• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wan Aznita binti Wan Salim SK Toh Puan Sharifah Hanifah,

Kuala Nerang, Kedah

Bidang Fokus

Projek ini berfokus kepada pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah (SKTPSH) dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SMSPS).

Pengenalan Projek

Jejak Ilmu merupakan suatu projek kerjasama dengan SKTPSH dengan SMSPS yang dilaksanakan setiap tahun bermula pada tahun 2014 yang membawa murid-murid tahun enam SKTPSH ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena untuk diberi peluang melawat dan menjalankan aktiviti bersama-sama dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah berkenaan. Dalam usaha untuk mendepani cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 yang telah menjadikan pendidikan lebih fleksibel dan boleh berlaku pada bila-bila masa serta di mana sahaja maka pihak SKTPSH telah mengorak langkah berani mengadakan jalinan kerjasama dengan sekolah berasrama penuh yang berdekatan iaitu Sekolah Menengah Sains Pokok Sena (SMSPS). Projek Jejak Ilmu ini melibatkan murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Peperiksaan USPR pada hujung tahun. Melalui projek ini, murid-murid tahun enam sekolah ini akan melawat ke SMSPS melalui kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan. Murid-murid yang terlibat dibimbing dan diberi motivasi untuk merasai bagaimana kehidupan murid-murid di sekolah berasrama penuh. Antara aktiviti yang dijalankan bersama Pembimbing Rakan Sebaya sekolah berkenaan ialah Mencari Harta Karun (Tresure Hunt), Lawatan Sosial ke bilik-bilik khas (bilik darjah/ perpustakaan/ asrama/ dewan makan/ surau/ gelanggang permainan), aktiviti Mengenali Potensi Diri dan Latihan dalam Kumpulan (LDK)

63

Latar Belakang Sekolah

SK Toh Puan Sharifah Hanifah terletak dalam daerah Padang Terap. Bilangan murid dalam daftar bagi SKTPSH adalah seramai 191 orang iaitu 73 orang murid lelaki dan 128 orang murid perempuan. Semua murid sekolah ini berketurunan Melayu. Kebanyakan murid sekolah ini merupakan penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan sekolah. Latar belakang pekerjaan waris sekolah ini majoritinya petani dan penoreh getah. Namun begitu terdapat sebilangan kecil waris yang bekerja sebagai kakitangan awam iaitu jururawat, guru dan sebagainya. Ibu bapa dan penjaga pelajar juga mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan iaitu peringkat tinggi iaitu (kolej dan universitI) serta kelompok ibu bapa yang hanya berpendidikan sekolah rendah sahaja. Sekolah ini mempunyai 17 orang guru dan empat orang staf sokongan serta tiga orang pekerja pembersihan (swasta). Sekolah Menengah Sains Pokok Sena pula adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia. Sekolah ini menempatkan 60 orang guru, 20 orang kakitangan sokongan dan 500 orang murid. Selain daripada cemerlang dalam akademik, SMSPS juga cemerlang dalam sukan ragbi. SMSPS merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di kawasan ini.

Isu dan Cabaran

Kualiti pencapaian UPSR yang agak kurang memberangsangkan dalam jumlah murid yang mendapat A bagi semua mata pelajaran (5A @ 6A). Menyedari hakikat ini, pihak sekolah menyedari keperluan untuk memotivasikan murid sekolah ini terutamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran sekolah merancang untuk mengadakan suatu bentuk program motivasi yang melibatkan pemuafakatan dengan pihak luar. Idea ini adalah bertepatan dengan anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah mengenal pasti pemuafakatan sekolah dengan komuniti sebagai suatu strategi terbaik untuk menggalakkan penglibatan komuniti bagi meningkatkan keberhasilan murid.

