• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRITERIA INTEGRITI TLDM

Dalam dokumen PELAN INTEGRITI ORGANISASI (Halaman 25-29)

Gambarajah 3: Mekanisme Pembudayaan Anggota TLDM Berintegriti (Sumber: Pelan Integriti ATM)

PEMBUDAYAAN INTEGRIT

I

17 MEKANISME PEMBUDAYAAN INTEGRITI DALAM TLDM

p. Mempamer Sifat Gagah, Agresif, Kemas, Segak Digeruni. Anggota TLDM hendaklah sentiasa mempamerkannya dalam tugas harian agar dijadikan contoh dan melaksanakan tugas dengan tegas, dihormati di dalam mahupun luar perkhidmatan.

q. Membenteras Jenayah Salah Laku. Menegakkan peraturan dan disiplin merupakan sebahagian dari aspek kehidupan ketenteraan. Oleh yang demikian adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap anggota untuk mematuhi disiplin dan peraturan. Sebarang pelanggaran disiplin walaupun kecil perlu diambil tindakan segera, telus, tepat dan bijaksana.

2004 IKRAR KESATRIA

Setiap anggota yang berkhidmat wajib berpegang teguh dan mematuhi Ikrar Kesatria. Ikrar ini merupakan aku janji dari seluruh anggota dalam memupuk nilai ketaatsetiaan dan membimbing mereka ke arah merealisasikan hasrat membudaya dan mengukuhkan nilai-nilai integriti di dalam ATM. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

IKRAR KESATRIA

 Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya.

 Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah.

 Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera.

 Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.

 Menyimpan Rahsia Negara Dengan Seketat-ketatnya.

a. Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya. Beriman kepada Tuhan bererti mengakui adanya Tuhan serta yakin kepada kudrat dan iradatNya.

Bertaqwa kepadaNya bererti taat bagi menjalankan suruhanNya.

b. Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah. Setia kepada negara dalam apa jua situasi mahupun keadaan dan sedia berkorban jiwa dan nyawa serta tidak akan menyerah diri kepada musuh dalam mempertahankan negara.

Ia adalah satu sifat yang mulia bagi setiap anggota-anggota tentera sebagai benteng pertahanan negara.

c. Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera. Berpegang kuat terhadap disiplin tentera yang terdiri dari undang-undang, peraturan, arahan serta kod etika tingkah laku dalam ATM dan menjunjung tinggi sikap kepahlawanan dan maruah diri serta organisasi ATM. Ia yang bertujuan untuk menjamin adanya pengendalian dan penyatuan tekad, sikap demi kelancaran pelaksanaan tugas.

2005 IKRAR PEGAWAI BERTAULIAH

Setiap Pegawai Bertauliah di dalam TLDM akan melafazkan Ikrar Pegawai Taat Setia Perwira semasa majlis pentauliahan. Ikrar ini merupakan aku janji seorang pegawai yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi memupuk nilai ketaatsetiaan terhadap pemimpin dan bangsa dan negara. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

IKRAR PEGAWAI TAAT SETIA PERWIRA Ampun Tuanku

Patik, sesungguhnya berikrar tetap akan taat setia ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong. Patik mengaku akan

mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara.

Patik, sebagai Pegawai Tentera juga berikrar akan melaksanakan

segala

kewajipan dan tanggungjawab serta sentiasa menjaga tatatertib dan tradisi

Angkatan Tentera.

Ampun Tuanku

d. Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.

Mendahulukan tugas dan menganggap ia amanah yang penting perlu ditunaikan dengan penuh kejujuran dan ketulusan mengikut peraturan dan panduan yang ditetapkan serta menjalankan dengan penuh tanggungjawab dan kerelaan tanpa mempersoalkan keuntungan untuk diri sendiri.

2006 IKRAR BEBAS RASUAH

1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal tahun 2017. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin dan warga sesebuah organisasi secara sukarela atas kapasiti sebagai individu. Ia memastikan setiap individu yang menandatangani

ikrar tersebut akan mewujudkan sifat bertanggungjawab dan menyedarkannya bahawa satu akuan telah dibuat dan ia perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas di samping menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah. Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh barisan kepimpinan dan warga TLDM untuk menandatangani IBR turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi TLDM semata-mata. Ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli warga TLDM, khususnya yang

berkhidmat di Markas dan unit TLDM, bagi memastikan tentera laut ini bebas daripada sebarang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

2. Pelaksanaan IBR melibatkan 3 proses yang merangkumi pembacaan IBR, Liabiliti Nilai Keutamaan dan Tindakan Pemerintah. Aktiviti yang terlibat dalam proses ini adalah seperti berikut:

a. Pembacaan IBR. IBR akan dilafazkan oleh semua individu Warga TLDM secara berkumpulan ataupun berseorangan yang disaksikan oleh pihak atasan. Sebarang pindaan atau perubahan kandungan IBR tidak dibenarkan oleh pihak SPRM.

b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. Ikrar ini merupakan pernyataan yang tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Walau bagaimanapun dengan menandatangani Sijil IBR, setiap individu telah menunjukkan komitmen dan berjanji di dalam dirinya bahawa rasuah adalah suatu perlakuan yang mesti dijauhi dan dielakkan.

c. Tindakan Pemerintah. Semua Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit dikehendaki memperkenalkan inisiatif ini kepada semua warganya bagi mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan di dalam pelaksanaan inisiatif IBR:

(1) Fasa Kesedaran. Setiap Panglima di Markas Pemerintahan dan Markas Formasi akan menerangkan kepada subordinat di bawah pentadbiran masing- masing tentang objektif pelaksanaan IBR. Objektif IBR adalah seperti berikut:

(a) Mendapatkan komitmen pimpinan dan semua peringkat organisasi dalam usaha pembanterasan rasuah.

(b) Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah.

(c) Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi.

(d) Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar boleh dilakukan secara berasingan sama ada di Markas ataupun di Unit. Setiap individu dikehendaki melafazkan ikrar dan menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Sesi lafaz ikrar oleh Panglima Pemerintahan dan Panglima Wilayah Laut dibuat dengan disaksikan oleh wakil SPRM. Bagi warga Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit, sesi lafaz ikrar pula adalah disaksikan oleh Panglima Pemerintahan atau wakilnya.

(3) Fasa Penyerahan Sijil IBR. Sijil IBR yang disaksikan oleh wakil SPRM hendaklah dibuat satu salinan untuk diserahkan kepada SPRM. Penyerahan sesalinan sijil IBR kepada SPRM mengikut kawasan.

(4) Fasa Dokumentasi. Sijil IBR perlu disimpan bersama Dokumen Perkhidmatan BAT D 55 bagi Pegawai TLDM dan BAT 74 bagi anggota LLP. Setiap Pegawai Tadbir Markas dan Pegawai Bahagian dikehendaki menyenaraikan Sijil IBR sebagai salah satu dokumen rasmi apabila berlakunya pertukaran perjawatan.

“Setiap daging yang tumbuh dari

Dalam dokumen PELAN INTEGRITI ORGANISASI (Halaman 25-29)

Dokumen terkait