Kepekatan Substrat
BAB 6 NUTRISI 6.1 jenis-jenis nutrisi
Dibahagikan kepada dua jenis iaitu autotrof dan heterotrof.
‘auto’ = sendiri ‘hetero’ =yang lain ‘trof’ =makan
Autotrof dibahagikan pula kepada dua iaitu fotosintesis dan kemosintesis.
‘foto’ =cahaya ‘kemo’ =kimia ‘sintesis’ =bina
Heterotrof pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu holozoik, saprofitisme dan parasitisme.
‘holo’ =zoon= haiwan ‘saprofit’ =mati/reput ‘parasit’ =perosak
‘tisme’ =cara
SPM 2006 (Esei)
Rajah menunjukkan tiga organisma P, Q dan R.
(a)(i) Huraikan jenis nutrisi pada P dan Q. [4 markah]
Jenis-jenis nutrisi
Autotrof
Fotosintesis Kemosintesis
Heterotrof
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 85
Organisma P
F1 (Nutrisi) autotrof / secara fotosintesis.
P1 Mensintesis / menghasilkan makanan / glukosa / kanji sendiri.
P2 daripada karbon dioksida dan air dengan menggunakan tenaga (cahaya). Organisma Q
F2 (Nutrisi) heterotrof / holozoik.
P3 Mendapat sumber makanan / bahan organik pepejal / cecair dari persekitaran // makan tumbuhan / pengeluar.
6.2 Gizi Seimbang
Kandungan nutrien yang mengandungi tujuh kelas makanan pada kuantiti
yang betul pada masa yang betul.
Nilai tenaga makanan = 4.2x jisim air x peningkatan suhu air
Jisim makanan
Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan tenaga harian ialah umur,
jantina, berat badan, dan jenis pekerjaan.
Vitamin dibahagikan kepada dua iaitu vitamin larut larut (VLL) dan vitamin
larut air (VLA).
Contoh VLL ialah Vitamin A, D, E, dan K, contoh VLA ialah vitamin B dan
C.
Vitamin larut air Sumber Makanan Fungsi dalam badan
B1 Yis, hati, daging, bijirin, kekacang, sayuran hijau.
Koenzim dalam metabolisme karbohidrat.
Memelihara kesihatan sistem saraf dan otot.
B2 Yis, bijirin, susu, telur putih, sayuran.
Koenzim dalam respirasi sel
Memelihara kesihatan sistem saraf.
B3 Yis, bijirin, hati, telur, sayuran segar.
Koenzim dalam respirasi sel.
Pemeliharaan epitelium pada kulit dan sistem saraf.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 86
B5 Telur, daging, hati, yis, germa gandum, sayuran segar.
Koenzim dalam resprasi sel. Untuk penghasilan antibody.
Memelihara kesihatan sistem saraf dan kulit.
B6 Hati, bijirin, daging, telur, kacang, susu
Koenzim dalam metabolisme asid amino.
B12 Susu, telur, daging, hati
Pembentukan sel darah merah.
C Buah-buahan sitrus
dan sayuran hijau.
Memelihara kesihatan tisu
penghubung terutamanya saluran darah.
Untuk kesihatan kulit dan pemulihan luka yang cepat.
Meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan.
Vitamin Larut lemak
Sumber makanan Fungsi dalam badan
A Susu, tomato, lobak
merah, minyak hati ikan
Membina pigmen pada retina mata untuk penglihatan jelas pada waktu malam.
Memastikan pertumbuhan sel epithelium kulit yang sihat.
D Minyak hati ikan,
keju, mentega, telur.
Membantu penyerapan kalsium dan fosforus.
Membantu untuk membina tulang dan gigi yang kuat.
E Germa gandum,
sayuran hijau, minyak, kelapa sawit.
Memelihara kesihatan sistem otot, sistem saraf dan sistem peredaran darah.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 87
bagi asid lemak tepu. Mengekalkan fungsi sistem pembiakan.
