• Tidak ada hasil yang ditemukan

LEMBU/KERBAU

Dalam dokumen SYA 3183 : KAJIAN HADIS HUKUM (Halaman 81-102)

Dalil :

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:-

" Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata, baginda Rasulullah S.A.W telah mengutuskan aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, 1 ekor lembu musinnah (1 ekor lembu betina yang umurnya mencapai 3 tahun) dan tiap-tiap 30 ekor lembu, tabi' atau tabiah ( 1 ekor lembu jantan atau betina yang umurnya mencapai 2 tahun)."

(Riwayat Ibnu Majah)

Keterangan :

Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:

" Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat. "

(Surah Al-Baqarah: 267)

Kiraan Zakat Ternakan

LEMBU/KERBAU

Bilangan Jumlah Zakat / Jantina

30-39 Ekor 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan 40-59 Ekor 1 ekor berumur 2 tahun / Betina 60-69 Ekor 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan 70-79 Ekor 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan

dan 2 ekor berumur 2 tahun / Betina 80-89 Ekor 2 ekor berumur 2 tahun / Betina 90-99 Ekor 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan 100-109 Ekor 1 ekor berumur 2 tahun / Betina

dan 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan 110-119 Ekor 2 ekor berumur 2 tahun / Betina

Zakat

81

120 Ekor keatas 3 ekor berumur 2 tahun / Betina dan 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan

KAMBING

Bilangan Jumlah Zakat

/ Jantina 40-120 Ekor 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina 121-200 Ekor 2 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina 201-399 Ekor 3 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina

Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekor

bertambah 1 ekor berumur 2 tahun / Jantan @ Betina

BIRI - BIRI

Bilangan Jumlah Zakat

/ Jantina 40-120 Ekor 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina 121-200 Ekor 2 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina 201-399 Ekor 3 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina

Penambahan seterusnya : tiap – tiap 100 ekor

bertambah 1 ekor berumur 1 tahun / Jantan @ Betina

Zakat

82

Zakat Fitrah

Maksud Zakat Fitrah

Zakat dari sudut bahasa ialah tumbuh dan bertambah. Harta yang dibayar sebagai zakat, ia sebenarnya menumbuh dan menambahkan lagi harta yang dimiliki oleh pembayar tersebut. Fitrah dari sudut bahasa ialah terbelah. Ada pun dari sudut syari‘at, maka Zakat Fitrah ialah harta yang wajib dibayar pada penghujung bulan Ramadhan. Demikian penerangan ringkas dari kamus-kamus bahasa Arab dan kitab-kitab fiqh.

Menarik untuk diperhatikan bahawa istilah Zakat Fitrah hanya dikenal dengan kedatangan Islam. Istilah tersebut tidak dikenal di kalangan bangsa Arab sebelum kedatangan Islam. Justeru ia adalah istilah yang khusus untuk Islam, tidak untuk bangsa mahu pun agama yang lain.

Zakat fitrah juga dikenali dengan nama-nama lain, iaitu sedekah fitrah, zakat Ramadhan, zakat puasa, sedekah puasa dan sedekah Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

ٍريِعَش ْنِم اًعاَص ْوَأ ٍرْمَت ْنِم اًعاَص ِرْطِفْلا َةاَك َز َمهلَس َو ِهْيَلَع ُ هللَّا ىهلَص ِ هللَّا ُلوُس َر َض َرَف

َثْنُلأا َو ِرَكهذلا َو ِ رُحْلا َو ِدْبَعْلا ىَلَع نيِمِلْسُمْلا ْنِم ِريِبَكْلا َو ِريِغهصلا َو

َق ىهدَؤُت ْنَأ اَهِب َرَمَأ َو

ةَلاهصلا ىَلِإ ِساهنلا ِجو ُرُخ َلْب

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebanyak satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum ke atas hamba dan orang yang merdeka sama ada lelaki mahu pun wanita,anak kecil mahu pun dewasa dari kalangan umat Islam.Baginda memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).

