• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kritikan terhadap simpanan

Dalam dokumen Jalan Pintas ke Ilmu Ekonomi (Halaman 176-200)

Sejak zaman dahulu  pepatah bijaksana mengajar kita tentang kebaikan berhemat dan memberi amaran tentang akibat pemborosan dan pembaziran. Ungkapan bijaksana ini mencerminkan etika biasa dan juga pertimbangan berhemat manusia. Namun sentiasa ada yang boros dan sentiasa ada juruteori untuk merasionalkan pemborosan mereka.

Dalam menyangkal falasi pada zaman mereka, ahli ekonomi klasik telah menunjukkan dasar berhemat yang penting kepada individu juga penting untuk negara. Mereka menunjukkan bahawa penyimpan yang rasional, dalam menyediakan peruntukan masa depannya, tidak menjejaskan bahkan membantu keseluruhan komuniti. Namun kini kebijaksanaan lama untuk berbelanja hemat, dan pembelaannya oleh ahli ekonomi klasik sekali lagi diserang dengan alasan lain sementara doktrin bertentangan untuk berbelanja boros kini menjadi amalan.

Bagi menjelaskan isu asas ini, saya fikir kita tidak boleh berbuat dengan lebih baik kecuali memulakan contoh klasik yang digunakan oleh Bastiat. Mari kita bayangkan dua orang saudara, seorang kuat berbelanja dan seorang lagi cukup berhemat, setiap seorang mewarisi jumlah pendapatan sebanyak $50,000 setahun. Kita akan abaikan cukai pendapatan, dan persoalan sama ada kedua-dua mereka perlu bekerja untuk hidup atau menderma sebahagian pendapatan mereka untuk kebajikan kerana soalan ini tidak relevan untuk tujuan sekarang.

Alvin, anak pertama, kuat berbelanja. Dia bukan hanya berbelanja kerana memang sikapnya begitu, tetapi dia juga berbelanja kerana prinsipnya. Dia adalah pengikut Rodbertus yang telah mengisytiharkan pada pertengahan abad ke-19 bahawa kapitalis “mesti membelanjakan pendapatan mereka hingga habis untuk keselesaan dan kemewahan,” kerana jika “mahu menyimpan...barangan akan terkumpul, dan sebahagian buruh tidak mempunyai pekerjaan.”1 

Alvin selalu dilihat di kelab malam dan dia memberikan tip yang banyak; dia mengekalkan cara hidup mewah dengan sejumlah pembantu, mempunyai beberapa pemandu, dan sejumlah kereta yang tidak pernah digunakan; dia membeli padang lumba kuda, memiliki kapal layar, melancong, membeli isterinya banyak gelang berlian dan kot bulu; dia memberikan hadiah yang mahal dan tidak berguna kepada rakan-rakannya.

Untuk melakukan semua ini dia perlu menggunakan modalnya. Apa yang dikisahkan? Jika menyimpan adalah dosa, berbelanja mestilah kebijaksanaan; dan dalam mana-mana kes dia hanya akan menambah kemudaratan jika menyimpan seperti saudaranya Benjamin.

Tidak sukar mengatakan Alvin adalah kegemaran ramai gadis, pelayan bar, pengendali restoran, penjual kot, segala jenis barang mewah. Mereka menganggapnya sebagai seorang pemberi manfaat kepada orang ramai. Tentunya jelas kepada semua bahawa dia memberikan pekerjaan dan menyebarkan wangnya di merata tempat.

Jika dibandingkan, saudaranya Benjamin adalah kurang popular. Dia jarang kelihatan di kedai permata, kedai penjual kot bulu atau kelab malam, dan dia tidak menggunakan khidmat ketua pelayan. Alvin bukan sahaja berbelanja pendapatan penuhnya $50 ribu setahun tetapi juga mengambil modal lain yang ada, Benjamin hidup secara sederhana dan hanya berbelanja sebanyak $25 ribu. Jelas, seperti yang dapat dilihat melalui pandangan ramai, Benjamin menyediakan kurang daripada separuh pekerjaan berbanding Alvin, dan lebihan $25 ribu yang tidak digunakan dilihat tidak berguna seolah-olah ia tidak ada.

Jalan Pintas ke dalam Ilmu Ekonomi

Namun mari kita lihat apa yang sebenarnya dilakukan oleh Benjamin dengan baki wang $25 ribu. Dia tidak membiarkannya dalam dompet, atau laci, atau dalam peti simpanannya. Dia sama ada mendepositkan wang ini di bank atau melaburkannya. Jika dia meletakkannya dalam bank komersil atau simpanan, bank sama ada akan meminjamkannya kepada perniagaan lain bagi jangka masa singkat sebagai modal kerja, atau menggunakannya untuk mendapatkan perlindungan.

