1. Menyelaraskan tugas-tugas berkaitan Lembaga Disiplin Sekolah, Pengurusan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan pengurusan peraturan sekolah.
2. Waktu mengajar boleh dikurangkan atas budi bicara PGB.
3. Membantu PGB menyelaraskan dan melaksanakan program yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah.
4. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
5. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi sepanjang masa kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
6. Mengambil tindakan yang wajar dan adil untuk pihak-pihak yang terlibat seperti memberi nasihat, bimbingan ataupun merujuk kepada pihak yang lain.
7. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh PGB.
8. Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.
9. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat sekolah di kalangan murid dan guru.
10. Memantau semua kes disiplin melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
11. Mengenalpasti murid-murid yang berisiko dari segi disiplin.
12. Menerima aduan dan memastikan kesahihan aduan.
13. Menjalankan siasatan rapi pada kes yang diadu.
14. Melaporkan isu atau insiden berdasarkan berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) 1 : 3 : 7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
15. Menyediakan laporan disiplin secara berkala kepada PK HEM mengikut keperluan.
16. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
RUJUKAN
i. Buku Panduan Pengurusan Skim Buku Teks (SPBT) Edisi ke 4
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 1998 : Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pendidikan
iii. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku Teks KPM
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 2 Tahun 2003: Pindaan Pelaksanaan Borang Pemantauan Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks SPBT 1 KPM
PM14 | Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks
v. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 11 Tahun 2001: Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks SPBT KPM
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 5 Tahun 2017: Dasar Pinjaman Buku Teks Kepada Murid Di Bawah Skim Pinjaman Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penyelaras SPBT merujuk kepada Penyelaras SPBT Aliran Perdana dan Penyelaras SPBT Pendidikan Khas di setiap sekolah. Penyelaras SPBT dilantik oleh pihak sekolah bagi mengurus pelaksanaan SPBT di sekolah. Tugas dan tanggungjawab Penyelaras SPBT adalah seperti berikut:
(D) PENGURUSAN AM
1. Berperanan sebagai Setiausaha dalam Jawatankuasa Pengurusan SPBT Sekolah.
2. Mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan SPBT.
3. Menyenaraikan murid yang tidak layak menerima SPBT.
4. Melaporkan masalah berkaitan SPBT kepada GPK HEM/ GPK Pendidikan Khas untuk tindakan selanjutnya.
5. Menyediakan peraturan dan takwim SPBT sekolah.
6. Melaksanakan pemeriksaan buku teks di tangan murid secara berkala.
7. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali, iaitu di awal dan akhir tahun.
8. Melaksanakan taklimat pengurusan SPBT kepada guru kelas.
9. Pembahagian tugas pentadbiran a. buku stok (mengikut tingkatan) b. pengedaran/pengumpulan c. buku rosak/hilang
d. menubuhkan ‘Pasukan Petugas’ SPBT (murid)
(E) PESANAN BUKU TEKS
1. Mengumpul dan merumuskan data enrolmen murid.
2. Menyediakan data pesanan buku teks SPBT sebelum pesanan dibuat.
3. Merujuk PGB dalam menentukan pembukaan/penutupan kelas dan penawaran mata pelajaran baharu sebelum membuat pesanan buku teks SPBT.
4. Menghadiri taklimat pesanan buku teks.
5. Mengisi pesanan buku teks di dalam Sistem Pengurusan Buku Teks (eSPBT) dengan tepat.
6. Menyimpan semua doI‹umen yang berkaitan pesanan buku teks.
192
(F) PENERIMAAN BUKU TEKS
1. Mencetak Penyata Bekalan Buku Teks (BTBTR460 dan BTBTB460) dan Laporan Buku Teks Lebih Kurang (BTLK) selepas menerima arahan daripada BSTP/JPN/PPD.
2. Menerima dan menyemak bekalan buku teks SPBT daripada penerbit atau pengedar dengan merujuk Penyata Bekalan Buku Teks.
3. Menandatangani Nota Serahan/Sijil Akuan Penerimaan (SAP)/Invois.
4. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh BSTP.
5. Memastikan buku teks SPBT yang diterima daripada penerbit atau pengedar dicap nama sekolah, dicatat tarikh penerimaan dan nombor perolehan pada ruangan yang disediakan.
(G) PENGAGIHAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU TEKS
1. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk murid melalui Penyelaras Tingkatan/Tahun atau Guru Kelas.
