• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN UMUM TENTANG DAKWAH

2. Ali Mahfuzh dalam kitabnya “Hidayatul Mursyidin” mendefinisikan

2.2 Kandungan Dakwah

2.2.1 Materi Dakwah

Materi dakwah ialah ajaran-ajaran dalam agama Islam. Ajaran agama Islam tersebut wajib disampaikan kepada manusia sehingga mereka menerima dan mengikutinya, begitu juga wajib disampaikan kepada umat Islam, sehingga umat Islam benar-benar mengetahui, memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Oleh yang demikian, mereka hidup dalam kehidupan yang sesuai dengan ketentuan-ketentuan agama Islam. Ajaran Islam dapat dibahagikan kepada 3 bahagian:

1. Akidah (Keyakinan)

Akidah merupakan pedoman bagi setiap Muslim. Akidah juga merupakan asas bimbingan bagi kehidupan seorang Muslim. Ajaran akidah merupakan misi pertama dalam dakwah Nabi Muhammad SAW ketika beliau pertama kali

69

57 melakukan dakwah di Mekah. Dakwah Nabi dalam memperbaiki akidah penduduk Mekah pada masa itu dapat dilihat melalui kandungan ayat-ayat makkiyah, antaranya ialah:                    Al-Ikhlash 112: 1-4 Terjemahan: 1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; 4. Dan tidak ada sesiapapun Yang serupa dengan-Nya.

Begitu juga pembentukan akidah merupakan misi pertama bagi dakwah rasul-rasul yang diutus sebelum Nabi Muhammad SAW. Membentuk akidah maksudnya mencipta cara berfikir yang sebenar, terhadap alam dan manusia serta kehidupan. Masyarakat perlu yakin terhadap rukun iman, terutama sekali iman kepada Allah Maha Pencipta. Usaha ini merupakan asas dalam pembentukan keperibadian seorang Muslim.70

Akidah keyakinan seorang Muslim ialah: beriman kepada Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab yang diwahyukan kepada para rasul, juga beriman kepada rasul-rasul alaihissalam, beriman adanya hari kiamat, adanya qada dan qadar serta masalah-masalah yang berkaitan dengan asas-asas keimanan itu.

Asas keimanan yang menjadi akidah Islamiah tersebut pernah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda menjawab pertanyaan malaikat Jibrail alaihissalam:

70 Fathi Yakan, Strategi Hidup Secara Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah, terj. Haji Megat Supian (Kuala Lumpur: Darul Iman, 199), 17.

58

َلاَق ؟ ُناَمْيلِْا اَم َلاَقَ ف ُلْيِرْبِج ُهاَتَأَف

:

ِهِبُتُكَو ِهِتَكِئلاَمَو ِللهاِب َنِمْؤُ ت ْنَأ ُناَمْي ْلَِا

ِرِخلآْا ِمْوَ يلْاَو ِهِلُسُرَو

ِرَدَقلْاِب َنِمْؤُ تَو

ِهِّرَشَو ِهِرْيَخ

Terjemahan: Maka ceritakan kepada saya (kata Malaikat) tentang Iman, sabda Rasulullah: hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat dan beriman kepada qada dan qadar yang baik dan buruk.71

2. Syariah (Hukum-hakam Syariah)

Hukum merupakan peraturan-peraturan atau sistem-sistem yang disyariatkan Allah SWT untuk umat manusia, baik secara tafsil (terperinci) mahupun secara ijmal ( asas-asasnya sahaja), yang mana ia dijelaskan secara lengkap oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. Asas bagi Syariah Islamiah ialah wahyu Allah yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW dengan tujuan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (iman).72 Asas syariah Islamiah didasarkan kepada dua prinsip yang unik dan asas iaitu:

a). Ibadah (penyembahan) hanyalah milik Allah SWT yang tidak mempunyai sekutu.           Surah al-An’am 6: 162 Terjemahan: katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

b). Allah wajib disembah

Sebagaimana yang diperintahkan dalam kitab suci al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Allah berfirman:

71 Hadith riwayat al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari, Minhah al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari,

“Kitab al-Iman”. no. hadith 50. (Riyad: Maktabah ar-Rasyd, 2005), 1: 223. 72

59                Al-Hasyr 59: 7 Terjemahan: dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).

Hukum yang meliputi syariah ada lima bahagian:

Bahagian pertama: Ibadah iaitu suatu sistem yang mengatur tentang hubungan manusia sebagai hamba dengan Tuhannya sebagai Zat yang wajib disembah. Ibadah meliputi tatacara solat, zakat, puasa, haji dan ibadah-ibadah yang lain. Nabi Muhammad SAW bersabda:

يماَقيإَو ،يهَّللا ُلوُسَر ًادَّمَُمُ َّنَأَو ُهَّللا َّلايإ َهَليإ َلا ْنَأ يةَداَهَش ٍسَْخَ ىَلَع ُمَلاْسيلإا َينُِب

َناَضَمَر يمْوَصَو ،ِّجَْلْاَو ،يةاَكَّزلا يءاَتييإَو ،يةَلاَّصلا

Terjemahan: Islam di bangun di atas lima perkara; 1. bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang wajib disembah dengan hak kecuali Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad itu ialah utusan Allah, 2. mendirikan solat, 3. menunaikan zakat, 4. beribadah haji, 5. dan berpuasa pada bulan Ramadhan. HR. Al-Bukhari dari Ibnu Umar.73

Bahagian kedua: Hukum Keluarga (al-Ahwal al-Syakhsiyyah) meliputi hukum pernikahan, nasab, waris, nafkah dan masalah-masalah yang berada dalam ruang lingkupnya.74

Bahagian ketiga: Hukum-hakam yang mengatur tentang ekonomi atau al-Muamalah al-Maliyah, meliputi hukum jual beli, gada’ian, perburuan, pertanian dan masalah-masalah yang berada dalam ruang lingkupnya.

