• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penilaian Prestasi

Dalam dokumen LAPORAN DAN PENUH DAN PRAKTIKUM (Halaman 28-37)

Sepanjang kerjaya seseorang pekerja, prestasi akan dinilai secara berterusan untuk melayakkan mereka mendapat penghargaan, kenaikan gaji atau kedudukan, pertambahan tanggungjawab dan lain-lain. Penilaian prestasi merupakan pengurusan kualiti yang memberi maklum balas kepada pekerja berkaitan dengan kerjaya mereka bagi tujuan menentukan keberkesanan sumbangannya kepada organisasi.

Sebenarnya, penilaian prestasi bukanlah suatu yang baru kepada setiap pekerja. Prestasi mereka akan dinilai oleh majikan selepas melakukan sesuatu kerja sama ada berjaya atau gagal. Pada waktu bersekolah, prestasi kita dinilai melalui peperiksaan dan ujian-ujian formal. Apabila bekerja, penilaian prestasi tidak lagi menggunakan peperiksaan formal tetapi dinilai berdasarkan tingkah laku kerja dan sifat-sifat peribadi (personaliti) semasa pekerja itu bekerja. Penghargaan yang berkaitan dengan pekerjaan di Malaysia Airport seperti gaji, pangkat, keselamatan, emosi, kepuasan, penghormatan kendiri dan lain-lain.

Pada pemerolehan saya, saya mendapati bahawa penilaian prestasi ialah satu ukuran kriteria secara objektif dan tepat tentang kelemahan dan kekuatan seseorang pekerja semasa menjalankan kerjanya. Penilaian prestasi biasanya dilakukan ke atas lebih daripada 90% kakitangan dalam sesebuah organisasi. Hasil penilaian prestasi boleh membantu pihak pengurusan membuat keputusan yang berkaitan dengan pengurusan organisasi seperti latihan kakitangan, pentadbiran, gaji, penempatan, kenaikan pangkat, dan pemecatan. Maklumat daripada penilaian prestasi juga boleh digunakan untuk membuat keputusan mengenai penempatan kakitangan. Pekerja yang berkebolehan dan berkeupayaan memenuhi keperluan kerja layak menyandang sesuatu jawatan yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.

Penilaian prestasi merupakan satu fungsi pengurusan sumber manusia. Tambahan pula, penilaian prestasi juga merupakan satu target organisasi dan target individu. Penilaian prestasi yang dilaksanakan di Malaysia Airport merupakan penilaian yang bersistematik dan formal berjangka untuk menyemak dan menilai prestasi kerja pada pekerja. Organisasi yang saya kaji, seorang pekerja baru akan diukur dalam tempoh tiga bulan pertama bekerja. Borang Penilaian Pekerja telah digunakan untuk membuat pemarkahan atas pekerja baru. Biasanya pekerja baru itu akan dinilai oleh ketua bahagiannya dengan kaedah potensi. Penilaian untuk tiga bulan tersebut akan menentukan pekerja tersebut sebagai pekerja tetap. Namun, jika pekerja tersebut masih tidak layak untuk pengesahan sebagai pekerja tetap, maka penilaian prestasinya akan dilanjutkan kepada enam bulan. Penilaian prestasi ini akan dilakukan seorang demi seorang dan mengikut jabatan masing-masing. Proses penilaian prestasi ini akan dilakukan pada setiap setahun sekali. Borang Penilaian Pekerja akan diedarkan kepada setiap ketua bahagian dan ketua jabatan. Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab menyediakan semua borang yang diperlukan untuk penilaian.

