• Tidak ada hasil yang ditemukan

PELABURAN DALAM KUMPULAN SRC

1. LATAR BELAKANG

1.1. Cadangan awal penubuhan sebuah strategic resource company telah dikemukakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, iaitu Encik Shahrol Azral Ibrahim Halmi kepada YAB. Perdana Menteri untuk mendapat nasihat dan sokongan beliau pada 24 Ogos 2010. Objektif cadangan penubuhan strategic resource company adalah untuk mendapatkan dan mengekalkan kepentingan strategik dalam pengekstrakan, pemprosesan, perkhidmatan logistik dan jual beli yang melibatkan sumber asli antaranya seperti arang batu, uranium, gas, minyak, besi dan aluminium. Justifikasi penubuhan syarikat ini oleh 1MDB ialah bagi memastikan Malaysia mendapat pembekalan sumber asli yang mencukupi serta dapat melahirkan tenaga mahir bagi membangun industri sumber asli di masa hadapan. 1MDB juga menyatakan ketiadaan perancangan strategik jangka panjang, kekurangan sumber asli serta kos perolehan sumber asli yang tinggi akan memberi kesan kepada kepesatan ekonomi negara dan tahap persaingan di peringkat global. Sehubungan ini, penubuhan syarikat ini adalah untuk menumpukan usaha di peringkat global kerana semenjak penubuhan syarikat Malaysia Mining Corporation, Malaysia tidak mempunyai kedudukan yang strategik dalam industri ini dan dilaporkan tidak lagi mempunyai akses kepada sumber asli antarabangsa serta masih kekurangan sumber asli strategik untuk bekalan tempatan. Selain itu, usaha ini dapat menyediakan bekalan jangka panjang kepada Tenaga Fuel Services Sdn. Bhd., iaitu subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang merupakan pembekal sumber tenaga arang batu di Malaysia. Berdasarkan Rancangan Perniagaan SRC bagi tempoh tahun 2011 sehingga 2015, SRC akan membekalkan sumber arang batu untuk keperluan jangka panjang sumber asli strategik negara dalam tahun keempat syarikat beroperasi (tahun 2014).

1.2. Pada 27 Ogos 2010, YAB Perdana Menteri telah meminta supaya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa itu untuk meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengkaji dan membuat ulasan cadangan penubuhan strategic resource company. Pada 12 Oktober 2010, Ketua Pengarah EPU semasa itu, telah memaklumkan kepada YAB Perdana Menteri mengenai pandangan EPU seperti berikut:

a. Cadangan 1MDB untuk menubuhkan syarikat yang melibatkan sumber strategik seperti arang batu dan uranium disokong dengan pelaksanaan operasinya berasaskan prinsip pasaran;

b. Bagi tujuan pengekstrakan dan pengimportan minyak dan gas, peranan berkenaan dicadang diteruskan oleh PETRONAS selaku peneraju dalam industri minyak dan gas negara yang juga telah memainkan peranan sebagai strategic resource company dalam sektor berkenaan. Bagi industri besi dan aluminium, ianya dicadang terus dikendali oleh sektor swasta; dan

SRC, peruntukan pembangunan sejumlah RM20 juta dicadang disediakan sebagai geran pembangunan.

Seterusnya pada 19 Oktober 2010, YAB Perdana Menteri telah mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan Ketua Pengarah EPU.

1.3. Pada 10 November 2010, Ketua Pengarah EPU telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Eksekutif 1MDB mengenai syarat-syarat kelulusan yang diberi seperti berikut:

a. Tujuan penubuhan syarikat adalah bagi mencapai dan mengekalkan kepentingan strategik dalam pengekstrakan, pemprosesan, perkhidmatan logistik dan trading untuk dua sumber strategik utama iaitu arang batu dan uranium dengan pelaksanaan operasinya berlandaskan prinsip pasaran;

b. Bagi tujuan pengekstrakan dan pengimportan minyak dan gas, Kerajaan berpandangan bahawa peranan berkenaan perlu diteruskan oleh PETRONAS selaku peneraju dalam industri minyak dan gas negara yang juga telah memainkan peranan sebagai strategic resource company dalam sektor berkenaan;

c. Bagi sumber besi dan aluminium pula, adalah lebih sesuai dikendali oleh sektor swasta; dan

d. Bersetuju untuk menyediakan peruntukan pembangunan sejumlah RM20 juta sebagai geran pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh.

