• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN UMUM TENTANG DAKWAH

2. Ali Mahfuzh dalam kitabnya “Hidayatul Mursyidin” mendefinisikan

2.2 Kandungan Dakwah

2.2.2 Tujuan Dakwah

Dakwah adalah jihad pada jalan Allah SWT dan merupakan satu ibadah yang bertujuan untuk mengajak umat Islam dan yang bukan Islam agar menyembah sang pencipta Allah SWT. Dakwah juga bertujuan untuk membawa manusia kepada keselamatan, kebaikan, dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.77

76 Hasan al-Banna, Tiga Bingkisan Risalah Dakwah, terj. Abu Saif (Selangor: Dewan Pustaka Fajar, 1983), 125. 77

63 Dakwah merupakan satu aktiviti yang sudah pasti mempunyai tujuan yang hendak dicapai, di mana dengan adanya tujuan tersebut maka segala bentuk pengorbanan dalam dakwah akan menjadi ibadah demi mengharapkan reda Allah SWT. Maka dari itu para da’i dan umat Islam khususnya, harus memiliki tujuan dakwah yang jelas dan konkrit, agar usaha dakwah dapat diukur sama ada berjaya atau gagal.

Berdasarkan objektif dakwah, maka tujuan dakwah dapat dibahagikan kepada:

1. Tujuan individu

Mendidik peribadi Muslim yang mempunyai iman yang kuat, berperilaku sesuai dengan hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT dan berakhlak mulia, sehingga peribadi-peribadi umat Islam menjadi Muslim yang kaffah, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT :         Al-Baqarah (2): 208 Terjemahan: Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan. Dalam ayat yang lain Allah SWT memuji ketinggian akhlak orang yang berperibadi Muslim, yang tiada taranya sebagai yang berikut:

             An-Nisa’ 4:125 Terjemahan: Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus.

64 2. Tujuan untuk keluarga

Membentuk keluarga bahagia, penuh ketenteraman dan cinta kasih antara anggota keluarga. Allah SWT berfirman:

                     Al-Rum 30 : 21 Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.

3. Tujuan untuk masyarakat

Membentuk masyarakat yang sejahtera dengan suasana keislaman, iaitu masyarakat yang mematuhi peraturan-peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT, baik yang berkaitan antara hubungan manusia dengan Tuhannya, manusia dengan sesamanya mahupun manusia dengan alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan masyarakat yang saling membantu, penuh rasa persaudaraan, persamaan dan senasib seperuntungan. Nabi Muhammad SAW menggambarkan masyarakat Islam sebagai berikut:

ُهْنِم ىَكَتْشااذِإ ،ِدَسَجْلا ُلثَم ْمهِفُطاَعَ تَو ْمِهِمُحاَرَ تَو ْمِهِّداَوَ ت يِف َنْينِمؤْملا ُلَثَم

ىِّمُحلاو ِرَهَّسلاِب ِدَسَجْلا ُرِئاَس ُهَل ىَعاَدَت وضُع

Terjemahan: Perumpamaan orang-orang yang beriman di dalam saling mencintai, saling berkasih sayang dan saling mempunyai kesamaan rasa mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila salah satu anggotanya merasa sakit maka seluruh anggota tubuhnya ikut merasakan tidak tidur dan merasa demam panas.78

78 Hadith riwayat Imam Muslim, Muslim bin Al-hajjaj Abul Husin an-Naisaburi, Sahih Muslim Bisarhi an-Nawawi, ‘ Kitab al-bir washillah wal-Adab. no. hadith 2586. (Kaherah: Dar Ibnu Jauzi, 2001), 16:130.

