• Tidak ada hasil yang ditemukan

TINJAUAN UMUM TENTANG DAKWAH

2. Ali Mahfuzh dalam kitabnya “Hidayatul Mursyidin” mendefinisikan

2.2 Kandungan Dakwah

2.2.4 Perlaksanaan Dakwah

                         Al-Ankabuut 29: 46 Terjemahan: Dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadanyalah, Kami patuh Dengan berserah diri.

2.2.4 Perlaksanaan Dakwah

Perlaksanaan dakwah dapat disaksikan dalam kenyataan sehari-hari mahupun dalam sejarah Nabi Muhammad SAW atau sejarah dakwah pada umumnya, yang dinamakan dengan dakwah fardiyyah. Dakwah fardiyyah merupakan satu uslub dakwah kepada Allah. Ia bererti hubungan peribadi pendakwah dengan sasaran dakwah (mad’u) yang berlaku secara langsung.90 Perlaksanaan dakwah seperti ini mempunyai banyak cara yang dapat dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu:

90 Sheikh Abd al-Halim Al-Kinani, Dakwah Fardiyyah, Teori dan Praktikal, terj. MD. Nor Hamzah. (Selangor: Jundi Resources, 2001), 1-3.

80 1. Berdakwah kepada orang-perseorangan secara langsung.

Dakwah fardiyyah seperti ini merupakan satu uslub yang dihayati oleh para Nabi, khususnya pada peringkat permulaan dakwah mereka kepada manusia. Rasulullah SAW pertama kali melaksanakan dakwahnya dengan cara yang demikian ketika baginda menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Surah al-Muddatstsir (74): 1-7. Melalui ayat ini Rasulullah SAW diperintahkan untuk berdakwah, menyeru umat manusia menuju agama Allah SWT iaitu agama Islam. Bermula Rasulullah SAW mengajak manusia yang benar diyakini oleh baginda bahawa mereka dapat menerima dan mempercayainya. Dalam ahli keluarga baginda, orang yang pertama diajak ialah isterinya, sepupu baginda kemudian hamba sahayanya yang sangat rapat dan selalu membenarkan ucapannya. Dakwah baginda pada tahap ini dikenali dengan dakwah secara rahsia, sebab pada saat demikian belum waktunya bagi baginda untuk menyampaikan ajaran Islam secara terang-terangan.

Berdakwah yang ditujukan kepada orang perseorangan secara langsung juga dapat dilihat di negara-negara Asia tenggara, di mana para penganjur agama datang ke rumah-rumah dengan memberikan buku bacaan percuma tentang suatu agama. Begitu juga pendekatan yang serupa dapat dilihat di hospital-hospital, ketika pesakit sedang memerlukan pertolongan dan dalam kesepian kerana bersendirian di dalam biliknya. Hal ini merupakan situasi yang bersesuaian untuk menemani pesakit tersebut, agar mereka terhibur, sambil memasukkan ajaran-ajaran suatu agama kepadanya. Cara-cara berdakwah seperti ini banyak dilakukan oleh orang yang bukan Islam.

81 2. Berdakwah kepada orang ramai secara langsung.

Rasulullah SAW pertama sekali melakukan dakwah secara terang-terangan kepada kaum keluarganya, sesuai dengan perintah Allah SWT dalam wahyu yang diterimanya:     Asy-Syu'araa' 26: 214 Terjemahan: Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabat kamu Yang dekat.

Dengan turunnya ayat ini maka Nabi SAW menjemput makan bersama ahli keluarga baginda sebanyak empat puluh orang lebih. Selepas keluarganya menikmati jamuan yang diberikan, langsung baginda menyampaikan maksudnya: “Sesungguhnya seorang perintis tidak akan menipu keluarganya, sekiranya aku menipu manusia semuanya, namun aku tidak menipu kalian. Demi Allah yang tidak ada Tuhan yang wajib disembah dengan hak kecuali Dia, bahawa aku sungguh-sungguh utusan Allah, khususnya kepada kamu sekalian dan kepada seluruh manusia pada umumnya. sungguh Allah benar-benar memerintahkan kepadaku agar mengajak kamu mengikuti jalannya. Aku mengajak kamu kepada dua kalimah yang ringan untuk diucapkan dengan lidah dan berat dalam timbangan, iaitu: ”Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang wajib disembah dengan hak kecuali Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah”. Demi Allah sungguh kamu akan mati sebagaimana kamu tidur, sungguh kamu akan dibangkitkan sebagaimana kamu bangun dari tidur. Sungguh kamu akan dihisab apa yang kamu kerjakan, dan sungguh kamu akan diberi balasan. Perbuatan yang baik dengan pahala dan perbuatan yang buruk dengan seksa api neraka. Sesungguhnya balasan itu adalah syurga selama-lamanya atau neraka selama-lamanya.

82 Wahai keluarga Abdul Mutalib! Demi Allah, aku belum pernah tahu ada seorang pemuda yang datang kepada bangsanya dengan membawa sesuatu yang lebih utama daripada apa yang aku bawa kepada kamu. Aku benar-benar datang kepada kamu dengan membawa kebaikan dunia dan akhirat.91

Kemudian turunlah ayat yang memerintahkan baginda agar berdakwah secara terbuka kepada seluruh penduduk negeri. Allah berfirman:

       Al-Hijr 15: 94 Terjemahan: Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa Yang diperintahkan kepada kamu (Wahai Muhammad), dan janganlah Engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Setelah mendapat perintah Allah, baginda berdiri tegak di atas gunung ash-Shafa, menyeru seluruh penduduk Negeri Mekah dan mengajaknya untuk menganut agama Islam, meninggalkan penyembahan berhala serta menjanjikan kepada orang yang menerimanya dengan janji masuk syurga serta memperingatkan orang yang tidak mahu menerimanya dengan ancaman seksa neraka. Demikianlah baginda memulakan dakwahnya secara langsung kepada masyarakat ramai.

3. Berdakwah kepada orang perseorangan secara tidak langsung.

Berdakwah secara tidak langsung biasanya melalui peribadi para da’i yang menarik dengan tingkah laku yang sopan, perbuatan dan perkataan yang baik. Sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW melalui akhlak beliau dalam berdakawah.

91

83 Berdasarkan akhlak dan peribadi seorang da’i yang baik dan menarik dapat menguntungkan bagi kejayaan dakwah. Seumpama hidayah yang diberikan oleh Allah SWT kepada kebanyakan orang Badwi, hanya dengan menatap wajah Nabi SAW yang memancarkan sinar kebenaran dapat menawan hatinya sehingga ia beriman kepada Allah dan Rasulnya.

4. Berdakwah kepada orang ramai secara tidak langsung.

Berdakwah kepada orang ramai secara tidak langsung boleh juga melalui perkahwinan, sebagaimana dikisahkan dalam sejarah pernah terjadi peperangan antara kaum Muslimin dengan Bani Musthaliq, sehingga pemimpin kaum Bani Musthaliq Al-Haris bin Abu Dhihar mati terbunuh, puterinya yang bernama Juwairiyah dapat ditawan oleh kaum Muslimin. Untuk menghentikan permusuhan antara kedua belah pihak, maka Nabi Muhammad SAW menikahi Juwairiyah. Dengan demikian merasa tenteram Juwairiyah dan senang pula hati kaum dan keluarganya, dengan hidayah Allah mereka semua menganut agama Islam serta menjadi sahabat Nabi yang setia.92