Dalam maksud lain Benjamin melaburkan wangnya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Namun ketika wang dilaburkan ia digunakan untuk membeli atau membina barangan modal - rumah-rumah, atau bangunan pejabat atau kilang atau kapal atau trak atau mesin. Mana-mana projek ini meletakkan wang yang sama banyak dalam edaran dan memberikan sama banyak pekerjaan jika dibandingkan dengan wang yang dibelanjakan terus untuk penggunaan.

Secara ringkasnya, “simpanan” dalam dunia moden hanyalah bentuk baru perbelanjaan. Bezanya ialah wang ini dialihkan kepada orang lain untuk dibelanja bagi meningkatkan pengeluaran. Setakat ini dalam soal memberi pekerjaan dan meletakkan wang dalam edaran, “simpanan” Benjamin yang dicampur dengan perbelanjaan memberikan nilai yang sama dengan perbelanjaan Alvin. Perbezaan utamanya ialah pekerjaan yang disediakan oleh Alvin boleh dilihat oleh sesiapa dengan satu mata; namun kita perlu berfikir seketika dan melihat dengan teliti untuk menyedari bahawa setiap dolar simpanan Benjamin turut memberikan pekerjaan yang sama banyak seperti setiap dolar yang dibelanjakan oleh Alvin.

Dua belas tahun berlalu. Alvin jatuh miskin. Dia tidak lagi kelihatan di kelab malam dan di kedai terkemuka; dan mereka yang dulu pernah dibelanjanya, kini mula berkata dia seorang yang bodoh. Dia menulis surat memohon bantuan daripada Benjamin. Benjamin yang terus dengan nisbah perbelanjaan yang sama dengan simpanan bukan hanya menyediakan lebih banyak kerja berbanding sebelumnya kerana pendapatannya melalui pelaburan telah meningkat tetapi melalui pelaburan itu juga dia membantu menyediakan pekerjaan yang bergaji lebih baik dan lebih produktif. Kekayaan modal dan pendapatannya lebih besar. Ringkasnya, dia telah menambah keupayaan pengeluaran negara; sementara Alvin tidak.

Banyak falasi berlaku tentang simpanan dalam tahun-tahun kebelakangan ini di mana ia tidak dapat dijawab dengan contoh tentang dua orang yang bersaudara ini. Adalah perlu untuk memberikan beberapa ruang tambahan lagi untuknya. Kebanyakannya berpunca daripada kekeliruan asas dan yang kelihatan luar biasa, khususnya ditemukan dalam kerja-kerja penulis ekonomi yang reputasinya besar. Sebagai contoh perkataan simpanan telah digunakan kadangkala untuk memaksudkan sorokan wang, dan kadang kala pula memaksudkan pelaburan, tanpa pemisahan yang jelas, berterusan kekal, antara dua penggunaan tersebut.

Berjimat tanpa tujuan, sekiranya berlaku secara tidak rasional dan pada skala yang besar, dalam kebanyakan situasi ekonomi adalah sesuatu yang merosakkan. Namun sorokan jenis ini sangat jarang berlaku. Sesuatu yang kelihatan seakannya tetapi perlu dibezakan daripadanya secara berhati-hati selalunya terjadi selepas kejatuhan dalam perniagaan mula dilihat. Perbelanjaan dan pelaburan bagi pemulihan berlaku dikontrakkan. Pengguna mengurangkan pembelian. Sesungguhnya antara sebab mereka berbuat demikian adalah kerana takut kehilangan kerja dan mereka berharap dapat menyelamatkan sumber yang ada: mereka mengkontrakkan pembelian bukan kerana berhasrat kurang membeli tetapi kerana mereka berharap dapat memastikan keupayaan mereka untuk membeli dapat dipanjangkan untuk satu tempoh lebih lama jika mereka kehilangan kerja nanti.

Namun pengguna mengurangkan pembelian mereka atas sebab lain. Harga barang mungkin telah jatuh dan mereka bimbang ia jatuh lebih teruk. Mereka percaya akan mendapat lebih daripada wang mereka sekiranya menangguhkan perbelanjaan. Mereka tidak berhasrat untuk memiliki sumber mereka dalam barangan yang nilainya akan jatuh, tetapi wang yang mereka jangka (secara relatif) meningkat dari segi nilai.

