• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELAN INTEGRITI ORGANISASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PELAN INTEGRITI ORGANISASI"

Copied!
106
0
0

Teks penuh

(1)

PELAN

INTEGRITI ORGANISASI

TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

(2)

“..setiap dari kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan bagi membangunkan negara ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti. Kita harus sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan yang tertinggi dan muncul sebagai yang terbaik agar dunia menghormati kita..”

YAB Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi

Mantan Perdana Menteri Malaysia

(3)

PELAN INTEGRITI ORGANISASI TLDM

Cetakan Pertama 2018

@ Hak Cipta Tentera Laut Diraja Malaysia

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara eletronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik

hak cipta terlebih dahulu.

Diterbitkan oleh:

Markas Tentera Laut Bahagian Inspektorat Jeneral Tkt 17.13, Wisma Pertahanan

50634 KUALA LUMPUR Tel: 03-20714581 Faks: 03-26929407

Email: [email protected]

(4)

INTEGRITI

“Manusia yang bekerja kerana didorong

oleh rasa wajib dan bertanggungjawab

akan gembira dan seronok mengerjakan

pekerjaannya” - Prof. Hamka

(5)

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

(a) (b) (c)

AWALAN

Kata-kata Aluan Panglima Tentera Laut i

Prakata Inspektor Jeneral ii

BAB 1: PENDAHULUAN

1001 Latar Belakang 1

1002 Definisi Integriti 2

1003 Definisi Tadbir Urus 2

1004 Konsep PIO TLDM 2

1005 Objektif PIO TLDM 3

1006 Tekad Integriti Tentera Laut Diraja Malaysia 3

1007 Definisi Integriti Organisasi 4

1008 Definisi Ketenteraan 4

1009 Visi PIO TLDM 4

1010 Misi PIO TLDM 4

1011 Peta Strategi Integriti TLDM 5

1012 Punca Kuasa 6

BAB 2: INTEGRITI DAN TADBIR URUS DALAM SISTEM PEMERINTAHAN, PRO- FESIONALISME DAN BUDAYA TLDM

2001 Cogan kata TLDM 7

2002 Peranan Warga TLDM Berintegriti 7

2003 Mekanisme Membudayakan Anggota TLDM Berintegriti 8

2004 Ikrar Kesatria 11

2005 Ikrar Pegawai Bertauliah 12

2006 Ikrar Bebas Rasuah 13

2007 Ikrar Integriti Korporat 16

2008 Nilai-Nilai Teras TLDM 19

2009 Amalan Integrity Pact 21

(6)

(a) (b) (c) BAB 3: MEKANISME PENGURUSAN INTEGRITI TLDM

3001 Fungsi, Struktur Organisasi Dan Mekanisme Integriti 23 3002 Contoh Format Laporan Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus (JITU) 27

3003 Struktur Organisasi Integriti TLDM 28

3004 Pemantauan Oleh JITU TLDM 29

3005 Bidang Tugas Pegawai dan Anggota Cawangan Integriti TLDM 30 3006 Bidang Tugas Pegawai Integriti Di Markas Pemerintahan, Formasi Dan Unit 31

3007 Latihan Dan Pembangunan Integriti TLDM 32

3008 Tanggungjawab Pegawai Yang Telah Menghadiri Kursus CeIO Dan Kursus IMC 33

3009 Modul Latihan Integriti TLDM 34

3010 Pelan Intervensi TLDM 35

3011 Sistem E-Aduan 38

3012 Senarai Semak Pengurusan Integriti Dan Pengurusan Nilai & Etika Dalam System Star Rating (SSR) Dan Audit Kesiagaan 39 BAB 4: STRATEGI PELAKSANAAN INTEGRITI TLDM

4001 Strategi Pelaksanaan Integriti TLDM 41

4002 Strategi 1 : Memantapkan Tadbir Urus 41

4003 Strategi 2 : Meningkatkan Keberkesanan Sistem Dan Pen-yampaian Perkhidmatan 43 4004 Strategi 3 : Memperkasa Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan 45 4005 Strategi 4 : Memperkasa Pembudayaan Nilai-Nilai Murni Dan Kod Etika 48 4006 Strategi 5 : Meningkatkan Pengurusan Pelanggan 49 4007 Strategi 6 : Membina Pemuafakatan Dengan Pihak Berkepentingan. 50 4008 Laporan Pencemaran Integriti Dalam TLDM 52

(7)

(a) (b) (c) BAB 5: FAKTOR MEMPENGARUHI INTEGRITI

5001 Faktor Mempengaruhi Integriti 53

5002 Faktor Kemerosotan Integriti 55

5003 Faktor Kecemerlangan Integriti 56

BAB 6: PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI

6001 Latar Belakang Dan Program Pengukuhan Integriti 57 6002 Strategi Dan Objektif Pelan Pengukuhan Integriti 57 6003 Perundangan Dan Perlakuan Tidak Berintegriti 61 BAB 7: PENUTUP

7001 Penilaian Pencapaian 63

7002 Soalan Kaji Selidik:Soalan Kajian Kefahaman Terhadap Integriti 1 64 7003 Soalan Kaji Selidik:Soalan Kajian Kefahaman Terhadap Integriti 2 67 7004 Kajian Pengetahuan dan Amalan Integriti (KPAI) ATM 71

Rujukan 76

Glosari 78

Penghargaan 79

(8)

(a) (b) (c)

1. Kursus Integriti 32

2. Modul Latihan Integriti TLDM 34

3. Pengurusan Integriti Di Dalam Senarai Semak SSR 39

4. Proses Pembentukan Integriti 60

JADUAL

CARTA

(a) (b) (c)

1. Pelaporan JITU 26

2. Struktur Organisasi Integriti TLDM 28

3. Laporan Pencemaran Integriti Dalam TLDM 52

4. Faktor Yang Menjejaskan Integriti 55

5. Faktor Kecemerlangan Integriti 56

GAMBARAJAH

(a) (b) (c)

1. Peta Strategi Integriti TLDM 5

2. Punca Kuasa Pengamalan Integriti Di Dalam TLDM 6 3. Mekanisme Pembudayaan Anggota TLDM Berintegriti 10

4. Contoh Borang Pelaporan JITU 27

5. Pelan Intervensi TLDM 37

(9)

VISI

ANGKATAN LAUT YANG KREDIBEL DAN VERSATIL MENJELANG 2030

MISI

MELINDUNGI KEDAULATAN DAN KEPENTINGAN MARITIM NEGARA

SAMUDERA RAYA

SEMBOYAN ANGKATAN LAUT KITA

DI SAMUDERA RAYA

MENJAGA PANTAI IBU PERTIWI

DARI ANGKARA MURKA

DARI BARAT SAMPAI KE TIMUR

ITULAH PANTAI MALAYSIA

TIAP SAAT BERJAGA

DI TENGAH SAMUDERA RAYA

PERWIRA DAN SATRIA

ANGKATAN LAUT DIRAJA

(10)

KATA-KATA ALUAN PANGLIMA TENTERA LAUT

Tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan Panglima, Pegawai, Pegawai Waran, Bintara dan Laskar yang mempunyai tahap integriti, kejujuran intelek dan profesionalisme yang tinggi terutama apabila diharapkan sebagai perisai pertahanan maritim negara. Ini adalah kerana setiap warga TLDM telah diamanahkan untuk mengoperasi, menyelenggara dan menjaga aset serta kelengkapan yang berbilion ringgit dengan efektif dan efisien. Setiap perancangan, pelaksanaan dan penambahbaikan yang dibuat hendaklah berdasarkan kepada fakta dan ketelitian profesional yang sewajarnya. Keberhasilan yang cemerlang dan berprestasi tinggi memberikan impak yang bermanfaat kepada pengukuhan akauntabiliti markas pemerintahan, markas formasi dan unit serta seterusnya menyumbang kepada dividen keselamatan, sosial, ekonomi dan akhirnya kepada kesejahteraan rakyat dan keamanan sejagat.

Penyediaan Pelan Integriti Organisasi TLDM ini adalah selari dengan Pelan Integriti Nasional, Pelan Integriti Kementerian Pertahanan dan Pelan Integriti Angkatan Tentera Malaysia serta ia berperanan sebagai kawalan yang efektif kepada agenda integriti untuk memperkukuhkan identiti TLDM selaku organisasi ketenteraan yang kredibel dan versatil. Oleh yang demikian, komitmen daripada semua lapisan warga TLDM amat diharapkan bagi merealisasikan pelan ini. Saya yakin pelan ini akan menjadi penyebaran budaya berintegriti di dalam TLDM khasnya dan ATM amnya.