Setiap kakitangan akan dinilai prestasinya mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan kriteria ini merupakan kriteria yang dilihat mengikut analisis kerja dalam

bidang tugas masing-masing. Maka, setiap kakitangan akan dinilai secara berlainan mengikut bidang masing-masing. Penilaian ini mengandungi lima (5) tahap iaitu A (Superior), B (Good Standard), C (Improvement Needed), D (Poor), dan E (Unacceptable). Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada penilaian prestasi, organisasi dapat mengenalpasti individu yang berkelayakan dan berkebolehan untuk dinaikkan pangkat atau mengisi jawatan-jawatan penting di dalam organisasi. Jika prestasi yang ditunjukkan baik, berkualiti serta berjaya mengekalkan prestasi tersebut, maka peluang untuk mendapat kenaikan pangkat dan gaji adalah tinggi. Sebaliknya, jika prestasi yang ditunjukkan melalui penilaian yang telah dilakukan adalah tidak memuaskan atau kekal dengan prestasi yang tidak memberangsangkan, maka peluang untuk mendapat kenaikan pangkat dan gaji adalah tipis dan berada pada tahap yang kekal. Mereka yang mendapat jumlah markah tertinggi dan memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diberi bonus mengikut gaji bulanan dan biasanya kakitangan yang mendapat markah tinggi akan mendapat bonus yang tinggi.

Maklumat yang diperolehi juga dapat digunakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan prestasi setiap pekerja. Organisasi dapat mengenalpasti keperluan latihan dan pembangunan yang diperlukan oleh kakitangan dalam usaha meningkatkan prestasi mereka. Contohnya, seorang kerani yang masih belum lancar dan pantas di dalam menaip akan dihantar oleh syarikat untuk mengikuti kursus menaip. Secara tidak lamgsung, segala kursus dan latihan yang diberi oleh syarikat dapat membantu dan menggalakkan pekerja untuk sentiasa melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi.

2.3.1 Kemahiran yang Diperolehi

Saya berpeluang menyediakan semua borang yang diperlukan untuk penilaian seperti Borang Penilaian Pekerja dan diedarkan kepada setiap ketua bahagian dan ketua jabatan.

Justeru, penilaian prestasi ini terbukti amat penting di dalam sesebuah organisasi. Keefisienan dan kemantapan organisasi perlu sentiasa berterusan untuk berdaya maju

dengan organisasi yang lain. Oleh itu, berdasarkan penilaian yang dilakukan, seseorang pekerja itu akan mengetahui kesilapan dan kekurangan mereka dan seterusnya memperbetulkan serta meningkatkan lagi prestasi kerja mereka.

2.4 Latihan

Latihan pekerja adalah amat penting untuk dijalankan oleh setiap jabatan untuk menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan di kalangan kakitangan. Latihan ialah inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambahkan pengetahuan mereka. Selain itu, latihan juga ditakrif sebagai satu proses mendidikan pekerja baru tentang kemahiran asas yang mereka perlu dalam melaksanakan tugas mereka. Latihan juga merupakan aktiviti berencana sesebuah organisasi untuk meningkatkan pengetahuan dan perlakuan sosial pekerjanya supaya selari dengan matlamat organisasi. Aktiviti tersebut merangkumi kemahiran fizikal yang mudah sehinggalah kepada pembentukan dan perubahan sikap yang kompleks.

Dalam erti kata lain, latihan bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan secara kemas dan berdisiplin, bertujuan menambah pengetahuan dan kemahiran untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa disesebuah organisasi. Proses ini berlaku melalui sebarang bentuk pembelajaran seperti kursus, latihan semasa bekerja dan program mentoring (coaching) atau yang seumpama dengannya yang menyumbang kepada pembangunan individu dan kecemerlangan organisasi.

Hampir setiap pekerja yang digaji atau diambil bekerja oleh organisasi akan memerlukan sedikit sebanyak latihan dalam kerjanya. Beberapa program latihan mungkin lebih luas daripada yang lain, tetapi semuanya memerlukan pegawai latihan mengenal pasti tugas-tugas yang dilakukan dalam kerja bagi memastikan bahawa latihan akan memperlengkapkan individu untuk melakukan kerja secara efektif.

Menurut perancangan syarikat, latihan kepada pekerja akan diadakan mengikut dua kategori iaitu, latihan kepada pekerja baru dan latihan kepada pekerja yang telah lama berkhidmat. Bagi pekerja yang baru memulakan tugas di syarikat ini, mereka akan melalui satu proses orientasi atau induksi. Manakala bagi pekerja yang telah lama berkhidmat, penilaian terhadap keperluan sesuat latihan akan dilakukan. Syarikat sedang cuba untuk merancang satu rancangan latihan tahunan kepada para pekerja. Namun begitu, ianya masih belum dapat dilaksanakan kerana syarikat sedang menumpukan kepada pengeluaran produk dan penjimatan kos belanjawan.

