputation.

Saya mulakan dengan dari bisnes yang kecil-kecil dan memilih bisnes yang potensi untuk dibesarkan. hingga sekarang saya buat perkara yang sama.

Page 44

saya mulakan bisnes dengan berlatih yang kecil-kecil, saya perhalusi seni pemasarannya, seni perundingan, seni pengurusan dan lain-lain . Saya umpamakan jika anda mahu bermain badminton, baru bermain tak mungkin terus anda masuk bertanding. Anda perlu berlatih pukulannya, dan bermain dengan mereka yang kecil-kecil dan jika bakatnya sudah di gilap baru anda boleh masuk bertanding. begitu juga bisnes, kejayaan dalam bisnes tidak ada template nya semudah A..B... dan C.

Saya yakin orang yang kuat asasnya, pukulannya dan asas bisnesnya akan menang satu hari nanti walaupun bukan sekarang. Jika anda baru bermula, berlatihlah dan bersabar akhirnya anda akan menang

Page 45

Tip 16 :: Berusaha bersungguh-sungguh.

Anda perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

Kesanggupan untuk mengambil risiko adalah teras utama seorang

usahawan. Ini adalah kerana tidak ada jaminan langkah yang anda lakukan berjaya atau sebaliknya. Anda perlu berani menerima kegagalan. saya tidak ada niat untuk menakut-nakutkan anda, tetapi ianya adalah benar. Berniaga ada seninya, ada orang kata berniaga ini seperti memperjudikan nasib. Saya kurang setuju, berjudi anda tidak boleh merancang untuk menang dan 99% menang adalah dari nasib. Berniaga anda punya panduan, buku dan rakan untuk anda merancang untuk menang.

Page 46 Semakin besar cita-cita anda, besarlah risiko yang harus anda tanggung. Disini perkara yang juga anda harus hadapi adalah penilaian dari

masyarakat. mereka menilai anda dari kejayaan atau kegagalan anda. jika anda berjaya dalam berniaga maka anda akan direstui dan dicontohi juga didekati, sebaliknya jika anda gagal anda akan jatuh dengan teruknya. risiko ini ramai yang takut untuk hadapi. Jika anda takut anda tidak boleh jadi usahawan luar biasa.

Sebenarnya masyarakat boleh membantu dengan tidak menghina dan mencurigai mereka yang telah gagal kerana sebenarnya mereka berani mencuba untuk mencapai matlamat mereka.

Sebagai usahawan, saya telah berjaya dan saya juga pernah gagal dalam percubaan saya. Itu semuanya adalah perjalanan mematangkan saya dalam menghadapi hari-hari yang mendatang membuatkan saya suka dengan cabaran dan risiko. Pengalaman yang lebih bernilai adalah

pelajaran dan pengajaran yang anda perolehi. pelajaran dan pengajaran anda selalunya terima dari kegagalan masa lalu.

Page 47

Tip 17 :: Bersabar dalam tempoh lama.

Anda perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

Subjek yang saya minat semasa zaman persekolahan dan di universiti dulu adalah subjek matematik. Subjek ini perlukan latih tubi yang tidak henti setiap hari untuk menguasainya. jika anda sudah menguasai sesuatu sub topik biasanya datanglah soalan macamanapun anda akan dapat

menyelesaikannya dengan cepat dan mudah. lebih banyak latihan, lebih cepat anda boleh selesaikan soalan berikutnya. Kemahiran anda

menguasai subjek itu adalah selari dengan latih tubi yang berterusan.

Page 48

berniaga. didalam buku metametik ada banyak sub topik untuk anda menguasainya. anda perlu menguasai setiap sub topik dalam perniagaan dan buat latihan. semakin banyak anda berlatih, semakin minat anda buat dan semakin lama anda berpengalaman menjadikan anda semakin mahir menguasai ilmu perniagaan. kadang-kadang ada perlu gabungan

pengetahuan dari semua sub topik tadi untuk menyelesaikan satu soalan rumit.

Dalam proses menguasainya anda perlu bersabar dan bersabar. mungkin anda tersalah cara jalan tetapi membuatkan anda lebih berhati-hati untuk menyelesaikan soalan seterusnya yang lebih kurang sama. gabungan pengetahuan pemasaran, pengurusan, operasi membuatkan anda cepat matang.

Saya pernah membuka beberapa perniagaan yang modalnya bukan sedikit dan pendapatan jualan kurang daripada overhead yang diperlukan. saya rugi 10 ribu sebulan dalam tempoh 6 bulan berturut-turut. Saya berfikir, saya mencari formula, saya mencuba pelbagai experiment, saya banyak belajar hingga saya berjaya membuatkan syarikat itu berkeuntungan dari keadaan rugi sebelumnya, membuatkan saya puas. Ini semua kerana saya pasti mesti ada jalannya penyelesaiannya dan perlu bersabar.

Jika anda membina sebuah perniagaan yang baru, ianya perlukan tenaga, perlukan idea, perlukan modal. cuba bayangkan anda membanggunkan sebuah restoran dengan kos renovation 300 ribu dan anda putus asa dengan usaha anda hanya kerana anda rugi sebulan 5 ribu. Jika anda teruskan anda baru rugi 5 ribu sebulan tetapi jika anda tutup sekarang anda sudah rugi 300 ribu sekaligus.

Dalam penulisan saya sebelum ini saya ada nyatakan yang anda sepatutnya mempunyai cash untuk wang pusingan selama sekurang-kurangnya 6 bulan. ya ...ya ... saya faham, anda rugi tapi usahalah dan bersabar. inilah berniaga namanya. saya juga tahu teori yang menyatakan anda perlu tahu bila anda perlu berhenti jika perniagaan anda mengalami kerugian. "tanya pada diri, kenapa aku tak boleh sedangkan ramai peniaga

Page 49

diluar sana boleh melakukan nya". selalu saya percaya yang jawapan pertama saya fikir adalah jawapan terbaik untuk saya buat, tentu ada jalannya.

Saya nasihatkan anda untuk berniaga bersungguh-sunggguh. alang-alang mandi biar basah, alang-alang berniaga biar sampai kaya. Pendatang halal dan haram pun boleh berniaga menjadi kaya raya di malaysia kenapa kita tak boleh. bersungguh-sungguh lah. ada beberapa peniaga melayu yang saya jumpa mempunyai pendirian berbeza. kata mereka "saya berniaga nak senang sikit tak tergopoh datang ofice jam 7 sebab saya kerja sendiri dan ini syarikat saya sendiri". Ramai menyangka dengan berniaga mereka boleh bersenang lenang, SALAH. sepatutnya anda perlu lebih kuat

berusaha, kalau dulu anda datang pejabat jam 8 sekarang berniaga anda datang jam 6 pagi.

Page 50

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 41-50)

Dokumen terkait