• Tidak ada hasil yang ditemukan

Projek-Projek Pembinaan Lebuh Raya dan Jalan Raya, 2000

Dalam dokumen Pelan Struktur KL 2020 (Halaman 139-144)

8-11Damansara - Penchala untuk pendidikan dan

Jadual 10.2: Projek-Projek Pembinaan Lebuh Raya dan Jalan Raya, 2000

Ketidaksinambungan dalam rangkaian jalan; dan

Lalu lintas terkumpul pada

persimpangan-persimpangan separas.

421. Oleh kerana tiada keperluan yang dibuat dalam perjanjian penswastaan, kebanyakan lebuh raya bertol telah dibina tanpa penyediaan khusus untuk pengangkutan awam atau kenderaan pengangkut barangan. Potensi memaksimumkan penggunaan semua lebuh raya untuk perhubungan pengangkutan awam berkelajuan tinggi ke kawasan-kawasan luar belum diguna sepenuhnya.

Kekurangan dalam penyediaan keperluan

khusus di lebuh raya bertol bagi kenderaan awam dan kenderaan pengangkut barangan.

422. Jalan-jalan utama di Kuala Lumpur ada

kalanya tidak memenuhi keperluan klasifikasi jalan. Di samping itu beberapa batang jalan tidak berfungsi seperti yang dirancang, seperti jalan-jalan kawasan kediaman yang kini telah menjadi jalan besar disebabkan oleh penyambungan yang kurang teliti. Kepincangan ini telah menyukarkan kerja mereka bentuk dan pengurusan keseluruhan rangkaian jalan.

Pengelasan jalan-jalan utama sedia ada

tidak mencerminkan kegunaan sebenar.

423. Nisbah plot bagi ruang perdagangan di

Pusat Bandar Raya telah terus bertambah pada tahun-tahun kebelakangan ini dan menambahkan tekanan terhadap rangkaian jalan raya. Projek-projek berskala besar yang dirancang dan diluluskan akan meningkatkan lagi permintaan perjalanan kenderaan persendirian.

Tekanan yang semakin meningkat terhadap

rangkaian jalan raya disebabkan pembangunan perdagangan yang intensif dan berskala besar.

10.2.5 PENGANGKUTAN BUKAN-MOTOR

a) Pejalan Kaki

i. Keadaan Semasa

424. Satu rangkaian pejalan kaki sedang

dilaksanakan di Pusat Bandar Raya. Ini akan

memudahkan pejalan kaki dan pergerakan kenderaan bukan-motor di pusat-pusat aktiviti, menghubungkan stesen transit dan terminal bagi memudahkan pertukaran antara mod, menyediakan laluan-laluan pejalan kaki dan bertindak sebagai langkah mengekang lalu lintas. Rangkaian ini akan juga membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan perjalanan kenderaan jarak dekat.

425. Keadaan semasa dan isu-isu berkaitan

dengan pergerakan pejalan kaki dibincangkan dalam Bab 14: Reka Bentuk Bandar dan Landskap.

b) Basikal

i. Keadaan Semasa

426. Laluan basikal kini telah disediakan di kawasan perumahan baru dan rekreasi. Biarpun Kuala Lumpur mempunyai rupa bumi yang agak rata, berbasikal sebagai satu cara pengangkutan masih kurang digunakan, sebahagiannya disebabkan keadaan iklim tempatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan di dalam rangkaian laluan basikal sedia ada yang menyumbang kepada kurangnya penggunaan basikal.

ii. Isu

427. Peluang-peluang masih tersedia bagi

menghubungkan pengangkutan basikal kepada perkhidmatan pengangkutan awam dan perjalanan tempatan jarak dekat. Bandar raya lain telah menggunakan koridor jalan raya, rel dan kawasan lapang untuk mewujudkan satu rangkaian laluan basikal tempatan yang lengkap.

10-8

Gambar 10.4: ...pejalan kaki dan pergerakan kenderaan bukan-motor di pusat-pusat aktiviti, menghubungkan stesen transit dan terminal bagi memudahkan pertukaran antara mod...

Terminal Transit LRT, Jalan Tun Perak

Laluan basikal di kawasan perumahan mengalami kurang penggunaan, penyalahgunaan (tempat letak kenderaan haram) dan kurang penyelenggaraan; dan

Kurang kesinambungan dalam rangkaian

laluan basikal.

10.2.6 PENGANGKUTAN BARANGAN

i. Keadaan Semasa

428. Penjanaan perjalanan kenderaan lori

kebanyakannya lebih berpusat di kawasan perindustrian di pinggir Pusat Bandar Raya. Pergerakan lori berat lebih tertumpu di zon-zon luar di selatan dan merentasi wilayah ini melalui arah utara-selatan.

