• Tidak ada hasil yang ditemukan

Karena itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata

Dalam dokumen Rukun Islam Dalam Perspektif Hakikat (Halaman 26-35)

b. Mengenal Allah

9. Karena itu kata Saidina Ali: Tiada ku lihat melainkan ku lihat Allah di dalamnya. Kata

Mansur Hallaj, pun berkata dengan sangat beraninya: Ana al Hak (Akulah yang Sebenarnya. Maka kata sufi Yazid: Maha suci aku, siapa besar sebagai aku.

Maka kata syeikh Junaid: Tiada di dalam jubahku ini melainkan Allah. Maka kata Sayyid Nasimi: Bahwa Akulah Allah. Maka kata Maksudi: Dzat Allah yang Qadim, itulah dzat ku sekarang.

Dan kata Maulana Rumi: Alam ini belum, adaku adalah; Adam pun belum, adaku adalah; Suatupun belum, adaku berahikan Qadim ku jua.

Dan kata Sultan Asyikin Syeikh Ali Abul Wafa: Segala wujud itu WujudNya jangan kau sekutukan dengan yang lain; Apabila kau lihatNya bagiNya dengan dia, maka sujudlah engkau sana tiada berdosa.

Maka kata kitab Gulshan:

Hai segala Islam, jika kau ketahui berhala apa,

Kau ketahui olehmu bahwa yang jalan itu pada menyembah berhala dikata. Jika segala kafir daripada berhalanya itu dajalnya,

Mengapa maka pada agama itu jadi sesat.

10. Sebab demikian maka Syeikh Aynul Qudat menyembah anjing mengatakan: Hadha rabbi ( Inilah Tuhanku), kerana anjing itu tidak dilihatnya, hanya dilihatnya Tuhannya jua. Seperti orang melihat kepada cermin, mukanya jua yang dilihatnya, cermin ghaib dari penglihatannya, kerana alam ini pada penglihatannya seperti bayang-bayang jua,…. rupanya ada Hakikatnya tiada.

Nisbat kepada Hak Allah SWT tiada nisbat kepada kita, adalah kerana kita memandang dengan hijab. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Siapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya; dengan isyaratkan jua, … pada Hakikatnya dikenal pun Ia, mengenal pun Ia.

11. Seperti Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah lanjuti lidahnya. Pada tatkala mulanya mengetahui… siapa mengenal dirinya…, setelah sampai kepada… sesungguhnya mengenal Tuhannya,… maka Ia Sendiri NYA. Maka Sabda Rasullulah SAW: Barangsiapa mengenal Allah maka kelulah lidahnya; … artinya tempat berkata tiada lagi lulus.

12.Seperti kata Syeikh Muhyil Din Arabi: Sesungguhnya Allah adalah Rahasiamu; …. itupun isyarat kepada: Barangsiapa mengenal dirinya sesungguhnya ia mengenal Tuhannya,..jua. Syair Muhyil Din Arabi;

Jika ada engkau orang bermata, bermula hamba itu kenyataan Tuhan, jika ada engkau orang berbudi maka barang segala engkau lihat ini keadaan NYA; Dan jika ada engkau orang bermata dan berbudi, maka apakah yang engkau lihat?,….hanya segala sesuatu itu di dalam NYA melainkan dengan segala rupa.

Seperti Firman Allah SWT: Ia itu serta kamu barang di mana ada kamu.

Dan lagi kata Syeikh Muhyil Din Arabi dalam bentuk syair: Kamilah huruf yang maha tinggi tiada berpindah, Dan yang tergantung dengan istananya di atas puncak gunung. Aku engkau di dalamnya, dan kami engkau dan engkau,.. Ia, …maka sekelian dalam Itu… Ia, ….. maka bertanyalah engkau kepada barangsiapa yang telah wasal (sampai kepada Allah).

