MANDI JANABAH Definisi
4. Jamak kerana hujan
Antara salah satu sebab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solatnya di Madinah adalah kerana turunnya hujan lebat yang menjadi pegangan kuat mazhab Syafi’i. Hikmah yang boleh difikirkan adalah tindakan ini bertujuan supaya tidak menyusahkan umatnya untuk kembali semula ke masjid dalam suasana hujan yang pastinya menyebabkan para jemaah basah kuyup atau kotor kaki mereka kerana terpaksa meredahi becak dan lumpur akbat hujan tersebut. Disebutkan di dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas radhiallahu’anhu:
عمج
لوسر
الله
ىلص
الله
هيلع
ملسو
نيب
رهظلا
،رصعلاو
برغملاو
،ءاشعلاو
ةنيدملاب
.
يف
ريغ
فوخ
لاو
.رطم
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melakukan jamak solat antara zohor dan asar, dan antara maghrib dan isyak di Madinah tidak kerana ketakutan dan tidak kerana hujan. [Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim – hadis no: 705]
Sekalipun hadis tersebut secara jelas menyatakan bahawa Rasulullah shalallallahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan solat jamak selain disebabkan ketakutan atau hujan, secara
Solat
36
mafhum (fahaman tersirat) ianya menunjukkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjamakkan solat ketika hujan.
Namun perlu diperhatikan syarat-syarat dan cara-caranya dilaksanakan:
a. Solat jamak kerana hujan hanya boleh dilakukan oleh jamaah yang bersolat di masjid sahaja. Bagi mereka yang bersolat di rumah ianya tidak dibenarkan.
b. Waktu yang dibenarkan untuk di"jamak"kan solat ialah pada waktu Zohor yang
di”jamak”kan dengan waktu Asar, ataupun solat Maghrib yang di”jamak”kan dengan solat Isyak pada waktu Maghrib. Maknanya tiada “jamak taakhir” dalam kes “jamak” kerana hujan.
c. Hujan yang turun samada di waktu Zohor atau Maghrib itu tidak berhenti sehingga jamaah selesai menunaikan solat Zohor ataupun Maghrib.
d. Hujan yang menyebabkan solat boleh di”jamak”kan ialah hujan yang membasahkan baju dan bukannya hujan renyai – renyai.
e. Ada juga di kalangan ulama Syafi’iyah yang meletakkan syarat tambahan, iaitu jamak kerana hujan ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang tinggal jauh dari masjid sahaja, dan barangsiapa yang tinggal dekat dari masjid mereka tidak dibenarkan melakukan jamak. (Pendapat ini disanggah oleh Imam Nawawi dari mazhab Syafi’i sendiri kerana menurutnya pendapat tersebut tiada asas yang kukuh dan tiada sandaran dalil yang kuat)
Solat Qasar
Solat qasar ialah mendirikan solat-solat fardhu yang asalnya 4 raka'at secara 2 raka'at apabila sahaja seseorang itu berada dalam suasana perjalanan atau musafir. Solat-solat Zohor, Asar dan Isyak didirikan secara 2 raka'at manakala solat Subuh dan Maghrib tetap didirikan secara 2 dan 3 raka'at masing-masing.
Dalil mensyari'atkan Solat Qasar
Ya'laa bin Umayyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Umar al-Khattab radiallahu-anhu berkenaan firman Allah - "maka kamu tidaklah berdosa meng-qasarkan (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir"; sedangkan pada masa sekarang manusia telahpun berada dalam keadaan aman.
Umar menjawab: Aku sendiri pernah merasa hairan juga seperti kamu oleh itu aku telah bertanya kepada Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tentang hal ini lalu beliau bersabda: Itu adalah sedeqah yang diberikan oleh Allah Azza waJalla kepada kalian maka terimalah sedekah-Nya itu.
Solat
37
Syarat-syarat Solat Qasar
Syarat bagi melakukan solat secara qasar hanya satu, iaitu apabila sahaja seseorang itu melakukan perjalanan yang di luar dari batas kebiasaannya. Inilah juga yang didefinasikan sebagai Musafir. Dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan dari Imran bin Husain radiallahu-anhu di mana beliau menerangkan:
Aku pernah bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, juga aku pernah menyaksikan 'Fath-ul-Mekah'. Beliau menginap di Mekah selama 18 malam hanya dengan melakukan solat secara dua raka'at (qasar). Beliau bersabda: "Wahai penduduk negeri (Mekah)! Solatlah 4 raka'at kerana kami orang musafir."
