• Tidak ada hasil yang ditemukan

74 menjayakan visi Sekolah Penghulu Jusoh yang cemerlang

Isu yang Dikenalpasti dan Perlu Ditambahbaik

Isu utama SKPJ ialah keadaan fizikal sekolah yang tidak kondusif dan kurang selamat. Isu ini dapat dikenal pasti melalui tinjauan, sumbang saran dan pemerhatian menggunakan

tools seperti borang soal selidik, teacher voice (TC), student voice (SV) dan parents voice

(PV). Daripada tinjauan yang dilakukan, jelas sekali suasana persekitaran di SKPJ tidak selamat dan kondusif serta kurangnya pembudayaan dalam keharmonian jaringan dan jalinan antara sekolah dengan pihak luar.

Fenomena ini jelas dengan pelbagai cabaran dan halangan yang ditemui iaitu, hubungan PIBK dan sekolah masih lemah. Timbul rasa syak wasangka dalam kalangan waris dan sekolah. Kurangnya sokongan dan penglibatan PIBK dalam program-program sekolah dan kurangnya kepercayaan PIBK terhadap usaha-usaha pihak sekolah. Analisis tulang ikan Ishikawa telah digunakan untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya merancang projek intervensi.

Rajah 1: Analisis Tulang Ikan Ishikawa

kurang kepakaran & komitmen kurang penekanan jalinan dan jaringan PIBK PdPc peralatan yang kurang lengkap dan tidak ber fungsi

PEMBANGUNAN EKOSISTEM PIBK DAN SEKOLAH MASIH RENDAH Manusia Kaedah Mesin Bahan Persekitaran persekitaran fizikal asas yang kurang kondusif kurang bahan dan sumber

75

Analisis Keperluan Projek

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan dalam Rajah 2, item 4 menunjukkan sebanyak 65.31% murid menyatakan keadaan fizikal sekolah ini berada dalam keadaan yang sangat tidak kondusif manakala dalam Rajah 3 pulak menunjukkan sebanyak 94.40% guru berpendapat bahawa sekolah ini sangat tidak kondusif. Sehubungan itu pihak pentadbir sekolah merasakan adalah amat perlu untuk memberi keutamaan dalam menambahbaik persekitaran fizikal sekolah kerana ianya amat mempengaruhi iklim pembelajaran yang bermakna. Tambahan pula sekolah ini terlibat dalam Program Transformasi Sekolah (TS25) yang menekankan keperluan “connecting the dots” iaitu semua elemen pemimpin berkesan, guru berkualiti dan sokongan komuniti saling berkolaboratif untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dalam menjana kemenjadian murid. Jadi pihak sekolah telah memilih elemen PIBK sebagai tonggak kekuatan di sekolah ini.

Rajah 2: Student Voice berkenaan tahap keselesaan dan keceriaan SKPJ

0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00% 70.00%

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju

76

Rajah 3: Teachers-Voice berkaitan tahap kepuasan terhadap keceriaan fizikal sekolah

Maltamat dan Objektif Projek

Matlamat projek adalah untuk mewujudkan pembangunan ekosistem PIBK yang unggul manakala objektif projek adalah;

a) Meningkatkan jaringan dan jalinan antara PIBK dengan sekolah melalui hubungan sekurang-kurangya dengan lima agensi yang boleh membantu sekolah dalam pelbagai bidang fokus.

b) Meningkatkan dan merangsang persekitaran pembelajaran dan fizikal yang kondusif untuk menyediakan pembelajaran bermakna kepada murid dengan mensasarkan 10 daripada 12 kelas berada dalam keadaan yang kondusif dan ceria.

c) Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah sehingga 97% pada 9 bulan pertama tahun semasa. 0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00% 70.00% 80.00% 90.00% 100.00%