K Hati, tomato,
sayuran hijau seperti bayam dan kobis.
Membantu dalam pembekuan darah.
Mineral dibahagikan kepada dua iaitu makronutrien dan mikronutrien.
‘makro’ =besar ‘mikro’ =kecil ‘nutrien’ =makanan
Makronutrien Sumber makanan Fungsi
Kalsium Susu, keju, ikan bilis,
bijirin.
Pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Menolong pembekuan darah.
Diperlukan untuk pengecutan otot dan pemindahan impuls saraf.
Magnesium Bijirin, sayuran hijau,
susu, daging.
Diperlukan untuk pemgecutan otot. Diperlukan untuk pemindahan impuls saraf.
Sebagai kofaktor bagi enzim.
Fosforus Susu, daging, bijirin,
telur.
Membentuk tulang dan gigi yang kuat. Membentuk ATP semasa respirasi sel.
Natrium Garam biasa,
daging, telur, susu
Mengekalkan keseimbangan air dalam badan.
Mengekalkan tekanan osmosis cecair dalam badan.
Diperlukan dalam pemindahan impuls saraf.
Kalium Susu, daging,
pisang, sayuran hijau.
Untuk pemindahan impuls saraf. Untuk pengecutan otot.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 88
Mikronutrien Sumber makanan Fungsi
Besi Hati, bayam,
kacang, telur kuning.
Membentuk haemoglobin.
Florin Air minuman. Teh,
sayuran.
Mengukuhkan enamel pada gigi.
6.3 Malnutrisi
‘Mal’ =lebih atau kurang
Gizi Berlebihan Kekurangan
Karbohidrat Obesiti
Diabetis melitus
Penyakit kardiovaskular
Lesu dan tidak bertenaga
Protein Gout
Kegagalan ginjal dan hati
Asid urik berlebihan dalam darah
Kwasyiorkor dan marasmus
Vitamin C Pembentukan kolagen
yang lemah menyebabkan skurvi (gusi berdarah)
Ferum Anemia (kurang darah
merah) Vitamin D, Kalsium dan fosforus Rikets Osteoporosis Lipid Obesiti Penyakit kardiovaskular
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 89
SPM 2006 (Esei)
(b) Sembelit, rabun malam dan anemia adalah tiga masalah kesihatan. Nyatakan punca dan cadangkan cara untuk mengatasi setiap masalah kesihatan itu dari aspek nutrisi.
[6 markah]
Sembelit
S1 tidaka cukup jumlah makanan bergentian / serabut / serat / fiber / pelawas. S2 Makan lebih banyak sayur-sayuran / buah-buahan / bijiran.
Rabun malam
R1 Tiada / tidak cukup vitamin A.
R2 Makan lebih banyak lobak merah / tomato. Anemia
A1 Tidak cukup zat besi / ferum.
A2 Makan lebih banyak bayam / hati (ayam) / hati (lembu) / kerang / limpa.
SPM 2008 (Esei)
(a)(ii) Malnutrisi adalah keadaan yang timbul akibat gizi yang tidak seimbang di mana ada nutrien tertentu yang kurang, berlebihan atau dalam nisbah yang salah.
Terangkan kesan kepada seseorang kanak-kanak yang diberi mana-mana dua nutrien makanan dalam amaun yang tidak mengcukupi untuk satu tempoh masa yang panjang. [6 markah]
Protein
F1 Seorang kanak-kanak yang kekurangan protein (untuk satu jangka masa panjang) akan menghidap kwasyiorkor / marasmus.
S1 Protein diperlukan untuk pertumbuhan normal.
C1 kekurangan protein menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak terbantut.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 90
Vitamin A (Kombinasi 2)
F2 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin A (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap rabun malam.
S2 Vitamin A diperlukan untuk menentukan sel-sel rod dalam retina sihat. C2 Kekurangan vitamin A mengurangkan keupayaan melihat dalam
cahaya malap. Vitamin D (Kombinasi 3)
F3 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin D (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap riket.