Pelan ini akan disemak dari masa ke masa untuk memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan persekitaran semasa. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi kerjasama dalam penyediaan Pelan ini. Akhir kalam, saya sudahi dengan lafaz yang mulia, Wabillahitaifiq wal hidayah wasalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.

TAN SRI AHMAD KAMARULZAMAN BIN HJ AHMAD BADARUDDIN Laksamana

Panglima Tentera Laut

Salam Sejahtera dan Salam 1 TLDM

(11)

Prakata

INSPEKTOR JENERAL

Penerbitan buku ini seiring dengan Penubuhan Jawatankusa Integriti dan Tadbir Urus melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014, Pelan Integriti Nasional.

Saya yakin dengan pelan yang digubal ini dapat memperkasakan lagi kegiatan dan aktiviti yang berteraskan penerapan budaya berintegriti warga TLDM.

Inisiatif menerbitkan buku pelan ini adalah salah satu usaha TLDM meningkatkan lagi integriti dalam TLDM. Dengan 6 Strategi Pelaksanaan Integriti yang digariskan di dalam Pelan Integriti Organisasi TLDM dan 4 Nilai Teras iaitu Kemulian, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan, semuanya dapat membantu dan meningkatkan integriti warga TLDM.

TLDM juga akan sentiasa melaksanakan program kesedaran dan penambahbaikan berhubung dasar serta perundangan integriti, di samping memperkasa sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan bagi menangani gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Tidak ketinggalan juga langkah mempromosi dan membudayakan hidup berintegriti warga TLDM kepada masyarakat akan sentiasa dilaksanakan secara berterusan. Usaha menyeluruh permuafakatan dengan pihak berkepentingan turut dilaksanakan bagi mencapai keputusan yang lebih bermanfaat.

Saya berharap dengan kewujudan buku ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada setiap peringkat warga TLDM dalam usaha memperkasakan nilai-nilai murni dalam pengurusan dan pentadbiran TLDM. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlbat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan penerbitan PIO TLDM ini. Sekian, salam 1 TLDM.

DATO’ GANESH NAVARATNAM Laksamana Muda

Inspektor Jeneral

Salam Sejahtera dan Salam 1 TLDM

(12)
(13)

BAB 1

PENDAHULUAN

(14)

1001 LATAR BELAKANG

1. Sistem Tadbir Urus yang terbaik dalam organisasi dan budaya kerja berkualiti adalah merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan warga TLDM terhadap keupayaan organisasi dalam melaksanakan dasar yang telah dimandatkan. TLDM akan terus mengambil langkah untuk memantapkan agenda integriti bagi menentukan warga TLDM yang menjunjung dan menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang.

2. Kerajaan telah memutuskan di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 iaitu Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus. Arahan ini menetapkan semua Agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

3. Selanjutnya, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh untuk meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung kesalahan tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

4. Melalui Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Mac 2014 telah bersetuju supaya usaha pemantapan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran organisasi terus dipertingkatkan melalui penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) bagi menggantikan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU). Sejajar dengan keperluan ini, TLDM telah menubuhkan JITU di peringkat TLDM di bawah tanggungjawab Bahagian Inspektorat Jeneral.

5. Kementerian Pertahanan dan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MATM) telah pun menubuhkan Unit Integriti masing-masing bagi memenuhi hasrat Kerajaan. Oleh yang demikian, Cawangan Integriti TLDM ditubuhkan supaya TLDM seiring dalam memperkasa agenda integriti tersebut.

(15)

6. Menyedari betapa pentingnya budaya integriti diterapkan dalam diri setiap warga TLDM maka pengurusan tertinggi TLDM telah meletakkan integriti di tempat yang teratas dalam Empat Nilai Teras TLDM (Sumber: PA BRL 2) iaitu:

a. Kemuliaan (Honour).

b. Kesetiaan (Loyalty).

c. Keberanian (Courage).

d. Kebanggaan (Pride).

1002 DEFINISI INTEGRITI

1. Istilah integriti merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris integrity yang berasal dari perkataan Latin iaitu integritās membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik.

2. Secara umumnya integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan tingkah laku seseorang.

Ia harus berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari. Integriti dibahagikan kepada tiga peringkat seperti berikut sebagaimana termaktub dalam Pelan Integriti ATM.

1003 DEFINISI TADBIR URUS

Integriti dan tadbir urus dalam TLDM dilaksanakan selaras dengan gagasan Kerajaan yang memberi penekanan terhadap perubahan dan penambahbaikan berterusan bagi memudahkan prosedur yang rumit dan panjang, mengelakkan kerenah birokrasi serta memberi khidmat yang mesra pelanggan. Penekanan juga turut diberikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dengan memberi penekanan kepada amalan yang telus, cepat, cekap, berkesan dan tepat.

1004 KONSEP PIO TLDM

1. Buku Pelan Integriti Organisasi TLDM ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan di samping mengambil kira perkembangan semasa daripada ATM dan agensi kerajaan yang lain serta pengalaman di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha menerbitkan buku ini merangkumkan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara dan Ikrar Kesatria dalam mendukung prinsip Perlembagaan Malaysia.

2. Buku ini juga merupakan satu panduan dan hala tuju komprehensif yang merangkumi penghuraian integriti, strategi pelaksanaan, pelan tindakan dan pelaporan serta penambahbaikan untuk semua warga TLDM dalam membudayakan integriti di dalam organisasi. Kewujudan dan pelaksanaan seluruh kandungan buku ini akan dapat menggerakkan serta mentransformasikan budaya integriti dalam TLDM. Penerbitan buku ini merupakan suatu usaha luhur dalam mendukung pelbagai inisiatif kerajaan antaranya ialah; Pelan Integriti Nasional (PIN), Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI- PCI) serta usaha pembanterasan rasuah sebagai salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)”.

(16)

1005 OBJEKTIF PIO TLDM

1. Objektif penerbitan PIO TLDM ini adalah seperti berikut:

a. Memberi panduan yang

komprehensif kepada warga TLDM dalam pengurusan integriti organisasi.

b. Memberi kesedaran dan

penambahbaikan berhubung Dasar dan Perundangan Integriti dalam TLDM.

c. Menentukan sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan TLDM dapat

menangani gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

d. Melaksanakan penguatkuasaan sistem pengesanan, punitif dan pemulihan dalam TLDM terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan sedia ada.

e. Membudayakan Nilai-nilai Murni dan Kod Etika dalam TLDM berdasarkan kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.

f. Menjelaskan peranan dan tanggungjawab warga TLDM dan peranan yang harus dilaksanakan oleh Markas Pemerintahan/Markas Formasi/ Unit.

g. Menggerakkan usaha pencegahan dan menangani jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

1006 TEKAD INTEGRITI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1. Sasaran Tekad Integriti TLDM yang digariskan ialah seperti berikut:

a. Meningkatkan kesedaran dan penambahbaikan berhubung dasar dan perundangan integriti dalam TLDM.

b. Memperkemas sistem dan prosedur penyampaian perkhidmatan TLDM bagi menangani gejala rasuah.

c. Menguatkuasakan sistem pengesahan, punitif dan pemulihan dalam undang-undang dan peraturan sedia ada.

d. Memperkasa pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika dalam TLDM berdasarkan kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.

(17)

e. Mempromosikan peranan dan tanggungjawab TLDM dalam kalangan anggota dan masyarakat bagi mendidik masyarakat bahawa memelihara keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

f. Menggalakkan permuafakatan TLDM dengan pihak berkepentingan ke arah satu keputusan yang lebih bermanfaat, tepat dan komprehensif.

1007 DEFINISI INTEGRITI ORGANISASI

Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.

Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya sesuatu organisasi.

1008 DEFINISI KETENTERAAN

Integriti ketenteraan merujuk kepada anggota tentera dan pasukan yang diberi amanah dalam mempertahankan Negara. Selaras dengan prinsip-prinsip peperangan, nilai integriti juga terdapat di dalamnya sebagai tonggak yang utuh. Begitu juga dengan keselarian tingkah laku ketenteraan amat merujuk kepada nilai-nilai pengorbanan dan perjuangan, taat setia, benar, berani, jujur dan ikhlas, menepati masa (punctuality) serta konsisten, sememangnya merupakan nilai-nilai yang memupuk ke arah keutuhan integriti. Integriti ketenteraan harus dilihat sebagai kod tingkah laku (code of behaviour) yang amat berisiko tinggi kerana mengambil kira matlamat tentera adalah berhadapan dengan musuh sama ada membunuh musuh atau terbunuh di dalam berbagai-bagai dimensi konflik (dimension of conflict) atau spektrum peperangan (war spectrum).

