• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR"

Copied!
122
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

KOMPILASI AMALAN TERBAIK

PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

2018

(3)
(4)

KOMPILASI AMALAN TERBAIK

PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

2018

Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

06000 Jitra

Kedah Darul Aman

(5)

iv

Diterbitkan oleh:

Unit Penerbitan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia

Tel: 06-7979200 Faks: 06-7979300

Hak Cipta Terpelihara @ 2018 Institut Aminuddin Baki

Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin

bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semua bahan ini telah dikumpulkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Zon Utara, Semenanjung Malaysia oleh Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti, Institut Aminuddin Baki Cawangan

Utara, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan Dalam Penerbitan

ISBN 978-967-0504__

Penerbitan eBook Pertama 2018

Iab.moe.edu.my

(6)

v

Kata Alu-Aluan vi

Dari Meja Ketua Editor vii

Sidang Editor viii

Senarai Penulis Laporan Amalan Terbaik ix

Konsep Pendokumentasian Kompilasi x

Tema Kurikulum

Projek 1: Green Generation 1

Projek 2: Menggapai UPSR Gemilang SKTJ 12

Projek 3: Persidangan Video Sinnam Elementary School Busan, Korea 21

Projek 4: Hubungan Luar Pemacu Kualiti Guru 26

Tema Kokurikulum

Projek 5: Team Pilot Drone SKMS 37

Projek 6: Pengkomposan Keyhole Garden 43

Tema Hal Ehwal Murid

Projek 7: Sekolahku Indah 53

Projek 8: Jejak Ilmu 62

Projek 9: PIBK Unggul Memperkasa Sekolah: “Sekolah Siapa, Anak Buah Siapa” 72

Tema Persekitaran Fizikal

Projek 10: 1 Kelas 1 Lanskap 89

(7)

vi

2018

KOMPILASI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

Kata Alu-Aluan

Dan Salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin-Nya, Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar 2018 telah berjaya diterbitkan bagi kali pertama oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti yang diterajui oleh Dr. Premavathy a/p Ponnusamy selaku Ketua Jabatan yang telah memberikan komitmen yang tinggi untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Adalah diharapkan agar penerbitan buku yang menghimpunkan projek-projek amalan pengurusan perhubungan luar ini dapat dimanfaatkan sebagai pencetus idea dan rujukan dalam bidang pengurusan perhubungan luar kepada pemimpin sekolah.

Sesungguhnya penglibatan pihak luar sama ada ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan mahupun swasta amat bermakna untuk merealisasikan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah mentransformasi sekolah-sekolah daripada berorientasikan sistem sekolah-sekolah kepada sistem pembelajaran. Sekolah yang berorientasikan sistem pembelajaran menekankan hubungan pemuafakatan pintar antara sekolah dengan pihak luar demi melonjakkan kecemerlangan sekolah sebagai institusi pendidikan yang bermakna kepada generasi akan datang. Oleh itu, usaha mendokumentasikan perkongsian amalan terbaik pengurusan perhubungan luar ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin.

Penghargaan juga dirakamkan kepada semua penulis laporan yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam menghasilkan penulisan laporan amalan projek sekolah yang melibatkan pengurusan perhubungan luar. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya dan diharapkan agar buku kompilasi ini dapat memberi manfaat kepada para pemimpin sekolah serta beroleh rahmat Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Haji Joohari bin Ariffin, PhD.

Pengarah

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Kementerian Pendidikan Malaysia

(8)

vii

Penerbitan buku Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar Bilangan 1 yang julung kali dilaksanakan ini merupakan suatu usaha merealisasikan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Buku terbitan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) ini mengandungi koleksi projek yang telah dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di zon utara Semenanjung Malaysia. Projek-projek yang dimuatkan di dalam buku ini bertujuan untuk menjadi rujukan dan pencetus idea kepada pemimpin-pemimpin sekolah untuk melaksanakan projek-projek seumpamanya yang menekankan usaha kolaboratif atau pemuafakatan pintar sekolah dengan pihak luar di sekolah masing-masing.

Projek-projek yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil usaha pihak sekolah dalam menyelesaikan dan menangani pelbagai isu yang dihadapi dengan bantuan dan sokongan pihak luar. Pemuafakatan pintar yang terjalin antara sekolah dengan pihak luar merangkumi sama ada sumbangan kewangan, tenaga mahupun kepakaran. Melalui buku ini juga, pemimpin pendidikan berpeluang mengetahui usaha pemuafakatan di sekolah-sekolah yang telah berjaya membawa kecemerlangan dalam usaha menambahbaik kualiti sekolah masing-masing. Pengalaman yang dikongsi akan membantu memantapkan kerjasama antara sekolah dengan pihak luar bagi meningkatkan keberhasilan pembelajaran bermakna bagi murid. Pemimpin pendidikan hendaklah lebih proaktif, kreatif dan berinovatif untuk memacu lebih banyak penglibatan dan kebertanggungjawaban pihak luar dalam pendidikan generasi akan datang. Penglibatan semua pihak dalam memastikan murid-murid dapat belajar dengan bermakna merupakan usaha murni yang membawa keberkatan dan menghasilkan warga negara yang berdaya maju.

Akhir kata, pihak Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti (JAPK) IABCU mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar, penolong kanan, ketua panitia dan guru-guru yang turut sama berusaha gigih menyumbang penulisan laporan projek amalan terbaik pengurusan perhubungan luar ini untuk tujuan perkongsian. Pihak JAPK IABCU juga berharap agar buku kompilasi ini dapat membantu pemimpin sekolah merealisasikan satu bidang pengurusan dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM, 2006) iaitu bidang Pengurusan Perhubungan Luar.

Premavathy Ponnusamy, PhD.

Ketua Jabatan

Jabatan Asas Pendidikan dan Komuniti Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

(9)

viii

Sidang Editor

Kompilasi Amalan Terbaik Pengurusan Perhubungan Luar

PENAUNG Puan Mistirine binti Radin Timbalan Pengarah Khidmat Latihan

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

Encik Mazlan bin Shamsudin Timbalan Pengarah Khidmat Profesional

Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia

PENASIHAT Dr. Haji Joohari bin Ariffin

Pengarah Cawangan

Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Encik Abdullah bin Hassan Timbalan Pengarah Cawangan Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

KETUA EDITOR Dr. Premavathy a/p Ponnusamy

SIDANG EDITOR Tuan Haji Syed Putra bin Syed Ali

Puan Adz Jamros binti Jamali

REKAAN GRAFIK Puan Adz Jamros binti Jamali

(10)

ix

Penulis Jawatan Organisasi

Mohd Nazri bin Ali

Khairul Rizam bin Abu Seman Amirah Fahira binti Zakaria Mareena binti Muhamad Salleh

Wan Aisyah Husna binti Wan Ahmad Hilmi Syarimazni binti Mohd Razali

Ketua Panitia RBT Guru Guru Guru Guru Guru SK Mohd Shah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Roslina binti Rasli Guru Besar SK Taman Jelutong, Kulim, Kedah Khairul Ekmal bin Roselee Ketua Panitia SK Mohd Shah,

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Wan Aznita binti Wan Salim Ketua Panitia Sains SK Toh Puan Sharifah

Hanifah,

Kuala Nerang, Kedah

Rafieh binti Yob Guru Besar SK Penghulu Jusoh,

Pendang, Kedah Tan Ko Leong

Lee Ee Ee Toh Ming Jie Lim Bee Hoon Tan Xin Yu Guru Besar PK Pentadbiran PK Kokurikulum Guru Guru SJK (C) Jelutong,

Pulau Pinang

Leong Sook Luan

Teoh Teik Yong Guru Besar Guru SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong, Pulau Pinang. Leong Sook Luan

Nurul Asni Azreena Kee binti Abdullah

Guru Besar Guru

SJK (C) Kwang Hwa, Sg. Nibong,

Pulau Pinang. Hadibah binti Hashim

Norhuzaira binti Hussin Salina binti Saad

Guru Besar Guru Guru

SK Jelutong, Pulau Pinang

(11)

x

Konsep Pendokumentasian Kompilasi

Tujuan

Dokumen ini bertujuan menyebarluaskan dan berkongsi amalan terbaik tentang pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar serta menjadi bahan rujukan kepada pemimpin sekolah.

Latar Belakang

Ekosistem Pembelajaran Abad Ke-21 telah mengubah konsep pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sistem pembelajaran mengakui bahawa pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah malah dalam komuniti. Sekolah hendaklah menyediakan persekitaran yang kondusif untuk jalinan hubungan kerja positif antara sekolah dengan ibu bapa dan komuniti. Justeru, sekolah menggalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut. Walaupun sektor swasta tidak dapat menggantikan sektor awam, sektor swasta boleh bertindak sebagai penyumbang tambahan bagi menambah baik inisiatif awam dan menggerakkan penyampaian perkhidmatan supaya lebih cekap termasuk dalam bidang kebitaraan. Seperti yang diperaku dalam NKRA, kerjasama erat sektor awam dan swasta jika dilaksanakan dengan betul boleh mempercepatkan perkhidmatan penyampaian dan membawa kepada pertambahan kewangan untuk sektor pendidikan di samping memperluas akses yang sama dan meningkatkan keberhasilan pembelajaran. Ini bertepatan dengan hasrat Gelombang Ke-2 dalam PPPM iaitu peluasan penglibatan ibu bapa dan swasta.