S3 Vitamin D diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat.
C3 kekurangan vitamin D menyebabkan tulang-tulang menjadi lembut dan tumbuh tidak sekata.
Vitamin C (Kombinasi 4)
F4 Seorang kanak-kanak yang kekurangan vitamin C (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap skurvi.
S4 Vitamin C diperlukan untuk gusi dan kulit yang sihat.
C4 Kekurangan vitamin C menyebabkan gusi membengkak dan berdarah. Serabut (Kombinasi 5)
F5 Seorang kanak-kanak yang kekurangan pelawas (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap sembelit.
S5 Serabut diperlukan untuk mencegah sembelit.
C5 Kekurangan serabut menyebabkan sembelit / sukar mengeluarkan tinja.
Kalsium (Kombinasi 6)
F6 Seorang kanak-kanak yang kekurangan kalsium (untuk satu tempoh jangka panjang) akan menghidap osteoporosis.
S6 Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi.
C6 Kekurangan kalsium menyebabkan jisim tulang berkurangan / tulang menjadi rapuh dan ringan.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 91
6.4 Pencernaan Makanan
Pencernaan di dalam mulut;
amilase
Kanji + air maltose (Kami Anak Malaysia)
Pencernaan di dalam perut;
pepsin
√ Protein + air Polipeptida (Parti Progresif Penduduk) renin
√Kaseinogen Kasein (Kelas Rancangan Khas)
Pencernaan di dalam usus kecil;
amilase
√Kanji + air Maltosa (KAM) tripsin
√Polipeptida +air Peptida (Polis Tangkap Pencuri) lipase
√Lipid + air Gliserol + lemak (Lantai Licin Geli Lah) erepsin
√Peptida + air Asid amino (PEA) maltase
√Maltosa +air Glukosa (Malaysia Medical Group) sukrase
√Sukrosa + air Glukosa + fruktosa (Sport Science Group Fun) laktase
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 92
Rumusan :
Kelas Makanan Mulut Perut Usus kecil
Karbohidrat Kanji Kanji
Maltosa Sukrosa Laktosa Protein Protein Kaseinogen Polipeptida Dipeptida Lipid Lipid
Gizi seimbang berdasarkan piramid makanan.
Aras Kelas makanan Fungsi Kekurangan Berlebihan
1 Karbohidrat √Membekalkan tenaga Lesu, keletihan Obesiti 2 Vitamin, Mineral dan Serat √Kekalkan kesihatan √Metabolisme dalam badan. √Vit. A- mencegah rabun malam √Vit. C- mencegah skurvi
3 Protein √Membina sel-sel
baru. √Menggantikan sel mati. √Pertumbuhan. Marasmus. Kwasyiorkor √Gout √Kegagalan ginjal 4 Lipid, Gula, Garam Membekalkan tenaga yang lebih tinggi.
Keletihan √Obesiti
√Penyakit
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 93
Sistem Pencernaan Ruminan dan Rodensia.
Terdapat empat ruang perut iaitu:
Rumen, Retikulum, Omasum, Abomasom (RROA).
‘Rumah Rosak Ombak Air’
Perbandingan antara salur alimentari Ruminan dan Rodensia:
(SPM 2006, Esei)
Ruminan Persamaan Rodensia
Kedua-dua salur alimentari mempunyai bakteria atau protozoa untuk
menghidrolisis selulosa.
Perbezaan
Mempunyai 4 ruang
perut
Bilangan Perut Mempunyai 1 ruang
perut
Di mana berlakunya pencernaan selulosa
Kecil dan pendek Saiz Sekum Besar dan panjang
Sekum adalah tempat bakteria menghidrolisis selulosa.