73 Hadith riwayat al-Bukhari, Muhammad bin Ismail Abu Abd Allah al-Bukhari, Minhah al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari,

“Kitab al-Iman”. no. hadith 37. (Riyad: Maktabah ar-Rasyd, 2005), 1: 129.

74 Al-Ahwal al-Syakhsiyyah: Merupakan hukum-hukum yang menyangkut masalah keluarga, dalam literatur fikah Islam baru dikenal pada sekitar pertengahan abad ke-19, orang yang pertama mengumumkan istilah Al-Ahwal Asy-Syakhsiyyah ialah Muhammad Qudri Pasya, seorang pakar hukum Islam di Mesir. Ensiklopedi Islam (Jakarta: PT. Ichtiar Baru Van Hoeve, 1999), 2: 92.

60 Bahagian keempat: Hukum Pidana (undang-undang jenayah), meliputi hukum qishash, ta’zir dan masalah-masalah yang berada dalam ruang lingkupnya. Bahagian kelima: Hukum-hakam ketatanegaraan, meliputi hukum-hakam peperangan, perdamaian, ghanimah, perjanjian dengan negara-negara lain dan masalah-masalah yang berkaitan yang berada dalam ruang lingkup ketatanegaraan.

Hukum-hukum ini telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda membina masyarakat Islam di Madinah.

3.Akhlak (Moral)

Akhlak merupakan penentu bagi perbuatan manusia dalam kehidupan ini. Terdapat dua nilai yang sangat berpengaruh dalam diri manusia iaitu: nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua aspek kehidupan manusia.

Jelas bahawa fungsi akhlak adalah untuk mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan tersebut, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Akhlak juga merupakan pendidikan jiwa yang sangat penting dalam kehidupan seseorang kerana jiwa merupakan sumber daripada perilaku manusia. Jika jiwa seseorang baik nescaya baiklah perilakunya, di mana orang tersebut dapat bersifat

61 dengan sifat-sifat terpuji seperti sabar, tabah, belas kasih, pemurah dan sifat-sifat terpuji lainnya. Namun, apabila jiwa seseorang itu buruk nescaya buruklah perilakunya. Nabi Muhammad SAW bersabda:

ْتَدَسَف اَذإ َو ُهُّلُك ُدَسَجلْا َحَلَص ْتَحَلَص اَذإ ةَغْضُم ِدَسَجْلا يف ِ َّنإ َو َلاَأ

ُبْلَقلْا َيِه َو َلاأ ُهُّلُك ُدَسَجلْا َدَسَف

Terjemahan: Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuh dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh, ketahuilah ia adalah hati.75

Umat yang membangun sangat perlukan akhlak yang tinggi dan mulia, perlu kepada jiwa yang tinggi dan bersemangat kerana umat akan berdepan dengan tuntutan zaman yang baru dan tidak akan dapat dicapai kecuali dengan akhlak yang kuat dan benar. Akhlak yang terpancar daripada iman yang mendalam, pendirian yang kukuh, pengorbanan yang besar dan sanggup menanggung kesukaran. Hanya Islam yang dapat membentuk jiwa agar menjadi sempurna, Islam yang menjadikan keharmonian jiwa dan kebaikannya sebagai asas pembangunan. Allah SWT berfirman:           Asy-Syam 91: 9-10 Terjemahan: Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Islam menjadikan perubahan yang berlaku terhadap umatnya berdasarkan kepada perubahan akhlak dan kebaikan jiwanya. Tidak ada suatu anasir selain Islam yang dapat mengerakkan hati nurani, menghidupkan perasaan, mewujudkan pengawasan ke atas diri yang merupakan sebaik-baik pengawasan. Tanpa

75 Hadith riwayat Imam Muslim, Muslim bin Hajjaj Abul Husin Naisaburi, Sahih Muslim bi Sharh Nawawi, ‘ Kitab

62 pengawasan ini undang-undang mana pun tidak akan terlaksana dalam lubuk hati, terutama pada perkara-perkara yang tersembunyi.76 Tiga bentuk ajaran Islam ini sangat rapat kaitannya dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Pesanan akhlak, keyakinan serta hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT ini yang menjadi materi dakwah yang harus disampaikan kepada umat manusia, baik disampaikan secara individu mahupun secara kelompok jemaah, sehingga mereka yang belum beragama Islam dapat mengerti dan memahami serta dapat menerima Islam sebagai agamanya.

Pada dasarnya tiga ajaran Islam tersebut yang sangat berpengaruh dalam memperbetulkan hati umat manusia. Dengan harapan agar dakwah dapat menjadikan hati manusia itu baik, maka akan baiklah seluruh perbuatannya namun sebaliknya jikalau hati manusia itu jahat maka akan jahatlah semua perbuatannya sebagaimana yang diterangkan oleh hadith di atas.