1.4. Sehubungan ini, SRC International Sdn. Bhd. (SRC) ditubuhkan pada 7 Januari 2011 dengan modal dibenarkan berjumlah RM100,000 dan modal berbayar sejumlah RM2.00 yang dimiliki sepenuhnya oleh 1MDB. Dua Lembaga Pengarah yang dilantik semasa penubuhan SRC ialah Encik Nik Faisal Ariff Kamil dan Encik Vincent Beng Huat Koh yang masing-masing merupakan Ketua Pegawai Pelaburan dan Naib Presiden, Pelaburan 1MDB pada ketika itu. Berdasarkan Memorandum and Articles of Association (M&A) SRC, objektif penubuhan SRC adalah seperti berikut:

a. “To identify and invest in projects associated with exploration, extraction, processing, logistics and trading of conventional and renewable energy resources, natural resources and minerals, including activities spanning the full value chain of energy and resources and all other activities related thereto directly or indirectly related to energy and resources and/or activities that requires the prudent management of assets in the interim that will lead to the eventual deployment of funds to fulfill the above.

operation with any company, firm or person carrying on or proposing to carry on any business within the objects of the company or calculated to advance its interests, including acquiring and holding shares, stock or securities of any such

company, activities to secure strategic resource investments and

investments/projects in areas/sectors of interest to the Government of Malaysia on billateral basis.”

2. STRUKTUR TADBIR URUS DAN ORGANISASI KUMPULAN SRC

2.1. Berdasarkan Memorandum and Articles of Association (M&A) SRC, struktur tadbir urus dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu Penasihat, Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi. Pelantikan dan penamatan Lembaga Pengarah termasuk Pengarah Ganti dan Pengurusan Tertinggi SRC perlu mendapat kelulusan bertulis daripada YAB Perdana Menteri. Lembaga Pengarah tidak dibenarkan dilantik dari kalangan yang memegang jawatan dalam parti politik, pegawai Kerajaan (Persekutuan atau negeri), ahli parlimen atau ahli badan perundangan (Persekutuan atau negeri) selaras dengan Artikel 67 dalam M&A berkaitan.

2.2. Senarai keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah SRC dari tahun 2011 hingga tarikh dipindah milik kepada MKD pada 15 Februari 2012 adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 3.1

LEMBAGA PENGARAH SRC INTERNATIONAL SDN. BHD. DARI TEMPOH 7 JANUARI 2011 HINGGA 15 FEBRUARI 2012

NAMA JAWATAN TARIKH

LANTIKAN

Tan Sri Ismee bin Ismail Pengerusi

(Pengarah Bukan Eksekutif) 01.08.2011 Datuk Suboh bin Md Yassin Pengarah Bukan Eksekutif 22.08.2011 Dato’ Che Abdullah @ Rashidi bin

Che Omar Pengarah Bukan Eksekutif 22.08.2011

Shahrol Azral bin Ibrahim Halmi Pengarah Bukan Eksekutif 01.08.2011 Nik Faisal Ariff Kamil

Pengarah Eksekutif - Ketua Pegawai Eksekutif/

Pengarah Urusan

07.01.2011 Vincent Beng Huat Koh Pengarah Bukan Eksekutif 07.01.2011 Sumber: Daftar Lembaga Pengarah SRC

3.1. Pada awal penubuhannya, SRC merupakan subsidiari kepada 1MDB Energy Sdn. Bhd. (subsidiari 1MDB). Pada 16 Ogos 2011, pegangan saham SRC telah dipindah milik kepada 1MDB dan modal dibenarkan dan berbayar telah bertambah kepada RM1 juta. SRC mempunyai sebuah subsidiari, iaitu SRC International (Malaysia) Limited (SRCI). SRCI sebelumnya dikenali sebagai Corporate Point (BVI) Ltd., yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) pada 4 Jun 2010. SRC telah mengambil alih saham SRCI pada 2 September 2011 daripada 1MDB Real Estate Sdn. Bhd. pada harga USD2.00. Aktiviti pelaburan SRC berkaitan tenaga dan pelaburan lain di luar negara dilaksanakan oleh syarikat SRCI.