Dua kali Bilangan makanan
dihantar melalui ruang perut
Satu
Untuk mencernakan makanan dengan cara meningkatkan kecekapan
tindak balas selulosa
Rumen dan retikulum Dimana bakteria dan
protozoa banyak dijumpai
Sekum
Bakteria merembeskan selulase untuk menghidrolisis selulosa kepada
glukosa. Lembu, kambing,
kerbau
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 94
SPM 2006 (Struktur)
Rajah menunjukkan sistem pencernaan manusia.
Struktur Q pada Rajah di atas terlibat dalam pencernaan lemak. (i) Namakan struktur Q.
Ileum / usus kecil.
[1 markah] (ii) Namakan enzim yang mencernakan lemak dalam Q.
Lipase.
[1 markah] (b)(i) Terangkan bagaimana kanji dicerna dalam duodenum.
P1 Pankreas merembes enzim amilase (ke dalam duodenum) // jus pankreas (dalam duodenum) mengandungi amilase.
P2 (Amilase) mencernakan / menghidrolisiskan / menguraikan kanji kepada maltosa. [ Tolak: menukarkan] [2 markah] (ii) Seorang pelajar makan terlalu banyak buah limau.
Terangkan kesan memakan terlalu banyak buah limau ke atas pencernaan kanji dalam duodenum.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 95
F Buah limau (mengandungi banyak asid / berasid) merendahkan nilai pH
menjadi kurang daripada 7 / Meningkatkan keasidan dalam duodenum // Asid dineutralkan dalam duodenum. [Tolak: meneutralkan keadaan beralkali] P Medium berasid kurang sesuai untuk tindakan amylase // kurang/ tiada kanji
tercerna // tiada kesan / perubahan ke atas pencernaan kanji.
[Tolak: pencernaan kanji terjejas]
[2 markah] SPM 2010 (Esei)
Rajah menunjukkan sistem pencernaan dan organ-organ berkaitan pencernaan.
Terangkan bagaimana ikan kukus dicernakan di bahagian R, S dan T di dalam sistem itu. [10 markah] R / Perut
F ikan kukus kaya dengan protein / dan lemak. P1 merembeskan / mengeluarkan pepsin.
P2 yang menghidrolisiskan protein kepada polipeptida. pepsin
P3 Protein + (air) pepton / polipeptida L1 Lemak tidak dihidrolisis.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 96
S / Duodenum
P5 menerima tripsin daripada pankreas.
P6 Pepton / polipeptida dihidrolisiskan (oleh tripsin) kepada peptida / dipeptida. tripsin
P7 Pepton / polipeptida + (air) peptida P8 dalam medium alkali.
L2 Lemak ialah pengemulsi / diubah menjadi titisan kecil oleh (garam) hempedu. L3 Lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol.
lipase
L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol
T / Ileum
P9 Merembes erepsin / peptidase.
P10 Peptida dihidrolisiskan oleh erepsin / peptidase kepada asid amino. erepsin
P11 dipeptida / peptide + (air) Asid amino
L3 lemak dihidrolisiskan oleh lipase kepada asid lemak dan gliserol. lipase
L4 Lipid / lemak asid lemak + gliserol
SPM 2011(Struktur)
(c) Rajah menunjukkan pergerakan bolus makanan dalam esofagus.
Terangkan bagaimana bolus makanan bergerak turun dari esofagus ke perut.
E1 Pengecutan dan pengenduran tisu otot licin secara berselang-seli / berantagonis menghasilkan peristalsis.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 97
E3 Peristalsis menolak bolus turun ke perut. [Tolak: alir / bergerak ke bawah] E4 Mukus melincirkan
E5 pergerakan bolus oleh peristalsis.
[3 markah] (d) Nyatakan fungsi renin, pepsin dan asid hidroklorik dalam perut.