Dari hadith ini dapat diperhatikan bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam membezakan antara orang-orang yang sememangnya penduduk Kota Mekah dengan orang-orang yang dari luar Kota Mekah, iaitu diri beliau beserta rombongannya yang dikategorikan sebagai orang musafir. Penduduk Mekah hendaklah melaksanakan solat secara biasa iaitu 4 raka'at
manakala yang musafir ke Kota Mekah pula 2 raka'at iaitu solat qasar. Oleh itu jelas bahawa solat qasar hanya dibolehkan bagi orang yang sedang dalam perjalanan atau musafir, bukan bagi orang yang berada di perkampungan asalnya.
Walaupun syarat bagi solat qasar ini hanya satu, iaitu musafir namun kondisi musafir itu mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Syaratnya ada tiga iaitu [1]jarak perjalanan, [2]-tempoh perjalanan dan [3]-jenis perjalanan. Berikut dihuraikan satu persatu akan syarat-syarat ini –
[Pertama] - Jarak perjalanan
Apabila seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi dari batas atau lingkungan kebiasaannya maka adalah perjalanan itu dikira sebagai musafir dan dengan itu dia
dibolehkan mengqasarkan solatnya. Tidak ada jarak minimum atau batas tertentu yang tetap bagi hal ini. Al-Qur'anul Karim apabila ia mensyari'atkan solat secara qasar hanya
menyatakan suasana berpergian yakni musafir tanpa meletakkan apa-apa syarat tambahan. Diulangi firman Allah Subhanahu waTa'ala: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang…… Demikian juga Nabi sallallahu-alaihi-wasallam tidak pernah meletakkan had batasan dalam hal ini.
Akan tetapi yang pasti adalah apabila sahaja Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bertolak ke luar dari Kota Madinah beliau sentiasa mengqasarkan solat-solatnya tidak kira dalam perjalanan jauh mahupun dekat. Imam Ibnu Mundzir berkata: Sungguh saya tidak mengetahui bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ada mengqasarkan solat dalam satu perjalanan kecuali setelah keluar dari Madinah. Sebaliknya apabila beliau berjalan-jalan di dalam Kota Madinah samada kerana hal pentadbiran atau sekadar melawat sahabat beliau tidak mengqasarkan solat-solatnya. Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhuma menerangkan: Adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam ketika keluar dari Kota Madinah, beliau tidak menambah raka'at solat-solatnya melebihi 2 raka'at (kecuali Maghrib) sehinggalah beliau kembali semula ke Kota Madinah.
Solat
38
Berpijak dari sunnah baginda ini, seseorang itu apabila dia berada di kampung atau pekan atau bandar asalnya maka dia tidak boleh mengqasar solat-solatnya manakala apabila sahaja dia keluar dari batasan kampung atau pekan atau bandar asalnya menuju ke satu perjalanan maka dia boleh mengqasarkan solat-solatnya. Setiap orang mempunyai jarak kebolehan mengqasar yang berbeza selari dengan tempat dan keadaan tempat tinggalnya.
Bagi seseorang yang tinggal di pendalaman dan perjalanan biasanya ialah sekadar berulang-alik dari rumah ke kebun sayur atau pekan berhampiran maka itulah yang dikira sebagai tempat perjalanan kebiasaannya yang tidak membolehkan dia mengqasarkan solat. Akan tetapi apabila dia melakukan suatu perjalanan yang di luar kebiasaannya itu, umpama pergi ke bandar berhampiran maka itu dikategorikan sebagai musafir bagi dirinya sekalipun bandar tersebut hanya 10 atau 15 km dari rumahnya. Dalam perjalanan itu dia boleh mengqasarkan solatnya.
Berbeza pula dengan seorang yang hidup di bandar yang mempunyai berbagai kemudahan pengangkutan maka dia tidak boleh mengqasar solatnya selagi dia berada di dalam bandar tersebut. Tetapi apabila dia berpergian ke satu tempat yang di luar sempadan bandar tersebut maka dia boleh mengqasar solatnya. Sebagai contoh orang yang tinggal di Lembah Klang (Kuala Lumpur + Petaling Jaya + Shah Alam) tidak boleh mengqasar solatnya apabila berulang alik di sekitar kawasan ini. Tetapi apabila dia pergi ke KLIA (Sepang) yang jaraknya kira-kira 50 km untuk tujuan tertentu maka dia boleh mengqasarkan solatnya. Lain pula bagi orang yang tinggal di Lembah Klang tetapi bekerja di KLIA, dia tidak boleh qasar solat di KLIA kerana ia termasuk lokasi perjalanan yang biasa bagi dirinya. Apabila dia pergi ke Bandar Nilai untuk sesuatu tujuan maka dia boleh mengqasarkan solatnya.