Asas Pertimbangan

Dari semasa ke semasa Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara sentiasa berusaha untuk menyampaikan sesi latihan berkualiti kepada pemimpin sekolah. Pensyarah IABCU juga terlibat dalam sesi lawatan tindak ikut dan tindak susul program yang melibatkan perhubungan luar di sekolah seperti program CPD PPPM Perhubungan Luar Pemimpin Sekolah (PerLu). Dapatan sesi tersebut membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin sekolah mempunyai kreativiti tersendiri dalam melaksanakan aktiviti penambahbaikan sekolah yang menggabungjalinkan usaha kolaboratif bersama pihak luar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Pelbagai strategi dan usaha kreatif terserlah sewaktu

(12)

xi

terhasil daripada pengetahuan, kemahiran dan pengalaman tersebut. Maka idea untuk mendokumentasikan amalan-amalan tersebut muncul dengan memberi laluan kepada pemimpin sekolah berkongsi amalan terbaik masing-masing. Selain itu, matlamat projek ini adalah untuk mendokumentasikan amalan terbaik dalam pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar bagi tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional warga pemimpin sekolah dalam bidang tersebut. Pendokumentasian amalan terbaik dalam bidang Pengurusan Perhubungan Luar dapat dijadikan penyuluh jalan atau sebagai rujukan dan panduan dalam kalangan pemimpin sekolah bagi membantu mereka sama ada dengan mengaplikasikan amalan yang sama atau memperoleh idea bagi merancang penambahbaikan sekolah masing-masing melalui usaha kolaboratif dengan pihak luar.

Kesimpulan

Pendokumentasian kompilasi amalan terbaik pengurusan perhubungan sekolah dengan pihak luar ini merupakan satu wadah bagi pemimpin-pemimpin sekolah membuat rujukan. Adalah diharapkan agar pendokumentasian ini mampu membantu mereka merancang, mengelola, memimpin dan mengawal aktiviti penambahbaikan sekolah secara kolaboratif bersama pihak luar dan seterusnya memberi kesan positif terhadap pernbelajaran murid. Sehubungan itu, IABCU diharapkan dapat membantu organisasi pendidikan untuk merealisasikan hasrat PPPM dalam Gelombang Ke-2.

(13)

1

Projek 1

GREEN GENERATION

Mohd Nazri bin Ali Khairul Rizam bin Abu Seman

Amirah Fahira binti Zakaria Mareena binti Muhamad Salleh Wan Aisyah Husna binti Wan Ahmad Hilmi

Syarimazni binti Mohd Razali SK Mohd Shah

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Bidang Fokus

Pelaksanaan Projek Green Generation merupakan usaha yang berterusan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dan guru terhadap penguasaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, pembelajaran abad ke 21, pembelajaran STEM dan pembelajaran kefahaman melalui rekabentuk (KmR).

Pengenalan Projek

Sektor pertanian adalah antara sektor penting yang mendapat tumpuan di dalam perdagangan dunia. Hal ini kerana, produktiviti di dalam hasil pertanian merupakan sumber bahan mentah dan makanan utama kepada masyarakat di dunia. Sebagai tambahan, kebolehan sesebuah negara memajukan sektor pertanian di dalam negara tersebut menunjukkan keupayaan negara tersebut untuk membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyat.

Pembabitan golongan muda di dalam bidang ini adalah digalakkan. Golongan muda diharap untuk menjadikan bidang ini sebagai satu kerjaya agar dapat merangsang sektor pertanian ke arah yang lebih dinamik. Golongan muda yang produktif, kreatif, imaginatif serta mempunyai daya saing tinggi amat diharapkan di dalam komuniti tani negara Malaysia. Namun begitu, kajian telah menunjukkan bahawa golongan muda seperti pelajar kurang berminat terhadap pertanian terutama di dalam aspek penanaman sayur-sayuran. Pelajar tidak menanamkan impian untuk menjadi seorang petani kerana persepsi mereka yang masih menganggap bidang pertanian adalah susah, mundur dan tidak membawa keuntungan berbanding dengan sektor yang lain.

Tem

a

Kurik

ulu

(14)

2

Berdasarkan keputusan peperiksaan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, tidak ramai pelajar SK Mohd Shah yang dapat menjawab soalan yang berunsurkan pertanian dengan cemerlang terutama di dalam tajuk Teknologi Pertanian, tahun lima. Pendedahan terhadap bidang pertanian yang kurang menyebabkan pelajar RBT tidak mendapat pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi.

Isu yang Dikenal Pasti dan Perlu Ditambahbaik

Sekolah Kebangsaan Mohd Shah (SKMS) mempunyai kawasan tanah yang terbiar. Sekiranya tanah ini diusahakan dengan bercucuk-tanam, sudah tentu hasil keluaran tanaman tersebut dapat menampung dana Panitia Reka Bentuk dan Teknologi selain memberi pengalaman yang bermakna buat murid-murid. Menyedari akan keperluan sebenar pelajar Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) SKMS, guru praktikum serta guru mata pelajaran RBT telah berbincang untuk melaksanakan projek ini dengan kerjasama dan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang. Hasil tanaman akan dijual kepada warga sekolah bagi mendapatkan pulangan hasil yang menguntungkan.

Analisis Keperluan Projek

Projek ini dijalankan untuk menambahbaik landskap sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih nyaman dan kondusif. Selain itu, kaedah penanaman terbaharu secara fertigasi juga telah diperkenalkan. Hasilnya diharap dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan mengenai tumbuh-tumbuhan dalam kalangan guru dan murid untuk mengenali pelbagai jenis tanaman serta menghubungkaitkannya dengan pembelajaran. Dengan kewujudan projek ini, ia akan membantu khasnya guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), amnya guru-guru lain dalam pengajaran dan pembelajaran. Projek ini diharapkan berupaya menambah minat dan kemahiran murid di SKMS.

Matlamat Projek

Pada akhir projek ini, beberapa matlamat telah disasarkan.

i. Penambahbaikan landskap sekolah menggunakan kaedah fertigasi dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengenali teknologi baharu dalam bidang pertanian.

(15)

3

ii. 90 % murid dapat meningkatkan tahap kesedaran ke arah pemuliharaan alam sekitar selain memberi peluang kepada murid mempelajari kaedah amali penanaman dan penjagaan pokok yang terkini

iii. Murid boleh meningkatkan ilmu terkini tentang pertanian

iv. Murid dapat mempraktikkan pertanian dalam kehidupan seharian mereka dan menanam semangat kecintaan terhadap alam semula jadi.

v. Tempoh masa selama setahun digunakan untuk murid melihat perkembangan tumbuh – tumbuhan dan mempelajari sesuatu tentang perubahan yang berlaku.

Inisiatif Projek

Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Projek ini telah membawa SKMS berkolaboratif bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang khususnya Unit Holtikultur. Kolaboratif ini dipilih kerana matlamat projek yang lebih menjurus kepada tanaman dan Jabatan Pertanian adalah agensi yang paling tepat untuk dirujuk. Selain itu, Jabatan Pertanian juga menyuarakan hasrat untuk memberikan khidmat sosial korporat kepada sekolah sekiranya berkelapangan dan menepati objektif khidmat sosial mereka.

Pada peringkat permulaan, pihak sekolah menghubungi Jabatan Pertanian melalui telefon kemudian disusuli pula dengan kertas kerja projek sebagai usaha membina jalinan hubungan rasmi di samping memberi gambaran yang lebih menyeluruh tentang projek. Ketika menghantar kertas kerja yang telah ditandatangani Guru Besar, Encik. Azmar bin Yahaya, rombongan dari pihak sekolah seramai 4 orang juga dibawa melawat tapak pertanian oleh Unit Holtikultur. Sesi perbincangan yang diadakan untuk mendapat gambaran awal tentang pelaksaan projek di SK Mohd Shah.

Pada tarikh 13 September 2018, seramai 6 orang pegawai dari Jabatan Pertanian meluangkan masa melawat SK Mohd Shah untuk melihat sendiri tapak projek fertigasi. Di samping itu, satu perbincangan kecil telah dilakukan di Balai Anjung Ilmu. Pihak sekolah menyatakan hasrat untuk mendapatkan satu set mini stand fertigasi yang boleh diguna pakai untuk menyokong pembelajaran. Perbincangan juga bertujuan untuk menetapkan beberapa perkara seperti tarikh pemasangan yang akan dijalankan dan jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan oleh Jabatan Pertanian.

Tempoh yang diambil untuk membina jaringan adalah selama 10 hari iaitu dari 3 hingga 13 September 2018.