Oleh itu, latihan dan perkembangan di syarikat ini dilakukan dengan hanya melalui pembelajaran daripada pekerja terdahulu dan pekerja yang mempunyai lebih banyak kemahiran, dengan kata lain, pekerja lama akan mengajar pekerja baru dan pekerja yang mempunyai lebih kemahiran akan mengajar pekerja yang tidak mahir. Secara tidak langsung, syarikat ini telah menggunakan kaedah mentoring atau coaching dalam memberikan latihan kepada para pekerja.

Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan, menyelaras, merancang, dan membuat keputusan berkenaan latihan bagi syarikat ini adalah daripada pihak pengurusan atasan syarikat. Mereka terdiri daripada pengurus atau eksekutif di setiap bahagian dan ketua pegawai operasi syarikat. Namun begitu, perbincangan mengenai keperluan latihan kepada pekerja turut mengambil kira pendapat daripada pekerja-pekerja di peringkat bawahan seperti daripada penyelia pekerja dan daripada pekerja itu sendiri.

2.4.1 Kemahiran yang Diperolehi

Sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini, latihan kepada pekerja masih belum dilaksanakan secara tersusun. Latihan hanya diberikan melalui proses orientasi atau induksi, iaitu, dengan cara memberi penerangan kepada pekerja yang baru memulakan tugas di syarikat ini. Namun begitu, sudah terdapat program latihan yang dirancang kepada

pekerja, tetapi masih belum dilaksanakan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya pihak syarikat menjalankan latihan semasa kerja atau membuat satu program mentoring, iaitu, setiap pekerja yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu bidang, menjadi mentor kepada pekerja baru atau pekerja yang kurang cekap dalam melaksanakan tugas.

Menurut kakitangan pengambilan pertama, pada awal penubuhan syarikat ini, kesemua pekerja dibahagian industri diberi latihan tentang perjalanan operasi syarikat ini dan para pekerja diajar tentang peranan dalam bahagian yang mereka ditempatkan dan mereka diwajibkan menghadiri kursus induksi yang dikendalikan oleh ibu pejabat MASB (Malaysia Airport Sdn. Bhd.). Merka akan menjalani kursus ini sekurang-kurangnya selama satu minggu.

Seiring dengan perkembangan syarikat, latihan yang akan diberikan kepada pekerja perlu ditingkatkan. Oleh itu, pihak pengurusan syarikat sedang giat membincangkan langkah terbaik untuk memberikan latihan kepada pekerja yang telah sedia ada dan pekerja baru yang ingin berkhidmat di syarikat ini.

2.5 Kepimpinan

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Mengikut pemerhatian yang dilakukan oleh saya sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini, syarikat ini memiliki seorang Pengurus Kanan yang menjadi pemimpin kepada semua kakitangan. Nama penuh beliau ialah Kamaruzzaman Bin Razali. Beliau berasal dari Kelantan. Jawatan beliau dalam syarikat ini ialah Pengurus Kanan. Beliau bertanggungjawab terhadap operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan

juga bertanggungjawab terhadap kewangan lapangan terbang seluruh Sabah. Beliau telah lapor diri pada 1 Ogos 2010.

Dalam menerajui syarikat ini, beliau cuba menggunakan pendekatan yang dilakukan oleh peneraju syarikat HP iaitu Jim Collins, beliau menggunakan satu konsep yang dikenali sebagai HP-WAY. En. Kamaruzzaman telah cuba mengubahsuai konsep HP-WAY dan menerapkan konsep ini ke dalam syarikat Malaysia Airport, Kota Kinabalu International Airport dan beliau telah menukar istilah HP-WAY kepada Hi-Way. Dengan menggunakan konsep Hi-Way, En. Kamaruzzaman lebih menfokuskan kepada perhubungan antara pekerja.