3.2. SRCI mempunyai dua subsidiari, iaitu Pristine Link (BVI) Ltd. dan PT SRC Indonesia. Struktur Kumpulan SRC adalah seperti carta berikut:

CARTA 3.1

STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN SRC PADA 15 FEBRUARI 2012

Sumber: Penyata Kewangan SRC Bagi Tempoh Berakhir 31 Mac 2012

3.3. Aktiviti utama PT SRC Indonesia adalah sebagai perunding pengurusan perniagaan manakala Pristine Link (BVI) Ltd. merupakan sebuah syarikat dorman sejak pengambilalihan pada tahun 2010.

3.4. Senarai keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah SRCI dari tahun 2011 hingga tarikh dipindah milik kepada MKD pada 15 Februari 2012 adalah seperti jadual berikut:

JADUAL 3.2

LEMBAGA PENGARAH SRC INTERNATIONAL (MALAYSIA) LIMITED DARI TEMPOH 7 JANUARI 2011 HINGGA 15 FEBRUARI 2012

NAMA JAWATAN TARIKH LANTIKAN

Datuk Suboh bin Md Yassin Pengerusi/Pengarah Bukan

Eksekutif 21.10.2011 Nik Faisal Ariff Kamil Ketua Pegawai Eksekutif/

Pengarah Eksekutif 08.09.2011 Tan Sri Ismee bin Ismail Pengarah Bukan Eksekutif 08.09.2011 Shahrol Azral bin Ibrahim Halmi Pengarah Bukan Eksekutif 04.06.2011 Radhi bin Mohamad Pengarah Bukan Eksekutif 04.06.2011

Sumber: Resolusi Lembaga Pengarah SRCI Dan Maklum Balas SRC

100%

SRC International Sdn. Bhd.

SRC International (Malaysia) Ltd.

PT SRC Indonesia Pristine Link (BVI) Ltd.

100%

4.1. Sebagai subsidiari 1MDB, SRC memperoleh sumber kewangan daripada geran Kerajaan dalam bentuk geran pembangunan berjumlah RM15 juta daripada RM20 juta yang diluluskan dan pembiayaan yang berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Butiran lanjut adalah seperti berikut:

4.1.1. Geran Pembangunan Daripada Unit Perancang Ekonomi

Peruntukan pembangunan berjumlah RM20 juta sebagai geran permulaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) pada 10 November 2010. Geran ini adalah bagi membiayai kos penubuhan SRC, perkhidmatan kepada Maybank Investment Bank dan proses due diligence bagi mengenal pasti aset dan syarikat perlombongan yang berpotensi untuk pelaburan.

4.1.2. Pembiayaan RM2 Bilion Daripada KWAP

4.1.2.1. Pada 3 Jun 2011, SRC telah mengemukakan surat permohonan kepada Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bagi mendapatkan kelulusan pembiayaan berjumlah RM3.95 bilion daripada KWAP. Surat ini antara lainnya menyatakan tujuan permohonan pembiayaan tersebut adalah sebagai modal kerja dan pelaburan am tanpa had di dalam sektor sumber asli dengan jaminan korporat oleh 1MDB dalam tempoh pembiayaan selama 10 tahun. Pada 5 Jun 2011, beliau telah bersetuju dengan permohonan ini.

4.1.2.2. Pada 19 Julai 2011, Panel Pelaburan KWAP telah meluluskan pembiayaan sehingga RM2 bilion daripada RM3.95 bilion yang dimohon. Kelulusan jumlah pembiayaan sehingga RM2 bilion dibuat selepas mesyuarat dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWAP bahawa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju dengan jumlah ini. Kelulusan pembiayaan tersebut adalah tertakluk kepada dua opsyen pembiayaan seperti berikut:

a. KWAP menyalurkan pembiayaan kepada 1MDB dengan jaminan Kerajaan atau; dan

b. KWAP menyalurkan pembiayaan kepada Kerajaan di mana Kerajaan kemudiannya menyalurkan pembiayaan kepada 1MDB.