(16)

4

Projek Green Generation terbahagi kepada dua bahagian iaitu Projek Fertigasi dan juga Projek Landskap Sekolah. Bagi Projek Fertigasi Jabatan Pertanian bersetuju untuk membekalkan satu set mini stand fertigasi.

Projek landskap pula terbahagi kepada tiga bahagian yang khusus kepada tumbuhan tertentu iaitu tumbuhan berbunga, tumbuhan herba dan bunga ros Jepun (digantung). Pada peringkat permulaan, inisiatif untuk mengumpul bunga adalah dengan membuat hebahan “Satu Guru, Satu Pokok, Satu Pasu”. Guru-guru SK Mohd Shah memberikan sokongan yang baik melalui kerjasama mereka membawa sepasu pokok sebagai sumbangan untuk menyokong pelaksanaan projek. Selain itu, ada juga yang menyumbang dari segi kewangan kerana tidak berkesempatan untuk ke nurseri. Justeru, mereka mengamanahkan guru pelatih memilih sendiri tumbuhan yang belum ada untuk diletakkan di kawasan landskap. Pihak Jabatan Pertanian juga turut menyumbangkan sejumlah pokok antaranya bunga ros Jepun, bunga pukul sepuluh dan lain-lain tumbuhan.

Dari segi tenaga kerja pula, kami dibantu oleh pelajar Tahun 6. Mereka telah pun selesai menduduki UPSR. Antara aspek yang dibantu termasuklah, menggergaji kayu, mengangkat batu-bata, mencangkul tanah, membuat pembiakan pokok dan mengecat tayar terpakai. Selain itu, mereka juga ditugaskan untuk menjaga kesegaran tanam-tanaman dengan cara menyiram tumbuh-tumbuhan tersebut pada setiap hari persekolahan. Projek Fertigasi siap sepenuhnya pada 2 Oktober 2018 manakala Projek Landskap siap sepenuhnya pada 3 Oktober 2018.

Pencapaian Projek

Pencapaian dan keberkesanan projek dinilai daripada instrumen pemerhatian dan pemantauan daripada soal selidik yang ditadbir kepada murid SKMS. Berikut merupakan hasil dapatan daripada soal selidik yang dijalankan sebelum Projek „Green Generation‟ dilaksanakan.

Berdasarkan data yang diperolehi, 50% murid tidak mengetahui cara penanaman pokok yang betul. Hanya 30% murid yang mengetahui cara-cara penanaman pokok yang betul. Seterusnya, 90% murid tidak mengetahui nama-nama Scientific pokok. Hanya segelintir murid sahaja yang mengetahui nama-nama Scientific pokok-pokok yang berada di sekeliling mereka. Seterusnya, bagi item ketiga iaitu cara penjagaan pokok, 60% murid tidak mengetahui cara–cara penjagaan pokok yang betul. Hanya 30% murid mengetahui cara penjagaan pokok yang betul. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kurangnya

(17)

5

pendedahan terhadap cara penjagaan pokok yang betul. Daripada projek ini, murid-murid SKMS khususnya murid tahun lima ditugaskan untuk menjaga kesuburan pokok. Murid-murid tahun lima ditugaskan untuk menyiram pokok-pokok yang ditanam dan memastikan pokok-pokok yang ditanam sentiasa terjaga. Pokok-pokok, yang ditanam selalunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. 80% pelajar tidak mengetahui tentang keistimewaan dan kegunaan pokok-pokok ini. Hanya 5% daripada pelajar yang mengetahui tentang keistimewaan dan kegunaan pokok-pokok ini. Seterusnya, satu soal selidik telah dijalankan setelah projek „Green Generation‟ ini selesai dijalankan. Hasil dapatan daripada soal selidik tersebut dapat dilihat daripada rajah carta bar di bawah.

Rajah 1: Peratus Pengetahuan Murid Terhadap Aktiviti Penanaman Sebelum Projek

Perubahan yang ketara dapat dilihat daripada soal selidik yang dijalankan selepas projek dilaksanakan. Rata-rata items yang diselidik mengalami perubahan yang mendadak dimana tahap pengetahuan terhadap aktiviti penanaman melebihi 50% dan menghampiri 100%. Hanya segelintir kecil murid yang masih tidak pasti atau tidak tahu tentang aktiviti penanaman yang telah dilaksanakan.

Kekuatan Projek

Projek Green Generation yang telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2018 telah memberi banyak pengisian yang bermanfaat kepada seluruh warga SKMS. Murid-murid telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga dan memelihara tanaman yang telah ditanam agar terus hidup subur. Dengan pelaksanaan projek ini, diharapkan warga sekolah terutamanya

30% 5% 30% 5% 20% 5% 10% 15% 50% 90% 60% 70% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% Cara penanaman pokok yang betul

Nama saintifik pokok Cara penjagaan pokok Kegunaan/ keistimewaan pokok Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

(18)

6

murid ke arah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah bermakna bagi mempupuk generasi baru yang berkualiti. Projek ini juga dapat mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar dan menyelamatkan tanah daripada terbiar.

Rajah 2: Peratusan Pengetahuan Murid Dalam Aktiviti Penanaman Selepas Projek

Berdasarkan rajah di atas, projek Green Generation ini juga berjaya memberi pendedahan kepada murid-murid RBT tentang bidang pertanian. Pendedahan terhadap aktiviti penanaman tidak hanya bergantung kepada PdPC di dalam kelas. Tanah yang diusahakan juga mampu membuahkan hasil yang dapat menampung dana Panitia Reka Bentuk dan Teknologi SKMS pada masa akan datang. Contohnya, projek fertigasi yang dilaksanakan mampu memberikan pulangan yang lumayan jika diusahakan. Hasil daripada Projek Green Generation ini, kawasan tanah yang luas di SKMS menjadi lebih ceria dan cantik. Kawasan yang selama ini terbiar menjadi lebih ceria dengan hasil tanaman pokok terutamanya tanaman berbunga. Susun atur pokok-pokok juga menjadi lebih kemas dan teratur. Hal ini selaras dengan matlamat projek iaitu untuk menambahbaik landskap sekolah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih nyaman dan kondusif.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Terdapat beberapa cabaran pelaksanaan projek yang dialami ketika menjalankan projek bermula daripada peringkat perancangan hingga pelaksanaan termasuk proses membina jaringan dan jalinan dengan pihak luar. Sepanjang proses perancangan kertas kerja Green

90% 70% 80% 70% 10% 15% 15% 20% 0% 15% 5% 70% 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% Cara penanaman pokok yang betul

Nama saintifik pokok Cara penjagaan pokok Kegunaan/ keistimewaan pokok Tahu Tidak Pasti Tidak Tahu

(19)

7

Generation semuanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Hal ini

disebabkan Guru Besar SKMS, guru-guru dan staf sekolah sangat memberikan kerjasama dan bersifat sentiasa menyokong perkara yang membawa kebaikan kepada sekolah.

Masalah utama yang dihadapi adalah peruntukan kewangan yang terhad untuk projek ini. Kami bersyukur kerana pihak Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang sudi menyumbangkan beberapa jenis tumbuhan bagi menjayakan projek Green Generation. Selain itu guru–guru juga banyak menyumbangkan pokok, wang dan juga tenaga bagi menjayakan projek ini.

Cadangan Penambahbaikan

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi projek yang dilaksanakan. Kekuatan yang dapat dilihat setelah projek dijalankan dan disiapkan adalah kawasan landskap sekolah bertambah menarik dengan pokok bunga berwarna-warni. Hasil daripada tanaman pokok bunga yang berwarna-warni ini menimbulkan suasana sekolah yang ceria. Malah landskap yang berwarna-warni juga boleh mempengaruhi minda murid-murid.

Projek ini memberi peluang kepada guru dalam melaksanakan sesuatu yang baru untuk SKMS. Penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah memperbanyakkan lagi jenis tanaman di kawasan landskap sekolah. Perkara ini bukan sahaja menaikkan lagi kecantikan lanskap sekolah, malah memberi pelajar pengetahuan secara tidak langsung berkenaan dengan jenis pokok-pokok yang ditanam.

Kesimpulan

Semoga projek ini dapat memberi pengisian yang bermanfaat kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Mohd Shah di dalam usaha untuk menarik minat dan membina kemahiran murid terhadap transformasi sekolah TS25 dan aktiviti penanaman. Dengan kewujudan projek ini, diharapkan warga sekolah dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan. Pendedahan berterusan mengenai pembelajaran TS25 berupaya menyediakan pelajar dalam menghadapi persaingan dan cabaran masa hadapan. Kesedaran pelajar ke arah kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah bermakna bagi mempupuk generasi baru yang berkualiti. Projek ini juga dapat mendidik masyarakat untuk mencintai alam sekitar.