1009 VISI PIO TLDM

‘TENTERA LAUT BERINTEGRITI’

TLDM bermatlamat untuk memastikan #Navy People menjadi insan yang berakhlak terpuji dengan menyediakan PIO TLDM yang komprehensif. Apabila TLDM mempunyai anggota yang bersih daripada segala gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, maka organisasinya menjadi role model, dihormati dan dan boleh dipercayai.

1010 MISI PIO TLDM

‘MENJADIKAN INTEGRITI, ETIKA DAN DISIPLIN KETENTERAAN SATU BUDAYA DAN AMALAN BERTERUSAN’

Misi ini akan dicapai dengan menerapkan budaya kerja yang berintegriti dan berterusan. Sejajar dengan kehendak agama dan nilai-nilai murni seorang insan serta etika dan disiplin tentera TLDM mampu merealisasikan integriti di setiap peringkat organisasi. Bagi menjadikan misi ini suatu realiti 5 teras strategi yang telah digarap hendaklah dijadikan panduan. Strategi pelaksanaan integriti TLDM sepertimana digariskan di dalam Bab 4 pelan ini.

(18)

1011 PETA STRATEGI INTEGRITI TLDM

Gambarajah 1: Peta Strategi Integriti TLDM VISI

TENTERA LAUT BERINTEGRITI

MENJADIKAN INTEGRITI, ETIKA DAN DISIPLIN

KETENTERAAN SATU BUDAYA DAN AMALAN BERTERUSAN

MISI

KEANGGOTAAN

BERAMANAH KEPIMPINAN BERTELADAN

KEUTUHAN SISTEM DAN

PROSEDUR

KEMAMPANAN STRUKTUR DAN

INSTITUSI

PEMBUDAYAAN BERTERUSAN

a. Melaksana program nilai diri individu

b. Melaksana program/aktiviti berdasar pangkat dan posisi semasa

c. Menerapkan pengetahuan kerohanian

d. Menerapkan pengetahuan psikologi dan kaunseling e. Memperkasa pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika f. Melaksana program kesedaran integriti

g. Membina insan berpengeta- huan, berkemahiran, beretika, berintegriti dan bertanggung- jawab

h. Meningkatkan taraf kesihatan i. Meningkatkan penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni

a. Melaksana program kepimpinan b. Melaksana program/

aktiviti pengurusan dan strategi kepimpinan c. Meningkatkan penglibatan pemimpin dalam aktiviti peringkat nasional

a. Memperkasa tindakan pengesanan, punitif dan pemulihan

b. Melaksana program kepatuhan kepada arahan dan dasar c. Meningkatkan keberkesanan sistem dan penyampaian perkhidmatan

a. Memantapkan tadbir urusb. Meningkatkan pengu- rusan pelanggan c. Mengembangkan budaya yang kreatif dan berinovasi

d. Membina pemua- fakatan dengan pihak berkepentingan

a. Melaksana kaji selidik b. Melaksana ujian psikometri

c. Melaksana hari bersa- ma pelanggan d. Melaksana kajian pengetahuan dan amalan integriti e. Melaksana kajian kepuasan pelanggan dan warga

NILAI TERAS KEMULIAAN KESETIAAN KEBERANIAN KEBANGGAAN

STRATEGI

(19)

“Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui.”

Surah Al-Baqarah : 42

1012 PUNCA KUASA

Punca Kuasa Cawangan Integriti, Bahagian Inspektorat Jeneral, yang bertanggungjawab bagi membentuk dasar integriti adalah seperti ditunjukkan dalam gambarajah di bawah. Bagi menentukan pelaksanaan dasar ini tercapai, cawangan ini juga bertanggungjawab merancang, menyelaras mengkoordinasi dan memantau pelaksanaan integriti di semua Markas dan Unit.

Gambarajah 2: Punca Kuasa Pengamalan Integriti Di Dalam TLDM

(20)
(21)

BAB 2

INTEGRITI DAN

TADBIR URUS

DALAM SISTEM

PEMERINTAHAN,

PROFESIONALISME

DAN BUDAYA TLDM

(22)

2001 COGAN KATA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

1. Rujuk Perintah Majlis Angkatan Tentera bertarikh Mac 1979 telah memaklumkan bahawa rangkai kata “Sedia Berkorban” dijadikan cogan kata untuk TLDM. Makna perkataan dan makna cogan kata seperti berikut:

2. Makna Perkataan.

a. Sedia. Siap, di dalam keadaan sempurna, di dalam keadaan berjaga-jaga atas pengawasan yang teliti.

b. Berkorban. Berbakti tanpa mengharapkan balasan, rela kehilangan/

menyerahkan sesuatu untuk kepentingan lain.

3. Makna Cogan kata.

Siap atau sanggup untuk menghadapi sebarang kesusahan dan dengan sukarela kehilangan sesuatu, walau nyawa sekalipun, demi untuk kepentingan nusa dan bangsa.

2002 PERANAN WARGA TLDM BERINTEGRITI

1. Persekitaran organisasi perkhidmatan TLDM yang cemerlang harus membendung peluang dan ruang pencemaran integriti dalam kalangan warganya. Setiap warga TLDM harus memainkan peranan masing-masing untuk menjadikan integriti sebagai budaya dalam kehidupan seharian bermula dari rumah sebagai mana termaktub di dalam empat Nilai Teras TLDM.

2. Seterusnya, setiap warga TLDM berperanan membentuk budaya kerja sihat seperti amanah, ketepatan waktu, menyampaikan maklumat yang tepat, memberi perkhidmatan terbaik, komunikasi berkesan dengan pegawai atasan (superior), rakan sekerja (peers) dan juga anggota bawahan (subordinates).

3. Amalan integriti bukan sahaja mesti dibudayakan oleh setiap warga TLDM dalam organisasi tetapi nilai-nilai murni merupakan tuntutan di dalam kehidupan seharian serta setiap agama. Integriti yang asas termasuklah perkara seperti “curi tulang”, tuntutan palsu, memalsukan dokumen, masuk kerja lewat, menggunakan pakir yang dikhaskan, buli, penagihan najis dadah, menggunakan staf/barang/kemudahan pejabat/kenderaan jabatan untuk urusan peribadi, pilih kasih dan sebagainya yang mana isu-isu integriti sedemikian sering berlaku dalam kalangan majoriti dan dianggap remeh.

4. Usaha-usaha berterusan untuk kelestarian pengukuhan integriti dalam TLDM hendaklah sentiasa dilihat sebagai salah satu wadah yang positif dalam usaha meningkatkan lagi kredibiliti dan reputasi TLDM di mata masyarakat dan negara ini juga dipentas antarabangsa.

(23)

2003 MEKANISME MEMBUDAYAKAN ANGGOTA TLDM BERINTEGRITI

1. Mekanisme Pembudayaan Integriti Dalam TLDM. Sistem Bahagian TLDM (SB TLDM) (Sumber: Pelan Integriti ATM di mukasurat 17 hingga 19) merupakan satu sistem asas dalam pengurusan anggota untuk penyebaran maklumat, pemantauan, pengawasan disiplin, latihan, pembangunan dan kebajikan anggota yang digunakan oleh semua peringkat pengurusan TLDM. Sistem ini membolehkan Pegawai dan Bintara Bahagian mengumpul anggota bagi membincangkan dan mengenalpasti permasalahan kerja, pasukan dan individu di dalam sesebuah unit. Mengamalkan sistem tersebut secara langsung akan dapat memantau perkembangan dan prestasi anggota sepanjang mereka berada di dalam sesebuah unit. Pembudayaan integriti dalam TLDM pula akan membantu Pegawai dan Bintara Bahagian dalam usaha untuk menjaga kebajikan anggota di bawah kepimpinan mereka. Di dalam pelan ini TLDM menggariskan SB TLDM sebagai satu mekanisme bagi membudayakan integriti oleh Pegawai dan Bintara Bahagian dalam menguruskan anggota di sesebuah organisasi.

a. Perwatakan Tentera. Perlakuan dan akhlak yang murni selaras dengan peranan dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Selain dari itu perwatakan tentera adalah melaksanakan tugas dengan penuh kejujuran dan tidak mementingkan diri sendiri dan sedia berkorban apa sahaja sama ada harta atau nyawa sekalipun demikian mempertahan maruah ketenteraan.

b. Pergaulan & Esprit de Corps. Hubungan antara anggota yang amat kuat dan mempunyai semangat kekitaan atau setia kawan yang amat kuat dalam organisasi.

c. Tatasusila. Merupakan sikap yang mencerminkan adat sopan santun dan budi pekerti yang baik dalam diri anggota, walaupun sikap tegas diterapkan membentuk keperibadian dalam ketenteraan.

d. Pemerintahan & Tadbir Urus yang Baik. Menanamkan azam untuk terus berlatih dan berusaha meningkat kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing serta meningkatkan tadbir urus dalam organisasi. Ini adalah penting bagi memastikan TLDM sentiasa dilandasan profesionalisme, efisien dan efektif.

e. Kewibawaan & Kualiti Kepimpinan. Pemimpin di pelbagai peringkat terus menguatkuasakan peraturan dan disiplin di kalangan anggota. Selain dari itu para pemimpin di pelbagai peringkat juga mampu dijadikan contoh teladan atau role model dalam menghayati disiplin ketenteraan di kalangan anggota.

f. Amanah. Sifat kebolehpercayaan yang perlu diwujudkan dalam diri anggota dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang diberi.