429. Di Kuala Lumpur masih juga terdapat

pergerakan kenderaan barangan berat (HGV) walaupun ia dilarang semasa waktu puncak pagi dan petang.

ii. Isu

430. Terdapat beberapa kawasan di sebelah

utara dan selatan Bandar Raya di mana HGV, kenderaan binaan dan bas diletakkan secara haram di kawasan perumahan yang menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

Meletak kenderaan barangan berat dan

kenderaan binaan secara haram di kawasan perumahan dan perdagangan disebabkan oleh kekurangan kemudahan tempat letak kenderaan yang sesuai serta kesukaran penguatkuasaan.

10.3 OBJEKTIF

431. Bagi mewujudkan satu struktur bandar raya yang efisien dan saksama di Kuala Lumpur, DBKL bertujuan untuk:

menyediakan satu sistem pengangkutan

yang komprehensif dan bersepadu bagi keperluan perjalanan di antara dan di dalam bandar.

menangani kemerosotan penggunaan

pengangkutan awam dan bagi mencapai pisah ragam (modal split) pengangkutan awam: persendirian 60:40 yang disasarkan pada tahun 2020;

mengoptimumkan infrastruktur

pengangkutan jalan dan rel supaya ia beroperasi dengan keupayaan penuh dan kecekapan maksimum;

memastikan supaya konfigurasi guna tanah

disepadukan dengan rangkaian jalan dan pengangkutan awam bagi pembangunan tanah secara optimum; dan

memastikan semua kawasan di Bandar

Raya menikmati tahap dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam yang sama.

432. Bagi mempertingkatkan persekitaran hidup bandar raya, DBKL bertujuan untuk:

mewujudkan sebuah bandar raya yang

mempunyai kemudahsampaian yang tinggi untuk semua penghuni dan pengguna, khususnya, sesuatu yang mesra pejalan kaki dan kurang upaya.

10.4 DASAR DAN CADANGAN 10.4.1 UMUM

a) Pengurusan Permintaan Perjalanan

433. Jika trend semasa berterusan, perjalanan dengan berkereta pada tahun 2020 dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda daripada tahun 1997. Meningkatkan keupayaan jalan dengan membina jalan baru dan memperluaskan jalan sedia ada, dalam jangka masa panjang, tidak lagi akan menyelesaikan masalah tetapi sekadar menangguhkannya sehingga lebih banyak jalan perlu dibina. Kebanyakan kawasan di Bandar Raya, terutama di Pusat Bandar Raya telah dibangunkan dan pengambilan balik tanah untuk pembinaan jalan adalah bertambah sukar dan mahal.

434. DBKL sedang menyusun strategi

Pengurusan Permintaan Perjalanan yang bertujuan untuk mengarah semula pola pergerakan daripada

pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam dengan mengintegrasikan mod-mod pengangkutan, memperkembangkan dan mempromosikan pengangkutan awam dan tidak menggalakkan penggunaan pengangkutan persendirian. Sistem pengangkutan awam di Bandar Raya seharusnya dapat bersaing, selesa, mesra pengguna dan mudah sampai kepada semua golongan pendapatan.

Dasar:

TT 1: DBKL akan menentukan

langkah-langkah Pengurusan Permintaan Perjalanan untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam dilaksanakan melalui kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang berkepentingan.

TT 2: DBKL akan melaksanakan program

mengawal kenderaan persendirian untuk membaiki sirkulasi lalu lintas di Pusat Bandar Raya dengan tidak menggalakkan perjalanan berkereta dari dan ke Pusat Bandar Raya semasa waktu puncak dan menguatkuasakan langkah-langkah mengehadkan akses ke sesetengah kawasan di Bandar Raya.

b) Pengurusan Sistem Lalu Lintas

435. Bagi mengoptimumkan sistem pengurusan

lalu lintas, sistem yang sedia ada perlu dipertingkatkan kepada satu sistem yang boleh memantau dan mengawal semua aspek pergerakan lalu lintas di Bandar Raya.

Dasar:

TT 3: DBKL akan meningkatkan sistem

pengurusan lalu lintas.

c) Pembangunan Berorientasikan Transit

436. Satu objektif utama sektor pengangkutan ialah pengintegrasian guna tanah dengan pengangkutan dan membangunkan satu Strategi Pembangunan Berorientasikan Transit. Strategi ini dibincangkan secara terperinci dalam Bab 6: Guna Tanah dan Strategi Pembangunan, ia akan mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel. Sebarang rancangan penyambungan kepada rangkaian rel hendaklah menyokong dasar ini dengan memastikan stesen-stesen rel memberi

khidmat langsung kepada pusat-pusat bandar terpilih.

Dasar:

TT 4: DBKL akan mewujudkan Zon

Perancangan Transit bagi memudahkan intensifikasi kawasan kediaman, perdagangan dan pembangunan bercampur berorientasi transit di sekitar stesen-stesen rel.

10-10

Gambar 10.5: ... akan mempromosikan pembangunan intensif di sepanjang rangkaian rel.