(20)

8

LAMPIRAN

Perbincangan dengan Puan Hasreena binti Abd Hameed, Pegawai Pertanian , Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang

Melawat ke tapak semaian, Unit Hortikultur

(21)

9

Proses pemasangan set fertigasi

(22)

10

Pokok sawi yang telah berjaya ditanam

(23)

11

Proses mengecat tayar oleh guru pelatih

Lanskap pokok bunga dalam tayar

(24)

12

MENGGAPAI UPSR GEMILANG SKTJ

Roslina binti Rasli

Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Kulim, Kedah

Bidang Fokus Kurikulum (Matematik) Pengenalan Projek

Menggapai UPSR Gemilang SKTJ merupakan salah satu projek di bawah kelolaan Ketua Panitia Matematik. Projek ini menyasarkan murid-murid tahun 6, near miss cemerlang yang akan menduduki peperiksaan pada September 2018. Seminar ini juga merupakan usaha kolaboratif antara sekolah-sekolah Rakan Strategik Majlis Perbandaran Kulim (MPKK). Pemilihan murid yang terlibat berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 sebagai take-off value (TOV). Seramai 15 orang murid didapati berpontensi cemerlang (A) dalam UPSR 2018.

Latar Belakang Sekolah:

Matematik merupakan killer subject UPSR SK Taman Jelutong. Daripada analisis prestasi pencapaian subjek Matematik UPSR 2005 - 2017 mendapati bahawa peratus dan gred purata mata pelajaran (GPMP) adalah tidak stabil seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Pencapaian Subjek Matematik UPSR 2005-2017

Tahun Pencapaian GPMP 2005 87.1 2.08 2006 88.8 2.35 2007 97.2 1.73 2008 92.1 2.53 2009 96.8 2.13 2010 90.1 2.14 2011 93.9 2.16 2012 93.5 2.17 2013 90.6 2.25 2014 89.3 2.07 2015 92.7 2.07 2016 81.52 3.03 2017 84.54 3.26

(25)

13

Isu yang Dikenal Pasti dan Perlu Ditambahbaik

a) Murid tidak menguasai kemahiran asas dalam Matematik. b) Murid belum memahami format terkini soalan Matematik UPSR. Analisa Keperluan Projek

Subjek Matematik dipilih berdasarkan pencapaian semasa yang kurang memberangsangkan berbanding dengan subjek lain seperti dalam Jadual 1.

Objektif Projek

a) Menyedarkan 15 orang murid terpilih teknik menjawab soalan Matematik terkini dengan betul.

b) Meningkatkan prestasi dari gred C dan D menjadi A dan B 15 orang murid terlibat dalam Peperiksaan Percubaan UPSR dan seterusnya UPSR sebenar.

Inisiatif Projek

Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Pihak sekolah telah menjalinkan hubungan yang erat dengan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) sejak tahun 2016 lagi. Pihak MPKK telah banyak membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah, baik daripada segi kewangan, pinjaman peralatan untuk majlis sekolah dan turut menjayakan program yang dirangka oleh MPKK. Pihak MPKK sedia dihubungi melalui talian telefon, surat menyurat mahupun secara bersemuka.

Pelaksanaan Projek

Aktiviti 1: Kelas Tutorial Berfokus

Aktiviti ini bermula sejak Januari hingga September dan dilaksanakan selepas sesi persekolahan dari jam 1.30 hingga 2.30 petang. Tiga orang guru Matematik terlibat sebagai tenaga pengajar pada setiap hari Isnin. Mereka terdiri daripada seorang guru cemerlang dan dua orang guru berpengalaman. Kelas tutorial melibatkan semua murid tahun enam dengan kos sebanyak RM300.

Aktiviti 2: Kelas Tutorial Intensif

Aktiviti ini bertujuan membimbing murid near miss cemerlang bermula sejak Julai hingga September. Aktiviti ini dilaksanakan pada hari persekolahan bermula dari jam 1.30 hingga 2.30 petang. Seramai 15 orang murid telah dikenal pasti telah mendapat gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains tetapi masih belum mencapai A

(26)

14

telah dikenal pasti berdasarkan post mortem ujian yang dibuat kepada murid terlibat. Latihan dan sesi pembelajaran lebih berfokuskan kepada kemahiran yang masih belum dikuasai oleh murid dengan kos pelaksanaan sebanyak RM50.

Aktiviti 3: Bengkel Teknik Menjawab Matematik UPSR

Aktiviti dilaksanakan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling pada bulan Mei. Puan Maasirah binti Sulaiman merupakan seorang guru cemerlang Matematik yang juga pemeriksa kertas telah dijemput untuk memberikan tips dan teknik menjawab kepada murid-murid yang terlibat. Bengkel tersebut telah dibuat pada 5 Mei 2018 dengan perbelanjaan sebanyak RM200.

Aktiviti 4: Bengkel Near Miss Cemerlang

Aktiviti ini berfokuskan murid near miss cemerlang dan dilaksanakan bermula 7.00 pagi sehingga 7.40 pagi setiap hari Selasa. Aktiviti ini bermula pada bulan Mac dan berakhir pada hujung bulan Ogos. Bengkel dikendalikan secara bergilir-gilir mengikut minggu kepada 3 orang guru Matematik tahun 6 yang berfokus kepada teknik menjawab soalan dua markah dan tiga markah. Bengkel ini telah menggunakan soalan-soalan tahun lepas yang dihimpunkan sebagai modul. Kos bagi aktiviti ini ialah RM100.

Aktiviti 5: Seminar Didik Komuniti Local Agenda 21 Kulim UPSR

Aktiviti ini dilaksanakan di Hotel Fuller Kulim pada 30 Ogos 2018 bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Guru pakar Matematik telah menyampaikan teknik dan petua menjawab Matematik format baru kepada 15 orang murid yang terlibat di samping murid-murid dari beberapa buah sekolah berdekatan. Seramai 150 orang murid terlibat dari beberapa buah sekolah termasuk SKTJ. Selain daripada murid-murid yang berkumpul, guru–guru yang mengajar juga dikumpulkan bersama. Ini telah membuka peluang kepada mereka untuk berbincang dan bertukar idea untuk menambah kemahiran pedagogi masing-masing. Semua perbelanjaan aktiviti adalah di bawah tanggungan MPKK.

(27)

15

Pencapaian Projek

Prestasi murid yang terlibat jelas menunjukkan peningkatan yang sangat baik berdasarkan Jadual 2 di bawah:

Jadual 2: Laporan Sasaran dan Pencapaian Matematik Murid Tahun 6

Bil Nama Murid M TOV G M AR 1 G M AR 2 G M AR 3 G M ETR G 1 Ashifa Syuhada M. Zairi 55 C 69 B 73 B 88 A 90 A 2 Farah Farhana M. Faizal 46 D 50 C 66 B 60 C 65 B 3 Hawa Balqis Mohd Najmi 51 C 46 D 64 C 71 B 80 A 4 Khadijah Safiah Nasser 44 D 49 D 52 C 61 C 75 B 5 Muhammad Amirul Sabri 46 D 51 C 60 C 66 B 80 A 6 Muhammad Dameer 58 C 67 B 66 B 77 B 80 A

7 Munirah Abu 58 C 70 B 70 B 68 B 80 A

8 Nur Afiqah Abdul Razak 60 C 48 D 73 B 71 B 80 A 9 Nur Aina Atikah R”man 46 D 68 B 72 B 75 B 80 A 10 Nur Alieya Amanina 55 C 44 D 55 C 68 B 80 A 11 Nur Khairina Maisarah 45 D 47 D 50 C 62 C 75 B 12 Nur Safiya Suhaimy 60 C 59 C 61 C 69 B 80 A 13 Nur Widad Nor Azam 54 C 70 B 75 B 75 B 80 A 14 Nurul Afrina Zulfa Anuar 62 C 58 C 84 A 79 B 80 A 15 Syarifah Nur Athirah 53 C 64 C 62 C 68 B 80 A Secara keseluruhannya, semua murid terlibat telah menunjukkan peningkatan prestasi masing-masing pada Peperiksaan Percubaan UPSR (AR3) berbanding UPTL (TOV 2017).

Kekuatan Projek

a) Guru Matematik terdiri daripada seorang Guru Cemerlang dan 8 orang guru yang sangat berpengalaman mengajar. Faktor yang kuat ini sangat membantu menjayakan lagi projek yang dirancang. Komitmen dalam kalangan guru juga sangat tinggi. b) PIBG juga turut memainkan peranan dan menyokong penuh segala program dan

aktiviti yang dirancang sama ada daripada segi kewangan atau khidmat bantu. c) Kerjasama padu daripada MPKK juga telah menyokong melalui bantuan kewangan

dan penceramah jemputan untuk menyampaikan sesi motivasi dan teknik menjawab Matematik UPSR. Faktor ini telah melancarkan pelaksanaan aktiviti sepanjang projek.

(28)

16

Pihak sekolah tidak menghadapi sebarang cabaran dengan pihak MPKK sepanjang projek berlangsung hasil daripada kerjasama kolaboratif yang telah lama terjalin.

Cadangan Penambahbaikan

Projek perlu disebarluaskan kepada murid lain terutamanya murid-murid tahun 5 sebagai persediaan awal murid menduduki peperiksaan UPSR 2019.