13. Hai Pelajar mengetahui “siapa mengenal diri mengenal Tuhannya.”bukan mengenal jantung atau paru-paru, bukan mengenal kaki dan tangan. Makna “siapa mengenal diri…” adanya dengan ada Tuhannya esa jua.

Seperti kata Syeikh Junaid: “Warna air itu warna bejananya” Seperti kata syair:

Sesungguhnya telah tersembunyilah engkau maka tiada dapat dilihat oleh segala mata;

Maka betapa dilihat oleh segala mata Kerana Ia terdinding oleh adaNya. Kata Syeikh Muhyildin Arabi: Jika pergilah aku menuntut Dia, tiadalah berkesudahan tuntutku, jika datang aku ke hadiratNya, Ia liar daripadaku;

Tidak aku melihat Dia,

Ia tidak jauh daripada penglihatanku,

Bermula: Ia ada dalamku dan tiada aku bertemu pada seumurku.

Maka ini lagi kata Syeikh Junaid: Adamu ini dosa, tiada dosa sebagainya.

14. Barangkali engkau pun satu wujud, Hak SWT pun satu wujud, sharika lahu (engkau mensyirikanNya)datang kerana Hak SWT:wahdahu la shararika lahu: (artinya:tiada sekutu bagiNya), tiada wujud lain hanya wujud Hak SWT. Seperti laut dan ombak.

Seperti Firman Allah:

Kemana saja mukamu kau hadapkan, maka di sana ada Dzat Allah. Kata Maulana Abdul Rahman Jami:

Sekampung sekedudukan, sekalian itu Ia jua;

Pada telekung segala minta makan dan pada atlas segala raja-raja itu pun Ia jua;

Pada segala perhimpunan dan perceraian dan rumah yang tersembunyi dan yang berhimpun itu pun Ia jua;

Demi Allah sekaliannya ia jua. Maka demi Allah sekaliannya Ia jua.

15. Misalkan seperti sebiji benih pokok, di dalamnya terdapat sepohon pokok kayu,yang lengkap. Asalnya biji benih itu jua, setelah menjadi pokok kayu yang tumbuh besar, biji benih itu pun ghaib (tidak kelihatan)- pokok kayu juga yang kelihatan. Warnanya pokok pun berbagai-bagai, rasanya buah pun berbagai-bagai, tetapi asalnya adalah dari sebiji benih itu. Seperti firman Allah:… Kami tuangkan dengan suatu air dan Kami lebihkan setengah atas sesetengahnya pada rasa makanan.

Perhatikan pula contoh berikut, seperti air hujan dalam tanam-tanaman. Air hujan itu jua yang meresapi pada sekalian tanaman dan berbagai-bagai pula rasanya. Pada buah limau masam rasanya, pada pokok tebu manis rasanya, pada mambau pahit rasanya, masing-masing membawa rasanya. Tetapi pada hakikatnya air hujan itu jua pada sekalian tanaman itu. Satu lagi contoh, seperti matahari dengan panas, jikalau panas kepada bunga atau kepada cendana, tidak ia beroleh bau daripada bunga (maksudnya bau bunga itu tidak memberi bau kepada panas). Jikalau najis pun demikian lagi. Jangan syak di sini karana syak itu adalah hijab.

16. Karena atas bekas Jalal dan atas bekas mazhar Jamal tidak ia bercerai, maka Kamal namanya. Nama Al Muiz tiada bercerai, nama Al Latif dan Al Qahar tiada bercerai. Dan syirik pun bekasNYA jua:

Seperti kata Syekh Nikmatullah:

Kulihat Allah pada keadaanku dengan PenglihatanNYA; Bermula: keadaanku itu KeadaanNYA,

maka tilik kepadaNYA dengan tilik daripadaNYA. Kekasihku, pada segala lain daripadaku,

lain daripada adaku,

Bermula: padaku AdaNya itu dengan keadaanku satu ju.

Inilah sifat: Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, itupun permulaan jua.

“Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu." (QS. As Saffaat 37: 96)

Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56 ;

“ Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus ." (QS. Huud 11 : 56)

Dan lagi sabda Rasullulah SAW:

“ Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah ” “ Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah “ “ Baik dan buruk itu daripada Allah SWT “

18. Sekalian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya, lain daripadanya tiada.

Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi:

Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA, Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang.

Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain

Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMu itu seperti haba adanya.

“ Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepadaNya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.” (QS. Ar Rahman 55 : 29)

19. Pada zahirNya berbagai-bagai, tetapi padaDzatNya tidak berbagai-bagai dan tiada berubah kerana Ia, seperti Firman Allah QS Al Hadid 57 : 3.

“ Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin[1452]; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al Hadid 57 : 3)

AwalNya tidak ketahuan akhirNya tidak berkesudahan zahirNya amat tersembunyi dengan batinNya tidak kedapatan. Memandang diriNya dengan diriNya, melihat diriNya dengan DzatNya dengan SifatNya dengan AfaalNya dengan AtharNya (bekasnya). Sungguhpun namaNya empat tetapi hakikatNya esa.

Seperti kata Syeikh Muhyildin Arabi: Menunjukkan AdaNya dengan AdaNya. Sementara itu, Imam Muhammad Ghazzali berkata: Alam ini daripadaNya dengan Dialah tetapi sesungguhnya Dia.

Kata Kimiyai Saadat:

Wujud kami daripadaNya dan kuasa kami dengan Dia,

Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba).

Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenal ia Tuhannya.

20. Allah SAW tidak bertempat dan tidak bermisal. Mana ada tempat jika lain daripadaNya tiada? Mana tempat, mana misal, mana warna?

Hamba pun demikian lagi hendaknya jangan bertempat, jangan bermisal, jangan berjihat enam, kerana sifat hamba (adalah sifat) Tuhannya, seperti kata-kata berikut:

Apabila sempurna Fakir, maka Ia itu Allah dan hidupNya dengan hidup Allah. Maulana Abdul Rahman Jami berkata:

Kepada kekasih yang tidak berwarna itu (Allah) kau kehendak, hai hati Jangan kau padamkan kepada warna mudah-mudahan, hai hati

Bahawa segala warna daripada tidak berwarna datangnya, hai hati

21. Yakni yang asalnya tidak berwarna dan tidak berupa. Segala rupa yang dapat dilihat dan dapat dibicarakan, sesungguhnya makhluk jua pada ibaratnya. Barangsiapa menyembah makhluk, ia itu musyrik (menyekutukan Allah), seperti menyembah orang mati, jantung dan paru-paru, sesungguhnya itu berhala jua hukumnya. Barangsiapa menyembah berhala, ia itu kafir…. kami berlindung dengan Allah daripadanya, Allah yang lebih mengetahui.

22. Jika demikian mengapa memandang seperti ombak dan laut? (padahal kedua-duanya esa jua).

23. Seperti kata syair:

Bekas kaca dan hening air minuman

Maka serupa kedua-duanya dan sebagai pekerjaannya Maka sanya minuman tiada dengan piala

Dan bahwa piala tiada dengan minuman.

Yakni warna kaca dan warna minuman esa jua, warna minuman dan kaca begitu jua, tiada dapat dilainkan.

Seperti kata syair:

Asalnya satu jua warnanya berbagai-bagai

Rahasia ini bagi orang yang tahu jua dapat memakainya. Dan lagi syair:

Berahi dan yang berahi dan yang diberahikan itu ketiga-tiganya esa jua Sini apabila pertemuan tiada lulus, perceraian di mana kan ada?

24. Mengapa dikata bertemu dan bercerai itu dua? Hendaknya pada Alim (yang mengetahui) hakikatnya tiada dua. Seperti ombak dan laut esa jua, pada zahirnya jua dua, tetapi bertemu pun tidak bercerai pun tidak, di dalamnya tiada di luarnya pun tiada.