64

TAHUN BILANGAN 5A/6A

2011 1 orang

2012 1 orang

2013 1 orang

Jadual di atas menunjukkan analisis data UPSR tentang bilangan murid yang mendapat A dalam semua mata pelajaran sejak tahun 2011, sebelum projek ini dilaksanakan. Data ini telah menunjukkan dengan jelas bahawa pelaksanaan Projek Jejak Ilmu ini telah menunjukkan perubahan pencapaian yang amat drastik sekali. Situasi ini secara tidak langsung menyokong penyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (2012) iaitu pembelajaran itu sebenarnya boleh berlaku di mana-mana saja sama ada di dalam kawasan sekolah, di rumah atau dalam komuniti.

Matlamat Projek

Konsep perhubungan sekolah dengan pihak luar dilihat sebagai suatu alternatif yang berimpak tinggi untuk dilaksanakan dalam sistem persekolahan. Ini merupakan suatu konsep perkongsian pintar antara pihak sekolah dan komuniti luar sekolah. Perkongsian ini juga dilihat sebagai satu strategi untuk menzahirkan suasana sekolah yang mesra masyarakat. Matlamat yang disasarkan dalam Projek Jejak Ilmu ini adalah:

(i) Memotivasikan murid secara intrinsik supaya belajar dengan bersungguh- sungguh untuk berjaya dengan cemerlang.

(ii) Membuka minda murid-murid tentang peluang untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh yang mempunyai pelbagai kemudahan dan peluang untuk lebih cemerlang dalam pelajaran

(iii) Menyemai semangat gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. (iv) Menimba pengalaman yang berguna daripada Pembimbing Rakan Sebaya dari

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan seterusnya menjadikan pengalaman tersebut sebagai pengalaman yang berguna untuk terus maju dan cemerlang dalam pelajaran.

(v) Menerapkan sikap yakin kepada diri sendiri dan berupaya menjadi murid yang berani dalam usaha untuk mendepani cabaran masa hadapan.

65

Inisiatif Projek

Sekolah sebagai sebuah institusi sosial seharusnya tidak wujud secara bersendirian. Oleh itu, permuafakatan bersama masyarakat penting dalam membawa kejayaan. Dalam usaha untuk mewujudkan permuafakatan antara sekolah dengan pihak luar, pelbagai langkah dan strategi harus difikirkan untuk dilaksanakan. Perkongsian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan cara. Dalam membicarakan persoalan ini, pihak penolong kanan hal ehwal murid Sekolah Kebangsaan Toh Puan Sharifah Hanifah telah mengambil inisiatif untuk berkunjung ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena bagi mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah berkenaan iaitu pengetua dan penolong-penolong kanan sekolah berkenaan. Setelah mendapat persetujuan dan kata sepakat, maka tindakan seterusnya ialah menyediakan kertas kerja projek yang dinamakan sebagai Projek Jejak Ilmu. Kertas kerja dan surat permohonan mengadakan projek ini telah dihantar ke sekolah tersebut. Jaringan kolaboratif ini bermula apabila surat jawapan daripada Sekolah Sains Pokok Sena diterima dan permohonan untuk mengadakan projek tersebut mendapat persetujuan daripada sekolah berkenaan.

Hubungan kerjasama antara SKTPSH dengan SMSPS ini telah berlangsung selama hampir lima tahun. Jalinan kerjasama ini membawa impak yang sangat positif kepada ramai murid sekolah ini apabila mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan peratusan pencapaian murid yang mendapat A bagi semua mata pelajaran UPSR telah meningkat dengan begitu baik sekali. Kejayaan ini telah melayakkan murid-murid yang cemerlang melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah berasrama penuh termasuklah ke SMSPS.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam Projek Jejak Ilmu ini ialah aktiviti mentor mentee yang membolehkan murid-murid menerima pengetahuan dan kemahiran tentang teknik pengucapan awam, peluang-peluang kerjaya dan peluang–peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh. Pendedahan ini menggalakkan murid-murid mendapat input yang berguna dan berani menyuarakan pendapat serta pandangan tentang pilihan laluan pendidikan mereka kelak.