Kesimpulan

Satu projek yang patut diteruskan kerana dilihat dapat membantu Ketua Panitia Matematik untuk keluar dari kepompong killer subject UPSR saban tahun. Selain itu, projek ini juga dapat menyumbang kepada peningkatan peratus cemerlang Matematik UPSR Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong.

Usaha kolaboratif ini juga telah banyak mendatangkan impak positif kepada sekolah khususnya dalam peperiksaan UPSR. Selain itu, sekolah juga mendapat manfaat sampingan impak daripada jalinan hubungan yang lama iaitu penglibatan SK Taman Jelutong dalam pelbagai aktiviti anjuran MPKK.

(29)

17

LAMPIRAN

(30)
(31)
(32)
(33)

21

Projek 3

PERSIDANGAN VIDEO DENGAN SINNAM ELEMENTARY SCHOOL

BUSAN KOREA SELATAN

Leong Sook Luan

Teoh Teik Yong SJK(C) Kwang Hwa, Sg. Nibong, Pulau Pinang Bidang Fokus

Projek ini berfokus pada bidang kurikulum dan kokurikulum. Pengenalan Projek

Projek ini disertai oleh 24 orang murid Tahun 4 dan 5 dari SJK(C) Kwang Hwa yang dipilih. Murid-murid ini berkumpul di bilik mesyuarat untuk sesi persidangan bersama murid Sinnam Elementary School Busan pada hari Rabu mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sesi persidangan bermula pada pukul 12:20 tengah hari dan tamat pada pukul 1:20 petang. Projek ini berlangsung sebanyak 15 kali dari 11 April hingga 7 November 2018.

Setiap murid SJK(C) Kwang Hwa telah diatur untuk menjadi buddy kepada setiap murid Sinnam Elementary School Busan. Setiap pasangan buddy bertukar cara perhubungan masing-masing seperti e-mel, nombor telefon, social media dan lain-lain lagi untuk terus berkomunikasi selepas sesi persidangan video di sekolah. Malah, murid juga menulis nama sendiri apabila menghadiahkan cenderahati kepada buddy mereka.

Setiap murid telah diberikan tajuk untuk menyampaikan pembentangan mengikut tajuk yang telah disediakan dalam bahasa Inggeris. Tajuk-tajuk murid SJK(C) Kwang Hwa merangkumi makanan rakyat Malaysia, perayaan setiap kaum di Malaysia, batik dan tempat pelancongan di Malaysia.

Latar Belakang Sekolah

SJK(C) Kwang Hwa telah menerima anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2012. Menjunjung aspirasi kedua-dua anugerah ini, SJK(C) Kwang Hwa berhasrat untuk membina hubungan luar yang lebih mantap demi kerjasama yang lebih erat dengan pihak luar supaya warga sekolah dapat memperoleh ilmu dan pengetahuan yang lebih menyeluruh dan di luar bilik darjah. Hal ini adalah sejajar

(34)

22

pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Isu yang dikenal pasti dan perlu ditambahbaik

Salah satu cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek ini adalah dari segi perbezaan zon waktu dan masa persekolahan Sinnam Elementary School Busan. Masa persekolahan murid SJK(C) Kwang Hwa yang terlibat dalam projek ini adalah sesi pagi yang tamat pada pukul 1:20 petang. Oleh itu, kadang-kala pihak sekolah tidak dapat memenuhi permintaan pihak Sinnam Elementary School untuk mengubah masa persidangan disebabkan faktor tertentu.

Topik-topik pembentangan yang disampaikan oleh murid SJK(C) Kwang Hwa banyak berkaitan dengan makanan-makanan rakyat Malaysia. Nama makanan, bahan-bahan dan proses menyediakan makanan yang telah biasa disebut oleh rakyat Malaysia dalam bahasa Melayu sukar diterjemah kepada bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, murid Sinnam Elementary School Busan kurang dapat mengimaginasi makanan-makanan tersebut melalui gambar dan video kerana kurangan pengalaman sebenar.

Analisis Keperluan Projek

Projek ini dijalankan sebagai salah satu usaha pihak sekolah dalam pelaksanaan High

Immersive Programme. Projek ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa

Inggeris melalui jangkauan komuniti dan pelbagai kolaborasi dengan pihak luar.

Selain itu, projek ini juga memenuhi anjakan-anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Keperluan murid untuk memperkenalkan negara Malaysia kepada Korea Selatan dalam bahasa Inggeris dilihat sebagai usaha untuk memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Inggeris, seperti yang dikatakan dalam anjakan 2. Anjakan 7 yang menyarankan agar memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia juga ditunjukkan dalam projek ini. Murid-murid telah mempelajari cara memanipulasi Microsoft Power Point untuk tujuan pembentangan slaid dan perisian

Zoom untuk bersidang dengan murid Sinnam Elementary School Busan. Objektif Projek

a) Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui jangkauan komuniti dan pelbagai kolaborasi dengan pihak luar sepanjang tempoh projek.

b) Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan pihak luar untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

(35)

23

c) Menghayati identiti sendiri sebagai warganegara Malaysia dan memperkenalkan Malaysia kepada warga asing.

Inisiatif Projek

Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Dalam satu Majlis Kebudayaan yang diadakan di SJK(C) Kong Min Cawangan Kedua. Pihak sekolah SJK(C) Kwang Hwa berkesempatan mengetahui dan mengenali Cikgu Jihyun dari Sinnam Elementary School Busan. Dengan usaha Guru Besar, Puan Leong Sook Luan dan Penolong Kanan HEM, Encik Yeap Yee Chung, pihak sekolah telah berhubung dengan Cikgu Jihyun secara maya dan berjaya menjalinkan kerjasama untuk mengadakan persidangan video. Tempoh yang diambil untuk membina jalinan ini adalah sebulan. Pelaksanaan Projek

Setelah membina jalinan dengan Sinnam Elementary School Busan, pihak sekolah telah memilih murid untuk menyertai projek ini. Mereka telah diberi buddy dari Sinnam Elementary School Busan dan topik pembentangan. Sebelum setiap sesi pembentangan, guru yang bertanggungjawab dan ibu bapa murid akan membantu menyemak slaid pembentangan murid untuk memastikan kesesuaian kandungan dan bahasa yang digunakan. Di samping itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengurus sekolah turut membantu menyediakan peruntukan untuk membeli peralatan yang diperlukan dalam persidangan video ini dan menyediakan cenderahati untuk dihadiahkan kepada murid Sinnam Elementary School Busan yang terlibat dalam projek ini.

Guru-guru telah mengadakan sesi persidangan video mengikut tarikh yang ditetapkan dengan pembentangan topik-topik yang disediakan. Refleksi dan penilaian dibuat selepas setiap sesi untuk mengenal pasti kekurangan yang terdapat dalam sesi tersebut supaya kekurangan tersebut dapat diatasi dalam sesi yang seterusnya.

Pencapaian Projek

Melalui projek ini, sekolah SJK(C) Kwang Hwa dapat menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dengan Sinnam Elementary School Busan buat pertama kalinya. Dengan perkongsian ilmu pengetahuan antara murid, murid lebih mengenali dan dapat menghayati identiti sebagai rakyat Malaysia dan budaya rakyat negara sendiri. Malah, mereka juga berpeluang untuk mengenali Korea Selatan dengan lebih terperinci.

Tahap penguasaan bahasa Inggeris murid juga berjaya ditingkatkan apabila murid aktif untuk berkomunikasi dan bertanya dalam bahasa Inggeris. Kemahiran ICT turut

(36)

24

untuk melaksanakan persidangan video. Kekuatan Projek

Projek ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada Lembaga Pengurus, PIBG, ibu bapa, guru dan murid sekolah. Semua pihak telah melihat projek ini sebagai satu peluang yang berharga dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam memastikan kejayaan projek ini.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Semasa membina jalinan dengan Sinnam Elementary School Busan, pihak sekolah menghadapi cabaran untuk mengatur masa untuk menjalankan persidangan video. Tambahan pula, pihak sekolah juga tidak pasti tentang tahap penguasaan bahasa Inggeris murid Sinnam Elementary School Busan. Kekangan ini merupakan cabaran besar untuk menyediakan tajuk yang sesuai dengan tahap bahasa yang sewajarnya.

Cabaran Penambahbaikan

Tema topik yang dibentangkan oleh murid SJK(C) Kwang Hwa boleh diperbanyakkan kepada tokoh-tokoh Malaysia, isu-isu semasa Malaysia, syarikat-syarikat popular Malaysia seperti Petronas, Malaysia Airlines dan tempat-tempat pelancongan Malaysia di Sabah dan Sarawak. Dengan ini, perkongsian murid tidak akan terlalu menjurus kepada makanan rakyat Malaysia semata-mata.

Kesimpulan

Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan dengan adanya kerjasama dan komitmen setiap pihak yang terlibat. Persidangan video bersama Sinnam Elementary School Busan telah membuka mata murid bahawa perkongsian ilmu dan pengalaman tidak terikat di dalam bilik darjah sahaja, malah perkongsian sebegini boleh berlaku di mana-mana tanpa batasan antara negara.