Oleh itu sekali lagi dinyatakan bahawa apabila seseorang itu membuat satu perjalanan yang melebihi dari batas atau lingkungan kebiasaannya maka perjalanan itu dikira sebagai musafir dan dengan itu dia dibolehkan mengqasar solat-solatnya. Batas kebiasaan adalah relatif kepada setiap individu selari dengan keadaan, lokasi dan corak kehidupannya. Apabila terdapat keraguan samada perjanan itu dikira kebiasaan atau tidak maka pilihan terbaik ialah tidak mengqasarkan solat.
[Kedua] - Tempoh Perjalanan
Apabila sahaja seseorang itu bermusafir keluar dari kawasan kebiasaannya maka adalah ia tetap dikira sebagai musafir tidak kira berapa lama tempohnya. Ini berdasarkan perbuatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang sentiasa mengqasarkan solatnya apabila berada dalam perjalanan tidak kira berapa lama perjalanan tersebut, sama ada 1 atau 2 atau 3 atau 10 atau 15 atau 20 hari. Malah di dalam satu ekspedisi Nabi sallallahu-alaihi-wasallam bersama rombongannya bermukim di Ram al-Harmuz dengan mengqasarkan solat selama sembilan bulan lamanya. Dalam setiap perjalanan beliau tetap mengqasarkan solat-solatnya tanpa menerangkan apa-apa syarat atau kondisi mengenainya.
Sekalipun seseorang itu singgah di satu tempat dan bermukim di sana selama sekian-sekian hari dia tetap dikira sebagai seorang musafir dan dibolehkan mengqasar solatnya. Hanya apabila seseorang itu berniat untuk bermastautin di tempat persinggahannya maka dia tidak lagi dikira sebagai seorang musafir dan tidak lagi dibolehkan mengqasar solatnya. Beza antara mukim dan mastautin ialah - mukim adalah bagi orang yang bermusafir lalu ia berhenti
Solat
39
di destinasinya dan duduk di sana untuk sekian-sekian masa tertentu tetapi dia tetap sedar dan tahu bahawa dia akan kembali semula ke tempat asal apabila urusannya selesai (mukim ghairu mastautin). Mastautin pula ialah orang yang bermusafir lalu tiba di destinasinya dan duduk tetap di sana dengan kesedaran niat bahawa dia akan tinggal di sana untuk keadaan tetap (menetap) dan tidak akan kembali lagi (mukim mastautin).
[Ketiga] - Jenis musafir
Secara umumnya apabila membicarakan perihal bab musafir, para fuqaha membahagikannya kepada dua kategori, musafir yang selari dengan Islam dan musafir yang bertentangan dengan Islam. Musafir yang bertentangan dengan Islam ialah segala perjalanan yang diusahakan atas tujuan maksiat, kemungkaran dan kekejian seperti musafir untuk mencuri, berjudi, ke rumah pelacuran dan yang seumpama. Jumhur ulama' tidak membenarkan orang yang membuat perjalanan sebegini dari menerima dan mengamalkan kemudahan-kemudahan hukum Islam kerana tidak mungkin Islam memberikan kemudahan kepada umatnya untuk melakukan kemaksiatan terhadap ajarannya. Manakala segolongan lain membolehkan kemudahan hukum tetap diamalkan seperti mengqasar solat kerana antara ibadah dan maksiat adalah dua hal yang berbeza dan setiapnya akan dihitung baik-buruknya secara berasingan nanti oleh Allah Azza waJalla.
Beberapa Catatan Tambahan
1 - Kemudahan hukum semasa dalam perjalanan diberikan oleh Allah Subhanahu waTa'ala kepada hamba-hambaNya sebagai tanda Rahmat dan Kasih kepada mereka. Allah tidak meletakkan sebarang syarat tambahan seperti faktor kesukaran ataupun jenis kenderaan ataupun apa-apa lain. Asal sahaja seseorang berada dalam perjalanan maka dia boleh mengqasar solatnya.
2 - Seseorang yang kebiasaannya melibatkan perjalanan yang jauh dari tempat mastautinnya yang asal juga dikategorikan sebagai seorang musafir asalkan perjalanannya itu adalah rambang dan tidak tetap ke satu destinasi sahaja. Oleh itu para pemandu bas ekspres, pemandu lori jarak jauh, kelasi kapal laut, juruterbang, pramugara/pramugari yang tidak mempunyai destinasi musafir yang tetap dibolehkan mengqasar solat-solat mereka. Akan tetapi bagi seseorang yang selalu mempunyai destinasi yang tetap seperti seorang yang mastautin di Seremban lalu berulang-alik ke Kuala Lumpur (kerana kerja atau sebagainya) maka dia tidak dikira sebagai orang musafir kerana perjalanan ulang-alik itu termasuk dalam batas sempadan kebiasaannya.
