• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembahagian Sains Dalam Falsafah Islam

6.2.2 PENYALAHGUNAAN DAN PENYELEWENGAN

Kemajuan yang dicapai oleh umat Islam dalam kemahiran, ilmu dan teknologi maklumat merupakan salah satu daripada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dan memanfaatkannya untuk pengabdian diri kepada Allah SWT, agama dan untuk kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya.

Allah SWT berfirman:

























Maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada Kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

a. Penyelewengan Dan Penyalahgunaan Dalam Bidang Perubatan

Penyelewengan dalam bidang perubatan sering berlaku dewasa ini terutamanya yang melibatkan hukum halal dan haram. Semua ini boleh memudaratkan umat Islam. Perkara-perkara berikut adalah diharamkan dalam Islam menurut Muzakarah Fatwa Kebangsaan:

i. Pengklonan manusia.

ii. Penyalahgunaan ubat-ubatan seperti dadah.

iii. Bayi tabung uji dimana mencampurkan sperma bukan dari pasangan suami isteri yang sah.

iv. Ibu tumpang sebagai penyelesaian kepada masalah ibu bapa yang tidak mempunyai anak.

v. Pembedahan plastik untuk tujuan yang salah.

vi. Penggunanan ubat-ubatan dari barang yang haram dan najis bukan kerana keperluan darurat.

vii. Pengguguran janin.

viii. Kepercayaan kepada tangkal dan azimat dalam penyembuhan penyakit.

ix. Memandulkan lelaki dan perempuan.

x. Mencegah kehamilan atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.

xi. Mengawet mayat atas sebab-sebab yang tidak mendesak.

xii. Vaksin pelalian meningococcal Miningitis Monumune yang mengandungi unsur daripada babi.

b. Penyelewengan Dan Penyalahgunaan Dalam Bidang Bidang

Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat telah banyak memberi faedah dan kebaikan kepada umat Islam. Antaranya ialah :

i. Dalam arena pembelajaran dan pendidikan Ia telah membuka kesempatan orang ramai untuk belajar melalui universiti siber yang telah berkembang melalui internet di beberapa buah negara.

ii. Melalui saluran internet sesiapa sahaja boleh membaca akhbar online dari seluruh dunia.

iii. Menyelesaikan masalah faraid menerusi laman web seperti untuk mendapatkan jawapan dengan cepat.

iv. Umat Islam boleh menempah dan membeli pelbagai judul buku dari dalam dan luar negara tanpa perlu pergi ke kedai buku contohnya kedai buku Dar al-Kitab al-Arabi

v. Perbualan secara langsung dengan tokoh ulama terkenal seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dengan menghubungi homepage beliau dan lain-lain tokoh ulama.

vi. Maklumat-maklumat tentang Islam yang meliputi organisasi-organisasi Islam, lembaran peribadi muslim, sumber-sumber al-Quran dan Hadis, sumber bahasa arab dan masjid-masjid, majalah-majalah Islam dan lembaran berbentuk komersial tentang Islam dapat dicapai melalui pelbagai URL.

Pendek kata teknologi maklumat telah membawa suatu revolusi yang besar dalam ilmu dan maklumat. Kebaikan yang lahir darinya memang banyak asalkan manusia dapat memanfaatkannya dengan baik. Namun begitu apabila manusia dipengaruhi nafsu dan syaitan mereka menyalahgunakan nikmat tuhan sepertimana nikmat-nikmat yang lain.

Antara contoh penyalahgunaan dan penyelewengan dalam teknologi maklumat adalah seperti berikut:

i. Terdapat berpuluh-puluh laman web yang menyebarkan berbagai jenis kesesatan seperti aqidah, cara berfikir, seks, gambar lucah dan jenayah.

ii. Ajaran Gerbang Syurga atau Heaven’s Gate yang menyebarkan elemen-elemen ajaran sesat melalui internet yang menyebabkan peristiwa bunuh diri beramai-ramai di Rancho Santa Fe.

iii. Terdapat lebih 290 dokumen mengenai ajaran sesat Qadiani dalam paparan pencari Alta Vista. Begitu juga terdapat ratusan bahkan ribuan rujukan mengenai ajaran Yahudi, Kristian dan sebagainya.

iv. Iklan-iklan filem Hollywood lengkap dengan video klip, poster dan ulasan-ulasan mengenainya dapat ditemui dalam laman web mereka.

v. Propaganda orang bukan Islam yang sangat keras dan zalim kepada umat Islam dengan mengutarakan pelbagai fakta yang penuh dengan kekeliruan dan kesesatan contohnya buku The Islamic Invasion oleh Robert Morey dalam URL

vi. Bahan-bahan seks dan lucah sama ada dalam bentuk imej tetap seperti gambar dan juga imej bergerak seperti video klip, filem-filem dan sebagainya dapat diakses dengan mudah dan setengah-setengahnya boleh dimuatturun (download) dengan percuma.

vii. Dalam jenayah komersial pula, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi IT dimana mereka mengiklankan perdagangan porno di tapak-tapak web mereka seperti porno kanak-kanak dan produk-produk berunsur seks untuk mengaut keuntungan.

viii. Tapak-tapak web yang menggunakan transaksi kad kredit seperti skim cepat kaya dan produk komputer yang indah khabar dari rupa.

ix. Terdapat juga yang menjual produk dengan menggunakan nama syarikat besar dalam menjalankan perniagaannya di laman-laman web.

KESIMPULAN

Agama tidak dapat dipertahan tanpa kekuatan kerohanian, kekuatan kebendaan dan kemajuan ilmu pengetahuan yang melindunginya. Walaubagaimanapun, kekuatan yang dicapai daripada pembangunan dan kemajuan bukanlah untuk bermegah-megah sehingga menjadikan manusia itu bongkak dan angkuh, seperti keangkuhan firaun. Sebaliknya kekuatan daripada kemajuan dan pembangunan itu ialah untuk menegakkan dan memberikan kesejahteraan kepada manusia.

Dalam mengejar pembangunan teknologi maklumat umpamanya, umat Islam hendaklah berhati-hati kerana kesannya yang begitu menyeluruh. Monopoli perisian oleh syarikat gergasi mungkin mengakibatkan kerajaan terpaksa berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk meneruskan operasi tersebut kerana terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka. Ia juga terdedah kepada sabotaj korporat atau kerajaan asing. Mereka boleh menguasai sistem perisian kita dan merosakkannya. Penjajahan elektronik yang menyeluruh mungkin akhirnya boleh menyebabkan kita kehilangan kebebasan untuk menentukan hala tuju politik dan ekonomi. Aset kerajaan juga boleh hilang melalui transaksi elektronik.

Dokumen terkait