Hukum Zakat Fitrah

Berdasarkan hadis di atas, jumhur ilmuan berpendapat bahawa hukum zakat fitrah ialah wajib. Ada segelintir yang berpendapat kewajipannya telah dibatalkan berdasarkan sebuah riwayat lain:

ِرْطِفْلا ِةَقَدَصِب َمهلَس َو ِهْيَلَع ُ هللَّا ىهلَص ِ هللَّا ُلوُس َر اَن َرَمَأ

هزلا َل ِزْنَت ْنَأ َلْبَق

ْمَل َو اَن ْرُمْأَي ْمَل ُةاَك هزلا ْتَل َزَن اهمَلَف ُةاَك

ُهُلَعْفَن ُنْحَن َو اَنَهْنَي

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan kami untuk membayar zakat fitrah sebelum turunnya (kewajipan membayar) zakat (tahunan). Maka tatkala disyari‘atkan (kewajipan membayar) zakat (tahunan), baginda tidak lagi memerintahkan kami (untuk membayar zakat fitrah) mahu pun melarang kami (dari membayar zakat fitrah). Namun kita tetap melakukannya (membayar zakat fitrah

Selain itu ada juga yang berpendapat hukum zakat fitrah ialah sunat muakkadah kerana mereka memahami istilah “faradha” dalam hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar di atas sebagai “kadar ukuran”. al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani sekali lagi menolak pendapat ini dengan menukil hujah Ibn Daqiq al-‘Id rahimahullah (702H), bahawa istilah “faradha” dari sudut

Zakat

83

bahasa memang bermaksud “kadar ukuran”. Akan tetapi yang diambil kira ialah maksud dari sudut syari‘at dan dari sudut ini, “faradha” ialah “kewajipan”.

Maka memahami hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar dengan maksud kewajipan adalah lebih tepat. Terdapat sebuah hadis yang masyhur dijadikan ancaman untuk mewajibkan orang membayar zakat fitrah. Hadis tersebut ialah:

ُي َلا ، ِض ْرَلأا َو ِءاَمهسلا َنْيَب ٌقهلَعُم َناَضَم َر ُرْهَش

َعَف ْر

ِرْطِفلا ِةاَك َزِب هلاِإ

Bulan Ramadhan terikat antara langit dan bumi, tidak diangkat (amalan-amalan dalam bulan itu) melainkan dengan zakat fitrah.

Hadis ini dha‘if. Ia dikemukakan oleh al-Sayuthi dalam al-Jami’ al-Shagheir, hadis dan beliau mendha‘ifkannya. al-Albani juga mendha‘ifkannya dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha‘ifah. Kita tidak perlu kepada hadis ini untuk menyuruh umat Islam membayar zakat fitrah. Memadai dengan hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar di atas yang menerangkan hukum wajibnya dan hadis ‘Abd Allah ibn ‘Abbas berikut ini yang menerangkan hikmahnya.

Golongan Yang Wajib Membayar Zakat Fitrah

Golongan yang wajib membayar zakat fitrah adalah seperti berikut:

Pertama:

Kewajipan zakat fitrah hanya ke atas orang Islam sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang telah dikemukakan sebelum ini: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan

zakat fitrah … dari kalangan umat Islam.”

Kedua:

Zakat fitrah diwajibkan ke atas orang yang mampu, iaitu memiliki kecukupan yang melebihi keperluannya dan orang-orang di bawah tanggungannya untuk sehari semalam. Batas ini ditetapkan oleh para ahli fiqh mengingatkan tujuan zakat fitrah adalah untuk memenuhi keperluan orang miskin selama satu hari, iaitu pada 1 Syawal sempena Aidil Fitri.

Kecukupan yang melebihi keperluannya adalah sesuatu yang sedia ada di sisinya. Oleh itu tidak perlu menjual harta, barang kemas dan sebagainya untuk mencapai taraf kecukupan.