2. Penerangan bagi setiap mekanisme pembudayaan integriti dalam TLDM seperti berikut:

(24)

g. Pengetahuan & Kemampuan. Anggota TLDM haruslah mempunyai kemahiran dan kemampuan yang tinggi sesuai dengan peranannya mempertahankan negara. Hal ini dapat dijelaskan apabila seseorang anggota itu adalah mahir dalam operasi tempur atau manuver atau sentiasa peka serta mampu menghadapi segala ancaman yang membahayakan dan kelangsungan hidup bangsa dan negara. Anggota TLDM juga harus memiliki kemampuan berfikir, matang serta bertanggungjawab terhadap keselamatan bangsa dan negara serta berfikir dan bertindak secara komprehensif, kreatif, produktif, efektif dan memiliki semangat juang yang tinggi.

h. Tatacara Pemakaian Tentera. Setiap anggota TLDM akan disertakan dengan uniform tentera namum pemakaian yang betul akan memperlihatkan kesegakan kekemasan dan keterampilan sebenar anggota tentera.

i. Agama & Adat Resam. Anggota TLDM diberi kebebasan dalam beragama dengan kepercayaan kepada Tuhan dan kebiasaan yang lazim dilakukan sejak turun-temurun dengan harmoni dan tolarensi.

k. Aktiviti Regimental. Merupakan aktiviti yang dicipta oleh pemerintah untuk mengekalkan tradisi dan adat resam ketenteraan. Aktiviti regimental juga melibatkan sesuatu penugasan ketenteraan yang dilaksanakan melalui sistem yang tetap dan teratur yang diwarisi berabad lamanya tetapi masih sesuai mengikut perkembangan dan peredaran semasa.

l. Aktiviti Sukan. Dijadikan aktiviti harian dan penglibatan anggota akan mampu melahirkan anggota yang sihat tubuh badan, cergas dan minda yang baik untuk melaksanakan tugas yang dipertanggingjawabkan.

m. Penyuburan Nilai & Ethos Ketenteraan. Sentiasa menghargai dan mempertabatkan anggota yang memberikan sepenuh kehidupan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang disandang sepanjang berkhidmat.

n. Mendekati Anggota Bawahan. Peringkat atasan atau yang terkanan perlu sentiasa menghampiri anggota bawahan dalam memahami kebajikan, keperluan dan permasalahan yang disembunyikan oleh anggota dan ini menyebabkan kekurangan tumpuan anggota dalam tugas yang diberi.

o. Membenteras Salah Guna Tenaga Manusia. Perbuatan atau tindakan anggota TLDM yang tidak menggunakan sesuatu sebagaimana yang sepatutnya.

Ini membuat anggota hilang pertimbangan dan menggunakan kekerasan dalam tindakan.

(25)

KRITERIA INTEGRITI TLDM

Gambarajah 3: Mekanisme Pembudayaan Anggota TLDM Berintegriti (Sumber: Pelan Integriti ATM)

PEMBUDAYAAN INTEGRIT

I

17 MEKANISME PEMBUDAYAAN INTEGRITI DALAM TLDM

p. Mempamer Sifat Gagah, Agresif, Kemas, Segak Digeruni. Anggota TLDM hendaklah sentiasa mempamerkannya dalam tugas harian agar dijadikan contoh dan melaksanakan tugas dengan tegas, dihormati di dalam mahupun luar perkhidmatan.

q. Membenteras Jenayah Salah Laku. Menegakkan peraturan dan disiplin merupakan sebahagian dari aspek kehidupan ketenteraan. Oleh yang demikian adalah menjadi satu tuntutan kepada setiap anggota untuk mematuhi disiplin dan peraturan. Sebarang pelanggaran disiplin walaupun kecil perlu diambil tindakan segera, telus, tepat dan bijaksana.

(26)

2004 IKRAR KESATRIA

Setiap anggota yang berkhidmat wajib berpegang teguh dan mematuhi Ikrar Kesatria. Ikrar ini merupakan aku janji dari seluruh anggota dalam memupuk nilai ketaatsetiaan dan membimbing mereka ke arah merealisasikan hasrat membudaya dan mengukuhkan nilai-nilai integriti di dalam ATM. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

IKRAR KESATRIA

 Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya.

 Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah.

 Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera.

 Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.

 Menyimpan Rahsia Negara Dengan Seketat-ketatnya.

a. Beriman Kepada Tuhan dan Bertaqwa KepadaNya. Beriman kepada Tuhan bererti mengakui adanya Tuhan serta yakin kepada kudrat dan iradatNya.

Bertaqwa kepadaNya bererti taat bagi menjalankan suruhanNya.

b. Setia kepada Negara dan Sedia Berkorban Demi Kepentingannya Dengan Tidak Sekali-kali Mengenal Menyerah. Setia kepada negara dalam apa jua situasi mahupun keadaan dan sedia berkorban jiwa dan nyawa serta tidak akan menyerah diri kepada musuh dalam mempertahankan negara.

Ia adalah satu sifat yang mulia bagi setiap anggota-anggota tentera sebagai benteng pertahanan negara.

c. Memegang Teguh Disiplin Tentera dan Sentiasa Menjunjung Tinggi Sikap Keperwiraan dan Kehormatan Tentera. Berpegang kuat terhadap disiplin tentera yang terdiri dari undang-undang, peraturan, arahan serta kod etika tingkah laku dalam ATM dan menjunjung tinggi sikap kepahlawanan dan maruah diri serta organisasi ATM. Ia yang bertujuan untuk menjamin adanya pengendalian dan penyatuan tekad, sikap demi kelancaran pelaksanaan tugas.

(27)

2005 IKRAR PEGAWAI BERTAULIAH

Setiap Pegawai Bertauliah di dalam TLDM akan melafazkan Ikrar Pegawai Taat Setia Perwira semasa majlis pentauliahan. Ikrar ini merupakan aku janji seorang pegawai yang telah ditauliahkan oleh Yang Dipertuan Agong bagi memupuk nilai ketaatsetiaan terhadap pemimpin dan bangsa dan negara. Ikrar tersebut adalah seperti berikut:

IKRAR PEGAWAI TAAT SETIA PERWIRA Ampun Tuanku

Patik, sesungguhnya berikrar tetap akan taat setia ke bawah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong. Patik mengaku akan

mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara.

Patik, sebagai Pegawai Tentera juga berikrar akan melaksanakan

segala

kewajipan dan tanggungjawab serta sentiasa menjaga tatatertib dan tradisi

Angkatan Tentera.

Ampun Tuanku

d. Mengutamakan Pelaksanaan Tugas Dengan Jujur dan Ikhlas.

Mendahulukan tugas dan menganggap ia amanah yang penting perlu ditunaikan dengan penuh kejujuran dan ketulusan mengikut peraturan dan panduan yang ditetapkan serta menjalankan dengan penuh tanggungjawab dan kerelaan tanpa mempersoalkan keuntungan untuk diri sendiri.