Jangkaan yang sama menghalang mereka daripada melabur. Mereka hilang keyakinan dalam keuntungan perniagaan; atau sekurang-kurangnya percaya sekiranya mereka menunggu beberapa bulan mereka boleh membeli stok atau bon dengan lebih murah. Kita mungkin berfikir mereka enggan memiliki barangan yang akan jatuh nilai semasa berada di tangan mereka, atau menyimpan wang itu sendiri untuk kenaikan.

Jalan Pintas ke dalam Ilmu Ekonomi

Adalah salah untuk memanggil keengganan sementara untuk membeli ini sebagai satu bentuk “simpanan.” Ia bukan daripada motif yang sama seperti simpanan biasa. Adalah kesilapan yang lebih serius untuk mengatakan “simpanan” jenis ini adalah punca kepada kegawatan. Ia adalah bertentangan dengan akibat kegawatan.

Adalah benar keengganan untuk membeli ini boleh memperhebatkan dan memanjangkan kegawatan. Pada masa berlakunya banyak campur tangan kerajaan dalam perniagaan, dan ketika perniagaan tidak tahu apa yang kerajaan akan lakukan nanti, ketidaktentuan berlaku. Keuntungan tidak dilaburkan semula. Firma dan individu membenarkan baki tunai terkumpul dalam bank mereka. Mereka membiarkan simpanan lebih besar berbanding kontingensi. Simpanan tunai ini mungkin kelihatan seperti punca kepada perlahannya aktiviti perniagaan. Namun, sebab sebenarnya ialah ketidaktentuan yang dilakukan oleh dasar kerajaan. Baki tunai yang banyak daripada firma dan individu hanyalah satu hubungan dalam rantaian yang berpunca daripada ketidaktentuan yang ada. Menyalahkan “simpanan besar” sebagai punca kejatuhan perniagaan adalah seperti menyalahkan kejatuhan harga epal bukan kepada pengutip tanaman tetapi kepada mereka yang enggan membayar lebih banyak untuk mendapatkan epal.

Bagaimanapun apabila seseorang telah memutuskan untuk mencemuh sesuatu amalan atau sesebuah institusi, sebarang hujah menentangnya meskipun sangat tidak logik akan dihitung sebagai cukup baik. Dikatakan banyak industri barangan pengguna dibuat atas jangkaan permintaan tertentu, dan jika sesiapa memutuskan untuk menyimpan maka mereka akan mengecewakan jangkaan ini dan memulakan kegawatan. Dakwaan ini sebenarnya bersandar pada kesilapan yang telah kita semak - iaitu melupakan bahawa apa yang disimpan dalam barangan pengguna dibelanjakan untuk barangan modal, dan “simpanan” ini tidak semestinya bermaksud penggunaan walaupun wang satu dolar dalam perbelanjaan penuh. Sebarang perubahan yang berlaku secara tiba-tiba mungkin tidak menyenangkan. Ia hanya menjadi tidak menyenangkan jika pengguna secara tiba-tiba menukar permintaan mereka daripada satu barangan

pengguna kepada yang lain. Ia akan menjadi lebih tidak menyenangkan jika mereka yang telah lama menyimpan tiba-tiba mengubah permintaan daripada barangan modal kepada barangan pengguna.

Masih ada tentangan lain dibuat terhadap simpanan. Ia dikatakan sebagai benar-benar bodoh. Abad ke-19 dicemuh kerana andaian doktrinnya yang tidak disaring bahawa simpanan seseorang sama seperti membuat kek yang besar dan lebih besar tanpa memakannya. Gambaran ini sendiri adalah naif dan kebudakan. Adalah lebih baik jika kita diberikan gambaran lebih realistik tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Mari kita gambarkan sebuah negara yang secara kolektifnya menjimatkan 20 peratus daripada pengeluarannya setiap tahun. Angka ini sebenarnya jumlah simpanan yang berlaku dalam sejarah di Amerika Syarikat,1 tetapi ia adalah lebih mudah ditunjukkan dengan angka bulat, dan bermanfaat kepada mereka yang ragu, dan percaya kita telah “terlebih menyimpan.”

