• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL 4.1 Komposisi kimia dalam sel

Dalam dokumen Besta t4 2015 Versi Guru (Halaman 54-62)

 Unsur ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis atom sahaja dan tidak

boleh diuraikan kepada bahan yang lebih ringkas melalui tindak balas kimia.

 Terdapat lebih 25 unsur utama dan umumnya mempunyai karbon,

hidrogen, oksigen dan nitrogen.

 Sebatian organik ialah sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon

(C).

 Unsur utama: Karbon (C), Hidrogen (H), Oksigen (O), Nitrogen(N)=CHONg

 Unsur lain: Kalium (K), Klorin (Cl), Kalsium (Ca), Ferum (Fe),Magnesium

(Mg), Sulfur (S), Natrium (Na) dan Fosforus (P)

‘Kamal Cuba CaKap Fizik Memang SeNang Pass’(lulus)

 Unsur surih: Zink (Zn), Kobalt (Co), Mangan (Mn), Iodin (I), Selenium (Se),

Boron(B),Kromium(Cr), Molibdenum(Mb), Kuprum (Cu), Besi (Be), Fluorin (F)

‘Fuhh! Zain Malik Cuba Cari Borang ‘Coba Makan Ikan Selar Besar’

4.2 Karbohidrat

 Terdiri daripada 3 unsur iaitu Karbon (C), Hidrogen (H) dan Oksigen (O)

 Hanya ingat CHO.

 Terdapat tiga jenis iaitu monosakarida, disakarida dan polisakarida.

 Mono=satu, di= dua dan poli= lebih daripada dua atau banyak.

Sakarida= bilangan gula

 Contoh monosakarida ialah GlUkosa, GALAKtosa dan FRUktosa

(GUGALAKFRU).

‘GUGALAKFRU= GurU GALAK makan FRUit’

 Contoh disakarida ialah MAltosa, SUKrosa dan LAKtosa (MASUKLAK).

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 54

 Contoh polisakarida ialah KAnji, GLIkogen dan SELulosa (KAGLISELU).

KAGLISELU= KAmi GeLI SELalu

 Bagaimana pula nak ingat persamaan kondensasi dan hidrolisis

karbohidrat?

 Monosakarida boleh membentuk disakarida melalui proses kondensasi

manakala disakarida boleh diuraikan kepada monosakarida melalui proses hidrolisis.

 Persamaan kondensasi monosakarida adalah seperti berikut:

1. GlUkosa + GlUkosa MALtoSA + air

‘GurU GurU MALaySiA’

2. Glukosa + Galaktosa Laktosa + air

‘GurU GALAK LATihan’

3. Glukosa + Fruktosa Sukrosa + air

‘GurU FRee SoKmo’

Kondensasi kondensasi

4. GlUkosa MALtoSA Kanji Hidrolisis hidrolisis

# Nota:

Jika pertukaran dari molekul ringkas ke molekul kompleks= proses

kondensasi, manakala Jika pertukaran dari molekul kompleks ke molekul ringkas= proses hidrolisis.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 55

4.3 Protein

 Terdiri daripada Karbon, Hidrogen, Oksigen dan Nitrogen.

 Ingatlah CHON!

 Daripada perkataan protein jadilah PROTEiN

P=Protein

R=Ringkas=Asid amino

O=Organik (ada unsur C), Oksigen.

T=Tak perlu dan perlu (Asid amino perlu dan asid amino tak perlu) E=Elektrik=Hidroelektrik (H)

N=Nitrogen

 Terdapat empat struktur protein iaitu:

Primer = Pertama

SekunDer= keDua. Ada Dua jenis iaitu heliks-α dan kepingan berlisu-β Tertier= keTiga

KuartErner= KeEmpat

Primer Sekunder

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 56

 Persamaannya:

kondensasi

√ Asid amino+ Asid amino Dipeptida + air

kondensasi

√ Dipeptida Polipeptida + air

SPM 2010 (Struktur)

Rajah menunjukkan dua peringkat organisasi di dalam struktur protein.

Peringkat organisasi dalam protein X: (Struktur) primer

Peringkat organisasi dalam protein Y: (Struktur) sekunder

(a) Dalam Rajah, namakan peringkat organisasi di dalam struktur protein X dan

Y. [2 markah]

(b) Huraikan struktur protein X.

P1 Terdiri daripada satu rantai polipeptida.

P2 Urutan asid amino / dipeptida / peptida yang linear.

[2 markah]

AADP

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 57

(c) Rajah menunjukkan bagaimana protein X diuraikan untuk membentuk hasil.

Terangkan bagaimana hasil-hasil dalam Rajah di atas dibentuk.

P1 Proses hidrolisis berlaku // enzim / tripsin / protease bertindak ke atas protein X. [Tolak: pepsin / erepsin / peptidase] P2 Ikatan (Peptida) diuraikan.

P3 Untuk menghasilkan dipeptida. [Tolak: Asid amino]

[2 markah] (d) Nyatakan mengapa protein haiwan adalah protein kelas pertama.