(28)

2006 IKRAR BEBAS RASUAH

1. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal tahun 2017. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para pemimpin dan warga sesebuah organisasi secara sukarela atas kapasiti sebagai individu. Ia memastikan setiap individu yang menandatangani

ikrar tersebut akan mewujudkan sifat bertanggungjawab dan menyedarkannya bahawa satu akuan telah dibuat dan ia perlu dipatuhi dalam melaksanakan tugas di samping menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah. Keterbukaan dan sifat kebertanggungjawaban yang dipamerkan oleh barisan kepimpinan dan warga TLDM untuk menandatangani IBR turut membuktikan bahawa usaha membanteras dan memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab pihak pengurusan tertinggi TLDM semata-mata. Ianya merupakan amanah dan tugas yang perlu dikongsi oleh seluruh ahli warga TLDM, khususnya yang

berkhidmat di Markas dan unit TLDM, bagi memastikan tentera laut ini bebas daripada sebarang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

2. Pelaksanaan IBR melibatkan 3 proses yang merangkumi pembacaan IBR, Liabiliti Nilai Keutamaan dan Tindakan Pemerintah. Aktiviti yang terlibat dalam proses ini adalah seperti berikut:

a. Pembacaan IBR. IBR akan dilafazkan oleh semua individu Warga TLDM secara berkumpulan ataupun berseorangan yang disaksikan oleh pihak atasan. Sebarang pindaan atau perubahan kandungan IBR tidak dibenarkan oleh pihak SPRM.

b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. Ikrar ini merupakan pernyataan yang tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Walau bagaimanapun dengan menandatangani Sijil IBR, setiap individu telah menunjukkan komitmen dan berjanji di dalam dirinya bahawa rasuah adalah suatu perlakuan yang mesti dijauhi dan dielakkan.

c. Tindakan Pemerintah. Semua Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit dikehendaki memperkenalkan inisiatif ini kepada semua warganya bagi mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan di dalam pelaksanaan inisiatif IBR:

(29)

(1) Fasa Kesedaran. Setiap Panglima di Markas Pemerintahan dan Markas Formasi akan menerangkan kepada subordinat di bawah pentadbiran masing- masing tentang objektif pelaksanaan IBR. Objektif IBR adalah seperti berikut:

(a) Mendapatkan komitmen pimpinan dan semua peringkat organisasi dalam usaha pembanterasan rasuah.

(b) Memastikan organisasi tidak terlibat dengan jenayah rasuah.

(c) Menanamkan perasaan benci kepada jenayah rasuah dalam warga organisasi.

(d) Memberi mesej kepada mereka yang berurusan dengan organisasi agar tidak melakukan perbuatan rasuah.

(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar boleh dilakukan secara berasingan sama ada di Markas ataupun di Unit. Setiap individu dikehendaki melafazkan ikrar dan menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Sesi lafaz ikrar oleh Panglima Pemerintahan dan Panglima Wilayah Laut dibuat dengan disaksikan oleh wakil SPRM. Bagi warga Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit, sesi lafaz ikrar pula adalah disaksikan oleh Panglima Pemerintahan atau wakilnya.

(3) Fasa Penyerahan Sijil IBR. Sijil IBR yang disaksikan oleh wakil SPRM hendaklah dibuat satu salinan untuk diserahkan kepada SPRM. Penyerahan sesalinan sijil IBR kepada SPRM mengikut kawasan.

(4) Fasa Dokumentasi. Sijil IBR perlu disimpan bersama Dokumen Perkhidmatan BAT D 55 bagi Pegawai TLDM dan BAT 74 bagi anggota LLP. Setiap Pegawai Tadbir Markas dan Pegawai Bahagian dikehendaki menyenaraikan Sijil IBR sebagai salah satu dokumen rasmi apabila berlakunya pertukaran perjawatan.

“Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah tempat yang selayaknya.”

Riwayat at-Termizi

(30)

IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) (Corruption Free Pledge)

Saya, ...No. Kad Pengenalan: ...adalah dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa sepanjang perkhidmatan saya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia,:

i. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;

ii. Saya akan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;

iii. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia;

iv. Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia; dan

v. Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.

Tandatangan : Nama : No.Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh : Disaksikan Oleh : Tandatangan : Nama : No.Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh :

(31)

2007 IKRAR INTEGRITI KORPORAT

1. Salah satu daripada objekif strategik di dalam Pelan Strategik TLDM (PS1320) adalah usaha untuk menambah baik integriti dan tadbir urus. Objekif strategik ini diwujudkan selaras dengan hasrat Kerajaan membanteras rasuah sebagai salah daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Justeru, TLDM dalam menyokong usaha murni ini telah pun memperkenalkan pelbagai kaedah kawalan dalaman bagi membanteras atau mencegah amalan rasuah melalui mekanisme pengauditan dan pemberi maklumat (whistle blower).

2. Walaupun mekanisme ini dapat menambah baik keadaan semasa namun pihak pengurusan tertinggi berpandangan bahawa ia dapat dipertingkatkan lagi dengan mendapatkan komitmen bersepadu daripada pihak syarikat yang berurusan dengan TLDM. Inisiatif mewujudkan satu ikrar yang akan dibuat oleh syarikat dilihat sebagai satu usaha pro-aktif dalam mencegah kegiatan atau perlakuan rasuah di dalam TLDM. Ikrar ini dinamakan lkrar Integriti Korporat TLDM yang akan menggariskan lima lafaz ikrar berpaksikan kepada pencegahan rasuah. Inisiatif ini akan menyumbang kepada usaha memperkasakan lagi nilai integriti di kalangan semua pihak sama ada TLDM mahupun pihak syarikat agar lebih telus, efisien dan berintegriti. Aktiviti yang terlibat dalam proses ini adalah seperti berikut:

a. Pelaksanaan. Pemakaian lkrar lntegriti Korporat lkrar ini perlu diguna pakai bagi semua syarikat yang berurusan atau yang mempunyai hasrat untuk berurusan dengan TLDM. Keutamaan diberikan kepada syarikat yang tidak terlibat dengan kontrak kerajaan yang telah menandatangani Surat Akuan Janji Pembida atau Pembida Berjaya.

b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. lkar ini merupakan dokumen yang tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Keengganan pihak syarikat untuk membuat ikrar ini atau pelanggaran kepada mana-mana lafaz ikrar tidak menjadi satu kesalahan. Dokumen ini juga tidak boleh dijadikan salah satu dokumen sebagai syarat wajib bagi sebarang permohonan pembekalan atau perkhidmatan yang dimohon oleh mana-mana syarikat.

Dengan menandatangani ikrar ini, syarikat tersebut hanya boleh diberikan keutamaan berbanding syarikat yarg tidak turut serta di dalam pelaksanaan inisiatif ini.

c. Tindakan Pemerintahan. Semua Markas Pemerintahan dan Markas Formasi telah memperkenalkan inisiatif ini kepada semua syarikat syarikat yang menjalankan urusniaga dengan TLDM. Saranan, galakan dan dorongan kepada syarikat-syarikat untuk melibatkan diri di dalam inisiatif ini akan mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan di dalam pelaksanaan lnisiatif Ikrar lntegiti Korporat:

(32)

(1) Fasa Kesedaran. Sesi penerangan mengenai inisiatif llK dibuat kepada semua syarikat yang berurusan dengan Markas. Pihak TLDM akan memastikan mereka memahami bahawa lIK adalah bersesuaian dengan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan Coorperate Integrity Pledge (ClP) melalui Coorperate lntegrity System Malaysia (CISM). la juga adalah bertepatan dengan Tekad Ketiga Pelan lntegriti Nasional (PlN) iaitu meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggung jawab korporat. Sila dapatkan bantuan wakil SPRM negeri untuk sesi penerangan ini sebagai moderator atau pemudah cara.

(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar ini dilaksanakan secara berasingan sama ada di markas ataupun di premis syarikat.

Pengurus atau wakil bermandat syarikat dikehendaki melafazkan kandungan llK dan menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Sesi ini dikoordinasikan oleh Pegawai Sidang markas dan disaksikan oleh wakil bermandat daripada markas berkaitan.

(3) Fasa Penyerahan Sijil lkrar Integriti Korporat. Acara ini dilakukan dalam sebarang majlis rasmi yang bersesuaian secara berkumpulan.

Jemputan terdiri daripada wakli SPRM dan perkhidmatan lain. Liputan media akan diaturkan dan acara ini akan diuar-uarkan secara meluas melalui media elektronik, sosial dan cetak.

(4) Fasa Dokumentasi. Salinan ikrar yang telah ditandatangani oleh kedua dua pihak akan dimajukan kepada Cawangan lntegriti Bahagian Inspektorat Jeneral, Mk TL. Senarai penerima sijil llK pula akan dimaklumkan kepada Bahagian Materiel dan Cawangan Undang- Undang, Mk TL untuk didaftarkan sebagai rekod dan untuk rujukan apabila diperlukan. Sebarang perubahan kepada senarai ini akan dimaklumkan dengan segera.