2. Menyelaraskan pengagihan pinjaman dan pemulangan buku teks SPBT untuk guru kepada ketua panitia.
3. Menyelaraskan dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks.
4. Mendapatkan borang dari murid yang baru masuk/bertukar sekolah.
5. Mengedarkan buku kepada murid yang baharu berpindah masuk (jika perlu).
6. Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang bertukar berpindah keluar.
7. Mengurus penggantian buku teks SPBT yang rosak/hilang.
(H) PENGURUSAN REKOD DAN DOKUMEN
1. Menyelenggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
2. Rekod buku stok yang kemaskini (Mengikut Kelas).
3. Senarai tugas guru – pengedaran/pengumpulan
(I) PENGURUSAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS) 1. Mengurus bilik SPBT.
2. Memastikan maklumat berkaitan SPBT tahun semasa dipamerkan iaitu:
a. Enrolmen murid
b. Carta organisasi SPBT sekolah c. Carta organisasi Kelab SPBT d. Takwim SPBT
e. Peraturan penjagaan buku teks SPBT
f. Label pada rak — mengikut tahun/tingkatan dan judul g. Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
3. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas.
4. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala.
5. Mengurus pelupusan buku teks SPBT.
6. Merancang dan melaksanakan akti\/İti baik pulih buku teks SPBT.
7. Memastikan buku teks di bilik BOSS tidak melebihi tiga (3) naskhah bagi setiap judul.
(J) PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI
1. Mengemaskinikan semua fail serta buku stok SPBT dari semasa ke semasa dengan kerjasama Penyelaras Tingkatan dan Guru Kelas.
2. Membuat pemeriksaan fizikal buku teks yang disimpan di bilik BOSS secara berkala.
3. Mengurus pelupusan buku teks SPBT.
4. Menyimpan invois dan Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
5. Mengisi borang maklumat kekurangan/lebihan buku ke PPD.
(H) LAIN-LAIN TUGAS
1. Mencadangkan Buku Bacaan Tambahan
a. Mendapatkan maklumat daripada Guru Kanan Mata Pelajaran.
b. Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
c. Memaklumkan kepada PGB/GPK HEM.
2. Menyediakan senarai buku teks kepada Murid Bukan Warganegara (MBWN) 3. Kelab SPBT
a. Menjadi Guru Penasihat Kelab SPBT sekolah.
b. Melaksanakan aktiviti kelab SPBT sekolah.
4. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.
194
RUJUKAN
i. Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 1/1987: Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian ii. Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian KPM, Edisi 2018
iii. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 6/1995 : Tatacara Lantikan Warden Asrama
iv. Surat Siaran BPSM Bilangan KPM.500-1/3/3 (13) Bertarikh 20 November 2019 : Pelaksanaan Peluasan Pelantikan Warden Asrama Kepada Semua Kakitangan Bukan Guru Gred 19 dan Ke atas di Sekolah-sekolah di bawah KPM
v. Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2014: Pelaksanaan Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid Yang Tinggal di Asrama
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1987 : Pengurusan dan Kawalan Asrama Sekolah Harian vii. Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 1997 : Elaun Warden Asrama
viii. Surat Siaran KPM Bilangan 10 Tahun 2016 : Langkah-langkah Pencegahan Awal Bagi Mengelak Kejadian Keracunan Makanan di Asrama-asrama Sekolah KPM
ix. Surat Edaran Bertarikh 1 April 2014: Penambahbaikan Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Harian KPM
x. Surat Edaran Bertarikh 3 April 2014: Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid di Asrama Harian KPM
(A) KETUA WARDEN ASRAMA (jika jumlah murid 250 orang dan ke atas)
Bertanggungjawab merancang, melaksanakan aspek kebajikan sahsiah, keselamatan, penyediaan persekitaran yang kondusif untuk murid menginap:
1. Mewakili PGB/GPKHEM seperti yang diarahkan.
2. Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran Asrama dilaksanakan sepenuhnya.
3. Menyelia dan menyelaraskan tugas-tugas warden.
4. Memeriksa Buku Laporan Harian Warden dan melaporkannya kepada GPK HEM.
5. Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden asrama sekurang-kurangnya dua (2) bulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukakan kepada PGB.
6. Bertanggungjawab dalam pengurusan disiplin dan Program Pembangunan Insan di asrama.
7. Memastikan warden menjalankan tanggungjawabnya.
8. Memastikan penyelia asrama mengemaskinikan dan menyediakan data i-asrama.
9. Membantu mengurus kemasukan murid baru seperti penyediaan borang/dokumen taklimat kemasukan dan orientasi murid baru dan sebagainya.
10. Membawa dan mengurus murid keluar sekolah semasa kecemasan dengan kebenaran/arahan dari pihak pentadbir.