IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) (Corruption Free Pledge)
Saya, ...No. Kad Pengenalan: ...adalah dengan sesungguhnya dan suci hati berikrar bahawa sepanjang perkhidmatan saya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia,:
i. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang, peraturan, prosedur serta dasar-dasar negara yang berkaitan dengan pencegahan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
ii. Saya akan membenci dan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mencegah sebarang perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa;
iii. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan mana-mana pihak yang berurusan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia;
iv. Saya akan memastikan kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa dalam apa-apa jua urusan berkaitan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia; dan
v. Saya akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan seberapa segera, sebarang bentuk perlakuan jenayah rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan-kakitangan di bawah seliaan saya.
Tandatangan : Nama : No.Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh : Disaksikan Oleh : Tandatangan : Nama : No.Kad Pengenalan : Jawatan : Tarikh :
2007 IKRAR INTEGRITI KORPORAT
1. Salah satu daripada objekif strategik di dalam Pelan Strategik TLDM (PS1320) adalah usaha untuk menambah baik integriti dan tadbir urus. Objekif strategik ini diwujudkan selaras dengan hasrat Kerajaan membanteras rasuah sebagai salah daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Justeru, TLDM dalam menyokong usaha murni ini telah pun memperkenalkan pelbagai kaedah kawalan dalaman bagi membanteras atau mencegah amalan rasuah melalui mekanisme pengauditan dan pemberi maklumat (whistle blower).
2. Walaupun mekanisme ini dapat menambah baik keadaan semasa namun pihak pengurusan tertinggi berpandangan bahawa ia dapat dipertingkatkan lagi dengan mendapatkan komitmen bersepadu daripada pihak syarikat yang berurusan dengan TLDM. Inisiatif mewujudkan satu ikrar yang akan dibuat oleh syarikat dilihat sebagai satu usaha pro-aktif dalam mencegah kegiatan atau perlakuan rasuah di dalam TLDM. Ikrar ini dinamakan lkrar Integriti Korporat TLDM yang akan menggariskan lima lafaz ikrar berpaksikan kepada pencegahan rasuah. Inisiatif ini akan menyumbang kepada usaha memperkasakan lagi nilai integriti di kalangan semua pihak sama ada TLDM mahupun pihak syarikat agar lebih telus, efisien dan berintegriti. Aktiviti yang terlibat dalam proses ini adalah seperti berikut:
a. Pelaksanaan. Pemakaian lkrar lntegriti Korporat lkrar ini perlu diguna pakai bagi semua syarikat yang berurusan atau yang mempunyai hasrat untuk berurusan dengan TLDM. Keutamaan diberikan kepada syarikat yang tidak terlibat dengan kontrak kerajaan yang telah menandatangani Surat Akuan Janji Pembida atau Pembida Berjaya.
b. Liabiliti dan Nilai Keutamaan. lkar ini merupakan dokumen yang tidak mempunyai kesan ikatan liabiliti perundangan. Keengganan pihak syarikat untuk membuat ikrar ini atau pelanggaran kepada mana-mana lafaz ikrar tidak menjadi satu kesalahan. Dokumen ini juga tidak boleh dijadikan salah satu dokumen sebagai syarat wajib bagi sebarang permohonan pembekalan atau perkhidmatan yang dimohon oleh mana-mana syarikat.
Dengan menandatangani ikrar ini, syarikat tersebut hanya boleh diberikan keutamaan berbanding syarikat yarg tidak turut serta di dalam pelaksanaan inisiatif ini.
c. Tindakan Pemerintahan. Semua Markas Pemerintahan dan Markas Formasi telah memperkenalkan inisiatif ini kepada semua syarikat syarikat yang menjalankan urusniaga dengan TLDM. Saranan, galakan dan dorongan kepada syarikat-syarikat untuk melibatkan diri di dalam inisiatif ini akan mewujudkan suasana kerja yang bebas rasuah. Berikut adalah garis panduan di dalam pelaksanaan lnisiatif Ikrar lntegiti Korporat:
(1) Fasa Kesedaran. Sesi penerangan mengenai inisiatif llK dibuat kepada semua syarikat yang berurusan dengan Markas. Pihak TLDM akan memastikan mereka memahami bahawa lIK adalah bersesuaian dengan saranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan Coorperate Integrity Pledge (ClP) melalui Coorperate lntegrity System Malaysia (CISM). la juga adalah bertepatan dengan Tekad Ketiga Pelan lntegriti Nasional (PlN) iaitu meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggung jawab korporat. Sila dapatkan bantuan wakil SPRM negeri untuk sesi penerangan ini sebagai moderator atau pemudah cara.