(5) Inisiatif ini diharapkan akan memperkukuhkan usaha TLDM bagi menambah baik lagi integriti dan tadbir urus di semua peringkat selain daripada memberi kesedaran serta peringatan kepada syarikat-syarikat yang berurusan dengan TLDM.

(33)

SIJIL IKRAR INTEGRITI KORPORAT

Bahawasanya kami, seluruh warga ... (Nama Syarikat & No Pendaftaran Syarikat)...dengan suci hati berikrar:

TIDAK AKAN melalui mana-mana pekerja atau perwakilan atau agen melakukan apa-apa kesalahan rasuah di bawah mana-mana undang-undang seperti Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan; DAN

TIDAK AKAN melakukan apa-apa bentuk amalan atau aktiviti perniagaan yang memerlukan atau menggalakkan pekerja-pekerja atau perwakilan atau agen untuk melakukan sesuatu kesalahan; DAN

BERSAMA-SAMA rakan perniagaan atau mana-mana institusi TLDM atau mana-mana warga TLDM untuk mewujudkan suasana perniagaan yang bebas dari rasuah; DAN

BERPEGANG TEGUH kepada prinsip-prinsip anti rasuah ketika melakukan perniagaan atau sebarang perhubungan sesama syarikat atau dengan mana-mana institusi atau warga TLDM; DAN

MELAPORKAN sebarang aktiviti atau perlakuan meminta atau menggalakkan rasuah atau sogokan oleh mana-mana warga TLDM.

Diikrarkan oleh: Disaksikan oleh:

Bagi pihak ( Nama Syarikat) Bagi pihak TLDM

... ...

(Nama Wakil Syarikat) (Pangkat dan Nama)

(Jawatan) (Jawatan)

Tarikh:

(34)

2008 NILAI-NILAI TERAS TLDM (Sumber: PA BRL 2)

Visi TLDM Angkatan Laut Yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030 Misi TLDM Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara Cogan Kata TLDM Sedia Berkorban

Nilai Teras TLDM Kemuliaan Kesetiaan Keberanian Kebanggaan

Nilai Teras

ialah,

“sumber kekuatan moral untuk membentuk sikap, gaya dan budaya hidup bagi mendokong misi serta visi TLDM.”

Nilai Teras

diperlukan sebagai,

• Panduan di dalam pembentukan sahsiah diri warga.

• Panduan untuk pelaksanaan kerja yang cemerlang.

• Peringatan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

• Pendokong cogan kata, misi dan visi.

• Penyumbang kepada peningkatan prestasi dan pencapaian TLDM.

Nilai Teras

digunakan,

“untuk kehidupan seharian pada setiap masa dan dalam semua keadaan”.

Nilai Teras

diterapkan melalui,

• Pengajaran dan Pembelajaran.

• ‘Kepimpinan Melalui Teladan’.

KEMULIAAN

ialah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan profesional demi kebaikan organisasi.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "

Saya MESTI

,

• Mengamal nilai-nilai murni berpandukan kepada kepercayaan agama.

• Melaksana tugas yang terbaik sama ada susah atau sukar.

• Mencapai yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan dengan ikhlas.

• Menghormati maruah orang lain tanpa mengira pangkat, agama dan keturunan.

• Menghindari daripada sebarang perlakuan yang menjurus kepada jenayah, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan unsur-unsur negatif yang boleh memudaratkan diri, perkhidmatan dan negara.

(35)

• Meletakkan kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia melebihi kepentingan peribadi.

KESETIAAN

ialah semangat setia kawan kepada rakan sekerja dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta Negara.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "

Saya MESTI

,

• Mempertahankan kedaulatan Negara dalam apa jua keadaan.

• Memegang teguh amanah yang diberikan dan tidak berpaling tadah kepada rakan sekerja dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

• Menyokong dan mempertahankan sebarang keputusan bersama.

• Mematuhi arahan dan peraturan.

• Sentiasa bersama dalam masa senang mahupun susah.

KEBERANIAN

ialah semangat keperwiraan dan berpegang teguh kepada kebenaran serta bertanggungjawab terhadap semua tindakan saya.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "

Saya MESTI

,

• Memiliki semangat juang yang tinggi.

• Melapor sebarang aktiviti jenayah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan atau sebarang perbuatan yang melanggar peraturan, moral dan etika.

• Memperbetul perkara yang tidak betul.

• Mencabar proses sedia ada ke arah penambahbaikan diri dan organisasi.

KEBANGGAAN

ialah berkhidmat sebagai anggota tentera laut dengan penuh rasa megah, komited dan berdedikasi.

Oleh itu pengakuan setiap anggota TLDM berikut: "

Saya MESTI

,

• Menjaga nama baik dan mengharumkan nama Tentera Laut Diraja Malaysia.

• Menyumbang idea yang kreatif dan inovatif untuk penambahbaikan organisasi.

• Memiliki dan memegang teguh nilai Kemuliaan, Kesetiaan serta Keberanian dalam diri.

• Menjadi contoh terbaik dan mempamerkan disiplin ketenteraan yang tertinggi.

• Mengamalkan penjimatan kos dalam setiap pelaksanaan tugas.

• Menggandakan usaha dalam setiap tugas bagi mencapai hasil yang melebihi jangkaan.

• Melaksanakan tugas yang berkualiti dan menepati masa.

(36)

BANGGA BERKHIDMAT (Lagu Nilai Teras TLDM) Berteraskan Empat Nilai Murni

Jadi Pemangkin Misi dan Visi Menjana Tekad Untuk Berbakti Bangga Berkhidmat Sentiasa Disegani

Kemuliaan, Berhati Luhur Kesetiaan, Patuh dan Taat Keberanian, Sedia Berkorban Kebanggaan, Rela Berkhidmat

Ikrar TLDM Sekata Berkhidmat Dengan Bangga

Capai Wawasan Mulia Tentera Laut Bertaraf Dunia Lagu: Badan Kesenian (BAKES) TLDM

Lirik: Bahagian Pengurusan Strategik & BAKES TLDM 2009 AMALAN INTEGRITY PACT

1. Integrity Pact adalah satu konsep yang diperkenalkan oleh Transparency International dalam membantu sesebuah Negara (Kerajaan), Institusi Perniagaan dan masyarakat umum dalam usaha membendung rasuah dalam proses perolehan/pembelian.

Satu garis panduan telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.10 tahun 2010 yang meminta setiap syarikat-syarikat luar negara dan syarikat-syarikat dalam negara untuk menandatangani Integrity Pact dalam memenuhi syarat proses perolehan kerajaan.

2. ATM melalui Markas Angkatan Tentera telah membuat pengarahan melalui Perintah Am Angkatan Tentera Malaysia (PAAT) Bil 1/12 kepada Unit Bawahan agar prosedur ini dipatuhi. Melalui pelaksanaan Integrity Pact ini ATM dapat meningkatkan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan. Kementerian Kewangan telah memperluaskan skop ini kepada ATM yang terlibat secara langsung dalam pengendalian proses perolehan.

3. Oleh itu syarikat-syarikat yang berurusan dengan TLDM digalakkan untuk melaksanakan Ikrar Integriti Korporat (Corporate Integrity Pledge). Ikrar Integriti Korporat menggariskan prinsip-prinsip yang perlu diterima pakai oleh badan-badan korporat bagi mewujudkan komitmen syarikat ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil, telus dan bebas dari rasuah.

(37)

4. Templat Integrity Pact. Di bawah adalah contoh Integrity Pact yang diambil daripada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.10 tahun 2010.

(38)
(39)

BAB 3

MEKANISME

PENGURUSAN

INTEGRITI TLDM

(40)

3001 FUNGSI, STRUKTUR ORGANISASI DAN MEKANISME INTEGRITI

1. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus ATM pda 24 Sep 14, setiap Markas Perkhidmatan dikehendaki mewujudkan Sel Integriti selaras dengan penubuhan Sel Integriti di peringkat ATM.

2. Pelaksanaan Pengurusan Integriti yang sistematik dari peringkat Markas Tentera Laut hingga ke peringkat Markas/Pasukan/Unit dihuraikan seperti berikut:

a. Peringkat Markas Tentera Laut. Merancang, menyelaras serta memantau pelaksanaan agenda integriti terhadap semua peringkat di Markas Formasi.