Selain daripada memperkenalkan konsep Hi-WAY, beliau juga cuba menerapkan konsep pandang ke timur, iaitu, meniru budaya kerja yang diamalkan di negara timur seperti Jepun. Beliau mengarahkan agar masa kedatangan pekerja diambil dan pekerja perlu menghadiri perhimpunan pagi yang dikenali sebagai Tool Box. Setiap pekerja diamanahkan untuk menghadiri perhimpunan tersebut awal atau tepat pada masanya. Pendekatan ini diambil adalah untuk mendisiplinkan setiap pekerja, menjadikan satu budaya kerja di syarikat ini.

Beliau juga berharap agar setiap individu di dalam syarikat ini diberikan keistimewaan dan memahami hala tuju syarikat. Beliau menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang lebih berorientasikan hubungan antara pekerja. Menurut beliau, pekerja merupakan aset syarikat yang paling berharga dan perlu sentiasa di ambil perhatian, samada dari aspek keperluan kerja mahupun keperluan peribadi.

Syarikat ini mempunyai hierarki autoriti mengikut jawatan yang disandang. Individu yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi lebih berhak membuat keputusan dan bersuara. Namun begitu, syarikat ini mengamalkan bentuk komunikasi terbuka, semua pekerja tidak

kira samada diperingkat atasan mahupun bawahan berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

2.5.1 Kemahiran yang Diperolehi

Komunikasi antara pekerja di bahagian-bahagian yang berbeza juga adalah secara berdepan dan tidak menggunakan pihak lain. Hubungan antara pekerja di bahagian-bahagian yang berbeza adalah sangat baik dan tidak mempunyai sebarang masalah. Menurut pemerhatian saya sepanjang latihan industri di syarikat ini, para pekerja di setiap bahagian saling bekerjasama dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Berdasarkan kepada pemerhatian saya sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini, saya mendapati bahawa syarikat ini mempunyai seorang pemimpin yang tegas, namun masih boleh di bawa berbincang atau berunding. Setiap pekerja di dalam syarikat ini, tidak kira samada di peringkat bawahan mahupun atasan mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat atau rasa tidak puas hati terhadap sesuati perkara. Namun begitu, kebanyakan pekerja tidak berani untuk bersuara secara berdepan kerana memikirkan risiko akan diberhentikan atau diambil tindakan. Oleh itu, pihak syarikat perlu menyediakan satu peti aduan atau membuka satu laman web sosial khas untuk memudahkan para pekerja, khususnya mereka yang tidak berani untuk berkomunikasi secara berdepan dengan pihak atasan, memberikan pendapat atau meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

2.6 Rumusan

Proses menghasilkan analisis kerja, pemilihan pekerja, penilaian prestasi, pembentukan latihan, dan kepimpinan merupakan elemen-elemen yang penting dalam psikologi personel. Memilih pekerja baru yang berkualiti iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap positif dan nilai hidup yang mulia seperti kerajinan merupakan tugas yang sangat mencabar kepada individu yang bertindak sebagai pemimpin di sesebuah organisasi. Di dalam proses pengambilan pekerja ini juga, analisis kerja terlebih dahulu disediakan bagi

melihat kepada keperluan sesuatu jawatan di dalam organisasi dan kelayakan akademik serta pengalaman yang perlu dimiliki oleh seseorang calon.

Sesudah pengambilan dibuat, usaha yang agak penting juga adalah menempatkan dan membangunkan pekerja baru dengan pelbagai program latihan dan pembelajaran sepanjang hayat supaya mereka dapat memenuhi keperluan industri dan berfungsi secara berkesan. Sekiranya pemilihan, penempatan dan latihan kepada pekerja dilakukan dengan tidak tepat, maka, pihak majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja yang dibayar tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Secara umumnya, kelima-lima elemen ini sedang giat dijalankan di syarikat. Hal ini kerana, syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan dan sangat memerlukan sumber manusia yang baru serta kepakaran-kepakaran yang baru dan turut memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi bagi mengendalikan perjalanan syarikat ini.

Dalam dokumen LAPORAN DAN PENUH DAN PRAKTIKUM (Halaman 28-37)

Dokumen terkait