8-11Damansara - Penchala untuk pendidikan dan
RAJAH: 9.1 TABURAN KAWASAN INDUSTRI MENGIKUT STATUS, 2000
PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020
Kawasan Industri Sedia Ada Kawasan Industri Komited
perindustrian dan hanya 2.4 peratus premis perindustrian mempunyai kantin di dalamnya. Hanya 26 peratus premis perindustrian menyediakan kemudahan tempat letak kereta dan motosikal.
ii. Isu
• Kemudahan awam di kawasan perindustrian
tidak mencukupi.
356. Perkhidmatan pengangkutan awam ke kawasan perindustrian sedia ada di Kuala Lumpur tidak mencukupi.
• Perkhidmatan pengangkutan awam yang
tidak mencukupi ke kawasan perindustrian.
357. Hanya 24 peratus dari premis industri yang mempunyai kemudahan mengangkut dan memunggah muatan.
• Kemudahan mengangkut dan memunggah
muatan tidak mencukupi.
9.3 OBJEKTIF
358. Bagi mencapai matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa, DBKL bertujuan untuk:
• mempromosi pembangunan industri yang
berkaitan dengan K-Ekonomi;
• mempromosikan industri terkini dengan
pengambilan tenaga pekerja mahir;
• menyediakan peluang pekerjaan dan
perniagaan yang meluas kepada semua penduduk; dan
• mengekalkan keseimbangan sektoral dalam
pembangunan perindustrian.
359. Bagi mewujudkan struktur Bandar Raya yang efisien dan saksama, DBKL bertujuan untuk:
• mencapai agihan kawasan perindustrian
yang optimum di Bandar Raya; dan
• memastikan guna tanah perindustrian
diintegrasikan dengan rangkaian jalan raya dan pengangkutan awam.
9-5
9.4 DASAR DAN CADANGAN
9.4.1 PEMBANGUNAN SEKTOR INDUSTRI a) Sektor Pembuatan
360. Lokasi Kuala Lumpur yang berhampiran dengan MSC akan mempunyai kesan besar terhadap jenis industri yang akan dibangunkan di Kuala Lumpur pada masa hadapan. Terdapat peluang dalam membangunkan industri berteknologi tinggi dan berteraskan pengetahuan sebagai penyokong kepada perusahaan di MSC. Pusat R&D berkaitan dengan industri teknologi tinggi akan digalakkan di kawasan-kawasan tertentu di Bandar Raya.
361. DBKL akan menggalakkan industri yang khusus dalam reka bentuk dan kemahiran tinggi. Ini termasuk industri yang mengkhusus dalam mengeluarkan peralatan muzik, mainan elektronik, fesyen, penghasilan barang kemas dan kraf tangan. Jenis industri ini mempunyai potensi eksport yang baik dan boleh dihubungkaitkan dengan perusahaan-perusahaan perdagangan di Bandar Raya.
Gambar 9.3: DBKL akan menggalakkan
pembangunan kemudahan latihan kemahiran tinggi...
Gambar 9.4: ...akan terus mengekalkan kewujudan sebilangan
kecil industri pembuatan yang berteknologi tinggi.
Gambar 9.5: Taman perniagaan automobil akan dibangunkan
di lokasi yang strategik... 362. Hala tuju baru perindustrian di Kuala Lumpur
akan menggalakkan pengambilan tenaga buruh mahir. Kemudahan latihan kemahiran teknologi tinggi kini boleh didapati di Taman Teknologi Malaysia dan institusi-institusi lain seperti Institut Jerman-Malaysia yang menawarkan latihan kemahiran tinggi. DBKL akan menggalakkan pembangunan kemudahan latihan kemahiran tinggi di institusi-institusi sedia ada dan juga di kawasan-kawasan perniagaan serta perindustrian baru.
Dasar:
IN 1: DBKL akan menggalakkan
pembangunan industri berteknologi tinggi dan berteras pengetahuan.
363. Bagi memastikan keseimbangan sektoral dalam asas ekonomi, Bandar Raya Kuala Lumpur akan terus mengekalkan kewujudan sebilangan kecil industri pembuatan yang berteknologi tinggi.
Dasar:
IN 2: DBKL akan mengekalkan sebahagian
kecil komponen pembuatan berkaitan dengan industri teknologi tinggi.
b) Industri Perkhidmatan
365. Taman perniagaan automobil akan dibangunkan di lokasi yang strategik, termasuk kawasan yang telah ditetapkan di Chan Sow Lin, untuk mempertingkatkan pengurusan alam sekitar di samping memberi perkhidmatan yang efisien kepada pelanggan. Taman ini akan membekalkan kemudahan ‘pusat setempat’ bagi operasi bengkel membaiki motor, jualan kereta terpakai dan tempat letak kereta, bilik pameran, kedai aksesori dan alat ganti kereta, bengkel mengecat kenderaan, servis kenderaan, pusat membaik pulih kenderaan dan keperluan-keperluan lain berkaitan dengan industri perkhidmatan yang akan meningkatkan perniagaan automobil.
Dasar:
IN 4: DBKL akan mengekhaskan lokasi
strategik sebagai taman perniagaan automobil.
9-6
Industri berteknologi tinggi, Taman Teknologi Bukit Jalil
Pusat servis kenderaan, Jalan Kelang Lama
364. Industri pembuatan yang tidak sesuai dengan strategi dan objektif industri Kuala Lumpur akan dipindahkan keluar dari Bandar Raya.
Dasar:
IN 3: DBKL akan memastikan tiada industri
pembuatan yang tidak sesuai di Bandar Raya.
366. Industri-industri perkhidmatan akan digalakkan di pusat kejiranan dan daerah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk, begitu juga dengan industri-industri ringan berskala kecil yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk berdekatan. 367. Walau bagaimanapun, Kaedah Kelas Kegunaan akan disemak bagi memastikan aktiviti industri berbahaya dan mencemar tidak dibenarkan beroperasi di kawasan perdagangan.
Dasar:
IN 5: DBKL akan menyemak Kaedah Kelas
Kegunaan.
c) Pertalian Perindustrian
368. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memerlukan perkhidmatan sokongan agar dapat membentuk rangkaian yang lebih efektif dan dapat menggunakan sumber-sumber sedia ada seperti sumber modal, kemudahan latihan pembangunan sumber manusia dan maklumat peraturan yang mengawal operasi mereka.
369. Di samping itu, kemudahan sokongan untuk meningkatkan dan memperkukuhkan hubungan antara pelanggan-pembekal-pengeluar berkaitan industri servis hendaklah diadakan, bagi memastikan industri servis yang mapan dan dapat memberi perkhidmatan kepada penduduk secara berkesan.
Dasar:
IN 6: DBKL akan menyelaras dengan
agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi menyediakan rangkaian dan perkhidmatan sokongan untuk pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana.
d) Industri Tidak Wajar
370. Industri tidak wajar dan haram merupakan elemen yang tidak digalakkan di Bandar Raya dan akan dikeluarkan secara berfasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan industri ini adalah industri perkhidmatan ringan yang menyumbang kepada ekonomi Bandar Raya dan oleh itu perlu ditempatkan di lokasi yang lebih sesuai.
Dasar:
IN 7: DBKL akan menetapkan kawasan
bagi menempatkan industri perkhidmatan ringan.
371. Kawasan pertumbuhan industri yang terletak berhampiran sungai, proses pembangunan semula akan mengambil kira langkah-langkah kawalan dan pengurusan alam sekitar yang efisien untuk mengelakkan pencemaran sungai.
372. Dasar-dasar berhubung dengan pencemaran sungai dinyatakan dalam Bab 15: Alam
Sekitar.
9-7
373. Industri-industri yang tidak bersesuaian dengan persekitaran hidup bandar yang berkualiti seperti industri mengumpul dan menjual barangan lusuh dan alat gantian terpakai perlu dikeluarkan dari Kuala Lumpur.
Dasar:
IN 8: DBKL tidak akan membenarkan
industri yang tidak bersesuaian dengan persekitaran hidup bandar yang berkualiti.
9.4.2 PEMBANGUNAN KAWASAN PERINDUSTRIAN
a) Pembangunan Perindustrian Berteraskan Zon
374. Bagi mengawal perkembangan pembangunan industri, DBKL akan menggunakan pendekatan zon dengan menetapkan tiga zon industri khusus (rujuk Rajah 9.2).
375. Kawasan perindustrian zon utara yang menumpukan kepada industri perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan terdiri daripada Jinjang, Bukit Maluri, Wangsa Maju, Maluri, Sentul dan Setapak. Zon ini adalah agak berhampiran dengan kilang kereta kedua Malaysia di Serendah dan cadangan Bandar Proton di Lembah Bernam. Aktiviti perkhidmatan automobil, pembuatan makanan, percetakan, penyimpanan, kraf tangan dan pembungkusan dijangka merupakan industri utama di zon ini. Industri sokongan untuk keperluan tempatan dan pengeluaran barangan buatan logam juga digalakkan.
376. Kawasan perindustrian tengah yang menumpukan kepada perkhidmatan terdiri daripada Pusat Bandar Raya, Damansara dan Penchala mengkhusus kepada industri fesyen, kraf tangan dan percetakan.
377. Kawasan perindustrian zon selatan yang menumpukan kepada R&D, perkhidmatan dan pembuatan terdiri daripada Bukit Jalil, Bukit Indah, Bukit Anggerik, Seputeh, Bandar Tun Razak dan Chan Sow Lin. Zon ini berdekatan dengan MSC dan juga mudah sampai ke KLIA. MSC dan Taman Teknologi Malaysia di Bukit Jalil memberi peluang untuk pengelompokan R&D seperti kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan
9-8
RAJAH: 9.2