Seksyen ini akan dikoordinasikan oleh Pegawai Integriti Bertauliah/Certified Integrity Officer (CeIO) mengikut arahan dan peraturan semasa yang dikeluarkan.

b. Peringkat Markas. Menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda integriti di peringkat Pangkalan/Unit. Seorang pegawai berkelayakan Integriti Management Course (IMC) hendaklah dilantik sebagai Pegawai Integriti Markas (Tugas Tambahan) oleh Pegawai Memerintah. Pegawai tersebut akan bertanggungjawab kepada Panglima dan menjadi perantaraan Markas Tentera Laut dan Pangkalan/Unit.

c. Peringkat Pangkalan/Unit. Menyelaras pelaksanaan agenda integriti di peringkat Pangkalan/Unit. Seorang pegawai berkelayakan IMC hendaklah dilantik sebagai Pegawai Integriti Pangkalan/Unit (Tugas Tambahan) oleh Komander Pangkalan/Pegawai Memerintah. Pegawai tersebut akan bertanggungjawab kepada Komander Pangkalan/Pegawai Memerintah Komandan dan menjadi perantaraan Markas Formasi.

3. Pembudayaan integriti dapat diwujudkan dengan menubuhkan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU). Oleh itu, JITU dalam TLDM dibahagikan mengikut Markas Tentera Laut, Markas Pemerintahan, Markas Formasi dan Unit. Keahlian JITU mestilah berperanan dengan efektif dan mengadakan mesyuarat secara berkala, namun mesyuarat JITU yang hendak dilaksanakan boleh diubahsuai, digabung atau distruktur dengan jawatankuasa-jawatankuasa pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan pertindihan tugas dan mesyuarat yang akan diadakan.

4. Keahlian JITU di Markas Pemerintahan dan Formasi dalam TLDM seperti berikut:

a. JITU TLDM.

(1) Pengerusi : Panglima Tentera Laut.

(2) Naib Pengerusi : Timbalan Tentera Laut.

(41)

(3) Ahli: IJ TLDM.

AKS JUTRA/Pengarah Kanan Kejuruteraan.

AKS MAT/Pengarah Kanan Materiel.

AKS TAD/PS 1 Undang-Undang.

IJ/Pengarah Pengurusan Audit & Integriti.

Provos Marsyal.

(4) Setiausaha : Pegawai Staf Integriti.

b. JITU Markas Pemerintahan.

(1) Pengerusi: Panglima Markas Pemerintahan.

(2) Naib Pengerusi: Timbalan Panglima.

(3) Ahli: Panglima-panglima Formasi.

(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Markas Pemerintahan.

c. JITU Markas Formasi.

(1) Pengerusi: Panglima Markas Formasi.

(2) Naib Pengerusi: Ketua Staf.

(3) Ahli: Pegawai-pegawai Memerintah Pasukan.

(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Markas Formasi.

d. JITU Unit.

(1) Pengerusi: Pegawai Memerintah.

(2) Naib Pengerusi: Timbalan Pegawai Memerintah.

(3) Ahli: Pegawai-pegawai Unit.

(4) Setiausaha: Pegawai Integriti Unit.

(42)

5. Peranan JITU adalah merangkumi 6 Terma Rujukan seperti yang telah diperincikan di dalam Pelan Integriti ATM Edisi Kedua, bab 4 perenggan 14 seperti berikut:

a. Dasar dan Perundangan.

b. Sistem dan Prosedur Penyampaian Perkhidmatan.

c. Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan.

d. Pembudayaan Nilai-nilai Murni dan Kod Etika.

e. Pengurusan Pelanggan.

f. Membina Pemuafakatan dengan Pihak Berkepentingan.

6. Kekerapan Mesyuarat. Mesyuarat JITU dilaksanakan sebanyak 3 penggal setahun iaitu, Penggal 1 (Jan hingga Apr), Penggal 2 (Mei hingga Ogos) dan Penggal 3 (Sep hingga Dis). Isu integriti yang dibincangkan di dalam mesyuarat JITU hendaklah dilaporkan ke mesyuarat JITU yang lebih tinggi mengikut format yang ditetapkan seperti contoh di Perenggan 3002 di dalam Pelan ini.

7. Organisasi Integriti TLDM. Inspektor Jeneral adalah Ketua Integriti TLDM.

Setiap lepasan CeIO dan IMC hendaklah memajukan rancangan dan laporan pelaksanaan program/aktiviti integriti di organisasi masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Lepasan CeIO akan ditempatkan di peringkat Markas manakala lepasan IMC pula akan adalah diperingkat unit. Bahagian Inspektorat Jeneral akan sentiasa memantau program dan aktiviti yang dilaksanakan di Markas dan unit-unit.

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”

Al-Baqarah: 188

(43)

“Sesiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan TANGANNYA, jika tidak mampu, maka ubahlah dengan LISANNYA, jika tidak mampu, maka (tolaklah) dengan HATINYA, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman”

8. Struktur Pelaporan JITU.

Carta 1 : Pelaporan JITU

JITU Kebangsaan JITU KEMENTAH

JITU ATM JKK JITU ATM

JITU TLDM JITU Markas Pemerintahan

JITU Markas Formasi JITU Unit

Rujuk: PIO TLDM Seksyen 3001

Pengerusi: YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Pengerusi: YB Menteri Pertahanan

Pengerusi: PAT

Pengerusi: KS Markas ATM

Peringkat Kebangsaan Peringkat Kementerian

Peringkat ATM Peringkat Markas ATM

Peringkat TLDM

(44)

3002 CONTOH FORMAT LAPORAN JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS (JITU)

LAPORAN JAWATANKUASA INTEGRITI DAN TADBIR BILANGAN ... TAHUN ...URUS

Gambarajah 4: Contoh Borang Pelaporan JITU (Sumber: Pelan Integriti ATM)

(45)

3003 STRUKTUR ORGANISASI INTEGRITI TLDM

Carta 2: Struktur Organisasi Integriti TLDM

Nota: Rujuk PIO TLDM Seksyen 3001 Siri 7.

(46)

3004 PEMANTAUAN OLEH JITU TLDM

1. Secara umumnya, semua unit integriti yang ditubuhkan menyediakan pelaporan dan menentukan tindakan diambil bagi JITU di peringkat ATM dan Kementerian Pertahanan berdasarkan enam (6) teras tugas iaitu:

a. Tadbir Urus.

(1) Memastikan tadbir urus TLDM yang melibatkan isu integriti bagi membendung salah laku tatatertib serta pelanggaran

tatakelakuan dan etika TLDM dilaksanakan secara efektif.

(2) Bertindak sebagai Sekretariat dalam hal-hal yang melibatkan tadbir urus melalui pengharmonian maklum balas di antara bahagian- bahagian.

(3) Menyalurkan dapatan hasil pengesanan dan pengesahan pelanggaran integriti yang melibatkan isu dasar serta sistem dan prosedur kepada Sekretariat JITU untuk tindakan selanjutnya oleh pasukan berkenaan.

(4) Mencadangkan penambahbaikan, peningkatan serta pembaharuan kepada dasar/arahan/sistem dan prosedur dalam TLDM kepada peringkat Sekretariat JITU ATM.

b. Pengukuhan Integriti. Mengenal pasti permasalahan dan mereka bentuk inisiatif yang bersesuaian dan efektif untuk menangani masalah.

2. Melaksanakan kajian ke atas data-data dalaman dan luaran yang diperolehi dan membuat analisa berkaitan jenis kesalahan, permasalahan, kekerapan kesalahan, dan sebagainya.

a. Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam TLDM.

b. Memantapkan amalan nilai-nilai murni dan mengurangkan kes-kes pencemaran Integriti melalui program kesedaran (awareness), ceramah/bengkel kursus dan pemantauan kerja-kerja penguatkuasaan oleh agensi yang berkaitan.

c. Pengesanan dan Pengesahan.

(1) Mengesan dan mengesahkan aduan pencemaran integriti, salah laku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja warga TLDM serta memastikan tindakan susulan diambil.

(2) Menjalankan penyiasatan awal dalaman untuk mengesahkan wujudnya asas pelanggaran tatakelakuan dan etika TLDM serta mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib bagi

(47)

(3) Menyelaras pelaksanaan penyiasatan aduan atau kes salah laku tatatertib.

d. Pengurusan Aduan.

(1) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan maklumat mengenai salah laku tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika kerja TLDM.

(2) Memberi nasihat dan panduan kepada pengadu dalaman atau luaran serta pertanyaan berkaitan dengan integriti yang melibatkan salah laku tatatertib serta pelanggaran tata kelakuan dan etika kerja TLDM.