(2) Fasa Lafaz Ikrar. Sesi lafaz ikrar ini dilaksanakan secara berasingan sama ada di markas ataupun di premis syarikat.
Pengurus atau wakil bermandat syarikat dikehendaki melafazkan kandungan llK dan menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan. Sesi ini dikoordinasikan oleh Pegawai Sidang markas dan disaksikan oleh wakil bermandat daripada markas berkaitan.
(3) Fasa Penyerahan Sijil lkrar Integriti Korporat. Acara ini dilakukan dalam sebarang majlis rasmi yang bersesuaian secara berkumpulan.
Jemputan terdiri daripada wakli SPRM dan perkhidmatan lain. Liputan media akan diaturkan dan acara ini akan diuar-uarkan secara meluas melalui media elektronik, sosial dan cetak.
(4) Fasa Dokumentasi. Salinan ikrar yang telah ditandatangani oleh kedua dua pihak akan dimajukan kepada Cawangan lntegriti Bahagian Inspektorat Jeneral, Mk TL. Senarai penerima sijil llK pula akan dimaklumkan kepada Bahagian Materiel dan Cawangan Undang-Undang, Mk TL untuk didaftarkan sebagai rekod dan untuk rujukan apabila diperlukan. Sebarang perubahan kepada senarai ini akan dimaklumkan dengan segera.
(5) Inisiatif ini diharapkan akan memperkukuhkan usaha TLDM bagi menambah baik lagi integriti dan tadbir urus di semua peringkat selain daripada memberi kesedaran serta peringatan kepada syarikat-syarikat yang berurusan dengan TLDM.
SIJIL IKRAR INTEGRITI KORPORAT
Bahawasanya kami, seluruh warga ... (Nama Syarikat & No Pendaftaran Syarikat)...dengan suci hati berikrar:
TIDAK AKAN melalui mana-mana pekerja atau perwakilan atau agen melakukan apa-apa kesalahan rasuah di bawah mana-mana undang-undang seperti Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan; DAN
TIDAK AKAN melakukan apa-apa bentuk amalan atau aktiviti perniagaan yang memerlukan atau menggalakkan pekerja-pekerja atau perwakilan atau agen untuk melakukan sesuatu kesalahan; DAN
BERSAMA-SAMA rakan perniagaan atau mana-mana institusi TLDM atau mana-mana warga TLDM untuk mewujudkan suasana perniagaan yang bebas dari rasuah; DAN
BERPEGANG TEGUH kepada prinsip-prinsip anti rasuah ketika melakukan perniagaan atau sebarang perhubungan sesama syarikat atau dengan mana-mana institusi atau warga TLDM; DAN
MELAPORKAN sebarang aktiviti atau perlakuan meminta atau menggalakkan rasuah atau sogokan oleh mana-mana warga TLDM.
Diikrarkan oleh: Disaksikan oleh:
Bagi pihak ( Nama Syarikat) Bagi pihak TLDM
... ...
(Nama Wakil Syarikat) (Pangkat dan Nama)
(Jawatan) (Jawatan)
Tarikh:
2008 NILAI-NILAI TERAS TLDM (Sumber: PA BRL 2)
Visi TLDM Angkatan Laut Yang Kredibel dan Versatil Menjelang 2030 Misi TLDM Melindungi Kedaulatan dan Kepentingan Maritim Negara Cogan Kata TLDM Sedia Berkorban
Nilai Teras TLDM Kemuliaan Kesetiaan Keberanian Kebanggaan