3 - Seseorang yang menjadikan kenderaannya sebagai rumah yang tetap seperti seorang kelasi kapal yang memandu kapalnya dan tidak mempunyai rumah selain kapalnya itu sahaja, yang mana kapal itulah yang menjadi tempat tinggal keluarganya lagi dilengkapi dapur serta segala keperluan rumah maka dia tidak boleh mengqasarkan solat-solatnya sekalipun dalam pelayaran. Demikian menurut Imam Ahmad bin Hanbal.
4 - Apabila memulai atau mengakhiri perjalanan yang menepati syarat-syarat musafir, seseorang itu dibolehkan mengqasarkan solat-solatnya apabila sahaja berada di luar batas
Solat
40
sempadan kampung/pekan/bandar tempat tinggalnya yang asal. Semata-mata berniat untuk musafir tidak membolehkan seseorang itu mengqasar solatnya apabila masih berada di dalam sempadan tempat asalnya. Demikian juga seseorang yang kembali dari musafirnya tidak dibolehkan qasar solat apabila telah memasuki sempadan tempat asalnya. Ini adalah kerana qasar itu adalah kemudahan hukum bagi suasana musafir dan seseorang itu perlu benar-benar berada dalam kondisi musafir sebelum boleh mempraktikkan kemudahan ini. Demikian adalah hujah yang disepakati jumhur.
5 - Sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam semasa musafir ialah sentiasa mendirikan solat-solat Zohor, Asar dan Isyaknya secara qasar 2 raka'at dan perbuatan ini diteladani oleh para Khalifah dan para sahabat beliau sepenuhnya sepanjang hidup
mereka, sebagaimana hadith-hadith yang telah dikemukakan di awal bab ini. Malah di kalangan para fuqaha ada yang berpendapat solat secara qasar ketika musafir adalah wajib berdasarkan perbuatan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam yang sentiasa tetap mendirikan solat-solatnya secara qasar apabila sahaja berada dalam perjalanan.Oleh itu adalah menjadi pilihan yang sebaiknya juga bagi kita umat Muhammad akhir zaman untuk turut mengikuti sunnah beliau yang mulia ini iaitu tetap dan berterusan mengqasarkan solat apabila berada dalam suasana musafir.
Terdapat sebuah riwayat dari A'isyah radiallahu-anha yang menerangkan: Bahawa Nabi sallallahu-alaihi-wasallam kadang-kala mengqasarkan solat dan kadang-kala tidak (iaitu solat 4 raka'at); dan kadang-kala berbuka dan kadang-kala berpuasa apabila dalam perjalanan. Ketahuilah bahawa riwayat ini adalah daif dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah teladan agama.
6 - Seseorang yang musafir boleh solat berimamkan seorang yang solat penuh dengan syarat dia juga mendirikan solatnya secara penuh. Contohnya jikalau seseorang yang sedang dalam perjalanan yang membolehkan dia mengqasar solat lalu di satu tempat dia menjumpai barisan jamaah penduduk di situ yang bersolat dengan imam mereka secara penuh maka dia tetap dianjurkan solat berjamaah bersama kumpulan itu secara penuh juga. Ini sebagaimana hadith berikut: Abdullah ibnu Abbas radiallahu-anhu telah ditanya orang: Bagaimanakah keadaan seorang musafir yang bersolat qasar 2 raka'at apabila bersendirian lalu bersolat penuh 4 raka'at apabila mengikuti jamaah orang yang bermukim? Ibnu Abbas menjawab: Itu adalah sunnah. (yakni cara yang betul-P)
Sebaliknya dibolehkan juga orang yang bermastautin berimamkan jamaah musafir yang mendirikan solat mereka secara qasar dengan syarat apabila jamaah tersebut selesai solat mereka yang dua raka'at itu, jamaah mastautin bangun dan meneruskan lagi dua raka'at mencukupkannya kepada 4 raka'at. Ini pernah dilakukan sendiri oleh Nabi sallallahu-alaihi-wasallam apabila beliau dan rombongannya berada di Kota Mekah lalu bersolat jamaah secara qasar di sana dan solat mereka diikuti juga oleh para penduduk Kota Mekah. Lalu Nabi sallallahu-alaihi-wasallam memberitahu para jamaah Kota Mekah bahawa solat mereka adalah tetap juga 4 raka'at sekalipun berimamkan kepada orang yang solat qasar 2 raka'at, dengan sabda beliau: Wahai penduduk negeri (Mekah), Solatlah 4 raka'at kerana kami orang musafir.
7 - Apabila seseorang itu berada dalam suasana musafir lalu dia mengqasarkan solat-solatnya, kemudian dia menghadapi kesukaran pula untuk menyempurnakan solat-solatnya dalam waktu yang disediakan maka dia boleh menjamakkan solat-solatnya itu secara qasar. Oleh itu dibolehkan menunaikan solat Zohor dan Asar masing-masing secara qasar dan kedua-duanya