Fungsi
Renin Menukarkan kaseinogen / protein larut susu kepada
kasein / protein tak larut susu // (renin)
Kaseinogen kasein
[Tolak: memecahkan / hidrolisis]
Pepsin Menukarkan / hidrolisis / mencerna / memecahkan
protein kepada polipeptida / pepton // memutuskan ikatan peptida spesifik di dalam molekul protein besar menjadi rangkaian polipeptida yang lebih kecil.
Asid hidroklorik P1 Menyediakan medium berasid / pH optimum.
P2 untuk membunuh kebanyakan bakteria yang terdapat di dalam makanan // untuk memberikan pH optimum untuk tindakan enzim-enzim perut.
[Tolak: untuk hentikan tindakan amilase]
[3 markah] SPM 2013 (Esei)
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 98
Terangkan kepentingan makanan bagi setiap aras dalam piramid makanan. [10 markah]
F1 (Dalam piramid makanan), semakin tinggi aras kelas makanan ditempatkan, semakin sedikit kuantiti makanan yang diperlukan // makanan seimbang. E1 Aras 1 mengandungi (kalas makanan) karbohidrat.
E2 membekalkan jumlah tenaga (yang tinggi).
E3 kekurangan karbohidrat menyebabkan keletihan / marasmus.
E4 berlebihan karbohidrat menyebabkan obesiti // mana-mana yang sesuai. E5 Aras 2 mengandungi (kelas makanan) vitamin / mineral / serat.
E6 untuk kesihatan / fungsi metabolisme dalam badan.
E7 Kekurangan vitamin C menyebabkan skurvi // mana-mana contoh yang sesuai.
E8 Aras 3 mengandungi protein.
E9 untuk membina sel-sel baru / menggantikan sel-sel yang mati / pertumbuhan. E10 Kekurangan protein menyebabkan marasmus / kwasyiorkor.
E11 Berlebihan protein menyebabkan gout / kegagalan ginjal. E12 Aras 4 mengandungi lipid / gula / garam.
E13 Membekalkan nilai tenaga yang tinggi // mana-mana jawapan yang sesuai. E14 Kekurangan lipd / gula / garam menyebabkan keletihan / contoh yang
sesuai.
E15 Berlebihan gula / lipid menyebabkan kencing manis / penyakit kardiovaskular / obesiti.
6.5 Penyerapan dan Asimilasi hasil pencernaan Makanan. Struktur vilus
Lakteal Kapilari darah
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 99
Penyerapan makanan tercerna
Melibatkan kedua-dua proses peresapan dan penyerapan air.
Pada mulanya, molekul-molekul glukosa, asid amino, vitamin dan molekul larut air meresap ke dalam sel epitelium dan diserap ke dalam kapilari darah.
Glukosa dan asid lemak meresap masuk ke dalam sel epitelium dan
bergabung membentuk titisan halus lipid yang kemudiannya meresap
masuk ke dalam lakteal.
Vitamin larut lemak juga meresap ke dalam lakteal untuk diangkut bersama lipid.
Lakteal-lakteal bergabung membentuk salur limfa yang lebih besar dalam
rangkaian sistem limfa.
Kapilari-kapilari darah yang membawa nutrien larut air bergabung
membentuk vena portal hepar yang membawa darah ke hati.
Dari hati, nutrien diasimilasikan dan diangkut ke semua sel badan.
Asimilasi makanan tercerna
Sebahagian hasil pencernaan dibawa terus ke hati untuk diproses atau
diasimilasi.
Asimilasi berlaku dalam sel yang mana nutrien digunakan untuk
membentuk sebatian kompleks atau komponen struktur.
Kebanyakan glukosa ditukar menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
Apabila paras gula darah menurun dan badan memerlukan tenaga,
glikogen simpanan ditukarkan semula kepada glukosa.
Apabila glukosa tiba di sel, glukosa dioksidakan untuk membebaskan
tenaga melalui respirasi sel.
Apabila simpanan glikogen di dalam hati menjadi penuh, glukosa
berlebihan ditukarkan menjadi lipid.