Lukisan perspektif pembangunan intensiti tinggi, KL Sentral

10.4.2 PENGANGKUTAN AWAM

a) Pentadbiran Pengangkutan Awam

437. Tumpuan yang semakin meningkat serta

peruntukan perbelanjaan yang tinggi bagi pengangkutan awam memerlukan penyelarasan dan sokongan antara jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi lain yang terlibat. DBKL akan mengambil langkah-langkah untuk membantu menjayakan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pentadbiran pengangkutan awam.

Dasar:

TT 5: DBKL akan membantu menyelaras

perancangan, pembangunan dan operasi pengangkutan awam dan hal-hal berkaitan dengan pengangkutan persendirian.

b) Integrasi Pengangkutan Awam

438. Selaras dengan pelaksanaan dasar

kerajaan, penekanan akan diberikan kepada penyediaan satu sistem pengangkutan awam yang bersepadu, fleksibel, pelbagai dan efisien

berorientasikan kemudahsampaian dan keselesaan penumpang. Keutamaan dalam pendekatan ini ialah pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Dengan tersusunnya kemudahan pertukaran antara mod dan sistem tiket bersepadu, perjalanan penumpang akan menjadi lebih senang dan lancar.

439. Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan tempatan, kemudahan penukaran bas dan rel utama serta kemudahan letak dan naik akan disediakan di pertemuan stesen rel dan jalan-jalan utama. Lokasi-lokasi penukaran yang dicadangkan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 10.3.

Dasar:

TT 6: DBKL akan membantu pelaksanaan

dasar kerajaan berhubung dengan sistem pengangkutan awam bersepadu.

442. Adalah juga dicadangkan supaya laluan

STAR LRT dari stesen Sentul Timur disambung ke utara menghala Taman Wahyu dan ke barat menghala Kepong. Satu lagi laluan dari stesen Sri Petaling disambung ke barat bagi memberi perkhidmatan di sekitar Bukit Jalil.

443. Sambungan bagi LRT dicadangkan dari

stesen KL Sentral ke cadangan pusat daerah Bukit Indah. Kelima-lima laluan baru ini akan menambahkan jarak laluan sepanjang 41.9 kilometer.

Dasar:

TT 7: DBKL akan membantu dalam

penyediaan kajian kemungkinan bagi penyambungan masa hadapan rangkaian rel dan menyelaras pelaksanaannya dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

d) Perkhidmatan Bas

444. Bas akan kekal sebagai pengangkutan

awam utama khususnya di luar Pusat Bandar Raya pada masa hadapan. Langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki kebolehpercayaan, liputan, keselesaan dan kesenangan perkhidmatan bas bagi meningkatkan penggunaannya.

Dasar:

TT 8: DBKL akan membantu menentukan

langkah-langkah bagi membaiki perkhidmatan bas secara maksimum ke kawasan pertumbuhan, semua pusat pekerjaan dan perdagangan serta menyelaras dengan agensi-agensi dan pengusaha-pengusaha berkaitan.

445. DBKL akan mengambil langkah-langkah

untuk mewujudkan satu rangkaian terminal bas di Kuala Lumpur bagi bas dan koc yang memberi perkhidmatan berlainan untuk peringkat antara-wilayah dan dalam-antara-wilayah. Terminal-terminal ini akan diintegrasikan dengan sistem rel di stesen pertukaran multi-modal untuk memudahkan laluan ke Pusat Bandar Raya dan kawasan lain di Bandar Raya. Terminal perkhidmatan antara-wilayah akan dibangunkan di Gombak (untuk perkhidmatan ke timur), Bandar Tasik Selatan (untuk perkhidmatan ke selatan), Jalan Ipoh (untuk perkhidmatan ke utara dan stesen di KPK Jalan Duta (untuk

Gambar 10.6: ...pengintegrasian mod-mod pengangkutan awam...

10-11

Lukisan perspektif terminal bersepadu Bandar Tasik Selatan

c) Pengangkutan Awam Berasaskan Rel

440. Rangkaian rel merupakan cara yang paling efisien dalam menyediakan pengangkutan cepat berkapasiti tinggi. Rancangan jangka sederhana dan panjang bagi memperkenalkan sistem-sistem rel lain seperti tram dan perkembangan rangkaian rel ke kawasan luar perlu dikaji setiap 10 tahun bagi menentukan daya kemungkinannya.

441. Kawasan pertumbuhan utama di Kuala

Lumpur kini telah mempunyai hubungan yang baik dengan Pusat Bandar Raya kecuali kawasan laluan timur-barat. Cadangan laluan baru LRT Damansara-Cheras yang akan menghubungkan kawasan pertumbuhan di sebelah timur dan barat akan dikaji bersama dengan laluan-laluan baru rel yang memberi perkhidmatan ke pusat daerah, kawasan pembangunan komprehensif dan kawasan pertumbuhan.

10-12

RAJAH: 10.3

Dalam dokumen Pelan Struktur KL 2020 (Halaman 139-144)