66

Pencapaian Projek

Usaha pihak sekolah menjalinkan hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan pencapaian UPSR ini telah menampakkan hasil yang agak memberansangkan iaitu dimana jumlah pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 5A telah meningkat dengan agak membanggakan.

Jadual 2: Jumlah Pencapaian 5A/6A UPSR

TAHUN BILANGAN 5A/6A

2014 6 orang

2015 7 orang

2016 1 orang

2017 5 orang

Data di atas menunjukkan peningkatan pencapaian A bagi semua mata pelajaran dalam UPSR setelah aktiviti kerjasama atau hubungan luar dengan SMSPS dilaksanakan. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan dengan unit hal ehwal murid SMSPS telah memberi impak yang sangat baik. Kejayaan ini sangat membanggakan dan mengharumkan nama SKTPSH. Peningkatan ini juga telah menjadikan SKTPSH sebagai sebuah sekolah penanda aras bagi sekolah-sekolah lain dalam negeri Kedah.

Kekuatan Projek

Jalinan hubungan luar dengan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ini telah memberi impak yang positif kepada murid-murid sekolah ini khasnya dan guru-guru serta pihak pentadbiran sekolah umumnya. Antara impak lain selain daripada peningkatan bilangan murid yang mendapat A dalam semua mata pelajaran UPSR ialah :

a) Murid-murid Tahun 6 lebih bermotivasi dan menjadikan mereka lebih bersungguh-sungguh ketika belajar.

b) Menarik minat murid-murid khususnya murid-murid Tahun 6 untuk melayakkan diri menyambung pengajian di sekolah berasrama penuh.

c) Membuka minda murid-murid tentang peluang-peluang yang boleh mereka dapat jika mereka dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

67

Cabaran Pelaksanaan Projek

Pelaksanaan pemuafakatan sekolah dengan komuniti bukanlah suatu perkara yang mudah. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan pemuafakatan sekolah dengan komuniti. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi adalah:

a) Masalah pengangkutan untuk membawa pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena yang mana pihak sekolah terpaksa menyewa bas dengan kos yang agak tinggi.

b) Masalah kekurangan guru di sekolah apabila sebilangan guru terpaksa mengiringi pelajar-pelajar ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.

c) Sikap murid yang ambil mudah semua perkara iaitu mereka tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya menyebabkan apa yang cuba disampaikan oleh Pembimbing Rakan Sebaya tidak mencapai matlamat yang disasarkan.

d) Kekangan masa oleh pihak Sekolah Menengah Sains Pokok Sena apabila terdapat banyak program yang terpaksa mereka kendalikan melibatkan pihak luar iaitu dari sekolah-sekolah lain.

e) Komitmen pihak SMSPS yang agak banyak menyebabkan program kerjasama yang dirancang iaitu seperti lawatan timbal balik dari SMSPS ke SKTPSH tidak dapat dilaksanakan seperti yang direncanakan.

Cadangan Penambahbaikan

Projek Jejak Ilmu merupakan suatu projek yang sangat bermanfaat dan telah terbukti keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian bilangan murid mendapat A dalam semua mata pelajaran UPSR sejak lima tahun pelaksanaannya. Namun projek ini akan menjadi lebih mantap dan berkesan jika tempoh pelaksanaan projek dapat dipanjangkan dari dua jam kepada sehari semalam. Penambahbaikan ini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai suasana kehidupan di asrama. Justeru ia akan meningkatkan lagi motivasi diri untuk lebih berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, pelaksanaan program timbal balik atau lawatan susulan daripada pembimbing Rakan Sebaya SMSPS ke SKTPSH akan memantapkan lagi sesi perkongsian ilmu tersebut di mana PRS akan dapat memantau dan menilai aktiviti yang dilaksanakan ketika Projek Jejak Ilmu yang lalu. Maka rumusan dan pemantapan dapat dilaksanakan dan

68

Dokumen terkait