Hati mensintesiskan protein plasma dengan menggunakan asid amino.
Asid amino yang memasuki sel digunakan untuk mensintesiskan protein
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 100
Ia juga bertindak sebagai unit asas untuk sintesis enzim dan hormon.
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan dalam badan dan
diuraikan oleh hati melalui proses pendeaminaan yang menghasilkan urea.
Lipid seperti lemak merupakan sumber tenaga utama badan.
Lipid berlebihan disimpan dalm tisu adipos.
Beberapa lipid lain seperti fosfolipid dan kolesterol merupakan komponen
membran plasma.
Ringkasan proses penyerapan dan asimilasi makanan tercerna. Hasil makanan tercerna Hormon/ enzim/ proses terlibat Ditukarkan kepada Tempat diproses dan ke mana? Glukosa berlebihan Glukosa berkurangan Insulin Glukagon
Glikogen Dari Hati ke sel
badan melalui Respirasi sel Asid Amino
berlebihan
pendeaminaan Urea Hati
Lemak dan Gliserol Vitamin larut lemak
Meresap ke sel epitelium utk bergabung membentuk titisan halus lipid. Lakteal Sistem limfa Tisu Adipos
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 101
SPM 2009 (Esei)
Rajah menunjukkan laluan molekul lemak melalui suatu sistem.
Pundi hempedu, pankreas dan usus kecil adalah struktur-struktur yang terlibat dalam memproses molekul lemak.
Terangkan proses-proses yang berlaku kepada molekul lemak sehingga boleh digunakan oleh sel-sel badan. [10 markah] Pencernaan
D1 Lemak / makanan berminyak / lipid duraikan / dicernakan melalui pencernaan.
D2 (garam) hempedu disimpan dalam pundi hempedu.
D3 mengemulsi lemak / makanan berminyak / lipid (kepada titisan lipid). D4 pankreas merembes (jus pankreas yang mengandungi) lipase ke dalam
duodenum.
D5 lipase mencerna lipid / titisan lipid ke asid lemak dan gliserol /
lipid (titisan) gliserol + asid lemak [Tolak: tukar / ubah]
Penyerapan
A1 Penyerapan asid lemak dan gliserol / Pencernaan lipid berlaku di usus kecil. A2 (Asid lemak dan gliserol) diserap dari lumen ke dalam lakteal / vilus.
A3 (di lakteal) berlaku kondensasi asid lemak dan gliserol daripada lipid / titsan lipid.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 102
A5 ke dalam duktus kanan limfa / duktus toraks ke dalam aliran darah melalui vena subklavian.
Asimilasi
S1 asimilasi berlaku dalam sel.
S2 sel menggunakan lipid untuk membentuk sebatian kompleks / komponen berstruktur / untuk mensintesis membran plasma / hormon.
6.6 Pembentukan tinja dan penyahtinjaan
Selepas penyerapan nutrien selesai berlaku di dalam usus kecil,
kandungan usus bergerak masuk ke dalam kolon.
Kandungan usus adalah air, bahan makanan tak dicernakan dan selulosa.
Sebahagian besar serat itu ialah sel selulosa dinding sel tumbuhan.
Bahan-bahan tidak tercerna ini bergerak dengan sangat perlahan melalui
kolon dengan dibantu oleh peristalsis.
Penyerapan semula air daripada sisa-baki dalam kolon itu akan
menghasilkan tinja iaitu sisa separa pepejal.
Tinja juga mengandungi sel-sel mati yang tersingkir daripada lapisan
sebelah dalam usus, bahan buangan seperti pigmen hemoglobin dan
bahan-bahan bertoksik yang perlu disingkirkan daripada badan.
Kolon juga merupakan habitat satu populasi besar bakteria.
Mikroorganisma berfaedah ini memainkan peranan yang penting untuk
mengekalkan persekitaran yang stabil dalam salur alimentari.
