Ringkasan Dasar
KAWASAN KHUSUS
178. SA1: DBKL akan menubuhkan satu badan khas untuk memulakan serta menyelaras perancangan, pembangunan dan pengurusan Kawasan Rizab Melayu dan kampung tradisional.
179. SA2: DBKL akan menggalakkan penubuhan perbadanan-perbadanan pembangunan dengan kumpulan-kumpulan tertentu, melibatkan pemilik tanah dan penduduk, untuk membangunkan kampung-kampung baru. 180. SA3: DBKL akan melaksanakan pelan-pelan pembangunan komprehensif untuk Kawasan Rizab Melayu, kampung
tradisional dan kampung-kampung baru.
181. SA4: DBKL akan melaksanakan langkah-langkah untuk mempercepatkan pembangunan dan peningkatan taraf hidup di Kawasan Rizab Melayu, kampung tradisional dan kampung-kampung baru.
PELAKSANAAN
182. IM1: DBKL akan mengkaji semula struktur organisasinya untuk memastikan fungsi perancangan dan penyelarasan yang lebih berkesan.
183. IM2: DBKL akan mengukuhkan sumbernya untuk memajukan dan menggalakkan ekonomi Bandar Raya. 184. IM3: DBKL akan menggalakkan lebih penyertaan awam dalam membuat keputusan yang melibatkan keperluan
dan perkhidmatan masyarakat.
185. IM4: DBKL akan meningkatkan keupayaan teknologi komunikasi maklumat dalam semua fungsi Bandar Raya. 186. IM5: DBKL akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan keupayaan penguatkuasaannya.
187. IM6: DBKL akan mewujudkan sebuah perbadanan pembangunan bagi melaksanakan program pembangunan yang khusus.
188. IM7: DBKL akan mengkaji semula, mengubah dan mengemas kini semua kaedah-kaedah perancangan. 189. IM8: DBKL akan menerima pakai kaedah-kaedah bagi meningkatkan sumber kewangan untuk tujuan ekonomi dan
aktiviti sosial.
190. IM9: DBKL akan mengambil kira langkah-langkah pengurangan kos dalam penyediaan perkhidmatan dan pengurusan pembangunan Bandar Raya.
Pengenalan
1.1 KEPERLUAN UNTUK PELAN
1.
P
enyediaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 dilakukan memandangkan sebahagian dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL1984) perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat di luar jangkaan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini. Sesetengah pembangunan utama tidak dijangkakan dalam PSKL 1984. Pembangunan seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya dijangka akan menggalak dan mempengaruhi perubahan serta pertumbuhan masa hadapan Kuala Lumpur. Dengan kepesatan globalisasi, Kuala Lumpur akan berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam era baru pembangunan antarabangsa. Kuala Lumpur perlu bersedia untuk berperanan di peringkat antarabangsa yang bersaing pada abad ke 21. Dengan perubahan yang telah berlaku dua puluh tahun kebelakangan ini dan yang dijangkakan pada masa hadapan untuk pembangunan yang holistik dan urus tadbir yang cekap, maka adalah wajar untuk menyediakan satu pelan struktur baru bagi Bandar Raya ini. 2. Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) adalah asas perundangan bagi penyediaan pelan baru ini. Seksyen 10(1) Akta 267 menyatakan:“Pada bila-bila masa selepas suatu pelan struktur bagi Wilayah Persekutuan mula berkuat kuasa, Datuk Bandar boleh mengemukakan kepada Menteri dan hendaklah, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, mengemukakan kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan dalam arahan itu, cadangan-cadangan bagi perubahan, penambahan, penyemakan atau penggantian bagi keseluruhan atau sebahagian daripada pelan itu sebagaimana yang difikirkan bermanfaat oleh Menteri, mengikut masa yang berkenaan”.
Gambar 1.1: ... sebahagian dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur
(PSKL1984) perlu disemak disebabkan pembangunan dan perubahan ekonomi yang pesat diluar jangkaan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini.
