• Tidak ada hasil yang ditemukan

HM56 | Pembantu Pengurusan Murid (PPKI)

RUJUKAN

i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 : Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid ii. Surat Pemakluman Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Senarai Tugas Pembantu

Pengurusan Murid Di Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (24 November 2016) iii. Profil Kompetensi Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) Gred N19 KPM

iv. Standard Kopentensi Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) KPM.

(A) MENJAGA HAL EHWAL MURID PENDIDIKAN KHAS

1. Bertanggungjawab memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas seperti:

a. Mengurus murid yang tidak terurus atau tidak tahu menyalin pakaian.

b. Membantu membersihkan murid seperti memandikannya (jika perlu).

c. Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam kelas seperti muntah, air kencing, najis dan sebagainya

2. Bertanggungjawab menghantar atau menyambut kedatangan murid semasa menghadiri kelas/stesen PdP.

3. Bertanggungjawab memastikan murid berada di kawasan sekolah dalam keadaan selamat.

4. Bertanggungjawab menunggu murid yang pulang lewat dan memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dalam keadaan selamat

a. Mengawasi murid setelah tamat waktu persekolahan

b. Memaklumkan kepada GPK Pendidikan Khas/Penyelaras untuk menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya terdapat murid yang lewat pulang

5. Bertanggungjawab membantu murid ke tandas sekiranya perlu membawa/

mengiringi murid ke tandas dan membimbing murid cara menggunakan tandas serta membersihkan diri dengan betul.

6. Mengawasi murid semasa perubahan PdP atau sewaktu guru menghadiri taklimat/

urusan rasmi seperti berikut:

a. Ketika pertukaran guru, stesen atau kelas b. Sebelum ketibaan guru

c. Semasa time-out (dendaan)

7. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/penjaga untuk urusan ke hospital:

a. Membantu menenangkan emosi murid b. Menempatkan murid ke bilik sakit

c. Menyemak rekod latar belakang kesihatan murid

HM56 | Pembantu Pengurusan Murid (PPKI)

138

8. Membantu merawat kecederaan ringan yang dialami murid seperti membersihkan luka atau menyapukan ubat (dengan bantuan guru).

9. Berada bersama-sama murid seperti perhimpunan rasmi sekolah:

a. Membawa murid ke tempat perhimpunan

b. Membimbing dan mengawasi tingkah laku murid semasa perhimpunan berlangsung

10. Menjadi role model kepada murid daripada segi tingkah laku, tutur kata yang sopan dan penampilan diri.

11. Membantu mengurus murid baru

a. Melayan karenah dan menenangkan emosi murid b. Menempatkan murid di dalam kelas

c. Membantu orientasi dijalankan

12. Membantu mengawasi murid sewaktu RMT dan semasa rehat a. Memastikan murid beratur sebelum ke kantin

b. Memastikan murid membasuh tangan sebelum makan c. Membantu murid membeli makanan

d. Membantu menunjukkan adab makan yang betul kepada murid

e. Memastikan murid meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan f. Memastikan murid beratur masuk ke kelas

13. Membantu membuat lawatan susulan bersama guru ke rumah ibu bapa/penjaga murid yang bermasalah.

(B) PENGURUSAN KELAS/BILIK PENDIDIKAN KHAS

1. Bertanggungjawab membuka dan menutup kelas serta memastikan kelas dalam keadaan terurus sebelum dan selepas PdP.

2. Bertanggungjawab mengemas dan membersihkan kelas/bilik pendidikan khas a. Menyapu lantai setiap hari dan dibersihkan dengan mop (jika perlu) b. Memastikan sampah dibuang

c. Membersihkan kipas, langsir, sofa, pinggan mangkuk dan peti sejuk secara berkala

d. Memastikan cermin tingkap dan perabot semua bilik tidak berhabuk

3. Memastikan tandas Pendidikan Khas bersih, ceria dan selamat digunakan (dicuci jika perlu).

4. Membantu menjaga dan memastikan projek pendidikan khas seperti kebun, taman dan lain-lain dalam keadaan terurus.

5. Bertanggungjawab memastikan peralatan dan bahan yang berbahaya disimpan di tempat yang selamat seperti peralatan dapur, bengkel/pertukangan, kebun/stor, akuarium/sangkar, bilik khas dan kelas pembelajaran/stesen PdP.