Ketiga:

Orang-orang yang nafkah hidupnya berada di bawah tanggungan orang lain, maka dia tidak wajib membayar zakat fitrah. Zakat fitrahnya dibayar oleh orang yang menanggung nafkah hidupnya, berdalilkan hadis berikut:

ُ هللَّا ىهلَص يِبَنلا هنَأ

ِريِبَكْلا َو ِريِغهصلا ىَلَع ِرْطِفْلا َةاَك َز َض َرَف َمهلَس َو ِهْيَلَع

َنوُنوُمَت ْنهمِم ىَثْنُلأا َو ِرَكهذلا َو .

Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah ke atas anak kecil dan orang dewasa, lelaki dan wanita, dari orang-orang yang kalian tanggung nafkah hidupnya.

Zakat

84

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah ialah satu sha’ sebagaimana yang disebut dalam hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar di atas: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah

sebanyak satu sha’ kurma…”. Ukuran satu sha’ bersamaan dengan 2.157 kilogram

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Waktu membayar zakat fitrah ialah sebelum keluar menunaikan solat Aidil Fitri. Ini sebagaimana hadis ‘Abd Allah ibn ‘Umar yang dikemukakan sebelum ini: “Baginda

memerintahkan agar ia dibayar sebelum orang ramai keluar menunaikan solat (Aidil Fitri).” Walaubagaimana pun dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa:

ِنْيَم ْوَي ْوَأ ٍم ْوَيِب ِرْطِفْلا َلْبَق َنوُطْعُي اوُناَك َو.

Lailatul Qadar

85 Unit 8 Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam

terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat

Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

اهللاخ ردقلا ةليل ىرحتيو اهيف فكتعي ناك هنا

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar

darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

هرزئم دشو هلهأ ظقيأو ليللا ايحأ رشعلا لخد اذإ ناك صلى الله عليه وسلم يبنلا نأ

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan

malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

Diriwayatkan dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa malam tersebut terjadi pada tanggal malam ke 21, 23, 25, 27, 29 dan malam-malam terakhir dari bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang terdapat dalam masalah ini berbeza-beza, Imam al-Iraqi telah mengarang suatu risalah khusus yang diberi judul Syarhush Shadr bi Dzikri Lailatil Qadar yang membawakan perkataan para ulama berkaitan permasalahan ini)

Imam asy-Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab bertepatan dengan yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Adakah kami mencarinya di malam ini?” Beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut”.” Pendapat yang paling kuat, terjadinya Lailatul Qadar itu pada malam-malam terakhir bulan Ramadhan berdasarkan hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:

“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Hadis

Riwayat al-Bukhari)

Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sehingga terluput dari tujuh hari terakhir, kerana riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Lailatul Qadar

86

“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

“Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, barangsiapa yang mencarinya carilah pada tujuh hari terakhir.”

Telah diketahui di dalam as-sunnah, pemberitahuan ini wujud adalah kerana pada masa itu berlaku perselisihan di antara para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:

“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” (Hadis Riwayat al-Bukhari )

Telah banyak hadis yang mengisyaratkan bahawa Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam-malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadis yang pertama sifatnya umum, manakala hadis kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum. Dan ada beberapa hadis yang lain turut menjelaskan bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan dan yang ini terikat kepada yang mengalami ketidakmampuan dan kelemahan, sehingga tidak ada masalah. Makanya, di sini hadis-hadis yang berkaitan adalah saling bersesuaian dan tidak bertentangan.

