i. Keadaan Semasa
612. Perkhidmatan kesihatan yang selesa,
mudah sampai dan mampu diperolehi adalah penting untuk kesejahteraan warga kota sesebuah bandar raya. Tadahan penduduk yang luas dan peranannya sebagai ibu negara, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai kemudahan kesihatan terdiri daripada perkhidmatan rawatan umum hingga pakar perubatan.
613. Rajah 13.4 dan Jadual 13.5 menunjukkan
taburan dan bilangan kemudahan kesihatan awam di Kuala Lumpur.
golongan berpendapatan rendah yang kurang mampu mendapat rawatan di klinik swasta dan yang tinggal jauh dari kemudahan kesihatan awam ini.
• Taburan kemudahan kesihatan awam tidak
seimbang.
13.2.6 KEMUDAHAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN
i. Keadaan Semasa
616. Penyediaan persekitaran yang aman dan
selamat untuk warga kota adalah keutamaan penting bagi sesebuah bandar raya. Pada umumnya, Kuala Lumpur setanding dengan bandar-bandar utama lain dalam aspek ini dengan menyediakan balai-balai polis yang disokong oleh pondok polis dan pondok rukun tetangga serta balai bomba. Untuk mempertingkatkan keselamatan di Bandar Raya, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah melancarkan Program Bandar Raya Selamat bagi membolehkan masyarakat setempat mengambil bahagian dalam memastikan keselamatan kawasan masing-masing.
617. Rajah 13.5 dan Jadual 13.6 menunjukkan
taburan kemudahan keselamatan dan kecemasan di Kuala Lumpur. Kemudahan keselamatan dan kecemasan termasuk ibu pejabat polis nasional, ibu pejabat polis kontinjen, ibu pejabat polis daerah, balai polis, pondok polis, rukun tetangga dan balai bomba.
Jadual 13.5: Kemudahan Kesihatan Awam, 2000
Zon Strategik
614. Kemudahan kesihatan disediakan oleh pihak kerajaan atau institusi swasta. Hospital utama di Malaysia iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL) terletak di Pusat Bandar Raya dan memberi perkhidmatan kepada penduduk Kuala Lumpur, wilayah dan seluruh negara. Sebagai tambahan, poliklinik, klinik bersalin serta klinik gigi kerajaan dan swasta turut memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan.
ii. isu
615. Klinik kerajaan seperti poliklinik, klinik gigi, klinik bersalin dan klinik/hospital kanak-kanak telah disediakan di semua zon strategik tetapi kemudahan ini diagihkan secara tidak seimbang mengikut taburan penduduk. Ini merupakan masalah kepada
Zon Strategik Hospital Klinik
Pusat Bandar Raya 1 5 Wangsa Maju - Maluri 0 7 Sentul - Menjalara 0 8 Damansara - Penchala 1 5 Bukit Jalil - Seputeh 0 1 Bandar Tun Razak - 1 6 Sungai Besi
Jumlah 3 32
Jadual 13.6: Kemudahan Keselamatan & Kecemasan, 2000
Ibu Ibu Ibu
Pejabat Pejabat Pejabat Balai Pondok Balai Rukun Polis Polis Polis Polis Polis Bomba Tetangga Nasional Kontinjen Daerah
Pusat Bandar 1 1 1 2 11 4 16 Raya Wangsa Maju - 0 0 1 4 7 2 6 Maluri Sentul - 0 0 1 2 8 1 11 Menjalara Damansara - 0 0 1 3 6 3 2 Penchala Bukil Jalil - 0 0 0 1 5 1 6 Seputeh Bandar Tun 0 0 0 3 6 3 9 Razak -Sungai Besi Jumlah 1 1 4 15 43 14 50
13-10
URAJAH: 13.4 TABURAN KEMUDAHAN KESIHATAN AWAM, 2000
PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020
Hospital Klinik
U
13-11
RAJAH: 13.5 TABURAN KEMUDAHAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN, 2000PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020
Ibu Pejabat Polis Nasional Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ibu Pejabat Polis Daerah Balai Polis
Balai Bomba
Pusat rukun Tetangga Pondok Polis
13-12
ii. isu
618. Balai polis dan pondok polis disediakan di semua zon strategik. Walau bagaimanapun terdapat kekurangan dan pengagihan yang tidak seimbang mengikut taburan penduduk.
• Taburan balai polis dan pondok polis yang
tidak seimbang.
13.2.7 KEMUDAHAN KEBAJIKAN SOSIAL
i. Keadaan Semasa
619. Dalam tahun 2000, terdapat 10,299 orang golongan kurang upaya yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan iaitu 0.7 peratus dari jumlah penduduk sedia ada. Jumlah ini meliputi 1,372 orang cacat penglihatan, 3,077 orang cacat anggota, 3,935 orang cacat akal dan 1,915 orang cacat pendengaran. Jabatan ini merancang dan melaksanakan program-program kebajikan masyarakat yang telah menyumbang sebanyak 11,056 jenis bantuan yang meliputi skim bantuan kewangan, bantuan kaunseling dan peralatan bagi yang cacat anggota.