6. Membantu menyediakan ruang maklumat dan mengemaskinikan papan kenyataan dari semasa ke semasa.

7. Membantu menyusun atur peralatan dan perabot Kelas Pendidikan Khas supaya kemas, teratur dan selamat untuk mewujudkan suasana yang kondusif.

8. Membantu menceriakan dalam dan luar Kelas Pendidikan Khas.

9. Membantu memastikan kandungan peralatan dalam peti ubat dan alat pemadam api masih boleh digunakan

a. Mengenal pasti tarikh luput b. Bekalan lengkap dan mencukupi

(C) PENGURUSAN DOKUMEN DAN STOK PENDIDIKAN KHAS

1. Membantu menyusun fail pendidikan khas mengikut sistem fail supaya teratur dan mudah diperoleh.

2. Membantu dalam pengurusan surat menyurat.

3. Membantu mengemaskinikan data murid setiap bulan.

4. Membantu mengemaskinikan rekod dan fail murid.

5. Membantu membuat inventori peralatan dan perabot di dalam kelas a. Merekodkan pembelian bahan dan peralatan

b. Menyemak peralatan yang perlu dihapus kira dua kali setahun

c. Mengemaskinikan senarai inventori dan buku log (pergerakan alatan) di setiap bilik dari semasa ke semasa.

(D) PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Membantu guru menyediakan bahan sumber sebelum sesi PdP a. Memasang peralatan elektronik

b. Membuat salinan (photocopy) c. Menyediakan buku dan alat tulis

d. Mengurus murid yang menggunakan alat bantuan tertentu seperti memeriksa bateri alat pendengaran, FM sistem, kanta pembesar, mesin Braille dan lain-lain 2. Membimbing dan mengawal tingkah laku murid semasa PdP.

3. Membantu mengurus murid semasa aktiviti PdP seperti memegang tangan murid untuk aktiviti psikomotor kasar dan halus serta praktikal.

4. Membantu murid inklusif di kelas perdana.

(E) PENGURUSAN/PERGERAKAN DAN AKTIVITI MURID PENDIDIKAN KHAS (MOBILITI) 1. Mengurus murid yang menggunakan alatan khas untuk bergerak.

2. Bertanggungjawab menjaga pergerakan dan keselamatan murid semasa aktiviti dalam dan di luar sekolah.

140

3. Menghantar dan mengambil murid inklusif di kelas perdana jika perlu.

(F) TUGAS SEWAKTU CUTI PERSEKOLAHAN

1. Bertanggungjawab terhadap kelas pendidikan khas seperti:

a. Menyapu dan mop lantai, serta memastikan bilik dan tandas sentiasa bersih, ceria dan selamat

b. Memastikan langsir dan sarung sofa dicuci dan diganti (jika perlu) c. Membersihkan cermin tingkap, kipas, pinggan mangkuk dan peti sejuk

d. Memastikan semua peralatan elektrik tidak berhabuk, selamat dan sedia untuk digunakan

e. Menyusun semula peralatan dan perabot

2. Membantu mengenal pasti semua perabot dan peralatan yang boleh digunakan, perlu diselenggarakan atau dihapus kira.

3. Membantu menjaga projek pendidikan khas seperti aktiviti perkebunan dan haiwan peliharaan dengan baiknya.

4. Membantu menyemak stok dan inventori.

5. Membantu melabel dan mengemaskinikan sistem fail.

6. Membantu menyediakan borang dan fail untuk pendaftaran baru.

7. Menghubungi penyelaras atau guru pendidikan khas yang lain sekiranya diperlukan untuk tindakan segera.

8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2003 : Skim Perkhidmatan Pembantu Pengurusan Murid ii. Surat Pemakluman Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Senarai Tugas Pembantu

Pengurusan Murid Di Sekolah-sekolah, KPM (24 November 2016)

iii. Panduan Waktu Bekerja dan Huraian Senarai Tugas Penyelia Asrama dan Pembantu Murid (Asrama) KPM Edisi 2018.

Tugas-tugas pengurusan murid di asrama sekolah khas melibatkan kanak-kanak istimewa (buta, pekak, bisu dan lain-lain) atau kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang tinggal di asrama-asrama di kawasan pedalaman yang merangkumi semua aspek kehidupan murid di luar bilik darjah seperti yang berikut:-