Kesimpulannya, jika seorang muslim ingin mencari Lailatul Qadar, maka carilah ia pada malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, 21, 23, 25, 27 dan 29. Sekiranya tidak berupaya mencarinya pada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam-malam ganjil tujuh hari terakhir iaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Bagaimana Mencari Lailatul Qadar

Sesungguhnya malam yang diberkahi ini barangsiapa yang terhalang dari mendapatkannya, maka bererti dia telah terhalang dari seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah terhalang dari kebaikan itu melainkan (bagi) orang yang rugi. Oleh kerana itu dianjurkan bagi kaum

muslimin (agar) bersemangat dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah untuk

menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap pahala-Nya yang besar, jika telah berbuat demikian niscaya akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa berdiri (solat) pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat

al-Bukhari dan Muslim )

Disunnahkan untuk memperbanyakkan do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya,

“Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,

“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah dari ‘Aisyah

Lailatul Qadar

87

Tanda-Tandanya

Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam menggambarkan (menyifatkan) paginya Lailatul Qadar agar seseorang muslim dapat mengetahuinya.

Dari ‘Ubai radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Pagi hari (setelah) Lailatul Qadar, matahari terbit tidak menyilaukan (tanpa sinar), seakan-akan ia bejana sehinggalah ia meninggi.” (Hadis riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, “Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan beliau bersabda:

“Siapa di antara kalian yang masih ingat ketika terbit bulan yang ianya seperti syiqi jafnah (separuh mangkuk).” (Hadis Riwayat Muslim).

Kalimat syiqi jafnah, syiq membawa erti setengah, jafnah pula ertinya bejana. Al-Qadhi ‘Iyadh berkata, “Dalam hadis ini menunjukkan isyarat bahawa Lailatul Qadar hanya di akhir bulan, kerana bulan tidak akan berbentuk (berupa) sedemikian rupa ketika terbit melainkan ketika di akhir-akhir bulan”)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Malam al-Qadar adalah malam yang indah penuh kelembutan, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin. Manakala pada keesokan harinya sinar mataharinya kelihatan melemah

kemerah-merahan.” (Hadis Riwayat ath-Thayalisi, Ibnu Khuzaimah , al-Bazzar dan

sanadnya hasan)

Qada’ Puasa Bagi Yang Telah Meninggal Dunia

Para ulama telah sepakat bahawa orang yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai tanggungan (hutang) beberapa solat wajib yang ditinggalkannya, maka walinya atau yang selainnya tidak dibebankan dengan kewajiban untuk mengqadha’nya.

Demikianlah juga bagi orang yang tidak mampu berpuasa atau memiliki hutang puasa, maka dia tidak boleh sesiapa pun untuk mengqadha’kan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana sakit atau uzur atau yang seumpamanya dia harus mengeluarkan makanan setiap harinya untuk seorang miskin, sebagaimana yang dilakukan Anas

radhiyallahu ‘anhu.

Akan tetapi, sesiapa yang wafat dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa,maka walinya harus berpuasa untuknya. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Barangsiapa yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah walinya yang menggantikannya (membayarnya).” (al-Bukhari dan Muslim)

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Ada seseorang datang kepada

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku wafat dan dia mempunyai hutang puasa setahun, apakah aku harus membayarnya?” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab, “Ya, hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar.” (Bukhari dan Muslim)

Lailatul Qadar

88

Hadis-hadis ini bersifat umum yang mana menegaskan bahawa disyariatkan seseorang wali untuk membayar puasa mayit (si mati) dengan segala jenis puasa (yang ditinggalkannya), demikian pendapat dalam sebahagian mazhab Syafi'i dan mazhabnya Ibnu Hazm

Tetapi hadis-hadis umum ini dikhususkan, seseorang wali tidak puasa untuk mayit (si mati) kecuali bagi puasa nazar, demikian pendapat Imam Ahmad sebagaimana yang terdapat di dalam Masail Imam Ahmad riwayat Abu Dawud dia berkata, “Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata bahawa tidak boleh dibayarkan hutang puasa mayit (si mati) kecuali bagi puasa nazar.” Abu Dawud berkata, “Bagaimana dengan puasa Ramadhan?” Beliau (Imam Ahmad) menjawab, “Dibayar dengan memberi maka orang miskin.”

