• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Mengenai jenis perniagaan

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 50-57)

Anda perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

Jika anda memilih untuk berniaga, mungkin antara panduan yang perlu anda ambilkira adalah dengan mencari bisnes yang berkembang tanpa memerlukan modal yang banyak. Adalah satu perkara yang berbeza bisnes yang berkembang yang memerlukan modal yang banyak dengan bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak.

Saya beri contoh syarikat coca-cola, berpuluh tahun dalam perniagaan produk nya tetap sama. Mungkin syarikatnya hanya membuat

perkembangan melalui sale, rekabentuk tin atau botol yang di ubah sedikit tetapi lebih menumpukan pemasaran, periklanan dan operasi. Ini tidak berlaku pada syarikat PROTON atau TOYOTA,

Setiap kali sebuah model baru dikeluarkan, research, prototype dan

terpaksa membina pusat pengeluaran (kilang) yang baru untuk model yang baru. Mungkin pandauan ini dapat memberi fahaman kepada anda untuk memilih bisnes yang ingin anda ceburi. Panduan ini juga tidaklah secara totalnya menyangkal jenis model yang lain yang mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Page 51

Tip 19 :: Rajin meninjau bisnes.

Anda perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

Page 52

Tip 20 :: Manfaatkan teknologi.

Anda perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin

moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

Gunakan facebook dan twitter untuk menarik pelanggan kenal produk dan bisnes anda dengan memberi beberapa 'kejutan'.

Masukkan gambar produk dan perkhidmatan anda didalam facebook. Beri beberapa soalan kepada bakal pelanggan dan memberi hadiah kepada

Page 53 pemenang. sebagai contoh soalan nya berapa kotak produk yang berada didalam kotak tersebut?. cuba teka itu dan ini, anda perlu jujur dan mereka akan cuba menjawab dan share produk anda kepada rakan-rakan mereka.

contoh :: Berapa jumlah durian durian dibawah? atau berapa kilo berat durian tersebut ? cuba teka dan anda akan mendapat hadiah menarik dari saya.

dan anda sebenarnya menjual aiskrim durian atau kuih berasaskan durian atau anda ada dusun durian

Page 54

Tip 21 :: Sentiasa tambahkan aset.

Anda perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

Mahu KAYA, perlu mengumpul harta bukan mengumpul duit.

Saya mulakan idea perniagaan perhotelan D‟impian dari saya mendengar cerita Ray Kroc pengasas McDonalds lama dulu. Mungkin anda juga

maklum yang beliau membuka kedai makanan segera dan menjual burger. Tetapi sebenarnya beliau adalah pemilik semua francais tersebut di US dan hartanah nya sekali. Sebenarnya penjual burger ini bukanlah semata-mata menjual burger dan kentang tapi sebenarnya beliau adalah usahawan hartanah.

Saya selalu dinasihatkan bila berniaga, “orang kebanyakan lebih

pentingkan pendapatan bila berniaga tetapi orang kaya pentingkan asset”. Dari idea itu saya cuba aplikasikan dengan kefahaman saya sendiri.

D‟impian membeli rumah kedai, dijadikan hotel budget. Membeli tanah, diusahakan menjadi resort dan seterusnya dalam beberapa perniagaan yang lain. Dalam perniagaan duit adalah alat permainan sahaja, boleh datang dan boleh pergi bila-bila masa. Masalah kewangan menyebabkan ramai orang bekerja sepanjang hidup mereka untuk orang lain. Akhirnya tidak ada bukti segala usaha yang kita buat selama ini kepada

Page 55 Sistem pembelajaran sekarang hanya menumpukan anak-anak menjadi professional supaya mereka akan mendapat pekerjaan. Mereka diasak untuk cemerlang dan akhirnya makan gaji. Lebih cemerlang anda belajar, lebih banyak anda tahu, lebih tinggi sijil anda perolehi membolehkan gaji yang anda terima akan lebih tinggi, itu formulanya. Akhirnya ramai yang bekerja demi wang.

Saya melihat anak saya, bangun seawal pagi untuk kesekolah. Belajar siang dan malam untuk lulus peperiksaan. Saya imbau kembali betapa sukarnya persaingan untuk mendapatkan tempat di university, berapa banyak tenaga yang di kerah kearah mencapai segulung ijazah, berapa banyak duit yang diguna untuk tujuan itu. Akhirnya, adakah bayaran gaji yang anda dapat setimpal dengan pengorbanan yang telah anda curahkan selama ini. Pendidikan itu sebenarnya sangat penting tetapi ianya perlu menjadi jambatan kejayaan bukan jaminan kejayaan.

Setelah tamat pengajian, anda akan bekerja mengikut bidang yang anda pelajari. Bila anda bekerja mengikut bidang anda, anda akan terlupa menjaga bisnes anda sendiri dan anda akan menghabiskan masa anda menjalankan bisnes orang lain. 80% dari perniagaan yang saya jalankan bukan bidang yang saya tahu.

Jika anda belajar menjadi seorang tukang masak. Anda mendapat sijil dan menjadi seorang tukang masak yang terbaik di university anda. Anda akan bekerja menjadi tukang masak, anda akan leka mencari jenis makanan baru untuk dimasak, teknik-teknik masakan, mengurus pekerja dan melatih tukang masak baru. Sehingga ramai yang memuji masakan anda,

sehingga ada yang tidak percaya orang lain boleh masak sesedap masakan anda.

Apa yang berlaku, anda akan menjadi tukang masak hingga keakhirnya. Anda tidak ada masa untuk belajar bagaimana membuka restoran,

Page 56 membuat duit dari masakan anda dan mencari tempat untuk dibuka

cawangan ke dua dan ke tiga untuk seterusnya.

Bidang pengajian saya adalah sains kompter menyebabkan saya selalu bertemu dengan mereka sebidang dengan saya diluar kerjaya. Mereka begitu mahir dengan semua aplikasi, hardware, teknologi baru bila

bercerita dengan apa yang mereka buat sekarang. Saya bertanya kepada mereka “adakah syarikat ini anda pemiliknya”, jawapan nya “tidak, saya hanya bekerja” . Melalui jawapan mereka, saya maklum ramai yang masih tidak faham perniagaan sendiri dan kerjaya. Mungkin anda seorang

pegawai teknologi maklumat atau juruanalis system tetapi dalam masa yang sama anda perlu memiliki perniagaan sendiri. Jika belum, mulakan bisnes kecil anda sekarang.

Page 57

Tip 22 :: Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

Dalam dokumen MulakaN bisNes (Halaman 50-57)

Dokumen terkait