Seperti kata Ghawth:

Mana kebaktian terlebih kepadaMu ya Tuhanku?

Firman Allah SWT: Sembahyang yang di dalamnya tiada lain selain daripadaKu, dan yang menyembah ghaib.

Nyatalah daripada ini bahwa yang disembah pun Ia jua, yang menyembah pun Hak. Seperti kata Mashakikh:

Tiada mengenal Allah hanya Allah Tiada mengetahui Allah hanya Allah Tiada melihat Allah hanya Allah.

Orang yang wasal (sampai) itu seperti orang yang duduk kesal; Taulannya diceritakannya daripada penceraiannya

Dan seru dan tangisnya, sehingga jadi harum daripada wasal; terhenti olehnya Daripada penceraiannya dan daripada penuh dengan dukacitanya.

Dan seperti kata Shibli:

Aku seperti katak tinggal dalam laut

Jika kubukakan mulutku nescaya dipenuhi air;

Jika aku diam nescaya matilah aku dalam percintaanku.

25. Isyarat daripada Syeikh Sakdul Din: Jangan lagi dicari tidak akan diperolehi, jika lagi dipandang tiada dilihat, kerana perbuatan kita itu seperti angin di laut. Jikalau berhenti angin ombak pulang kepada asalnya.

Seperti Firman Allah :

“ Hai jiwa-jiwa nan tenang (mutmainah), kembalilah kamu kepada Tuhanmu dengan reda dan diredai, maka masuklah ke dalam surga Ku.” (QS. Al Fajr 89 : 27-28)

Artinya datangnya daripada laut (Dzat Allah), pulang pun kepada laut (Dzat Allah) jua. Seperti kata-kata:

Syurga orang zahid (peribadah) bidadari dan mahligai,

Syurga orang berahi (kekasih) kepada perbendaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah).

26. Di situlah tempat tinggal orang yang berahi kepada Allah, berahikan surga pun tidak, dengan neraka pun dia tidak takut, kerana pada orang berahi yang wasal jannah (sampai surga), itulah yang dikatakan dalam firman Allah QS Al Fajr 89:29,30:

Masuklah kamu dalam golongan hambaKu, dan masuklah kamu ke dalam surgaKu. Pulang ia kepada tempat perbandaharaan yang tersembunyi (Dzat Allah). Seperti kata ahli makrifatullah: Barang siapa mengenal Allah maka ia itu musyrik (kenapa musyrik? Kerana ada dualiti).

Dan lagi kata ahli Allah: Yang fakir itu hitam (tiada) mukanya pada kedua negeri (Zahir dan batin, yang ada hanya wajah Allah)

Dan Lagi: Aku telah karamlah pada laut yang tidak bersisi (Dzat Allah), Maka lenyaplah aku di dalamnya,

Daripada ada dan tiada pun aku tiadalah tahu.

Kata syair: Kembalilah aku daripada menuntut dan yang dituntut. Dan berhimpunlah aku antara yang memberi kurnia dan yang dikurniai, Dan kembalilah daripada aku bagi adaMu.

Tiada engkau di dalamnya dan tiada aku.

Kata Syeikh Attar pula: Daripadanya kembalilah, setengah daripadanya melihat temasya tepuk dan tari,

Nyawa pun diberi selesailah ia daripada tuntut.

Lagi kata: Kertas pun dibakar dan pensil pun dipatahkan dan dakwat pun ditumpahkan dan nafas pun ditarik.

Inilah kisah ragam orang berahi bahwa dalam daftar tidak lulus (tidak dapat dikisahkan). Lagi kata: Tuntut pun seteru dan kehendak pun sia-sia, dan wujud pun jadi dinding (hijab) tidak dapat diperolehi menghendaki damping dan cita, yang hadir segala nafs pun menjauhkan (menghijab).

27. Inilah kesudahan sekalian, inilah yang dikatakan Fana, inilah yang dikatakan alam Lahut, pun dapat dan dikatakan wasal (sampai), dikatakan mabuk (berahi Allah) pun dapat.

Inilah kata Shah Ali Barizi: Kepada pintu negeri yang Fana (yang tinggal hanya Allah) sujudlah aku.

Ku bukakan kepalaku, maka pertunjukanlah mukaMu kepadaku.

Kata orang Pasai: Jika tidak tertutup maka tidak bertemu (Dzat Allah). Arti pada itu tidak lulus ia itu, menjadi seperti dahulu kala seperti di alam Lahut, tatkala dalam perbendaharaan tersembunyi, serta dengan TuhanNya.

Seperti biji benih dalam pohon kayu, sungguhpun zahirnya tidak kelihatan, hakikatnya Esa jua. Sebab itulah Mansur Al Halaj menyatakan: Ana al Hak (Akulah Hak), manakala setengah sufi yang lain menyatakan: Anallah (Aku Allah), kerana adanya (dirinya) tidaklah dilihatnya lagi (telah Fana, yang tinggal hanya Allah).

28. Inilah artinya: Yang fakir itu tiada suatu pun baginya. Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:

Tidur fakir itu tidurKu, Makan fakir itu makanKu, Dan minum fakir itu minumKu.

Dan lagi firman Allah: Manusia itu adalah RahasiaKu dan Aku Rahasianya dan Sifatnya. Berkata pula Uways Al Qarani:

Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya dengan Kesukaan Allah. Seperti kata Mashaikh:

Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.

Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:

Yang makrifat itu dinding bagiNya, Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.

29. Karena belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekaliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekalian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Karana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).

Inilah makna Firman Allah QS Fajr 89:28: Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai. Dan makna QS Al Baqarah 2:156: Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.

Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88: Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah. Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27: Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

30. Jikalau masih ada lagi citanya, rasanya dan lazatnya itu bermakna sifatnya dua jua, seperti musyahadah pun dua lagi hukumnya. Dan jika lagi syuhud pun masih ada dua kehendaknya: Seperti rasa, yang dirasa dan merasa pun hendaknya, seperti mencinta dan dicinta hendaknya, masih dua belum lagi esa.

Sekalian sifat itu pada iktibarnya dua juga, seperti ombak pada ombaknya laut pada lautnya,, belum mana (kembali ke) laut.

Apabila ombak dan laut sudah menjadi satu, muqabalah pun tidaklah, musyahadah pun tidaklah, makanya hanya fana dengan fana jua. Tetapi jika dengan fananya itupun, jika diketahuinya, maka belum bertemu dengan fana, kerana ia lagi ingat akan fananya. Itu masih lagi dua sifatnya.

31. Seperti kata Syeikh Attar:

Jalan orang berahi (kepada Allah) yang wasil (sampai) kepada kekasihnya itu, Akan orang itu satupun tidaklah dilihatnya,

Segala orang yang melihat dia itu, dan alam itu pun tiadalah dilihatnya.

Lagi kata Syeikh Attar:

Jangan ada semata-mata, inilah jalan kamil, Jangan bermuka dua, inilah sebenarnya wasil.

Karena arti wasil bukan dua (tetapi esa). Yakni barangkala syak dan yakin tidaklah ada padanya, maka wasillah.

Namanya ilmu yakin, mengetahui dengan yakin, ainul yakin iaitu melihat dengan yakin, dan haqqul yakin iaitu sebenar yakin,,.. yakin adanya dengan ada Tuhannya esa jua.

Maksudnya apabila sempurna fakirnya (fana) maka ia itu Allah, (hati-hati mesti dapat maksud yang sebenar, jika tidak syirik dan kufur jua adanya).

AWALUDIN MA’RIFATULLAH

Dalam dokumen Rukun Islam Dalam Perspektif Hakikat (Halaman 26-35)

Dokumen terkait