Inilah pendapat yang lebih tepat, melapangkan jiwa dan mendinginkan hati, dikuatkan pula oleh petunjuk dalil kerana berdasarkan keseluruhan hadis yang ada tanpa menolak satu hadis pun dengan pemahaman yang selamat khususnya hadis yang pertama.

Di samping itu, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha tidak memahami hadis-hadis tersebut secara mutlak yang mencakup puasa Ramadhan dan selainnya, tetapi dia berpendapat untuk memberi makan (fidyah) sebagai pengganti bagi orang yang tidak mampu berpuasa Ramadhan, padahal beliau adalah perawi hadis tersebut, dengan dalil riwayat ‘Amarah bahawasanya ibunya wafat dan mempunyai hutang puasa Ramadhan kemudian dia berkata kepada ‘Aisyah, “Apakah aku harus mengqadha’ puasanya?” 'Aisyah menjawab, “Tidak,

tetapi bersedekahlah untuknya, setiap harinya setengah gantang untuk setiap muslim.”

(Diriwayatkan oleh ath-Thahawi di dalam Musykilal Atsar ,Ibnu Hazm di dalam al-Muhalla. Dan ini adalah lafaz di dalam al-Muhalla dengan sanad yang sahih)

Bab Puasa

89 Unit 9 Bab Puasa

Definisi Puasa

Puasa bererti menahan, menurut syari’at puasa berarti menahan diri secara khusus dan dalam waktu tertentu serta dengan syarat-syarat tertentu pula. Menahan diri dari makan, minum, berhubungan badan serta menahan syahwat dari terbit fajar sampai terbenam matahari.

Kewajiban Puasa Ramadhan

Menurut Al-Qur’an, Hadits dan Ijma, puasa merupakan ibadah yang diwajibkan bagi muslimah yang berakal sehat dan telah baligh.































Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Hadits dari Thalbah bin Ubaidillah menceritakan: Ada seorang badui datang kepada

Rasulullah dengan rambut yang kusut seraya bertanya: Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku shalat apa saja yang diwajibkan oleh Allah? Rasulullah menjawab : Hanya shalat lima waktu, kecuali jika kamu hendak menambahkannya dengan shalat sunnat. Orang itu bertanya kembali, beritahukan pula kepadaku puasa apa yang diwajibkan oleh Allah? Rasulullah menjawab, Hanya puasa Ramadhan, kecuali jika kamu hendak berpuasa sunnat.Orang tersebut bertanya lagi, Beritahukan kepadaku zakat apa yang harus aku bayarkan? Maka Rasulullah pun menerangkan kepadanya tentang syari’at islam. Akhirnya orang badui tersebut berkata, Demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran,

sedikitpun aku tidak akan menambah ataupun mengurangi kewajiban yang telah difardhukan oleh Allah atas diriku. Rasulullah pun berkata, Beruntunglah jika ia benar atau akan

dimasukkan kedalam surga jika benar ( HR. Muttafaqun Alaih).

Bab Puasa

90

Beberapa Keutamaan Puasa

a. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda : Puasa itu perisai. Apabila salah seorang dari

kalian berpuasa, hendaklah dia tidak berkata keji dan membodohi diri. Jika ada seseorang memerangi atau mengumpatnya, maka hendaklah ia mengatakan: Sesungguhnya aku sedang berpuasa, dengan zat yang jiwaku berada ditanganNya, sesungguhnya bau mulut yang keluar dari orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah daripada bau kasturi.Orang yang puasa itu meninggalkan makanan dan minumannya untuk Allah. Maka puasa itu untuk Allah dan Allah yang akan memberikan pahala karenanya, kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya (HR.Bukhari).

b. Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Apabila datang bulan Ramadhan maka

dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka serta semua setan dibelenggu

(HR.Muslim).

