• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMATERA UTARA INDONESIA

4.1 Non Muslim Di Medan Sumatera Utara Indonesia

4.1.5 Punca-Punca Non Muslim Dan Suku Batak Menjadi Penganut Islam

Terdapat beberapa suasana yang boleh menarik orang bukan Islam menjadi penganut agama Islam. Yang paling ketara ialah dorongan yang kuat ingin tahu tentang Islam. Dengan membaca, mempelajari tentang Islam, kemudian timbul rasa tertarik untuk mendalami agama Islam untuk mencari kebenaran dan ketenangan

241 Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib bin Hassan al-Indonesi al-Mandili, lahir di Tapanuli Selatan, 31 Disember 1910, meninggal di Mekah, 31 Disember 1965 M, pada umur 55 tahun. Beliau seorang ulama Nusantara yang sangat alim, digelar dengan panggilan ‘al-Alim al-Fadhil’ ,pernah mengajar di Masjidil Haram, namun hubungan beliau dengan dengan alim-ulama dan penuntut ilmu di Alam Melayu sangat akrab. Ramli Awang, Syeikh Qadir Mandili (1910-1965M) Biografi dan Pendidikan

176 jiwa, sehingga sampai masanya Allah SWT menunjukkan jalan yang benar dan mereka mendapat hidayah Allah SWT.

Dalam kajian ini, penulis mendapati bahawa yang mendorong seseorang menjadi penganut Islam ialah kerana mempelajari Islam kemudian timbul minat untuk mendalaminya. Selain alasan tersebut, terdapat pelbagai sebab yang dapat menjadikan seseorang mendapat hidayah Allah SWT, antaranya melalui dakwah keluarga, perkahwinan dan pengaruh dari kawan.

Pendapat lain mengatakan bahawa ada tiga sebab yang dapat mendorong seseorang menjadi penganut agama Islam, antaranya:

1. Ia mendapati agama Islam lebih sempurna, kebenaran yang dibawa agama Islam merupakan kebenaran yang hakiki.

2. Disebabkan terdapatnya perselisihan dan penyelewengan dalam agama mereka, baik dalam akidah mahupun dalam pengamalan agama mereka.

3. Simpati terhadap dunia Islam, yang dapat menimbulkan kajian dan sangkaan yang baik terhadap agama Islam, misalnya kenapa agama Islam dan umatnya di musuhi?. Ada apa dengan agama Islam?.

Menurut laporan media masa, bahawa kedudukan kaum Muslim di Eropah dan dialog antara mereka dengan umat Islam sangat baik.242 Ada beberapa alasan kenapa masyarakat Eropah memeluk agama Islam. Antaranya:

1. Ramai orang Barat membuat kajian tentang agama Islam, tentang apa yang dikatakan al-Quran, kewajipan apa yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimana kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam

242

177 kehidupannya. Keadaan ini mendorong kepada peningkatan jumlah warga dunia menganuti agama Islam. Demikianlah, anggapan yang umum terdengar selepas peristiwa 11 September 2001, bahawa serangan tersebut akan mengubah alur sejarah dunia.

2. Begitu juga peningkatan ini disebabkan oleh pendatang Muslim yang dipastikan memberi pengaruh nyata dalam pertumbuhan populasi umat Islam.

Sedangkan mengikut tayangan NTV News yang ditayangkan pada tanggal 20 Jun 2004 bertajuk” Islam adalah agama yang berkembang paling pesat di Eropah”. Dalam laporan tersebut menyatakan bahawa jumlah orang mualaf yang memeluk agama Islam di negara-negara Barat semakin terus bertambah, terutama selepas peristiwa serangan 11 September 2001.