65 4. Tujuan untuk umat manusia seluruh dunia

Membentuk masyarakat dunia yang penuh dengan kedamaian dan ketenangan dengan tegaknya keadilan, persamaan hak dan kewajipan, tidak ada diskriminasi dan eksploitasi, saling menolong dan saling menghormati. Dengan demikian, alam semesta seluruhnya dapat menikmati Islam sebagai rahmat bagi mereka. Allah SWT berfirman:       Al-Anbiya’ 21: 107 Terjemahan: Dan tiadalah Kami mengutus Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Adapun berdasarkan materi dakwah, dakwah terbahagi kepada beberapa tujuan:

1. Tujuan Akidah

Menyemai akidah yang kuat dalam hati seseorang, sehingga keyakinan tentang ajaran-ajaran Islam tidak lagi dicampuri dengan rasa keraguan. Realisasi dari tujuan ini adalah bagi orang yang belum beriman menjadi beriman, bagi orang yang imannya masih ikut-ikutan menjadi orang yang beriman melalui bukti-bukti dalil naqli dan dalil akli serta bagi orang yang imannya masih diliputi dengan keraguan menjadi orang yang imannya mantap sepenuh hati. Untuk melihat tercapainya tujuan ini adalah melalui perbuatannya sehari-hari. Ini kerana amal perbuatannyalah yang membuktikan keadaan iman seseorang, kuat atau tidak di dalam hatinya.

2. Tujuan Hukum

Kepatuhan setiap orang terhadap hukum-hakam yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Realisasinya menjadikan orang yang belum melakukan ibadah menjadi

66 orang yang mahu melakukan ibadah dengan penuh kesedaran, bagi orang yang belum mematuhi peraturan-peraturan agama Islam tentang rumah tangga, perdata, pidana dan ketatanegaraan yang telah diundangkan menurut syariat Islam menjadi orang yang mahu dengan kesedaran sendiri mematuhi peraturan-peraturan agama Islam.

3. Tujuan Akhlak

Membentuk peribadi Muslim yang berbudi luhur, dihiasi dengan sifat-sifat yang terpuji dan bersih daripada sifat-sifat yang tercela.

Realisasi daripada tujuan ini dapat dilihat melalui lima sudut:

1. Hubungan dia dengan Tuhannya. Misalnya, menjadikan dirinya seorang hamba Allah yang setia dan tulus, tidak menghambakan dirinya kepada hawa nafsunya atau kepada selain Allah SWT.

2. Hubungan dia dengan dirinya. Misalnya, menghiasi dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti: jujur, berani, mahu memelihara kesihatan jasmani dan rohani, rajin bekerja dan penuh disiplin.

3. Hubungan dia dengan sesama Muslim, iaitu mencintai sesama Muslim sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

4. Hubungan dia dengan sesama manusia, iaitu saling tolong menolong, hormat-menghormati dan memelihara kedamaian bersama.

5. Hubungan dia dengan alam sekitarnya, iaitu dengan memelihara kelestarian alam semesta dan mempergunakannya untuk kepentingan umat manusia, sebagai tanda kebaktiannya kepada Allah SWT sebagai Zat Pencipta alam semesta. Demikian pula setiap manusia harus bersikap sederhana dalam menikmati kehidupan alam

67 semesta dan kenikmatan yang dihalalkan oleh agama Islam, jangan sampai terlalu bermegah-megah atau serba kekurangan, hiduplah dengan penuh kesederhanaan.

Semua tujuan di atas merupakan tunjang daripada tujuan akhir kemampuan dakwah. Tujuan akhir kemampuan dakwah adalah terwujudnya kebahagiaan dan kesejahteraan manusia zahir dan batin di dunia kini dan di akhirat nanti dalam naungan mardhatillah. Tujuan akhir ini dapat dirujuk daripada doa sejagat yang menjadi tujuan umat manusia yang beriman kepada Allah SWT:

              Al-Baqarah 2: 201 Terjemahan: Dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka.

Berdasarkan rumusan tujuan perlaksanaan dakwah di atas dapat disimpulkan bahawa tujuan dakwah ada dua:

1. Tujuan langsung, iaitu dakwah ditujukan secara langsung kepada masyarakat agar melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya.

2. Tujuan tidak langsung, iaitu dengan membentuk generasi da’i melalui pendidikan formal mahupun tidak formal, sehingga mereka dapat berdakwah dalam kalangan masyarakat.79

79

68