c. Dari Abu Umamah, Rasulullah bersabda : Aku pernah mendatangi Rasulullah seraya

berkata: Perintahkankanlah kepadaku suatu amalan yang dapat memasukkan aku kesurga. Beliau menjawab, hendaklah kamu berpuasa, karena puasa itu merupakan amalan yang tidk ada tandingannya. Kemudian aku mendatangi Beliau untuk kedua kalinya dan beliau berkata dengan nasihat yang sama.(HR. Ahmad, Nasa’i dan Al Hakim).

d. Dari Sahal bin Sa’ad, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya surga itu mempunyai satu pintu

Babu ArRayyan, pada hari kiamat nanti pintu itu akan bertanya, dimana orang-orang yang berpuasa ? Apabila yang terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun akan tertutup

(HR. Muttafaqun Alaih).

e. Dari Abu Sa’id Al-khudri, Rasulullah bersabda: Tidaklah seorang hamba berpuasa pada

suatu hari dijalan Allah, melainkan dengan hari itu Allah akan menjauhkan api neraka dari wajahnya selama tujuh puluh musim ( HR. Jama’ah kecuali Abu Dawud).

f. Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash, Rasulullah bersabda: Berpuasa dan membaca alQur’an

akan memberikan safa’at kepada seseorang hamba pada hari kiamat kelak.Amalan puasanya akan berkata Ya Allah, aku telah melarangnya dari makanan, minum dan nafsu syahwat pada siang hari, sehingga ia telah menitipkan safa’at kepadaku. Amalan membaca Alqur’an berkata, Aku telah melarangnya tidur dimalam hari sehingga ia telah menitipkan safa’at kepadaku(HR.Ahmad, sanad shahih).

g. Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda : Barang siapa memberikan nafjah untuk dua istri

dijalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan. Barangsiapa berasal dari golongan orang-orang yang senantiasa mendirikan salat, maka dia akan dipanggil dari pintu salat,yang berasal dari kalangan yang suka berjihad, maka akan dipanggil dari pintu jihad,demikian juga dengan golongan yang berpuasa akan dipanggil dari pintu Rayyan, yang suka bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Abu Bakar bertanya Demi ayah dan ibuku wahai Rasulullah apakah setiap hamba akan dipanggil dari pintu-pintu tersebut? Lalu mungkinkah seseorang

Bab Puasa

91

dipanggil dari seluruh pintu tersebut? Beliau menjawab, Ya, ada dan aku berharap engkau wahai Abu Bakaryang termasuk salah seorang diantara mereka (HR.Bukhari).

h. Puasa mengajarkan kesabaran serta menambah keimanan, mengajarkan pengendalian diri dan tingkah laku yang baikdan membantu kesembuhan berbagai macam penyakit seperti kencing manis, darah tinggi.

Seperti sabda Rasul: Berpuasalah, niscaya engkau akan sehat (HR. Ibnu Adi dan Thabrani) i. Puasa dapat menanamkan kasih sayang dan lemah lembut kepada fakir miskin serta mengajarkan sifat tolong menolong dan sensitivitas kepada orang-orang yang membutuhkan pertolongan.

Kewajiban Puasa Ramadhan Ditetapkan Melalui Ru’yah

Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dimana Rasulullah bersabda : Janganlah berpuasa sehingga kalian melihat hilal, janganlah berbuka sehingga kalian

melihat hilal ( pada bulan Syawal) dan janganlah berbuka sehingga kalian melihatnya. Jika kalian terhalangi oleh mendung, maka perkirakanlah hitungan pada bulan itu( HR.Muslim).

Hari - hari Disunatkannya Puasa

a. Hari Arafah yaitu tanggal 9 dan 10 Zulhijjah

Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa selama 2 tahun, 1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang (HR.Muslim).kecuali orang –orang yang sedang berada diarafah

Dalam dokumen SYA 3183 : KAJIAN HADIS HUKUM (Halaman 81-102)

Dokumen terkait