Kini sebagai hasil simpanan dan pelaburan tahunan, jumlah pengeluaran tahunan negara akan meningkat setiap tahun. (Untuk mengasingkan masalah kita perlu mengabaikan kenaikan, kejatuhan dan perubahan lain seketika.) Mari kita andaikan kenaikan tahunan dalam pengeluaran ialah 2.5 mata peratus. (Mata peratus diambil dan bukan peratusan terkumpul hanya untuk memudahkan pengiraan.) Gambaran yang kita dapat untuk tempoh 11 tahun, katakan, akan memberikan sesuatu yang seperti ini dalam nombor indeks:

1 Sejarahnya 20 peratus akan mewakili kira-kira jumlah keluaran negara kasar yang dikhaskan setiap tahun bagi pembentukan modal (tidak termasuk peralatan pengguna). Apabila elaun diberi untuk penggunaan modal. Bagaimanapun, penjimatan bersih tahunan telah menghampiri 12 peratus. George Terborgh, The Bogey of Economic Maturity

(1945). Bagi tahun 1977 pelaburan domestik kasar swasta secara rasminya dianggarkan

Jalan Pintas ke dalam Ilmu Ekonomi

Tahun PengeluaranJumlah Pengeluaran Barangan Pengguna Pengeluaran Barangan Modal Pertama 100 80 20 Ke-dua 102.5 82 20.5 Ke-tiga 105 84 21 Ke-empat 107.5 86 21.5 Ke-lima 110 88 22 Ke-enam 112.5 90 22.5 Ke-tujuh 115 92 23 Ke-lapan 117.5 94 94 23.5 Kesembilan 120 96 24 Kesepuluh 122.5 98 24.5 Kesebelas 125 100 25

Perkara pertama yang perlu disedari tentang jadual ini ialah jumlah pengeluaran setiap tahun bertambah kerana simpanan, dan jumlah pengeluaran tidak akan bertambah tanpa simpanan ini. (Tidak mustahil untuk membayangkan kemajuan dan penemuan baru yang hanya menggantikan mesin dan barangan modal lain pada nilai yang sama boleh meningkatkan produktiviti nasional; bagaimanapun peningkatan ini sangat kecil jumlahnya dan hujah dalam sebarang kes menganggap pelaburan terdahulu telah cukup dibuat untuk jentera sedia ada.)

Penjimatan telah digunakan dari setahun ke setahun untuk meningkatkan kuantiti atau meningkatkan kualiti jentera sedia ada, serta untuk meningkatkan pengeluaran barangan. Adalah benar (atas sebab tertentu ia dianggap sebagai bantahan), terdapat lebih banyak kek setiap tahun. Adalah benar, setiap tahun tidak semua kek yang dihasilkan dimakan. Namun tidak ada kekangan yang tidak rasional dan kumulatif. Bagi setiap

tahun sebenarnya lebih banyak kek dimakan; hingga pada akhir tahun ke sebelas (dalam ilustrasi kita), kek pengguna tahunan sahaja sama dengan kek pengguna dan pengeluar pada tahun pertama. Tambahan pula, peralatan modal, keupayaan untuk mengeluarkan barangan, adalah 25 peratus lebih besar berbanding tahun pertama.

Mari kita perhatikan beberapa perkara lain. Hakikat bahawa pada setiap tahun 20 peratus pendapatan nasional disimpan sekurang-kurangnya tidak mengejutkan industri barangan pengguna. Jika dia menjual hanya 80 unit pengeluarannya dalam tahun pertama (dan tidak ada kenaikan harga disebabkan oleh permintaan yang tidak dapat dipenuhi) mereka pastinya tidak bodoh untuk membuat rancangan pengeluaran dengan andaian 100 unit kek mereka akan dijual pada tahun kedua. Dalam pengertian lain, industri barangan pengguna telah pun menjurus kepada andaian bahawa situasi masa lalu berkaitan kadar simpanan akan berterusan. Hanya tambahan simpanan yang banyak secara tiba-tiba dan tidak dijangka akan menggoyahkan mereka dan meninggalkan mereka dengan barangan yang tidak terjual.

Bagaimanapun kegoyahan yang sama, sebagaimana telah kita lihat, akan berlaku dalam industri barangan modal dengan penyusutan simpanan secara tiba-tiba dengan banyaknya. Jika wang yang sebelumnya telah digunakan untuk simpanan diguna untuk membeli barangan pengguna, ia tidak akan meningkatkan pekerjaan tetapi hanya mendorong kepada peningkatan dalam harga penggunaan barang dan menurunkan harga barangan modal. Kesan pertamanya dalam imbangan bersih ialah desakan peralihan dalam pekerjaan dan pertambahan pengangguran sementara oleh kesannya pada industri barangan modal. Kesan jangka masa panjangnya ialah pengurangan pengeluaran di bawah tahap yang sebaliknya telah dicapai.

Mereka yang memusuhi sikap berhemat menyatakan rasa tidak bersetuju. Mereka mula menggambarkan perbezaan yang cukup wajar, antara “simpanan” dan “pelaburan.” Kemudian mereka mula bercakap seolah-olah kedua-dua pembolehubah bebas dan seolah-olah persamaan satu sama lain selama ini berlaku tiba-tiba. Mereka yang menyatakan hal

Jalan Pintas ke dalam Ilmu Ekonomi

tersebut menggambarkan sesuatu yang luar biasa. Dari satu sisi mereka yang menyimpan secara automatik dengan bodohnya terus menyimpan tanpa tujuan; di sisi lain ialah “peluang pelaburan” terhad yang tidak boleh menyerap simpanan ini. Malangnya kesannya tidak berkembang. Mereka mengisytiharkan penyelesaian tunggal baginya ialah untuk kerajaan merampas simpanan yang bodoh dan berbahaya ini dan mengadakan projek-projeknya sendiri meskipun ini hanyalah parit atau piramid yang tidak diperlukan, agar wang digunakan dan peluang pekerjaan disediakan.

Terdapat banyak kepalsuan dalam gambaran dan “penyelesaian” ini namun kami hanya dapat menunjukkan beberapa falasi yang utama di sini. Simpanan boleh mencapai pelaburan hanya dengan jumlah yang sebenarnya disimpan dalam tunai.1 Beberapa orang dalam komuniti industri moden pada masa ini menyimpan duit syiling dan bil-bil dalam stokin atau di bawah tilam. Pada tahap kecil di mana hal ini berlaku tertunjuk dalam rancangan pengeluaran perniagaan dan aras harga. Ia bukan lazim atau kumulatif: tidak disimpan, pada waktu si penyimpan mati dan simpanannyanya ditemukan dan hilang, ia mungkin mengimbangi nilai simpanan baru. Sebenarnya, keseluruhan jumlah yang terbabit mungkin tidak penting dalam kesannya terhadap aktiviti perniagaan.

Jika wang disimpan sama ada dalam bank simpanan atau komersil, sebagaimana telah kita lihat, bank tidak sabar untuk meminjamkannya atau melaburkannya. Mereka tidak dapat menerima situasi adanya wang yang tidak digunakan. Satu perkara yang menyebabkan orang secara umumnya cuba meningkatkan pegangan tunai mereka, atau akan menyebabkan bank menahan wang daripada digunakan atau hilang kepentingan terhadapnya, ialah kerisauan kejatuhan harga barang atau takut bank akan mengambil risiko yang terlalu besar dengan wang mereka. Ini bermaksud tanda kegawatan telah mula kelihatan, dan menyebabkan berlakunya simpanan tetapi bukan simpanan yang memulakan kegawatan.

1 Banyak perbezaan antara ahli ekonomi dalam pelbagai pandangan yang dinyatakan mengenai perkara ini kini adalah semata-mata perbezaan dalam definisi. Simpanan dan pelaburan mungkin ditakrifkan sebagai sama, oleh itu semestinya sama. Di sini saya memilih untuk mentakrifkan simpanan dalam pengertian wang dan pelaburan dalam pengertian barangan. Ini umumnya selaras dengan penggunaan biasa perkataan yang bagaimanapun tidak konsisten.

Selain simpanan tunai yang boleh diabaikan ini, seterusnya (malah pengecualian ini mungkin difikirkan sebagai “pelaburan” langsung dalam wang itu sendiri) “simpanan” dan “pelaburan” dibawa kepada persamaan (equilibrium) antara satu sama lain sebagaimana penawaran dan permintaan untuk sebarang komoditi dibawa ke dalam persamaan. Kita akan mentakrifkan simpanan dan pelaburan sebagai bentuk permintaan dan penawaran modal baru. Sebagaimana penawaran dan permintaan untuk sebarang komoditi disamakan oleh harga, maka penawaran dan permintaan untuk modal disamakan oleh kadar faedah. Kadar faedah hanyalah nama khas bagi harga pinjaman modal. Ia adalah harga seperti yang lain.

Keseluruhan subjek ini kelihatan begitu mengelirukan dalam tahun-tahun kebelakangan ini disebabkan oleh sejumlah ahli falsafah yang rumit dan dijadikan asas dasar kerajaan yang buruk di mana seseorang boleh putus asas untuk menggunakan akal dan sikap waras mengenainya.

Ada kebimbangan besar pada kadar faedah “yang tinggi”. Hujah yang dikemukakan ialah jika kadar faedah terlalu tinggi adalah tidak menguntungkan bagi industri untuk meminjam dan melabur pinjaman ini ke dalam kilang dan jentera baru. Hujah ini begitu berkesan sehingga kerajaan di mana-mana pun dalam dekad terkebelakang ini meneruskan dasar “wang murah” buat-buatan (artificial cheap money policy). Namun hujah, dalam kaitan peningkatan permintaan untuk modal, yang diberikan melepas pandang kesan dasar ini terhadap bekalan modal. Ia adalah satu lagi contoh falasi yang hanya melihat kesan dasar tertentu kepada satu kumpulan tertentu dan melupakan kesannya kepada yang lain.

Jika kadar faedah secara buatan dikekalkan terlalu rendah dalam hubungannya dengan risiko, ia akan menyebabkan penyusutan dalam simpanan dan pemberian pinjaman. Pemuka “wang murah” percaya bahawa simpanan akan terus disimpan secara automatik, terlepas berapa pun kadar faedah yang ditetapkan, kerana orang kaya yang puas tidak ada tujuan lain dalam penggunaan wang mereka. Mereka seterusnya memberitahu kita

Jalan Pintas ke dalam Ilmu Ekonomi

dengan tepat apakah jumlah kadar minimum tahap pendapatan sendiri yang disimpan seseorang terlepas apa juga kadar faedah atau risiko untuk meminjamkan wang tersebut.

Sebenarnya, meskipun meskipun perubahan kadar faedah diragui akan memberi kesan lebih rendah kepada jumlah simpanan mereka yang sangat kaya berbanding mereka yang sederhana kaya, secara praktikalnya simpanan semua pihak akan terkesan pada tahap tertentu. Untuk berhujah dengan asas contoh yang melampau, jumlah simpanan sebenar tidak akan dikurangkan oleh pengurangan besar kadar faedah adalah seperti berhujah jumlah pengeluaran gula tidak akan berkurangan dengan kejatuhan besar harganya kerana pengeluar yang cekap dan menggunakan kos yang rendah akan tetap menaikkan pengeluaran sebanyak sebelumnya. Hujah ini tidak melihat kepada penyimpan kecil, iaitu jumlah penyimpan teramai.

Kesan memastikan kadar faedah rendah secara buatan sebenarnya sama seperti memastikan sebarang harga lain lebih rendah daripada apa yang berlaku dalam pasaran bebas. Ia meningkatkan permintaan dan mengurangkan penawaran. Ia menyebabkan herotan ekonomi. Adalah benar bahawa pengurangan buatan dalam kadar faedah menggalakkan peningkatan pinjaman. Sebenarnya dalam kecenderungan menggalakkan usaha yang sangat spekulatif, yang tidak boleh diteruskan kecuali di bawah situasi buatan yang membolehkan ini berlaku. Dari segi penawaran, pengurangan kadar faedah secara buatan tidak menggalakkan sikap berhemat, menyimpan dan melabur yang biasa. Modal yang dikumpul berkurangan. Ia menyebabkan kekurangan perbandingan (comparative shortage) dalam modal sebenar.

Memang, kadar wang boleh dipastikan rendah secara buatan hanya dengan suntikan baru mata wang atau hutang bank secara berterusan di tempat simpanan sebenar. Ini akan mewujudkan ilusi pertambahan modal seolah-olah seperti tambahan air yang mewujudkan ilusi lebih banyak susu. Ia adalah dasar untuk meneruskan inflasi. Ia adalah proses yang melibatkan bahaya terkumpul. Kadar wang akan meningkat dan krisis akan dibina jika inflasi diterbalikkan, atau hanya dihentikan, atau mungkin berterusan pada kadar yang berkurangan.

Adalah jelas sementara suntikan baru mata wang atau kredit bank boleh pada awalnya, dan secara sementara, menyebabkan kadar faedah yang rendah, pengekalan dalam cara ini akhirnya akan meningkatkan kadar faedah. Ia berlaku kerana suntikan wang baru cenderung untuk mengurangkan kuasa beli wang. Pemberi pinjaman akan menyedari bahawa kuasa beli wang yang dipinjamkan hari ini akan berkurangan setahun daripada sekarang selepas mereka mendapatkan kembali wang yang telah dipinjamkan ini. Oleh itu bagi kadar faedah biasa mereka menambah satu

Dalam dokumen Jalan Pintas ke Ilmu Ekonomi (Halaman 176-200)