(37)

25

LAMPIRAN

Murid SJK(C) Kwang Hwa, Sungai Nibong sedang menjalankan persidangan video dengan murid Sinnam Elementary School Busan, Korea Selatan.

Murid memperkenalkan makanan rakyat

Malaysia. Murid memperkenalkan pakaian batik melalui kamera maya kepada murid Korea Selatan.

Murid Sinnam Elementary School Busan memperkenalkan makanan pasar malam

yang terkenal di Korea Selatan.

Murid menerima cenderahati daripada

buddy sempena Hari

(38)

26

Projek 4

HUBUNGAN LUAR PEMACU KUALITI GURU

Hadibah Binti Hashim Norhuzaira Binti Hussin

Salina Binti Saad Sekolah Kebangsaan Jelutong,

Pulau Pinang Bidang Fokus

Kurikulum (Pembelajaran Koperatif) Pengenalan Projek

Pembelajaran Abad Ke-21 menjadi isu penting dalam melaksanakan PdPc yang berkesan. Ekoran itu, pembabitan pihak luar telah membantu merealisasikan kehendak pihak sekolah dalam membudayakan Pembelajaran Abad Ke-21. Pihak sekolah telah berjaya mendapat perhatian dari Tenaga Nasional Berhad dalam usaha merealiasasikan kemenjadian murid sepertimana yang disarankan dalam PPPM 2013-2025. Bermula daripada usahasama dengan TNB guru-guru telah diberi pendedahan PAK21 dalam Cooperative Learning. Pada peringkat awal, Pemimpin Sekolah telah diberi pendedahan awal kemudian disusuli dengan pendedahan kepada Ketua Panitia setiap mata pelajaran. Sekembalinya kumpulan ini bersama pemimpin sekolah telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua warga sekolah. Sehingga kini pembudayaan PAK21 telah menjadi amalan setiap guru dan murid di sekolah ini. Pencapaian hasil daripada program ini dapat diukur dalam kalangan guru dan murid. Hubungan dengan pihak luar berterusan hingga kini demi memajukan anak didik SK Jelutong.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Jelutong (SK Jelutong) merupakan sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang dan pusat bandar. Kedudukannya sangat strategik dan jika ditafsir muridnya pasti beranggapan sebuah sekolah yang serba lengkap dan berprestasi tinggi.

Murid sekolah ada potensi untuk maju, tetapi disebabkan mereka dari keluarga yang berpendapatan rendah dan ibu bapa yang selalu sibuk dengan pekerjaan, anak-anak

(39)

27

ini kurang berkeyakinan untuk bersaing sesama rakan apatah lagi dengan rakan dari sekolah lain.

Guru-guru kebanyakannya terdiri dari guru-guru muda yang perlu disuntik dengan pelbagai kemahiran bagi meningkatkan PdPc mereka. PdPc berlaku lebih secara biasa sahaja dan penggunaan ICT sangat kurang. Ini disebabkan oleh masalah kelajuan Internet dan banyak komputer di sekolah yang telah sampai hayat.

Dengan kedudukan sekolah di tengah-tengah bandar sudah pasti di kelilingi oleh badan-badan korporat dan pasaraya yang besar. Sekolah Kebangsaan Jelutong telah menggunakan peluang ini dengan berusaha menjalin hubungan baik dengan badan-badan korparat dan agensi luar yang berada di sekitar sekolah. Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan diterima oleh murid sekolah ini dalam bentuk pakaian dan wang persekolahan. Mulai tahun 2017 pihak sekolah telah berusaha mendapatkan sumbangan dari Tenaga Nasional Berhad bagi membantu dalam melaksanakan program-program yang menjurus kearah kemenjadian murid dan penghasilan guru yang berkualiti.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik

a) Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan sebuah sekolah di tengah-tengah bandar tetapi murid-muridnya tidak seperti yang dijangkakan. Pemimpin sekolah ini telah mengenalpasti kecenderungan murid dalam mencari ilmu tidak kesampaian akibat dari kesibukan ibu bapa mencari nafkah dan murid kurang mendapat perhatian di rumah. Keyakinan diri dalam kalangan murid juga sangat rendah walaupun mereka berpotensi untuk maju diri.

b) Guru-guru perlu dibantu dalam meningkatkan kualiti PdPc mereka. Guru masih mengamalkan pengajaran secara analog. Walaupun guru mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menggunakan PAK21 tetapi tidak begitu memberangsangkan. Guru-guru perlu dibimbing bagi meningkatkan corak pengajaran yang lebih kreatif dan efektif.

c) Kepakaran dan kemampuan dalam kalangan guru di sekolah ini yang terdiri daripada pemeriksa kertas mata pelajaran teras, guru yang mahir dalam sukan dan guru-guru yang berpengaruh dalam masyarakat tidak ditonjolkan sepenuhnya.

(40)

28

Analisis Keperluan Projek

Dengan dana yang diperoleh dari TNB, pihak sekolah telah menyediakan perancangan yang menyeluruh seperti lawatan, progam peningkatan prestasi, kursus kepimpinan dalam kalangan murid dan program sentuhan rohani.

Guru-guru telah diberi kursus PAK21- Cooperative Learning dimana pihak TNB telah membiayai sepenuhnya bersama dengan RITE Consultant. Kursus ini pada mulanya dikendalikan kepada pemimpin sekolah dan seterusnya kepada Ketua Panitia dan guru-guru lain. Cooperative Learning telah menjadi amalan di Sekolah Kebangsaan Jelutong. Keadaan fizikal bilik darjah telah bertukar wajah. Pembelajaran berpusatkan murid dipraktikkan dan hasil murid dipamerkan.

Objektif Projek

a) 30 peratus murid-murid tahap dua dapat mewakili sekolah dalam pelbagai peringkat merangkumi aspek Kurikulum, Kokurikulum dan Aktiviti HEM dalam masa setahun. b) 85 peratus guru dapat mempelbagaikan struktur PAK 21 dalam PdPc mereka. c) Menjalin hubungan dengan komuniti dan pihak luar secara berterusan. Inisiatif Projek

Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

Pihak luar yang terlibat dalam usaha kolaboratif SK Jelutong adalah Tenaga Nasional Berhad, Research Innovative Transform Empower Education (RITE) Consultant, dan PINTAR FOUNDATION.

Proses awal adalah melalui surat cadangan yang dimohon oleh pihak sekolah pada akhir tahun 2016 kepada Tenaga Nasional yang berhampiran dengan sekolah iaitu Stesen Jana Elektrik Gelugor yang terletak 5 km dari sekolah. Kehadiran Pengurus Besar TNB ke sekolah telah memberi peluang kepada pemimpin sekolah menguatkan lagi permohonan dengan pembentangan isu-isu sekolah serta menyampaikan hasrat sekolah dalam meningkatkan prestasi murid. TNB Pulau Pinang telah mencadangkan nama SK Jelutong ke peringkat lebih tinggi di Kuala Lumpur. Dengan kekuatan yang telah diberikan oleh pihak sekolah, SK Jelutong telah dipilih menerima sumbangan selama tiga tahun dari 2017 hingga 2019.

(41)

29

Pelaksanaan Projek

Sekolah Kebangsaan Jelutong merupakan Sekolah Angkat Tenaga Nasional Berhad di bawah Program Pintar sejak tahun 2017 hingga 2019. Pelbagai bentuk sumbangan telah diberikan kepada sekolah terutamanya dalam meningkatkan prestasi murid. Sekolah dikehendaki menentukan perancangan yang rapi dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk meningkatkan kualiti guru dan memfokuskan kepada kemenjadian murid.

Pada awal tahun 2017 satu perjumpaan telah diadakan bersama Pemimpin Sekolah dengan PINTAR FOUNDATION. Agensi ini telah mengenalkan para pemimpin sekolah dengan RITE Consultant yang memberi tunjuk ajar struktur Cooperative Learning

iaitu Pembelajaran Abad Ke-21. Pada peringkat awalnya hanya pemimpin sekolah sahaja dipanggil untuk bengkel tersebut yang dibiayai sepenuhnya oleh PINTAR FOUNDATION.

Sekolah Kebangsaan Jelutong amat bertuah kerana pihak TNB menaja RITE Consultant meneruskan bengkel bersama guru daripada sekolah-sekolah dibawah tajaan mereka. Beberapa orang guru terdiri daripada Ketua-Ketua Panitia telah dihantar ke Kuala Lumpur untuk menjalani bengkel Khas Cooperative Learning.

Setelah kembali di sekolah, pemimpin sekolah dan guru-guru ini memberi latihan kepada semua guru tentang makluamat yang dipelajari bersama Fasilitator RITE Consultant. Fasilitator RITE Consultant telah hadir beberapa kali ke sekolah bagi memantau perlaksanaan Cooperative Learning dan memberi bimbingan susulan.