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

77

Inisiatif Projek

Proses Membina Hubungan dengan Pihak Luar

“Tak kenal maka tak cinta” pepatah ini wajar dikaitkan dengan PIBK dan SK Penghulu Jusoh. Proses mengenal pasti kekuatan dan menjalin hubungan bermula dengan lawatan mesra wakil PIBK, Tuan Haji Yusoff bin Ismail yang merupakan seorang ahli komuniti bukan waris yang secara sukarela membantu mempertingkat kualiti infrustruktur sekolah ini. Rentetan daripada itu pelbagai medium telah digunakan antaranya kumpulan Whatapps PIBK, Face Book khas utk PIBK SKPJ dan Padlet sekolah telah menjadi jambatan dalam hubungan pihak komuniti dengan sekolah. Sebarang isu atau berita berkaitan program sekolah akan disalurkan sebagai pengetahuan kepada pihak komuniti. Ini bertujuan memperoleh sumber tenaga dan kewangan. Sepanjang pelaksanaan projek, beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai langkah mencapai objektif projek. Antaranya dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Jadual Program atau aktiviti yang telah dilaksanakan oleh PIBK

B il Projek Sumber Sumbangan Pelaksanaan

1 Laluan masuk utama sekolah Syarikat Kodika dan Tenaga PIBK RM20 000 Februari 2 Pembinaan Box Calvert di laluan utama Sumbangan JPS Kedah RM20 000 Mac 3 Menyediakan kerusi menunggu waris Syarikat Mudim Pendang RM500.00 Februari 4. Membina dataran rekreasi-stesen pembelajaran Syarikat Nichias dan Tenaga PIBK RM5000.00 Mei 5. Membina taman tanaman utama Sumber Tenaga PIBK RM5000.00 Jun 6. Mengecat semula bangunan Individu & PIBK RM3000.00 Julai 7. Membaik pulih dataran perhimpunan Syarikat Bina Darul Aman Berhad RM30 000 Januari 8. Membaik pulih surau dan keceriaan Sumbangan Ikhlas komuniti RM5000.00 Februari 9. Pasir slap Tn Hj Tajuddin Ali RM1500.00 Mei 2018

10 Sumbangan sekolah ke Konvensyen TS25 peringkat kebangsaan di Melaka 2017

Komuniti RM5000.00 September

11 Sumbangan berskala kecil melibatkan sumbangan waris

dan komuniti Komuniti RM5000.00

Sepanjang tahun 2017 dan 2018

78

Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan Projek Mewujudkan Pembangunan Eko-Sistem PIBK dilakukan melalui pendekatan PDCA (Plan-Do-Check-Action) dan PILL (Pelan Intervensi Lima Langkah). Oleh yang demikian beberapa strategi yang dikenal pasti dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berikut adalah ringkasan pendekatan dan strategi yang dirancang.

Jadual 2: Proses Pelaksanaan Projek Berimpak Tinggi di SK Penghulu Jusoh

Berdasarkan Jadual 2, pihak sekolah telah mengenal pasti satu projek yang berimpak tinggi dengan kos yang minima. Pihak KSIB dan jawatankuasa bertindak telah mengadakan Program Muafakat Gegar Transformasi Sekolah dengan melibatkan pelbagai kumpulan sokongan komuniti dengan memberi penekanan kepada pelbagai bidang termasuklah persekitaran fizikal, akademik, kokurikulum dan sukan malah bidang sahsiah dan kemenjadian murid juga ditekankan. Kumpulan ini telah memainkan peranan

masing-Langkah Program Tarikh

Plan Persediaan Perbincangan dengan SLT, MLT dan AJK PIBG

Taklimat tentang Projek

Penubuhan Jawatankuasa Projek.

Januari

Do Pelaksanaan Pertemuan dgn PIBK

Perancangan Program bersama PIBK

Kenal pasti NGO dan komunti yang dapat membantu

Melaksanakan projek dan aktiviti Sekolahku Bertransformasi wajah

Januari - Jun

Check Penilaian OPPM

Soal selidik, TV dan SV

Mesyuarat secara berkala

Laporan program

Januari - Oktober

Action Penambahbaikan Post mortem program Oktober 2018

79

Dokumen terkait