• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tidak memanjangkan bacaan

Dalam dokumen SYA 3183 : KAJIAN HADIS HUKUM (Halaman 65-71)

SOLAT KHAUF (TAKUT)

2. Tidak memanjangkan bacaan

Penting untuk kita maklumi bahawa solat terbaik bukanlah bermaksud ia mesti dilakukan dengan terlalu perlahan dan membaca surah yang terlalu panjang dan membebankan. Rasulullah saw pernah menegur Mu‘az ra setelah beliau memanjangkan bacaan semasa mengimamkan solat fardu.

Malah terdapat beberapa hadith yang menganjurkan supaya meringankan solat fardu yang didirikan dan tidak terdapat satu bab pun dalam kitab-kitab hadith yang menganjurkan perintah yang sebaliknya.

Pelaksanaan solat secara berat dan panjang perlulah mengikut keadaan dan situasi jemaah. Dalam hal ini, garis panduan Kaedah Fekah perlu ditelusuri iaitu, “mengelak keburukan adalah lebih utama daripada melakukan kebaikan”. Justeru, kebaikan yang diperolehi tidak memadai sekiranya sesuatu pelaksanaan itu akan mengakibatkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat. Ia juga supaya tidak menjauhkan masyarakat daripada hadir berjemaah.

Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

65

Oleh itu, Rasulullah saw melarang imam memanjangkan bacaan surah berdasarkan riwayat oleh ‘Amru daripada Jabir ra.

َُّللَّا ىَّلَص ِ يِبَّنلا َعَم يِ لَصُي ٍلَبَج ُنْب ُذاَعُم َناَك :َلاَق ِ َّللَّا ِدْبَع َنْب َرِباَج ُتْعِمَس َلاَق و ٍرْمَع ْنَع

َّمُّ َمَّلَس َو ِهْيَلَع

َرَقَبْلاِب َأ َرَقَف َءاَشِعْلا ىَّلَصَف ُهَم ْوَق ُّمُؤَيَف ُع ِج ْرَي

ُ َّللَّا ىَّلَص َّيِبَّنلا َغَلَبَف ُهْنِم َل َواَنَت اًذاَعُم َّنَأَكَف ُلُج َّرلا َف َرَصْناَف ِة

َروُسِب ُه َرَمَأ َو اًنِتاَف اًنِتاَف اًنِتاَف َلاَق ْوَأ ٍرا َرِم َث َلََّ ٌناَّتَف ٌناَّتَف ٌناَّتَف َلاَقَف َمَّلَس َو ِهْيَلَع

ِلَّصََُمْلا َِِس ْوَأ ْنِم ِنْيَت .

Daripada Amru dari Jabir bin ‘Abdu’Llah bahawa Mu‘az bersolat bersama Nabi saw kemudian pulang bersolat bersama kaumnya. Lalu ia mengimamkan solat Isyak dan membaca surah al-Baqarah. Seorang lelaki berhenti solat sebagai protes terhadap bacaan Mu‘az yang panjang. Sebaik sahaja kejadian ini sampai ke pengetahuan Nabi saw lalu Baginda bersabda, “Penfitnah, penfitnah, penfitnah sebanyak tiga kali.” Lalu Baginda memerintahkannya agar membaca dua surah yang sederhana pendek.

Dalam riwayat yang lain, Anas meriwayatkan bahawa :

ٍماَمَت ْيِف ًة َلََص ِساَّنلا ِ فَخَأ ْنِم َناَك َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّللَّا ىَّلَص ِ َّللَّا َل ْوُس َر َّنَأ ٍسَنَأ ْنَع.

Daripada Anas, sesungguhnya Rasulullah saw adalah orang yang paling ringan solat dalam

kesempurnaan.

Dalam hal ini, imam hendaklah mengambil kira kemampuan golongan yang paling lemah semasa melaksanakan solat tersebut berdasarkan hadis ‘Uthman bin Abi al-‘As yang dikeluarkan oleh Abu Dawud dan al-Nasa’i.

ا ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأ ِصاَعْلا يِبَأ ِنْب َناَمْثُع ْنَع

ْمِهََِعْضَأِب ِم ْوَقْلا ُرَدْقَأ َو كِم ْوَق ُماَمِإ َتْنَأ :ُهَل َلاَق َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّللَّ .

Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘As, sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Kamu adalah imam

bagi kaummu, maka ukur keupayaan mereka dengan golongan yang paling lemah dalam kalangan mereka.”

Ibn Hajr al-Asqalani dalam hal ini menyatakan bahawa salah satu tujuan Rasulullah saw membaca surah yang panjang dalam solat fardu kerana Baginda saw mengetahui bahawa perbuatan membaca surah yang panjang tidak menyukarkan seorang pun dalam kalangan jemaah itu . Oleh itu, jika imam tidak pasti sama ada tindakan membaca surah panjang menyukarkan atau sebaliknya maka ia hendaklah mengambil pendekatan yang paling afdhal iaitu memendekkan bacaan ayat al-Qur’an. Justeru, sekiranya terdapat situasi tertentu seperti terdengar tangisan kanak-kanak maka imam hendaklah memendekkan bacaan. Rasulullah saw bersabda:

َص َّفَخَأ َُِّق ٍماَمِإ َءا َر َو ُتْيَّلَص اَم :ُلوُقَي ٍكِلاَم َنْب َسَنَأ ُتْعِمَس :َلاَق ِ َّللَّا ِدْبَع ُنْب ُكي ِرَش ْنَع

ًة َلَ

ْن ِم َّمَتَأ َلَّ َو

ُأ َنَتَُْت ْنَأ َةَفاَخَم ُفِ ََخُيَف ِ يِبَّصلا َءاَكُب ُعَمْسَيَل َناَك ْنِإ َو َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّللَّا ىَّلَص ِ يِبَّنلا

ُهُّم

.

Daripada Sharik bin ‘Abdu’Llah, ia berkata bahawa aku mendengar Anas bin Malik berkata,

“Aku tidak pernah bersolat di belakang imam yang paling ringan dan sempurna berbanding Nabi Muhammad saw. Jika Baginda mendengar tangisan bayi, maka dia akan meringankan solat kerana takut akan menimbulkan fitnah terhadap ibunya.”

Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

66

Dalam hal ini, para imam perlu menginsafi bahawa solat yang sempurna ialah solat yang berjaya menyatu dan menarik hati para jemaah untuk terus memeriahkan rumah Allah dengan hati yang tenang, selesa dan memudahkan.

‘Umar bin al-Khattab ra juga turut mengingatkan imam supaya mengelak daripada

menimbulkan kemarahan para jemaah. Ingatan ‘Umar ini direkodkan oleh al-Bayhaqi dalam al-Sha‘ab dengan isnad yang sahih.

َضِ غَبُي ىَّتَحَ ة َلََّصلا ِم ْوَقْلا ىَلَع ُلِ وَطُيَف اًماَمِإ ْمُكُدَحَأ ُنوُكَي ُهَداَبِع ِ َّللَّا ىَلِإ ا ْوُضِ غَبُت َلَّ

ْمِهْيَلِإ

ِهْيِف ْمُه اَم

“Jangan kamu membuatkan seorang hamba itu rasa marah terhadap Allah dengan sebab tindakan kamu memanjangkan bacaan ketika mengimamkan solat.”

Masalah memberat dan memanjangkan bacaan ini adalah berlainan situasinya jika solat dilakukan sendirian. Menurut al-Dawudi, solat fardu yang dilaksanakan seorang diri diharuskan untuk memanjang bacaan mengikut kemampuan individu tersebut. Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah ra di bawah.

ْفِ ََخُيْلَف َساَّنلا ْمُكُدَحَأ َّمَأ اَذِإ :َلاَق َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّللَّا ىَّلَص َّيِبَّنلا َّنَأ َة َرْي َرُه يِبَأ ْنَع

َريِبَكْلا َو َريِغَّصلا ْمِهيِف َّنَِِف

ُهَدْح َو ىَّلَص اَذَِِف َضي ِرَمْلا َو َفيِعَّضلا َو

َءاَش َفْيَك ِ لَصُيْلَف

Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi saw bersabda, “Apabila salah seorang dalam

kalangan kamu mengimamkan solat, maka ringankanlah solat (tersebut) kerana dalam jemaah tersebut ada golongan kanak-kanak, orang tua, orang yang lemah dan sakit. Sekiranya kamu bersolat bersendirian maka lakukanlah seperti mana kamu kehendaki.”

Tegahan daripada memanjangkan bacaan ialah supaya dapat mengelak seseorang makmum melarikan diri daripada berjemaah. Jabir ada meriwayatkan bahawa Ubay bin Ka‘ab ra telah mengimamkan solat di Masjid Quba’ dengan bacaan yang panjang sehingga seorang pemuda Ansar bertindak keluar daripada solat. Perbuatan pemuda tersebut mengakibatkan Ubay ra marah. Lalu kedua-duanya menemui Rasulullah saw untuk mengadu peristiwa yang telah berlaku. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Rasulullah saw sehingga kelihatan jelas pada wajahnya. Lalu baginda saw bersabda,

“Sesungguhnya dalam kalangan kamu mengakibatkan orang lari, apabila kamu

(mengimamkan) solat maka ringankanlah solat. Sesungguhnya di belakang kamu sekalian terdapat orang yang lemah, tua, sakit dan mempunyai urusan”.

Kaedahnya, imam hendaklah memilih surah yang bersesuai untuk dibaca ketika memimpin jemaah. Sebagai panduan, imam boleh mempraktikkan bacaan seperti yang dinyatakan oleh al-Nawawi dalam kitab al-Adhkar iaitu, surah untuk solat Zuhur dan Subuh hendaklah terdiri daripada surah-surah tuwal al-mufassal, iaitu surah-surah yang terletak pada bahagian akhir mashaf. Untuk lebih spesifik, Ahmad Abdullah Bajur mentakrifkan Surah tuwal al-mufassal ialah surah-surah panjang yang bermula dengan surah al-Hujurat dan berakhir dengan Surah al-Nazi‘at. Dalam pandangan yang lain, ia dikatakan bermula dengan Surah Qaf.

Manakala panduan bacaan untuk surah-surah bagi solat Isyak dan Asar pula ialah daripada surah-surah yang sederhana (awsat al-mufassal), iaitu bermula daripada surah ‘Abasa sehingga al-Layl. Seterusnya, surah-surah untuk solat Maghrib ialah surah-surah pendek (qisar al-mufassal), iaitu bermula daripada Surah al-Duha sehingga al-Nas.

Sebenarnya para ulama’ berbeza pandangan berhubung pembahagian jenis-jenis surah ini. Menurut Fatawa Azhar, surah panjang (tuwal mufassal) bermula dari Surah Qaf atau

al-Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

67

Hujurat sehingga surah ‘Amma, surah sederhana panjang (awsat al-mufassal) bermula dari surah al-Nazi‘at sehingga Surah al-Duha, manakala surah pendek (qisar al-mufassal) bermula dari Surah al-Inshirah sehingga Surah al-Nas (Kitab Fatawa al-Azhar).

Di samping kaedah memilih surah, Imam al-Nawawi ada memberi kaedah lain dalam membaca surah iaitu bagi imam yang bercadang membaca surah atau ayat yang panjang, mereka boleh menggunakan kaedah bacaan al-hadr (cepat) atau kaedah al-tadwir (sederhana). Bagaimanana sekalipun kaedah ini, ia bukanlah bermakna aturan tajwid tidak perlu diikuti dan dilakukan seperti dalam keadaan tergesa-gesa dan kalut. Hal ini kerana Rasulullah saw melarang solat fardu dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak sempurna.

َِّللَّا َلوُس َر َّنَأ :َلاَق ٍلْبِش َنْب ِنَمْح َّرلا ِدْبَع ْنَع

ِ ا َرُغْلا ِة َرْقَن ْنَع ٍث َلََّ ْنَع ىَهَن َمَّلَس َو ِهْيَلَع ُ َّللَّا ىَّلَص

ُريِعَبْلا ُنِ ط َوُي اَمَك ِة َلََّصلِل َماَقَمْلا ُلُج َّرلا َنِ ط َوُي ْنَأ َو ِعُبَّسلا ِشا َرِتْفا َو

.

Daripada ‘Abdu’l-Rahman bin Shibl, sesungguhnya Rasulullah saw menegah daripada tiga perkara, iaitu meringankan sujud seperti burung mematuk makanan, menghamparkan tangan ketika sujud dan tidak bersolat melainkan tempat pilihannya seperti unta yang tidak berehat (selepas minum air) melainkan pada tempatnya yang pertama.

Kaedah seterusnya ialah memanjangkan bacaan pada rakaat pertama sahaja dan

memendekkan bacaan pada rakaat kedua . Langkah ini diaturkan supaya makmum tidak merasa jemu pada rakaat kedua, berbeza dengan pada rakaat pertama di mana makmum kebiasaannya masih aktif dan cergas .

Jika dilihat pada sunnah Rasulullah s.a.w., bacaan Baginda sewaktu menjadi imam adalah bergantung pada keadaan semasa. Rasulullah saw pernah membaca Surah Kafirun dan Ikhlas semasa solat Maghrib, Surah Tin semasa solat Isyak dan surah-surah seperti al-Rum, al-Aa‘raf dan al-Mu’minun sewaktu mengimami solat Subuh. Jelasnya, kadar bacaan semasa solat fardhu berjemaah hendaklah sesuai dengan keadaan sekeliling seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisy :

ا َرِقْلا ُلْيِطُي

ِلا َوْحَ ْلْا ِبَسَح ىَلَع ى َرْخُ ْلْاِب ُر ِصْقُي َو ًة َراَت َةَء .

Bacaan dipanjangkan dan dipendekkan mengikut keadaan semasa.

Tugas-tugas Imam sebelum sembahyang ada enam macam:

1. Tidak boleh menjadi imam jika sekalian makmumnya membencinya atau tiada bersetuju dengannya. Jangan ke depan juga kalau di belakang ada orang yang lebih faqih’ daripadanya, kecuali jika orang itu enggan ke depan, ketika itu bolehlah dia menjadi Imam. Dalam hal ini, makruh masing-masing tolak menolak untuk menjadi Imam.

2. Menjaga waktu-waktu sembahyang dengan menunaikan tiap-tiap sembahyang pada permulaan waktunya, agar diperolehi keredhaan Allah Ta’ala. Permulaan waktu itu diutamakan dari pengakhirannya samalah seperti mengutamakan kehidupan akhirat dan penghidupan dunia ini. Imam tiada harus melewatkan sembahyang kerana menggangu orang ramai datang, melainkan hendaklah ia melekaskannya agar memperoleh keutamaan

permulaan waktu, kerana yang demikian itu adalah lebih afdal daripada ramainya orang yang berjemaah (tetapi lambat), dan daripada bacaan surah-surah yang panjang.

Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

68

Pernah Rasulullah s.a.w. terlambat daripada menunaikan sembahyang fajar (subuh) dalam salah satu pelayarannya; iaitu kerana sebab taharah (pensucian) dan baginda tiada menunggu, malah disuruhnya Abdul Rahman bin Auf untuk menjadi Imam pada sembahyang itu,

kemudian baginda menjadi makmumnya, padahal Imam sudah masuk pada rakaat kedua, lalu baginda bangun mencukupkan satu rakaat lagi kerana terlambat itu. Para sahabat merasa kasihan kerana berlakunya hal itu, tetapi Rasulullah s.a.w. pun bersabda: Kamu telah membuat yang betul. Begitulah hendaknya selalu kamu lakukan.

Sekali peristiwa, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk mendamaikan antara sesuatu kaum, sehingga terpaksa lambat untuk menunaikan sembahyang zohor. Para sahabat telah menunjukkan Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. untuk menjadi Imam. Kemudian Rasulullah pun tiba, sedangkan Abu Bakar di pertengahan sembahyangnya, lalu baginda pun berdiri di sebelahnya.

Dalam menunaikan sembahyang, Imam tidak perlu menunggu kedatangan muazzin, tetapi muazzin seharusnya menunggu kedatangan Imam, jika terlambat.

3. Bila menjadi Imam, hendaklah ia berikhlas semata-mata terhadap Allah azzawajalla, sebagai seorang yang menunaikan amanat Allah dalam taharahnya dan semua syarat-syarat sembahyangnya. Berikhlas, artinya: jangan ia mengambil upah dari sebab menjadi Imam itu. Manakala pengertian amanat di sini, ialah pensucian kebatinan dari segala rupa kefasikan dan ketakabburan ataupun tidak selalu melakukan dosa-dosa yang kecil. Orang yang menjadi Imam itu, hendaklah menjauhkan diri dari segala macam keaiban ini dengan penuh

kesungguhan. Sebab tugas Imam itu seperti utusan atau penjamin bagi orang ramai, maka oleh itu hendaklah ia menjadi sebaik-baik manusia.

Demikian pula dengan pensucian kelahiran, iaitu dari segala rupa hadas dan kotoran, sebab mengenai perkara ini tiada seorang yang lebih mengetahui, melainkan dirinya sendiri. Jika sekiranya ia teringat berlaku hadas sedangkan ia di pertengahan sembahyang, ataupun terkentut dalam masa sembahyang itu, maka hendaklah ia jangan merasa malu, bahkan hendaklah ia memegang tangan seorang yang berdekatan dengan nya seraya mengisyaratkan untuk menggantikannya.

4. Sebelum mengangkat takbiratul-ihram, hendaklah ia memeriksa semua saf-saf supaya rata. Mula-mula ia menoleh ke kanan kemudian ke kiri, kalau ada saf yang jarang diperintah untuk dirapat dan diluruskannya.

Ada yang mengatakan meluruskan saf itu, hingga bahu dengan bahu beriringan dan buku lali bersentuhan. Hendaklah ia tidak bertakbir, melainkan sesudah selesai muazzin dari iqamah. Muazzin pula seharusnya melambatkan iqamah dari azan, sekadar masa orang ramai dapat menyediakan diri untuk bersembahyang.

5. Imam hendaklah menyaringkan suaranya ketika melafazkan takbiratul-ihram, dan seterusnya kepada semua takbir-takbir yang lain. Makmum pula jangan sampai

menyaringkan suaranya lebih daripada kadar untuk mendengarkan dirinya saja, dan takbirnya hendaklah sesudah selesai takbir Imamnya, baru dia bertakbir pula.

Tugas bacaan Imam dalam sembahyang ialah tiga macam:

1. Membaca doa Iftitah dan ta’awwudz dengan sirr atau tiada menyaringkan suara, seperti seorang yang bersembahyang sendiri. Dan baca dengan jahar atau mengangkat suara pada Fatihah dan satu surah sesudahnya pada sembahyang subuh dan dua rakaat yang pertama dari isya’, dan maghrib; ini termasuk sembahyang orang perseorangan juga. Membaca jahar

Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

69

perkatan Ameen pada sembahyang-sembahyang jahriah (yang dinyaringkan suara – iaitu subuh, maghrib dan isya’, dan Jumaat) bersama-sama makmum, dan bacaan makmum itu mestilah menyertai Ameen Imamnya serentak bukannya sesudah itu.

2. Hendaklah Imam dalam berdirinya menjaga tiga pemberhentian (berdiam sebentar). a. Sesudah melafazkan takbiratul-ihram.

b. Sesudah membaca Fatihah

c. Sesudah membaca surah dan sebelum ruku’.

Berdiam itu sebentar saja sekadar untuk memisahkan antara takbiratul-ihram dengan bacaan Fatihah, sebab ada larangan untuk bercepat-cepat di situ. Jangan hendaknya orang yang menjadi makmum itu membaca apa-apa di belakang Imamnya selain dari Fatihah saja. Tetapi kiranya makmum tiada mendengar bacaan imamnya dalam sembahyang-sembahyang jahriah, kerana berada terlalu jauh daripadanya, ataupun kerana sembahyang-sembahyang itu sirriyah, (yang tidak dinyaringkan – iaitu pada zohor dan asar) maka bolehlah makmum membaca surah sendiri di dalam sembahyang itu.

3. Meringankan sembahyang itu adalah lebih baik, terutama sekali bila jamaah makmumnya ramai sekali, kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Apabila seseorang kamu bersembahyang dengan orang ramai, maka hendaklah meringankan sembahyang, sebab di antara mereka itu ada yang lemah, ada yang tua dan ada yang

mempunyai keperluan. Tetapi jika ia bersembahyang sendirian, bolehlah ia memanjangkannya menurut kehendaknya.”

Berkata Rasulullah s.a.w kepada Mu’az pula: Bacalah surah-surah Sabbihisma rabikal a’laa, Wassamaa’i-Waththaariq atau Wasysyamsi-Wadhuhaaha.

Tugas-tugas Iman pada rukun dalam sembahyang ada tiga macam:

1. Hendaklah ia meringankan ruku’ dan sujud, jangan ia membaca lebih daripada tiga tasbih saja.

2. Makmum jangan pula melumbai atau mendahului Imamnya dalam ruku’ atau sujud, malah hendaklah ia menunggu dan tidak bersujud melainkan sesudah sampai dahi Imam ke tanah. Begitulah ketika ruku’, makmum tiada ruku’ melainkan setelah Imam lurus di dalam ruku’nya.

3. Tidak menambah dalam doa tasyahhud lebih dari doa yang sudah ditentukan, sebab

dikhuatirkan menjadi panjang. Dan janganlah ia menentukan doa itu bagi dirinya saja, bahkan digunakan shighatul jam’i (pengertian untuk ramai) supaya doa itu umum untuk ramai.

Misalnya dia berkata:

“Wahai Tuhan, ampunilah kami sekalian.”

Tugas Imam pada mengakhiri sembahyang ada tiga pula:

1. Ketika memberi kedua-dua salam itu, hendaklah ia meniatkan memberi salam kepada semua orang yang berada di situ dan juga para Malaikat.

2. Hendaklah ia menetap di tempatnya sesudah memberi salam, terutama sekali jika ada makmum-makmum wanita di belakangnya. Dia tiada bergerak dari tempatnya dulu, sehingga sekalian makmum-makmum wanita sudah beredar dari situ.

Imam dan Tanggungjawab Dalam Solat

70

Solat Rasulullah

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah memerintahkan orang-orang yang beriman agar solat seperti beliau solat, sebagaimana sabdanya:

"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat".

Adapun tatacara atau sifat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersolat yang akan dibincangkan di dalam kertas kerja ini, adalah berdasarkan hadis-hadis yang sahih sahaja di samping menampilkan penjelasan para ulama dan muhaddisin.

Dalam dokumen SYA 3183 : KAJIAN HADIS HUKUM (Halaman 65-71)

Dokumen terkait