4.1.2.3. Susulan daripada kelulusan ini, pada 12 Ogos 2011, SRC telah membuat permohonan rasmi pembiayaan berjumlah RM2 bilion daripada KWAP untuk tujuan pengoperasian syarikat dan aktiviti pelaburan. Surat permohonan ini telah ditandatangani oleh pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SRC semasa itu.

sehingga RM2 bilion daripada sumber pasaran atau institusi kewangan domestik. Tujuan kelulusan jaminan pembiayaan adalah untuk pelaburan di dalam sektor sumber asli. Seterusnya, Kementerian Kewangan telah bersetuju memberikan jaminan kepada SRC berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri tersebut.

4.1.2.5. Pada 23 Ogos 2011, KWAP telah mengemukakan surat tawaran pembiayaan berjangka berjumlah RM2 bilion kepada SRC untuk tempoh 10 tahun yang menyatakan tujuan pembiayaan adalah untuk aktiviti pelaburan am dan modal pusingan SRC. Bayaran keuntungan akan dibuat setiap enam bulan bermula pada bulan ke-30 selepas tarikh pengeluaran. Keuntungan yang tidak dibayar akan dimodalkan dan ditambah kepada jumlah prinsipal pembiayaan. Terdapat empat syarat khas yang ditetapkan oleh KWAP iaitu:

a. Sebarang perubahan kepada pemilikan saham SRC tidak dibenarkan di mana 1MDB hendaklah mengekalkan pemilikan 100% saham SRC;

b. SRC hendaklah memaklumkan kepada KWAP sebelum menerima sebarang kemudahan pinjaman/pembiayaan daripada pihak lain;

c. SRC hendaklah mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan diaudit dalam tempoh 180 hari dari tarikh akhir tahun kewangan; dan

d. SRC hendaklah mengemukakan laporan kemajuan suku tahunan mengenai

kedudukan semasa dan prestasi aktiviti pelaburan dan perniagaan SRC.

4.1.2.6. Pada 26 Ogos 2011, SRC telah bersetuju menerima tawaran kemudahan pembiayaan melalui Facility Agreement yang telah ditandatangani antara KWAP dan SRC. Seterusnya, KWAP telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM2 bilion pada 29 Ogos 2011.

4.1.2.7. Melalui dana pembiayaan yang diterima daripada KWAP, Lembaga Pengarah SRC melalui resolusi bertarikh 14 November 2011 telah meluluskan pindahan dana kepada SRCI bagi tujuan placement in time deposit dan/atau pelaburan atau keperluan perbelanjaan operasi dengan mendepositkan sejumlah USD170 juta dan USD5 juta di dua buah bank di Hong Kong, iaitu Bank Julius Baer dan Falcon Private Bank dan USD335 juta di BSI Bank, Lugano.

4.1.3. Pembiayaan Tambahan RM2 bilion

4.1.3.1. Pada 9 Januari 2012, SRC telah memohon kepada Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bagi mendapatkan pembiayaan tambahan sejumlah RM1.95 bilion yang terdiri daripada RM650 juta dalam bentuk geran Kerajaan dan RM1.35 bilion pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan. Bagaimanapun, pada 2 Februari 2012, Kementerian Kewangan memutuskan supaya peruntukan geran tidak disediakan sebaliknya kesemua keperluan diberikan dalam bentuk jaminan pinjaman RM2 bilion. Pembiayaan tambahan diperlukan kerana pembiayaan sedia ada sejumlah RM2 bilion tidak mencukupi bagi menampung keperluan modal kerja SRC.

Kerajaan terhadap pembiayaan tambahan sejumlah RM2 bilion kepada SRC dengan terma yang sama dengan pembiayaan pertama. Selepas keputusan Jemaah Menteri meluluskan pemberian jaminan Kerajaan, SRC telah dipindah milik daripada 1MDB kepada MKD.

5. PELABURAN USAHA SAMA ANTARA SRC INTERNATIONAL (MALAYSIA)