620. Di samping itu, Jabatan Kebajikan
Masyarakat mengendalikan tiga institut pemulihan untuk remaja bermasalah dan satu pusat jagaan untuk kanak-kanak yatim, mangsa dera dan miskin. Selain daripada itu, Baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyediakan dan menguruskan sebuah rumah kebajikan untuk golongan wanita miskin dan bermasalah, ibu tunggal dan saudara baru serta sebuah rumah kebajikan untuk anak-anak yatim.
621. Terdapat juga lapan buah rumah kebajikan yang ditubuhkan oleh organisasi bukan kerajaan untuk golongan warga tua dan anak yatim serta tujuh pusat latihan untuk golongan kurang upaya. Perkhidmatan tambahan dalam bentuk pusat jagaan harian juga disediakan untuk golongan warga tua dan kanak-kanak kurang upaya.
622. Dalam tahun 2000, terdapat sebanyak
85,434 orang yang berumur melebihi 60 tahun iaitu lebih kurang 6 peratus dari jumlah penduduk di bandar raya. Bilangan ini menunjukkan pertambahan 35 peratus dari Banci Penduduk 1991 dalam kumpulan umur yang sama.
ii. Isu
623. Kemudahan dan perkhidmatan untuk
golongan kurang upaya tidak mencukupi dan tidak lengkap bagi menepati keperluan golongan tersebut.
• Kemudahan dan perkhidmatan yang tidak
mencukupi bagi golongan kurang upaya.
624. Pertambahan bilangan warga tua telah
menyebabkan permintaan terhadap lebih banyak kemudahan untuk menampung golongan ini.
• Kekurangan kemudahan untuk golongan
warga tua yang semakin meningkat.
13.2.8 KEMUDAHAN KEBUDAYAAN
i. Keadaan Semasa
625. Kebudayaan boleh menyatupadukan dan
membentuk sesuatu masyarakat dan DBKL menyedari bahawa usahanya dalam mempromosikan kumpulan dan aktiviti kebudayaan adalah asas penting dalam strategi pembangunan komuniti. Pertunjukan dan tempat kebudayaan menjadi tarikan utama kepada pelancong di mana pelawat antarabangsa dapat melihat sendiri bukan saja kebudayaan Kuala Lumpur tetapi juga keseluruhan Malaysia.
626. Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia adalah pusat tumpuan kebudayaan negara. Panggung, muzium, balai seni lukis, perpustakaan dan banyak lagi tempat kebudayaan kecil yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara terletak di Kuala Lumpur.
627. Rajah 8.1 dalam Bab 8: Pelancongan
menunjukkan lokasi kemudahan warisan-kebudayaan di Kuala Lumpur.
628. Dengan wujudnya MSC, adalah dijangkakan lebih ramai ekspatriat tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan di sekitarnya. Dengan ini, permintaan terhadap aktiviti kebudayaan bercita rasa antarabangsa akan bertambah selaras dengan wawasan Kuala Lumpur sebagai Sebuah Bandar Raya Bertaraf Dunia.
ii. Isu
629. Panggung Negara, Balai Seni Lukis
Negara dan Perpustakaan Negara terletak di luar Pusat Bandar Raya, kebanyakannya di sepanjang Jalan Tun Razak. Walaupun mempunyai capaian jalan raya yang baik tetapi perkhidmatan pengangkutan awam adalah kurang untuk ke kawasan ini.
• Kurang kemudahsampaian kepada
kemudahan kebudayaan utama. 13.2.9 KEMUDAHAN KEAGAMAAN
i. Keadaan Semasa
630. Memandangkan Islam adalah agama rasmi
negara, Bandar Raya memainkan peranan yang penting sebagai pusat keagamaan di peringkat wilayah dan nasional sebagaimana dibuktikan dengan wujudnya Masjid Negara dan Pusat Islam. Status Kuala Lumpur sebagai pusat keagamaan akan berterusan seperti juga keperluan untuk menyediakan masjid dan surau yang mencukupi untuk keperluan penduduk Kuala Lumpur dan juga yang datang dari luar. Rajah 13.6 dan Jadual 13.7 menunjukkan taburan kemudahan keagamaan di Kuala Lumpur.
631. Kemudahan keagamaan lain termasuk
gereja, tokong Cina dan kuil Hindu kebanyakannya seusia dengan Bandar Raya, adalah mencukupi dan ditabur secara seimbang di semua zon strategik.
Gambar 13.3: …menyediakan masjid dan surau yang mencukupi untuk keperluan penduduk.
Gambar 13.2: Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia adalah pusat tumpuan kebudayaan negara.
Istana Budaya, Jalan Tun Razak
ii. Isu
632. Masjid dan surau disediakan di semua zon strategik tetapi kemudahan ini tidak diagihkan secara seimbang mengikut taburan penduduk.
• Taburan masjid dan surau tidak seimbang.
Masjid Wilayah Persekutuan