Pencapaian Projek

a) Sekolah mempunyai satu kumpulan penggerak yang mampu memberi tunjuk ajar kepada guru-guru di sekolah sendiri ataupun sekolah lain dengan diketuai oleh Pentadbir Sekolah.

b) Sekolah Kebangsaan Jelutong telah dipilih oleh Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut untuk berkongsi bersama dengan Pengetua dan Guru Besar Tawau melalui Video Conference di mana salah seorang guru sekolah ini telah menjalani PdPc secara Cooperative Learning. Selepas ini maklumbalas yang diterima adalah sangat baik dan mendapat pujian daripada PGB Tawau juga dari PPD Timur Laut.

c) Guru mampu menunjuk ajar Cooperative Learning dalam PdPc kepada guru-guru Korea yang berada di Sekolah Kebangsaan Jelutong selama tiga bulan dibawah “Korea-Malaysia Teacher Excharge Programme” (KOMTEP).

(42)

30

pelaksanaan Cooperative Learning di Kuala Lumpur sempena perjumpaan sekolah-sekolah di bawah tajaan PINTAR FOUNDATION. Lebih 80 buah sekolah-sekolah dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian.

e) Ramai guru telah menjalani PdPc menggunakan struktur Cooperatinve Learning yang berpusatkan murid dan berjaya mempamerkan hasil murid di sekitar sekolah.

f) Ketrampilan murid SK Jelutong telah mula terserlah. Pada tahun ini ada dalam kalangan mereka yang telah berjaya dalam pencapaian ke peringkat kebangaan dan juga antarabangsa. Keyakinan diri murid meningkat hasil melalui peningkatan kualiti pengajaran guru di sekolah dengan usahasama pihak luar.

Kekuatan Projek

a) Kerjasama TNB, RITE Consultant dan Pintar Foundation membantu guru-guru lebih memahami struktur Pembelajaan Abad Ke-21. Kesesuaian serta kefahaman guru ini dapat diaplikasi dalam bilik darjah dan hal ini juga bersesuaian dengan kandungan SKPMg2.

b) Keupayaan Guru Besar menerajui struktur Cooperative Learning ini menjadi ikutan guru-guru di sekolah. Guru secara sukarela menambahbaik cara PdPc melalui

Cooperative Learning.

c) PdPc berasaskan kepada PAK21telah menjadi amalan guru-guru di sekolah,ini. Hal ini dapat dibuktikan dalam penulisan buku rekod pengajaran guru dan susunan serta penghasilan murid dalam bilik darjah.

d) Hubungan baik dengan Tenaga Nasional masih berterusan kerana pihak sekolah selalu diminta menghantar laporan aktiviti yang dijalankan dan pelaporan murid terutama murid Tahun 6.

Cabaran Pelaksanaan Projek

a) PdPc berasaskan Pengajaran Abad Ke-21 telah diketahui oleh semua pendidik sejak beberapa tahun yang lalu. Tetapi untuk memastikan aktiviti ini dijalankan sepenuhnya adalah sukar. Tambahan untuk memberi fahaman kepada guru tentang konsep sebenar Cooperative Learning dalam PdPc adalah juga cabaran kepada pihak pentadbir.

(43)

31

b) Pihak pentadbiran telah menghadapi cabaran untuk mengubah keadaan yang sedia ada dengan memikirkan cara-cara supaya program/aktiviti yang sesuai dapat diperkenalkan dan digunapakai secara berterusan dan dijadikan amalan.

c) Bukan mudah untuk mendapatkan jalinan kerjasama dengan pihak luar terutama dengan agensi besar yang terlibat dalam projek sekolah ini, Apatah lagi untuk mengkalkan hubungan dengan agensi ini juga menjadi satu cabaran.

Kesimpulan

Bagi menentukan kemenjadian murid dapat dicapai, guru-guru perlu menyediakan diri dalam meningkatkan corak PdPc dan seterusnya menjadikan ciri-ciri PAK21 dilaksanakan sebaiknya. Usaha perlu dilakukan bagi merealisasikan program ini dengan mewujudkan hubungan baik dengan pihak luar. Komunikasi berkesan merupakan satu aspek penting dalam menjalin hubungan baik dengan mana-mana pihak atau komuniti setempat.

(44)

32

LAMPIRAN

Surat pengesahan menjadikan Sk Jelutong sebagai sekolah angkat di bawah Program Pintar (TNB)

(45)

33

Jadual 1: Peringkat Awal – Pelan Tindakan

Bil Fokus Utama

Hasil yang Dijangka

Sasaran dan cara mengukur

Tanggungjawab Penanda Sasaran

(Miliestone) 1. Pedagogi Pembelajaran Koperatif Murid dapat mengikuti strategi pembelajaran koperatif secara efektif - 1 Quiz-quiz Trade 2. Pass The Paper 3. Think Pair Share 90 % guru dapat menggunakan 3 struktur koperatif yang dipilih dalam bilik darjah

- Pencerapan PdP - Pemantauan

buku rekod mengajar.

Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran

7 Jun - Perbincangan bersama guru yang telah menghadiri kursus bagi persediaan mengadakan LDP mengenai Pelan Tindakan yang telah ditetapkan. 17 Jun - Modelkan 3 struktur pembelajaran Koperatif bersama semua guru dalam Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP)

-Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru yang mengikuti Kursus mempraktikkan strategi pembelajaran koperatif di kelas sendiri dengan bimbingan rakan sebaya supaya 3 struktur pembelajaran ini dapat dilaksana sepenuhnya. 9-10 Julai - Modul teras pengajaran Pintar. Julai - Semua guru membentangkan pelaksanaan 3 struktur pembelajaran koperatif mengikut tahap I dan II.

Ogos - Pelaksanaan 3 struktur koperatif sepenuhnya oleh guru di semua kelas.

(46)

34

Utama Dijangka mengukur (Miliestone)

2. Persekitaran

Fizikal Semua bilik darjah dapat mempamerkan hasil murid dan sentiasa dikemaskini.

80% bilik darjah dan bilik khas dipenuhi paparan hasil murid menjelang bulan Ogos

- Gallery Walk

Guru Kelas dan Guru Mata Pelajaran

17 Jun - Makluman kepada guru tentang hasil murid yang perlu dipamerkan. Cadangan Lokasi hasil murid boleh dijadikan bahan pameran

Julai - Hasil murid mula dipamerkan dalam bilik darjah dan kawasan persekitaran

Ogos - Pemantauan dan Analisis -" Gallery Walk"

3. Pengurusan

Tingkah Laku Tahap Kebisingan murid dapat dikawal Guru tidak perlu menjerit untuk mengawal tingkah laku murid dalam sesi pembelajaran - High 5/Thumb Up

100% murid dan guru mengamalkan High 5 / Thumb Up di sekolah (perhimpunan dan bilik darjah) - Pemantauan - Pencerapan PdP Guru Besar Penolong Kanan Semua Guru

Jun - Guru Besar mula modelkan dalam perhimpunan - Penekanan kepada semua guru dalam LDP oleh

Guru

- Guru praktikkan dalam bilik darjah dan di dewan Julai - Keseluruhan warga sekolah memahami penggunaan High 5 / Thumb Up

(47)

35

LAMPIRAN

Latihan untuk guru-guru

(48)

36

Bahan Rujukan Cooperative Learning

(49)

37

Projek 5

TEAM PILOT DRONE

SKMS

Khairul Ekmal bin Roselee SK Mohd Shah

Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Bidang Fokus

Fokus utama projek ini ialah kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum. Pengenalan Projek

Dalam memperkukuhkan kemenjadian murid di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah (SKMS),

Team Pilot Drone SKMS dipilih untuk melatih murid menggunakan Drone dengan lebih

kreatif. Ahli Pilot Drone akan menggunakan drone untuk melihat persekitaran sekolah dan di luar sekolah. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid akan mengenal pasti faktor – faktor yang mempengaruhi perubahan di setiap sudut yang dilihat. Oleh itu, subjek seperti Sains, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik menjadi gabungan utama dalam membantu murid menghasilkan satu projek yang bermakna.

Latar Belakang Sekolah

SK Mohd Shah merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Walaupun begitu, penggunaan drone telah bermula sejak tahun 2016 melalui kerjasama antara pihak sekolah dan pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMaP). Cetusan idea ini bermula apabila pihak pengurusan sekolah meramalkan bahawa penggunaan drone

akan menjadi keutamaan dalam sektor pekerjaan pada masa hadapan. Ini dibuktikan dengan hujah – hujah yang diberikan oleh pakar akademik berkaitan revolusi perindustrian 4.0 yang menyatakan pilot drone akan menjadi satu pekerjaan utama pada masa akan datang kerana drone boleh berubah ke arah satu pengangkutan yang utama.

Isu atau Cabaran

Setiap kali aktiviti drone yang berlangsung di sekolah, pihak sekolah terpaksa menjemput

pilot drone dari UniMaP untuk melakukan demonstrasi drone. Kesan daripada itu, pihak sekolah terpaksa membayar kos bagi setiap perkhidmatan yang digunakan. Untuk

Tem

a

Ko

kurik

(50)

38

dipersetujui.