Dinding kolon merembes mukus yang melekatkan tinja berada di dalam
kolon selama 12 hingga 24 jam sebelum bergerak masuk ke dalam rektum
untuk disimpan buat sementara waktu.
Apabila tinja mula berkumpul, tekanan di dalam rektum meningkat dan ini
menyebabkan keinginan untuk menyingkirkan tinja daripada badan.
Penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan yang dikawal oleh otot-otot di sekeliling dubur.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 103
Masalah-masalah yang berkaitan dengan penyahtinjaan
Sembelit
Hemoroid
Kanser kolon
SPM 2008 (Esei)
Selepas penyerapan nutrien dalam usus kecil, bahan-bahan yang tidak tercerna dalam usus besar akan membentuk tinja.
Terangkan pembentukan tinja dalam manusia. [4 markah]
P1 Kandungan dalam usus kecil yang tidak diserap akan memasuki kolon. P2 Kandungan (usus) terdiri daripada campuran air, bahan makanan tidak
terhadam / serabut, bakteria, sel-sel mati dan pigmen.
P3 Kandungan tersebut bergerak perlahan-lahan di sepanjang kolon melalui peristalsis.
P4 Air diserap semula / diperolehi semula daripada kandungan kolon. P5 untuk membentuk (bahan buangan separa pepejal) tinja.
6.7 Menilai Tabiat Pemakanan
Masalah kesihatan yang berkaitan dengan tabiat pemakanan
Penyakit Punca terjadinya penyakit Kesan penyakit Cara mengatasinya? Gastritis √Tidak makan pada
masanya.
√Pengambilan alkohol yang berlebihan.
√Tekanan.
√Pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit.
√Jus gastrik bertindak
terhadap lapisan epitelium perut √Ulser gastrik
√Ubah tabiat dan gaya hidup
√Mengambil ubat antasid
Obesiti √Pengambilan makanan yang mengandungi lipid
dan karbohidrat yang berlebihan √Penyakit kardiovaskular. √Tekanan darah tinggi. √Diabetes √Lakukan senaman secara berkala. √Kurangkan makanan berlemak
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 104 Anoreksia
nervosa
√Mengelak untuk makan kerana takut gemuk
√Gangguan psikologi dan maut.
√Kurus kering
√Kaunseling dan
pemulihan jisim badan
Bulimia √Makan secara banyak pada masa singkat dan
memuntahkan semula. √Memakan laksatif. √Mencederakan salur alimentari. √Cirit birit √Ketidakseimbang an ion mineral dalam darah. √Penyakit kardiovaskular √Kerosakan ginjal. √Kaunseling SPM 2008 (Esei)
Jadual menunjukkan makanan yang diambil oleh seorang budak lelaki berumur 15 tahun dalam menu hariannya. Keperluan tenaga harian budak itu ialah 12500 kJ.
Jenis makanan Kuantitit yang diambil/g Kandungan tenaga/ kJ
Nasi 400 1600 Kentang goreng 500 1000 Kari ayam 300 300 Telur rebus 150 630 Mentega 50 3000 Susu 280 300 Sosej 300 500 Sardin 150 900
(i) Berdasarkan jadual di atas, nyatakan nilai tenaga yang terkandung dalam pemakanan hariannya. Adakah pengambilan makanan itu memenuhi
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 105
F1 Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari ialah 8230 kJ.
F2 (Tenaga yang dihasilkan daripada makanan yang dimakan setiap hari) melebihi keperluan tenaga hariannya.
(ii) Budak lelaki ini mengambil menu ini secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.
Terangkan akibatnya terhadap kesihatan budak lelaki ini.
[8 markah]
F1 Tidak mengandungi 7 kelas makanan dalam nisbah yang betul. C1 Menyebabkan sembelit.
F2 Tidak mengandungi serabut yang mengcukupi. C2 Menyebabkan sembelit.
F3 Mengandungi vitamin yang tertentu sahaja. C3 Menyebabkan penyakit kekurangan vitamin. F4 Mengandungi lemak yang tinggi.