Di sekitar Medan Sumatera Utara, punca yang mendorong seseorang menjadi penganut agama Islam adalah berkisar kepada faktor mempelajari tentang Islam, perkahwinan, keluarga, dan pengaruh kawan. Adapun punca-punca non Muslim suku Batak menganut agama Islam, tertera melalui jadual berikut:

Jadual 4.4 Punca-Punca Non Muslim Suku Batak menjadi penganut Islam

Bil Sebab-sebab Menjadi Muslim

Jumlah orang Peratus (%) 1 Berniat dan Belajar

Islam 23 23% 2 Keluarga 48 48% 3 Perkahwinan 17 17% 4 Pengaruh Kawan 10 10% 5 Lain-lain 2 2%

178 Berdasarkan kaji selidik yang dilaksanakan penulis di Persatuan Jemaat Batak Muslim Indonesia (JBMI) di Medan, statistik menunjukkan bahawa sebanyak 48% yang menganuti agama Islam disebabkan kerana faktor pengaruh keluarga, ini kerana sudah menjadi tabiat suku Batak yang sangat berpegang kepada adat istiadat dan marga mereka. Oleh sebab pembesar-pembesar marga mereka menganut agama Islam, akhirnya mereka tertarik dan mengikut kepada agama pemimpin marga mereka. Kemudian peringkat kedua iaitu sebanyak 23% yang menjadi penganut Islam disebabkan oleh ilmu pengetahuan dengan mendalami tentang Islam. Sebanyak 17% mengaku mereka menganut agama Islam disebabkan perkahwinan. Seterusnya 10% yang menjadi penganut agama Islam adalah kerana pengaruh kawan dan 2% yang menjadi penganut agama Islam kerana faktor-faktor yang lainnya.

Menurut pengakuan Ibu Sembiring,243 dirinya menjadi penganut agama Islam disebabkan familinya, yang sentiasa berdakwah kepada beliau tentang agama Islam.

Sedangkan Ibu Manurung,244 mengatakan bahawa dirinya menganut agama Islam disebabkan perkahwinannya dengan suaminya, sebelum ia berkahwin, suaminya mengajaknya untuk menjadi penganut agama Islam.

Bapak Drs. Kamidin Situmorang245 pula mengatakan, bahawa dirinya menganut agama Islam disebabkan ia tertarik dengan agama Islam, ia mula mempelajari agama Islam ketika beliau dibawa berhijrah dari Toba ke Medan, kemudian beliau menetap di Pesantren Al-Washliyah Medan, di pesantren inilah

243

Ibu Sembiring, 65 tahun (bukan nama sebenar, mualaf yang telah masuk Islam 35 tahun lepas), dalam temubual dengan penulis, 3 Jun 2013, jam 9 pagi.

244 Ibu Manurung, 54 tahun (bukan nama sebenar, mualaf yang telah masuk Islam 20 tahun lepas), dalam temubual dengan penulis, 3 Jun 2013, jam 10.30 pagi.

245 Bapak Kamidin Situmorang (Ketua Yayasan Al-jam’iyatul Washliyah Jalan: Ismailiyah Medan, beliau sekarang berumur 79 tahun), dalam temubual dengan penulis, 4 Jun 2013, jam 11 pagi di Gedung Yayasan Al-jam,i’yatul Washliyah Medan.

179 beliau mempelajari buku-buku Islam dan mendengar ceramah Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis tentang perbandingan agama Islam dan Kristian.

Daripada pengakuan tiga orang Mualaf tadi, menunjukkan bahawa agama Islam begitu diminati oleh orang-orang Batak yang berpendidikan.

Pelbagai alasan di atas menunjukkan bahawa agama Islam cukup mudah untuk berkembang melalui skop dakwah, baik melalui dakwah keluarga, kawan dan dengan penyebaran Ilmu pengetahuan tentang Islam, begitu juga melalui perkahwinan.

Daripada pelbagai punca yang dikaji oleh penulis mengenai sebab kebanyakan orang Kristian menganut agama Islam, terdapat beberapa faktor penting yang dapat dikemukakan sebagai punca non Muslim suku Batak menganut agama Islam iaitu: faktor keluarga, minat dengan agama Islam sehingga mereka mempelajari dan mendengar ceramah tentang agama Islam, begitu juga melalui perkahwinan dan pengaruh daripada kawan-kawan.

Walau bagaimanapun terdapat satu hal yang sangat penting bagi pendakwah terhadap mereka yang bukan Islam, iaitu dari segi akhlak seorang Muslim yang mengikut sunnah Nabi SAW sebagai tarikan yang menjadikan mereka simpati dan berminat dengan ajaran agama Islam.

180

4.1.6 Tanggapan Non Muslim Suku Batak Terhadap Dakwah Syeikh