1.2 PELAN
3. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (Pelan) mengandungi wawasan, matlamat-matlamat, dasar-dasar dan cadangan-cadangan untuk memandu pembangunan Kuala Lumpur (Bandar Raya) bagi 20 tahun akan datang. Ia tidak mengandungi cadangan-cadangan perancangan fizikal terperinci bagi sesuatu kawasan tertentu. Cadangan fizikal terperinci akan dimasukkan pada peringkat pelan pembangunan seterusnya iaitu, pelan tempatan. 4. Pelan ini akan mengandungi perincian terhadap komponen-komponen berasingan yang berkaitan bagi pembentukan Bandar Raya iaitu
asas ekonomi dan penduduk, guna tanah dan strategi-strategi pembangunan, perdagangan, pelancongan, industri, pengangkutan, infrastruktur dan utiliti, perumahan, kemudahan masyarakat, reka bentuk bandar dan landskap, alam sekitar serta kawasan-kawasan khusus. Komponen-komponen ini walaupun tersendiri, adalah saling berkaitan dan lengkap-melengkapi. Oleh yang demikian, dasar-dasar dan cadangan-cadangan bagi setiap komponen adalah ke arah menyediakan sebuah bandar raya yang sepadu, iaitu berfungsi secara efisien dan progresif.
5. Pelan ini perlu diterjemahkan pada peringkat perancangan tempatan di mana pengenalpastian dan pelaksanaan projek harus disokong dengan penjadualan program-program, peruntukan kewangan dan pengurusan.
1.3 PENYERTAAN AWAM
6. Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DPSKL 2020) telah dipamerkan kepada orang awam mulai 10 Mac 2003 hingga 9 April 2003. Dalam tempoh 10 Mac hingga 28 April 2003 orang awam telah diminta untuk mengemukakan bantahan menggunakan borang bantahan awam yang disediakan. Bantahan bukan saja bermaksud bangkangan tetapi juga meliputi pandangan, saranan, sokongan, ulasan dan maklumat yang dikemukakan oleh orang awam.
7. Sebanyak 258 borang bantahan awam diterima daripada orang perseorangan, agensi/jabatan kerajaan, institusi pendidikan, badan profesional, wakil rakyat, parti politik dan organisasi lain yang mengandungi 945 bantahan. Bantahan awam yang diterima menyentuh kesemua 17 sektor kajian seperti digariskan dalam DPSKL 2020. Sejumlah 483 atau 51.6% bantahan yang diterima adalah mengenai sektor pengangkutan, kemudahan masyarakat, perumahan dan setinggan serta pelancongan. Bantahan selebihnya berjumlah 453 atau 48.4% menyentuh sektor-sektor lain. 8. Menteri telah melantik 18 orang ahli Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam yang terdiri daripada ahli-ahli Lembaga Penasihat DBKL,
Gambar 1.2: Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan
1982 (Akta 267) adalah asas perundangan bagi penyediaan pelan ini.
pegawai-pegawai kanan DBKL, wakil badan-badan profesional dan pengamal profesional yang ternama bagi mendengar dan menimbang bantahan awam. 9. Sejumlah 29 sesi mendengar bantahan awam telah dijalankan bermula pada 5 Mei 2003 hingga 16 Jun 2003. Sesi ini diadakan pada setiap hari bekerja kecuali hari Jumaat dan Sabtu. Seramai 228 pembantah hadir untuk membentangkan bantahan mereka. Seramai 10 orang pembantah tidak hadir setelah dijemput dan seramai 20 orang pembantah tidak mahu didengar. Tempoh masa 30 minit diberikan kepada wakil jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, badan profesional dan organisasi-organisasi lain untuk mengemukakan bantahan lisan yang diwakili oleh 3 orang jurucakap. Tempoh 15 minit diberikan kepada orang perseorangan.
10. Sesi menimbang bantahan awam telah diadakan sebanyak 27 kali mulai 14 Ogos 2003 hingga 6 Oktober 2003. Jawatankuasa Mendengar Bantahan Awam telah menimbang kesemua 936 bantahan yang dikemukakan oleh 175 individu dan
83 kumpulan pembantah. Jawatankuasa mendapati sebanyak 55.3% daripada bantahan adalah berkaitan dengan DPSKL 2020. Sebanyak 12.8% bantahan berkaitan dengan cadangan perancangan terperinci yang boleh diambil kira pada peringkat penyediaan pelan tempatan dan 2.8% bantahan pula berkaitan isu kawalan pembangunan yang boleh dilaksanakan melalui garis panduan kawalan pembangunan. Bantahan selebihnya 29.1% merupakan isu-isu yang melibatkan aspek pelaksanaan, penguatkuasaan dan penyelarasan di peringkat pengurusan. Laporan Pendengaran Bantahan Awam telah dikemukakan kepada Datuk Bandar pada 8 Disember 2003.
1.4 KELULUSAN MENTERI DAN