C4 Menyebabkan kegendutan / penyakit kardiovaskular. F5 Mengandungi protein tinggi.
C5 Menyebabkan gout / meningkatkan aras asid urik dalam darah. F6 Mengandungi karbohidrat tinggi.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 106
SPM 2009 (Esei)
(b) Rajah 9.2, 9.3 dan 9.4 menunjukkan keadaan fizikal tiga orang, yang berkaitan dengan tabiat makan mereka.
Rajah 9.3 Rajah 9.4
Terangkan hubungan antara tabiat makan dengan keadaan fizikal setiap individu itu. [10 markah] Rajah 9.2
H1 Seorang yang sihat.
H2 Mengekalkan jisim badan / BMI unggul / tiada penyakit.
H3 makan kuantiti karbohidrat yang betul untuk membekalkan tenaga kepada badan.
H4 makan kuantiti lemak yang betul untuk membekalkan tenaga / mensintesis membran plasma.
H5 makan kuantiti protein yang betul untuk menghasilkan sel baru / membaiki sel / mengganti sel mati.
H6 makan makanan yang kaya dengan serat dan minum banyak air untuk mengelakkan daripada sembelit.
H7 ambil vitamin / mineral untuk mengekalkan kesihatan / tumbesaran.
Rajah 9.3
G1 Obesiti / lebihan tenaga disimpan dalam bentuk lemak.
G2 ketidakseimbangan antara pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. G3 makan makanan secara berlebihan.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 107
Rajah 9.4
K1 Anoreksia nervosa
K2 kehilangan berat badan yang mendadak.
K3 berterusan lapar / tidak mengambil sebarang makanan dalam jangka masa yang lama.
K4 Tenaga yang diambil kurang daripada yang diperlukan oleh tubuh.
SPM 2010 (Esei)
(b) Rajah menunjukkan tiga jenis makanan.
Terangkan kesan jangka masa panjang pengambilan makanan-makanan yang berlebihan ke atas kesihatan individu. [10 markah] Roti
C1 Roti kaya dengan karbohidrat.
C2 Kandungan glukosa yang tinggi dalam darah. B3/C3 Menyebabkan tekanan darah tinggi
C4 dan Diabetes (mellitus) / glukosuria.
C5 Glukosa / glikogen berlebihan ditukarkan kepada lemak. C6 Disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit.
B7/C7 Kegendutan.
Mentega
B1 Mentega (kaya) dengan lemak / lipid.
B2 Menyebabkan aras kolesterol yang tinggi dalam darah. C3/ B3 Menyebabkan tekanan darah tinggi.
B4 kolesterol terenap di bahagian dinding dalam arteri.
Zulkarnain Jamaluddin @ 2015 108
B5 Arteriosklerosis / angina / angin ahmar / serangan jantung / embolisme /
penyakit kardiovaskular. [Tolak: aterosklerosis] B6 Lemak berlebihan disimpan di dalam tisu adipos / di bawah kulit.
C7/B7 Kegendutan.
Ayam goreng
P1 Ayam goreng (kaya) dengan protein.
P2 Hati terpaksa bekerja keras untuk menukarkan lebihan protein kepada urea. P3 Menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
P4 Ginjal terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan urea yang berlebihan // Peningkatan tekanan darah / peningkatan gula dalam darah.
P5 Menyebabkan kegagalan buah pinggang // ginjal berfungsi.
P6 Asid urik berlebihan akibat pengambilan protein berlebihan / daging ayam.
SPM 2014 (Esei)
(a) Maklumat berikut ialah berkaitan tabiat makan bagi individu U dan individu W. Individu U
Makan tidak mengikut masa yang menyebabkan perut selalu kosong
Individu W
Makan dengan banyak dalam masa yang singkat diikuti dengan memuntahkannya semula secara sengaja setiap kali selepas makan.