Analisis Keperluan Projek

Analisis keperluan projek telah dilakukan bagi melihat kepentingan projek ini dilaksanakan. Pihak sekolah telah menjalankan tinjauan terhadap guru-guru SKMS melalui penggunaan soal-selidik. Dapatannya menunjukkan bahawa guru-guru SKMS menyokong penggunaan

drone dalam penambahbaikan pembelajaran murid.

Jadual 3: Keperluan Penggunaan Drone dalam Penambahbaikan Pembelajaran

Bil Item Menyokong

1 Pilot Drone sekolah membantu ke arah kemenjadian

murid abad ke 21 92%

2 Murid dapat menggunakan drone untuk menganalisis

persekitaran sekolah dengan baik. 94% 3 Murid dapat membentangkan hasil pemerhatian yang

telah dijalankan dengan kreatif. 90% 4 Murid menggabungkan beberapa matapelajaran teras

dalam melaksanakan pemerhatian dan kesimpulan. 95% 5 Hasil pemerhatian dan kesimpulan yang dibentangkan

oleh murid boleh digunapakai untuk mengindahkan sekolah

97%

Rajah 2: Graf Perbandingan Mengikut Item

92% 94% 90% 95% 97% 86% 88% 90% 92% 94% 96% 98%

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

(51)

39

Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah membimbing murid menggunakan drone untuk menjalankan pemerhatian dan analisis persekitaran kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Berdasarkan pemerhatian tersebut, murid akan mengenal pasti faktor – faktor yang menyumbang kepada berlakunya suatu kejadian dengan membuktikannya melalui kutipan data yang sistematik. Hasil kutipan data ini akan mendorong murid ke arah pembelajaran yang lebih realistik iaitu murid akan mengaitkan kesan – kesan tersebut dengan pengalaman sedia ada mereka. Tempoh bagi setiap kajian akan direkodkan untuk melihat perubahan dan keberkesanan suatu intervensi yang telah dilakukan.

Inisiatif Projek

Untuk merealisasikan projek ini, dua pihak telah dipilih untuk berkolaboratif dengan pihak sekolah. Pihak pertama ialah sebuah syarikat drone yang berpengkalan di Petaling Jaya. Hubungan diwujudkan melalui surat rasmi yang dihantar kepada syarikat tersebut dan hubungan secara atas talian juga telah dilakukan. Akhirnya, keputusan yang diberikan amat mendukacitakan kerana syarikat tersebut tidak dapat menyediakan drone seperti yang dimohon kerana faktor keuntungan syarikat. Oleh itu, SKMS meneruskan pelan yang kedua iaitu pemuafakatan bersama pihak UniMaP. Pada mulanya, seorang guru dihantar ke UniMaP untuk bermusyawarah bersama dengan pihak UniMaP. Hasilnya musyawarah memberikan kesan yang postif dan surat rasmi telah diutuskan kepada Professor Dr. Hazri Desa. Tempoh yang diambil untuk membina jalinan kerjasama ini ialah dua bulan. Hasrat pihak sekolah untuk menjayakan projek ini telah berhasil dan tiga buah drone telah diterima oleh pihak sekolah. Projek ini juga telah menerima sumbangan peruntukan kewangan sebanyak RM10,000 daripada ahli parlimen Kepala Batas. Kerjasama bersama pihak UniMaP ini masih berlangsung sehingga kini.

Pelaksanaan Projek

Antara aktiviti yang berjaya dikendalikn oleh Pilot Drone SKMS ialah mengenal pasti kerosakan yang terdapat di bumbung sekolah. Pilot Drone akan menerbangkan drone dan mengelilingi ruang udara bangunan sekolah. Berdasarkan imej yang boleh ditonton melalui

drone tersebut, murid dapat mengenal pasti kerosakan yang terdapat di atas bumbung. Contoh kerosakan yang dikenal pasti ialah kerosakan gutter. Hasil pemerhatian tersebut telah membantu pihak sekolah untuk menukar gutter yang baharu.

(52)

40

Selepas dua bulan pelaksanaan projek ini, tinjauan terhadap murid dilakukan melalui penggunaan soal-selidik murid. Impak projek ini amat terkesan pada murid seperti yang terpapar dalam rajah di bawah.

Rajah 2: Dapatan Sebelum Penggunaan Drone

Rajah 3: Dapatan Selepas Penggunaan Drone

25% 28% 37% 28% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% Murid minat menganalisis persekitaran sekolah Murid mempunyai sifat inkuiri terhadap keindahan sekolah Kemenjadian murid untuk membentang Kemahiran murid menganalisis data Sebelum Drone 95% 96% 90% 92% 87% 88% 89% 90% 91% 92% 93% 94% 95% 96% 97% Murid minat menganalisis persekitaran sekolah Murid mempunyai sifat inkuiri terhadap keindahan sekolah Kemenjadian murid untuk membentang Kemahiran murid menganalisis data Selepas Drone

(53)

41

Kekuatan Projek

Projek ini mendapat sokongan yang jitu daripada pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa murid. Sokongan ini sangat penting dan menjadi sumber kekuatan yang telah menyemarakkan semangat guru dan murid dalam menjayakan projek ini.

Cabaran Pelaksanaan Projek

Projek ini menghadapi cabaran apabila pihak sekolah masih belum mempunyai drone yang sesuai kerana penggunaan drone yang sesuai memerlukan kos yang tinggi. Walaupun pihak UniMaP sedia bekerjasama namun kekangan jarak yang jauh dari SKMS dengan UniMaP menyebabkan aktiviti sumbangan kepakaran pihak UniMaP dalam aktiviti murid agak sukar dilaksanakan.

Cadangan

SKMS sentiasa mengintai peluang agar pihak yang berkepakaran dan mampu menyumbang akan membuka ruang dan peluang untuk pihak SKMS menjalankan aktiviti berasaskan drone seperti yang terkadung dalam Revolusi Perindustrian 4.0

Kesimpulan

Projek ini amat sesuai diterapkan untuk murid sekolah rendah kerana projek ini mampu melatih murid untuk menghargai dan cintakan alam sekitar.

(54)

42

LAMPIRAN

Murid-murid bersama drone masing-masing.

(55)

43

Projek 6

PENGKOMPOSAN-„

KEYHOLE GARDEN’

Leong Sook Luan

Nurul Asni Azreena Kee binti Abdullah SJK (C) Kwang Hwa, Sg Nibong, Pulau Pinang Bidang Fokus

Projek ini memfokuskan bidang kokurikulum dan kurikulum. Pengenalan Projek

Projek „Keyhole Garden‟ merupakan idea bercucuk tanam berbentuk lubang kunci. Batu-bata disusun sebagai penghadang dan diisi tanah hitam agar membentuk landskap untuk berkebun. Di tengah-tengah taman itu diletakkan lingkaran dawai „keyhole‟ yang diisi dengan dedaun kering, ranting pokok dan rumput yang berfungsi sebagai baja organik atau kompos. Tanaman akan menyerap sisa organik daripada „keyhole‟ itu.

Latar Belakang Sekolah

Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kluster Kecemerlangan, SJKC Kwang Hwa sering melibatkan murid dan guru dalam program kemasyarakatan secara aktif. Penglibatan pelbagai aktiviti sebagai program penanda aras usaha meningkatkan kesedaran warga sekolah dan masyarakat terhadap isu alam sekitar. Selain dapat membantu menjalankan kerja kemasyarakatan, penglibatan pihak luar dapat membentuk pelajar menjadi anggota masyarakat yang prihatin terhadap isu alam sekitar. Antara program yang telah disertai adalah seperti Program Kitar Semula, Program “Go Green”, Program Menanam Pokok dan lain-lain.

Isu yang dikenalpasti dan perlu ditambahbaik

Sebagai sebuah sekolah bandar, kekangan kawasan landskap merupakan fenomena yang diketahui umum. Program mesra alam perlu dilaksanakan di sekolah sebagai satu usaha menghijaukan kawasan selain memelihara persekitarannya.

Referensi

Dokumen terkait

Conscription has been studied and the FDF has developed it mostly from a system-oriented perspective (cf. The government has justified conscription as a cost- effective way

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

$uperior  atrium kanan terdapat lekukan ruang atau kantung berbentuk daun telinga di$ebut aurikel"ermukaan endokardium atrium kanan tidak $ama3 pada po$terior dan

Kaki diabetik adalah kelainan tungkai kaki bawah akibat diabetes mellitus tidak terkendali, disebabkan adanya gangguan pebeluh darah, gangguan persyarafan, dan adanya

Dari agregat dan aspal yang telah diperoleh kemudian dilakukan pengujian sifat fisik dari masing-masing material tersebut dan dibandingkan terhadap spesifikasi

1. 13 Tahun 2003, tenaga kerja adalah setiap orang yang mampu melakukan pekerjaan guna menghasilkan barang dan jasa, baik untuk memenuhi kebutuhan sendiri maupun

Merupakan hasil pengembangan dari Anggaran Biaya Rekap, dengan menambahkan informasi tentang dimensi waktu pengeluaran dana, sesuai dengan jadwal-jadwal kegiatan pada

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD