• Tidak ada hasil yang ditemukan

27 ini kurang berkeyakinan untuk bersaing sesama rakan apatah lagi dengan rakan dari

sekolah lain.

Guru-guru kebanyakannya terdiri dari guru-guru muda yang perlu disuntik dengan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan PdPc mereka. PdPc berlaku lebih secara biasa sahaja dan penggunaan ICT sangat kurang. Ini disebabkan oleh masalah kelajuan Internet dan banyak komputer di sekolah yang telah sampai hayat.

Dengan kedudukan sekolah di tengah-tengah bandar sudah pasti di kelilingi oleh badan-badan korporat dan pasaraya yang besar. Sekolah Kebangsaan Jelutong telah menggunakan peluang ini dengan berusaha menjalin hubungan baik dengan badan-badan korparat dan agensi luar yang berada di sekitar sekolah. Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan diterima oleh murid sekolah ini dalam bentuk pakaian dan wang persekolahan. Mulai tahun 2017 pihak sekolah telah berusaha mendapatkan sumbangan dari Tenaga Nasional Berhad bagi membantu dalam melaksanakan program-program yang menjurus kearah kemenjadian murid dan penghasilan guru yang berkualiti.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik

a) Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan sebuah sekolah di tengah-tengah bandar tetapi murid-muridnya tidak seperti yang dijangkakan. Pemimpin sekolah ini telah mengenalpasti kecenderungan murid dalam mencari ilmu tidak kesampaian akibat dari kesibukan ibu bapa mencari nafkah dan murid kurang mendapat perhatian di rumah. Keyakinan diri dalam kalangan murid juga sangat rendah walaupun mereka berpotensi untuk maju diri.

b) Guru-guru perlu dibantu dalam meningkatkan kualiti PdPc mereka. Guru masih mengamalkan pengajaran secara analog. Walaupun guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menggunakan PAK21 tetapi tidak begitu memberangsangkan. Guru-guru perlu dibimbing bagi meningkatkan corak pengajaran yang lebih kreatif dan efektif.

c) Kepakaran dan kemampuan dalam kalangan guru di sekolah ini yang terdiri daripada pemeriksa kertas mata pelajaran teras, guru yang mahir dalam sukan dan guru-guru yang berpengaruh dalam masyarakat tidak ditonjolkan sepenuhnya.

28

Analisis Keperluan Projek

Dengan dana yang diperoleh dari TNB, pihak sekolah telah menyediakan perancangan yang menyeluruh seperti lawatan, progam peningkatan prestasi, kursus kepimpinan dalam kalangan murid dan program sentuhan rohani.

Guru-guru telah diberi kursus PAK21- Cooperative Learning dimana pihak TNB telah membiayai sepenuhnya bersama dengan RITE Consultant. Kursus ini pada mulanya dikendalikan kepada pemimpin sekolah dan seterusnya kepada Ketua Panitia dan guru-guru lain. Cooperative Learning telah menjadi amalan di Sekolah Kebangsaan Jelutong. Keadaan fizikal bilik darjah telah bertukar wajah. Pembelajaran berpusatkan murid dipraktikkan dan hasil murid dipamerkan.

Objektif Projek

a) 30 peratus murid-murid tahap dua dapat mewakili sekolah dalam pelbagai peringkat merangkumi aspek Kurikulum, Kokurikulum dan Aktiviti HEM dalam masa setahun. b) 85 peratus guru dapat mempelbagaikan struktur PAK 21 dalam PdPc mereka. c) Menjalin hubungan dengan komuniti dan pihak luar secara berterusan.

Inisiatif Projek

Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Pihak luar yang terlibat dalam usaha kolaboratif SK Jelutong adalah Tenaga Nasional Berhad, Research Innovative Transform Empower Education (RITE) Consultant, dan PINTAR FOUNDATION.

Proses awal adalah melalui surat cadangan yang dimohon oleh pihak sekolah pada akhir tahun 2016 kepada Tenaga Nasional yang berhampiran dengan sekolah iaitu Stesen Jana Elektrik Gelugor yang terletak 5 km dari sekolah. Kehadiran Pengurus Besar TNB ke sekolah telah memberi peluang kepada pemimpin sekolah menguatkan lagi permohonan dengan pembentangan isu-isu sekolah serta menyampaikan hasrat sekolah dalam meningkatkan prestasi murid. TNB Pulau Pinang telah mencadangkan nama SK Jelutong ke peringkat lebih tinggi di Kuala Lumpur. Dengan kekuatan yang telah diberikan oleh pihak sekolah, SK Jelutong telah dipilih menerima sumbangan selama tiga tahun dari 2017 hingga 2019.

29

Pelaksanaan Projek

Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan Sekolah Angkat Tenaga Nasional Berhad di bawah Program Pintar sejak tahun 2017 hingga 2019. Pelbagai bentuk sumbangan telah diberikan kepada sekolah terutamanya dalam meningkatkan prestasi murid. Sekolah dikehendaki menentukan perancangan yang rapi dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan memfokuskan kepada kemenjadian murid.

Pada awal tahun 2017 satu perjumpaan telah diadakan bersama Pemimpin Sekolah dengan PINTAR FOUNDATION. Agensi ini telah mengenalkan para pemimpin sekolah dengan RITE Consultant yang memberi tunjuk ajar struktur Cooperative Learning iaitu Pembelajaran Abad Ke-21. Pada peringkat awalnya hanya pemimpin sekolah sahaja dipanggil untuk bengkel tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh PINTAR FOUNDATION.

Sekolah Kebangsaan Jelutong amat bertuah kerana pihak TNB menaja RITE Consultant meneruskan bengkel bersama guru daripada sekolah-sekolah dibawah tajaan mereka. Beberapa orang guru terdiri daripada Ketua-Ketua Panitia telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menjalani bengkel Khas Cooperative Learning.

Setelah kembali di sekolah, pemimpin sekolah dan guru-guru ini memberi latihan kepada semua guru tentang makluamat yang dipelajari bersama Fasilitator RITE Consultant. Fasilitator RITE Consultant telah hadir beberapa kali ke sekolah bagi memantau perlaksanaan Cooperative Learning dan memberi bimbingan susulan.

Pencapaian Projek

a) Sekolah mempunyai satu kumpulan penggerak yang mampu memberi tunjuk ajar kepada guru-guru di sekolah sendiri ataupun sekolah lain dengan diketuai oleh Pentadbir Sekolah.

b) Sekolah Kebangsaan Jelutong telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut untuk berkongsi bersama dengan Pengetua dan Guru Besar Tawau melalui Video Conference di mana salah seorang guru sekolah ini telah menjalani PdPc secara Cooperative Learning. Selepas ini maklumbalas yang diterima adalah sangat baik dan mendapat pujian daripada PGB Tawau juga dari PPD Timur Laut.

c) Guru mampu menunjuk ajar Cooperative Learning dalam PdPc kepada guru-guru Korea yang berada di Sekolah Kebangsaan Jelutong selama tiga bulan dibawah “Korea-Malaysia Teacher Excharge Programme” (KOMTEP).

30

Dokumen terkait