(Protein haiwan) mengandungi semua asid amino perlu // mengandungi asid amino yang tidak boleh disintesiskan oleh badan.

[1 markah] (e)

Sutera adalah suatu contoh protein. Pakaian sutera menjadi berkedut

apabila dibasuh menggunakan air panas pada suhu 650C.

(i) Terangkan pernyataan di atas.

P1 Protein ternyahasli.

P2 Struktur protein berubah // struktur protein berubah / pecah / rosak. P3 Menyebabkan bentuk (3 dimensi) protein berubah // konfigurasi protein

berubah.

[3 markah] (ii) Berdasarkan pernyataan di atas, cadangkan dua cara untuk mengekalkan

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 58

1. Basuh menggunakan air sejuk / air suam // jangan basuh di dalam air panas // simpan di dalam peti sejuk.

[Tolak: Basuh menggunakan air melebihi 450C] 2. Tidak menjemur sutera secara langsung di bawah cahaya matari.

3. Cucian kering.

[2 markah] 4.4 Lipid

 Mengandungi CHO.

 Terdapat lima jenis lipid iaitu Lemak, Minyak, Lilin, Fosfolipid dan Steroid.

 Perbezaan antara Lemak Tepu (LT) dengan Lemak Tak Tepu:

LT Perbezaan LTT

Tiada Kehadiran ikatan ganda dua

antara atom-atom karbon dalam asid lemak

Ada

Tidak boleh Keupayaan bertindak dengan

satu atom hidrogen tambahan

Boleh

Pepejal Keadaan dalam suhu bilik Cecair

Tinggi Aras kolesterol Rendah

Sumber lemak

haiwan seperti mentega dan

minyak sapi

Contoh Sumber minyak

daripada tumbuhan

seperti minyak masak, minyak jagung dan soya. Fuyoo! Lembu Suka Main

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 59

SPM 2013 (Struktur)

Rajah menunjukkan pembentukan trigliserida.

(a)(i) Namakan P dan Q. P: Gliserol

Q: Asid lemak

[2 markah] (ii) Dalam jadual, nyatakan bilangan molekul bagi P dan Q.

Jenis molekul Bilangan molekul

P 1

Q 3

[2 markah] (b)(i) Namakan proses X.

Kondensasi // Pengesteran.

[1 markah] (ii) Terangkan proses X.

P1 (1 molekul) gliserol / P bergabung dengan (3 molekul) asid lemak / Q (untuk membentuk trigliserida).

P2 Ikatan terbentuk. [Terima: Ikatan kovalen] [Tolak: Ikatan Hidrogen] P3 melibatkan penyingkiran air // air dihasilkan / dibebaskan.

[2 markah] (c) Trigliserida adalah sejenis lipid.

Nyatakan satu fungsi trigliserida dalam manusia.

P1 sebagai sumber tenaga.

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 60

P3 Memberi perlindungan menghadapi tekanan // melindungi organ dalam. P4 menyumbang kepada struktur membran plasma (untuk membentuk

dwilapisan lipid).

[1 markah] 4.5 Enzim

Definisi:

 Enzim ialah protein yang bertindak sebagai mangkin organik utk

mempercepatkan tindak balas biokimia dlm sel.

 Ciri-ciri enzim iaitu:

Cepat, tidak Musnah selepas tx, kuantiti Kecil, Kofaktor, Berbalik, Spesifik, Sensitif terhadap perubahan Suhu, Sensitif pada perubahan pH, Perencat.

 Mekanisme tindakan enzim:

‘Hipotesis mangga dan kunci’

Mangga= Enzim Kunci= Substrat

Enzim + Substrat Kompleks enzim-substrat molekul enzim + molekul hasil tindak balas

 Terdapat empat faktor yang mempengaruhi tindakan enzim:

1. Suhu 2. pH

3. Kepekatan Enzim 4. Kepekatan Substrat

‘Susu Pekat Enak Sekali’ Cara nak ingat!!

Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 61

Kegunaan Enzim dlm kehidupan harian dan Industri.

Enzim Kegunaan 1 Kegunaan 2 Kegunaan 3

Selulase Mengekstrak kulit

tumbuhan

Protease Melembutkan daging/ Menanggalkan

bulu pada kulit

Menanggalkan kotoran berasaskan daging

Lipase Menanggalkan kotoran

lemak dan minyak.

Zimase Penapaian yis utk

menghasilkan wain

Membuat doh untuk

menghasilkan roti

•Semakin bertambah suhu, semakin bertambah kadar tindak balas.

•tindakan enzim paling optimum pada suhu 37oC

Suhu

•Tindakan optimum enzim pepsin pada pH 2, Enzim Amilase pH 7, Enzim Tripsin pH 12

pH

•Semakin bertambah kepekatan enzim, semakin bertambah kadar tindak balas.

•sehingga dihadkan oleh faktor pengehad iaitu kepekatan substrat.

Dalam dokumen Besta t4 2015 Versi Guru (Halaman 54-62)