(3) Menguruskan saluran aduan samada dengan mewujudkan atau mengasingkan saluran aduan/maklumat khusus untuk salah laku tatatertib serta pelanggaran tatakelakuan dan etika kerja TLDM kepada staf dalaman dan pihak luar.

e. Pematuhan.

(1) Memantau pematuhan terhadap dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

(2) Melaksanakan dan/atau bekerjasama dengan unit-unit pematuhan khusus seperti Inspektorat Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia, bahagian audit dalaman jika perlu dalam hal-hal yang berkaitan dengan pelanggaran tatakelakuan dan ketidakpatuhan prosedur kerja bagi tindakan susulan oleh Cawangan Integriti dalam aspek tatatertib.

f. Tatatertib.

(1) Bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang berkaitan dalam pengurusan kes tatatertib.

(2) Melaksanakan kajian analisa ke atas data-data kes tatatertib untuk mengenal pasti isu, kepakaran, sektor bagi cadangan penambahbaikan penginstitusian integriti di TLDM.

3005 BIDANG TUGAS PEGAWAI DAN ANGGOTA CAWANGAN INTEGRITI TLDM 1. Menyelaras dan menyelia program integriti.

2. Melaporkan mengenai pelanggaran integriti.

3. Menerima, mengesan dan mengesahkan aduan.

4. Menyelia maklumbalas laporan balas pelanggaran integriti.

(48)

5. Melaksanakan program pemulihan untuk pelanggaran integriti di peringkat TLDM.

6. Mengkoordinat penerbitan artikel dan hebahan integriti daripada Markas Pemerintahan dan Formasi.

7. Membantu tadbir urus dan integriti jawatankuasa pengukuhan di peringkat ATM.

8. Menasihati aspek pengukuhan mengenai perkara-perkara integriti serta mengawasi sistem penyampaian organisasi.

9. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Unit Integriti KEMENTAH, Unit Integriti Markas ATM dan cawangan serta sel integriti di Markas Pemerintahan dan Formasi.

10. Mengkoordinat arahan semasa berkaitan pengisytiharan harta pegawai dan anggota TLDM.

11. Memastikan BRL 63 Manual Pengurusan Integriti dan Tadbir Urus dikemaskini berdasarkan keperluan dan arahan semasa.

12. Memastikan pematuhan peraturan dan prosedur organisasi.

3006 BIDANG TUGAS PEGAWAI INTEGRITI DI MARKAS PEMERINTAHAN, FORMASI DAN UNIT

1. Menyelaras dan menyelia program integriti.

2. Melaporkan mengenai pelanggaran integriti.

3. Menerima, mengesan dan mengesahkan aduan.

4. Menyelia maklum balas laporan balas pelanggaran integriti.

5. Melaksanakan program pemulihan untuk pelanggaran integriti.

6. Menerbitkan artikel dan hebahan integriti.

7. Membantu tadbir urus dan integriti jawatankuasa pengukuhan di peringkat Markas Pemerintahan, Formasi dan Unit.

8. Menasihati aspek pengukuhan mengenai perkara-perkara integriti serta mengawasi sistem penyampaian organisasi.

9. Bertindak sebagai pegawai perhubungan kepada Cawangan Integriti di Bahagian Inspektorat Jeneral, Mk TL.

(49)

10. Memastikan pematuhan arahan semasa berkaitan pengisytiharan harta pegawai dan anggota di Markas Pemerintahan, Formasi dan Unit.

11. Memastikan pematuhan peraturan dan prosedur organisasi.

3007 LATIHAN DAN PEMBANGUNAN INTEGRITI TLDM

Bagi menentukan kesinambungan kompetensi dalam bidang integriti, pegawai dan anggota TLDM perlu dilatih melalui berbagai program sedia ada. Antara inisiatif yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

a. Pegawai Memerintah dan Pegawai TLDM yang dilantik sebagai Pegawai Integriti dan Jurulatih untuk mengajar subjek integriti hendaklah mengikuti kursus berikut:

BIL KURSUS ANJURAN SIRI CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e)

1. Kursus Certified Integrity Officer- CeIO

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia

3 Siri setiap

tahun * Untuk: PS 1 Integriti.

PS 2 Integriti 2. Kursus Pengurusan

Integriti ATM IIM – ATM 4 Siri setiap

tahun * Untuk: Pegawai

memegang jawatan penting (hot spot) melibatkan integriti

3. Kursus Kejurulatihan

‘TOT’ Integriti ATM

INTAN dan IIM 4 Siri setiap

tahun * Untuk: PS Audit Integriti, PS Integriti di Caw Integriti, PS Integriti Perkhidmatan, Jurulatih Integriti TLDM

Jadual 1: Kursus Integriti (Sumber: Pelan Integriti ATM)

b. Merangka kursus-kursus khas untuk pegawai dan anggota dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia atau Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, atau lain-lain agensi yang berkaitan.

c. Subjek integriti dijadikan subjek wajib dalam semua kursus yang dilaksanakan di pusat-pusat latihan TLDM terutamanya kursus asas dan kursus kerjaya.

d. Membangunkan Modul Latihan Integriti seperti di Jadual sebagai latihan berterusan kepada kumpulan sasar tiga golongan utama iaitu;

(1) Pegawai.

(2) Pegawai Waren dan Bintara.

(3) Anggota berpangkat Laskar Kanan ke bawah.

(50)

e. Pegawai dan anggota yang telah terlatih dalam bidang integriti dihantar menghadiri seminar, latihan, bengkel, konvensyen, kursus lanjutan dan seumpamanya untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi tahap kompetensi.

f. Mewujudkan pelan pembangunan integriti untuk jangka pendek dan jangka panjang.

g. Panglima Pemerintahan hendaklah memastikan program dan aktiviti integriti di kawasan tanggungjawab dilaksanakan oleh anggota yang telah menghadiri kursus-kursus di Seksyen 3007, Jadual 1.

h. Mewujudkan pelan pembangunan integriti TLDM yang boleh digunapakai di setiap peringkat latihan adalah seperti di jadual Modul Latihan Integriti TLDM.

3008 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG TELAH MENGHADIRI KURSUS CEIO DAN KURSUS IMC

Hasil pembelajaran daripada ini, pegawai yang terlatih ini mesti dipertanggungjawabkan dengan tugasan seperti berikut:

a. Mengkoordinasi dan melaksanakan program integriti Markas/Unit.

b. Melaporkan keberkesanan perlaksanaan dan pencapaian integriti.

c. Memperkasa pembudayaan nilai-nilai murni dan kod etika dalam TLDM berdasarkan kepada dasar, perundangan, peraturan serta prosedur.

d. Mempromosikan peranan dan tanggungjawab TLDM di kalangan anggota bagi mendidik anggota bahawa memelihara keselamatan adalah tanggungjawab bersama.

e. Menggalakkan permuafakatan TLDM dengan pihak berkepentingan ke arah satu keputusan yang lebih bermanfaat, tepat dan komprehensif.

f. Menganalisis maklum balas pencapaian integriti di kalangan anggota ke arah memartabatkan organisasi yang cekap, bersih dan amanah.

g. Mewujudkan program pemulihan/pemantapan integriti di kalangan anggota.

h. Membantu memperkasa pengurusan sistem pentadbiran organisasi.

Referensi

Dokumen terkait

Budaya organisasi merupakan suatu faktor penting yang dapat. menunjang keberhasilan suatu perusahaan, karena budaya

Budaya organisasi sangat penting dalam suatu perusahaan baik itu perusahaan jasa, dagang, manufaktur karena pada hakikatnya budaya organisasi yang diterapkaan dalam

Budaya organisasi yang secara sistematis menuntun karyawan untuk meningkatkan komitmen kerjanya bagi perusahaan (Moeljono, 2005, h. Budaya organisasi adalah

Implikasi pada penelitian ini adalah budaya organisasi dan gaya kepemimpinan memiliki peran yang sama penting baik secara individual maupun secara bersama-sama dalam

4342 penelitian tersebut, maka dapat dikatakan bahwa budaya organisasi mempunyai pengaruh terhadap kinerja karyawan. Budaya organisasi menjadi hal yang sangat penting

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memperakui bahawa integriti dan etika kerja amat penting diamalkan oleh semua pekerja dan penjawat awam dalam sesebuah

Bahwa ada pengaruh signifikan antara variabel budaya organisasi terhadap komitmen organisasi artinya semakin baik budaya organisasi maka akan semakin meningkatkan komitmen

Suatu budaya organisasi mempunyai peran penting dalam perusahaan karena mempunyai sejumlah fungsi dalam organisasi yaitu, budaya menciptakan pembeda yang jelas